Saturday, August 9, 2008

Book Reviews : Reaching For The Star (Menggapai Bintang)


Alhamdulillah, selesai jugak aku membaca sebuah buku biografi seorang wira negara iaitu Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, Angkasawan Pertama Malaysia. Yg dibeli di MPH MidValley dengan Harga RM20.

OverAll : Sebuah buku yg baik. Menceritakan berkenaan dengan perit jerih seorang wira yg kini bergelar Angkasawan Malaysia yg Pertama. Latar belakang keluarga beliau. Pendidikan beliau. Perangai beliau dan mcm2 lagi ader terkandung dlm buku nih. Buku yg penuh dengan gambar2 kenangan, memori serta kejayaan Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor al-Masrie (DSMS).

Lebih menyentuh perasaan bile menceritakan detik2 cemas apabila seluruh Malaysia sedang meraikan kepulangan seorg wira, akan tetapi kepulangan beliau disambut dengan berita yg memeranjatkan di mana adik yg paling rapat dgn nya mengalami kemalangan dan akhirnya meninggalkan dunia ini untuk selamanya.

Dalam buku ni gak, ader menceritakan perasaan adik beradik DSMS yg terdiri dari 5 org lelaki kesemuanya, sebelum, semasa dan selepas DSMS berjaya menjadi seorg Angkasawan Malaysia.

Buku ini benar-benar menjadi inspirasi yg penuh dengan emosi seorg wira..

*Terdapat dalam versi English dn Bahasa Melayu

*Aku beli yg melayu jer..sng baca..haha...

Sertai Komen Berani Mati Di Sini

  ©:: MyWay [v2.2] ::. Template by Dicas Blogger.

TOPO