Wednesday, January 20, 2010

Semasa : PANAS..PANAS..PANAS!!

Assalamualaikum;

Uii, lamanya tak post kat blog ni. Al-maklumla, konon-kononnya menumpukan sepenuh perhatian demi peperiksaan akhir semester aku laa kaedahnya. Sudahnya, YANG ADO! Tak ada la sepenuh perhatian sangat pun. Biasa-biasa je. Tapi aku tak keluar rumah pun berfoya-foya di rumah-rumah orang selama 19hari! KAU MAMPU KE? haha. Buku tetap terbuka depan mata. Tangan bukan pegang pen, tapi pegang mouse laptop. Ada siapa2 nak jawab? Tapi Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, aku dapat menyelesaikan keseluruhan peperiksaan akhir semester aku ini dengan baik. Tanpa sebarang masalah...

Sekarang ini sudah hampir untuk masuk bulan 2. Rasa sekejap sangat bulan 1 ini. Seolah-olah aku tak berapa menikmati bulan 1 neh. Tahu-tahu je dah nak masuk bulan 2. Haiz, cepatnya lah masa berlalu. Tapi apa yang penting kat sini musim sejuk tahun ini merupakan MUSIM SEJUK PALING PANAS pernah aku alami sepanjang aku duduk di Jordan ni. Bayangkanlah, sepanjang aku menjalani peperiksaan akhir ini, aku hanya pakai baju kemeja lengan panjang sahaja. Sepatutnya kalau bulan1 neh, harus dah pakai jaket2 2-3lapis. Tapi ini boleh pakai kemeja je. Global warming sangat! Padahal kat tempat-tempat lagi ribut salji bagai. Kat sini, YANG ADO!

Lama tak menulis ni, aku rasa sekarang ni macam si FAIZ Raja Lawak yang tiba-tiba lost di tengah-tengah persembahan. Tapi aku bukan pelawak, so aku tak perlu la nak teruskan tulisan aku ni. Aku macam tak berapa nak ada idea sangatlah sekarang ni. Tapi, apa yang penting, aku just nak bagi tahu yang aku masih hidup menikmati nikmat Iman, Islam dan Ihsan dan juga blog ini pun masih mempunyai hayatnya...

Tu je la kot. Babai!

Gimme a B..B
Gimme an O..O
Gimme a R..R
Gimme an I..I
Gimme a N..N
Gimme a G..G

B.O.R.I.N.G

*Takde seterusnya2 neh..huh!


Seterusnya...

Saturday, January 2, 2010

Diari : 2010

Assalamualaikum;

(FAST HAPDET : 2245)

Harini aku nak mulakan satu lagi label baru menggantikan label semasa aku sebelum ini sebab sebenarnya kadang-kadan itu aku agak confius jugak nak letak dalam label mana satu yang sesuai dengan setiap entry-entry yang aku dah type penat-penat tu. So, sekarang ini, dengan adanya label Diari ini lebih mengkhususkan la apa yang aku nak tulih.

Label diari ini aku akan masukkan apa-apa sahaja berkenaan dengan kehidupan aku. Ala-ala diari laa. Aku dapat idea untuk label diari ini bukan apa, semalam aku di kejutkan dengan pemergian seorang sahabat aku yang baik. Elok-elok aku nak bukak buku untuk study, ttb..

Kawan aku : BUZZ!!!
Oiii...kau dah taw cite ke? (Mulia sungguh akhlak kawan2 aku neh..main oiii2 jeee)
Aku : Ha...oiii (Aku pun oii la balek kann..haha)
Taw apo?
Kawan aku : Abg dol dah takde dowh.. br je meninggal maghrib td waktu mesia..
Dengar cerita..eksident.
Tapi tak taw lagi cerita lanjut sebab kakak dol tak dpt nak bercerita sgt..
Aku : Ko biar betul mok... bnde2 gini wat2 men lak
Kawan aku : Klu ko tak caya ko tgk status Arda tu...
Aku : .................. (Speecless)

*Sila percaya bahawa dialog-dialog dalam dialog diatas adalah rekaan semata-mata. dialog sebenar aku xingt da.. aku cuma ambil lebih kurang je.. tapi situasinya lebih kurang gitu laaaa

Terus je aku letak buku yang patut aku nak std tu kat tepi, terus buzz org itu, orang ini untuk tanyer lebih lanjut berkenaan dengan hal neh...

Akhernya.. Mmg di sahkan.. Haizzz.. Hilang sorang kawan aku yang baik... Semoga Engkau tenang di sana. InsyaAllah la, dah la meninggal hari jumaat.. tahun baru lagi.. senang nak ingat.. bile ingt, boleh sedekahkan al-Fatihah ~ al-Fatihah

Aku baru je lepas tgk frenster al-marhum.. Sayu sangat rasanya. Tiba-tiba terdetik dalam hati, mcmana la kalau aku mati esok. Mesti orang akan buat bende yang sama jugak, tgk frenster aku, blog aku, flickr aku, twitter aku... Kalau la aku mati nanti kan, korang semua jgn lupa sedekahkan Al-fatihah untuk aku ye? :) Terima Kasih ~

.....................................................................................................

Oh ya, aku seakan-akan tidak sempat untuk posting pasal tahun baru dan babai tahun lama. Apa-apa pun aku nak ucapkan selamat tahun baru untuk kalian semua. Harap korang semua lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini, begitu juga dgn aku.. Harapnya ~

.....................................................................................................

Bermula dari 9hb januari ini aku akan menghadapi peperiksaan akhir yang semestinya akan menghantui sekelian manusia yg bergelar mahasiswa universiti aku ini dan bakal menemui pengakherannya pada 19hb Januari. Maka kalau ikut situasinya lah kann.. ini merupakan peperiksaan aku yang terakhir disini. selepas ini aku akan bergelar graduan. InsyaAllah. Semoga Allah permudahkan urusan aku. Tapi aku sangatlah risaw dengan keadaan aku sekarang ini sebab ada 2subjek yg sgt aku rasakan kritikal.. Sebab tu, harini 2hb, aku dah mula std dah untuk subjek-subjek kritikal itu. supaya aku lebih bersedia kelak. kawan-kawan semua jgn lupa doakan aku d permudah segala k?

.....................................................................................................

Oklah, aku rasa sampi sini lah dulu kot untuk kali ini. kalau aku ada masa lagi, aku hapdet lagi ye... mcm nak tido dah... esok nak g ambil gambar graduan untuk d masukkan dalam buku tahunan universiti aku.. ngeh2.. Ok.. babai ~

(END : 2313)


Seterusnya...

Tuesday, December 29, 2009

Semasa : Terima Kasih Pakok!

Assalamualaikum;

Setelah berminggu-minggu aku menanti.. Kini aku bukan lagi seorang pendatang asing tanpa izin di bumi Jordan ini. Terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan kepada Tuan Haji Fakhrulhadi bin Milatusamsi (Serius aku not really sure ejaan nama kau neh. Aku bedal jeee ) sebab bersusah payah menyiapkan visa pelajar aku ini atau dalam bahasa arabnya lebih di kenali dengan IQOMAH SANAWI... So, panggil la mana-mana abang polis punnnn... Panggil Raja Jordan sekali pun sikit pun aku tak heran laaaa.... Aku tunjuk je kad iqomah aku ini... Sure die bentang red carpet tuk aku. Aku jalan je, sambil melambai-lambai kepada peminat-peminat di luar sana... Wohaaaa ~

Tengok la nehh.. Tengok laaaa.....

Issue Date : 11-11-2009
Expiry Date : 11-11-2010

Tahun ini merupakan pertama kali aku menyerahkan sepenuhnya aktiviti merenewkan iqomah aku ini kepada pihak yang berwajib. Kalau dulu-dulu aku buat sendiri je sebab ada kawan-kawan yang sama tarikh dengan aku. So, kami pergi buat sama-sama. Pada tahun ini, kawan-kawan setarikh aku sudah tidak ada lagi kerana mereka telah selamat pulang ke Malaysia, maka tinggallah aku sorang-sorang untuk merenew. So, dengan kemalasan yang ada, aku serahkan sahaja kepada pihak yang berwajib iaitu Tuan Haji Fakhrulhadi itu tadi atau lebih di kenali dengan Encik Pakok. Tambahan pulak lagi, ini merupakan semester akhir aku di sini, so aku kene lah berikan 100% focus dengan kelas dan pembelajaran aku agar aku dapat menamatkan pengajian aku seperti yang di jadual kan... Kawan-kawan jangan lupa doakan aku keyh?

Encik Pakok adalah seorang yang berjawatan Biro ....... (Haha, siyes aku xtaw pe nama biro kau nehh.. Kiki) dalam persatuan pelajar yang menaungi aku sekarang ini. Beliaw sangat komited dalam melaksanakan tugas beliau merenew iqomah budak-budak lama dan mengapply iqomah untuk budak-budak baru. Entry ini aku ini aku tujukan khas untuk Encik Pakok sebagai tanda terima kasih aku khas untuk dia, dengan ucapan...

"Pakok, kau memang hensem lah! Ni yang aku sayang sangat kat kau niii. Aku doakan kau lepas ini ko boleh merampas takhta Ust Nasir dan jadi president PRISMA pulak lepas neh.. Hahahaaa"

Bersama-sama dengan ini aku lampirkan gambar beliau sebagai rujukan..

"Hensem, kacak, gagah!"

Seperkenalan aku dengan Encik Pakok ini sejak beliaw berpindah di wilayah Dhubat ini dan kami sama-sama pulang ke Malaysia pada cuti hari raya lepas. Encik Pakok seorang yang happy go lucky dan sering membuat orang lain senang hati dengan beliau terutamanya Encik Syawal. Siapa pulak Encik Syawal nehhh? Hurmmm....

Encik Syawal merupakan kawan baik Encik Pakok atau pun lebih mesra lagi kalau aku katakan adik angkat Encik Pakok. Mereka selalu pergi kelas sama-sama, balik sama-sama, makan sama-sama, ponteng kelas sama-sama dan pelbagai perkara lain lagi mereka selalu buat sama-sama...

Ingat lagi tak kes Encik Syawal itu? Kalau tak ingt, pandai-pandai la korang ingt sendiri. aku malas nak bukak cerita balik. Aku tak nak cerita lebih-lebih sangat sebab Encik Syawal ini merupakan seorang yang sangat emosi. Seperkenalan aku dengan Encik Syawal ni pulak, dah 2x kes die mengamuk di khalayak ramai yang menyebabkan amukan die itu di ingati sehingga ke hari ini oleh semua orang. Akan tetapi, amukan die itu akan reda bila hadirnya Encik Pakok disamping beliaw.. Sweet kan? hahaha

"Sempat dirakam : Api kemarahan sedang menguasai diri Encik Syawal"

"Baik kan diorang?"

Ok, berbalik pada cerita iqomah aku ini. Seperti yang aku bagitahu sebelum ini, kami di sini memengang iqomah pelajar yang sah di perlakukan selama setahun. Setiap tahun, kami perlu merenew iqomah kami untuk kami bergerak bebas di dalam negara ini mahupun keluar dan masuk dari negara ini. Iqomah ini adalah kad pengenalan diri yang menggantikan passport. So, kalau kami ke mana-mana kami tak perlu membawa passport sebagai pengenalan diri. Bawa iqomah sahaja yang bersaiz seperti kad bank itu. Jika kami tak renew kad iqomah itu bila tiba tarikh luputnya, kami akan di denda sehari JD1.500 bersamaan dengan RM7.50.

Menurut Encik Pakok, dia kata bukan dia je la yang buat kerja neh sorang-sorang, setahu aku ada Encik Mustaqim, Encik ....., Encik..... dan Encik..... Senang cerita sapa yang terlibat merenew iqomah aku neh, Terima Kasih banyak-banyak aku ucapkan. Sampai dia cerita terpaksa bertekak dengan Encik polis itu disebabkan oleh iqomah aku ini. Siannn Encik Pakok ini bersusah-susah untuk aku walaupun aku tak guna lama pun iqomah aku neh sebab bulan dua nanti aku dah nak balik dahhhhh.. Hahah ~ Tapi apa-apa pun dengan adanya iqomah ini aku boleh dengan sesuka hati keluar masuk Jordan dan tido malam dengan nyenyak selepas ini sementara aku masih lagi berada kat negara ini. Maka selayaknya aku ucapkan terima kasih sekali lagi kepada sesapa yang terlibat yee....

Aku rasa cukup la sampi sini dulu cerita aku pasal Iqomah, Encik Pakok dan Encik Syawal. Haha.. Tak pasal-pasal je cerita Encik Syawal masuk sekali...

"Hang nak emosi dengan aku kaaa Syawal?"

Oh ya, sebelum aku terlupa, Encik Syawal ini mempunyai kelebihan bertutur dalam bahasa Thai. Kalau ada sesiapa ada masalah bahasa Thai, boleh la rujuk ke dia ye...

Babai ~


Seterusnya...

Tuesday, December 22, 2009

MyWay : Aku Sangat Penasaran (2)

Assalamualaikum;

Rujuk entry aku sebelum ini. Pada kali ini sekali lagi aku dihantui dengan kunjungan pelawat blog aku ini yang menunjukkan mereka datang dari area-area yang sangat asing bagi blog aku ni seperti screen shot di bawah ye tuan-tuan..

"Klik untuk paparan lebih besar"

Actually, (hehe, ckp english..yelaaa..org dari America kannn) aku bukan la percaya sangat pun dengan widget location detector tu. Tapi kadang-kadang macam ada betulnya jugak. So, ini pun aku sekadar tak tahu nak update apa kan. Saje je la try nak tanye je sape. Ye la, pelawat blog aku ni bukan ramai sangat pun. So, kalau ada yang datang dari tempat-tempat asing selain dari Jordan dan Malaysia itu, memang sangat asing la bagi blog aku ini. Lagi pun sebab mengikut google analytic aku neh, habis semua entry-entry aku dari awal sampai la habis die baca.. Pelik...Rasa macam takut pun ada. Aku pulak duk check-check balik entry-entry aku sebelum-sebelum ini takut ada apa-apa pulak kan.. Dah la datang dari America.. Kot FBI pulak ke..Wohaaa ~

So, harapan aku agar kawan-kawan yang datang dari area sana-sana tu, boleh la lapor diri. Boleh kenal-kenal. Kalau sesat-sesat kat US nanti, leh la contact-contact kan? Haha

Terima kasih melawat blog ini ~

*Rasa macam banyak gile pakai perkataan berganda. Bangga cikgu Bahasa Melayu aku kalau dia baca entry aku ni ~
*Boringlah.. nak buat apa ye sekarang ini?



Seterusnya...

Friday, December 18, 2009

Memori : 1Muharram

Assalamualaikum;

"1 Muharram detik permulaan;
Perpindahan kaum Islam hijrah;
Perpindahan nabi dan umat Islam;
Dari kota Mekah ke kota Madinah.. "

Ada dua kisah yang aku nak cerita, yang ada kena mengena dengan hari ini. Oh ya, pada saat ini, aku telah pun menamatkan hampir keseluruhan peperiksaan kedua aku dengan keadaan ,1paper yang agak mengecewakan persembahan jawapan aku. Walaupun aku rasa aku dah study hard n smart gile khinzir macam nak mati sampai rasa nak deman-deman dan kadang kala rasa mcm nak pecah kepala ini. Akan tetapi bile dapat je kertas soklan, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim... Aku bukak je kertas soklan itu.. "OMG! (Oh My God!) Apa soalan ini? Soalan ke ni?" Pelbagai persoalan, keluh kesah timbul jauh di sudut hatiku. "Adusssss, mati la aku" Bagai ingin mengalir air mata jantan aku ke atas kertas soalan itu. Tapi control..control... Aku berjaya kawal perasaan. Memulakan jawapan. Jawap atas apa yang aku tahu je. Adusss ~ Tawakkaltu 3ala Allah - Tamat -

Hari ini 1Muharram, detik permulaan. Perpindahan kaum Islam hijrah. Perpindahan nabi dan umt Islam. Dari kota Mekah ke kota Madinah. Atas keyakinan dan iman yang teguh, kaum muhajirin dan ansar bersatu. Rela berkorban. Harta dan nyawa. Demi menegakkan Islam tercinta.. (tQ 2 @palipoyo sebab sambung lirik ini sbb aku tak sure sgt ketika aku type lagu ni - Ala2 Jangan lupa lirik je-)

Ok, boleh dikatakan semua orang tahu lagu ni kan? aku rasa aku dah dengar lagu neh masa kecik-kecik lagi.. zaman-zaman RTM dulu. Sampai hari ini lagu ni still d mainkan lagi di perbaharui dengan pelbagai versi dan penyanyi.. tapi lirik tetap sama dan padat dengan mesej-mesej yang hendak di sampaikan... Tahniah bagi pencipta lagu ini. Clap3x. Melalui lagu ini jugak la aku belajar banyak benda berkenaan dengan hidup...

Salah satu daripadanya, pada mulanya aku ingatkan perpindahan nabi dan umat Islam dari kota Mekah ke kota Madinah itu adalah semudah lirik lagu itu. Rupa-rupanya AKU SILAP! Jarak antara kota Mekah dan kota Madinah itu adalah dalam 500++KM. Perkara ini aku sedar bila aku menjejaki sendiri tanah haram buat pertama kalinya, pada tahun 2006, tatkala melaksanakan rukun Islam kelima iaitu mengerjakan haji di Baitullah.

Jika melihat sendiri sepanjang perjalanan dari kota Mekah ke kota Madinah itu, aku sangat tidak tergambar macam mana keadaan nabi dan umat Islam berhijrah. Dengan panasnya lagi, bekalan air entah ada entah tidak. Makanan. Hurm. Naik bus yang ada air-cond pun macam tak larat je. Ini pulak naik unta, jalan kaki. Ya Allah, tabahnya hati seorang nabi serta umat Islam pada ketika itu untuk menyebarkan Islam sampai ketahap seperti hari ini ~ END -

Kesimpulan : Jangan cepat menghukum sesuatu sebelum mendapat kepastian dari keadaan.

Kemudian, seperkara yang aku tak boleh lupa berkenaan dengan 1Muharram ni, berkenaan dengan kejadian 7tahun lepas. Pada waktu ini, ketika ini, tarikh ini, aku bersama-sama dengan 14 lagi orang kawan aku, berkonvoi 3biji kereta kesemuanya berkelah di Port Dickson. WTH lepak PD masa Maal Hijrah kan? Orang sibuk pergi masjid itu ini, aku berkelah-kelah pulak. Jangan cepat membuat kesimpulan sendiri. Dari tarikh itulah aku kenal siapa diri aku, siapa kawan-kawan aku. Aku kenal dunia.

Mengikut perancangan asal, nak tengok sunset 1x, tapi agak terlewat, so, sampai kat PD around lepas mghrib gituu laaa.. So, malam itu kami ada buat barbeku berlampukan lampu kereta je. Lepas makan, ada sikit beach game sambil menyanyikan lagu tema Maal Hijrah dengan penuh semangat secara beramai-ramai seperti kumpulan koir di tepi pantai dengan keadaan pantai yang gelap gelita. Haha~ Kemudian terus mandi laut pada tengah malam yang hanya bertemankan sinaran bulan (eh, ada bulan ke awal2 bulan?) Sambil ada pakcik2 nelayan tengah sibuk mencari ketam sebab tengah malam air laut surut. Kemudian acara berakhir dengan mengadakan solat secara berjemaah d Masjid yang berdekatan serta Qiam dan diikuti dengan solat subuh. Yeahhh... Pada siangnya pula, kami bersiar-siar sekitar PD hingga ke Seremban sebelum kembali ke kolej kami.

Stat dari situ, sampai lah sekarang ni, kami masih lagi berhubung d antara 1 dengan yang lain. Saling memberi semangat dan dorongan. Sampai sekarang ni, hampir 7tahun kami berkawan sejak dari peristiwa itu. Walaupun aku tercampak jauh dari mereka, tapi Email, Sms, YM tetap menjadi penghubung antara aku dengan sahabat-sahabat aku itu..

Kesimpulan :
Sahabat adalah orang yang paling hampir selepas keluarga..

Sekian ~ Salam Maal Hijrah 1431


Seterusnya...

  ©:: MyWay [v2.2] ::. Template by Dicas Blogger.

TOPO