Sunday, December 28, 2008

Semasa : Salam Takziah Maal Hijrah

Assalamualaikum;

Selamt Tahun Baru Hijrah 1430. Tahun Baru. Bulan Baru. Hari Baru.. I-allah Lebey baik dari tahun sblm ini.

Bgn pg. Sejuk. Pegi kelas mcm biase. No more cuti2! tp esk cuti lg. Sempena tahun baru hijrah. Esk je cuti. lusa kelas balik. mcm biasa. tp dis wik, last wik. nx wk, study wik. 12hb, xm wik. 17jan-15feb. holiday period!men salji. yey!

Dlm kelas. ttb terdgr sayup2 seperti org sedang berdemonstrasi. kaki mengigil. rs mcm nak g tgk. tp kelas tak abes lg. sabar, tabah..

Kelas tamat! berlari2 mcm nak join. tp sbnrnyer nak tgk je. nak amek gmbr. nak upload. nak letak dlm blog. nnt anak cucu leh tgk. zaman muda abahnye.. saje nak nak amek taw sbnrnyer. ape yg berlaku. ye, demostrasi pelajar universiti aku secara besar-besaran. mengutuk tindakan Israel menyerang Palestine. Dgn penuh marah. penuh emosi. bermati2an. lantang menyorak. Mengutuk. Mengeji. Mencela. berselang dgn kalimah suci. Allahuakbar! bendera Israel dipijak2. di bakar di khalayak. Lelaki sepasukan. tak ketinggalan juga kumpulan wanita. masing2 berarak. sepanduk dijulang. mcm dilihat di dlm tv. tp ini LIVE. dpn mata. Pertama kali menyertai demostrasi mcm tu. Turut merasai. kesedihan keluarga mereka. saudara seislam aku.




Titik hitam menjelang tahun baru! moga tahun baru ini semuanya akan berubah. bertambah baik..


Seterusnya...

Saturday, December 27, 2008

MyWay : Malam ini

Assalamualaikum;

2-3x aku cuba untuk menggerakkan jari jemari aku neh untuk menaip. tp mcm gagal je. harap2 kali ini berjaya untuk aku publish sesuatu di sini.

Mlm ini sejuk! sejuk luar biasa. tak mcm mlm2 sblm neh. suhu di luar lebey kurang 5c. aku kuarkan glove yg lame tersimpan dlm 'junk box' aku. terus sarungkan. sblh kanan sahaja. sbb tgn knn aku je yg aku rs sejuk sgt. dari merah dah bertukar jadi kebiru-biruan. harapan aku agar glove yg aku pki neh, dpt meneutralkan balik suhu tgn aku neh.

Bertemankan lagu Thank You For The Music nyanyian Abba. Kumpulan yg amat popular pada zaman mak aku muda2 dulu rasa nya. tp aku rs, iramanya ssuai dgn mlm yg makin pekat. Alunan piano itu-damai. jam kt penjuru kanan leptop dell inspiron 700m aku neh tepat menunjukkan 11:56PM. esk stat kelas balik setelah 3hari bercuti sempena Hari Natal. tiada yg istimewa cuti kali ini. aku penuhkan dgn menghafal quran sahja. Alhamdulillah~~

Harini aku sgt lemah. lemah bdn, otak..mental dgn fizikal. mungkin dek cuaca sejuk. tp tak leh jgk nak salahkan alam. mungkin salah aku jugak. salah mkn ke, byk buat keje ke..mcm2 aku pk sejak aku celikkan mata aku pg td.pagi?huhu..dah lah tak pergi prog "aku tanpa ikhtilat" anjuran persatuan pelajar universiti aku..MALAS!

Bgn2 je trus capai henset. nak tgk jam. tp ada msg. 7msg dari kedua2 hp aku.. 1-1 persatu aku belek. masih dalam selimut. berselubung. sejuk. habis baca, 1 pun aku aku xreply. campak henset tepi. pejam mata balik. tp tak tido. kumpul kekuatan untuk keluar dari selimut..tak ada mud.

Ptg, masih tak ada mud. dpt lg 2-3 msg..juga aku xbalas jugak. malas nak menaip. lenguh tgn. tak ada kudrat. bukak quran. baca quran-hafal.

Mlm, badan rasa lesu2. mcm nak tido je. tp br kul 7mlm. nak tgu dak2 umah aku balik. 2hari tinggal sendirian di rumah ini.

Diorg balik, membawa berita gembira. kemenangan piala futsal permata. tahniah untuk kalian!

Bukak tv. 1 persatu channel yg ader aku bukak. tp 1 rancangan pun tak ada yang menarik perhatian aku. lebey 1000 channel kesemua nya. tv setelit. kebyakkn nyer melaporkan berkenaan dgn Israel membedil bandar Gaza. lahanat punyer Israel. Pray 4 our muslim brother!Allahu Akbar!

Boring yg amat! Masuk bilik. Tgk internet. Jalan2 blogsphere org. tulih blog neh..

Alhamdulillah, percubaan ke ntah brape neh, berjaya juga mencipta sebuah post. Panjang jugak rupanya..

Aku..............~~Sekian


Seterusnya...

Thursday, December 25, 2008

Award : Award of D Year 2008


Bismillahirrahmanirahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh. Terima kasih kepada En. Luth yg memberikan Award neh tuk aku. Tak sangka. wlwpun aku jauh mcm neh, ader gak org yg ingt kt aku. Amat terharu. Tak lupa jua aku ucapkan kt semua pengunjung2 blog aku neh. tanpa korg, angka kunjungan yg terletak kat bawah blog aku neh tak de lah smpai 7000++ wlwpun blog neh, belum smpai setengah tahun lg. Terima kasih..Semoga apa yg aku tulih neh, sedikit sebnyk memberi manfaat kt semua.

Akan ku abadikan award neh kt tepi tu..sbg tanda ingatan tulis ikhlas..hehe..


Seterusnya...

Wednesday, December 24, 2008

Tagged : Dari Cik Cleo

Assalamualaikum;

Mintk Maaf bebyk kt CikCleo dgn blognyer yg comey tu.. giddy-giddies sbb lmbt reply tagged die neh. skrg neh dah berada kt ujung2 semester dan final exam akan stat on 12Jan dan berakhir pada 17Jan. bederet2 tanpa gap! 12,13,14,15 dan17Jan.Tabah! wlwbgaimana pun, mlm neh ader jugak masa aku tuk usha2 blog neh. rini aku juz baca je. aku bajet nak hafal 2muka. tp haram..ttdo lak. sedar2 dah tgh mlm..2 yg maleh tu..

Oklah, tagged die neh, berbunyi mcm neh..

1. Do you think you are HOT?
Yes i do! so wut?haha

2. Upload your fav picture of you!!


3. Why do like that picture?
Sbnrnyer byk je gmbr2 yg aku ske. tp aku pilih gmbr neh sbb smlm aku xleh tido. pastu boring2 godek2 pic2 dlm kmputer aku neh, aku tgk gmbr neh. mcm mimpi je. mak ngn abah aku dtg kt tmpt aku neh. nak tgk tmpt aku blaja neh cmne. pastu siap jalan2 lagi negara2 keliling dgn Jordan neh. Pegi Mesir, Syria ngan Lubnan. Lg pun, aku mcm rindu ah kt diorg. Lg2 mak aku tgh sakit neh. xtaw la cmne mak aku skrg neh. adik aku ckp, mcm dah ok sket dari aritu. tp xtawla cmne keadaan die. sbb aku sniri xtgk die cmne kan.. cuma berdoa agar die kembali sihat.. nnt leh dtg lg tgk aku sini...leh main salji lagi..huhu

4. When was the last time you ate pizza?
Bulan lepas

5. The last song you listen to?
afgan- terima kasih cinta [haha, same dgn cik cleo]

6. What are you doing right know besides this?
Makan coklat.hehe

7. What name would you prefer besides yours?
anap_ilmi, namie, alang, pak lang.hahaha

8. People to tag:
Mcm biase lew..org2 sekeliling aku neh laaa...
1. Afiq
2. Amzari
3. Poyan
4. Nina
5. Aisyah

9. Who is number one?
Dak sini gak..same U dgn aku

10. Number three is having a relationship with?
Haha..ntah die..asik duk sunyi je..nyampah aku..

11. Say something about number five?
Die dak n9 gak..kan..kan2?

12. What about number four?
My Adekk laaa...hehe

13. Who is number two?
Dak sini jugak, tp tak sama universiti..die duk jao..hehe


Seterusnya...

Saturday, December 20, 2008

MyWay : Upacara Bertandang Ke Rumah Arab

Assalamualaikum;

Burp...Alhamdulillah. setelah membuat beberapa kali perjanjian. dari rayer aidilfitri ritu. baru lah rini aku berkesempatan untuk g beraya rumah pakcik arab aku sorg neh.. Die neh merupakan pemandu truck kt tmpt aku neh. kami sllu sewa truck die klu nak pindah umah ke.. nak g airport ke.. nak g mn2 pun kebyakkan dgn die neh gak laa.. sbb die je yg leh bwk kitorg g mn2.. pastu yg paling penting 1x.Murah! yg len sumer cekik darah. huh!

OK, Kat sini aku nak cerita kt semua, upacara bertandang ke rumah arab. jgn ingt Jepun je yg kaya dgn upacara2 diorg. arab pun ada jugak budaya mereka yg tersendiri apabila kita bertandang ke rumah diorg neh..

SO, seperti yg di janjikan, die dtg amek kitorg kt umah, dan di bawa ke rumah die. rumah die neh terletak kt As-Sarhan. Kurang dari 10km lg nak smpai border Syria..

Bile berckp tentang dtg umah arab, apa yg tergambar kt fikiran kitorg adlah..Sedulang nasik arab yg akan dihidang untuk kitorg. Sbb arab neh mmg terkenal dgn meraikan tetamu yg dtg ke urmah mereka. mereka akan layan kita sungguh2. sehingga kita ckp.. "sudahlah tu..xpyh susah2.." br mereka rs mereka dah jalankan tanggungjawab diorg melayan tetamu dgn baik. klu x, selagi tu lah diorg akan buat mcm2 tuk kita..[ms tahun 1 dulu dah kene dahh..]

Smpai je umah diorg, mmg btul lah..Hambek ko..sedulang nasik arab yg sepatutnya leh makan seramai 10++.tp hanyalah dimakan seramai 5org sahaja sedulang. mcm dlm gmbr neh..

Sbnrnyer, bagi org arab, jika diorg hidangkan ala kadar je atawpun bile diorg hidangkan makanan, makanan yg dihidangkan itu..habis! itu bermakna, makanan yg diorg hidangkan itu tidak mencukupi. so, diorg kene hidangkan bende lain, smpai lah makanan yg kita makan tu..berbaki..kire mcm tak abes laa..br lah namanya kita neh, cukup makan...mcm neh..

Selesai makan nasik tu..perut pun mcm nak meletop dah..kita akan dihidangkan dgn teh 'o' arab yg sangt istimewa. diletakkan sedikit daun pudina untuk menambahkan rasa teh 'o' arab yg sebnar..

Bile dah selesai makan menu utama tu, kita kan dihidangkan dgn pencuci mulut pulak. biasanya terdiri dgn manisan2 arab ataupun buah2han..

Selepas itu, jika tuan rumah masih mempunyai makanan untuk dihidangkan kepada tetamu..die akan keluarkan la..dan dihidang kan 1 per 1...

Untuk akhirnya, jika tuan umah menghidangkan kopi arab yg amat pekat dan tak sedap kalau tak pandai buat tuu.. itu maknanya, tiada lagi hidangan yg nak di hidangkan kepada tetamu dan tetamu pun boleh la meminta izin tuntuk pulang ke rumah...

Bg upacara minum kopi tu pulak..biasanya, dia akan tuangkan tuk kita dan kita hendaklah menggoyangkan cawan itu tanda tak nak lagi..klu kita senyap je..bg je cawan tu mcm tu je..nnt die akan tuang lagi dan kita kene minum lg kopi yg dituang tu..smpi lah kita goyangkan cawan itu..[pun dah kene tahun 1 dulu...]

Sblm kami balik, kami bergmbr dulu dgn family die neh dan anak2 die yg sgt ramai neh..meriah btul umah die neh.. 7org anak kesemuanya..sorg je ppuan.hehe...tp tak nampak pun anak ppuan mahupun isteri die neh..sbb anak ppuan dan isteri, kene duduk kt dalam je..tak leh jmpe dgn tetamu lelaki..


*Aku amat perlukan kamera yg baru bagi menggantikan camera aku skrg neh...!


Seterusnya...

Thursday, December 18, 2008

MyWay : Aku Bukan PATI

Assalamualaikum;

Alhamdulillah, rini dpt jugak aku jln2 kt blogsphere neh, bertemankan lagu Ungu-Cinta Dalam Hati. Layan gile lagu neh. Mcm ader kene mengena je dgn aku. gagagagagga....

Dah, tutup cite tu, rini aku nak meraikan hari yg amat bahagia buat diri aku neh. Setelah lebey kurang sebulan lebey, aku mencari perlindungan, nyorok atas siling, kt dlm almari, bawah katil, berlari bile nampak polis.. [haha, mcm ape je, padahal xde pe pun..boleh je berjalan2 g laut mati pe sumer...] akhirnya...aku boleh keluar dari tempat persembunyian aku...

KENAPA?

mulai hari neh, aku tidak lagi seorg PATI [Pendatang Asing Tanpa Izin] di negara Jordan ini. Aku sudah pun memiliki visa kependudukan sebgai seorg pelajar di sini. di ulangi lagi sekali..PELAJAR ye..dan kini di gelar Pendatang Asing Dengan Izin [PADI]..Sniff..sniff

"Ini adalah kad pengenalan aku kat sini sebgi PADI"

Sbnrnye, hal neh sumer bukan lah berpunca dari diri aku sendiri, ttp neh sumer d sebabkan Kerani Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti aku neh haaa yg mcm haram. Pemalas, suke tangguh kerja, kerja sambil lewa, makan gaji buta. HUH! xpsl2 aku jadi merasa jadi PATI. nsb bek bersama2 aku neh..ader berpuluh2 dak2 batch2 aku yg terpaksa menjadi PATI di sebabkan kerani tu td..

Klu ikutkan, leh je nak g wat sniri tanpa mengharapkan sape2 pun. tp sbbkan hari2 aku full dgn kelas..tu yg xleh nak ponteng tu. nnt xleh amek final lak..lg teruk. jadi kami mengambil keputusan menyerahkan hal neh kt JHEP untuk selesaikan masalah kami neh.

Sepatutnya, sng je nak wat bnde neh, tp ttb untuk tahun neh, pihak kerajaan negara aku duduk neh, kuarkan undang2 baru dimana, mana2 yg nak memperbaharui status kependudukan, haruslah mendapatkan persetujuan dari Kementerian Dalam Negeri serta kelulusan dari pihak polis bahawa yg tinggal dlm negara diorg neh..BERSIH dari melakukan kesalahan undang2. nak tunggu surat pengesahan tu yg lambat tu.

Tapi tak pe la...alhamdulillah segalanya dah selesai..aku kini seorg PADI. bukan lg seorg PATI. setahu aku la..batch2 aku yg same2 jadi PATI ritu..br 4org je yg dah menyelesaikan urusan..yg berbaki lagi tu..masih lagi berstatus PATI..haha..

Nasihat aku, korg g lah cepat2..nnt kang payah lak nak balik mesia, nak g jln2 ker..negara neh dah la tak mcm mesia..kalau PATI2 sumer dihantar pulang balik..leh balik free.tak kesah lah nek kapal ke nek pe kan..yg penting free...tp kot duk sini..denda harian akan di kenakan. sehari JD1.50 = RM7.50..selagi tak buat tu..selagi tu denda tu akan berjalan. bile nak balik nnt..tup2 kene tahan tak airport..kene byr denda. br leh lepas..hehe..daaa

*Tgh plan2 nak jalan2 keluar dari Jordan neh..sbb aku bukan lagi seorg PATI..hehe..


Seterusnya...

Wednesday, December 17, 2008

Award : Tq tuk Duniamu Duniaku

Assalamualaikum;

Dalam kesibukkan aku di hujung2 semester neh, untuk kesekian kali nyer aku mintk maap kt korg sbb xsmpt2 nak jalan2 kt umah korg..Byk bnde nak kene buat neh. maklum lah, ujung semester kan, semua nak d kejarkan dlm masa yg suntuk neh..org ckp keje last minit..hehe. biase la kannn..

Tp dlm ketidak hadiran aku ke rumah korg, aku terharu, ader gak yg ingt aku neh. TQ tuk Tuan empunya blog DUNIAMU DUNIAKU memberikan 2 award neh, yg terlalu berharga untuk aku..hehe..Tq Again!

Dgn ini, aku dgn bangganyer menayang award neh, untuk tatapan semua. ada 2 award kesemuanya..hehe..sniff..sniff

"Anugerah Blogger Harmoni"

haa, menurut dari Cik Pink_Butterfly yg menerima award neh dari cik tasha, Anugerah pertama ni khas tuk Blogger² yang sentiasa peka dengan kewujudkan blogger yang lain, mesra dengan setiap blogger..Harmoni maksudnya mesra dari segala aspek..disenangi dan disukai semua blogger... fuhh, so, aku termasuk la dalam blogger2 yang harmoni ni kan? hihii... bwat muka bangga jap...

"Anugerah Si Bintang"

Menurut Cik Pink_Butterfly yg memetik kata2 cik tasha gak, yang 2nd award ni pulak khas tuk blogger yang berusaha keras memajukan blog diowang dan sentiasa memberikan tutorial dan info² yang berguna kepada blogger lain.. erk, blog aku tak ada tutorial, tapi aku berusaha keras memajukan blog kan tasha kannn... haha, tanak kalah tuu...

hahaha..copy n paste sajer...sng..hehe...

tp alangkah malangnyer, Cik Pink_Butterfly tak de lak suruh panjangkan award neh kat sape2..so, dgn tamaknyer, aku tak dpt lah nak kongsi award neh kt org len..haha..aku nak gantung award neh kt tepi neh....

Terima Kasih lagi sekali..Semoga apa yg kita usahakan neh. mendpt keredhaanNya..


Seterusnya...

Tuesday, December 16, 2008

Info : Kenapa Org Arab Pakai Egal?

Assalamualaikum;

Sihat semua? mintk maaf byk2 untuk kwn2 dlm blogsphere neh, kebelakangan neh aku agak bz sket la..xsmpat nak ziarah2 korg..pe2pun, tq korg smpat gak ziarah aku, ujung minngu nnt aku dtg tmpt korg..k?esk neh, klaz kul8 la plak. PENING!

Rini aku nak kongsi dgn korg lak, 1 info yg aku dpt minggu lepas sbnrnyer, tp br neh lah aku berpeluang untuk menaip bnde neh dlm neh..

KENAPA ORG ARAB PAKAI EGAL?

1st thing, korg taw x EGAL tu pe die?

"Egal neh adalah tali hitam yg berbentuk bulatan biasanya di pakai oleh org arab di kepala mereka". Mcm dlm gambr kt atas neh..

Asal perkataan neh adalah "Iqal" ttp d sebabkan bahasa arab neh, die berbeza mengikut negara dan tmpt, die lebih d kenali sbgai Egal.

Mengikut sumber yg aku dpt mengatakan, [aku tnyer sniri kt org arab]. die ckp, Pemakaian Egal neh, bermula dari zaman empire Rome dulu. masa Org2 Rome dan Parsi dtg ke tanah arab neh, untuk menjajah negara arab neh laaa..Mereka memakai Egal neh, sbb nak membeza kan antara org arab dan jugak org Rome dan Parsi pada masa itu. Diorg xnak percampuran berlaku..pastu, smpai lah skrg neh, org arab terus memakai Egal neh, sbb nak membezakan bangsa mereka neh, dgn bangsa yg lain...tu yg die ckp laaaa

Mengikut sumber yg aku baca plak, die ckp, Asal Egal neh adalah tali untuk menambat unta. Egal neh jugak, di letakkan di lutut unta supaya, bile unta tu duduk..lutut die xsakit. Pada masa tu, org arab hanya memakai serban sahaja di kepala diorg. sbb nak elak dari ribut pasir, dan jugak musim sejuk pada masa itu. So, org arab, meletakkan Egal tu atas kepala sbb tak nak bg serban tu lari [terbang, jatuh, terlucut dsb] smpai skrg neh org pki sbb sejarah mereka sbg pengembala unta tu td...

"Nampak tak lutut unta tu..mcm tu jadinya kalau tak letak Egal neh"huhu

2-2 cerita neh, ade pro dan kontra masing2. aku lebih bersetuju dgn pendapat yg pertama yg pakcik tu ceritakan. sbb mcm logik je..yg kedua neh..mcm kurang sket laaaa...[Pendapat masing2 yer..]

KENAPA EGAL TU DI PAKAI DGN SERBAN?


Sbnrnyer, org arab panggil tu..KIFFAYEH. mcm aku ckp td tu la..asal usul die pki sbnrnyer nak elak dari ribut pasir dan jugak nak elak sejuk pada musim sejuk...tu je.[ttb mcm stuju dgn pendapat ke-2 lak]

Jenis Kiffayeh.

Ada 2jenis Kiffayeh ni sbnrnyer klu kita dpt lihat org arab pki skrg neh
  1. Yg jenis putih jer - Kiffayeh jenis neh, di pakai oleh org2 arab yg berasal dari negara2 teluk seperti Oman, UAE, Qatar, Bahrain, Kuwait dan separa Arab Saudi.
  2. Yg jenis petak2 merah atau hitam tu - Kiffayeh jenis neh lak, di pakai oleh org2 arab yg berasal dari negara2 dari tanah hijaz dan Syam seperti Yamen, Barat Arab Saudi, Palestine, Jordan, Lubnan dan Syria.

So, klu korg tgk pas neh, bile die pki putih je, di tu org arab negara teluk, klu paki yg merah jer..dari tanah hijaz dan syam..mcm mamat kt bawah neh, die duk kt tanah hijaz, kene la pki merah putih neh..ahakz

*Org arab pakai bnde neh, tak de kene mengena langsung sbb die tu alim, ulamak, guru agama mahupun yg berkaitan dgn agama. diorg pki neh sama la mcm org melayu pakai sampin dgn baju melayu..pakaian tradisi diorg. tu sajew...[Malaysia oh Malaysia] Menutup kepala itu yg Sunnah. Pkai kupiah ke...mcm tu laa..

*Sape taw sejarah sampin yg di pakai bersama-sama baju melayu tu?huhu..klakar...

Sekian.. (",)


Seterusnya...

Info : Harga Tiket Terkini

Assalamualaikum;

Rini aku nak hapdet korg berkenaan dgn rege tiket bagi laluan AMMAM-KUALA LUMPUR-AMMAN (Round Trip) sempena cuti fasal awal nnt yg kebykkan nyer bermula dari 22Jan - 15Feb2009 mengikut Syarikat penerbangan :-

Gulf Air (GF) : JD470
Etihad (EY) : JD550
Emirates (EK) : JD580
Qatar Airways (QR) : JD660
Royal Jordanian (RJ) : JD700

Juga bagi laluan AMMAN-KUALA LUMPUR (One-Way) bagi tarikh hujung bulan Febuari 2009. [Sesuai untuk mereka yg khirij pada fasal ini]

Gulf Air (GF) : JD350
Etihad (EY) : JD350
Royal Jordanian (RJ) : JD420
Qatar Airways (QR) : JD430
Emirates (EK) : JD460

*Kenapa Kuwait Airways (KU) tak tersenarai?
-Sbb die murah sgt. Tu yg cpt habes tu...tiket ader jer sbnrnyer..tp rege die mahal sgt.yg murah..tinggal yg neh jew..

*Posting ini sekadar info untuk semua sahaja
*Ini adalah harga kasar sahaja sbg rujukan semua untuk merancang perjalanan serta perbelanjaan untuk pulang ke Malaysia.

*Rancanglah perjalanan anda bermula dari sekarang.
*Untuk keterangan lanjut. sila hubungi agent tiket penerbangan untuk mengelakkan anda menjadi mangsa tiket habis.
*Harga yg di paparkan adalah betul pada masa skrg. Penulis tidak bertanggang jawab di atas kenaikan atawpun penurunan harga tiket dari yg di paparkan sbb bukan penulis yg control rege2 tiket neh.
*Harga tiket boleh berubah2 mengikut keadaan.


Seterusnya...

Saturday, December 13, 2008

Kembara : Mount Nebo

Assalamualaikum;

Esk dah nak kelas?ARGHHHHH...TIDAK!dah seminggu cuti, 2yg berat sket nak g klaz esk neh. nsb bek percutian aku neh xsia2. aku gunakan dgn penuh bijaksana...

*Tq tuk Tetamu aku dari Mesir. Nt dtg lg kalau ader rezki...TQ sbb sudi dtg JORDAN. sbb die neh lah aku pun berpeluang jalan2. klu bukan di sebbkan keberanian die neh, aku rs aku pun xsmpai sini kot...hehe [Xleh mention nama]

Smlm, aku berjalan lagi. kemarin aku g laut mati. smlm pulak, aku g Gunung Nebo atau dlm bahasa Inggeris di panggil Mount Nebo dan apabila diterjemah ke bahasa arab, menjadi Jabal Nebo.Ini merupakan kali pertama aku ke sini..


Gunung Nebo
neh terletak dlm kawasan Madaba, tak jauh dari Amman. lebey kurang 15min je dari Amman. Madaba neh, merupakan kawasan org arab yg beragama kristian. kt sini, kite leh nmpk lah..bersepah2 gereja di seantero kawasan neh.

APA YG MENARIKNYA NEH?

Kat sini, aku telah mengunjungi salah sebuah tmpt yg merupakan tempat mengerjakan umrah bg mereka yg menganut agama kristian. Kwsn neh, Pope John Paul II [ketua paderi dulu] penah dtg sini pada thn 2000 sampai die buat 1 binaan sbg kenang-kenangan beliau pernah melawat kawasan ini. Baru2 neh jugak, Pope Benedict[ketua paderi sedunia skrg neh] pun penah dtg sini menyampaikan ceramah beliau untuk org2 yg beragama kristian. tp beliau belum lagi buat tanda binaan menunjukkan beliau dah dtg. aku baca paper je..Tempat neh jugak di kenali dengan The Memorial Of Moses [Tugu Perigatan Nabi Musa]

"Jumpe batu neh, maknenyer anda smpai lah tmpt neh"

"Ni la binaan yg aku ckp tu"

APA YANG TERDAPAT DI SINI SAMPAI AKU MELAWAT TEMPAT NEH?


Sbnrnyer, kat sini ader sebuah [sebuah ker ek?] di katakan raplika tongkat Nabi Allah Musa di abadikan kt sini. [Mcm Gmbr kt bawah neh].

Sedikit Sejarah Nabi Allah Musa. [Sekadar refresh balik sahaja]

" Nabi Allah Musa neh di uji dengan Firaun yg zalim, yg mengaku Tuhan tuu. Sampai die tak percaya mukjizat dar Allah. Sehinggah lah Allah menukarkan tongkat Nabi Musa kepada Ular yg besar dalm 1 majlis untuk menunjukkan kekuasaan masing2. Tp tu pun xcaya lagi sbnrnyer. die ckp itu sihir semuanya..

Tongkat Nabi Musa jugak lah yg membelah laut merah. Membolehkan pengikut2 Nabi Allah Musa menyeberangi Laut Merah dengan selamat."

Ingt g x?

Jadi, itu lah yg di katakan tongkat milik Nabi Musa..

Camne raplika Tongkat tu leh ader kt sini? [Sekadar Pendapat aku]

Lepas Nabi merentasi laut merah tu..MAYBE die dtg ke Jordan neh. tu je...huhu

Memandangkan kawasan ini terletak di atas gunung, maka jika cuaca cerah. kita boleh melihat Israel/Palestine. kt sini jugak die ade letakkan penanda kawasan mcm gmbr kt bwk neh...

Nak Dtg sini : Carik Madaba dulu..nnt ader Signboard ke Mount Nebo..ikut je..nnt smpai lew...

*Ada bayaran untuk masuk ke kawasan neh..JD1 [RM5] sahaja

Ada Soklan?


Seterusnya...

Friday, December 12, 2008

Kembara : Laut Mati

Assalamualaikum;

Untuk segmen kembara kali neh, aku nak bwk korg jalan2 ke laut mati. aku g smlm..dgn dak2 neh..sambil jalan2 neh, aku tgh bukak lagu "tong hua - Micheal Wong" best gile weh.. mcm dalm kreta laa..bukak2 radio..aku kn nak bwk korg jln2 neh..hehe..

Ok, sblm kite berseronok dgn laut mati neh, kite kene taw dulu "sebalik tabir"..senang ckp, sejarah laut mati neh laaa... Cerita die lebey kurang gini..


"Kisah neh, bermula pada zaman Nabi Allah Luth, di mana kaum Nabi Luth neh adalah kaum yg mengamalkan sex songsang, laki ske laki, ppuan ske ppuan. Homoseksual.

Wlwpun nabi telah menyeru kaum die neh supaya kebali ke jalan yg benar, tp kaum die neh xnak jugak.

Nak d jadikan cerita, pada hari Allah nak turun kan bala tu, Allah telah menghantar 2malaikat ke tmpt nabi Luth neh, dgn menjelma menjadi manusia dengan rupa paras yang amat kacak. dgn membawa utusan untuk menyelamatkan Nabi Allah Luth neh serta pengikut2 nya yg mengikut dakwah nabi Allah Luth neh supaya tidak bersama-sama terkena azab Allah yg amat pedih itu.

Semasa malaikat sedang berada di rumah nabi Luth, isteri baginda sendiri yg ingkar dgn ajaran suami nya, memberi tahu kepada seluruh penduduk kampung, bahawa di rumah nya ada org yg amat kacak. maka berkejar2ran lah org kampung itu untuk "mendapatkan" org yg kacak tu di rumah Nabi Allah Luth.

Nabi mengetahui perkara ini, nabi berserta pengikut2nya dan malaikat td lari meninggalkan kampung itu dgn tidak memandang belakang sekali pun. kerana malaikat yg suh mcm tu. bile nabi melarikan diri tu laaa..org2 yg ade kt blkg neh, Allah angkat sekeping tanah tu, tinggi2 dan Allah hempas dalam2...maka terjadilah laut mati neh"

Mcm tu ler lebey kurang cite kaum nabi Luth neh...

[INFO LAUT MATI]
  1. Die merupakan tempat yg paling rendah di dunia..di bawah paras laut
  2. Di sempadan 3buah negara - Jordan, Israel dan Palestin
  3. Tiada hidupan pun yg hidup dlm laut neh. sbb air die terlalu masin.
  4. anda tidak akan tenggelam bile mndi laut neh..anda akan terapung2 mcm kt angkasa lepas.
  5. Laut mati neh ader khasiat die tersendiri melalui garam2 yg terhasil serta lumpur yg terdapt di dasar laut ini..
"Nampak x org terapung2 tu?"

"Mcm neh lah garam2 yg ader tepi2 laut neh...lawa jew"

Macam mana untuk ke sana?


Kalau nek kreta : Laut mati neh tak jauh dari Amman, lebey kurang 30minit je dari Amman. Ikut jalan nak g Airpot..nnt ader simpang g laut mati.. nnt ader simpang belah kanan..masuk..terus jer..nnt smpai laa kt laut mati neh. ader signboard..jgn risau..


[INFO TAMBAHAN] [leh baca kt sign board tu..wlwpun ader ejaan yg salah]
  1. Nak masuk laut mati neh, kene bayar JD3 (RM15) untuk service charge tandas, kebersihan, pe semer laa
  2. nak mndi, air laut 2, jangan bg kene mata..
  3. jangan ada luka2 kt anggota badan..
  4. pegi waktu musim sejuk dari bulan 10-3. klu g musim panas, tmpt neh, amatlah panas
Ada soklan?


Seterusnya...

Tuesday, December 9, 2008

MyWay : Sehari Berhari Raya

Assalamualaikum;

Hari raya kami di sini bermula seawal 6pg. kedengaran sayup2 takbir memecah sunyi. dgn keadaan suhu di luar lebey kurang 10c, aku gagahkan jugak tuk bangun, sbb semayang rayer kt sini kul7 pg! siap, punyer siap..lebey kurang kul645 gitew, dah kuar umah. pastu trus g umah dak2 neh, konon2 nak kejut laaa..tgk2 sumer dah bgn dah...

Memandangkan ada sedikit masa lagi sblm solat, aku call family aku d Malaysia. dapat lah bercakap dgn along aku, adik aku, paklang aku, wan aku. hati sgt sayu pada ketika itu mendgr nasihat2 yg berguna untuk aku amalkan tatkala mak aku still lagi kt hospital skrg ni. buat pertama kalinya yg aku rasa lah.. mak aku tiada di rumah pada hari penting neh. aku tak taw lah cmne persiapan kt rumah tu. tp nsb baik thn neh, giliran rumah aku pulak along aku beraya..aku yakin, semuanya ok sajew..

Lepas solat tu, kami bersalam-salaman sesama kami dan tak lupa jugak dgn jemaah2 di Masjid. Salam dgn arab Jordan neh, kite kene laga pipi smbil pipi membuat bunyi seolah2 bercium. Kalau kite rapat dgn org itu, semakin lama, dah smakin byk kali kene laga pipi tu. Sambil kita berlaga2 pipi tu, kite ucapkan ucapan2 selamat hari raya, tnya khabr, menjawab khabar, serta mendoakan untuk kesejahteraan dan kesihatan org itu..hehe..dpt bygkan x?Macam neh...



Pastu kami amek gmbr dgn imam besar masjid neh beramai2..ini sebahagian je dari dak2 Mesia kt sini yg duduk skali dgn taman perumahan aku. ader yg dah balek awal. ader yg duduk tmpt len, de duk dlm kolej. sbnrnyer ramai laa..ader jugak yg myB "ada hal" lain di rumah..ekekek


Lepas tu kami jalan ramai2..g mencari makanan..mana lagi klu bukan kt umah aku. yg smlm aku cerita aku duk masak mcm2 tu..mmg diorg neh sharp laaa....yg dtg awal tu je dpt mkn..yg lmbt..sowiii...Early Bird Get Worm la kan..huhu

Lepas makan pe semua..semua g melapah kambing dan lembu yg menjadi korban pada thn ini untuk di makan pada prog sambutan hari raya aidiladha di sebelah malam nya..mmg byk gile mkn..pastu balik umah...tido.zzzzz..

mcm tu lew satu hari d hari raya aku kt sini...no special.biase jew..

*Cite neh khas tuk En. Luth yg request tuk kongsi cerita beraya di perantauan neh...Ok En. Luth?


Seterusnya...

Monday, December 8, 2008

MyWay : Malam Hari Raya

Assalamualaikum;

Dikesempatan ini [sementara tgu lemang dgn ketupat palas aku masak neh] aku nak hapdet seberapa sedikit laa..kisah aku kt sini menyambut AidilAdha pd tahun ni, 2008/2009.

Pada setiap kali rayer, [tak kira laaa...rayer aidilfitri ataupun aidiladha] sejak aku thn 1 lg, umah aku neh, xpernah ketinggalan menyediakan juadah hari raya sama seperti di Malaysia. Melainkan kalau kami ada hal. mcm thn 2006 dulu, kami g haji. so, xde lah. raya puasa yg lepas neh, aku+dolah balik mesia..tinggal 2org je kt umah..so,xde jugak laa..

Biasanya juadah yg mudah dan santai+bahan2 mudah di dapati kt sini. Kat sini bahan untuk masak makanan Malaysia, amat terhad. kene bwk sniri dari Malaysia. sbb tu bag2 kami biasenyer penuh dgn makanan dari baju2..sbb makann Malaysia tidak terdapat disini, klu baju..sini pun bersepah2...

Untuk hari raya kali ini, kami akan menyediakan Menu seperti berikut, dah chef2 adalah :

Kuah Kacang+Lontong+Agar2 : Sape lg, klu bukan aku..hikhikhik
Nasik Impit+Lemang+Ketupat Palas : Sufi
Rendang Ayam : Deko+Dolah

Kami bergabung tenaga untuk menyiapkan juadah istimewa hari raya ini, sejak dari kul8mlm td [waktu Jordan]


Kami mulakan dengan membeli bahan2 untuk dimasak malam hari [ms kul8mlm tu laa..br nak beli brg]. Kelihatan, aku sedang tunjuk kacang yg aku nak beli untuk juadah kuah kacang special aku.hehe


Stok santan umah aku dah abeh, so ini je lah santan yg aku dpt kumpulkan hasil dari ihsan kawan2 yg ader kt sini, Terima Kasih yg tak terhingga tuk Cheq, Dak2 umah trengganu dan Tuan punyer blog Destinasi Cinta..sbb bg aku sket santan2 neh..tuk merealisasikan usaha kami menyediakan juadah istimewa tuk hari rayer.


Pastu, lepas balik tu, aku trus buat bahagian aku dulu, dan inilah sebahagian dari hasil nyer.. Kuah lontong, Kuah kacang dan juga agar2 buah


tak ketinggalan, sebahagian nasik impit yg dah siap.


Ketupat palas dan lemang masih dlm periuk..kami guna jenama neh jew...1st time. xtaw ok ker tak..orang kater..best.. Lemang Nona dan ketupat palas Nona

So, aku jemput korg semua dtg umah aku pukul7 pagi 8/12/2008. beralamat di, blkg umah imam masjid anas, tingkat bawah, hayyu dhubat Mafraq. stok amat terhad. sape cpt die dpt la mkn. lambat..HABIS...daaaaa

*tuk acara sepanjang hari rayer..i-allah mlm esk yaa... Selamat Hari Raya AidilAdha-Maaf Zahir n Batin


Seterusnya...

Saturday, December 6, 2008

Semasa : Kad Raya Untuk Semua

Bismillahirahmanirahim;

Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh;

Maksudnya : “Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah! Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu

Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, (Tuhan) yang tidak ada sekutu bagi-Mu, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu

Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu”.

Lafaz Mulia ini, diucapkan sendiri oleh Rasulullah sewaktu hendak melakukan haji kerana lafaz Talbiyah ini adalah syiar haji. Oleh sebab yg demikian, sehingga harini kita masih dapat mendengar lafaz ini apabila tibanya Hari kebesaran islam ini, Hari Raya AidilAdha, atau pun Hari Raya Korban, ataupun Hari Raya Haji. Apa jua nama yg kita sebut untuk menunjukkan hari kebesaran ini, tidaklah begitu penting sbnrnyer, ape yg lebih penting, [kerjasama..ttb jew] kite menghayati dgn sepenuh hati dengan apa yg dinamakan dgn hari ini.

Menyorot kembali pengalaman melakukan ibadah haji pada tahun 2006 dlm entry aku yg bertajuk The Hajj Journey, menjadikan hati ini lebih sayu melihat kembali tanah suci melalui television sahaja di sini. Channel Saudi-1 dan Saudi-2 melaporkan 24jam, around d clock mengenai jemaah2 haji yang kini menjadi tetamu Allah pd thn ini. "I-allah Aku akan kembali ke sana". Itulah tekad aku, doa aku setiap hari tatkala merindui tanah suci. Jika ada rezki, ada peluang, akan ku kesana lagi.

Dikesempatan ini, buat kali ke-4 berturut2 aku merayakan raya haji bersama kawan2 di sini, bukan di Malaysia. Aku ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya AidilAdha 1429H bagi tahun 2008M ini. Semoga kalian semua bergembira disamping menginsafi kisah disebalik hari kebesaran ini..

Dikesempatan ini jugak, aku ingin melayangkan my eCard raya tuk semua yang mengunjungi blog aku neh dengan bertajuk "From Jordan, To The World". di sini saje lah kite bertemu, berkongsi pendapat serta pengalaman, semoga ukhwah ini berpanjangan hendaknya.InsyaAllah.


Seterusnya...

Semasa : Kad Raya AidilAdha 1429



Assalamualaikum semua;

Rini aku ader dpt 2kad rayer yg cute dari 2org yg cute [en.luth pun cute taw..awwww] hehe. mereka neh adelah En.Luth n Adik Fateen. Tq lah korg ingt jgk kt aku neh wlwpun jauh d mata. ahakz. tgk nnt aku reply kad rayer korg neh.Tq again tuk En. Luth n Adik Fateen 1x lg.


Seterusnya...

Friday, December 5, 2008

MyWay : 8 days 17:14:23

Assalamualaikum;

Camne sumer rini? Ok ke x? Klu Ok, Alhamdulillah... Klu xOk, aku doakan korg Ok2 sajer lepas neh.

Rini aku nak cite kt korg pas leptop kesayangan aku neh, yg dihadiahkan oleh abah aku sempena aku balik cuti thn 2007 dulu. dah sethn lebey dah aku pki leptop neh. menggantikan sebuah leptop yg lg aku syg, 4thn dgn aku. kemana2 je dgn leptop tu, wlwpun leptop tu berat..smpai tepi laut, tepi sungai pun, leptop tu penah g..Yela, zaman2 tu..bawak leptop..[mcm best je] hehe..

Ms minggu busy aku last wik, aku sempt print screen Wireless Network Connection Status kt umah aku neh ha..korg tgk la, berape lame leptop aku neh xtutup! 8 days, 17 jam, 14 minit, 23saat. [tatkala aku print screen leptop aku neh la]..aku rs, skrg neh, time aku menaip neh, dah nak masuk 9 day dah..haaaaa...kan dah btul [ttb je].


Risau je leptop aku neh jammed kang..ye la, xbrenti2 bekerja [bekerjaaaaaa lah sgt!] kerja ape?huh..duk nyala je laa..tp aku bukan ader pun kt dpn leptop neh, duk jalan sane sini, g umah org std. xpun, kuar g makan ker, jarang jugak nak lekat umah. tu yg klu buzz2 sllu mcm xdek jew..sowi

Ape keburukan sbnr klu on lama2 neh tanpa rehatkan die kejap neh ek? yg aku taw, nnt die jd mcm lembab sket la...tp so far, mcm ok sajer..xde masalah pun. aku jaga btul leptop aku neh.virus pun xde. xde lah mcm kawan aku tu, virus berjoget2 dlm komputer die tuh [alamak..terlebih sudahhh] haha..daaaa

*ke, sbb aku kene virus blogger?


Seterusnya...

Wednesday, December 3, 2008

MyWay : Seminggu

Assalamualaikummmmm;

Apa Khabar sumer? [sambil menghalakan mic kt korg sumer] Apa? xdgr laa..apa khabar sumer? hehe..gile!mcm 2 la jdnyer bile lame dah xjenguk2 blog neh ha..bz dgn xm laa..akhirnyer selesai jugak xm2 aku, skrg ni tinggal nak siapkan assignment+hafal quran+hafal qawaid fiqhiah+tgu final exam sajer neh..ahakz..bestnyer...Gud luck aku ucapkan kat sape2 yg xabeh exm lg..terutama diorg2 yg terpakse tgu pas rayer...rayer?huh..simpan dulu cite rayer, nnt aku cite len kali...

kali neh aku nak membawa sorotan selama seminggu aku..kite nak hapdet balik laa..dari stat mn yg aku tinggal tu..hehe

Last 1x, klu tgk kt posting sblm neh, 27 Nov. skrg neh, dah 3Dec. uhuk2 lame gaks tu..ok xpe2..

28Nov - Harini ada malam pra penutup minggu bahasa arab, team aku yg terdiri dari Apek, Afiq, Arul, Fezal Melaka, 2bdk baru..hehe..[sowi weh, serius aku xhengat nama korg lagi...] telah muncul juara dlm pertandingan kuiz. Dan dengan ini, aku nak bgtaw korg "Kami mmg xjangka kami akan menang dan akan menentang pihak pelajar ppuan pada majlis penutup minggu bahasa arab neh. siap lew korg eh!"huhu

Rini jugak aku ader dpt blog mail dari Melben.wahhh...jao nyer...merentasi benua taw..tq2...


Mlm neh jugak ader org arab kawen. bapak bising gile kawasan perumahan aku neh...mana tak nyer, kalau mcm neh lah gaya nyer majlis kawen...SAKSIKANLAH :



Mcm tu lah gaya org arab jordan neh kawen. diorg akan susun2 kerusi pastu bukak lagu kuat2, kalau lagu tu best xpe..mcm "Selamat pengantin baru" ker, pe ke kan..nih..hampeh..pencemaran bunyi. pastu diorg akan menari mcm org gile. nama tarian neh "DABKA".ms thn1 dulu rajen gak g org2 kawen neh. skrg neh, xde masa dah..byk keje lain lg. same je majlis kawen diorg neh..pihak lelaki akan duk berjoget kt luar, pihak ppuan joget dlm umah..same je..xde yg best pun.huh!

29Nov - Rini aku ader xm subjek "Hadir Alam Islami" yg membincangkan tentang umah islam skrg neh. knape umat islam neh lemah, mundur, miskin dan sebginya dan cara mengatasi dan mengetahui gerakan kristianisasi global. so far..ntah..ok je kot..

Rini jugak, dak2 tmpt aku neh g Haji. Zarep, Nasir, Hanis, Krey, Manan, Sabran+Bini die, Hafizul dan lain2 lagi laa..sempat jugak kami bergambar sblm mereka berangkat ke tanah suci. smg mendapat haji yg mabrur i-allah. jgn lupa doakan aku neh...

"Dalam gmbr neh, yg x pegi haji lagi ramai dari org yg g haji. hampes"

30Nov - Ahad, aku g klaz mcm biase. tp aku dapat taw yang harini mak aku masuk hosp. klu xsilap aku, ginjal die sblh kanan xberfungsi kot. ms aku call amk aku tu, die tgh tido. 2 yg xleh nak ckp byk sgt. bg die berehat sajer..Kawan2 tlg doakan yer.

Rini turn aku masak..sbb lame sgt xmakan nasik lemak. aku pun masak lah nasik lemak. laku weh!cpt jew abeh..ahakz

1Dec -bHarini aku Exam "Bahasa Arab 2" pulak. hampes tu. Payah lak ai..panas ati aku. rini jugak besday dolah, die beli kek je. dulu2 ader gak wt kenuri kendara..skrg neh..haram...

2Dec - Harini baru lah si dolah tu buat makan sederhana sajer..makan nasik ayam panggang..ayam mentah sket..tp ok sajer...lapa kann...mlm aku std sajer..

3Dec - Rini aku Exam "Usul Fiqh 2". So far, mcm ok sajer kot wlwpun aku std last minit smlm.

Rini jugak mak aku ader wt operation kecil tuk membersihkn buah pinggang nyer. alhamdulillah, so far, adik aku ckp..ok sajer..stable...

2je la kot yg smpt aku laporkan wt ms neh, cerita2 len..nnt aku upload kemudian ler..br je balik xm neh..skrg nak tidoooo...


Seterusnya...

Thursday, November 27, 2008

Info : AirAsia Fly to London

Assalamualaikum;

Saat yg aku tggu selama ini...1 lg destinasi terbaru AirAsia yg bakal menjadi tamparan hebat untuk syarikat penerbangan subsidi kerajaan Malaysia! AirAsia kini melebarkan sayapnya terus ke London, United Kingdom bermula dari RM499! Semestinya dengan harga yg 'bukan2'! Sesuai dengan temanya "kini sesiapapun boleh terbang", ternyata AirAsia terus mengotakan janji2 mereka menjadi syarikat penerbangan tambang rendah yg terunggul dirantau ini! Tema aku pulak nak sokong AirAsia neh, "Untuk apa bayar lebih untuk destinasi yang sama walaupun 5star services yang berbeza"..Ahakz..

Perhatikan Perbandingan Harga di bawah :


"Jika anda memilih untuk menaiki pesawat dari Syarikat subsidi Kerajaan ini, anda perlu untuk membayar sebyak RM4106 bagi laluan KUL-LONDON [Return]

"Lihatlah, total yg anda perlu bayar sekiranya memilih AirAsia"

AKAN TETAPI, jgn sangka aku sgt taksub dgn AirAsia neh. Aku flexible, memberi pendapat mengikut cara aku sendiri. Aku dah nek dah pun AirAsia neh. Wlwpun harga AirAsia tu "nampak murah" ketahuilah bahawa, harga ini, tidak termasuk :

  • Makan dan minum dlm penerbangan. Akan tetapi, anda perlu memilih menu anda semasa membuat tempahan tiket, JIKA MAHU. Setiap pilihan hidangan dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM38 SEHALA+SEORG [Tapi ini mmg konsep LCC. So, no prob la]
  • Bayaran bagi bagasi anda. Bagi setiap 25kg, anda di kenekan bayaran sebanyak RM100 SEHALA. klu tiket return, RM200 la jadinyer. [Ni plak mmg konsep AirAsia. No prob jgk]
  • Die bukan turun kt Heathrow (LHR), tp die turun kt Stensted (STN) [Jauh gak la dari Bandar London]
  • Tidak juga di sediakan peralatan keselesaan, mcm bantal+slimut. tapi leh request DENGAN BAYARAN JUGAK sebanyak RM25 SEHALA. [ni pun die nak berkira jgk, pe lah salahnya bg je..xluak pun]
  • Rege yg ader tu, leh dpt dgn byrn menggunakan Kad Kredit.
  • INI ADALAH HARGA PROMOSI SAHAJA
Maka, jika ditambah, ditolak, dibahagi serta didarabkan, maka harga tiket anda akan menjadi RM2233 bagi perjalanan Return serta makan dan minum, comfort kit [bantal dan slimut], serta bagasi 25kg.

Wlwpun still lagi murah dari syarikat penerbangan subsidi kerajaan Malaysia tu,lebey kurang 50% dari harga syarikt tu, tp cuba anda bygkan, kalau anda sekadar mmbayar harga asal tu, RM2007 tu..nek flight, juz bwk bag-pack ataupun hand-luggage sajer ler...pastu berlapar sepanjang 14jam perjalanan dan sejuk, xde selimut, sakit kepala, xde bantal..how eh?hehe

Kesimpulan,

Mcm aku penah ckp sblm neh, dlm review : AirAsia aku sblm neh, percayalah..bile anda naik AirAsia nih, anda akan rasai "murah" yg sbnr...semua bnde mcm die cut-cost tuk merealisasikan impian tambang rendah mereka. tp ape pun, kembali balik tema aku td tu.."Untuk apa bayar lebih untuk destinasi yang sama walaupun 5star services yang berbeza"

*Aku xtaw aku sokong ke tidak AirAsia neh sbnrnyer..tuk domestik..sokong lew kot..


Seterusnya...

Wednesday, November 26, 2008

Agama : Kafarah Puasa

Assalamualaikum;

Mcm dah lama xwt segmen agama neh, smpi lah smlm ada kwn aku neh die bertanya kan masalah nih berikutan kematian ayah nya pada 23 november 2008 yg lalu..Kita sedekahkan Surah al-Fatihah kepada almarhum ayah saudara Mohd Azlie bin Zulkiflie a.k.a Dolly.

Situasi :
Ayah azlie neh, die sakit sepanjang bulan ramadhan dan tak mampu untuk berpuasa fardu pada bulan ramadhan. kemudian meninggal dunia dan tidak sempat untuk menqada' puasanya itu sebelum beliau meninggal dunia.

Soalan : Apakah ada tanggungjawab ahli keluarga terhadap si mati yg tidak mampu untuk berpuasa sepanjang bulan ramadhan tersebut kerana sakit atau sebagainya?

Jawapan :
Tiada.

Jika ayahnya tidak mampu untuk berpuasa sepanjang bulan ramadhan kerana sakit atau sebagainya, kemudian beliau meninggal dunia, tidak sempat untuk mengqada' puasanya itu, maka terlepaslah tanggungjawab ahli keluarga untuk menggantikan puasa si mati.

Akan tetapi, jika ayahnya, sebenarnya mampu untuk menggantikan puasanya sblm beliau meninggal, akan tetapi beliau tidak melalukannya, maka ahli keluarga hendaklah berpuasa bagi pihak ayahnya. jika tidak mampu, hendaklah membayar fidyah bagi pihak ayahnya itu.

Terdapat percanggahan pendapat dikalangan ulamak berkenaan dgn hal ini. ada yg kata, menggantikan puasa bg si mati sekadar sunat sahaja bg ahli keluarga.


Seterusnya...

Tuesday, November 25, 2008

Info : ORANGE offer for Haj

Assalamualaikum;

Harini mungkin hari yg begitu d nantikan oleh semua bakal2 haji di Jordan ini. Alhamdulillah, berkat kesabaran serta doa semua, dpt lagi kita meraikan bakal2 haji untuk menunaikan haji pada tahun ini, setelah detik2 cemas yg dihadapi semua bakal haji tahun ini berjaya dileraikan dengan sempurna. Ucapan selamat berangkat dan selamat kembali aku ucapkan kepada semua. Kerjakan ibadah haji itu dengan penuh keikhlasan dan kesabaran, nescaya ganjaran Allah janjikan menanti diSana..I-allah.

[Tunggu lah nnti yer, ader bende yg aku nak kirimkankan kepada kekasih aku kt tanah suci tu nnt. skrg nih dlm proses mengarang dan mentadbir ayat supaya nampak kemas dan tersusun. maklumlah, nak bg kt kekasih, kene lah btul2kn?. br lah nnt kekasih itu akan "ingt" kt kita..kan? sape yg aku nak mintk tlg tu..lom di fikirkan lagi..nnt kalau ader tu..."diam2kan" sajer..jgn bg org len taw yer...]

Ok, sempena dengan musim haji pada tahun ini, anda semua bertuah kerana pihak ORANGE, mengadakan promosi FREE INCOMING CALL sepanjang anda berada di tanah suci nnti [zaman aku dulu xde pun]. jika sblm neh, ORANGE mengenakan caj jika anda mengangkat incoming call jika anda ROAMING, kini anda boleh menerima panggilan dari serata dunia, secara percuma dari sape saja dari 19 November smpai 11December2008 semasa anda berada di tanah suci nnt.


Oleh yg demikian, anda tidak perlu risau untuk mengangkat panggilan telefon anda sepanjang anda berada di tanas suci nanti kerana, mengikut sumber iklan, incoming call adalah percuma.

*Jgn smpai telefon anda menganggu ibadat anda
*Seruan Allah lebih penting dari seruan telefon anda..
*Matikan telefon anda semasa beribadat
*Klu leh xpyh bwk lgsg lg bgs..FOKUS!
*Jangan bergaduh sepanjang tempoh haji neh..
*Jangan asik bergambar dan bermain semasa haji...


Seterusnya...

Sunday, November 23, 2008

MyWay : BKMNS's Traditional Day


Assalamualaikum;

Cuti hujung minggu kali ni mcm best je bile ader program2 yg best mcm neh. Aku suke je. TQ dan tahniah tuk AJK2 yg terlibat menjayakan prog best mcm neh [gile, brape kali dah aku sebut best nih?] bukan ape, untuk prog kali ini, yg d beri nama BKMNS's Traditional Day neh, menampilkan acara2 permainan tradisional yg dah lamaaaaaaaaaaaaaaaaaa aku xmain. seingt aku, last 1x pun, ms aku skolah menengah kot. ms tu lebey kurang thn 1997/98 skrg ni dah 2008. 10thn beb! so, prog kali nih, telah berjaya membawakan kembali permainan2 berkenaan wlwpun bukan berada kt MESIA...

Ape yg best sgt tuh?

1000 - Kami memulakan prog ini dengan pembahagian kumpulan dan juga menyanyikan lagu Negeri Sembilan Darul Khusus bagi membakar semangat cintakan negeri.

1015 - kami mula bermain acara yg pertama iaitu Sepak Takraw. sbb game ni lama kan, tu yg kene stat dulu tuu

1130 - kami berenti semayang Jumaat, rehat dan makan


1230 - selesai sembahyang jumaat, sementra tgu pihak prempuan pulak yg g smyg, sambil2 makan tu, kami main Congkak dan Getah. rajen tul pihak ppuan neh menganyam [menganyam ker?] getah tu. yg congkak tu ntah mn dpt x..bgs2....

1300 - smbung balik takraw final pulak. Tak silap aku, kumpulan 3 menang kot. ntah..aku pun xingt lak sp yg mng..


1400 - Acara main layang-layang. yg bestnyer acara neh, kite kene buat dulu layang2 sniri mengikut kumpulan, kemudian terbangkan. tp haram, xde sape pun leh terbangkan..tp klu ikut cantek dan kekemasan layang2...layang2 kump aku ler kot..tantekkkkk....haha.yg gmbr kt atas tu..layang-layang aku lew tuuu...tantek kn?huhu

1430 - Main Gasing. gasing tu kan, aku ingt ms skolah2 dulu, klu tgh musim gasing tu, bwk skolah..main kt blkg.best gile..hmm, bg acara neh kan, gasing tu kan, aku nmpk mcm kecik je..xtaw la kalau tgn aku yg besar atau pun mmg gasing tu kecik..ye la, skrg ni kan brg2 sumer mengecik..nak jimat kos..tp jual rege mahal.huh!

1500 - Sambil2 main gasing tu, ader jugak yg main tutup oren atau tutup botol atau ceper. mana2 lah mengikut kawasan masing2. sbb lain2 tmpt, lain namanyer..tp aku bg aku, aku ttp panggil tutup oren. haha..yg bestnyer [untuk sape2 yg penah main laaa...] korg pernah terPK x, knape ader istilah 'ayam'+'jamban' dalm game neh..mcm xde nama len jew..hahahahahaha [kami gelak ramai2]


1530 - untuk acara terakhir, kami main guli...ni pun 1 hal lagi yg buat aku pecah perut [juga kpd sape yg penah main laa...] pernah tak anda terpk, knape anda mengetuk2kan guli anda sblm anda 'aim' guli dlm petak atau guli org lain..tik..tik..tik..tik...hahaha..ntah ape2 ntah..lg ntah ape2 kalau ramai2 yg ketuk..pttnyer yg nak jalan tu la je yg ketuk..huh! [segmen pecah perut neh, bila anda sendiri mengalaminya..]

"mcm bebalik muka dak2 neh jer..huh"

1600 -
Acara penutup..bg yg menang, ada hadiah..

[REVIEW tmbahan]

Makanan - BEST!

Acara - BEST!

Hadiah - OKLA!

Ketepatan Waktu - SMART!

Kerjasama Semua - BEST!

*Memandangkan pihak lelaki n ppuan di asingkan, aku xsure sgt pe yg diorg main..tp nmpk mcm ade teng-teng...ptt laki pun main je la teng-teng..best aper..huhu


Seterusnya...

Saturday, November 22, 2008

Award : My 1st Award

Assalamualaikum;

"Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat illahi, dgn penganugerahan award saya yg pertama neh. tq 2 EJ dn EH, bg award yg sama. Terima kasih yg tak terhingga saya ucapkan. Award ni semua saya tujukan kepada semua peminat2 saya, yg menyokong saya dlm industri ini. kalau bukan kalian semua, saya tidak seperti ini mcm hari ni. saya tidak langsung menyangka dpt award ini. apa2 pun teruskan menyokong saya"

*petikan ucapan aku dlm majlis penganugerahan [haha...bajet artis]

ni la rupe award yg aku terima mlm smlm [waktu aku bukak blog neh lew]


untuk pemenang seterusnya..aku anugerahkan award neh kat :

*aku abadikan award neh kt sidebar tepi neh...


Seterusnya...

  ©:: MyWay [v2.2] ::. Template by Dicas Blogger.

TOPO