Agama : Kafarah Puasa
Assalamualaikum;
Mcm dah lama xwt segmen agama neh, smpi lah smlm ada kwn aku neh die bertanya kan masalah nih berikutan kematian ayah nya pada 23 november 2008 yg lalu..Kita sedekahkan Surah al-Fatihah kepada almarhum ayah saudara Mohd Azlie bin Zulkiflie a.k.a Dolly.
Situasi : Ayah azlie neh, die sakit sepanjang bulan ramadhan dan tak mampu untuk berpuasa fardu pada bulan ramadhan. kemudian meninggal dunia dan tidak sempat untuk menqada' puasanya itu sebelum beliau meninggal dunia.
Soalan : Apakah ada tanggungjawab ahli keluarga terhadap si mati yg tidak mampu untuk berpuasa sepanjang bulan ramadhan tersebut kerana sakit atau sebagainya?
Jawapan : Tiada.
Jika ayahnya tidak mampu untuk berpuasa sepanjang bulan ramadhan kerana sakit atau sebagainya, kemudian beliau meninggal dunia, tidak sempat untuk mengqada' puasanya itu, maka terlepaslah tanggungjawab ahli keluarga untuk menggantikan puasa si mati.
Akan tetapi, jika ayahnya, sebenarnya mampu untuk menggantikan puasanya sblm beliau meninggal, akan tetapi beliau tidak melalukannya, maka ahli keluarga hendaklah berpuasa bagi pihak ayahnya. jika tidak mampu, hendaklah membayar fidyah bagi pihak ayahnya itu.
Terdapat percanggahan pendapat dikalangan ulamak berkenaan dgn hal ini. ada yg kata, menggantikan puasa bg si mati sekadar sunat sahaja bg ahli keluarga.
5 Orang Berani Mati:
Owhhhh...
macam tu ke... hmmm mekasih utk info berilmu ni... hmmmm
Anyway..thankz anap..coz jadi sumber rujukan tika aku masih dlm keadaan hiba atas pemergian ayahanda yg tercinta..pemergiannya amat terasa..coz pasni dah x de siapa lg yg akan sentiasa nasihatkan aku..berkongsi masalah..memberi input2 yg positif dlm meneruskan kehidupan...arwah ayah aku cekal..x putus semangat dlm melawan penyakitnya..hari demi hari aku bersamanya rentetan kehidupannya penuh onak liku...sampai ke akhirnya dia mendapat seruan Ilahi..Akan tetapi, setiap hari yg aku lalui bersamanya mungkin aku tidak dapat mengulanginya...sekurang2 kurangnya aku pernah ambil tahu bagaimana menguruskan seorang ayah yg keadaannya seperti bayi...semuanya diuruskan sendiri aku dan adik beradik...paling yg aku x boleh lupa...dia amat sukakan teknik urutan aku...dia memujinya...disebabkan tangan aku besar dan dpt melegakan kesakitan yg dihidapinya...tapi kini..hanya tinggal kenangan..setiap kali aku bersiap utk bekerja selepas semalaman menemaninya di hospital x pernah sekalipun aku tidak salam dan mencium tgnnya..dan setiap kali itu lah juga titisan air mata nya mengalir..sayup..hiba..sedih... tapi apakan daya hanya dialah tempat aku berkasih sayang dari seorang ayah..banyak mengajarku arti kehidupan..banyak mengenalku kawan serta lawan..banyak mensihatku baik buruk... kini aku redha pemergiannya..cuma aku terkilan tidak sempat hendak mengajarnya berdiri menggunakan tongkat selepas operation..hanya yg tinggal semua kenangan..kenangan yg mungkin x dpt aku lupakan...selama kehidupan aku bergelar seorang anak..menjaganya tika sakit..satu kenangan yg x mungkin aku lupakan...dari situlah aku mengenali sedikit sebanyak tentang betapa susahnya ia pernah menjaga kita tika kecil..aku sedikit pun x mengeluh..malah aku beristihgfar bahawa aku masih sempat membalasai budinya..walaupun hanya setitis air di lautan..Al-Fatihah
to doli..
doli aku sebak baca komen hg ni tgh mengalir air mata ni... aku kenal rapat dengan hg...
kali pertama aku jumpa ayah hg masa mula-mula kita kenal kat kisdar,, pada aku ayah hg cukup baik baru je kenal aku time tu terus ajak aku pergi makan dengan satu famli hg.....
aku agak terkilan tak dpt pergi melawat dia...
apa-apa pun aku berdoa agar rohnya di cucuri rahmat.. amin
EJ : Yahhh...
i-chimera : ok,xde masalah..ok sajew..sm2 tgh belajar..
Dolly : Aku harap ko tabah je la..juz terima apa ketentuan yg telah d tentukan. setiap org akan dpt bhgian masing2. klu aku jd ko. aku xtaw la aku dpt berthn ke x...
POYAN : untung hg dpt jmpe dgn arwah. aku ader gak niat. tp xkesampaian laa..sama2 je la doa smg rohanya dicucuri rahmat dan di tempatkan dgn para salihin...aminnn
Post a Comment