Thursday, April 23, 2009

Ada Apa Dengan Ahnaf?


Assalamualaikum;

Sedang aku sedang baring-baring membaca majalah al-Mua'allim Edisi terbaru keluaran PRISMA, ttb aku d beri kekuatan untuk mencari ADA APA DENGAN AHNAF. Tp sebenar2nya, lama dah aku nak cari. Cuma tiada kekuatan ke. Sekadar terlintas difikiran persoalan itu. Lepas itu, dah tak lintas lagi. Pastu terus lupa. Ini, masa die terlintas itu, aku terus bukak Yahoo! mula2. Pastu aku rasa mcm search result itu kurang memuaskan, aku try google pulak. Resultnya, Fuh! berderet2 berkenaan dengan AHNAF. Itu baru AHNAF. Belum HILMI lagi.. Kiki. Baru aku tahu, rupa-rupanya mmg ramai yang berkongsi nama dengan aku rupanya..

Seingat aku, cerita mak aku, nama aku ini di ambil dari buku nama bayi Islam yang ader gambar dak ppuan kt kulit depan buku tu.. Sape zaman2 80an mesti taw punyer buku itu. Tapi aku rasa smpai sekarang ni lagi ada je buku itu di pasaran...

Ahnaf yang bermaksud - Yang Lurus, Yang berpegang teguh pada ajaran agama.

Suatu masa dulu kan, aku agak kurang berpuas hati dengan nama aku (Minta Maaf abah dengan mak, tak bermaksud pun begitu) Bukan apa, sebab ramai dikalangan orang Malaysia sgt sukar untuk menyebut nama aku yg best neh. Pastu, mcm pelek je nama aku neh. Pernah juga aku fikir2 nama bakal anak aku kelak. Haha. Bila di Bin kan dgn aku. Sgt mcm xsedapppp je bunyinya. Akan tetapi lepas aku dtg sini, aku sangat2 lah bersyukur dengan nama yang telah diberikan oleh abah dengan mak aku. Terasa mcm bersalah pulak sbb 1 ketika dahulu mcm xske je nama itu. Orang arab di sini amat mengagumi aku kerana namaku. Org arab juga amat mudah menyebut dan mengingati namaku bila aku memberitahu kepada mereka. Rupa-rupanya, nama aku ini berasal dari orang arab juga selain mempunyai maksud yang begitu baik. Alhamdulillah. Benarlah orang kata, tak kenal maka tak cinta dan setiap nama yang diilhamkan oleh Allah itu memang amat sesuai dengan orang yang membawanya. Tapi sebenarnya aku sesuai ke? Ok, lihat di bawah...



Setelah aku search kt internet neh, memang beribu2 result yang keluar di atas wordsearch "AHNAF" sahaja. Dengan gabungan nama AHMAD AHNAF, MUHAMMAD IQBAL AHNAF, AHNAF AFIQ dan bermacam2 lagi dari Malaysia, smpailah ke US pun ada yang menggunakan nama AHNAF itu. Malahan bukan Islam pun ada yang menggunakan nama itu.

Lepas tu, yang ada FACEBOOK, MySPACE, FRIENDSTER dan pelbagai jaringan komuniti yang lain menggunakan nama AHNAF pun..berlambak2. Pastu dengan blog2 lagi. Laman web peribadi lagi. Mangai. Memang byk gile laa.. Aku ingt nama aku neh, tak ada la famous sgt. Rupa-rupanya...Ramai gile. Tapi aku tak pernah jumpe sorang pun yang sama nama dengan aku dalam pada masa yang sama. Masa sekolah2 dulu, kot 1 kelas ke, kot jiran-jiran ke.. mcm tak ada je.. tapi bile search. Beribu2. Ini kalau aku buat persatuan Ahnaf ke..best jgk neh!

Akan tetapi, yang paling agung sekali dan aku patut berbangga kerana nama aku AHNAF adalah, ada 2orang penting dalam Islam yang turut menggunakan AHNAF sebagai nama diberi. Iaitu :

  1. Al-Ahnaf Ibn Qays
  2. Abbas Ibn al-Ahnaf
So, sekali lagi lah aku amat bersyukur aku diberi nama ini dan berterima kasih dengan mak dan abah aku atas nama yang diberi.

SIAPA Al-AHNAF IBN QAYS?

Al-Ahnaf Ibn Qays adalah merupakan seorang yang hidup pada zaman nabi akan tetapi, sayangnya beliau tidak pernah melihat nabi. Beliau amat mengagumi nabi dan sedaya upaya untuk mengikut perintah nabi. Beliau berasal dari keturunan Bani Tameem yang merupakan golongan bangsawan pada ketika itu. Bapa beliau yang bernama ad-Dakkah akan tetapi orang ramai menggelarkan bapanya al-Ahnaf (si tempang) disebabkan kecacatan di kakinya.

Pada asalnya al-Ahnaf Ibn Qays ini adalah seorang yang bukan Islam. Sehinggalah Nabi menghantar pendakwah kepada kaum bani tameen itu untuk menyeru kepada Islam. Seluruh kaum bani tameem itu hanya mendengar kata-kata Al-Ahnaf ini sahaja. Maka al-Ahnaf ini lah yang berdialog dengan pendakwah itu sehingga memeluk agama Islam bersama-sama seluruh kaum bani tameem itu. Maka berita itu sampai kepada Nabi lantas nabi terus berdoa kepada Allah "Ya Allah, Ampunkanlah semua dosa Al-Ahnaf ini"

Sumber diambil dari SINI dan SINI

SIAPA ABBAS IBN AL-AHNAF?

Merupakan penyair arab yang masyhur yang berasal dari puak Hanifa. Beliau hanya bekerja untuk syair. Beliau seolah2 tak mengharapkan kasih sayang dan seolah2 sudah putus asa pada hubungan dengan manusia. Beliau menggunakan perkataan-perkataan yang mudah dalam syair2 beliau.

Beliau membesar di Baghdad dan menjadi rakan kepada Khalifah Abbasi - Harun ar-Rashid. Beliau mengupah al-Ahnaf untuk menghiburkan beliau pada ketika masa lapang.

Sumber diambil dari SINI.

Selain dari mereka berdua ini, nama AHNAF juga digunakan bagi menamakan Mihrab yang bersebelahan dengan Mihrab Nabi Muhammad SAW (al-Shafi'iyyah)

Sumber dari SINI.

Cara penulisan dalam usul fiqh juga yang dinamakan Tariqah al-Ahnaf iaitu berdasarkan hukum-hukum yang telah diputuskan oleh Imam-Imam mazhab mereka. Kaedah-kaedah tersebut akan dipastikan selaras dengan apa yang telah diputuskan dan sekiranya tidak, kaedah-kaedah tersebut akan diubah suai oleh mereka. Disebabkan itu, didapati banyak masalah fiqh yang dimasukkan dalam kitab-kitab yang ditulis mengikut cara ini.

Sumber DISINI.

Dan yang paling akher 1x aku jumpe... Ada sebatang jalan di Amman - JORDAN menggunakan nama Al Ahnaf Bin Thalabeh Street. Aku tak taw kat mana dan aku tak dapat kesan pulak. Siapa itu al-Ahnaf bin Thalabeh. Adakah itu nama sebenar al-Ahnaf bin Ibn Qois itu tadi..

Sumber itu dari SINI

Setakat itu sajalah pengkajian aku berkenaan dengan nama aku AHNAF. Itu baru AHNAF. belum HILMI lagi itu. So, skrg neh aku amat berbangga dengan nama aku dan aku sarankan korang pun kaji la nama korang agar timbul rasa bangga dengan nama kita sendiri walawpun kadang-kadang kita rasa mcm tak sedap je. ada lah sebab dan hikmah kenapa kita di namakan sedemikian...

*Setelah membuat kajian ini, aku merasakan bahawa sgt agung nama AHNAF itu. Rasa mcm tak tergalas je nama itu. Tetapi nama itu lah yang tercatat kt IC aku, Passport. Surat beranak aku. Terima Kasih Mak dan Abah atas nama itu dan aku amat bersyukur dinamakan sebagai AHNAF HILMI.

*Kalau ader sape2 yang terbaca ini dan nama die jugak Ahnaf, sila info k?

16 Orang Berani Mati:

Aina@Azila said...

Yer laaa.. dari Ahnaf jadi Anap.. nasib baik tak salah sebut jadi arnab kikiki..just kidding. Sedap nama Ahnaf tu. Ya Ahnaf, kaif halik... kan sedap bunyinyer.

Orang kita kreatif dalam memberi nama anak. Orang arab tu, sama jer, Rashid, Abdullah, Hamdan, Ahmad... asyik dok ulang tu jer, sampai kita naik konpius.

arulz said...

x leh bla ahnaf.com tu...tibe2 je cam nk tegelak..hehehehe..huhu

farish izaryl @izreez said...

wahh gmbo ahnaf ke tu ekeke esem ek ahha larekkk

aiSyaLiciOus said...

hye...MR.AHNAF HILMI...if u still remember, i've told u b4 that i really like ur name..bcoz i think ur name soo unique...alhamdulillah,finally i got the meaning of AHNAF..thanx to u..

Luth Textile said...

nama aku lagi sedap,, hahahah..
bertuah bro setiap nama yang mak pak kita bagi tu.. berbangga la sikit..

Unknown said...

thanx 4 dropping by mr ahnaf..btw...the full name is Wan Khalis Ahnaf...haha!!

hIrOsHiNaRi said...

ni gambar dlu..kami nk gambar sekarang ni?kami akan memberontak lau xbag..nakkkk

::alifdalmim:: said...

Ahnaf Hilmi a.k.a anap a.k.a NAMI..hahaha

anap_ilmi said...

Aina@Azila : anap itu.. dak2 neh la panggil.ssh sgt nak sebut nama..

arulz : alaa..ko jeles..ko xde..ader ke sharul.com?

rizz : hensem dan cute! :p

aiSyaLiciOus : wink! tq. nama aisyah pun sedap taw.. hik3

anap_ilmi said...

Luth Textile : tu la tu.. sedap gile nama aku neh rupa2nyer.. ahakz

hIrOsHiNaRi : gmbr sblm dan selepas itu akan disiar kemudian ye

:: Alif :: Dal :: Mim :: : Nami itu pub abah panggil k? dlm bhs arab pe maksd die?haha.. klu teror sgt laaa

ahnafken : yea ahnaf.. nama kita sma.. maka berbangga lah! wink

Ummu Umar said...

nama adik akk pun ahnaf..masa mula cukur jambul dan letak nama pak sedara kata mcm anak cina sbb ada "ah" kt depan.adik akk selalu kena ejek dgn nama arnab...tp insyallah maknanya elok...berbangga dgn nama kita ya..

muhammad ahnaf said...

salam..nama saya MUHAMMAD AHNAF..:))

anap_ilmi said...

Nice to noe u Anap..haha ~

RidzeLNinE said...

Assalamualaikum.. Nama anak saya Muhammad Ahnaf Baihaqi. Memang sedap nama ni tapi agak berat untuk membawanya. Anak akak selalu kurang sihat, tapi alhamdulillah semakin okey. Sangat suka nama Ahnaf disebabkan maknanya yang mendalam.

AhnafBaik said...

Saya Ahnaf Arsyad…Terengganu

Anonymous said...

Nama anak sy bru lahir hihi . Mula2 down juga parent cakap xsdp nma . Rupe2nye best jgk cerita ahnaf ni🤣

  ©:: MyWay [v2.2] ::. Template by Dicas Blogger.

TOPO