Semasa : Selamat Datang Adik Nik Nur Madihah
Assalamualaikum;
"Manusia Tidak Dicipta Ada Yang Bodoh Dan Ada Pula Yang Pandai. Akan Tetapi Semuanya Dicipta Dengan Berbeza Kepandaian Dan Kebolehan"
Ahlan Wasahlan, Selamat Datang saya alu-alukan kepada Adik Nur Madihah yang akhirnya memilih Jordan sebagai destinasi pengajian tingginya. Tidak terlewat agaknya untuk saya mengucapkan tahniah atas kejayaan yang anda memperolehi dlm peperiksaan SPM yang lalu. Semoga ilmu yang anda perolehi itu mendapat keberkatan dari Allah SWT.
Membaca akhbar KOSMO! yang membuat liputan berkenaan dengan hajat adik Nur Madihah ingin melanjutkan pelajaran ke sini membuatkan saya rasa begitu senang dengan pilihan beliau. Bukan kerana saya juga belajar di Jordan dan bukan juga sebab nnt leh la saya usya die bile die dtg sini nnt, tapi sebenarnya pilihan anda itu membuktikan bahawa bidang Agama bukanlah pilihan yang terakhir selepas tiada bidang lain yang sesuai dengan kelulusan mahupun bidang low-class.
Maka pastinya, mencebiklah mulut2 orang yang masih buta dengan bidang agama ini dengan pilihan adik Nur Madihah ini yang mahu menaja beliau ke UK dalam bidang fizik seperti yang dicita-citakan oleh beliau. Lebih teruk lagi jika ada yang mengatakan, "Kenapa pilih bidang agama? tak ada future laaa. Balik nnt jadi ustazah je".
Sebenarnya ungkapan-ungkapan seperti itu seringkali saya dengari sendiri dari mulut-mulut orang yang tidak ada future di dunia dan di akhirat. Mereka hanya berfikir tentang dunia sahaja. Mereka mungkin tidak pernah terfikir akan mati. Jika mereka mati, siapa yang akan menguruskan jenazah mereka? Kita pergi yg lebih mudah, jika mereka mengalami musibah dengan bidang yang ada future itu, kepada siapa harus meminta tolong jika mereka tiada pegangan agama? Siapa yang mahu ajar anak2 mereka mengaji al-Quran, mendoakan mereka bila mereka sudah mati nnt? Dengan agamalah manusia itu boleh berjaya.
Bukan hendak menidakkan sesetengah orang yang bukan dari jurusan agama itu tidak boleh berckp psl agama. Kebyakkannya orang bukan dari aliran agama ini lebih hebat ilmu agamaya dari yang mempelajari ilmu agama bertahun2 ini. Mmg banyak contoh2 yang boleh kita lihat pada harini, bahawa orang yang dtg bukan dari aliran agama amat hebat ilmunya. Pelajar dari aliran agama ini lah yang banyak masalah. Kes itu ini. Tercicir. Tetapi ini semua berbalik kepada konsep rezeki dan konsep qada dan qadar ketentuan dan Allah. Mungkin Allah ingin menguji kesabaran ahli agama dengan ujian yang sedemikian rupa, dan mungkin jua Allah ingin melihat sejauh mana ilmu bukan aliran agama boleh bertahan jika tidak berlandaskan dengan agama. Ilmu duniawi memberi kesenangan di dunia. Ilmu agama memberi kesenangan di akhirat. Akan tetapi, jika ilmu duniawi itu bergabung dengan ilmu agama maka mudahlah urusan di dunia dan di akhirat.
Orang bukan aliran agama, bersungguh-sungguh untuk mendapatkan agama. Oleh kerana itu ilmu mereka amat hebat. Sebab mereka mencari. Bukan menunggu ataupun hanya menadah, mengaga mulut untuk di suap satu persatu. Pelajar beraliran agama ini, mereka hanya tahu fikir mudah. Ilmu ada di kiri dan di kanan, tinggal hendak dicedok je. Bila-bila pun boleh. Sebab itu mereka ni biasa jee. Mereka fikir esok masih ada ataupun lambat lagi untuk balik Malaysia. Bile esok dah nak balik Malaysia, br sumer nak menyesal. Ini bukan saya ckp orang lain, saya cakap dgn diri sendiri sebnrnya. Sudah 3kali saya pulang ke Malaysia atas tiket bercuti. Bila smpi di Malaysia, saya amat merasakan bahawa seolah tidak cukup bekalan ilmu yang sepatutnya saya dapati di sini untuk dihidangkan kepada orang-orang di Malaysia. Tapi bile balik sini smula. LUPA!
Akan tetapi, apa-apa pun, itu semua ilmu Allah. Tak kira la ilmu fizik ke, ilmu agama. Sepanjang ia bergelar ilmu. Itu semua milik Allah. Malah semua di Dunia ini milik Allah. Manusia tak layak untuk berbangga dengan kemajuan, kemodenan, ketamadunan bangsa itu kerana itu semua milik Allah. Manusia itu juga milik Allah. Allah jua yang memberikan kesemua kemodenan, kemajuan ketamadunan bangsa semata-mata untuk menguji hambaNya agar reti bersyukur. Kita sesama manusia ini perlu saling ingt mengingati. Sbb itu klu sblm belajar kita di galakkan untuk berdoa akan di permudahkan kefahaman serta di permudahkan untuk menerima ilmu itu dan mendapat keberkatan.
Ilmu boleh dtg dan pergi. Jika kita menuntut, dia boleh dtg. Jika kita melupainya, dia akan pergi. Ilmu perlukan praktikal. Jika hanya mempelajari teori, samalah seperti menulis di atas air.
Jika adik Madihah membaca entry ini, sila la rujuk entry ini dan ini sebagai rujukan sblm anda ke sini agar tidak terkejut dengan budaya di sini kelak. Selamat datang sekali lagi sya ucapakan, saya amat mengalu2kan kedtgn anda di sini kelak!
4 Orang Berani Mati:
ade ke jd ustazah x de future.haisyy teruk sape komen cmtu hahak
semoga madihah tu dpt bersabar ngn kerenah arab Jordan skrg ni..
terima kasih kerana mengalu2kan saya... :P heheheh
RIZZ : Mulut org cmne nak tutup rizz
ADAM : Yeahh..siap la die...kiki
SesenganUbi : Yeah..selamat2..
Post a Comment