Agama : Jangan Jadi Orang Islam Yang Dibenci
Assalamualaikum;
"Orang kata, penampilan kita melambangkan identiti kita. Akan tetapi, sebenarnya, penampilan kita itu menghalangkan orang melihat identiti kita"Kredit tuk En. Pali di atas kata2 ini. Tp ini edited tuk tatapan blog ini. ngeh!
Baru2 ini, [sbnrnyer tak ada la baru sgt. Lame jugak da la, tapi baru sekarang ini terpanggil untuk menulis..lame da jugak rasa nak menulis, tapi kan br lepas bercuti] Saya ade mendengar tazkirah ringkas dari seorg sister gereja yang baru sahaja memeluk agama Islam setelah bertahun2 mencari hidayah demi mencari kebenaran hidup dan kebahagian di dunia dan di akhirat. Ex-sister itu kini menuntut di Universiti saya di sini dalam tahun 1. Melihat kepada beliau, terus mengingatkan saya akan Ustaz Farid Ravi bin Abdullah yang mana sekarang ini sgt tersohor akan kepetahan serta ilmu beliau yang sgt mengatasi umat Islam yang dah Islam dari kecik neh. Mungkin 1 hari ex-sister itu tadi bakal menggegarkan dunia Islam Malaysia khususnya dan amnya untuk sekelian umat Islam bisik hati kecil saya.
Cerita yang panjang lebar dalam keadaan majlis yang sederhana tetapi meriah dan bermakna, penuh dengan input2 yang disulami pula dengan muhasabah bagi orang-orang yang sudah sedia Islam sejak dari kecil ini, amat memberikan kesan yang mendalam bagi diri saya terutamanya. Pesan akak itu yang paling saya ingt, "JANGANLAH KAMU SEMUA JADI UMAT ISLAM YANG DIBENCI". Maksudnya, janganlah kamu menjadi sebab orang bukan Islam membenci Islam.
Dalam tazkirah ringkas tetapi padat itu akak itu memberitahu :
- Kebanyakkan org bukan Islam menjadi tawar hati kepada Islam kerana sikap orang Islam itu sendiri langsung tidak menggambarkan keindahan Islam yang sebenar seperti yang dianjurkan oleh Islam itu sendiri. Hanya mengaku sudah cukup arif dalam Islam, akan tetapi langsung tidak pernah untuk mempraktikkan serta memikirkan cara untuk menarik minat orang bukan Islam untuk memeluk Islam. Bagaimana orang bukan Islam hendak tertarik dengan Islam jika perangai orang Islam itu sama seperti orang bukan Islam kelas bawahan? Sedangkan orang bukan Islam berhempas pulas memikirkan bagaimana untuk menhancurkan Islam ini. Orang Islam sangat leka.
- Orang Islam tidak memberi peluang kepada orang bukan Islam berdialog, berbincang tentang perbandingan agama akan tetapi terus menghukum orang bukan Islam itu dengan hukuman yang dasyat seolah-olah Islam itu tidak mengamalkan sifat keterbukaan.
- Sikap umat Islam yang perasan diri mereka sangat bagus, sudah memeluk Islam sejak dari kecil kononyer, lebih baik dari mereka yang baru memeluk Islam lantas tidak memberi peluang untuk tampil dalam situasi-situasi tertentu kerana dikhuatiri akan menjejaskan aqidah umat Islam yang sedia ada ini. Hal ini membuatkan berjuta-juta orang bukan Islam berasa sangat takut dengan Islam kerana mereka takut mereka akan diperlakukan sedemikian rupa juga kelak. Mereka seolah-olah tidak boleh berada di dalam kelompok cerdik pandai agama ini atas alasan ilmu agama mereka sangat cetek. Tidakkah kita terfikir, diantara kita yang sekadar menadah tangan menunggu Islam itu datang dengan orang yang mencari Islam itu, siapa yang lebih bagus?
- Orang Islam sangat tidak mengalu-ngalukan kehadiran orang bukan Islam malahan orang yang baru memeluk Islam. Kebanyakkan mereka memulau, tidak ambil peduli dan mencemuh orang-orang seperti ini. Sepatutnya kita sebagai umat Islam warisan ini mengajak, membimbing, memberi petunjuk ajar dan menerangkan kepada mereka berkenaan Islam ini agar mereka benar-benar faham akan Islam dari orang Islam yang sudah lame neh.
- Orang Islam sukar untuk menerima kritikan dari orang lain. Sedangkan kritikan itu amat diperlukan bagi membaiki kelemahan umat Islam di mata orang bukan Islam. Agar orang bukan Islam melihat kekuatan dalam Islam itu. Kita tidak boleh melihat kesalahan diri kita TANPA teguran dari orang lain. Jika di belakang anda terpalit akan najis di baju anda, adakah anda boleh melihat dengan mata anda sendiri? Sudah tentu dengan bantuan orang lain untuk membersihkan palitan najis itu. Kalaula tiada orang yang memberitahu, sampai ke rumahlah anda membawa najis itu.
SEHARUSNYA, kita yang telah di kurniakan akal fikiran ini boleh berfikir mana yang baik, mana yang tidak. Lagi2, yang menduduki kursus sijil IJAZAH pengajian Islam. Jika khuatir akan terpesongnya aqidah kita akibat dek ceramah dari saudara baru memeluk Islam, muhasabah kembali diri kita, sejauh mana pengkajian kita dalam Islam kita ini. Sejauh mana keberpegangan kita dengan tali Allah. Sudah sampai di tahap manakah? Kita tidak perlu risau jika hubungan kita dengan Allah sangat baik dan kita tidak juga perlu risau jika kita tidak meletakkan sikap buruk sangka kepada orang lain. Bagaimana hendak berhadapan dengan berjuta-juta lagi saudara baru yang memeluk Islam di Malaysia nanti sedangkan yang satu ini pun tidak dapat nak tangani. INGATLAH, jika mereka kembali kepada agama asal mereka disebabkan oleh kita.. Tunggu saja perhitungan diSana kelak!
6 Orang Berani Mati:
hmm..
sedarlah kesedaran cik sedariah..
p0k pd diriku jua..
isk isk..
usah menilai KUANTITI..tp nilailah KUALITI
:>
Ya Allah ya rabbi
Teguhkan iman kami
Moga tabah hati tak berbelah bagi
Berbekalkan islam membina masyarakat
Mengukuh umat insan sejagat
Setiap mehnah pastinya ada hikmah
Berbaik sangka pada yg Esa.
~ jom join seminar dakwah islamiah..kikiki~
Orang kata, penampilan kita melambangkan identiti kita. Akan tetapi, sebenarnya, penampilan kita itu menghalangkan orang melihat identiti kita" <--huuu stujuu sgtttttt
"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)
Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq
salam,aq ske dgn topic yg ko bru post niyh..sokongan terbuka n penuh utk kak najwa!!kpd yg x stuju or yg jd penyebab kak najwa disingkirkn drp snarai ahli panel,aq cabar korg ke dpn n berhujah smp owg tertarik nk dgr,tgk sjauh mne ilmu2 korg..kalo stakat ke dpn pon betolak2 nk g,pndg dinding n lantai,bek x pyh,dok umah je msak kt dapor..hee~korg kne igt "hasad dengki n pndg rndh tehadap owg len tu bkn sifat sorg islam sejati,tp islam yg xde erti k"..
OhBintang! : Anda sgt serius
~ azzahRa ~ : Ameeeennnnnn
rizz : yes. mmg btul pun kan?
Anak Pendang Sekeluarga : tq.. insyallah same2 dpt faedah..
Anonymous : sabar encik..sabar...kene profesional dlm hal ini...
Post a Comment