Diskusi : Jom Pergi India
Assalamualaikum;
Ingt tadi mcm nak tido da. Sbb ttb je internet umah saya ini buat hal la pulak. Xleh nak connect. Sian kt org itu duk tgu2. Tp nak wt cne. Die ckp white flag in d air. Die dah xlarat. So, sy pun suh je la die tido dulu. Neh dah leh cnnect lak. Tak taw nak wt pe, boring2 neh.. sy tulih la sket2.. Nak tido mcm awl lagi la plak. Lagipun esk cuti. Tido lewat sket la kan... Skrg neh br kul 235pagi klu ikut jam kt leptop sy neh..
Bertemankan lagu2 instrumental yg dah bertahun2 bertapak dalm kmputer sy neh. Byk mlm2 sy bertemankan lagu2 instrumental ini yang diberi oleh saudari Azlie. Sgt menyentuh perasaan lagu2 gini. Chup2! Apa semua neh? Xde kene mengena dengan tajuk! Balik smula balik..
Ok, sape kat sini dah pegi India? Angkat tangan! Mcm tingin la nak pegi India. Ntahla, tak taw kenapa INDIA. Seluas2 bumi Allah neh India jugak rasa mcm nak pegi. Tapi mcm terkesan dengan cite Slum dog Millionaire tu pun de gak.Mcm best jeee g TajMahal sumer itu. Pengaruh cerita! Tak pun sbb melihat permandangan dari udara semasa on the way dari Malaysia ke sini. Lalu kt ruang udara India. Huh, Tapiiiii, klu sy nak g.. Sape nak ikot? Nasir.. jom pegi! Ngeeeee...
Ada beberapa faktor la jugak sbnrnyer menjadi penyebab saya mcm nakk je pegi ke India berbanding ke negara Eropah ketika ini. Sbb rata2 budak2 sini la kan, sumer nak g UK. Tp sya mcm... ntah. bek g India. haha
Untuk pertama2nya.. Mesti la sbb nak melihat kebesaran Allah SWT. Ahakz. Bile kita byk berjalan, kita akan lebih byk mengenali manusia dan lebih mendekati kepada Penciptanya. Sebabnya, kita akan merasakan bahawa terlalu terbatas pengetahuan manusia ini sehinggakan pastinya kita akan menemui sesuatu yang baru sepanjang pengembaraan kita itu nnt. Kat situ kita akan menyedari bahawa betapa agungnya yang mencipta itu. Subhanallah... :D
Keduanya, untuk melihat serta mengenali sendiri, keadaan sesuatu tempt itu dan melihat sendiri binaan2 melalui kepakaran manusia membina sesuatu ketamadunan manusia bagi memajukan bangsa masing2. Selama ini kita sering melihat melalui television mahupun cerita dari pengalaman-pengalaman individu, why not kite g sniri dan alami sendiri kan?
Ketiga, Nak kumpul koleksi menjejaki ke tujuh-tujuh ajaib dunia. Skrg neh saya dah pergi dua, Pyramid dengan Petra kat Jordan neh, klu g India, leh g TajMahal. Dah tiga daa.. ahakz
Keempat, Nak penuhkan kan cop2 dalm passport supaya bila sblm tamat tempoh nnt, passport itu penuh dengan cop2 merata negara. tak ada lah membazir kan muka surat kan?..ngeeeeee
Bagi menaikkan lagi nafsu saya untuk ke India ini, saya ader la search2 video2 promosi ala2 Visit Malaysia. Tapi untuk mempromosikan India, mereka menamakan promosi diorg ini dengan Incredible India. kalau rajen tgk la. Dlm video2 mcm neh, sah2 la kan, semuanya nampak mcm seolah2 begitu sempurna. Mcm tiada cacat celanya.. Semuanya lawa-lawa belaka.. Padahal, smpai2 je sana sumer sampah!
6 Orang Berani Mati:
(:
india oh india..
sy nak ekot (;;
tiket awk sapot k?
tnggungjawab awk taw :>
sbb awk da ajk ;p
india??? hmmm mcm best jugak. boleh jumpa aiswarya rai... hehe
ohBintang! : Awk mn leh ikot. Bukan muhrim taw. ahakz
chimera : leh jumpe kajol jua..
nk jupe farden khan ngn aishwarya rai mwahahahha
btul itu!ahakz...
Alhamdulillah saya dah pergi tahun lepas. Masjid tidaklah sebanyak di Malaysia. Saya ke Delhi dan Mumbai. Walaupun Delhi ibu negara tapi Mumbailah penyumbang besar ekonomi India. (Perbankan, Industri perfileman dan Aktiviti Perkapalan). Jalanraya juga lebih bagus Mumbai dr Delhi. Nak tahu? ada lebuh raya Plus! (Sykt M'sia buat) tapi rasuah berleluasa, senang je nak rasuah polis. Apa yang patut kita contohi adalah semangat cintakan agama di kalangan penganut Islam. Muslimah pakaiannya cantik-cantik tapi bila keluar rumah mesti berjubah Hitam dan berfurdah. Terdapat juga wanita yang memandu motosikal dan kereta tapi jumlahnya tidaklah banyak. Mangga dia, pheawww tak terceritakan enaknya! Heran aku, lembu, kambing sana gemuk2 walaupun cuma makan sampah2. Rumput sana togel, betullah, Allah yang bagi makhluk itu gemuk bukannya makanan atau rumput. Subhanallah!
Post a Comment