Pendapat : Manusia Boleh Berubah
Assalamualaikum;
Gambar Kenangan Dengan Ustaz Mohd Azmil bin Dato' Mustapha a.k.a Ali Setan sempena Majlis Seminar Dakwah Islamiyah @Mafraq
Kagum betul saya melihat perubahan manusia. Sangat mengagumkan lagi bile perubahan itu ke arah yang lebih positif. Manusia boleh berubah. Dari sesuatu ke sesuatu. Dari baik jadi jahat. Dari jahat jadi baik. Dari elok-elok bercinta bagai nak rak, melafazkan kata setia cinta, kepada caci maki hamun kutuk mengutuk, fitnah menfitnah. Mula-mula kata A kemudia kata B pulak. Manusia boleh berubah-rubah. Macam-macam perubahan yang boleh kita lihat yang terjadi kepada manusia. Ada jugak yang berubah dari sudut dalaman, tak kurang dari sudut luaran, dari gemok nak kurus, dari kurus nak gemok. Semuanya atas kemahuan dan kehendak diri itu sendiri sebenarnya. Dia sendiri yang mencorakkan diri dia yang sebenarnya. Seperti firman Allah SWT dalam kitabNya, dalam surah ar ra3du, 11 : 13 yang membawa erti : Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri.
Kita sama sekali tidak boleh serahkan kepada keadaan, takdir, alam sekeliling dan nasib untuk berubah. Akan tetapi dengan usaha yang begitu gigih, azam serta fokus kita kepada matlamat itu menjadi titik penentu keberjayaan untuk berubah itu. Sebagai contoh paling mudah, berazam untuk berhenti daripada merokok. Sepatutnya, kita kene setkan dalam minda kita, TAK NAK MEROKOK, caranya dengan menjauhi segala benda yang berkaitan dengan ROKOK dan fokus kepada matlamat untuk berhenti merokok. Janji pada diri, tegaskan dalam diri untuk tidak merokok lagi mahupun yang melihat apa-apa sahaja yang berkaitan dengan rokok itu. Contoh ini boleh dikaitkan dengan bende-bende lain yang kita ingin ubahkan itu.
AKAN TETAPI, KALAU BERCAKAP, MENAIP, MEMBERI NASIHAT ITU MEMANG MUDAH. Orang yang tidak merasai perkara itu dengan sebelah mata boleh berkata-kata tanpa melihat kepada si pelaku itu. Melalui saat-saat perubahan itu sangatlah perit. Berlawan dengan diri sendiri. Seperti berjihad di medan perang. Persediaan kene cukup mantap. Dari segi mental, fizikal dan rohani. Paling penting rohani itu. Jika rohani itu masih lemah, maka amat sukar untuk berubah secara keseluruhannya. Sebagai contoh lain pulak, bagi yang dah biasa minum arak ke, berzina ke. Bila mana mereka tidak mendapat bende2 itu, pastinya akan teringat2, lebeh teruk klu smpai tahap mengigil ke dek kerana nakkan bende itu.
Orang sekeliling juga memainkan faktor yang penting, kadang-kadang terus menyalahkan si pelaku atas kelakuan mereka itu. Terus menghukum tanpa memahami keadaan si pelaku apa tah lagi menyelami perasaan si pelaku. Si pelaku memang mempunyai perasaan yang amat kuat untuk berubah, akan tetapi cemuhan serta penerimaan masyarakat terhadap si pelaku itu kadang-kadang membuatkan si pelaku hilang semangat dan berputus asa untuk berubah. Tambahan lagi jika wujud komplot memulau serta mengumpat si pelaku akan menyebabkan si pelaku rasa sangat tersisih.
SEPATUTNYA, Masyarakat sekeliling kene support, membimbing si pelaku untuk menjadi lebih baik. Bukan hanya menyalahkan. Itu adalah tindakan yang salah!
Berbalik pada cerita Ali Setan itu, perubahan yang amat ketara dirinya itu. Sangat kagum. Beliau menceritakan saat mendapat kemanisan iman itu. Sungguh menyedihkan. Kerana bukan semua orang boleh merasai akan kemanisan iman itu.
Apa yang penting disini adalah hubungan kita dengan Allah itu. Berdoa untuk menjadi lebih baik dari sekarang kerana Dia sahajalah yang dapat membantu kita untuk menjadi umatnya yang terbaik di kalangan yang terbaik.
Wallahu'alam~
5 Orang Berani Mati:
jd ustaz dh azmil mustapha ni hehe
salam anap..
amboi lamanya tak dengar cerita hg...
wei aku ada mcm2 nak cerita kat hg...
nanti klu free kita YM ok...
apsal ko makin besar nap??
dok msia besar, dok jordan besar..ke mmg smulajadi mcm tu??
;p
ehem ckgu..
'kacak' ape aji gem0k ;p
haha
RIZZ : Yup. die sgt ustaz. sgt mengagumi beliau
POYAN : OK..nt kite YM sajor
ADAM : Tgh nak diet la nehhh
ohBintang! : Awk diam!
Post a Comment