Tuesday, November 18, 2008

Kembara : Ashabul Kahfi

Assalamualaikum;

[SITUASI] dlm kelas ms lecturer tgh ngaja...aku pun angkat tgn untuk menarik perhatian lecturer..

AKU :
"Dktr, sya nk mintk keluar kelas awal harini ya"

Lecturer : "Kenapa?"

AKU : "Saya nk g Amman"

Lecturer : "OK, tp nnt saya tandakan awak tak hadir.."

AKU : "Alaa...yeke...hmm"

Lecturer : "Tak adalah..saya tak tanda pun.."

AKU : "dktr nihh...sajeje.." [dialog nih tak wujud sama sekali]

AKU : "yeke? terima kasih dktr.."

*selepas diterjemah [hehe]

Lepas aku kuar kelas, terus berlari2 untuk mendptkan dak2 ni yg dah tgu aku lama dah nak g Amman.[Situasi mintk keluar awal ni kdg2 jew...kalau terdesak.itu pun masa kelas dah nak abes..tinggl lagi 15minit..ahakz]

"budak2 comot" *aku yg amek gmbr...

Smlm aku g Amman, sesambil ke Amman tu, kami singgah melawat ke Ashabul Kahfi sbb ader diantara kami yg belum berkesempatan untuk ke sana wlwpun sudah 4thn duduk kat sini! cayer x?hehe..sbb mungkin kedudukan tmpt ni jauh dari bandar Amman, 2 yg pyh nak g tu...tp still lg dlm kwsan Amman..[Amman adalah ibu negara Jordan]

Tau tak cerita Ashabul kahfi neh? Sedikit cerita ringkas die mcm neh...

"Allah Subhanallah Taala menyebut akan kisah Ashabul Kahfi pada ayat 9-26 di dalam Surah Al-Kahf (Surah ke-18). Mereka ditidurkan selama 309 tahun selepas pemuda pemuda yang digelar Sahabat Gua itu lari daripada Maharaja Rome yang zalim dan menyombongkan diri. Pada ketika itu kerajaan Rome membina Liga Decapolis yang berpusat di Philadelphia (kini dikenali sebagai Amman) di mana Raja Daqyanus atau Decius memerintah pada ketika itu.

Daqyanus mengganut agama berhala dan memusuhi agama Nasrani (Nabi Isa). Di dalam Surah Al-Kahf menceritakan 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah dan seekor anjingnya lari ke sebuah gua untuk menyelamatkan diri dari ditangkap dan diseksa oleh Daqyanus. Antara kesan yang masih boleh dilihat ialah sebuah Masjid dan mihrab di atas gua Kahfi, tengkorak anjing dan tulang di dalam gua. Dalam pada itu, disebelah tepi terdapat lubang terus ke atas yang mana cahaya matahari dapat menembusinya. Perihal mengenai cahaya matahari yang menembusi ada diceritakan pada ayat ke-17 Surah Al-Kahf. Gua ini juga dikenali sebagai Kahf Ar-Raqim. Istilah Al-Raqim disebut di dalam Al-Quran pada ayat ke-9 Surah Al-Kahf dan ahli tafsir menyatakan bahawa Al-Raqim ialah nama anjing pemuda pemuda tersebut dan ada sebahagian yang lain mentafsirkan sebagai batu bersurat"

Bersama2 ini aku serta kan Video berkenaan dengan Gua ini..Korng boleh lihat, bagaimana keadaan Gua yg di diami oleh 7pemuda berkenaan. Sori, Voice xjelas sgt masa org yg jaga tempat neh bg penerangan, penerangan dlm bahasa arab, tapi ada penterjemah selepas itu..ok? tgk lah..



Ini pulak gambar tulang2 yg ader kt dlm gua neh..ini adalah tulang2 pemuda2 berkenaan..tulang2 neh, di letakkan dlm 1tmpt. tp ader cermin kecik leh tgk dlm die...cmni ler rupe klu tgk ikut cermin kecik tuuu....


Untuk Akhir nya, ini gmbr depan gua itu...

Selepas itu, kami pegi makan sbb perut lapar sgt....sekian..

*aku rs mcm best je jln2 nih..wlwpun aku paling tua!haha..

10 Orang Berani Mati:

Luth Textile said...

wAHH..
bape lama perjalanan dari pekan hang tu nak ke Amman?

bape tambang? nek pe?
aiseh men.. bestnya..

hanis said...

wah.. best nih

Faizal@poyan said...

salam...

wei awat hg tak kata kat doktor tu.. "dokter ni edak edak je"... teringat dulo-dulo huhuhu

wei tu tulang ashabul kahfi ka? awat depa tak tanam

jagoan said...

PErgh! Gi Amman, Jordan kan

AniS GalaXy said...

bestnya Dr 2
siap leh bg anak buah kuar awal nie
kamoo bodek ker.

hehe...
nk sgt ke jordan
kenali islam lebih mendalam

Ren said...

Wahh sangat berinformasi..bagus..bagus..teruskan usaha anda..saya sokong!!!

Keri AlHaj said...

ehh... tulang pemuda2 tu memang ada kat situ ya...

anap_ilmi said...

En. Luth : Dari tmpt aku ni, nak ke tmpt neh..ader la dlm sejam lebey kot...tp tu klu nek kreta laa..klu nek bas..tabah!nak kene tukar2 bas. tak pun nek taxi..tp mahal la plak..ahakz

Hanis : kalau brani mai la sini tgk...

Poyan : Haah..xingt lak dialog tu..ptt nye aku tulih tu laaaa...hang la poyan, xingtkan..

Ah Tok : org blaja sini laa..Amman tu..pejam mata je dah smpai..

Miss Galaxy : die baik jer..tp masa nak angkat tgn tu..berdebar2 gak..ye la. dlm bilik kuliah..ramai org..nak kuar tu sumer pandang je..

En. Janggel : Ape yg boleh di kongsikan, saya kongsikan kt sini...

En. I-Chimera : haah, itu lah tulang2 pemuda2 tu..

en_me said...

baru tengok jejak rasul tv3 tadi.. ihiks, salam ramadhan bro

anap_ilmi said...

owhh...ada tunjuk eh? lg 1...ada lagi ke jejak rasul itu? hehe

  ©:: MyWay [v2.2] ::. Template by Dicas Blogger.

TOPO