Saturday, April 25, 2009

Setempat : Keputusan Rasmi Undian

Assalamualaikum;

Dengan ini aku secara rasminya menutup peti undian dan ingin mengumumkan keputusan undian bagi undian mencari sape paling banyak nampak perubahan.

Seperti yang dinyatakan seblm ini, perubahan itu bermaksd perubahan fizikal calon-calon yang disenaraikan oleh sya melalui aktiviti diet masing2. 5 orang dari memilih untuk pegi ke gym bagi proses menguruskan badan manakala baki itu hanya menggunakan skill yang tersendiri bagi menguruskan badan TANPA mengunjungi pusat gym.

Melalui survey yang di jalankan selama 3hari bermula dari hari Khamis bersamaan dengan 23April sehinggalah harini 25April2009 bersamaan dengan hari sabtu, 41orng telah menyertai undian ini dan undian dengan rasminya di tutup pada jam 9mlm tadi waktu Jordan.

Berikut adalah keputusan rasmi bagi undian berkenaan...

SECARA EXCLUSIVE DENGAN GAMBAR!!!


"Sebelum"

"Selepas"


TEMPAT PERTAMA dimenangi oleh anap ilmi.....Clap2!!!

Ucapan : Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum semua. saya mmg tidak menyangka akan kemenangan ini. pada awal undian saya jangkakan mat alip akan memenangi dlm undian ini. tetapi alhamdulillah, kemenangan berpihak kepada saya. iAllah sy akan terus mengamalkan cara hidup yang sihat selepas ini atas sokongan dari tuan2 dan puan2. kemenangan ini adalah kemenangan semua. kiki

"Sebelum"

"Selepas"

TEMPAT KEDUA dimenangi oleh Encik Mat Alip.....Clap2!!

Ucapan : Saya tidak berniat untuk bercakap panjang. apa2 apun jadikanlah kejayaan saya ini semangat kepada calon2 yang lain. bagi yang kurang bernasib baik. usaha lagi. cuba lagi kuruskan badan anda sehingga anda jadi mcm saya..haha

"Sebelum"

"Selepas"

TEMPAT KETIGA dimenangi oleh Encik Bukhari....Hmmm!!

Ucapan : Sbnrnyer undian ini tidak adil sbb ramai dikalangan pengundi tidak nampak perubahan saya. saya sekadar duduk di rumah dan berulang alik ke gym saja. jadi, pengundi semua mungkin masih ingt saya mcm dulu. sbnrnyer sy dah byk berubah...


TEMPAT KEEMPAT dimenangi oleh Encik Muzzammil...Clap2!!

Ucapan : Ini adalah permulaan yang baik untuk saya meneruskan usaha saya sbb sbnrnyer bnyk lagi ranjau yang perlu dilalui oleh semua orang. skrg neh mungkin smgt je.. pas2 neh dah malas.. tak guna jugak. kene berterusan...


TEMPAT KELIMA dimenangi oleh Encik Meram...Clap2!!

Ucapan : Saya tidak berniat untuk kurus pun sbnrnyer sbb badan saya mmg sudah semula jadi kurus. apa yang penting kat sini adalah mengamalkan gaya hidup yang sihat. saya rasa sihat setelah saya menyertai latihan d pusat gym.



TEMPAT KEENAM dimenangi oleh Encik Nasir...Clap2!!

Ucapan : Saya tidak dapat menjalani latihan d pusat gym kerana sibuk dengan aktiviti harian. lagipun sbnrnyer harini saya tiada latihan. hari cuti. sbb itu sy jarang untuk ke gym. tempat ke enam pun ok dahh..

"Sebelum"

"Selepas"

TEMPAT KETUJUH dimenangi oleh Encik Dzarif...Clap2!!

Ucapan : Saya tidaklah gemuk sgt sbnrnyer. sumer org kata saya ok! orang tgk sy dari awal dah mmg mcm neh. mungkin sbb itu tidak nmpk sgt perubahan yang berlaku pada diri saya ini.. Apapun..byk masa lagi... tgk lah dlm masa sebulan dari sekarang..huhu

Apapun yang diucapkan oleh calon2 yang tersenara, bersama-sama kita jalani hidup yang sihat untuk masa depan yang gemilang...haha tak tau nak tulih ape tuk penutup..

*ada yang tak dpt aku nak sertakan sebelum dan selepas sbb kekurangan sumber..


Seterusnya...

Thursday, April 23, 2009

Ada Apa Dengan Ahnaf?


Assalamualaikum;

Sedang aku sedang baring-baring membaca majalah al-Mua'allim Edisi terbaru keluaran PRISMA, ttb aku d beri kekuatan untuk mencari ADA APA DENGAN AHNAF. Tp sebenar2nya, lama dah aku nak cari. Cuma tiada kekuatan ke. Sekadar terlintas difikiran persoalan itu. Lepas itu, dah tak lintas lagi. Pastu terus lupa. Ini, masa die terlintas itu, aku terus bukak Yahoo! mula2. Pastu aku rasa mcm search result itu kurang memuaskan, aku try google pulak. Resultnya, Fuh! berderet2 berkenaan dengan AHNAF. Itu baru AHNAF. Belum HILMI lagi.. Kiki. Baru aku tahu, rupa-rupanya mmg ramai yang berkongsi nama dengan aku rupanya..

Seingat aku, cerita mak aku, nama aku ini di ambil dari buku nama bayi Islam yang ader gambar dak ppuan kt kulit depan buku tu.. Sape zaman2 80an mesti taw punyer buku itu. Tapi aku rasa smpai sekarang ni lagi ada je buku itu di pasaran...

Ahnaf yang bermaksud - Yang Lurus, Yang berpegang teguh pada ajaran agama.

Suatu masa dulu kan, aku agak kurang berpuas hati dengan nama aku (Minta Maaf abah dengan mak, tak bermaksud pun begitu) Bukan apa, sebab ramai dikalangan orang Malaysia sgt sukar untuk menyebut nama aku yg best neh. Pastu, mcm pelek je nama aku neh. Pernah juga aku fikir2 nama bakal anak aku kelak. Haha. Bila di Bin kan dgn aku. Sgt mcm xsedapppp je bunyinya. Akan tetapi lepas aku dtg sini, aku sangat2 lah bersyukur dengan nama yang telah diberikan oleh abah dengan mak aku. Terasa mcm bersalah pulak sbb 1 ketika dahulu mcm xske je nama itu. Orang arab di sini amat mengagumi aku kerana namaku. Org arab juga amat mudah menyebut dan mengingati namaku bila aku memberitahu kepada mereka. Rupa-rupanya, nama aku ini berasal dari orang arab juga selain mempunyai maksud yang begitu baik. Alhamdulillah. Benarlah orang kata, tak kenal maka tak cinta dan setiap nama yang diilhamkan oleh Allah itu memang amat sesuai dengan orang yang membawanya. Tapi sebenarnya aku sesuai ke? Ok, lihat di bawah...



Setelah aku search kt internet neh, memang beribu2 result yang keluar di atas wordsearch "AHNAF" sahaja. Dengan gabungan nama AHMAD AHNAF, MUHAMMAD IQBAL AHNAF, AHNAF AFIQ dan bermacam2 lagi dari Malaysia, smpailah ke US pun ada yang menggunakan nama AHNAF itu. Malahan bukan Islam pun ada yang menggunakan nama itu.

Lepas tu, yang ada FACEBOOK, MySPACE, FRIENDSTER dan pelbagai jaringan komuniti yang lain menggunakan nama AHNAF pun..berlambak2. Pastu dengan blog2 lagi. Laman web peribadi lagi. Mangai. Memang byk gile laa.. Aku ingt nama aku neh, tak ada la famous sgt. Rupa-rupanya...Ramai gile. Tapi aku tak pernah jumpe sorang pun yang sama nama dengan aku dalam pada masa yang sama. Masa sekolah2 dulu, kot 1 kelas ke, kot jiran-jiran ke.. mcm tak ada je.. tapi bile search. Beribu2. Ini kalau aku buat persatuan Ahnaf ke..best jgk neh!

Akan tetapi, yang paling agung sekali dan aku patut berbangga kerana nama aku AHNAF adalah, ada 2orang penting dalam Islam yang turut menggunakan AHNAF sebagai nama diberi. Iaitu :

  1. Al-Ahnaf Ibn Qays
  2. Abbas Ibn al-Ahnaf
So, sekali lagi lah aku amat bersyukur aku diberi nama ini dan berterima kasih dengan mak dan abah aku atas nama yang diberi.

SIAPA Al-AHNAF IBN QAYS?

Al-Ahnaf Ibn Qays adalah merupakan seorang yang hidup pada zaman nabi akan tetapi, sayangnya beliau tidak pernah melihat nabi. Beliau amat mengagumi nabi dan sedaya upaya untuk mengikut perintah nabi. Beliau berasal dari keturunan Bani Tameem yang merupakan golongan bangsawan pada ketika itu. Bapa beliau yang bernama ad-Dakkah akan tetapi orang ramai menggelarkan bapanya al-Ahnaf (si tempang) disebabkan kecacatan di kakinya.

Pada asalnya al-Ahnaf Ibn Qays ini adalah seorang yang bukan Islam. Sehinggalah Nabi menghantar pendakwah kepada kaum bani tameen itu untuk menyeru kepada Islam. Seluruh kaum bani tameem itu hanya mendengar kata-kata Al-Ahnaf ini sahaja. Maka al-Ahnaf ini lah yang berdialog dengan pendakwah itu sehingga memeluk agama Islam bersama-sama seluruh kaum bani tameem itu. Maka berita itu sampai kepada Nabi lantas nabi terus berdoa kepada Allah "Ya Allah, Ampunkanlah semua dosa Al-Ahnaf ini"

Sumber diambil dari SINI dan SINI

SIAPA ABBAS IBN AL-AHNAF?

Merupakan penyair arab yang masyhur yang berasal dari puak Hanifa. Beliau hanya bekerja untuk syair. Beliau seolah2 tak mengharapkan kasih sayang dan seolah2 sudah putus asa pada hubungan dengan manusia. Beliau menggunakan perkataan-perkataan yang mudah dalam syair2 beliau.

Beliau membesar di Baghdad dan menjadi rakan kepada Khalifah Abbasi - Harun ar-Rashid. Beliau mengupah al-Ahnaf untuk menghiburkan beliau pada ketika masa lapang.

Sumber diambil dari SINI.

Selain dari mereka berdua ini, nama AHNAF juga digunakan bagi menamakan Mihrab yang bersebelahan dengan Mihrab Nabi Muhammad SAW (al-Shafi'iyyah)

Sumber dari SINI.

Cara penulisan dalam usul fiqh juga yang dinamakan Tariqah al-Ahnaf iaitu berdasarkan hukum-hukum yang telah diputuskan oleh Imam-Imam mazhab mereka. Kaedah-kaedah tersebut akan dipastikan selaras dengan apa yang telah diputuskan dan sekiranya tidak, kaedah-kaedah tersebut akan diubah suai oleh mereka. Disebabkan itu, didapati banyak masalah fiqh yang dimasukkan dalam kitab-kitab yang ditulis mengikut cara ini.

Sumber DISINI.

Dan yang paling akher 1x aku jumpe... Ada sebatang jalan di Amman - JORDAN menggunakan nama Al Ahnaf Bin Thalabeh Street. Aku tak taw kat mana dan aku tak dapat kesan pulak. Siapa itu al-Ahnaf bin Thalabeh. Adakah itu nama sebenar al-Ahnaf bin Ibn Qois itu tadi..

Sumber itu dari SINI

Setakat itu sajalah pengkajian aku berkenaan dengan nama aku AHNAF. Itu baru AHNAF. belum HILMI lagi itu. So, skrg neh aku amat berbangga dengan nama aku dan aku sarankan korang pun kaji la nama korang agar timbul rasa bangga dengan nama kita sendiri walawpun kadang-kadang kita rasa mcm tak sedap je. ada lah sebab dan hikmah kenapa kita di namakan sedemikian...

*Setelah membuat kajian ini, aku merasakan bahawa sgt agung nama AHNAF itu. Rasa mcm tak tergalas je nama itu. Tetapi nama itu lah yang tercatat kt IC aku, Passport. Surat beranak aku. Terima Kasih Mak dan Abah atas nama itu dan aku amat bersyukur dinamakan sebagai AHNAF HILMI.

*Kalau ader sape2 yang terbaca ini dan nama die jugak Ahnaf, sila info k?


Seterusnya...

Wednesday, April 22, 2009

Setempat : Siapa Paling Nampak Perubahan?

Assalamualaikum;

Atas dasar anak lelaki sejati. Hahaha. Aku dengan slumbernyer menyahut seruan Encik Bukhari untuk publish poll berkenaan dengan SIAPA PALING NAMPAK PERUBAHAN? Hal ini sbnrnyer rentetan dari entry saya yang bertajuk Gym oh Gym! Encik Bukhari sgt bermati-matian untuk menguruskan badannya sementara yang lain sumer sudah surrender dengan latihan yang ditetapkan oleh pihak gym. Syabas untuk anda! Akan tetapi saya tetap dengan nekad saya, sekadar mengurangkan makan sahaja - tak caya tanya dak umah aku!


PERUBAHAN APAKAH?
Sila Baca syarat2 mengundi sblm mengundi


Perubahan yang di maksudkan adalah :-

Setelah beberapa minggu berlalu dengan bermacam2 program diet yang dijalankan oleh calon-calon. Siapa yang paling nampak perubahan? Dulu gemuk, skrg neh dah ada perubahan. Tidak lah bermaksud terus kurus. Tapi ada perubahan. Perubahan itu bermaksud, badan semakin tough ke.. smakin slim ke berbanding dulu yang masing2 membawa lebihan lemak dalam badan yang tidak sihat. Yang penting ada perubahan. Perubahan dari mcm xbrape hensem, pastu jadi hensem sket pun leh gak.. huhu

Calon-calonya adalah :-
  1. Saya sendiri - anap_ilmi (nmpak x aku letak nama aku atas 1x)
  2. Bukhari (Pencabar)
  3. Nasir (Harini gym cuti - padahal dah malas)
  4. Dzarif (aku tak g gym pun da kurus)
  5. Mat Alip (gym untuk kesihatan saje)
  6. Meram (aku mcm dah nampak tough)
  7. Muzzammil (sit-up kt rumah saje)



Syarat-syarat undian :

  1. Terbuka kepada semua pengunjung blog ini. Tetapi penilaian sebenarnya berdasarkan penelitian kalian secara LIVE di sini.
  2. Adalah lebih baik anda undilah anap_ilmi jika anda tidak tahu untuk undi siapa selain dari mereka-mereka yang tercalon
  3. tarikh tutup undian adalah pada 25/4/2009 bersamaan dengan hari sabtu, pada jam 6petang.
  4. keputusan adalah muktamad
  5. Undian ini adalah sekadar pemberi semangat kepada calon-calon agar lebih bersemangat untuk menguruskan badan.
  6. jika terdapat sebarang ketidakpuasan hati. sila berhubung terus dengan saya. kita settle k?
  7. Jika tak tahu jugak nak undi sape.. tulih kt komen je pun leh jeee...
Undian ada kt side bar tepi neh, sila rujuk kt sana k? SELAMAT MENGUNDI

*Undian sini lagi berfaedah dari undi kt jamiah ~~


Seterusnya...

Tuesday, April 21, 2009

MyWay : Mari Membeli Kitab

Assalamualaikum;

Baru-baru ini aku ada mengunjungi kedai yang menjual kitab-kitab agama dan bukan agama. Berbahasa arab dan juga pelbagai bahasa yang lain yang terletak di Amman. Aku pergi sejurus selepas aku menamatkan kuliah harian dengan menaiki bas awam yang bertambangkan JD0.800 = RM4 yang memakan masa selama sejam dari tmpt aku ke Amman. Sila rujuk SINI untuk posting berkenaan dengan AMMAN.

Di dalam bahasa arab. kedai buku di panggil maktabah. perkataan maktabah juga sgt terkenal digunakan sebagai perpustakaan. pendek kata, yang berkenaan dengan buku2 ke, kedai alat tulis ke, sumer di panggil maktabah.

Di maktabah itu, aku telah membeli beberapa buah buku yang berjilid2 byknya untuk rujukan aku semasa dan selepas pengajian ini kelak.

"Kalau la aku dpt menguasai semua ilmu dalam maktabah neh...."


Berikut adalah senarai kitab2 yang sudah menjadi koleksi aku sebagai rujukan :

TAFSIR
  1. Tafsir Ibn Katsir
  2. Tafsir Ayat Hukum - Rawai3 al-Bayan
  3. Tasfir Mufassirin
  4. Tafsir Munir
  5. Ahkam al-Quran - Ibn Arabi
HADIS
  1. Sahih al-Bukhari
  2. Sahih Muslim
  3. Fathul Bari
  4. Hadis Ahkam - Sublul Salam
  5. Fiqh Sunnah
  6. al-Wafi Fi Syarah Arbain an-Nawawi
FIQH
  1. Fiqh Adillah
  2. Fiqh Manhaji
  3. Fiqh Muyassar
  4. Al-Umm
  5. Qawaid Fiqhiah
  6. Syarah Qawaid Fiqhiah
  7. Mausu3h fiqhiah
  8. Kifayatul Ahyar
  9. Mughni Muhtaj
  10. Syarah Qanun Awal Syahsiah
  11. Fiqh Zakat
NAHU
  1. Tatbiq an-Nahwi
  2. I3rab al-Quran
  3. Audoh Masalik
SIRAH

  1. Qisas al-Quran
  2. Sirah Nabawiyah - Abu Hasan Ali Husni an-Nadwi
  3. Fiqh Sirah Nabawiyah
AQIDAH
  1. Aqidah Islam wa Mazahibuha
  2. Ihya' Ulumuddin
  3. Usul al-Dakwah
AKHLAK
  1. Akhlak Islamiah - Abdul Rahman Husin


PERHATIAN :
  1. Kitab-kitab di atas sesuai digunakan untuk pengajian, rujukan dan sumbangan kepada badan-badan tertentu.
  2. Terdapat banyak jenis cetakan terdapat di sini. Cetakan Lubnan, Syria, Arab Saudi, Mesir dan byk lagi
  3. Cetakan yang berkualiti.
  4. Jika ada sesiapa yang berminat untuk membeli kitab-kitab arab ini dan selain dari tajuk-tajuk di atas, khususnya bagi orang-orang Malaysia yang boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut.
  5. Proses penghantaran juga di sediakan pihak kami.


Seterusnya...

Sunday, April 19, 2009

Diskusi : Did My English Is Bad?

Assalamualaikum;

For the 1st time in this blog I write an entry using English Word. I hope I'll be able to continuing my writing in English until the end.

What makes me interested to writing in English actually?

Before that, for your information, not all the word published here is my word. Some word I grab it from the internet and some more from the auto correct system from this web. Now you know, what is my class for my English. I confident there is 100% spelling correct but I not really sure about my Grammar. So, help me on this. 1 question, do my title is right? Ha ha, I'm not very sure about that. So, please!

It has been so long that i left my English language. Since I came here, there is just 2 classes for me to learn English. That is English 2 and English 3. I've passed my English placement test and that give me an exception for the English 1 class. But learning English here is very simple. Arabian just used a simple word and phrase. Their pronunciation is also not good. They cannot pronoun the letter of P. They will make a sound like B. For Example, PEPSI, we will hear BEBSI. So, how can I'll learn the good English?

Until this line, is there a wrong usage of English Grammar of word? If yes, let me know. If no, Okay, i continue..


What makes me want to publish this entry with English Actually?

Yesterday, i just met 1 American who studied here. Here just converted to Muslim. Alhamdulillah he is our brotherhood now. His name is Asad Ayub. He is from the state of Washington USA. He now 32 years old and Married with Yamenian girl. Now, he studying here at University's Language Center.

So what happened?

I have a long conversation with him. From about 8 o'clock after shalat Maghrib, until 12 at the midnight. We just talking about how he become a Muslim. His problem in Islam, his difficulties living here and learning Arabic Language.

He is my 2nd English man that i met after i met someone in time i perform Hajj. He did not know Arabic very well. Just a simple word that he used everyday with the citizen. So, to speak with him, i must speak in English. If not, he will cannot understand what that i'm saying to him.

I feel so bad when i talking with him. My English is so bad. Many times he ask me back "What the meaning of that?" huh, i try to using another word to make him understand what i want to say.

Because of him, i think i want to learn English very well from now. I not say that my English is down to earth. But, after i face him. i realize that is my English is bad. I can read in English, Write and speak. But not good English since i came here, i losing a lot of my English word.

So, that is my story. Ha ha. Simple story right? But Alhamdulillah I finished it with all English word. I fell dizzy right now. Searching for those word. I feel want to sleep now.Until this line, what is your comment?


Seterusnya...

Saturday, April 18, 2009

MyWay : Semalam Aku Di Nairobi

Assalamualaikum;

Petang ini sejuk. Tetapi boleh pakai baju t-shirt lengan pendek je. Tak ada la sejuk sgt. Lite2 je.. Hidung separa berhingus. D seblah kiri aku neh ade air nescafe. Baru nak bersarapan. Jam di kanan leptop aku neh pulak menunjukkan pukul 245ptg. Eh? Sarapan ke? Gagaga...

"Harini ini kan hari sabtu. cuti. leh la tido lame sket. esk ahad, dah nak kene g kelas. kene bgn awl..." Aku bermonolog sendirian :p

Tapi pagi ini aku mcm teringat kenangan aku g Nairobi. Mcm br semalam je aku br pegi Nairobi. Tau x Nairobi tu kt ane? Die kt Kenya. Kt Africa. Kalau nak tahu lebey lanjut. G tgk kt google earth ke. Ader la tuu.. Tak pun search sniri la..kiki


Masa aku nak g sane tu, sepanjang perjalanan aku, aku tido je. Mungkin pada masa itu aku sgt letey. Masa tu, yang ada dengan aku, Apek, Sumpit, Manan, Nasir, Yasir dan... Mcm tak ingt lak sape lagi sorg tu eh.. Tp sbnrnyer ramai masa tu. Kami ramai2 pegi Nairobi.

Sesedar aku je, aku da smpai da. Manan kejut aku, aku pun terus tersedar dari tiduran aku. Aku duduk kt bhgian belakang kereta. Tapi bukan kereta la. Truck pick-up tu. Aku tgk kt luar tingkap kereta tu, ader sebijik umah banglow besar. Warna putih. Pastu kedengaran suara hingar bingar kanak2. Sayup2 je dari jauh. Pastu ternampak pulak ader seorang makcik melayu keluar dari bangunan itu. Masa tu aku dlm kereta lagi. Tak larat nak keluar lagi. Pastu aku pun kuar laa. Sbb dak2 neh sumer dah salam2 makcik tu. Aku pun bajet nak kuar salam la jugak kan..

Pastu makcik tu pun menjemput masuk ke dalam bangunan itu. Rupa2nya bangunan itu adalah milik makcik itu. Dan makcik itu adalah mak nasir. Nasir neh mmg nak kene neh, die tak bgtaw pun itu rumah makcik die. Dan die ader pulak makcik kt nairobi. Haha.. Dlm pada masa yang sama, rumah penginapan itu adalah sekolah. Sebab itu ader terdengar bunyi riuh rendah sore kanak2 tuu.. Haizzz...

Selepas kami sumer dah dapat bilik penginapan sumer, aku pun ajak apek pegi tukar duit. Konon nnt senang la nak beli apa2 ke kan. Yg ader dgn aku masa tu duit Ringgit dengan duit Dinar je. Kat nairobi mn laku kan. Pergila aku keluar untuk carik exchange. Manakala yang lain sumer tinggal kt rumah itu saje.

Lepas aku tukar duit itu, perut amat lapa. Berbunyi2, on d way nak balik itu, aku terjumpe warong2 makan2 neh. Bentuk die sebijik mcm kt mesia. Warung minum yg beratapkan nipah je. tp mcm2 mknn ader. Best. Aku pun dengan xcited la nak try la nak beli2 sbb nak pakai duit Nairobi nehh.. Matawang nairobi pada masa tu adalah KESH. Tapi rege die sumer macam mahal2 je.. Starting duit die KESH100 tp die mcm singgit je la.. Bukan mcm rm100 tuu.. Aku pun order laa mee goreng mamak dengan air nescafe kot dengan harga KESH2500 = RM25 la tuu.. Mahal kn?huh

Masa nak bayar tuu.. Aku bg la duit yang aku br tukar tu dgn penuh riak 1x. Bajet mcm best la pakai duit Nairobi. Ttb pakcik tu tak terima. Sudah, pesal pulak neh? Die kater die pakai duit Malaysia jgk. Pulakkkk... Aku dah la dah tukar duit2 aku. Mn de duit mesia g dah. Aku confius gile. Apek lak, gelak2 kan je aku ms tu. Die pun bukan nak ckp. Ikuttt je aku g tukar duit.. Hampes asbestos! huh

Dalam kekalutan yang membingungkan aku tu, apek lak duk gelak2 lg kt luar. Aku dah tak taw nak buat apa. Ttb ada telefon berdering. Aik, bunyi telefon neh mcm biasa jee dengar. Bunyi mcm telefom dlm YM tuu... Aku pandang kiri kanan gelap je. Tak ada apa pun, aku selak sket slimut aku, tgk2 telefom YM Abu (rumet aku) yang berbunyi. Argh, aku bermimpi rupanya. Jam kt henset aku menunjukkan pukul 115 ptg. Berserta 3 msg Unread. Haha.. Fuh selamat. aku kt jordan lagi rupanya. Klu tak aku rasa mesti dah kene basuh pinggan kt kedai acik tuu.. Tp mcm best je g Nairobi.

Aku rasala kan, sbb aku asik baca brader neh punyer blog g Nairobi, itu pasal laa... Haha..Sekian Terima Kasih..


Seterusnya...

Friday, April 17, 2009

Semasa : Selamat Datang Adik Nik Nur Madihah

Assalamualaikum;

"Manusia Tidak Dicipta Ada Yang Bodoh Dan Ada Pula Yang Pandai. Akan Tetapi Semuanya Dicipta Dengan Berbeza Kepandaian Dan Kebolehan"


Ahlan Wasahlan, Selamat Datang saya alu-alukan kepada Adik Nur Madihah yang akhirnya memilih Jordan sebagai destinasi pengajian tingginya. Tidak terlewat agaknya untuk saya mengucapkan tahniah atas kejayaan yang anda memperolehi dlm peperiksaan SPM yang lalu. Semoga ilmu yang anda perolehi itu mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Membaca akhbar KOSMO! yang membuat liputan berkenaan dengan hajat adik Nur Madihah ingin melanjutkan pelajaran ke sini membuatkan saya rasa begitu senang dengan pilihan beliau. Bukan kerana saya juga belajar di Jordan dan bukan juga sebab nnt leh la saya usya die bile die dtg sini nnt, tapi sebenarnya pilihan anda itu membuktikan bahawa bidang Agama bukanlah pilihan yang terakhir selepas tiada bidang lain yang sesuai dengan kelulusan mahupun bidang low-class.

Maka pastinya, mencebiklah mulut2 orang yang masih buta dengan bidang agama ini dengan pilihan adik Nur Madihah ini yang mahu menaja beliau ke UK dalam bidang fizik seperti yang dicita-citakan oleh beliau. Lebih teruk lagi jika ada yang mengatakan, "Kenapa pilih bidang agama? tak ada future laaa. Balik nnt jadi ustazah je".


Sebenarnya ungkapan-ungkapan seperti itu seringkali saya dengari sendiri dari mulut-mulut orang yang tidak ada future di dunia dan di akhirat. Mereka hanya berfikir tentang dunia sahaja. Mereka mungkin tidak pernah terfikir akan mati. Jika mereka mati, siapa yang akan menguruskan jenazah mereka? Kita pergi yg lebih mudah, jika mereka mengalami musibah dengan bidang yang ada future itu, kepada siapa harus meminta tolong jika mereka tiada pegangan agama? Siapa yang mahu ajar anak2 mereka mengaji al-Quran, mendoakan mereka bila mereka sudah mati nnt? Dengan agamalah manusia itu boleh berjaya.

Bukan hendak menidakkan sesetengah orang yang bukan dari jurusan agama itu tidak boleh berckp psl agama. Kebyakkannya orang bukan dari aliran agama ini lebih hebat ilmu agamaya dari yang mempelajari ilmu agama bertahun2 ini. Mmg banyak contoh2 yang boleh kita lihat pada harini, bahawa orang yang dtg bukan dari aliran agama amat hebat ilmunya. Pelajar dari aliran agama ini lah yang banyak masalah. Kes itu ini. Tercicir. Tetapi ini semua berbalik kepada konsep rezeki dan konsep qada dan qadar ketentuan dan Allah. Mungkin Allah ingin menguji kesabaran ahli agama dengan ujian yang sedemikian rupa, dan mungkin jua Allah ingin melihat sejauh mana ilmu bukan aliran agama boleh bertahan jika tidak berlandaskan dengan agama. Ilmu duniawi memberi kesenangan di dunia. Ilmu agama memberi kesenangan di akhirat. Akan tetapi, jika ilmu duniawi itu bergabung dengan ilmu agama maka mudahlah urusan di dunia dan di akhirat.

Orang bukan aliran agama, bersungguh-sungguh untuk mendapatkan agama. Oleh kerana itu ilmu mereka amat hebat. Sebab mereka mencari. Bukan menunggu ataupun hanya menadah, mengaga mulut untuk di suap satu persatu. Pelajar beraliran agama ini, mereka hanya tahu fikir mudah. Ilmu ada di kiri dan di kanan, tinggal hendak dicedok je. Bila-bila pun boleh. Sebab itu mereka ni biasa jee. Mereka fikir esok masih ada ataupun lambat lagi untuk balik Malaysia. Bile esok dah nak balik Malaysia, br sumer nak menyesal. Ini bukan saya ckp orang lain, saya cakap dgn diri sendiri sebnrnya. Sudah 3kali saya pulang ke Malaysia atas tiket bercuti. Bila smpi di Malaysia, saya amat merasakan bahawa seolah tidak cukup bekalan ilmu yang sepatutnya saya dapati di sini untuk dihidangkan kepada orang-orang di Malaysia. Tapi bile balik sini smula. LUPA!

Akan tetapi, apa-apa pun, itu semua ilmu Allah. Tak kira la ilmu fizik ke, ilmu agama. Sepanjang ia bergelar ilmu. Itu semua milik Allah. Malah semua di Dunia ini milik Allah. Manusia tak layak untuk berbangga dengan kemajuan, kemodenan, ketamadunan bangsa itu kerana itu semua milik Allah. Manusia itu juga milik Allah. Allah jua yang memberikan kesemua kemodenan, kemajuan ketamadunan bangsa semata-mata untuk menguji hambaNya agar reti bersyukur. Kita sesama manusia ini perlu saling ingt mengingati. Sbb itu klu sblm belajar kita di galakkan untuk berdoa akan di permudahkan kefahaman serta di permudahkan untuk menerima ilmu itu dan mendapat keberkatan.

Ilmu boleh dtg dan pergi. Jika kita menuntut, dia boleh dtg. Jika kita melupainya, dia akan pergi. Ilmu perlukan praktikal. Jika hanya mempelajari teori, samalah seperti menulis di atas air.

Jika adik Madihah membaca entry ini, sila la rujuk entry ini dan ini sebagai rujukan sblm anda ke sini agar tidak terkejut dengan budaya di sini kelak. Selamat datang sekali lagi sya ucapakan, saya amat mengalu2kan kedtgn anda di sini kelak!




Seterusnya...

Thursday, April 16, 2009

Semasa : Terima Kasih Encik Blink2 & Encik Merah



Entry ini ku tujukan khas tuk Encik Blink2 dan Encik Merah kerana berjaya untuk kesekian kalinya menghalang makhluk yang cuba untuk jadi ahli rumah aku yg baru.

TERIMA KASIH SEKALI LAGI DARI KAMI SERUMAH!

Sila lawati blog beliau di : http://theqing.blogspot.com/


Seterusnya...

Wednesday, April 15, 2009

Semasa : Fenomena Cuaca Sekarang

Assalamualaikum;

Jordan -
Pihak Hospital melaporkan pertambahan jumlah pesakit yang dtg ke Hospital untuk mendapatkan rawatan bantuan pernafasan akibat daripada fenomena cuaca yang diberi nama KHAMSINI skrg ini.

Kenaikan lebih dari 50% itu amat membimbangkan pihak hospital.

Pakar kesihatan menasihatkan kepada semua agar mengambil langkah2 yang cermat sepanjang fenomena cuaca skrg ini.

Lebey2 lagi kepada kanak2 dan remaja kerana sistem imunisasi badan masih belum berfungsi dengan baik. sebagai langkah keselamatan, anda di nasihatkan untuk kerap membasuh tangan dan muka dengan mengguna sabun. Untuk masa skrg neh, membasuh pinggan di dapur adalah perbuatan yang amat baik.


Pihak pakar kesihatan juga menasihatkan bagi pemakai2 kanta lekap agar mengelakkan pemakaian kanta lekap sepanjang fenomena ini. Pemakaian cermin mata hitam yang boleh menahan pahanan matahari dan sinar UV juga amat digalakkan.

Sape2 yang rasa die ada terkesan dengan fenomena ini diharap agar berjumpa dengan pihak berkenaan dengan kadar segera. Elakkan untuk keluar dari umah. duk umah diam2 sbb nnt debu-debu dan pasir2 sumer anda sedut

Kalau nak sewa kreta pulak. baik2 bawak tu sbb jarak penglihatan amat kurang.

Fenomena ini akan berterusan seluruh Jordan spnjg bulan.

KHAMSINI ini berasal dari perkataan arab "khamsun" yang bermaksud 50. terjadi setiap kali dalam jangka masa 50 hari.

Cuaca d ramalkan sejuk2. boleh jadi hujan jugak dlm suhu 16c paling tinggi. 7c paling rendah pada waktu malam.

Cuaca dijangka akan stabil pada hari sabtu nnt.

Bugun Hava Nasil? ahakzzz... Sumber


Seterusnya...

Sunday, April 12, 2009

Pendapat : Manusia Boleh Berubah

Assalamualaikum;


Gambar Kenangan Dengan Ustaz Mohd Azmil bin Dato' Mustapha a.k.a Ali Setan sempena Majlis Seminar Dakwah Islamiyah @Mafraq


Kagum betul saya melihat perubahan manusia. Sangat mengagumkan lagi bile perubahan itu ke arah yang lebih positif. Manusia boleh berubah. Dari sesuatu ke sesuatu. Dari baik jadi jahat. Dari jahat jadi baik. Dari elok-elok bercinta bagai nak rak, melafazkan kata setia cinta, kepada caci maki hamun kutuk mengutuk, fitnah menfitnah. Mula-mula kata A kemudia kata B pulak. Manusia boleh berubah-rubah. Macam-macam perubahan yang boleh kita lihat yang terjadi kepada manusia. Ada jugak yang berubah dari sudut dalaman, tak kurang dari sudut luaran, dari gemok nak kurus, dari kurus nak gemok. Semuanya atas kemahuan dan kehendak diri itu sendiri sebenarnya. Dia sendiri yang mencorakkan diri dia yang sebenarnya. Seperti firman Allah SWT dalam kitabNya, dalam surah ar ra3du, 11 : 13 yang membawa erti : Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri.


Kita sama sekali tidak boleh serahkan kepada keadaan, takdir, alam sekeliling dan nasib untuk berubah. Akan tetapi dengan usaha yang begitu gigih, azam serta fokus kita kepada matlamat itu menjadi titik penentu keberjayaan untuk berubah itu. Sebagai contoh paling mudah, berazam untuk berhenti daripada merokok. Sepatutnya, kita kene setkan dalam minda kita, TAK NAK MEROKOK, caranya dengan menjauhi segala benda yang berkaitan dengan ROKOK dan fokus kepada matlamat untuk berhenti merokok. Janji pada diri, tegaskan dalam diri untuk tidak merokok lagi mahupun yang melihat apa-apa sahaja yang berkaitan dengan rokok itu. Contoh ini boleh dikaitkan dengan bende-bende lain yang kita ingin ubahkan itu.

AKAN TETAPI, KALAU BERCAKAP, MENAIP, MEMBERI NASIHAT ITU MEMANG MUDAH. Orang yang tidak merasai perkara itu dengan sebelah mata boleh berkata-kata tanpa melihat kepada si pelaku itu. Melalui saat-saat perubahan itu sangatlah perit. Berlawan dengan diri sendiri. Seperti berjihad di medan perang. Persediaan kene cukup mantap. Dari segi mental, fizikal dan rohani. Paling penting rohani itu. Jika rohani itu masih lemah, maka amat sukar untuk berubah secara keseluruhannya. Sebagai contoh lain pulak, bagi yang dah biasa minum arak ke, berzina ke. Bila mana mereka tidak mendapat bende2 itu, pastinya akan teringat2, lebeh teruk klu smpai tahap mengigil ke dek kerana nakkan bende itu.

Orang sekeliling juga memainkan faktor yang penting, kadang-kadang terus menyalahkan si pelaku atas kelakuan mereka itu. Terus menghukum tanpa memahami keadaan si pelaku apa tah lagi menyelami perasaan si pelaku. Si pelaku memang mempunyai perasaan yang amat kuat untuk berubah, akan tetapi cemuhan serta penerimaan masyarakat terhadap si pelaku itu kadang-kadang membuatkan si pelaku hilang semangat dan berputus asa untuk berubah. Tambahan lagi jika wujud komplot memulau serta mengumpat si pelaku akan menyebabkan si pelaku rasa sangat tersisih.

SEPATUTNYA, Masyarakat sekeliling kene support, membimbing si pelaku untuk menjadi lebih baik. Bukan hanya menyalahkan. Itu adalah tindakan yang salah!

Berbalik pada cerita Ali Setan itu, perubahan yang amat ketara dirinya itu. Sangat kagum. Beliau menceritakan saat mendapat kemanisan iman itu. Sungguh menyedihkan. Kerana bukan semua orang boleh merasai akan kemanisan iman itu.

Apa yang penting disini adalah hubungan kita dengan Allah itu. Berdoa untuk menjadi lebih baik dari sekarang kerana Dia sahajalah yang dapat membantu kita untuk menjadi umatnya yang terbaik di kalangan yang terbaik.

Wallahu'alam~


Seterusnya...

Saturday, April 11, 2009

Inspirasi : Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary


Assalamualaikum;

Selepas membaca di sini dan di sini, terus membuatkan sya tak mahu tangguh lagi untuk menulis berkenaan dengan tokoh idola saya selepas yang ini dan yang ini. Tinggal lagi 1 tokoh yang saya ckp nak tulih, tp lom tertulih lagi. Itu akan menyusul kemudian ye tuan2.

2 entry yang saya baca itu, kandungan die lebey kurang je, 50 perkara yang anda perlu tahu berkenaan dengan Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary. Untuk entry saya pulak kalini, takkan nak tulis itu lagi kan? Saya nak tulih, ada apa pada Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary?

First thing yang anda kene tahu;


Siapa beliau?

Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Menurut majalah Malaysian Business beliau mempunyai harta bernilai RM2.93 billion pada 2005 seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005.

Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951 Beliau memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970.

Apa Ada Pada Dia neh?

Beliau ada Yayasan sendiri. Dinamakan Yayasan alBukhary. Melalui yayasan yang ditubuhkan ini, beliau byk terlibat dengan kerja2 amal terutamanya sekitar Kedah dan Perak. Beliau jugak yang menguruskan Muzium Kesenian Islam yang terletak di Kuala Lumpur.

Beliau ada, Masjid. Setakat ini beliau ada membina 2 buah masjid yang terletak di Kuala Lumpur dan di Alor Star, Kedah.

Masjid Di kt kedah [Sumber]

Masjid ke kt KL [Sumber]



Beliau merupakan pemilik Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun.

Beliau bakal ada Universiti yang dinamakan al-Bukhary International University

Beliau ada FaceBook [boleh click]

Beliau ada Pusat Dialysis yang beroperasi secara PERCUMA

Beliau ada Tanah Perkuburan alBukhary yang terletak kat Alor Star

Sebahagian bende yang beliau ada melalui penyelidikan saya. Mungkin ada lagi bende2 yang beliau ada tapi saya tak tahu. Sebahagian ini pun dah WOW! Belum yang saya tak tahu lagi. Mesti lagi ++++WOW! Huh!

Kenapa minat sgt dengan beliau?

Permulaan kehidupan beliau yang begitu ssh dan kini berjaya atas hasil usaha die sendiri. Pastu dah kaya, tak lupa kepada org sekeliling. Semuanya bukan untuk makan sendiri. Tapi untuk semua org.

Jadi mcm die sgt best. Saya balik Malaysia nnt, Business. Sambil2 itu buat kerja amal. Nak jadi mcm die jugak!


Seterusnya...

Diskusi : Jom Pergi India

Assalamualaikum;

Ingt tadi mcm nak tido da. Sbb ttb je internet umah saya ini buat hal la pulak. Xleh nak connect. Sian kt org itu duk tgu2. Tp nak wt cne. Die ckp white flag in d air. Die dah xlarat. So, sy pun suh je la die tido dulu. Neh dah leh cnnect lak. Tak taw nak wt pe, boring2 neh.. sy tulih la sket2.. Nak tido mcm awl lagi la plak. Lagipun esk cuti. Tido lewat sket la kan... Skrg neh br kul 235pagi klu ikut jam kt leptop sy neh..

Bertemankan lagu2 instrumental yg dah bertahun2 bertapak dalm kmputer sy neh. Byk mlm2 sy bertemankan lagu2 instrumental ini yang diberi oleh saudari Azlie. Sgt menyentuh perasaan lagu2 gini. Chup2! Apa semua neh? Xde kene mengena dengan tajuk! Balik smula balik..

TajMahal [Sumber]

Ok, sape kat sini dah pegi India? Angkat tangan! Mcm tingin la nak pegi India. Ntahla, tak taw kenapa INDIA. Seluas2 bumi Allah neh India jugak rasa mcm nak pegi. Tapi mcm terkesan dengan cite Slum dog Millionaire tu pun de gak.Mcm best jeee g TajMahal sumer itu. Pengaruh cerita! Tak pun sbb melihat permandangan dari udara semasa on the way dari Malaysia ke sini. Lalu kt ruang udara India. Huh, Tapiiiii, klu sy nak g.. Sape nak ikot? Nasir.. jom pegi! Ngeeeee...


Ada beberapa faktor la jugak sbnrnyer menjadi penyebab saya mcm nakk je pegi ke India berbanding ke negara Eropah ketika ini. Sbb rata2 budak2 sini la kan, sumer nak g UK. Tp sya mcm... ntah. bek g India. haha

Untuk pertama2nya.
. Mesti la sbb nak melihat kebesaran Allah SWT. Ahakz. Bile kita byk berjalan, kita akan lebih byk mengenali manusia dan lebih mendekati kepada Penciptanya. Sebabnya, kita akan merasakan bahawa terlalu terbatas pengetahuan manusia ini sehinggakan pastinya kita akan menemui sesuatu yang baru sepanjang pengembaraan kita itu nnt. Kat situ kita akan menyedari bahawa betapa agungnya yang mencipta itu. Subhanallah... :D

Keduanya, untuk melihat serta mengenali sendiri, keadaan sesuatu tempt itu dan melihat sendiri binaan2 melalui kepakaran manusia membina sesuatu ketamadunan manusia bagi memajukan bangsa masing2. Selama ini kita sering melihat melalui television mahupun cerita dari pengalaman-pengalaman individu, why not kite g sniri dan alami sendiri kan?

Gate of India [Sumber]

Ketiga,
Nak kumpul koleksi menjejaki ke tujuh-tujuh ajaib dunia. Skrg neh saya dah pergi dua, Pyramid dengan Petra kat Jordan neh, klu g India, leh g TajMahal. Dah tiga daa.. ahakz

Keempat, Nak penuhkan kan cop2 dalm passport supaya bila sblm tamat tempoh nnt, passport itu penuh dengan cop2 merata negara. tak ada lah membazir kan muka surat kan?..ngeeeeee

Bagi menaikkan lagi nafsu saya untuk ke India ini, saya ader la search2 video2 promosi ala2 Visit Malaysia. Tapi untuk mempromosikan India, mereka menamakan promosi diorg ini dengan Incredible India. kalau rajen tgk la. Dlm video2 mcm neh, sah2 la kan, semuanya nampak mcm seolah2 begitu sempurna. Mcm tiada cacat celanya.. Semuanya lawa-lawa belaka.. Padahal, smpai2 je sana sumer sampah!



Tengok lah, ini baru berangan je neh sbnrnyer. Pesan seorang makcik ini kat saya, die kater, kalau kita nakkan sesuatu minta dengan Allah. InsyaAllah Allah akan tolong kita. Seketika saya sempat chatting dengan makcik itu. Byk sgt input saya dpt daripada beliau. Terima Kasih Makcik. Happy Anniversary tuk makcik dan pakcik.

Jika ada sape2 penah g India, bgtaw laa... Nak g la India.. Nasir? haha

Btw, tuk perancangan terdekat ini, iaitu dalam bulan6 neh, berhajat nak pergi umrah dulu. Akan tetapi seakan terdapat kesulitan yang saya hadapi untuk merealisasikan niat saya itu. Saya nak doakan tuk mak saya, kuarga saya di sana nnt. Tahu kan mak saya sedang sakit? Ya Allah, Permudahkan Urusanku untuk menyahut seruanMu! Selamat Malam wahai penduduk bumi!


Seterusnya...

Thursday, April 9, 2009

Agama : AqimSalatak.Com

Assalamualaikum;

Malam ini aku rasa mcm nak....... tapi tak taw ape yang aku mahukan itu. Mcm nak makan burger ader. Mcm nak g jln2 pun ader... Tp da dlm slimut. Malasnyer nak kuar. Cuaca di luar mcm sejuk2 genting lagi ye tuan2.. Tu yang mcm malas tu, tapi ikut hati, nak je. PENING!

Untuk Short entry@fast hapdet neh, aku nak tunjuk kat korg, aku rs korg pun mcm da penah tgk iklan neh. Lame da.. Hari2 ader kt sini taw. Tunjuk kt tv. Tp bg umah yg ader tv je la mcm umah aku neh.. ngeh3.. Tp kt mesia belum ada lagi nampak iklan2 gini. Bileeee laaaaa mesia nak ada iklan2 gini... Ni yg rasa nak jd PM neh..




Kalau main internet itu.. Agak2 laa. Ini sampai dah berakar dah punggung kt kerusi itu..



Bile bermain pun ingat laaa...



Utamakan solat sblm bnde2 lain..



Kalau ader majlis2 pun solat jgn diringan2kan...

Byk je lagi iklan2 pesanan khidmat masyarakat kt TV area2 sini... Sgt bgs. Dari asik2 iklan suruh afundi itu ini.. Sgt buang masa.. Nak tahu lebih lanjut, g carik sniri kt utube, type aqimsalatak tak pun g saje kt web mereka aqimsalatak.com

sekian..V.I.C.O..Veeeko!


Seterusnya...

Tuesday, April 7, 2009

Agama : Jangan Jadi Orang Islam Yang Dibenci

Assalamualaikum;

"Orang kata, penampilan kita melambangkan identiti kita. Akan tetapi, sebenarnya, penampilan kita itu menghalangkan orang melihat identiti kita"

Kredit tuk En. Pali di atas kata2 ini. Tp ini edited tuk tatapan blog ini. ngeh!


Baru2 ini, [sbnrnyer tak ada la baru sgt. Lame jugak da la, tapi baru sekarang ini terpanggil untuk menulis..lame da jugak rasa nak menulis, tapi kan br lepas bercuti] Saya ade mendengar tazkirah ringkas dari seorg sister gereja yang baru sahaja memeluk agama Islam setelah bertahun2 mencari hidayah demi mencari kebenaran hidup dan kebahagian di dunia dan di akhirat. Ex-sister itu kini menuntut di Universiti saya di sini dalam tahun 1. Melihat kepada beliau, terus mengingatkan saya akan Ustaz Farid Ravi bin Abdullah yang mana sekarang ini sgt tersohor akan kepetahan serta ilmu beliau yang sgt mengatasi umat Islam yang dah Islam dari kecik neh. Mungkin 1 hari ex-sister itu tadi bakal menggegarkan dunia Islam Malaysia khususnya dan amnya untuk sekelian umat Islam bisik hati kecil saya.

Cerita yang panjang lebar dalam keadaan majlis yang sederhana tetapi meriah dan bermakna, penuh dengan input2 yang disulami pula dengan muhasabah bagi orang-orang yang sudah sedia Islam sejak dari kecil ini, amat memberikan kesan yang mendalam bagi diri saya terutamanya. Pesan akak itu yang paling saya ingt, "JANGANLAH KAMU SEMUA JADI UMAT ISLAM YANG DIBENCI". Maksudnya, janganlah kamu menjadi sebab orang bukan Islam membenci Islam.



Dalam tazkirah ringkas tetapi padat itu akak itu memberitahu :
  1. Kebanyakkan org bukan Islam menjadi tawar hati kepada Islam kerana sikap orang Islam itu sendiri langsung tidak menggambarkan keindahan Islam yang sebenar seperti yang dianjurkan oleh Islam itu sendiri. Hanya mengaku sudah cukup arif dalam Islam, akan tetapi langsung tidak pernah untuk mempraktikkan serta memikirkan cara untuk menarik minat orang bukan Islam untuk memeluk Islam. Bagaimana orang bukan Islam hendak tertarik dengan Islam jika perangai orang Islam itu sama seperti orang bukan Islam kelas bawahan? Sedangkan orang bukan Islam berhempas pulas memikirkan bagaimana untuk menhancurkan Islam ini. Orang Islam sangat leka.
  2. Orang Islam tidak memberi peluang kepada orang bukan Islam berdialog, berbincang tentang perbandingan agama akan tetapi terus menghukum orang bukan Islam itu dengan hukuman yang dasyat seolah-olah Islam itu tidak mengamalkan sifat keterbukaan.
  3. Sikap umat Islam yang perasan diri mereka sangat bagus, sudah memeluk Islam sejak dari kecil kononyer, lebih baik dari mereka yang baru memeluk Islam lantas tidak memberi peluang untuk tampil dalam situasi-situasi tertentu kerana dikhuatiri akan menjejaskan aqidah umat Islam yang sedia ada ini. Hal ini membuatkan berjuta-juta orang bukan Islam berasa sangat takut dengan Islam kerana mereka takut mereka akan diperlakukan sedemikian rupa juga kelak. Mereka seolah-olah tidak boleh berada di dalam kelompok cerdik pandai agama ini atas alasan ilmu agama mereka sangat cetek. Tidakkah kita terfikir, diantara kita yang sekadar menadah tangan menunggu Islam itu datang dengan orang yang mencari Islam itu, siapa yang lebih bagus?
  4. Orang Islam sangat tidak mengalu-ngalukan kehadiran orang bukan Islam malahan orang yang baru memeluk Islam. Kebanyakkan mereka memulau, tidak ambil peduli dan mencemuh orang-orang seperti ini. Sepatutnya kita sebagai umat Islam warisan ini mengajak, membimbing, memberi petunjuk ajar dan menerangkan kepada mereka berkenaan Islam ini agar mereka benar-benar faham akan Islam dari orang Islam yang sudah lame neh.
  5. Orang Islam sukar untuk menerima kritikan dari orang lain. Sedangkan kritikan itu amat diperlukan bagi membaiki kelemahan umat Islam di mata orang bukan Islam. Agar orang bukan Islam melihat kekuatan dalam Islam itu. Kita tidak boleh melihat kesalahan diri kita TANPA teguran dari orang lain. Jika di belakang anda terpalit akan najis di baju anda, adakah anda boleh melihat dengan mata anda sendiri? Sudah tentu dengan bantuan orang lain untuk membersihkan palitan najis itu. Kalaula tiada orang yang memberitahu, sampai ke rumahlah anda membawa najis itu.
Point paling penting yang saya ingat adalah "JANGANLAH KITA MENJADI UMAT ISLAM YANG DIBENCI, DI SEBABKAN KITA, ORANG YANG INGIN MEMELUK ISLAM TERBANTUT HAJATNYA, LAGI MENYEDIHKAN BILA DISEBABKAN KITA, ORANG YANG SUDAH ISLAM ATAUPUN BARU MEMELUK ISLAM, MURTAD!" Ini semua di sebabkan sikap kita seperti yang dinyatakan kt atas.

SEHARUSNYA, kita yang telah di kurniakan akal fikiran ini boleh berfikir mana yang baik, mana yang tidak. Lagi2, yang menduduki kursus sijil IJAZAH pengajian Islam. Jika khuatir akan terpesongnya aqidah kita akibat dek ceramah dari saudara baru memeluk Islam, muhasabah kembali diri kita, sejauh mana pengkajian kita dalam Islam kita ini. Sejauh mana keberpegangan kita dengan tali Allah. Sudah sampai di tahap manakah? Kita tidak perlu risau jika hubungan kita dengan Allah sangat baik dan kita tidak juga perlu risau jika kita tidak meletakkan sikap buruk sangka kepada orang lain. Bagaimana hendak berhadapan dengan berjuta-juta lagi saudara baru yang memeluk Islam di Malaysia nanti sedangkan yang satu ini pun tidak dapat nak tangani. INGATLAH, jika mereka kembali kepada agama asal mereka disebabkan oleh kita.. Tunggu saja perhitungan diSana kelak!


Seterusnya...

Sunday, April 5, 2009

Semasa : Gym Oh Gym!

Assalamualaikum;


HAYY DHUBAT - Seminggu Dua Minggu Neh,
Kelihatan ramai dak2 mesia yang berpusu2 memenuhi gym2 kat balad hampir setiap malam sebagai usaha mereka untuk menguruskan badan mereka yang berlemak2 itu. Kiki.. Kata seorg dari dak Mesia neh, ketika saya terserempak dengan beliau semasa saya hendak ke kelas pagi tadi "Weh, kurus tak aku? Aku da g gym seminggu lebey da neh. Ramai org kater aku da kurus" Lalu dgn tenang je saya menjawab "TAK, GEMOK!" Identiti mereka terpaksa dirahsiakan atas alasan keselamatan. haha

UNTUK PERHATIAN YANG TAK TERLIBAT, sebenarnya, tmpat saya ini dilanda masalah kegemukan yang serius! Semua org dtg sini terkesan dengan masalah ini. Saya juga tidak terlepas dari keadaan ini. Budak2 baru yang baru sampai pun juga menunjukkan peratus peningkatan lemak dalam badan yang memberansangkan. Tahniah untuk kalian! Haha...

Sepanjang pemerhatian penulis, TIDAK ADA PERUBAHAN LAGI yg berlaku kepada ahli2 gym itu ye tuan2. Yang ada pun, mengadu sakit2 otot.. Itu mungkin kesan awal sbb baru 2-3x ataw pun paling byk seminggu laa menjalani latihan, memang la tak nmpk perubahan lagi kan? kiki.. Tapi cmne nak nampak perubahan kalau balik je dari latihan gym itu, pastu makan setalam byknyer bukan sepinggan yer SETALAM@SEDULANG.. Tiada makna semua usaha anda itu. Makanan yang anda makan itu dah cover melebihi tempoh gym yang anda lakukan. Lebey2 lagi bile anda waktu malam itu ye tuan2...

Lagipun...

Sejarah telah pun membuktikan bahawa ahli2 gym yang terdahulu SEMUANYA tidak bertahan dengan rutin harian yang disediakan oleh pihak pelatih gym. Paling lama yang aku penah tgk punnnn.... adaaaa laaaaa.... 3minggu kot... itu pun dlm tempoh 3minggu itu, byk skip@ponteng latihan. Pastu pas gym, makan tak hengat. Ada jugak yang bajet makan tomato je setiap hari.. Ada jugak yang No food after six laaa.. Beli sendiri alatan sit-up. Bajet leh sit-up laa setiap hari.. Sampai berabuk da bende itu.. Haha.. Tapi harammm.. Tiada perubahan yer...

Lagi menggelikan hati bile ada juga yang sanggup membeli pil2 supplement, mcm pil2 protien dan ntah pil2 ape ntah bajet leh berjaya la dengan bantuan pil2 itu.. BERANGAN la korang sumer ye tuan2..

Tapi Alhamdulillah laaaa kannnn, at least ada juga usahakan? dari aku yg dok umah neh saje, kekal dengan diet sihat aku. haha.. Pelbagai cara yang anda usahakan. Bagus la.. yang penting usaha itu. 1% is better than nothing. aku pun tgh berusah la neh.. tp dari rumah saje.. kiki...

Saya bukanla nak condemn aktiviti sihat ini. Sgt bgs aktiviti ini WALAWPUN saya tak join. Tapi sy ader skill tersendiri untuk menguruskan badan saya ini yer tuan2.. HAHA.. So, kite tgk cara mn yg lebih berkesan. kiki. Lagi 1, saya bukan lah ingin mencabar anda atawpun melemahkan semangat anda, tapi saya sekadar untuk berkempen kepada sahabat2 yang lain agar mengamalkan hidup yang sihat demi masa depan yang sihat. Jangan bile dah berlemak2 itu, br lah nak menyesal mcm ahli2 gym itu. Saya? biase jeeeee.... Ok la neh saya skrg neh.. Hahaha

Akher kater, slmt berjaya kepada ahli2 gym semua. Kita tgk sape yang kurus dulu, KALAU la anda berjaya nnt, aku dengan tak taw malunyer akan join aktiviti korng jgk. Tak kesah la nak ckp pe pun... haha... Selamat mengamalkan hidup yang sihat untuk semua! Hidup Gym! Kiki


Seterusnya...

Saturday, April 4, 2009

MyWay : R.E.A.C.T.I.V.A.T.E

Assalamualaikum..


Hampir seminggu aku bercuti dari menulis apa2 dalam blog aku neh. tapi acap kali juga aku ziarah2. buang2 habuk yg ader. wlwpun sbnrnyer skrg neh aku xtaw nak tulih ape pun. hanya menggerakkan jari jemari aku neh untuk menulis pe2 yg ptt kt dlm neh.

Apa yang aku buat sepanjang minggu ini?

Tak ader pe yg menarik pun ekceli. sekadar memerhati keadaan je...bile dah bercuti neh, mcm malas je plk nak hapdet2 balek neh. tgk la..kumpul smgt balik. nnt aku try tulih balik.

xapalah..tak taw nak tulih pe.esk nak g kelas..tabah!


Seterusnya...

  ©:: MyWay [v2.2] ::. Template by Dicas Blogger.

TOPO