Sunday, March 8, 2009

Kembara : Amman

Assalamualaikum;

Pagi smlm cuaca agak sejuk. Memandangkan hari sabtu adalah hari cuti, saya mengambil peluang itu untuk pergi ke Amman atas urusan perniagaan saya. Tapi sambil2 tu saya jalan2 la menikmati dengan sepenuh jiwa dan raga saya ibu negara Jordan ini iaitu Amman agar saya tidak menyesal kemudian hari apabila saya telah tamat pengajian saya nnt, dan pulang ke Malaysia kelak.

[INFO AMMAN]

  • Merupakan ibu negara The Hashemite Kingdom of Jordan.
  • Terletak lebey kurang 1jam dari tempat aku neh - Mafraq
  • Sebuah bandar yang aman, terancang, masih mempunyai nilai2 sejarah yang jelas dan sgt seronok untuk dilawati [ni apa yang aku rasa laaa. kiki]


Ok, saya memulakan perjalanan saya seawal 11pagi dengan menaiki bus ala2 ekspress SKS [Seremban - Kuala Lumpur - Seremban] tapi tidak lah seperti itu. Die hanyalah sekadar bas2 yang dah rosak kat Malaysia, tapi masih boleh digunakan lagi, maka dihantar ke sini untuk menjadi pengangkutan utama penduduk yang berhajat untuk ke Amman mahupun sebaliknya. Memandangkan sini tak ada perkhidmatan tren komuter dan sebagainya, memang terpaksalah naik bus neh dengan tambang sebanyak JD 0.800 [RM4.24]

Selepas itu apa yang terjadi pada saya?




Sepanjang perjlnn saya yang mengambil masa 1jam itu, tiada lah pemandangan yang best2 melainkan padang pasir yang terbentang luas. Sesekali ternampak anak puting beling pasir yang berlari2 anak mengikut arah angin.

Sesampai di Amman bahang musim panas mula terasa. Saya menanggalkan sweater yg saya pakai dek suhu yang agak sejuk pagi tadi. Lantas saya terus menuju ke Masjid yang berdekatan kerana waktu zohor telah pun masuk.

Setelah itu, saya terus mendapatkan taxi menuju ke pusat bandar. Seperjalanan menuju tempat yang saya nak tuju tu, saya melalui...

Istana Negara - Neh gerbang istana negara ni. Sgt tak lawa! haha

Rumah rakyat di lereng2 bukit.

Bank Negara Jordan

Lepas tu, saya pun smpi ke tmpt saya tu, saya wat keje saya jap. Pas settle tu, baru la jalan2 shopping2. Haha. Sempena Maulidur Rasul yang bakal menjelma. Takkan raya je beli baru baru kan. Maulidur Rasul pun kene la beli baju baru jua. Ni untu membeli jubah gaya Emirates. Tuk menghidupkan sunnah Nabi.

Kat city center die neh, kire tmpt jual barang2 murah2 la..

Kedai ini biasanya budak2 Malaysia akan dtg sini bile nak balik Malaysia untuk membeli cenderamata dari Jordan untuk di bawa pulang ke Malaysia untuk sanak saudara mahupun rakan dan taulan..

Bile penat berjalan, anda boleh menikmati jus segar. Buah2an di sini mengikut musim. Pada musim panas ini, biasanya sgt tak sabar untuk minum jus tembikai susu..

Pastu berenti lagi kat masjid lama yang terletak di tengah2 pusat bandar ini. Sgt bersejarah masjid ini kerana di rasmikan oleh Raja Jordan. [Bersejarah kah mcm itu?] Kat Area2 neh la saya beli2 jubah itu semua.

Selepas itu, saya berhenti makan tenghari seketika walapun sudah lewat petang.

Sebagai buah tangan saya dari Amman, saya membeli stengah kilo kacang dan juga kismis dari kedai ini yang sememangnya sgt masyhur dengan kacangnya yang sgt sedap. Harganya juga boleh tahan laaa..

Selepas itu, hari sudah petang. Bas untuk kembali ke tempat saya tamat selepas maghrib. So, saya pun bergegas untuk pulang ke rumah. Sementara saya tunggu bas dari pusat bandar ke stesen bas, ada seorg polis sgt asyik membalas msg aweknya. Lalu saya senyap2 amek gambar die sbb saya sgt kagum dgn topi polis itu. Nampak tak? ada tanduk. Dari saya mula2 menjejakkan kaki saya di sini saya ingin bergambar dgn polis. Tp undang2 tidak benarkan. Tu yang amek gmbr senyap2 saje.

Selepas itu saya pulang dgn hati yang gembira. Walaupun sedikit penat. Tapi saya sgt puas berjalan dan menikmati Bandaraya Amman pada hari itu.

*Pengembaraan ini adalah berseorangan yer tuan2.. mcm g Dubai ritu.. Sorang jua.. haha


2 Orang Berani Mati:

farish izaryl @izreez said...

cm cntek je umah deret2 tu kan ahnaf

anap_ilmi said...

mcm dlm cite slumdog millionair..mcm je la..tp sini mcm sepah sket..huhu

  ©:: MyWay [v2.2] ::. Template by Dicas Blogger.

TOPO