Wednesday, March 25, 2009

Agama : Kenapa Orang Islam Tidak Boleh Keluar Dari Islam?

Assalamualaikum;

Dalam banyak2 tajuk yang aku pernah buat, aku rasa inilah tajuk yang paling panjang sekali!

Topic ini dikirimkan oleh Saudara Fawzul yang telah bertemu dengan seorg non-muslim pada suatu petang lantas bertanyakan berkenaan dengan hal-hal yang sedemikian kepadanya. Soalan-soalan yang diajukan oleh non-muslim berkenaan sgtlah mencabar sehinggakan saya terpaksa mengambil kira pandangan org yang lebih arif daripada saya untuk membincangkan hal ini.

Soalan-soalan non-muslim itu adalah :-



1. Why at Indonesia muslim there can simply change their religion?

Malaysia mengamalkan prinsip dan undang2 islam yang kuat, selaras dengan undang2 yg ditetapkan dlm islam. Lagipun sbb agama islam sbg agama rasmi Malaysia. Sebab itu undang2 Malaysia melarang muslim change their religon sbb dlm undang Islam sendiri tidak membenarkan umatnya menukar agama. So, Malaysia juz follow d rules. Sebaliknya Indonesia bukanlah negara yang mengamalkn prinsip2 dan undang2 agama yang kuat seperti Malaysia. Walaupun kt sane agama rasmi, agama islam. Islam di sana hanya gah dengan bilangan umat yang ramai, tapi tidak pada undang2nya.

2. Bukan hidup ini kita bole memilih jalan hidup kita sendiri?
Kita boleh memilih jalan hidup sendiri tetapi mestilah berlandaskan Islam. Agama Islam bebas melakukan apa saja. Memilih cara hidup sendiri tetapi mengikut syarat2 yang telah di gariskan oleh Islam itu sendiri. Islam telahpun menetapkan cara hidup yang sesuai dengan kehendak dan naluri manusia. Jika ada yang tidak berpuas hati dengan cara hidup itu, itu bukanla kerana Islam, tetapi dtgnya dari sikap org itu sendiri.. Sama seperti kita duduk kt Malaysia, bebas memilih jalan/cara hidup kita sendiri, tetapi kene berlandaskan undang2 yg di tetapkan oleh Malaysia. Kalau kita langgar, kita dah melanggar undang2 negara.Begitu juga Islam..

3. "A Muslim is forbid to leave Islam". What if he dont want to be a Muslim? Could it be taken as "I am free to choose as I am not a Muslim anymore?". His does has his CHOICE and his RIGHT??? Or he doesnt?
Agama Islam adalah agama yang sempurna meliputi semua aspek kehidupan serta sesuai dengan konsep penciptaan manusia itu sendiri. So, jika sesuatu yang dah sempurna, untuk apa mencari agama lain yang belum tentu kesempurnaannya. Seperti rumah yang full furnished, wat pe nak carik rumah lain. Sebab itu Islam melarang umatnya keluar dari agamanya kerana yakin agamanya ini adalah agama yang sempurna dan tiada yang sesempurna Islam ini.

Soal pilihan dan hak seseorg muslim untuk keluar ataupun memilih agama selain dari Islam tidak boleh menjadi pertikaian lagi bila mana seseorg itu telahpun memeluk Islam atawpun die lahir dari keluarga yang beragama Islam. Ini kerana apabila dia menjadi seorg yang beragama Islam, die telahpun berjanji, bersumpah dengan nama tuhan dan rasulNya bahawa die akan mematuhi seluruh ajaran Islam yang mana terkandung akan larangan yang keras untuk keluar dari Islam. Jika die keluar jugak dari Islam, itu bermakna die telahpun memungkiri janjinya. Sebagai manusia pun, jika org yang memungkiri janji pun dianggap khianat pada janji. Inikan pula janji dengan tuhan. Tuhan yang menciptakan seluruh alam, 'BOSS' kita, tu yang Dia marah bile kita memungkiri janji2 yang kita lafazkan itu...

4. What is the point to make a non-Muslim mind trap with a Muslim name body to suffer? He can be a Muslim by name.. but he will never practice it and live as a non-Muslim
Tiada masalah sebenarnya kalau hendak meletakkan nama non-muslim untuk muslim dan nama muslim untuk org non-muslim. Nama itu sekadar untuk membezakan antara seseorg dengan seseorg. Cuma Islam menggalakkan meletakkan nama yang baik2 untuk org2 Islam dan membezakan antara org Islam dan non-muslim. Kat arab neh, ramai je nama Muhammad. Tp non-muslim. Kat sini sbnrnyer keadaan di Malaysia itu je yang membuatkan isu nama ni di bangkitkan. Tiada masalah sebenarnya...

Sedikit Kenyataan :

  • Semua jawapan yang saya kemukan ini hanya berlandaskan apa yang saja telah pelajari dan juga pengetahuan individu yang lebih arif dari saya. Jika ada sebarang kesilapan dari segi penggunaan istilah, cara penyampaian ataupun keyataan, SILA BERITAHU SAYA.
  • Jawapan yang diberikan ini adalah untuk menjawab soalan dari seorang non-muslim. Jadi, saya lebih menggunakan dalil akal dari menggunakan dalil nas, Quran ataupun Sunnah agar Encik non-muslim berkenaan lebih memudah memahami.
-----------------------------------------------------------------------------------------
Penghargaan :

  • Terima Kasih kepada yang terlibat dalam menjayakan siri kali ini. Kepada Ustaz Abdul Hanis dan Ustaz Mhd Faizal yang sedaya upaya memberikan pendapat masing-masing WALAUPUN jawapan yang diberikan kurang menepati topic.
  • Jutaan Terima Kasih saya ucapkan kepada Ustaz Mohd Khairul Izwan bin Rifin sekali lagi yang memberikan jawapan yang cukup mantap bagi menyelesaikan masalah ini. Segala isi jawapan berkenaan dengan topic ini datangnya dari beliau. Saya sekadar mengolah agar susun atur perkataan menjadi kemas..

8 Orang Berani Mati:

rizz said...

islam agama murni n menenangkan.bsyukur dlahirkan dlm islam:)

lutfihafifi said...

Alhamdulillah.
pasni kita buat rancangan TV "SyahadahKU"
Ustaz Ahnaf berbicara. hehhehe..

P/s : exam x abis2 lagi.
den dah link blog ekau. hehe.

Faizal@poyan said...

salam anap..

aku dah jwb tag hg..

emm setiap org islam perlu mengetahu islam sedalam-dalamnya..jika dah mengetahu islam maka kita boleh menjawab setiap persoalan yang di timbulkan oleh orang bukan islam...sebenarnya ramai yang bukan islam meminati islam cuma mereka tidak di beri pemahaman tengtang islam sebenar-benarnya...

tang tahu tentang islam kebanyakkannya tak tahu berbahasa english so mcmna nak berdakwah... oleh itu marilah kita menyokong PPSMI...hehehe

mie said...

islam agama yang sempurna.....
berteraskan al-Quran & sunnah....
sebagai panduan hidup yang lengkap...

anap_ilmi said...

rizz : yaa....alhamdulillah

lutfihafifi : pas neh leh la panggil mn2 ceramah yer..hahah

Faizal@poyan : btul3..kene taw blaja english btul2..klu x cmne nak berdkwhh..ahakz

mie : btul..anda tepat 1x..

f a i r u z said...

cume ape yg aku nampak skrg ni..
ramai org bukan islam mendakwa islam ni tak sesuai dengan peredaran zaman..
bukan die melihat kpd kecacatan agama islam yg maha sempurna tu,die melihat kpd pengamal atau sikap org islam yang tidak menampakkan ciri dan lunas islam yang sebenarnya..so that non muslim will see Islam in a bad perspective.

Anonymous said...

apa khabar semua,


kalau agama islam sempurna, mengapa proses keluar agama islam begitu susah sehingga terpaksa masuk tv, surat khabar dan ada sesetengah tokoh agama mengeluarkan (ugutan)kenyataan dalam tv bahawa jika keluar agama islam dibunuh ini akan menyebabkan kebanyakkan remaja melayu islam akan memberontak , dari pengalaman saya kebanyakkan masyarakat islam diluar negara tidak begitu fanatik seperti di malaysia,mereka tidak perlu ada mahkamah syriah untuk sumbat orang islam yg tidak puasa dalam penjara, kerana itu adalah urusan kita dgn allah dosa pahala syurga neraka trletak ditangan kita dan allah untuk menentukan bukannya mahkamah syariah dan saya amat kecewa dgn sistem undang2 islam di negara kita , menidakkan hak seorang manusia untuk membuat pilihan.saya juga tahu org kristian menawarkan ganjaran dlm wang jika keluar islam masuk kristian tapi cara pemimpin islam malaysia menangani isu ini sama sekali tidak betul

untuk pengetahuan anda semua saya adalah seorang melayu telah keluar agama islam tapi belum formalize dalam paper jer.

anap_ilmi said...

Seperti yang saya beritahu sebelum ini, Malaysia mengamalkan prinsip undang-undang Islam yang kuat. Islam telah menggariskan beberapa hal mengenai keluar dari Islam dan Malaysia hanya mengikut apa yang telah digariskan oleh Islam.

Malaysia mewar-warkan pada tv dan surat khabar jika ada berlaku gelaja keluar Islam adalah untuk menyedarkan seluruh umat Islam yang masih Islam di Malaysia bahawa terdapat masalah 'dalaman' yang perlu diperbetulkan dan menginsafi atas kejadian yang berlaku agar tidak lagi berlaku pada masa akan datang dan pada umat-umat Islam yang lain yang pastinya akan merugikan agama Islam itu sendiri kerana kadangkala, orang seperti andalah yang Islam perlukan bagi membantu memperkasakan Islam. Akan tetapi anda telah keluar dari Islam, maka belum tentu lagi Islam akan ada umatnya seperti anda. Perkara seperi ini yang Islam dan Malaysia tak ingin lihat dan oleh yang demikian pihak media mewar-warkan perkara tersebut.

Mahkamah syariah bertugas untuk membetul serta menyedarkan umat Islam jika ada melakukan kesalahan agama untuk bertaubat dan tidak mengulangi lagi akan kesalahan-kesalahan itu supaya tidak dihukum dengan hukuman Allah pada hari akhirat kelak kerana hukuman dari Allah itu amatlah pedih. Dunia ini adalah jambatan untuk kita menuju hari akhirat. Bila tiba hari akhirat kelak, segala penyesalan tidak akan berguna lagi. Harta, pangkat, duit, darjat dan kehidupan tidak akan berguna lagi. Jadi, sebelum 'bertemu' dengan hari penentuan kelak, lebih baik 'ditentukan' di dunia ini dari ditentukan di akhirat nanti kerana segala hukuman yang telah dikenakan di dunia tidak akan dikenakan lagi di akhirat kelak.

Islam memberikan 100% hak pemilihan hidup pada umatnya tetapi hendaklah berlandaskan prinsip-prinsip Islam yang telah ditetapkan. Memilih keluar dari Islam bukanlah pilihan yang selaras dengan prinsip Islam kerana agama Islam ini adalah datangnya dari Allah. Allah itu benar. Maka Allah inginkan hambanya berada di jalan yang benar sesuai dengan apa yang diciptakan oleh-Nya. Dia yang menciptakan, makanya Dialah yang mengetahui segala-galanya.

Masalah Islam pada hari ini bukanlah datang dari Islam itu sendiri akan tetapi dari umat Islam yang tidak mengamalkan agama Islam yang sebenar seperti yang telah ditetapkan oleh Islam.

Saya begitu terkilan kehilangan saudara Islam seperti anda. Saya mendoakan agar saudara di berikan kembali peluang untuk kembali pada Islam..

  ©:: MyWay [v2.2] ::. Template by Dicas Blogger.

TOPO