Tuesday, March 10, 2009

Semasa : Maulidur Rasul

Assalamualaikum;

Harini kita sebagai umat islam menyambut antara hari-hari kebesaran Islam iaitu hari kelahiran Nabi Junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W. Bertepatan dengan harini, juga adalah hari Isnin di mana Nabi Allah ini juga dilahirkan pada hari isnin. Maka bertambah2lah bermakna hari ini apabila kebetulan itu berlaku seperti hari Nabi kita dilahirkan. Jika bersamaan dengan 20April pula, mmg sgt sama lah seperti tarikh dan hari malahan bulan Nabi Allah dilahirkan [Petikan dari lagu Junjungan Mulia "Malammm isnin subuh yang indah, 12Rabiul Awal yang cerah, 20April tahun gajah, lahirkan zuriat yang saadah"]


Teringat aku kenangan ketika berada 'disamping' Nabi. Alhamdulillah aku berkesempatan untuk menziarah maqam Nabi di Madinah. Di bawah kubah hijau itulah bersemadinya Nabi junjungan kita, kekasih Allah yang amat mulia. Insan terpilih untuk menyeru umat manusia supaya berada di landasan yang sebenar.


Sejak aku melemparkan pandangan terakhir aku ke arah kubah hijau itu, sejak itulah hati ini amat merindui untuk kembali menziarahi semula tempat ini. Aku bercadang untuk menziarahinya kembali pada cuti semester kedua ini iaitu dalam bulan 6 nanti. Semoga Allah permudahkan urusanku untuk menemui kekasihMu, Ya Allah.

Di sana, keadaan amat tenang. Teringatkan jua haruman yang mewangi disegenap pelusuk bandar Madinah yang damai.. Sesekali terkenang perit jerit Nabi membangunkan kota itu, pasti amat kagum dengan kekuatan, semangat dan azam Nabi untuk menyeru umat manusia ke jalan yang benar. Tapi tetap ada yang menentang. Adakah aku bersedia untuk menyambung kerja-kerja Nabi itu? Sedangkan seringkali kalah dengan diri sendiri. Dengan nafsu yang sentiasa menyelubungi hati ini ditambah pula bisikan syaitan yang amat melemahkan iman ini.

"Ya Allah bantulah hambaMu yang lemah ini. Kuatkanlah hati ini seperti hati kekasihmu ya Allah agar dapat melakukan kerja-kerja agama seperti kekasihMu"

4 Orang Berani Mati:

Faizal@poyan said...

salam anap yang selalu di rindui..

emmm insyaAllah hg akan di permudahkan segala-galanya

farish izaryl @izreez said...

slm mauliduyr rasul ahnaf

anap_ilmi said...

POYAN : tq poyann

rizz : Tq jugak tuk rizz

Faqih's Politician said...

Salam...Wow..Sambut dekat Madinah! Belakang 2 kubur Nabi Muhammad kan..

  ©:: MyWay [v2.2] ::. Template by Dicas Blogger.

TOPO