Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Sunday, May 9, 2010

Flight Reviews : Saudi Arabian Airlines

Assalamualaikum;

Ok. Lebih dari sebulan blog ini tak berhapdet. Sekadar datang melawat kalau-kalau ada komen-komen yang memerlukan reply. Lebih dari itu, tiada. Maklum la, sejak kembali ke Malaysia ini, jadual tak menentu. Itu nak diselesaikan, ini perlu dihadiri dan macam-macam lagi kesibukkan walaupun masih berstatus tidak bekerja. Kiki.. Bukan apa, sekarang ni nak dapat kerja susah. Nama je belajar oversea kan? Balik Malaysia.. Haram, duduk je la rumah..

Akan tetapi, percutian yang panjang ini tidak la di sia-siakan begitu sahaja kan? Kita penuhi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah sehingga terpaksa ada yang perlu ditangguhkan di waktu yang lain kerana terdapat aktiviti-aktiviti yang lebih aula ataw lebih utama dari aktiviti-aktiviti yang lain.

Maka dengan percutian yang panjang ini juga dapat menyahut panggilan illahi ke tanah suci. Bagi keberangkatan ke tanah suci dari Malaysia ini memerlukan pengangkutan udara untuk mempercepatkan perjalanan atau yang lebih utama keselesaan untuk menjadi tetamu Allah. Memandangkan terdapat sedikit masalah pada awal perjalanan, pihak travel agent telah menukar syarikat penerbangan kami dari Qatar Airways seperti yang di nyatakan pada entry sebelum ini ke Saudi Arabian Airlines. Jadi, dengan ini, mari kita lihat flight reviews bagi penerbangan Saudi Arabian Airline.


Kuala Lumpur International Airport - King Abdul Aziz International Airport
KUL - JED -KUL
Flight : SV831
Date : Sun, 25 April 2010 / Tue, 4 May 2010
Aircraft : Boeing 747
Class : Economy
Flight Duration : 8h 30min
Seat : 35E / 34C

Check - in
Memandangkan aku pergi dengan travel agent, semua urusan check-in di uruskan oleh petugas travel. Kami cuma bawa bag dan letakkan di tempat yang di arahkan. Kemudian, taw2 je dapat boarding pass n passport.

- Kalau naik flight sendiri, time nak check-in ni la paling kecut perut sebab takut bag berat.
- Bagi Pesawat SV ini, berat bag adalah standart, Maximum 30kg per pax

Penilaian : 4/5

Boarding
Tidak ada apa-apa yang istimewa. Sama seperti flight-flight biasa. Cuma, jika Malaysia Airline s die letak rak surat khabar di pintu masuk kapal terbang. Akan tetapi, bagi pesawat SV ini, surat khabar di agih-agihkan oleh cabin crew sejurus semua penumpang mendapatkan tempat di tempat masing-masing. Tiada air dihidangkan sejurus selepas duduk.

Penilaian : 3/5

Cabin

Sangat suram. Pilihan warna tema yang malap. Warna biru gelap. 1st time naik flight Boeing 747. 2 tingkat! Tapi malangnya tak boleh nak naik atas. Cabin crew tak bagi. Huh! Tunggu lah, satu hari nanti kalau aku dapat duduk kat atas tu nanti. Siap la korang! Ingat sikit ye, korang itu hanya cabin crew. Aku penumpang! Haha..
Posisi kerusi 3-4-3. Luas la jugak. Bersih. Wangi.

Penilaian : 3/5

Pramugari / Pramugara

Pakaian pramugari yang sangat outdated! Tak suka aku tengok. Orang lain nak topi, die pun nak topi jugak. tapi itu bukan topi. Tapi macam kupiah. Sangat tak sesuai dengan imej negara Arab Saudi. Pramugara - biasa sahaja. Baju kemeja warna putih. Pelbagai negara. Ada melayu, pinoy, India.. Ramai lah. Kalau nak tengok camne pakaian die...google sendiri ye..tak sanggup aku nak letak..huhu

Pemalas. Tidak ada etika sebagai cabin crew. Pemarah. Sikap sambil lewa. Kerja tak kemas.

Penilaian : 1/5

Seat
Buruk! Dah lama. Rosak-rosak. Tak selesa.
Nampak x kerusi yang dah seletip2 tuu...ewwwww....

Penilaian : -1/5

Take-off
Sangat smooth.. Syabas captain!

Penilaian : 5/5

Meals on board


Ok. Sedap. Pelbagai. Ada 3jenis pilihan makanan setiap kali waktu makanan. Tapi malangnya tiada menu di berikan sebelum tiba waktu makan. So, bila tiba waktu makan, baru terhegeh-hegeh nak tanya nak makan apa. dalam pada masa yang sama kita pun kene buat pilihan cepat n tepat. So..mcm tak best la..


Ada kek yang keras sikit.. tapi keras-keras pun habis je..siap mintak kat mak aku lagi sebab mak aku tak makan.. hahaha

Penilaian : 4/5

IFE ( In-flight Entertainment )

Ada personal screen. Tapi jenis lama. Bukan touch screen. Lepas tu, video-video yang di tayangkan dalam tu ada dalam 5movie yang di tawarkan, di ulang-ulang dari KL sampai ke Jeddah.

Ada jugak channel ceramah agama. Cara-cara nak buat haji, umrah kita channel untuk haji n umrah laa. Kendian ada channel dokumentari, selain dari 5movie tadi tu.
Penilaian : 3/5
IFI ( In-flight Info)

Bagus! Siap ada camera bawah n depan. Pastu ada penunjuk arah kiblat. Ada waktu semasa. Ada pengumuman ketika melintasi miqat untuk berniat ihram. Kira sesuatu yang lain dari flight-flight lain laa
Penilaian : 4/5

Service
Boleh tahan. Sesuai la dengan standart flight SV ni. 3bintang. Cuma cabin crew die je kene berbaiki lagi etika bekerja.. seperti yang d nyatakan di atas

Dapat comfort kit yang bagus. Lengkap. Semua ada..

Dan utk pertama kalinya aku guna kesemuanya 1x apa yg die bagi neh. siap gosok gigi dalam toilet yang tersumbat tu lagi...ahakz2...

Penilaian : 3/5

IFDF (In-Flight Duty Free)
Teruk! 2-3x aku duk tanya ada jual tak model flight tu. Siap aku g ke Galley lagi tuk tnyer face to face. Die suh duduk dulu n nanti dia akan tgk stok. Sampai ke sudah. dah mendarat nak disembark da. haramm... Last-last aku bgtaw je kat ketua cabin crew die tu.. tapi xtaw la kan..berkesan ke tidak. Aku suh amek tindakan kat cabin crew yang pemalas tu.

Penilaian : -2/5

Toilet
Tak macam Malaysia Airlines. Tak ada di sediakan aksesori dalam tandas. tandas pun buruk. tersumbat dengan tisu-tisu. Kotor.. Ewwwwww
Penilaian : -3/5

Landing
Sangat bagus! Mana la pilot die neh belajar dulu agaknya... tiada hentakan yaaaa.....bagus!

Penilaian : 5/5

Disembark

Biasa je laa.. ok

Overall

Boleh tahan. Boleh naik laaa....

Penilaian : 2/5


Seterusnya...

Friday, March 26, 2010

Gadget Reviews : Samsung OMNIA HDi8910

Assalamualaikum;


Yeah ini lah kesempatan yang ada untuk aku hapdet beberapa perkara lagi yang aku rasa perlu aku penuh ruang alam maya ni kan walaupun tak pandai nak berkata-kata kann...

Terima kasih abah sebab mewariskan lagi henset-henset abah yang dah tentunya haptodet itew. Kemana lagi tumpah kuah kalau tidak ke nasik kan? Terima kasih banyak-banyak.

So, i do have another new toy. Menggantikan my old toy. DOPOD. Tapi barang yang lama tetap di gunakan. Aku letak sim jordan aku since no jordan aku pun hidup lagi sampai ke tahun 2012 tak silap aku laa...so, aku biarkan je henset itew hidup lagi pun dalam tew penuh dengan memori2 Jordan aku yang bersemadi di sitew..haha. Ok x ejaan mcm tew? haha


Ok, aku malas nak terangkan pasal ciri-ciri henset ni. Anda boleh tengok sendiri di sini

Apa yang aku nak bincngkan dekat sini apakah perasaan aku apabila menggunakan henset ini

YANG BESTNYA :
  1. Henset ni mempunyai grafik yang baik. Screen die yang wide tu mcm eye friendly je. Tak rasa sempit pun mata memandang. Dengan teknologi HD die tu lagi meningkatkan keupayaan grafik die yang bagus.
  2. Di datangkan dengan camera 8.0mpx yang sangat mengagumkan. tak perlu nak bawak camera besar2 macam camera SLR tu kann, bawak henset je. gmbr pun da cantik. Camera ada pelbagai fungsi termasuk auto focus.
  3. Bunyi yang baik. Ada speaker atas dan di bawah yang berupaya memberikan bunyi stereo yang baik.
  4. Revolusi HD atawpun High Definition yang mengagumkan. Walaupun sebelum ini kita menggunakan kamera lain untuk mengambil gambar atawpun video bila transfer dalam hp ini video atawpun gambar itu secara auto bertukar menjadi HD.
  5. Bentuk yang menarik. Rasa ekslusif. Macam datuk-datuk yang sudah berjaya dalam perniagaan
  6. Sensor touch screen yang sensitif.
YANG TAK BEST:


  1. Saiznya yang besar.
  2. Aplikasi system menggunakan symbian sama macam nokia. Luar je samsung dalam nokia
  3. Batteri cepat habis. Sehari kalau guna banyak kene charge 2x.
  4. Kurang ssuai bagi pengguna berjiwa remaja. haha
  5. Tak boleh nak type msg laju-laju sgt sbb dia tak boleh nak capai tahap kelajuan aku menaip msg.. ahaha

Butir-butir telefon ini :
  1. Tarikh di beli : Bulan 12 2009
  2. Tempat : Terminal One Seremban
  3. Range Harga di Seremban : RM2300 - Rm2600
  4. Harga di beli : RM****
  5. Jaminan : 1 Tahun
  6. Free Gift : LCD protector, earphone case
Oh yaaa.. anda boleh tengok sendiri quality gambar camera ini melalui twitpic saya...


Seterusnya...

Friday, March 12, 2010

Flight Reviews : Malaysia Airlines

Assalamualaikum;

This is Malaysian Hospitality means to me! Mereka ada buat peraduan tak silap saya berkenaan dengan apakah maksud Malaysian Hospitality kepada anda tak silap saya laa. Suruh tulis kat blog mereka. Tapi saya taw, mesti saya tak menang punya. So, saya tulis kat blog saya sendiri.

*Bunyi macam tak puah hati je kan? MEMANG PUN! Sedia je la ye? Suruh @AirAsia baca pun sedap ni... Haha

Untuk flight reviews kali ini saya nak ubah sikit format supaya nampak lebih detail sikit. Supaya semua pembaca sama-sama dapat merasai apa yang saya rasa semasa saya menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan kebangsaan negara Malaysia iaitu Malaysia Airlines.

Sebelum itu, saya nak bagi tahu. Apa-apa reviews yang saya tulis dalam ruangan reviews adalah berdasarkan apa yang alami sendiri. Bukan ikut-ikut orang ataupun saja nak best. So, apa-apa pun mari kita lihat dahulu butir-butir penerbangan saya.



Dubai International Airport - Kuala Lumpur International Airport
DXB - KUL
Flight : MH155
Date : Sat, 20 Feb 2010
Aircraft : Airbus A330
Class : Economy
Flight Duration : 6h 45min
Seat : 17A

Check - in
Petugas check-in itu sangat tegas. Hanya membenarkan penumpang membawa 25kg sahaja bagi kelas ekonomi. Ramai orang terpaksa mengeluarkan barang dalam bag bagi mengurangkan berat bag supaya berat bag itu selaras dengan peraturan yang dibenarkan. Sepengalaman aku, dalam banyak-banyak kali naik flight, ini merupakan keadaan paling tegas pernah aku alami. Tidak seperti Yemenia ataupun Kuwait Airways yang membenarkan daftar masuk bag walaupun melebihi had yang dibenarkan. Sepatutnya konsiderasi terhadap pelajar macam aku ini harus dipertimbangkan kerana pelajar itu bukanlah seperti penumpang lain.

Akan tetapi, memandangkan saya salah seorang dari ahli Enrich - Program keahlian Malaysia Airlines, kebenaran membawa lebih kilo sebagai bag daftar masuk dapat di lakukan sebagai keistimewaan menjadi ahli.

Penilaian : 3/5

Boarding
Ada beberapa peringkat kebenaran untuk boarding ataupun masuk ke dalam flight. Pertamanya, keutamaan kepada orang kurang upaya seperti bagi mereka yang menggunakan kerusi roda dan sebagainya. Keduanya bagi penumpang-penumpang kelas pertama dan kelas perniagaan. Ketiga, bagi ahli kelab yang memegang jenis keahlian teratas iaitu Gold Club. Keempat, bagi penumpang ekonomi bernombor tempat duduk paling belakang sehingga tengah dan akhir sekali dari tengah ke paling depan bagi kelas ekonomi. So, saya tergolong dalam kumpulan terakhir.

Penilaian : 5/5

Sebelum masuk ke dalam cabin, ada troli yang menempatkan akhbar-akhbar tempatan (akhbar Dubai) dan akhbar Malaysia. Buat pertama kalinya saya nampak ada servis sedemikian. Boleh ambil secara percuma.

Penilaian : 5/5

Cabin

Kerusi berwarna warni. Nampak ceria. Susunan teratur. Bersih. Wangi. Sejuk. Ini pesawat airbus. So, cabin nampak macam biasa. Akan tetapi cabin ini nampak macam dah buruk. Macam flight lama. Air-cond pun berbunyi bising (krokkkk...krokkk..krokkk) seakan-akan berpasir dalam air-cond. Sangat 'Beyond Expectation"

Penilaian : 3/5

Pramugari / Pramugara

Dalam flight ini mengikut perkiraan saya ada lebih kurang 10 orang cabin crew yang bertugas. 2 orang sahaja perempuan. Yang lain semua lelaki. Pramugari itu pun bertugas di kawasan business class. Di bahagian ekonomi semua lelaki. First time berkeadaan macam ini. Macam kelakar pun ada. Semua cabin crew kemas tak macam cabin crew syarikat-syarikat penerbangan di timur tengah. Kemudian, kita boleh bertutur menggunakan bahasa melayu dengan senang hati. Kira, belum sampai Malaysia, dah rasa Malaysia dah...

Penilaian : 4/5

Seat
Semua lengkap macam flight biasa. Ada bantal, selimut, majalah-majalah, katelog in-flight free duty, bekas mabuk udara (bekas untuk muntah). Seat luas. Tempat letak kaki macam biasa. Tapi seat hanya macam bas ekspress sahaja. Saya rasa seat bus ekspress lebih baik dari itu. Tak boleh nak bengkok-bengkokkan kat bahagian kepala kalau nak tido macam flight GulfAir. Legroom dia boleh tahan. Boleh jugak nak silangkan kaki. Tahap rebahan ke belakang, boleh laaa..

Penilaian : 2/5

Take-off
Kena tutup lampu as they said " peraturan semasa berlepas" Ok. Accepted!

Penilaian : 4/5

Meals on board


Memula naik, dia bagi juice. Bagus. Saya suka. Sebab flight-flight lain biasa bagi air mineral ataupun tak bagi langsung. Ini bagi juice. Suke!

Kemudian makanan ada dwi-pilihan. Tak silap saya ayam dan daging kot. Tapi saya pilih ayam. Malangnya tiada kad menu diberi sebelum membuat pilihan. Flight-flight lain semua ada. Kata penerbangan 5bintang kan? Tak macam 5bintang pun. Sabar je la.

Apa-apa pun sudu n garfu nya menggunakan besi. Tak macam GulfAir. Dia ni macam Etihad.

Kemudian, di pertengahan penerbangan saya terjaga dari tidur kemudian saya minta air kopi. Tapi cabin crew tu kata, isyarat pasang tali pinggang keledar dinyalakan bermakna tak boleh mintak air panas. Takut tumpah katanya. Jadi saya minum juice saja. Masa naik Etihad sebelum ini, 3-4kali mintak hot chocolate tak ada masalah pun. 1st time dengar.

Akan tetapi, beberapa ketika selepas itu hidangan ringan dihidangkan bersama-sama dengan air panas sedangkan isyarat pasang tali keledar itu masih menyala. Nak je saya bertanyakan kepada cabin crew itu berkenaan dengan peraturan yang dia beritahu tadi. Tapi malas la nak buat hal. Nampak pulak macam baru 1st time naik flight. Just be professional.

Oh ye. hidangan ringan itu merupakan roti-roti yang sejuk dan keras! Saya jamah sikit je buat kunyah-kunyah. Tak makan semua. Siapa yang nak makan bende-bende sejuk macam tu kan? Ini ke yang dikatakan Malaysian Hospitality? Bagus. Orang Malaysia memang makan makanan yang sejuk-sejuk pun.

Penilaian : 1/5

IFE ( In-flight Entertainment )

NO PERSONAL SCREEN! Ini saya bagi -5/5. Haaaa..hambek kau!Tak pernah naik flight yang tak ada personal screen. Tapi bila naik Malaysia Airlines, boleh pulak tak ada. Sangat memalukan! Saya ada terbaca dalam web MAS mengatakan hanya pesawat jenis boieng yang ada menyediakan personal screen. Terpaksalah saya bukak leptop sendiri tuk tengok cerita. Terasa macam zaman 90-an pulak naik flight tiada personal screen.. ye la.. Malaysian Hospitality..

Bukan lah nak kata tak ada entertainment langsung. Ada je dia bukak cerita dekat screen depan. Tapi itu stail zaman bila ntah. Slow la MH ni. Bende ni paling mengejutkan saya laaa..Kata 5bintang.. hurmm

Penilaian : -5/5

IFI ( In-flight Info)
Dah personal screen tak ada. IFI lagi la tak ada. Sekadar captain die cakap macam tu je.. Bla..bla..blaa...

Penilaian : -2/5

Service
Bila time saya tertekan butang panggil cabin crew tu dia datang Bila time saya nak panggil betul-betul, tak datang pulak. Bila dah datang, saya mintak air. Tak datang-datang. Tak tahu la lupa ke apa ke kan. Terpaksa mintak lagi sekali kat cabin crew lain pulak. Haiz... Sedih la macam neh Malaysia Airlines..

Ada tempat letak baby. Bagus la. Flight lain pun biasa ada je.

Dapat earphone, tapi saya punya tak berfungsi masa itu. Saya pun malas nak mintak lain sebab tengok leptop n dgr ipod saja.

Boleh bertutur dalam bahasa melayu dengan cabin crew.

Pengumuman-pengumuman dan label-label dalam cabin pun banyak ada tulih dalam bahasa melayu.

TAK ADA DISEDIAKAN penebat telinga, penutup mata, stokin. Kecewa

TAK ADA DISEDIAKAN uncang souvenir macam Qatar Airways ataw GulfAir

TAK ADA tisu panas mahupun tisu wangi untuk refreshment sebelum mendarat.

Penilaian : 1/5

IFDF (In-Flight Duty Free)
Saya seorang pengumpul model flight. Bila lihat kepada katelog duty free. Saya berminat untuk membeli model flight MH. Biasanya kita boleh membeli on d spot dengan harga bebas cukai katanya. Akan tetapi apabila saya bertanya kepada cabin crew berkenaan dengan model flight, saya d kecewakan lagi kerana jika ingin membeli model flight hendaklah melalui online order ataupun melalui pos. tidak ada di jual di dalam cabin. Haizzz....

Penilaian : 0/5

Toilet
Macam 1st time nampak disediakan macam cologne, after shave, hand soap ada laa... Macam-macam botol-botol kecik dalam tu. Boleh ambil dan pakai.

Penilaian : 4/5

Landing
Ok sahaja.

Penilaian : 4/5

Disembark
Pengumuman ketibaan dalam bahasa melayu dan ucapan "Kepada rakyat Malaysia, kami ucapkan selamat kembali ke tanah air" itu sangat menyelamatkan keadaan tidak puas hati semasa penerbangan.



Overall

Mengecewakan!

Penilaian : 1/5

Secara jujurnya saya menjangkakan mutu perkhidmatan yang bertaraf 5bintang seperti di war-warkan ditawarkan kepada penumpang Malaysia Airlines akan tetapi saya telah tersilap jangkaan. Perkhidmatan MH SANGAT MENGECEWAKAN lebih baik naik flight lain sahaja yang menawarkan perkhidmatan yang lebih baik.

Kelihatan MH seakan-akan terlalu untuk cut-cost perkhidmatan sehinggakan saya merasakan seperti menaiki sebuah penerbangan tambang murah sahaja. Lebih baik naik AirAsia yang memang low cost, tapi rasa seperti penerbangan 5bintang!

Saya memilih untuk terbang bersama MH adalah kerana ini mungkin merupakan penerbangan saya yang terakhir kerana saya telah pun menamatkan pengajian saya. Jika sebelum ini saya katakan saya memilih RJ kerana seolah-olah Jordan 'menghantar' saya pulang, dengan menaiki MH saya ingin merasakan bahawa seolah-olah Malaysia mengalu-ngalukan kepulangan saya ke tanah air seperti yang di janjikan Malaysian Hospitality. Akan tetapi... Gagal! Saya kecewa!

Maka tidak hairanlah ramai orang memilih syarikat penerbangan yang lain untuk ke destinasi pilihan kerana memilih Malaysia Airlines bukanlah satu pilihan yang tepat! Dan tidak hairanlah syarikat ini semakin lama, semakin rugi dan hanya mengharapkan suntikan kerajaan ke dalam akaun syarikat bagi memulihkan akaun syarikat.

Jika ada sahabat-sahabat yang bercadang untuk membuat tindakan seperti saya, dari Jordan naik RJ kemudian tukar flight naik MH pulak. Saya nasihatkan agar batalkan sahaja niat anda itu kerana anda pasti akan kecewa seperti saya. Lagi pun keadaan sangat menyusahkan! Anda di kehendaki check-in 2x. Sekali di Amman dan sekali di Dubai. Barang anda akan keluar di Dubai dan anda terpaksa check-in lagi sekali bagi laluan Dubai-kuala Lumpur pula.

Jika anda naik flight biasa, sekali check in di Amman sahaja. kemudian anda berlenggang sampai ke Kuala Lumpur untuk ambil semula barang anda. Mudah bukan?

Oklah. Penat dah ni. Nak tido. Babai


Seterusnya...

Tuesday, March 9, 2010

Flight Reviews : Royal Jordanian

Assalamualaikum;


Yuhuuu..bertemu lagi dalam siri flight reviews. Kali ini saya ingin membawakan kepada para pembaca sekelian untuk mengenali lebih rapat dengan syarikat penerbangan kebangsaan negara Jordan iaitu Royal Jordanian melalui pengalaman saya sendiri menaiki syarikat penerbangan ini, seperti review-review saya sebelum ini.


Alhamdulillah, sekali lagi saya berpeluang untuk mencuba perkhidmatan penerbangan kebangsaan Jordan bagi laluan Amman - Dubai. Kali terakhir saya menggunakan perkhidmatan syarikat ini adalah bagi laluan Iskandariah ( Mesir) - Amman 2 tahun lepas. Kini kita bertemu lagi bagi siri penerbangan saya yang mungkin kali terakhir bagi saya kerana selepas saya menamatkan pengajian saya di seberang laut ini, saya sendiri tidak pasti bila lagi saya dapat menjejaki negara ini seterusnya berpeluang untuk menaiki kapal terbang bagi jarak jauh seperti ini.

Saya memilih menggunakan perkhidmatan syarikat ini adalah kerana saya mahukan seolah-olah seluruh Jordan itu mengiringi keberangkatan saya meninggalkan Jordan buat kali terakhir. Bukan itu sahaja, malah saya ingin merasakankan 'suasana' Jordan itu sendiri sehingga saya betul-betul meninggalkan negara itu. Saya tidak mahu 'orang lain' yang menghantar saya pulang kerana kenangan bersamamu Jordan, pasti tidak akan aku lupakan. Cheeewahhh.. Haha

Ok, kita terus kepada topic kita pada hari ini. Seperti biasa, kita lihat dahulu butir-butir penerbangan saya bagi siri penerbangan kali ini.

AMM - DXB
Airline : RJ0601
Aircraft : Airbus 319
Flight Duration : 2:30
Class : Economy
Seat No : 22F - Windows


Pramugari - Pramugara :
Semuanya nampak ok. Kemas. Tidak nampak ada yang terlalu tua ataupun gemuk dan sebagainya. Semuanya nampak menepati standart pramugara dan pramugari.

LegRoom / Seat :
Bagus! Aku suka. Aku boleh menyilangkan kaki aku dengan suka hati. Orang yang nak keluar pergi toilet pun senang. Tak perlu kita beralih dari tempat duduk. Saiz seat bagus. Muat-muat untuk aku. Aku rasa selesa. Tempat letak kepala yang sungguh selesa.

HeadRoom :
Memandangkan ini adalah pesawat Airbus. So, seperti design-design headroom Airbus yang lain. nampak sempit berbanding Boieng yang agak nampak luar, seperti boleh melompat-lompat di dalam cabin.

IFI (in-flight Info) :
Bagus. Semua lengkap. Kita boleh tahu kedudukan kita. Kita boleh tahu kelajuan. Kita boleh tahu ketinggan. Seperti IFI-IFI syarikat penerbangan yang lain. Bagus.


IFE (in-flight entertainment) :
Menarik. Walaupun tidaklah sebanyak flight long-haul. Akan tetapi bagi aku RJ menawarkan IFE yang terbaik berbanding syarikat-syarikat penerbangan yang lain. Kita boleh memilih apa juga movie ataupun music yang terdapat di personal screen yang berada di hadapan kita. Pada kebiasaannya, syarikat-syarikat penerbangan Middle East yang lain, tidak menawarkan personal screen bagi penerbangan-penerbangan di dalam negara-negara arab. Tetapi RJ ada. Syabas untuk RJ!

Meals On Board :
Mempunyai dwi-pilihan ayam dan kambing bagi set lunch. Cuma tidak memberikan menu pilihan sebelum mengagih-agihkan makanan. Kebiasaannya, syarikat akan memberikan sekeping kad menu kepada penumpang bagi penumpang membuat pilihan sebelum masa makan tiba. Ini akan memudahkan penumpang membuat pilihan dan tidaklah terburu-buru untuk membuat pilihan makanan.

Service :
Sepemerhatian aku, service RJ baik! Boleh mendapat pujian. Tidak seperti yang di khabarkan oleh pihak-pihak yang tertentu yang mengatakan service RJ sangat kurang memuaskan.

Cabin :
Bersih. Wangi dan teratur. Semua ada. Bantal selimut. Walaupun penerbangan di siang hari.

Take-off / landing :
Baik. Kurang gegaran. Semuanya berjalan dengan lancar.

Toilet :
Tak tahu sebab tak pergi.

OverAll :
Bagus! Boleh naik lagi.

*Sebenarnya la kann, ini merupakan pertama kali saya naik flight dan saya tidur di sepanjang penerbangan tanpa mengetahui apa yang terjadi di sekeliling saya. Selepas saya boarding dan mendapatkan tempat duduk saya, saya tidak berganjak kemana-mana. Saya cuma tersedar apabila makanan di agihkan serta beberapa minit untuk mencuba IFE yang terdapat di tempat duduk saya. Selepas makan, saya tidur kembali sehinggakan tidak mengetahui bahawa tray makanan saya di kutip dan meja di hadapan saya di tutup. Sesedar saya, kapal terbang sudah mendarat di lapangan terbang antarabangsa Dubai.

Hal ini mungkin di sebabkan keletihan yang amat sangat memandangkan pada malam sebelum saya berangkat saya mengadakan kenduri perpisahan dan bermain futsal bersama rakan-rakan. Kemudian, pulang lewat ke rumah dan hanya melelapkan mata kurang daripada 1jam pada malam tersebut. Seawal 6pagi saya sudah bangun untuk bersiap bagi keberangkatan pulang.

Kemudian, berlaku sedikit kekecohan di lapangan terbang Amman kerana saya membawa lebihan kilo dari yang di benarkan. Hampir 1jam saya merayu dengan pengawai penerbangan tersebut agar melepaskan semua barang-barang saya tanpa masalah. Akan tetapi pihak syarikat bertegas untuk tidak membenarkan saya membawa barang-barang tersebut kecuali saya membayar ataupun saya tinggalkan sahaja lebihan kilo berkenaan. Akhirnya saya tinggalkan 1kotak dan membayar lebihan kilo sebanyak JD80 = RM400 di sebabkan tekanan yang diberikan oleh pegawai berkenaan menjerit-jerit macam orang gila bahawa saya akan ketinggalan penerbangan jika saya terus merayu kepadanya tanpa membuat apa-apa tindakan dari pilihan yang diberikan iaitu tinggalkan atawpun bayar.

Oleh yang demikian, saya rasa begitu letih sehinggakan saya tertidur sepanjang perjalanan sehingga kapal terbang betul-betul mendarat di lapangan terbang Dubai.

Ikuti cerita sambungan perjalanan saya dari Dubai ke Kuala Lumpur pada entry yang akan datang. Sekian...


Seterusnya...

Friday, December 4, 2009

Film Reviews : Twilight : New Moon

Hari ini agak serabut. Sebab apa? Serabut dengan perangai arab. Bermula dengan bas yang mcm dah nak runtuh, pastu dengan arab hisap rokok dalam bas, minum kopi, bas pulak bawa jalan entah mana - jalan jauh pula, lepas itu tak boleh nak ambil gambar dalam mall, kemudian bising dalam bas, cakap telefon kuat-kuat dalam kereta, pastu teksi tak nak pergi tempat yang kami nak pergi, kalau nak pergi pun dia mintak bayar lebih dari biasa, cuaca sejuk gila babeng tapi pemandu kereta tu tak nak tutup tingkap sebab die nak hisap rokok, lepas tu minta bayar lebih sebab kami suruh hantar sampai rumah! Kalau nak ikut keserabutan hari ini memanglah. Tapi itu semua tak mematahkan semangat kami untuk menonton cerita yang kini hangat di perkatakan seluruh dunia.. Haha.. Twilight : New Moon. Sanggup neh, naik turun tukar bas pe sumer untuk tengok cerita neh semata-mata! Kalau la semangat macam ini untuk ke talaqi kan bagus.. Kan? Tapi kira ok laa.. kelas kat jamiah aku tak pernah ponteng. Fair la kan? hehe






Sinopsis : Cerita yang mengisahkan seorang perempuan bernama 'Bella' yang bercinta dengan seorang drakula akan tetapi drakula berkenaan meninggalkan bella atas urusan drakula.haha. Hidup bella tertekan kerana bella dah tangkap cintan sama itu drakula sehidup semati. kemana-mana je die mcm nampak je drakula tu, sampai nak tido pun asik ngigau apa sumer. sampai la die berjumpa dengan seorang mamat serigala jadian. mamat neh kalau die marah, boleh bertukar jadi serigala. pastu jatuh cinta pulakkk dengan mamat serigala neh... tiba-tiba drakula tu datang balik, lantas bella tu pun pilih la drakula tu sebab die mmg sayang gile dgn drakula neh, nak jadi apa pun jadi lahh... mamat serigala tu kecewa dan melarikan diri ketika menjadi serigala. mamat serigala tu seolah-olah menjadi pengganti ketika drakula tu melarikan diri dari bella ni. pastu bella neh ajak drakula neh kawin dan serta merta tamat!

Yang Bestnyer : Tak sama mcm drakula2 yang pernah aku tengok sebelum neh, die boleh kene matahari pe sumer laa.. Ada sedikit unsur-unsur movie musical la.. tapi tak ada la musical sgt. cinematografi yang baik. aku suka angle2 kamera die. mcm tak pernah orang lain buat seblum ini. kesan CGI yang bagus jugak. serigala-serigala jadian tu tak ada la nampak macam kartoon ke, pe ke.. just nice. cerita die ringan saja... Bila aku tengok cerita ni,mcm ada sikit scene Jit Notti. haha.. nampaknya Jin Notti lagi advance dari cerita neh.. kiki

Yang tak bestnyer : Tak banyak aksi. So, bile tak banyak aksi, kesan bunyi pun kurang. biasa-biasa je. Macam agak mengarut je manusia bercinta dengan drakula.. Ok,fine, cinta itu buta.. kadang-kadang mcm pening kepala pulak die shoot dari angle yang ntah apa2.. pusing2 laa.. apa laaa...Cerita die agak slow motion. ok, fine, love storyy...mamat serigala itu mcm tak reti sejuk je sbb die hanya berlakon dengan sluar pendek paras lutut tu.. padahal orang lain mcm bersweater2... ok, fine.. nama pun ceritaaa.. ending die tamat gitu jee..mcm tak puas menonton..huhu

Keseluruhan : Boleh tengok. tapi mcm tak braper prefer tuk ke panggung. tunggu saje DVDrip nanti. akan ada orang-orang yang download tu..tgk saje d rumah sambil kunyah-kunyah..baring2..lagi best kot.....

*Sebenarnya, ini adalah episod kedua bagi cerita ini, aku tak tengok pun yang 1st punya tu.. tapi still boleh faham lagi laa jalan cerita cerita ni...aku rasa sebab itu la kot aku mcm kurang berahi dengan cerita neh..

*Apa pun yang penting dapat kuar g Amman, tengok dunia sikit dari duk terperap kat tempat ni. Nak buat mcmana kan, duduk kat kampungg.. Banyak jugak perubahan yang berlaku kat amman setelah beberapa lama tak keluar pergi mana-mana. Yang lagi best, walawpun bersuka ria, masih dapat menambah perkataan baru bahasa arab yang aku tak tahu - Alhamdulillah ~

*Dah bersuka ria baru boleh menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran - Doakan aku yang terbaik untuk peperiksaan kedua sesi ini. Untuk peperiksaan ini aku kene bersungguh2! Yeah!



Seterusnya...

Sunday, October 11, 2009

Flight Reviews : Jet Airways

Assalamualaikum;

Yerp, ada 1lagi entry pasal review2 flight neh di sebabkan masa aku balik sini smula, aku bukan naik GulfAir, tp naik flight yg sama codesharing die tu Jet Airways. Maka nya, secara automatik bertambah lagi la koleksi penerbangan aku yang aku dah naik wlwpun secara tak sengaja. Haha.. (Khusus tul Alif :: Dal :: Mim yeee)


Jet Airways adalah sebuah syarikat penerbangan kebangsaan kedua India selepas India Air yg berpusat di Mumbai. Syarikat ini di anugerahkan dengan penerbangan 3 bintang. Memenangi banyak award yang boleh di banggakan jugaklah, setaraf dengan kelasnya... Kejayaan paling membangga kan bagi JetAirways adalah dianugerahkan The World's Best Long-Haul Airline selepas Singapore Airlines. Sumber DISINI



Berikut adalah butir2 penerbangan yang aku naik :

KUL - BAH
Airline : GF281
Aircraft : Boieng 777-200/300
Flight Duration : 6:50
Class : Economy

Pramugari - Pramugara :
Hurm, campur2. separuh GulfAir separuh JetAirways punyer. Tapi tugas tetap sama je. Baju die mcm xbest sgt, just pakai kot n seluar slack. kalau GulfAir ada topi2. Oh, btw lupe nak bgtaw yang GulfAir+JetAirways neh die ada special sket sbb die ada wujudkan SKY NANNY di mana tugas die di samping jaga penumpang2 neh, die juga bertugas sebagai penjaga kanak2 kecik. Mana ada budak2 tu, die la yg jaga. Bagi2 hadiah pe sumer. So, kalau mak die nak tido, on je. bg je kt SKY NANNY tu suh die jaga. Lagi 1 aku suke baju SKY NANNY die tu.. Very Attractive

LegRoom / Seat :
Secara keseluruhan, flight die neh sama je die punyer interior design dengan GulfAir. Aku pun not really sure la kan, kot die cat luar je JetAirways, tp dalam GulfAir. So, legroom n seat pun sama je le dgn GulfAir. Sila rujuk GulfAir

HeadRoom :
Yeah, still d same. aku suker la Boieng, HeadRoom die luas. wlwpun aku xde la memerlukan headroom yang tinggi naa.. tp dengan design gitu nampak lapang sket.. sejuk je mata

IFI (in-flight Info) :
-Same like GulfAir -

"Economy Class"

IFE (in-flight entertainment) :
- Same like GulfAir - Tak banyak lagu sgt, tak banyak cerita sgt. sekadar je laa..

Meals On Board :
Sebelum sampai ke Bahrain, die bagi light refreshment! Sejuk beku! roti die la... tp lapar..makan jeee.. rezeki jgn di tolak

Service :
Aku tekan yg panggil pramugari tu.. dekat nak 5-6x.. Seko pun xdatang bengang btul aku!

"Business Class"

Cabin :
1st time flight aku sianggg je sepanjang perjalanan. So, nothing special la. cuma boleh nampak India waktu siang pulak. Usha2, xde plak nampak Taj Mahal. Kot la silau2 pancaran matahari dek marmar putih die tu kannn...

Take-off / landing :
Aku suke landing die. Masa tu Very smooth... rasa mcm nak tepuk tgn je...

Toilet :
Ok je.

OverAll :
Sama je la mcm GulfAir. Macam cat luar die tu je JetAirways. Dalam sumer samaa je dgn GulfAir. Tp kira ok la jugakkk... Best naik boieng tuu...


Seterusnya...

Saturday, October 10, 2009

Flight Reviews : Gulf Air

Assalamualaikum;


Y
eah.. Aku kembali lagi ke Malaysia, tanah airku. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri kan... Lagi pun no place like home!

Kepulangan aku untuk kali ini pula, aku berpeluang terbang bersama syarikat penerbangan Gulf Air memandangkan syarikat itu je yang menawarkan harga tambang yang berpatutan. Apa2 pun aku bersyukur sbb kalau nak kira la kan, hampir semua syarikat penerbangan kat middle east neh aku da try, tinggal Emirates je. Hope i have a chance fly Emirates for the last neh. Balik habis.. Aminnn..

So, for now, saya nak wat reviews la kan mcm saya buat sebelum2 neh la kann... Data2 flight ada lah seperti berikut:

AMM - BAH - AMM
Airline : GF972 / 971
Aircraft : Airbus Industrie A321
Flight Duration : 2:30
Class : Economy

Check-in :
Alhamdulillah la, semua barang aku lepas walaupun aku rasa total barang-barang aku semua dekat nak 50KG. Walaupun die tak bagi grouping, tapi die bagi jugak nak topup2 kat orang lain and the very last tu, die bagi je lepas dalam 5kg jugak. Selamat ~

Pramugari - Pramugara :
Multiracial. Kita boleh taw pramugari / pramugara die tu berasal ataupun mungkin base die dari masa bila kita usha sket kt nametag die tu. ada bendera kecik. masa aku naik neh, pramugara ada sorang je kot. len sumer pramugari. ada pramugari dari India tu, aku nak amek gambar die masa die tunjukkan safety demo tu, die suh delete balik gambar die! hampeh, flight lain tak ada pun mcm tu. tapi mmg sebab die tak lawa punnn. sbb tu mungkin die suh delete pic die. huh, bajet!lagi 1, mcm biasa la kan, pramugari / pramugara die neh, ramai tua2. pramugara, ada yg gemuk2. kalau mcm tu aku rasa kalau aku apply pun dapat je... sbb aku lagi kurus dari diorg. ke mmg syarat die kene gemuk2? NO IDEA!

LegRoom / Seat :
Legroom die, just nice la. tapi xde la mcm Etihad, aku siap boleh duduk bersila lagi. Ni kira ok je laa.. xde la rasa mcm sempit ke pe. lagipun mungkin flight dekat2 neh je kot. TAK ADA TEMPAT LETAK KAKI KAT KERUSI DEPAN TU. alaa, yg tempt letak kaki tu laaa.. XDE! Seat die pun ok laa.. muat aku je

IFI (in-flight info) :

ZERO! hampes tul.. flight dalam negara2 arab neh mmg aku rasa sumer tak ada IFE la. Megazines2 pun.. dah koyak rabak. even (ceh, even tuu) nak bg earphone pun harammm... kot2 la ada lagu2 ke. Sudah eh, on iPod..zzzz.. tapi x zzzz sgt pun, kejap je kann.. haiz

IFE (in-flight entertainment) :

Ada, tp screen kecik je la kt tempat air-cond die tu, alah, tapi aku mcm tgk tak tgk je. cerita arab. boring... bukan VOD (Video on demand) laaa..

Meals On Board :

Ok jugak. Even (even lagi) dekat pun die bagi pilihan makanan. tgh lapar, of coz la nasik kan siap "May i Have another meals?" lagiii.. lapar punyer pasal, die bagi je. kalau berminat, cubalah!

Aku xsure la apa konsep GulfAir neh kan, aku pernah la terbacakan, GulfAir neh tidak menggunakan alatan makan besi sebagai keselamatan. So, GulfAir menggunakan semua peralatan menggunakan plastik. Mcm nursery pun ada. comel je sumer peralatan die tu. sudu garfu die.. ahakz

Service :

Not bad la. tak ada la lembab na. tapi tak mcm Etihad sbb tak ada dapat air mineral sejurus kita naik sebelum take-off tu. dahaga laaa...

Cabin :
Ok je. Wangi. Masa naik tu ok je.. masa turun tuu... mcm kene taufan dlm flight.. bersepah2 gile buku2 kene koyak, bantal2 pe sumer. haiz. arab oh arab!

Take-off / landing :

Agak bergegar. Pilot baru kot...

Toilet :
Tak pergi, sebab masa nak pegi tu, tgk bahagian dapur kat belakang tu, penuh dgn air melimpah. adoii.. apa laa orang arab neh buat.. jahanam flight.. haha


BAH - KUL
Airline : GF280
Aircraft : Boieng 777-200/300
Flight Duration : 8:00
Class : Economy

Pramugari - Pramugara :
Ok je kot, Flight kosong masa tu, so pramugari tu focus kat kitorg je laa. mintak nak tukar seat pun, senyumm je. kira ok lah..

LegRoom / Seat :
Boleh la kot. aku suke seat die. bile kita nak rebahkan kebelakang tu, mcm cukup comfort la. pastu tempat letak kaki die kat kerusi depan tu pun, tak pernah aku jmpe sebelum neh, ada mcm pakai net taw. mmg sgt rest la kaki bile meletakkan kaki kt tempat letak kaki netting tu. sambil rebahkan kerusi ke belakang plak kan..zzzzz. Yang best lagi kt seat die tu, ada lampu kecik tuk suluh kat meja makan.. khusus tuk mejaa je.. suke la lampu tu. tak ada kt flight lain la setakat neh...

HeadRoom :

Aku suker la boieng! 1st time naik flight Boieng sbnrnyer.. aku suker bahagian luggage compartment kat atas die tu.. tak mcm Airbus. airbus nampak mcm sempit. ini luasss je.. suke..suke!

IFI (in-flight Info) :

Bagus! Cuma tak ada camera je. tak leh tgk depan, bawah, tepi ke..lain sumer ok!

IFE (in-flight entertainment) :
Best la jugak. tapi bagi aku la kann. ETIHAD lagi best lagi, sebab ada cerita melayu. lagu2 dalam ETIHAD pun banyak n terkini. Ini byk lagu India. Tp best sbb leh main multi player games. lawan2 dgn org sebelah apa semua kan.. leh hntr msg seat to seat lagi. best laa.. tak boring..

Meals On Board :
Ha, bagus! Boleh mintak another meals jugak. die bagi je. siap another fruits lagi. haha..

Service :

Mungkin ini flight jauh kann, so service die mcm ok laa. ke sbb flight tak ramai orang? hurmm

Cabin :

1st time jugak naik flight kerusi die 3-3-3 mcm agak besar flight sebenarnya ada 3class. economy, business and first. yang first tu, nampak2 nya mcm bilik2. huh.. bile la leh duduk kat kelas tuu

Take-off / landing :

Ok je.. seram2 je bile landing. haha

Toilet :

Okje.. macam biasa. g toilet bukan nak apa sgt pun, saja je buat lawatan. boring tak taw nak wat pe da dlm flight..

OverAll :

Best je la. Naik flight kan, best je la. lagipun GulfAir mmg orang da kenal la kan. wlwpun die penah ada crash dulu. tp tu sumer malang tak berbau la kan, DAH BENDE NAK JADI. ahakz. LAgi yang best bile nak balik dari Malaysia tuu.. ada transit. dapat hotel kat Bahrain. best gile hotel.. nnt reviews hotel plak nnt..

Flight neh ada arak jugak. arab sebelah aku slumberrr je mintak white wine n red wine adoiii. So far, kuwait airways la sgt Islamic. dah la ada alunan ayat2 al-Quran masa boarding tu, pastu tak ada arak ( setakat yang nampak laa kan). bgskn?


Seterusnya...

Sunday, October 4, 2009

Film Reviews : Jin Notti




SINOPSIS : Cerita die mengisahkan seorang anak jin yang di hantar ke bumi untuk membuat kejahatan sebab die baik sgt kat tempat jin tu. sampai kat bumi die terjumpa ayah dia yang juga di hantar ke bumi satu ketika dahulu, tapi tidak berjaya melakukan kejahatan, makanya terus tinggal dibumi...

YANG BESTNYER : Cerita die amat ringan. Mcm drama je aku tgk. Klu nak sronok2 tgk, tanpa berfikir apa2 boleh la nak tgk cerita neh. Ada Mawi. Boleh tahan jugak la tgk lakonan Mawi tu. Mcm kelakar pun ada walapun dlm situasi serius. Gambar yang baik. Kesan bunyi yang bagus. Effect cerita yang mcm ala2 ONGBAK pun ada, mcm Matrix pun ada jugak.. layan kan je la... kang kalau tak buat kang.. orang asik duk ckp, bile laaa, cerita melayu nak ada efect2 mcm tu.. hurmmm

YANG TAK BESTNYER : Hurm.. Cerita melayu.. Mcm tu laaaa..

KESIMPULANNYER : Sape nak g tgk, tgk la. tak payah tgk pun xpe je. tgu nnt bile raya tahun depan, confirm kuar kt tv!


Seterusnya...

Tuesday, September 29, 2009

Kembara : Masjid Besi

Assalamualaikum;

Entry ini juga outdated gile.. Tp nak tulih jugak!

Masjid besi neh terletak kat Putrajaya. Tepi sungai. Di perbuat daripada 70%-/+ bahan keluli. Sbb tu nama die Masjid besi... Masjid kedua selepas Masjid Putra yg warne pink tu... Di tanya mengapa bina masjid banyak2 kt Putrajaya neh. Di jawab, sbb populasi kt Putrajaya neh akan bertambah banyak lagi selepas neh, so die buat la dulu masjid neh untuk kegunaan masa depan lah jugakkk.. Aku dtg sini sembahyang Asar berjemaah selepas pulang dari KLIA pada 09/09/09. Nampk x lama gile entry neh.. ini ada je lagi nak tulih neh.. tgu turn je sumer... byk gile tinggal... bz duk mesia....

Masjid besi secara keseluruhan dari jauh...

Aku suka dlm masjid neh yg menggunakan sistem open air. air circulation die best! sejuk je masjid neh.. luas pun luas.. lagi best sbb ada ayat quran yang di letak pada kaca kat depan2 masjid neh.. mcm xpenah tgk lagi sblm neh org buat gitu..lawa!

Apa yang menariknya lagi, keliling masjid neh sumer ada air yang mengalir tenang. menyejukkan lagi keadaan sekeliling masjid neh. masa dtg neh tgh puasa.. panas pulak tuu... berpeluh2 rasa mcm nak terjun berendam je dlm air tuu... angin tiup dari arah barat mcm best je (ttb je taw dari arah mana)..


Apa yang aku kurang setuju la dgn masjid neh adalah ruang perempuan die yang open jugak. tak ada tirai apa pun.. kat belakang semua nyer.. kot buat kt atas ke.. apa ke.. on apa? so, bila jemaah laki neh bagi salam je..trus leh nampk jemaah ppuan. yg jemaah ppuan nak siap2 pkai tudung ke, nak tukar kain smyg ke.. pyhh...


Jenis seni bina die best jugakk.. lawa..wlwpun pun pakai besi.tetap mengekalkan ciri2 seni bina islam yang asli..


Masjid ini juga lengkap dengan papan tanda yang membantu para jemaah tidak sesat dlm masjid yang besar ini...


Seterusnya...

Tuesday, September 15, 2009

Flight Reviews : AirAsia (2)

Assalamualaikum;

Untuk 2nd flight reviews aku yg bg Syarikat Penerbangan Tambang Murah Negara ini, @AirAsia ni kann. Sape yg nak bc 1st reviews aku.. sila ke sini. ok..

Sebelum lidah mengatur bicara, sebelum bicara mengatur lenggok bicara, molek lah kiranya aku bg detail2 flightnyer dulu ehhh...haha

KUL to BKK
Flight No : AK 742
Flight Type : Airbus Industrie A320

BKK to KUL
Flight No : AK 735
Flight Type : Airbus Industrie A320




Untuk reviews kali ni ada beberapa perkara je aku nak cerita sbb yang lain2 sumer aku dah cerita dlm reviews sblm neh...sama je sumer..xde perubahan... berikut ini adalah beberapa pengalaman baru la menggunakan perkhidmatan penerbangan AirAsia buat kali kedua ini..

1. AirAsia Call Center (+60321719222) :
- Masa berinteraksi dengan system SANGAT LAMA. Nak tgu die ckp 1-1 kene tekan ini utk ini, kene tekan itu utk itu. Sepatutnya senaraikan bnde2 yang penting je, kemudian yg paling akher, trus je la tekan no apa2 kalau nak bercakap terus dengan operator service center. Buang masa je nak tgu mesin tu cakap 1-1... Baru la boleh bercakap dengan operator tu...

- Service operator tu LEMBAB! Memula dah call, pastu die cakap line super bz dan die akan call smula within 1hour.. Aku tgu, punya tgu, punya tgu dekat nak 3hour.. Tunggu die call.. YANG ADOOOO... Last2 aku kene call balik.. Nak call balik tuu.. Kene tggu lagi mesin tu cakap 1-1 baru la boleh cakap dengan operator tu.. Sgt BUANG MASA!

- Operator yang ckp dengan aku itu pulak, SANGAT KURANG PENGETAHUAN die. bile aku tanyer sikit, asik2 nak hold sbb nak tnya kawan die, die tak tahu. Pastu agaknya nak cover profesional die ckp.. "Based on my knowledge..." Mana boleh mcm tu, kalau UR KNOWLEDGE itu tak sama dengan UR COMPANY POLICIES makanya akan mengundang masalah bila penumpang nak naik flight nnt.. APARAAA..

- Operator tu TAK IKUT ARAHAN apa yang aku nak. Kan aku dah bgtaw yg mesin tu membebel macam2 kan.. Aku dah tekan no 2 tuk bahasa Melayu la kan, mudah sket nak berinteraksi. Kalau ada bahasa arab lama aku tekan bahasa arab dah.. Lagi mudah nak berinteraksi. Ahakz, tup2 dah tekan bahasa melayu pun operator tu still nak speak English. Nak je aku sound. Tapi mcm terlayan pulak die cakap English, aku pun bantai la English gak kan, takkan nak ngalah kot kan.. Tapi mcm agak2 laa.. Spttnya ikut arahan... Kalau x, tak payah buat arahan pilihan bahasa itu.. Membazir je!


2. Check-in Counter :
- Check-in neh ok je. staff yg bertugas tu pun melayan dengan baik je.. Semua berjalan lancar..

3. Special Assistant :
- Memandangkan mak aku berada dalam keadaan kurang upaya yang memerlukan special assistant daripada pihak syarikat penerbangan, aku bagi 5star services la tuk AirAsia special assistant itu. Dari check-in smpai la boarding. Sumer Ok!

Die bg mak aku ambulift untuk mak aku masuk ke dalam pesawat. So, tak perlu la mak aku memanjat tangga itu untuk memasuki kedalam pesawat. Cabin2 crew itu pun sumer sgt ramah membantu mak aku. itu aku suke. Pastu masa balik tu pulak, kitorg assign tuk pick a seat yang biasa je, tp die bg kami hot seat sbb mak aku need a special assistant. bgs..bgs!

4. Cabin Crew :
- Di sebabkan kami orang yang pertama yang boarding dulu dan kamilah orang yang terakhir disembark so, boleh la aku gedik2 dengan cabin-crew die, mcm biasa la kann, aku amek gmbr dengan pramugari die dan amke gmbar kt dalam cockpit die. tp cabin-crew die kata jgn upload kt facebook. aku tak ada facebook aku ada blog je.. facebook n blogger lain kan? haha



5. Flight Schedule :
- DELAY...DELAY...DELAY! Memanjang delay.. bile la nak elok timing die neh... kalau naik AirAsia neh.. Sabar je la dengan delay2 neh...

6. Kesimpulan :
-Mcm kesimpulan sebelum neh jugak, bila anda menggunakan perkhidmatan AirAsia neh, anda tak boleh la high xpectation sgt dengan service die neh mcm flight2 biasa sbb AirAsia ini adalah Low Cost Carrier. So, bile da LCC neh, kene la wat2 biasa je. Asal sampai sudah, menghubungkan, membina, mengukuhkan silaturahim atawpun apa juga niat2 lain sudah. kalau nak service best, byr la best jugak kann.. tu je la.. pe2 pun setakat ni, Motto die, Everyone can fly itu still boleh di realisasikan lagi.. Mak aku yang kurang upaya pun still boleh terbang jauhhh ke Bangkok.. Selamat semua. Alhamdulillah... MAYBE c u again in Febuary.. ahakz.. babai

*bukan tak nak naik MAS@Thai, tp abah aku ckp sbb puasa kan, rugi je naik MAS@Thai, tp tak makan nanti dlm flight..huhu


Seterusnya...

Thursday, September 3, 2009

Film Reviews : The Final Destination




SINOPSIS : Cerita die mengisahkan sorang mamat neh, die g tgk lumba kreta Speedway. Pastu masa die tgk perlumbaan kreta tu, die mcm ternampak masa depan, sorang-sorang mati. Alaaa... mcm final destination sebelum2 neh lah senang cite. Kalau tak tgk lagi final destination yg sebelum2 neh, ssh laa.. Konsep die sama je...

YANG TAK BEST : Mengekalkan konsep cerita neh. Mati ikut turutan apa sumer. Pastu ada yang rasa macam sajee jee asbab (asbab?) nak jadi kematian tuu, pasal turn org tu nak mati. contohnya la kann.. mcm bile org tu die da nampak bende2 yg berkaitan dengan kematian tuu.. nnt masa tu la, kipas nak jatuh la pe la, itu la ini la.. mcm da boleh agak da laa.. pasni akan ada kematian akan berlaku.. hurm, lebey kurang gitu laaa... kadang2 aku rasa mcm ada je part2 yg xlogik. ada jugak part2 yang rasa mcm biasa jee.. tp sbb setkan mind aku.. dah namanya cerita.. on je laaa...

YANG BEST :
Jalan cerita yang menarik, NON-STOP ACTION, bunyi best, berdebar2 masa menonton, gambar lawa, kematian die kejam gile. siap ada terkejut2, kadang2 di luar jangkaan. bajet ingt macam neh, tgk jadi mcm neh.huh..best lah!

KESIMPULAN : BEST! aku suke. stengah jam pas aku tgh cite neh, aku still mcm tersenyum2 lagi akibat dek kebest-an cerita neh. action2 die tuu.. fuhhh.. best3x. die ada 2versi. 1 biasa, 1 3D. aku rasa klu tgk 3D g best kot.. boleh la nonton!

RATING : 8/10


Seterusnya...

  ©:: MyWay [v2.2] ::. Template by Dicas Blogger.

TOPO