Showing posts with label Pendapat. Show all posts
Showing posts with label Pendapat. Show all posts

Wednesday, November 11, 2009

Info : 1st World War

Assalamualaikum;

Hari dalam sejarah, 11 November 1918, tamatlah perang dunia pertama yang menyebabkan byk nyawa terkorban begitu sahaja. Di katakan sebanyak 10juta nyawa tentera yang berjuang di medan perang terkorban dari kedua-dua belah pihak iaitu pihak berikat dan pusat kuasa. Kesan dari peperangan itu, maka banyak kerajaan yang tumbang jatuh menyembah bumi.. (Huh, sangat tak boleh blah dgn ayat ini)

Sebab itu kalau kita tengok orang-orang eropah macam Sir Alex Ferguson, akan memakai bunga poppy merah di baju mereka bagi tujuan mengingati pejuang-pejuang yang terkorban semasa tercetusnya peperangan ini yang berlaku selama 4tahun, dari 28 Julai 1914 sehingga 11 November 1918. >>Sumber di sini<<

"Red Poppy"

Bukan itu yang aku nak cerita. Tak kesahlah kan dia nak pakai apa pun. Lagi pun untuk negara dia jugakan. So, tak ada masalah.. yang masalahnya... Mamat ni... Punnnn nak pakai jugakkk..haishhh...


Di sebabkan dia ni pakai, aku terus cari cerita pasal bunga ini dan kenapa apa semualah. Malam itu aku tidur dekat nak pukul4 pagi sebab nak tahu cerita disebalik bunga ini. Lepas itu barulah aku tahu cerita bunga ini...

So, apa masalahnya?

Masalah eh sekarang ini, perang dunia pertama jugaklah faktor2 menyebabkan jatuhnya empayar turki uthmaniah yang dibina sekian lama yang sangat agong dengan kekuatannya dan kawasan pemerintahanya yang lebih kurang 1/3 dari penduduk dunia ni.. >>Sumber di sini<< Kalau dia pakai tu, maknanya die menyokong kejatuhan empayar itu yang mana empayar itu adalah empayar Islam. Dia ini orang Islam. Pastu menyokong kejatuhan Islam.. Aparaaa...

Tu je yang aku xpuas ati nyer.. haha

Bersangkutan dengan hari peringatan tamat dunia pertama ini, Harini pun aku tamat peperiksaan pertama. Boleh la rehat2 dalam 2minggu ke... Pastu bersiap sedia tuk peperiksaan kedua pulakkk.. lepas tu final.. lepas tuu turkey.. turkey?

Babai ~


Seterusnya...

Friday, April 17, 2009

Semasa : Selamat Datang Adik Nik Nur Madihah

Assalamualaikum;

"Manusia Tidak Dicipta Ada Yang Bodoh Dan Ada Pula Yang Pandai. Akan Tetapi Semuanya Dicipta Dengan Berbeza Kepandaian Dan Kebolehan"


Ahlan Wasahlan, Selamat Datang saya alu-alukan kepada Adik Nur Madihah yang akhirnya memilih Jordan sebagai destinasi pengajian tingginya. Tidak terlewat agaknya untuk saya mengucapkan tahniah atas kejayaan yang anda memperolehi dlm peperiksaan SPM yang lalu. Semoga ilmu yang anda perolehi itu mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Membaca akhbar KOSMO! yang membuat liputan berkenaan dengan hajat adik Nur Madihah ingin melanjutkan pelajaran ke sini membuatkan saya rasa begitu senang dengan pilihan beliau. Bukan kerana saya juga belajar di Jordan dan bukan juga sebab nnt leh la saya usya die bile die dtg sini nnt, tapi sebenarnya pilihan anda itu membuktikan bahawa bidang Agama bukanlah pilihan yang terakhir selepas tiada bidang lain yang sesuai dengan kelulusan mahupun bidang low-class.

Maka pastinya, mencebiklah mulut2 orang yang masih buta dengan bidang agama ini dengan pilihan adik Nur Madihah ini yang mahu menaja beliau ke UK dalam bidang fizik seperti yang dicita-citakan oleh beliau. Lebih teruk lagi jika ada yang mengatakan, "Kenapa pilih bidang agama? tak ada future laaa. Balik nnt jadi ustazah je".


Sebenarnya ungkapan-ungkapan seperti itu seringkali saya dengari sendiri dari mulut-mulut orang yang tidak ada future di dunia dan di akhirat. Mereka hanya berfikir tentang dunia sahaja. Mereka mungkin tidak pernah terfikir akan mati. Jika mereka mati, siapa yang akan menguruskan jenazah mereka? Kita pergi yg lebih mudah, jika mereka mengalami musibah dengan bidang yang ada future itu, kepada siapa harus meminta tolong jika mereka tiada pegangan agama? Siapa yang mahu ajar anak2 mereka mengaji al-Quran, mendoakan mereka bila mereka sudah mati nnt? Dengan agamalah manusia itu boleh berjaya.

Bukan hendak menidakkan sesetengah orang yang bukan dari jurusan agama itu tidak boleh berckp psl agama. Kebyakkannya orang bukan dari aliran agama ini lebih hebat ilmu agamaya dari yang mempelajari ilmu agama bertahun2 ini. Mmg banyak contoh2 yang boleh kita lihat pada harini, bahawa orang yang dtg bukan dari aliran agama amat hebat ilmunya. Pelajar dari aliran agama ini lah yang banyak masalah. Kes itu ini. Tercicir. Tetapi ini semua berbalik kepada konsep rezeki dan konsep qada dan qadar ketentuan dan Allah. Mungkin Allah ingin menguji kesabaran ahli agama dengan ujian yang sedemikian rupa, dan mungkin jua Allah ingin melihat sejauh mana ilmu bukan aliran agama boleh bertahan jika tidak berlandaskan dengan agama. Ilmu duniawi memberi kesenangan di dunia. Ilmu agama memberi kesenangan di akhirat. Akan tetapi, jika ilmu duniawi itu bergabung dengan ilmu agama maka mudahlah urusan di dunia dan di akhirat.

Orang bukan aliran agama, bersungguh-sungguh untuk mendapatkan agama. Oleh kerana itu ilmu mereka amat hebat. Sebab mereka mencari. Bukan menunggu ataupun hanya menadah, mengaga mulut untuk di suap satu persatu. Pelajar beraliran agama ini, mereka hanya tahu fikir mudah. Ilmu ada di kiri dan di kanan, tinggal hendak dicedok je. Bila-bila pun boleh. Sebab itu mereka ni biasa jee. Mereka fikir esok masih ada ataupun lambat lagi untuk balik Malaysia. Bile esok dah nak balik Malaysia, br sumer nak menyesal. Ini bukan saya ckp orang lain, saya cakap dgn diri sendiri sebnrnya. Sudah 3kali saya pulang ke Malaysia atas tiket bercuti. Bila smpi di Malaysia, saya amat merasakan bahawa seolah tidak cukup bekalan ilmu yang sepatutnya saya dapati di sini untuk dihidangkan kepada orang-orang di Malaysia. Tapi bile balik sini smula. LUPA!

Akan tetapi, apa-apa pun, itu semua ilmu Allah. Tak kira la ilmu fizik ke, ilmu agama. Sepanjang ia bergelar ilmu. Itu semua milik Allah. Malah semua di Dunia ini milik Allah. Manusia tak layak untuk berbangga dengan kemajuan, kemodenan, ketamadunan bangsa itu kerana itu semua milik Allah. Manusia itu juga milik Allah. Allah jua yang memberikan kesemua kemodenan, kemajuan ketamadunan bangsa semata-mata untuk menguji hambaNya agar reti bersyukur. Kita sesama manusia ini perlu saling ingt mengingati. Sbb itu klu sblm belajar kita di galakkan untuk berdoa akan di permudahkan kefahaman serta di permudahkan untuk menerima ilmu itu dan mendapat keberkatan.

Ilmu boleh dtg dan pergi. Jika kita menuntut, dia boleh dtg. Jika kita melupainya, dia akan pergi. Ilmu perlukan praktikal. Jika hanya mempelajari teori, samalah seperti menulis di atas air.

Jika adik Madihah membaca entry ini, sila la rujuk entry ini dan ini sebagai rujukan sblm anda ke sini agar tidak terkejut dengan budaya di sini kelak. Selamat datang sekali lagi sya ucapakan, saya amat mengalu2kan kedtgn anda di sini kelak!




Seterusnya...

Sunday, April 12, 2009

Pendapat : Manusia Boleh Berubah

Assalamualaikum;


Gambar Kenangan Dengan Ustaz Mohd Azmil bin Dato' Mustapha a.k.a Ali Setan sempena Majlis Seminar Dakwah Islamiyah @Mafraq


Kagum betul saya melihat perubahan manusia. Sangat mengagumkan lagi bile perubahan itu ke arah yang lebih positif. Manusia boleh berubah. Dari sesuatu ke sesuatu. Dari baik jadi jahat. Dari jahat jadi baik. Dari elok-elok bercinta bagai nak rak, melafazkan kata setia cinta, kepada caci maki hamun kutuk mengutuk, fitnah menfitnah. Mula-mula kata A kemudia kata B pulak. Manusia boleh berubah-rubah. Macam-macam perubahan yang boleh kita lihat yang terjadi kepada manusia. Ada jugak yang berubah dari sudut dalaman, tak kurang dari sudut luaran, dari gemok nak kurus, dari kurus nak gemok. Semuanya atas kemahuan dan kehendak diri itu sendiri sebenarnya. Dia sendiri yang mencorakkan diri dia yang sebenarnya. Seperti firman Allah SWT dalam kitabNya, dalam surah ar ra3du, 11 : 13 yang membawa erti : Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri.


Kita sama sekali tidak boleh serahkan kepada keadaan, takdir, alam sekeliling dan nasib untuk berubah. Akan tetapi dengan usaha yang begitu gigih, azam serta fokus kita kepada matlamat itu menjadi titik penentu keberjayaan untuk berubah itu. Sebagai contoh paling mudah, berazam untuk berhenti daripada merokok. Sepatutnya, kita kene setkan dalam minda kita, TAK NAK MEROKOK, caranya dengan menjauhi segala benda yang berkaitan dengan ROKOK dan fokus kepada matlamat untuk berhenti merokok. Janji pada diri, tegaskan dalam diri untuk tidak merokok lagi mahupun yang melihat apa-apa sahaja yang berkaitan dengan rokok itu. Contoh ini boleh dikaitkan dengan bende-bende lain yang kita ingin ubahkan itu.

AKAN TETAPI, KALAU BERCAKAP, MENAIP, MEMBERI NASIHAT ITU MEMANG MUDAH. Orang yang tidak merasai perkara itu dengan sebelah mata boleh berkata-kata tanpa melihat kepada si pelaku itu. Melalui saat-saat perubahan itu sangatlah perit. Berlawan dengan diri sendiri. Seperti berjihad di medan perang. Persediaan kene cukup mantap. Dari segi mental, fizikal dan rohani. Paling penting rohani itu. Jika rohani itu masih lemah, maka amat sukar untuk berubah secara keseluruhannya. Sebagai contoh lain pulak, bagi yang dah biasa minum arak ke, berzina ke. Bila mana mereka tidak mendapat bende2 itu, pastinya akan teringat2, lebeh teruk klu smpai tahap mengigil ke dek kerana nakkan bende itu.

Orang sekeliling juga memainkan faktor yang penting, kadang-kadang terus menyalahkan si pelaku atas kelakuan mereka itu. Terus menghukum tanpa memahami keadaan si pelaku apa tah lagi menyelami perasaan si pelaku. Si pelaku memang mempunyai perasaan yang amat kuat untuk berubah, akan tetapi cemuhan serta penerimaan masyarakat terhadap si pelaku itu kadang-kadang membuatkan si pelaku hilang semangat dan berputus asa untuk berubah. Tambahan lagi jika wujud komplot memulau serta mengumpat si pelaku akan menyebabkan si pelaku rasa sangat tersisih.

SEPATUTNYA, Masyarakat sekeliling kene support, membimbing si pelaku untuk menjadi lebih baik. Bukan hanya menyalahkan. Itu adalah tindakan yang salah!

Berbalik pada cerita Ali Setan itu, perubahan yang amat ketara dirinya itu. Sangat kagum. Beliau menceritakan saat mendapat kemanisan iman itu. Sungguh menyedihkan. Kerana bukan semua orang boleh merasai akan kemanisan iman itu.

Apa yang penting disini adalah hubungan kita dengan Allah itu. Berdoa untuk menjadi lebih baik dari sekarang kerana Dia sahajalah yang dapat membantu kita untuk menjadi umatnya yang terbaik di kalangan yang terbaik.

Wallahu'alam~


Seterusnya...

Tuesday, March 24, 2009

MyWay : Kenapa Aku Tulis Blog?

Assalamualaikum;

Harini sejuk. Hujan turun renyai2. Sesekali terkena kulit licin pipi gebu aku ini, sejuk juga rasanya. Bile bercakap, mulut berasap2. Rasa mcm duduk kt oversea pula----Tapi bukankah skrg ini aku kat oversea? Jauh dari kaum keluargaku? Bisik hatiku sendiri. Tergelak kecil di dalam hati. Mentertawakan diri sendiri sebab terlintas pula bende tak masuk akal itu. Haha..

Untuk apa aku tulis semua ini? Nak wat apa bagitaw seluruh penduduk alam ape yg aku buat, aku fikir. Pastu dok tgu kalaw2 ada org nak komen kt setiap entry yg aku buat itu. Mcm buang masa pun ada sbnrnyer. Tapi kenapa nak menulis jugak wlwpun dah taw buang masa? Kenapa aku menulis? dan kenapa org lain pun ramai yang nak menulis jugak? Lagi mcm kelakar bile ada org mintak ajar buat blog :

"Anap, ajarla aku buat blog. Aku nak wat blog mcm kaw. Blog ko best.. Bawah sikit je dari Blog JustKhai mahupun Blog Kereta Mayat" -Ketahuilah bahawa ayat yg sbenar adalah ayat yg pertama tu je. Ayat yang ke2,3 dan 4 itu adalah ayat aku sendiri...kiki


Sedikit Sejarah Blog Aku :-

Mula-mulaaaaaaa dulu aku tluih blog pkai blog frenster je. Aku de bc blog kawan aku jugak, ms tu aku dok Mesia lagi. Die duk Mesir. Die tulih2 blog. Mcm best je.. Sejak dari itu aku bermula menulis blog ini. Masa itu around tahun 2004 gitu kot. Not rili sure la. Xingt. Dengan blog aku yg hanya dikenali dengan ::MyWay:: pada ketika itu. Dalam tu xde pe pun. Sumer dok cite pasal aku je. Ape yg aku tak puas ati, ape yg aku seronok.. Sgt diari blog itu. Haha.. Ntah ape2ntah..

Kemunculan sebenar blog ini pula adalah atas dasar ketidakpuashatian aku dengan seorg hamba Allah ini yg bajet die sgt best. So, aku pun berpindah la kt blogspot ini dengan hati yang sgt busuk untuk bersaing dgn die agar mencapai jumlah kunjungan teramai ketika itu. Aku berjaya memenangi dlm perlumbaan itu. Aku sgt berpuas hati walawpun pada hakikatnya tiada apa2 pertandingan pun yang dianjurkan. Aku je syok sniri. Lepas dari itu, aku rasakan ada roh2 keinsafan muncul from d bottom of my heart..Erkk! mengatakan blog ini boleh dijadikan medium untuk berkongsi ilmu, pengalaman serta pandangan dengan seluruh penduduk alam maya. Buat ape nak bergaduh dengan bende yang tidak ada faedahnya? Aku insaf.. Lantas memulakan hidup baru, cara penulisan dan pendekatan yang baru...

So, Kenapa aku tulis blog?

  1. Kat sini [Jordan] aku terlalu banyak masa yang terluang. Kalaupun dah baca buku ke, dah pegi wat kerja2 amal ke, masa yang berbaki tetap banyak. So, dari aku dok melanguk je, bek aku tulih blog. Berkongsi ilmu.
  2. Aku rasakan keluarga aku kt Malaysia pasti ingin mengetahui cerita2 aku di perantauan ini. Jadi, dengan blog ini la tempat aku nak bercerita kt keluarga aku.
  3. Kawan2 aku pun suruh ceritakan pengalaman aku di perantauan ini.
  4. Aku nak kumpul ilmu2 yg aku dpt, tak kira la dari pengalaman aku ke, sekeliling aku supaya aku boleh merujuk kembali apa2 masalah bila dikemudian hari nnt.
  5. Aku nak bg anak2 aku baca perjalanan hidup ayah die neh supaya die boleh pelajari sesuatu dari ayahnya yang hensem neh..ngeeee...
  6. Aku catatkan angan2 aku, matlamat aku supaya kalaw aku berjaya nnt, aku leh buktikan yang aku pernah berangan2 suatu ketika dahulu..
  7. Sebagai bukti aku pernah sampai ke sesuatu tempat itu yang aku catatkan dlm label "kembara"..
  8. Menyuarakan pendapat aku berkenaan dengan keadaan sekeliling aku
  9. Cuba untuk berkongsi info2 terkini yang berlaku disekeliling aku.
  10. Jika aku mati esk hari, sekurang2nya ada 'bende' yang aku tinggalkan untuk sekelian penduduk alam maya ini. Aku bukan lah seperti ulama'2 tersohor dahulu kala, boleh mengarang buku untuk menjadi rujukan umat kemudian, akan tetapi hanyalah seorg pelajar yang hanya tahu mengambil ilmu2 dari ulama'2 terdahulu itu. Oleh itu, dengan adanya blog ini, sekurang2nya ada juga usaha aku untuk menyumbang kepada pengembangan ilmu Islam. [Walaupun blog aku ini Islam Hadari sgt! Bercampur2 isi kandungannya..]
Secara asasnya, aku menulis hanyalah untuk pembacaan aku sendiri sahaja. Akan tetapi, jika ada yang boleh aku kongsikan untuk semua aku cuba untuk salurkan ilmu2 itu agar ilmu yang aku ada itu berkembang dan boleh dijadikan bekalan aku untuk akhirat kelak.

Apabila mati anak Adam itu, maka terputuslah seluruh hubungannya dengan dunia melainkan 3 perkara:- 1: Doa anak yang soleh, 2: Sedekah jariah, 3: Ilmu yang bermanfaat. "Hadis yang seperti yang disabdakan oleh Nabi"

Untuk entry ini kalau aku jadikan ala2 tag boleh kah? aku nak taw sgt kenapa korg tulih blog. Mereka itu adalahhh :

Cikgu Adam
Mr. Rizz
Encik Faizal @ Poyan
Encik Chime
Mr. Re2d
Oh! Bintang


Seterusnya...

Thursday, March 19, 2009

Diskusi : Mengatasi Masalah Gangguan Arab

Assalamualaikum;

Masih lagi dlm mood nak mengutuk tindakan arab yang semakin berani mengganggu ketenteraman pelajar melayu Malaysia di Jordan ini. Tetapi kali ini aku cuba untuk membincangkan langkah2 yang patut kita ambil untuk mengatasi masalah ini agar tidak terkena pula pada kita atawpun kawan2 lain nnt.

Di sini juga ada pembaca yang supply gambar exclusive berkenaan dengan kejadian semalam untuk d paparkan di blog ini. Terima kasih kepada En.Blink2 dan En.Pali yg sempat merakamkan keadaan mangsa ketika masih dalam keadaan kritikal serta situasi mangsa di bilik X-Ray Hospital Mafraq.


"Sebelum dikejarkan ke Hospital"

"Suasana di dalam bilik X-Ray"

Untuk pengetahuan pembaca yang bukan tinggal di negara-negara arab ini atawpun tidak pernah bersemuka dengan arab atawpun tidak tahu berkenaan dengan kes2 perlakuan arab, perangai arab terhadap pelajar melayu Malaysia Jordan ini, sebenarnya ada banyak lagi kes2 yang melibatkan perlakuan keji org arab terhadap org Malaysia seperti :-
  1. Pecah masuk rumah. Seluk rumah org pun ada. [Seluk dari tingkap]
  2. Tikam pelajar.
  3. Melontar objek seperti melontar batu, kayu dan sbginya.
  4. Mengejek pelajar melayu terutama kat tmpt penulis ini. [Masuk dalam kes jugak sebb sgt sakit hati bila di ejek oleh org arab. haha]
  5. Paw atawpun Mengugut pelajar
Perkara ini bukanlah untuk menakut2kan pembaca atawpun merisaukan pembaca jika terdapat anak anda atawpun sedara-mara anda mahupun kawan-kawan anda yang tinggal di Jordan ini. Kami happy je duduk sini tanpa sebarang masalah. Boleh gelak2. Pergi kemana-mana tanpa sekatan mahupun halangan. Akan tetapi, perkara dah nak berlaku. Kat mana2 dan bila2 pun boleh berlaku. Kat Malaysia sendiri kadang2 lebih tidak selamat dari tinggal di Jordan akibat kemasukan pendatang asing ke dalam negara kita saya fikir. Anda jangan lupa, Allah sentiasa bersama kita. Kita hanya mampu berdoa agar anak, sedara, kawan2 dan sebagainya sentiasa dalam keadaan yang selamat.

Walawbagaimanapun, apa yang mampu kita lakukan adalah langkah2 pencegahan agar tidak berulang lagi di kemudian hari. Nak harapkan polis ke, askar ke, bomba sekali pun kat sini, TAK ADA MAKNANYA.. Saya ulangi lagi sekali, TIDAK ADA MAKNANYA. Sebb polis kat sini sumernya sampah! Kalawpun kita buat report sekalipun, report itu akan tinggal sekadar report saje. Kalawpun ada tindakan, itu hanyalah lakonan daripada unit lakonan polis barangkali. Datang rumah mangsa, check2, buat2 tanyer... Dia kuar je dari rumah mangsa atawpun sbginya, KES TAMAT! Nak nak pulak, penjenayah itu datang dari qabilah anggota polis yang sama.. Silap2 kita yang di marahi balik kenapa nak menyalahkan anggota qabilah mereka.. Nasiblah.. Sape suh dtg Jordan. Kikiki. Kalau Cik Madihah yang dapat 20A tu terbaca lah blog neh... jangan lah dtg Jordan neh.. Takut! HAH. G UK.. Best! Tp jgn jadi mcm Sufiah pulak. Tak pun jadi mcm Nur Amalina.. Opsssss!

Kat sini ader beberapa perkara la yang aku terfikir untuk mengatasi perkara-perkara sebegini agar tidak berlaku lagi di kemudian hari..

Sekadar cadangan tindakan seorang individu :
  1. Anda cuba berkawan dengan mana2 kawan2 arab yang anda fikir boleh membantu anda di kala anda ditimpa kesusahan. Macam polis ka. Walawpun aku ckp td polis itu sampah, tp at least anda ada no peribadi polis itu. So, klu ada masalah, anda boleh terus call kawan polis anda itu untuk mendapatkan pertolongan
  2. Perbaiki hubungan anda dengan jiran2. Maksud aku jiran arab. Sebab diorg la orang yang paling terdekat dengan anda yang anda boleh minta tolong. Jerit je..I-allah la boleh dengarr..
  3. Selalu pergi ke Masjid dan berbaik2 dengan jemaah masjid terutama imam masjid. Jika anda ada masalah dengan org arab, anda boleh menceritakan masalah anda kepada imam dengan pesanan suruh selitkan dalam khutbah ke, ceramah2 atawpun kelas2 agama agar menjaga kemaslahatan orang bukan arab. Gunakan institusi masjid itu dengan sebaiknya.
  4. Mempunyai hubungan baik dengan kedai2 yang anda selalu kunjungi. Org kedai neh, die boleh dikatakan kenal semua org yg ada disekeliling dia, so bile kita baik dengan die, die boleh cam mana2 arab yang melakukan kejahatan terhadap kita. Seterusnya melaporkan kepada kawan polis kita tadi.
  5. Memiliki no2 penting mcm President persatuan atawpun jika anda lebih percayakan kawan2 anda pastikan no kawan anda itu betul dan terkini. Mana taw die tukar no ke.. dah xdpt nak kontek.
  6. Pastikan anda sentiasa mempunyai kredit henset. Jgn habiskan menelefon awek anda sahaja. Tinggalkan sikit untuk kecemasan.
  7. Jangan malas nak tolong kawan dalam kesusahan sebab kita tak taw bila pulak kalaw kita ditimpa kesusahan. Kalaw kita suke tolong org, i-allah org akan ingt kita dan akan tolong kita pulak.
Itu je la yang aku terfikir wat masa neh as well. Aku tulih neh biasenyer on da spot je. Tak de nak wat2 rangka karangan atawpun peta minda sebelum memulakan penulisan.. huhu.

Apa Kata anda?


Seterusnya...

Tuesday, March 17, 2009

Pendapat : Sebab Jordan Ini Tak Best

Assalamualaikum;

Walawpun aku de ckp dgn kawan aku tu, aku nak tulih sikit berkaitan dgn die, tapi sbb aku da pk bnde neh dulu dari aku ckp nak tulih pasal die tu kt blog aku neh. So, kene ikut giliran lah eh.. Sabar ek~

Bertemu lagi kita dlm ruangan pendapat neh, yg mengemukakan pendapat2 aku berkenaan dengan apa yang terlintas kt kepala aku neh. sblm neh aku ada tulih berkenaan dengan Sebab Aku Suka Jordan dan kali neh aku nak bgtaw pulak, kenapa laa aku rasa Jordan ini sgt tak best!

Setiap perkara dlm dunia neh, sumer ada pro dan kontra [memetik ayat Encik Khairul Izwan. ahakz] Tak semestinya kalau aku ckp aku suka sesuatu benda itu, maka tak ada cacat cela nya. Macam sumernyer nampak begitu sempurna. Sehinggakan ada yang begitu terkesan dengan penulisan aku berkenaan dengan entry sblm ini, menggambarkan aku begitu taksub dgn negara ini! Releks la beb. Sblm tulih tu, fikir dulu. Kalawpun anda sgt benci dgn Jordan neh sekali pun, anda tidak perlu nak emosi, anda akan jadi mcm org Jordan neh jugak. BODOH! Sbbnyer? Anda pun taw sendiri kan, anda marah kepada negara yang tak menjanjikan apa2 neh. So? Anda seolah2 ckp dgn cermin je la...WTH?


Mempelajari subjek Pengetahuan Islam [Thaqofah Islamiyah] dan jua Pengajian Kenegaraan [Tarbiah Watoni] membuatkan aku semakin sedar akan keberuntungan aku menjadi org Malaysia. Wlwpun org Malaysia ini tidak lah semulia org arab [disebabkan Nabi dilahirkan dari kalangan org arab], akan tetapi, aku rasa jika diberi pilihan kepada Nabi untuk memilih golongan umatnya yang terbaik, nescaya Nabi akan memilih dari kalangan org selain arab. Sebab perangai arab ni sgt lah ntah ape2.

Aku sbnrnyer bukan la nak menyalahkan negara Jordan ini, akan tetapi disebabkan Jordan ini didiami org manusia yang berbangsa arab. So, negara ini terkesan la dengan perangai2 arab yang ntah ape2 ntah itu. Negara ini tak salah pun. Tanah negara ini penuh dengan keberkatan. Pernah menjadi saksi perjalanan nabi ke Kota Syam. Tapi masalahnya, dicacatkan oleh bangsa arab yang xreti bahasa neh. Antara sebab2 Jordan neh tak best disbbkan oleh org2 arab neh adalah :-

  1. Org arab sgt keras kepala, kasar, tidak beradap dan suka berckp besar sedangkan ape pun tak de.
  2. Orang arab ini sangat mementingkan kabilah2 mereka sehinggakan mereka boleh bergaduh sesama kabilah walwpun hanyalah perselisihan yang kecil. Sbb itu boleh dikatakan kt sini, jika mana2 serangan yang dilakukan keatas negara-negara arab, penyerang itu dengan mudah dapat menakluki sesebuah kawasan itu sbb org arab neh tidak ada semangat mempertahankan negara, tetapi sekadar mempertahankan kabilah masing2. Malahan mereka sanggup membunuh atawpun mencederakan kabilah lain, demi kabilah masing2 walawpun sesama Islam.
  3. Mereka tidak mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar walhal mereka amat memahami Islam kerana mereka dengan mudah untuk memahami Al-Quran dan Hadis.
  4. Mereka sangat kuat menipu, suka bergaduh, malas, suka bertangguh kerja dan tak tepati janji.
  5. Sangat berbangga dengan keturunan mereka dikalangan Nabi2 tetapi tidak sedar apakah tujuan Nabi itu diutuskan ke atas mereka.
  6. Susah untuk menerima perubahan dalam hidup mereka. Mereka sekadar berpuas hati dengan kemajuan yang ada. Tidak pernah nak mengambil iktibar dari negara-negara maju yang lain. Tidak pernah cuba untuk mencipta. Jadi tidak hairanlah jika anda dtg ke Jordan ini anda akan melihat seolah2 kembali ke 15tahun sebelum Malaysia. Nak ckp 20thn sblm Malaysia pun boleh jeee...
  7. Tiada nilai2 murni dlm diri diorg neh, buang sampah merata2, kecing merata2, pengotor dan sgt taksub dgn Amerika. Seolah2 tiada negara lain kt dunia neh selain negara diorg neh dan Amerika.
"Nak naik bas, kene berebut2 kadang2 memerlukan sedikit kekerasan. Tak kira la laki ke ppuan ke same je..."

Akan tetapi, tidak lah semua begini. Mereka juga manusia. Manusia ini, ada yang begitu dan ada yang begini. Bende neh sumer same je. Nama pun manusia. Aku pun manusia jua. Sekadar pemerhati keadaan, mengambil peluang menimba pengalaman di tempat org. Mengambil iktibar dari hikmah penciptaan untuk dinilai baik buruk...

*Sape2 rasa nak tambah...tambah je...ahakz



Seterusnya...

Tuesday, March 10, 2009

Pendapat : Sebab aku suka Jordan

Assalamualaikum;

http://i15.servimg.com/u/f15/11/21/29/21/jordan13.jpg

Harini aku dengan sengaja terponteng kelas Subjek Firaq Islami oleh Dr. Amir Hafi, kelas pukul 2-3petang tadi sbb ada masalah peribadi yang menyebabkan aku sengaja terponteng. Huhu. Disebabkan kesengajaan aku itu, maka terpecahlah rekod bersih aku 2minggu berturut2 tak pernah ponteng kelas berbanding kawan2 aku yang lain. Eh, apa aku tulih leh?haha

Kalini aku nak bawak korang 1 Label baru berkenaan dengan pendapat aku, apa yang aku pandang, ape yang lalu depan mata aku ke, aku tak puas ati ke, aku suke ke, itu adalah pendapat aku yer tuan2 dan puan2 sekelian.

Untuk segmen pertama neh, aku nak bawak korg semua kenapa aku suka Jordan. Tapi ni tak mengikut turutan laa.. Ni yang aku terpikir skrg neh je..


  1. Nak datang sini kenelah naik kapal terbang. Walapun aku tak pernah pun simpan cita2 dari kecik untuk belajar bersungguh2 kemudian melanjutkan pelajaran aku ke luar negara dan menaiki kapal terbang, tp Alhamdulillah, ini semua kerja Allah.
  2. Kat sini negara empat musim. Musim sejuk, bunga, panas dan luruh. Kt Malaysia tak ada pun. Kalaw ada pun kt Taman Bukit Cahaya Sri Alam yang kt Shah Alam tu. Yang lagi best, walawpun kat sini musim panas, tapi tak adalah panas macam kat Malaysia. Panas Malaysia.. berpeluh! :p
  3. Kat sini tak ramai org melayu. Ada lebey kurang dlm 800+/- org je seluruh jordan ini. So, peluang untuk kita memperlajari Bahasa Arab dan bergaul dengan orang arab lebih terbuka berbanding ader sesetengah tempat tu siap boleh buat perkampungan Malaysia lagi. Camne nak belajar bahasa kalau begitu? Hari2 dok jumpe org Malaysia macam kt Malaysia juga.
  4. Negara ini sgtlah damai, tenang dan aman. Jauh dari kesibukan dan hiruk pikuk kota raya yang menyesakkan nafas dan juga pandangan.
  5. Setiap kali masuk waktu solat, maka bersahut-sahutlah azan di serata pelusuk. Waktu subuh waktu paling syahdu.. Keadaan senyap sajo. Yang dengar suara azan je.
  6. Kat sini kalaw pergi masjid, pakai ape pun orang mcm tak kisah pun. Kalaw pergi solat maghrib pakai seluar track pun tak apa. Nak pergi zohor pakai jubah pun tak apa. Kalau mcm kat Malaysia, mcm ader uniform tuk g masjid ataupun surau. Kalau kot pakai jubah nnt nampak mcm imam sgt. Kalau pakai suar pakcik2 pandang2 pulak. Kalau sini, pas2 main bola terus g masjid pun tak apa.. Yang penting solat itu
  7. Duduk kat sini banyak masa yang terluang. Kadang2 smpai tak tahu nak buat apa. Yela, duduk sini kan belajar sajo. Tapi tak kan la belajar sajo kan. Kene ade rehat2 jua. Tapi mcm waktu rehat itu lebih panjang je dari waktu belajar. kiki
Sebenarnya banyak je lagi yang membuatkan aku suka akan Jordan ini. Tapi memandangkan kesihatan aku kurang memuaskan tatkala ini. Aku sekadar mencatatkan 7 dari kesukaan aku yang terlintas skrg neh.

Kalau anda ada nak tambah berkenaan pendapat anda suka Jordan. boleh letak di ruang komen yer. Tq. Achoooooooo!Alhamdulillah...


Seterusnya...

  ©:: MyWay [v2.2] ::. Template by Dicas Blogger.

TOPO