Assalamualaikum;
Harini sejuk. Hujan turun renyai2. Sesekali terkena kulit licin pipi gebu aku ini, sejuk juga rasanya. Bile bercakap, mulut berasap2. Rasa mcm duduk kt oversea pula----Tapi bukankah skrg ini aku kat oversea? Jauh dari kaum keluargaku? Bisik hatiku sendiri. Tergelak kecil di dalam hati. Mentertawakan diri sendiri sebab terlintas pula bende tak masuk akal itu. Haha..
Untuk apa aku tulis semua ini? Nak wat apa bagitaw seluruh penduduk alam ape yg aku buat, aku fikir. Pastu dok tgu kalaw2 ada org nak komen kt setiap entry yg aku buat itu. Mcm buang masa pun ada sbnrnyer. Tapi kenapa nak menulis jugak wlwpun dah taw buang masa? Kenapa aku menulis? dan kenapa org lain pun ramai yang nak menulis jugak? Lagi mcm kelakar bile ada org mintak ajar buat blog :
"Anap, ajarla aku buat blog. Aku nak wat blog mcm kaw. Blog ko best.. Bawah sikit je dari Blog JustKhai mahupun Blog Kereta Mayat" -Ketahuilah bahawa ayat yg sbenar adalah ayat yg pertama tu je. Ayat yang ke2,3 dan 4 itu adalah ayat aku sendiri...kiki
Sedikit Sejarah Blog Aku :-
Mula-mulaaaaaaa dulu aku tluih blog pkai blog frenster je. Aku de bc blog kawan aku jugak, ms tu aku dok Mesia lagi. Die duk Mesir. Die tulih2 blog. Mcm best je.. Sejak dari itu aku bermula menulis blog ini. Masa itu around tahun 2004 gitu kot. Not rili sure la. Xingt. Dengan blog aku yg hanya dikenali dengan ::MyWay:: pada ketika itu. Dalam tu xde pe pun. Sumer dok cite pasal aku je. Ape yg aku tak puas ati, ape yg aku seronok.. Sgt diari blog itu. Haha.. Ntah ape2ntah..
Kemunculan sebenar blog ini pula adalah atas dasar ketidakpuashatian aku dengan seorg hamba Allah ini yg bajet die sgt best. So, aku pun berpindah la kt blogspot ini dengan hati yang sgt busuk untuk bersaing dgn die agar mencapai jumlah kunjungan teramai ketika itu. Aku berjaya memenangi dlm perlumbaan itu. Aku sgt berpuas hati walawpun pada hakikatnya tiada apa2 pertandingan pun yang dianjurkan. Aku je syok sniri. Lepas dari itu, aku rasakan ada roh2 keinsafan muncul from d bottom of my heart..Erkk! mengatakan blog ini boleh dijadikan medium untuk berkongsi ilmu, pengalaman serta pandangan dengan seluruh penduduk alam maya. Buat ape nak bergaduh dengan bende yang tidak ada faedahnya? Aku insaf.. Lantas memulakan hidup baru, cara penulisan dan pendekatan yang baru...
So, Kenapa aku tulis blog?
- Kat sini [Jordan] aku terlalu banyak masa yang terluang. Kalaupun dah baca buku ke, dah pegi wat kerja2 amal ke, masa yang berbaki tetap banyak. So, dari aku dok melanguk je, bek aku tulih blog. Berkongsi ilmu.
- Aku rasakan keluarga aku kt Malaysia pasti ingin mengetahui cerita2 aku di perantauan ini. Jadi, dengan blog ini la tempat aku nak bercerita kt keluarga aku.
- Kawan2 aku pun suruh ceritakan pengalaman aku di perantauan ini.
- Aku nak kumpul ilmu2 yg aku dpt, tak kira la dari pengalaman aku ke, sekeliling aku supaya aku boleh merujuk kembali apa2 masalah bila dikemudian hari nnt.
- Aku nak bg anak2 aku baca perjalanan hidup ayah die neh supaya die boleh pelajari sesuatu dari ayahnya yang hensem neh..ngeeee...
- Aku catatkan angan2 aku, matlamat aku supaya kalaw aku berjaya nnt, aku leh buktikan yang aku pernah berangan2 suatu ketika dahulu..
- Sebagai bukti aku pernah sampai ke sesuatu tempat itu yang aku catatkan dlm label "kembara"..
- Menyuarakan pendapat aku berkenaan dengan keadaan sekeliling aku
- Cuba untuk berkongsi info2 terkini yang berlaku disekeliling aku.
- Jika aku mati esk hari, sekurang2nya ada 'bende' yang aku tinggalkan untuk sekelian penduduk alam maya ini. Aku bukan lah seperti ulama'2 tersohor dahulu kala, boleh mengarang buku untuk menjadi rujukan umat kemudian, akan tetapi hanyalah seorg pelajar yang hanya tahu mengambil ilmu2 dari ulama'2 terdahulu itu. Oleh itu, dengan adanya blog ini, sekurang2nya ada juga usaha aku untuk menyumbang kepada pengembangan ilmu Islam. [Walaupun blog aku ini Islam Hadari sgt! Bercampur2 isi kandungannya..]
Secara asasnya, aku menulis hanyalah untuk pembacaan aku sendiri sahaja. Akan tetapi, jika ada yang boleh aku kongsikan untuk semua aku cuba untuk salurkan ilmu2 itu agar ilmu yang aku ada itu berkembang dan boleh dijadikan bekalan aku untuk akhirat kelak.
Apabila mati anak Adam itu, maka terputuslah seluruh hubungannya dengan dunia melainkan 3 perkara:- 1: Doa anak yang soleh, 2: Sedekah jariah, 3: Ilmu yang bermanfaat. "Hadis yang seperti yang disabdakan oleh Nabi"
Untuk entry ini kalau aku jadikan ala2 tag boleh kah? aku nak taw sgt kenapa korg tulih blog. Mereka itu adalahhh :
Cikgu Adam
Mr. Rizz
Encik Faizal @ Poyan
Encik Chime
Mr. Re2d
Oh! Bintang
Seterusnya...