Showing posts with label Diskusi. Show all posts
Showing posts with label Diskusi. Show all posts

Monday, November 30, 2009

Info : Google Wave

Assalamualaikum;

Yeah.. inilah 1st entry aku selepas aku memformat leptop aku yang ku sayangi ini... Sian leptop ni, sejuk-sejuk ni dia demam-demam. Sampai kene format.. Tapi bile dah format, still ada jugak saki baki penyakit yang tak boleh nak rawati.. Bengang aku.. Lantak kau laa.. Asal boleh guna sudey.."GoogleWave"

Ok, baru-baru ni aku mendapat invitation Google Wave dari Encik Mike (Bukan nama sebenar, sbb aku pun xingt nama sebenar die sape) daripada Twitter aku. So, dengan kembang kempis hidung aku, aku mengaktivasikan aplikasi GoogleWave itu atau lebih dikenali dengan Gwave sajo.

2jam lepas aku aktivasi benda itu, aku jadi buntu. Aku sesat. Aku blur. Ntah menatang ape ntah GWave ini.. Terus mencuba untuk melupakan aplikasi itu.. Pada fikiran aku, mungkin 1hari bile dah popular nanti, aku try la aktivasikan semula... So, aku abaikan je la.. Babai GWave...

Selepas 3hari cuba melupakan GWave itu.. Semakin ramai yang membicarakan pasal GWave neh kt twitter. Aku penasaran. Cuba bukak balik, tapi lebih kurang je.. Click2 mcm tak nampak apa pun..

"Cuba mintak tolong pada Waver2 lain"

Melalui pembacaan aku, ada orang kata GWave ni macam Social Network yang biasa tu.. Mcm Facebook, myspace, friendster dsb.. Ada jugak orang kata die ni mcm tempat chatting mcm YM, mcm mIRC zaman aku skolah2 menengah pun iye. Mcm twitter pun adaa. Orang kata boleh share2 document, files, video, picture.. kira all in one aplication laaa.. tak payah bukak bende2 lain, sumer ada dalam ni jeee...tapi seriously aku mcm tak nampak apa lagi... hishh

Aku ada invite encik pali dan encik adam sebagai rakan aku untuk mencuba bende ini. Tapi, so far, mereka juga macam blurr je..

Untuk pengetahuan, GWave ini masih lagi dalam percubaan, so segala transaksi GWave adalah melalui jemputan sahaja. setiap pemengang account akan di beri 8 kad jemputan untuk menjemput 8orang rakan-rakan yang lain menyertai GWave ini. Jemputan hendaklah menggunakan GMail sahaja sebab benda ini datang dari syarikat Google. aku ada berbaki 6 jemputan kosong lagi.. Ada sape2 nak?

"06 Invitation Left"

So, kalau la ada sapa2 yang terbaca post ini dan mempunyai acc GWave, sila invite saya di ahnafhilmi [at] gmail [dot] com atau ahnafhilmi [at] googlewave [dot] com untuk memenuhkan lagi ruang alam maya ini.....



Seterusnya...

Wednesday, November 11, 2009

Info : 1st World War

Assalamualaikum;

Hari dalam sejarah, 11 November 1918, tamatlah perang dunia pertama yang menyebabkan byk nyawa terkorban begitu sahaja. Di katakan sebanyak 10juta nyawa tentera yang berjuang di medan perang terkorban dari kedua-dua belah pihak iaitu pihak berikat dan pusat kuasa. Kesan dari peperangan itu, maka banyak kerajaan yang tumbang jatuh menyembah bumi.. (Huh, sangat tak boleh blah dgn ayat ini)

Sebab itu kalau kita tengok orang-orang eropah macam Sir Alex Ferguson, akan memakai bunga poppy merah di baju mereka bagi tujuan mengingati pejuang-pejuang yang terkorban semasa tercetusnya peperangan ini yang berlaku selama 4tahun, dari 28 Julai 1914 sehingga 11 November 1918. >>Sumber di sini<<

"Red Poppy"

Bukan itu yang aku nak cerita. Tak kesahlah kan dia nak pakai apa pun. Lagi pun untuk negara dia jugakan. So, tak ada masalah.. yang masalahnya... Mamat ni... Punnnn nak pakai jugakkk..haishhh...


Di sebabkan dia ni pakai, aku terus cari cerita pasal bunga ini dan kenapa apa semualah. Malam itu aku tidur dekat nak pukul4 pagi sebab nak tahu cerita disebalik bunga ini. Lepas itu barulah aku tahu cerita bunga ini...

So, apa masalahnya?

Masalah eh sekarang ini, perang dunia pertama jugaklah faktor2 menyebabkan jatuhnya empayar turki uthmaniah yang dibina sekian lama yang sangat agong dengan kekuatannya dan kawasan pemerintahanya yang lebih kurang 1/3 dari penduduk dunia ni.. >>Sumber di sini<< Kalau dia pakai tu, maknanya die menyokong kejatuhan empayar itu yang mana empayar itu adalah empayar Islam. Dia ini orang Islam. Pastu menyokong kejatuhan Islam.. Aparaaa...

Tu je yang aku xpuas ati nyer.. haha

Bersangkutan dengan hari peringatan tamat dunia pertama ini, Harini pun aku tamat peperiksaan pertama. Boleh la rehat2 dalam 2minggu ke... Pastu bersiap sedia tuk peperiksaan kedua pulakkk.. lepas tu final.. lepas tuu turkey.. turkey?

Babai ~


Seterusnya...

Sunday, April 19, 2009

Diskusi : Did My English Is Bad?

Assalamualaikum;

For the 1st time in this blog I write an entry using English Word. I hope I'll be able to continuing my writing in English until the end.

What makes me interested to writing in English actually?

Before that, for your information, not all the word published here is my word. Some word I grab it from the internet and some more from the auto correct system from this web. Now you know, what is my class for my English. I confident there is 100% spelling correct but I not really sure about my Grammar. So, help me on this. 1 question, do my title is right? Ha ha, I'm not very sure about that. So, please!

It has been so long that i left my English language. Since I came here, there is just 2 classes for me to learn English. That is English 2 and English 3. I've passed my English placement test and that give me an exception for the English 1 class. But learning English here is very simple. Arabian just used a simple word and phrase. Their pronunciation is also not good. They cannot pronoun the letter of P. They will make a sound like B. For Example, PEPSI, we will hear BEBSI. So, how can I'll learn the good English?

Until this line, is there a wrong usage of English Grammar of word? If yes, let me know. If no, Okay, i continue..


What makes me want to publish this entry with English Actually?

Yesterday, i just met 1 American who studied here. Here just converted to Muslim. Alhamdulillah he is our brotherhood now. His name is Asad Ayub. He is from the state of Washington USA. He now 32 years old and Married with Yamenian girl. Now, he studying here at University's Language Center.

So what happened?

I have a long conversation with him. From about 8 o'clock after shalat Maghrib, until 12 at the midnight. We just talking about how he become a Muslim. His problem in Islam, his difficulties living here and learning Arabic Language.

He is my 2nd English man that i met after i met someone in time i perform Hajj. He did not know Arabic very well. Just a simple word that he used everyday with the citizen. So, to speak with him, i must speak in English. If not, he will cannot understand what that i'm saying to him.

I feel so bad when i talking with him. My English is so bad. Many times he ask me back "What the meaning of that?" huh, i try to using another word to make him understand what i want to say.

Because of him, i think i want to learn English very well from now. I not say that my English is down to earth. But, after i face him. i realize that is my English is bad. I can read in English, Write and speak. But not good English since i came here, i losing a lot of my English word.

So, that is my story. Ha ha. Simple story right? But Alhamdulillah I finished it with all English word. I fell dizzy right now. Searching for those word. I feel want to sleep now.Until this line, what is your comment?


Seterusnya...

Friday, April 17, 2009

Semasa : Selamat Datang Adik Nik Nur Madihah

Assalamualaikum;

"Manusia Tidak Dicipta Ada Yang Bodoh Dan Ada Pula Yang Pandai. Akan Tetapi Semuanya Dicipta Dengan Berbeza Kepandaian Dan Kebolehan"


Ahlan Wasahlan, Selamat Datang saya alu-alukan kepada Adik Nur Madihah yang akhirnya memilih Jordan sebagai destinasi pengajian tingginya. Tidak terlewat agaknya untuk saya mengucapkan tahniah atas kejayaan yang anda memperolehi dlm peperiksaan SPM yang lalu. Semoga ilmu yang anda perolehi itu mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Membaca akhbar KOSMO! yang membuat liputan berkenaan dengan hajat adik Nur Madihah ingin melanjutkan pelajaran ke sini membuatkan saya rasa begitu senang dengan pilihan beliau. Bukan kerana saya juga belajar di Jordan dan bukan juga sebab nnt leh la saya usya die bile die dtg sini nnt, tapi sebenarnya pilihan anda itu membuktikan bahawa bidang Agama bukanlah pilihan yang terakhir selepas tiada bidang lain yang sesuai dengan kelulusan mahupun bidang low-class.

Maka pastinya, mencebiklah mulut2 orang yang masih buta dengan bidang agama ini dengan pilihan adik Nur Madihah ini yang mahu menaja beliau ke UK dalam bidang fizik seperti yang dicita-citakan oleh beliau. Lebih teruk lagi jika ada yang mengatakan, "Kenapa pilih bidang agama? tak ada future laaa. Balik nnt jadi ustazah je".


Sebenarnya ungkapan-ungkapan seperti itu seringkali saya dengari sendiri dari mulut-mulut orang yang tidak ada future di dunia dan di akhirat. Mereka hanya berfikir tentang dunia sahaja. Mereka mungkin tidak pernah terfikir akan mati. Jika mereka mati, siapa yang akan menguruskan jenazah mereka? Kita pergi yg lebih mudah, jika mereka mengalami musibah dengan bidang yang ada future itu, kepada siapa harus meminta tolong jika mereka tiada pegangan agama? Siapa yang mahu ajar anak2 mereka mengaji al-Quran, mendoakan mereka bila mereka sudah mati nnt? Dengan agamalah manusia itu boleh berjaya.

Bukan hendak menidakkan sesetengah orang yang bukan dari jurusan agama itu tidak boleh berckp psl agama. Kebyakkannya orang bukan dari aliran agama ini lebih hebat ilmu agamaya dari yang mempelajari ilmu agama bertahun2 ini. Mmg banyak contoh2 yang boleh kita lihat pada harini, bahawa orang yang dtg bukan dari aliran agama amat hebat ilmunya. Pelajar dari aliran agama ini lah yang banyak masalah. Kes itu ini. Tercicir. Tetapi ini semua berbalik kepada konsep rezeki dan konsep qada dan qadar ketentuan dan Allah. Mungkin Allah ingin menguji kesabaran ahli agama dengan ujian yang sedemikian rupa, dan mungkin jua Allah ingin melihat sejauh mana ilmu bukan aliran agama boleh bertahan jika tidak berlandaskan dengan agama. Ilmu duniawi memberi kesenangan di dunia. Ilmu agama memberi kesenangan di akhirat. Akan tetapi, jika ilmu duniawi itu bergabung dengan ilmu agama maka mudahlah urusan di dunia dan di akhirat.

Orang bukan aliran agama, bersungguh-sungguh untuk mendapatkan agama. Oleh kerana itu ilmu mereka amat hebat. Sebab mereka mencari. Bukan menunggu ataupun hanya menadah, mengaga mulut untuk di suap satu persatu. Pelajar beraliran agama ini, mereka hanya tahu fikir mudah. Ilmu ada di kiri dan di kanan, tinggal hendak dicedok je. Bila-bila pun boleh. Sebab itu mereka ni biasa jee. Mereka fikir esok masih ada ataupun lambat lagi untuk balik Malaysia. Bile esok dah nak balik Malaysia, br sumer nak menyesal. Ini bukan saya ckp orang lain, saya cakap dgn diri sendiri sebnrnya. Sudah 3kali saya pulang ke Malaysia atas tiket bercuti. Bila smpi di Malaysia, saya amat merasakan bahawa seolah tidak cukup bekalan ilmu yang sepatutnya saya dapati di sini untuk dihidangkan kepada orang-orang di Malaysia. Tapi bile balik sini smula. LUPA!

Akan tetapi, apa-apa pun, itu semua ilmu Allah. Tak kira la ilmu fizik ke, ilmu agama. Sepanjang ia bergelar ilmu. Itu semua milik Allah. Malah semua di Dunia ini milik Allah. Manusia tak layak untuk berbangga dengan kemajuan, kemodenan, ketamadunan bangsa itu kerana itu semua milik Allah. Manusia itu juga milik Allah. Allah jua yang memberikan kesemua kemodenan, kemajuan ketamadunan bangsa semata-mata untuk menguji hambaNya agar reti bersyukur. Kita sesama manusia ini perlu saling ingt mengingati. Sbb itu klu sblm belajar kita di galakkan untuk berdoa akan di permudahkan kefahaman serta di permudahkan untuk menerima ilmu itu dan mendapat keberkatan.

Ilmu boleh dtg dan pergi. Jika kita menuntut, dia boleh dtg. Jika kita melupainya, dia akan pergi. Ilmu perlukan praktikal. Jika hanya mempelajari teori, samalah seperti menulis di atas air.

Jika adik Madihah membaca entry ini, sila la rujuk entry ini dan ini sebagai rujukan sblm anda ke sini agar tidak terkejut dengan budaya di sini kelak. Selamat datang sekali lagi sya ucapakan, saya amat mengalu2kan kedtgn anda di sini kelak!




Seterusnya...

Saturday, April 11, 2009

Diskusi : Jom Pergi India

Assalamualaikum;

Ingt tadi mcm nak tido da. Sbb ttb je internet umah saya ini buat hal la pulak. Xleh nak connect. Sian kt org itu duk tgu2. Tp nak wt cne. Die ckp white flag in d air. Die dah xlarat. So, sy pun suh je la die tido dulu. Neh dah leh cnnect lak. Tak taw nak wt pe, boring2 neh.. sy tulih la sket2.. Nak tido mcm awl lagi la plak. Lagipun esk cuti. Tido lewat sket la kan... Skrg neh br kul 235pagi klu ikut jam kt leptop sy neh..

Bertemankan lagu2 instrumental yg dah bertahun2 bertapak dalm kmputer sy neh. Byk mlm2 sy bertemankan lagu2 instrumental ini yang diberi oleh saudari Azlie. Sgt menyentuh perasaan lagu2 gini. Chup2! Apa semua neh? Xde kene mengena dengan tajuk! Balik smula balik..

TajMahal [Sumber]

Ok, sape kat sini dah pegi India? Angkat tangan! Mcm tingin la nak pegi India. Ntahla, tak taw kenapa INDIA. Seluas2 bumi Allah neh India jugak rasa mcm nak pegi. Tapi mcm terkesan dengan cite Slum dog Millionaire tu pun de gak.Mcm best jeee g TajMahal sumer itu. Pengaruh cerita! Tak pun sbb melihat permandangan dari udara semasa on the way dari Malaysia ke sini. Lalu kt ruang udara India. Huh, Tapiiiii, klu sy nak g.. Sape nak ikot? Nasir.. jom pegi! Ngeeeee...


Ada beberapa faktor la jugak sbnrnyer menjadi penyebab saya mcm nakk je pegi ke India berbanding ke negara Eropah ketika ini. Sbb rata2 budak2 sini la kan, sumer nak g UK. Tp sya mcm... ntah. bek g India. haha

Untuk pertama2nya.
. Mesti la sbb nak melihat kebesaran Allah SWT. Ahakz. Bile kita byk berjalan, kita akan lebih byk mengenali manusia dan lebih mendekati kepada Penciptanya. Sebabnya, kita akan merasakan bahawa terlalu terbatas pengetahuan manusia ini sehinggakan pastinya kita akan menemui sesuatu yang baru sepanjang pengembaraan kita itu nnt. Kat situ kita akan menyedari bahawa betapa agungnya yang mencipta itu. Subhanallah... :D

Keduanya, untuk melihat serta mengenali sendiri, keadaan sesuatu tempt itu dan melihat sendiri binaan2 melalui kepakaran manusia membina sesuatu ketamadunan manusia bagi memajukan bangsa masing2. Selama ini kita sering melihat melalui television mahupun cerita dari pengalaman-pengalaman individu, why not kite g sniri dan alami sendiri kan?

Gate of India [Sumber]

Ketiga,
Nak kumpul koleksi menjejaki ke tujuh-tujuh ajaib dunia. Skrg neh saya dah pergi dua, Pyramid dengan Petra kat Jordan neh, klu g India, leh g TajMahal. Dah tiga daa.. ahakz

Keempat, Nak penuhkan kan cop2 dalm passport supaya bila sblm tamat tempoh nnt, passport itu penuh dengan cop2 merata negara. tak ada lah membazir kan muka surat kan?..ngeeeeee

Bagi menaikkan lagi nafsu saya untuk ke India ini, saya ader la search2 video2 promosi ala2 Visit Malaysia. Tapi untuk mempromosikan India, mereka menamakan promosi diorg ini dengan Incredible India. kalau rajen tgk la. Dlm video2 mcm neh, sah2 la kan, semuanya nampak mcm seolah2 begitu sempurna. Mcm tiada cacat celanya.. Semuanya lawa-lawa belaka.. Padahal, smpai2 je sana sumer sampah!



Tengok lah, ini baru berangan je neh sbnrnyer. Pesan seorang makcik ini kat saya, die kater, kalau kita nakkan sesuatu minta dengan Allah. InsyaAllah Allah akan tolong kita. Seketika saya sempat chatting dengan makcik itu. Byk sgt input saya dpt daripada beliau. Terima Kasih Makcik. Happy Anniversary tuk makcik dan pakcik.

Jika ada sape2 penah g India, bgtaw laa... Nak g la India.. Nasir? haha

Btw, tuk perancangan terdekat ini, iaitu dalam bulan6 neh, berhajat nak pergi umrah dulu. Akan tetapi seakan terdapat kesulitan yang saya hadapi untuk merealisasikan niat saya itu. Saya nak doakan tuk mak saya, kuarga saya di sana nnt. Tahu kan mak saya sedang sakit? Ya Allah, Permudahkan Urusanku untuk menyahut seruanMu! Selamat Malam wahai penduduk bumi!


Seterusnya...

Tuesday, March 24, 2009

MyWay : Kenapa Aku Tulis Blog?

Assalamualaikum;

Harini sejuk. Hujan turun renyai2. Sesekali terkena kulit licin pipi gebu aku ini, sejuk juga rasanya. Bile bercakap, mulut berasap2. Rasa mcm duduk kt oversea pula----Tapi bukankah skrg ini aku kat oversea? Jauh dari kaum keluargaku? Bisik hatiku sendiri. Tergelak kecil di dalam hati. Mentertawakan diri sendiri sebab terlintas pula bende tak masuk akal itu. Haha..

Untuk apa aku tulis semua ini? Nak wat apa bagitaw seluruh penduduk alam ape yg aku buat, aku fikir. Pastu dok tgu kalaw2 ada org nak komen kt setiap entry yg aku buat itu. Mcm buang masa pun ada sbnrnyer. Tapi kenapa nak menulis jugak wlwpun dah taw buang masa? Kenapa aku menulis? dan kenapa org lain pun ramai yang nak menulis jugak? Lagi mcm kelakar bile ada org mintak ajar buat blog :

"Anap, ajarla aku buat blog. Aku nak wat blog mcm kaw. Blog ko best.. Bawah sikit je dari Blog JustKhai mahupun Blog Kereta Mayat" -Ketahuilah bahawa ayat yg sbenar adalah ayat yg pertama tu je. Ayat yang ke2,3 dan 4 itu adalah ayat aku sendiri...kiki


Sedikit Sejarah Blog Aku :-

Mula-mulaaaaaaa dulu aku tluih blog pkai blog frenster je. Aku de bc blog kawan aku jugak, ms tu aku dok Mesia lagi. Die duk Mesir. Die tulih2 blog. Mcm best je.. Sejak dari itu aku bermula menulis blog ini. Masa itu around tahun 2004 gitu kot. Not rili sure la. Xingt. Dengan blog aku yg hanya dikenali dengan ::MyWay:: pada ketika itu. Dalam tu xde pe pun. Sumer dok cite pasal aku je. Ape yg aku tak puas ati, ape yg aku seronok.. Sgt diari blog itu. Haha.. Ntah ape2ntah..

Kemunculan sebenar blog ini pula adalah atas dasar ketidakpuashatian aku dengan seorg hamba Allah ini yg bajet die sgt best. So, aku pun berpindah la kt blogspot ini dengan hati yang sgt busuk untuk bersaing dgn die agar mencapai jumlah kunjungan teramai ketika itu. Aku berjaya memenangi dlm perlumbaan itu. Aku sgt berpuas hati walawpun pada hakikatnya tiada apa2 pertandingan pun yang dianjurkan. Aku je syok sniri. Lepas dari itu, aku rasakan ada roh2 keinsafan muncul from d bottom of my heart..Erkk! mengatakan blog ini boleh dijadikan medium untuk berkongsi ilmu, pengalaman serta pandangan dengan seluruh penduduk alam maya. Buat ape nak bergaduh dengan bende yang tidak ada faedahnya? Aku insaf.. Lantas memulakan hidup baru, cara penulisan dan pendekatan yang baru...

So, Kenapa aku tulis blog?

  1. Kat sini [Jordan] aku terlalu banyak masa yang terluang. Kalaupun dah baca buku ke, dah pegi wat kerja2 amal ke, masa yang berbaki tetap banyak. So, dari aku dok melanguk je, bek aku tulih blog. Berkongsi ilmu.
  2. Aku rasakan keluarga aku kt Malaysia pasti ingin mengetahui cerita2 aku di perantauan ini. Jadi, dengan blog ini la tempat aku nak bercerita kt keluarga aku.
  3. Kawan2 aku pun suruh ceritakan pengalaman aku di perantauan ini.
  4. Aku nak kumpul ilmu2 yg aku dpt, tak kira la dari pengalaman aku ke, sekeliling aku supaya aku boleh merujuk kembali apa2 masalah bila dikemudian hari nnt.
  5. Aku nak bg anak2 aku baca perjalanan hidup ayah die neh supaya die boleh pelajari sesuatu dari ayahnya yang hensem neh..ngeeee...
  6. Aku catatkan angan2 aku, matlamat aku supaya kalaw aku berjaya nnt, aku leh buktikan yang aku pernah berangan2 suatu ketika dahulu..
  7. Sebagai bukti aku pernah sampai ke sesuatu tempat itu yang aku catatkan dlm label "kembara"..
  8. Menyuarakan pendapat aku berkenaan dengan keadaan sekeliling aku
  9. Cuba untuk berkongsi info2 terkini yang berlaku disekeliling aku.
  10. Jika aku mati esk hari, sekurang2nya ada 'bende' yang aku tinggalkan untuk sekelian penduduk alam maya ini. Aku bukan lah seperti ulama'2 tersohor dahulu kala, boleh mengarang buku untuk menjadi rujukan umat kemudian, akan tetapi hanyalah seorg pelajar yang hanya tahu mengambil ilmu2 dari ulama'2 terdahulu itu. Oleh itu, dengan adanya blog ini, sekurang2nya ada juga usaha aku untuk menyumbang kepada pengembangan ilmu Islam. [Walaupun blog aku ini Islam Hadari sgt! Bercampur2 isi kandungannya..]
Secara asasnya, aku menulis hanyalah untuk pembacaan aku sendiri sahaja. Akan tetapi, jika ada yang boleh aku kongsikan untuk semua aku cuba untuk salurkan ilmu2 itu agar ilmu yang aku ada itu berkembang dan boleh dijadikan bekalan aku untuk akhirat kelak.

Apabila mati anak Adam itu, maka terputuslah seluruh hubungannya dengan dunia melainkan 3 perkara:- 1: Doa anak yang soleh, 2: Sedekah jariah, 3: Ilmu yang bermanfaat. "Hadis yang seperti yang disabdakan oleh Nabi"

Untuk entry ini kalau aku jadikan ala2 tag boleh kah? aku nak taw sgt kenapa korg tulih blog. Mereka itu adalahhh :

Cikgu Adam
Mr. Rizz
Encik Faizal @ Poyan
Encik Chime
Mr. Re2d
Oh! Bintang


Seterusnya...

Monday, March 23, 2009

Agama : Percaya kepada Mimpi

Assalamualaikum;

Sejak kebelakangan ini aku malam2 aku selalu bertemankan mimpi yang kadg2 best je..[bukan mimpi itu. huh!] tak kurang juga mimpi yang membuatkan aku berfikir kejap bile bgn itu. Seolah2 mcm real je mimpi itu. Sehinggalah aku ader mimpi yang sgt menimbulkan tanda tanya. Lantas membuatkan aku tercarik2lah apakah tafsiran untuk mimpi aku itu, maka menurut carian aku kt internet neh, tafsiran daripada yg aku mimpi itu :

"Ada kemungkinan besar anda akan kehilangan sesuatu. Harus lebih berhati-hati"


Aku sblm2 neh tak de la mcm nak percaya sgt pun berkenaan mimpi2 neh. Tp sbb aku mcm pelik je, cmne leh aku mimpi bende itu.. Bnde neh jugak aku rs, lebey kurang la mcm Percaya kepada horoskop itu kotttt....

MASALAH : Boleh ke kita percaya kepada mimpi neh sbnrnyer?


Sebelum aku wat entry ini, aku ader juga bertnyer kepada Ustaz2 yang lain berkenaan dengan hal ini. Kata mereka :

Ustaz Wan Mohd Khairul Firdaus : Mimpi tidak boleh dijadikan Iktikad iaitu kepercayaan.

Ustaz Khairul Izwan : Kita tak boleh percaya kepada mimpi tetapi sekadar menjadikan die sebagai petunjuk.

Melalui pencarian aku di internet di sini, die kata:

Satu perkara yang perlu disedari, mimpi tidak boleh dijadikan hujjah ke atas hukum syarak. Ia sekadar berita-berita yang menggembirakan atau berita-berita amaran sahaja. Tidak lebih dari itu. Mimpi yang benar datang dari orang yang tidak pernah berbohong dalam hidupnya. Menurut Ibn Al-Qayyim semakin benar hidup seseorang itu semakin benar mimpi yang dialaminya. Selain itu orang yang bermimpi itu hendaklah berada dalam keadaan berwuduk dan tidur pula dalam suasana mengikut sunnah. Menurut Ibn Al-Qayyim lagi menjelang berlakunya kiamat hampir-hampir mimpi seseorang mukmin tidak meleset sama sekali.

Mimpi ada 3 bahagian iaitu mimpi yang datang dari malaikat. Mimpi ini adalah mimpi yang baik. Mimpi yang datang dari Syaitan. Mimpi ini tidak boleh diambil kira dan akhir sekali mimpi yang datang dari kesan kerja seharian. Dimana kesan ini terbawa-bawa ke dalam mimpinya. Kedua mimpi ini tidak boleh dipercayai. Selain itu di kalangan ulamak ada juga yang pakar dalam mentaabir mimpi. Antaranya Ibn Sirin dalam kitabnya Tafsir Mimpi. Kebolehan mentafsir mimpi jarang berlaku kepada manusia kecuali kepada mereka yang dipilih oleh Allah sepertimana yang berlaku kepada nabi Yusuf sewaktu berada di dalam penjara pembesar Mesir.


Selepas aku membaca artikel2 ini baru aku tau berkenaan dengan hal2 ini. So, aku membuat kesimpulan dengan menetapkan bahawa mimpi itu hanyalah sekadar mimpi. Allah yang lebih berhak menentukan segalanya sebenarnya..Kalawpun ianya berlaku sebagaimana yang telah di tafsirkan, itu hanyalah sekadar kebetulannn...


Seterusnya...

Thursday, March 19, 2009

Diskusi : Mengatasi Masalah Gangguan Arab

Assalamualaikum;

Masih lagi dlm mood nak mengutuk tindakan arab yang semakin berani mengganggu ketenteraman pelajar melayu Malaysia di Jordan ini. Tetapi kali ini aku cuba untuk membincangkan langkah2 yang patut kita ambil untuk mengatasi masalah ini agar tidak terkena pula pada kita atawpun kawan2 lain nnt.

Di sini juga ada pembaca yang supply gambar exclusive berkenaan dengan kejadian semalam untuk d paparkan di blog ini. Terima kasih kepada En.Blink2 dan En.Pali yg sempat merakamkan keadaan mangsa ketika masih dalam keadaan kritikal serta situasi mangsa di bilik X-Ray Hospital Mafraq.


"Sebelum dikejarkan ke Hospital"

"Suasana di dalam bilik X-Ray"

Untuk pengetahuan pembaca yang bukan tinggal di negara-negara arab ini atawpun tidak pernah bersemuka dengan arab atawpun tidak tahu berkenaan dengan kes2 perlakuan arab, perangai arab terhadap pelajar melayu Malaysia Jordan ini, sebenarnya ada banyak lagi kes2 yang melibatkan perlakuan keji org arab terhadap org Malaysia seperti :-
  1. Pecah masuk rumah. Seluk rumah org pun ada. [Seluk dari tingkap]
  2. Tikam pelajar.
  3. Melontar objek seperti melontar batu, kayu dan sbginya.
  4. Mengejek pelajar melayu terutama kat tmpt penulis ini. [Masuk dalam kes jugak sebb sgt sakit hati bila di ejek oleh org arab. haha]
  5. Paw atawpun Mengugut pelajar
Perkara ini bukanlah untuk menakut2kan pembaca atawpun merisaukan pembaca jika terdapat anak anda atawpun sedara-mara anda mahupun kawan-kawan anda yang tinggal di Jordan ini. Kami happy je duduk sini tanpa sebarang masalah. Boleh gelak2. Pergi kemana-mana tanpa sekatan mahupun halangan. Akan tetapi, perkara dah nak berlaku. Kat mana2 dan bila2 pun boleh berlaku. Kat Malaysia sendiri kadang2 lebih tidak selamat dari tinggal di Jordan akibat kemasukan pendatang asing ke dalam negara kita saya fikir. Anda jangan lupa, Allah sentiasa bersama kita. Kita hanya mampu berdoa agar anak, sedara, kawan2 dan sebagainya sentiasa dalam keadaan yang selamat.

Walawbagaimanapun, apa yang mampu kita lakukan adalah langkah2 pencegahan agar tidak berulang lagi di kemudian hari. Nak harapkan polis ke, askar ke, bomba sekali pun kat sini, TAK ADA MAKNANYA.. Saya ulangi lagi sekali, TIDAK ADA MAKNANYA. Sebb polis kat sini sumernya sampah! Kalawpun kita buat report sekalipun, report itu akan tinggal sekadar report saje. Kalawpun ada tindakan, itu hanyalah lakonan daripada unit lakonan polis barangkali. Datang rumah mangsa, check2, buat2 tanyer... Dia kuar je dari rumah mangsa atawpun sbginya, KES TAMAT! Nak nak pulak, penjenayah itu datang dari qabilah anggota polis yang sama.. Silap2 kita yang di marahi balik kenapa nak menyalahkan anggota qabilah mereka.. Nasiblah.. Sape suh dtg Jordan. Kikiki. Kalau Cik Madihah yang dapat 20A tu terbaca lah blog neh... jangan lah dtg Jordan neh.. Takut! HAH. G UK.. Best! Tp jgn jadi mcm Sufiah pulak. Tak pun jadi mcm Nur Amalina.. Opsssss!

Kat sini ader beberapa perkara la yang aku terfikir untuk mengatasi perkara-perkara sebegini agar tidak berlaku lagi di kemudian hari..

Sekadar cadangan tindakan seorang individu :
  1. Anda cuba berkawan dengan mana2 kawan2 arab yang anda fikir boleh membantu anda di kala anda ditimpa kesusahan. Macam polis ka. Walawpun aku ckp td polis itu sampah, tp at least anda ada no peribadi polis itu. So, klu ada masalah, anda boleh terus call kawan polis anda itu untuk mendapatkan pertolongan
  2. Perbaiki hubungan anda dengan jiran2. Maksud aku jiran arab. Sebab diorg la orang yang paling terdekat dengan anda yang anda boleh minta tolong. Jerit je..I-allah la boleh dengarr..
  3. Selalu pergi ke Masjid dan berbaik2 dengan jemaah masjid terutama imam masjid. Jika anda ada masalah dengan org arab, anda boleh menceritakan masalah anda kepada imam dengan pesanan suruh selitkan dalam khutbah ke, ceramah2 atawpun kelas2 agama agar menjaga kemaslahatan orang bukan arab. Gunakan institusi masjid itu dengan sebaiknya.
  4. Mempunyai hubungan baik dengan kedai2 yang anda selalu kunjungi. Org kedai neh, die boleh dikatakan kenal semua org yg ada disekeliling dia, so bile kita baik dengan die, die boleh cam mana2 arab yang melakukan kejahatan terhadap kita. Seterusnya melaporkan kepada kawan polis kita tadi.
  5. Memiliki no2 penting mcm President persatuan atawpun jika anda lebih percayakan kawan2 anda pastikan no kawan anda itu betul dan terkini. Mana taw die tukar no ke.. dah xdpt nak kontek.
  6. Pastikan anda sentiasa mempunyai kredit henset. Jgn habiskan menelefon awek anda sahaja. Tinggalkan sikit untuk kecemasan.
  7. Jangan malas nak tolong kawan dalam kesusahan sebab kita tak taw bila pulak kalaw kita ditimpa kesusahan. Kalaw kita suke tolong org, i-allah org akan ingt kita dan akan tolong kita pulak.
Itu je la yang aku terfikir wat masa neh as well. Aku tulih neh biasenyer on da spot je. Tak de nak wat2 rangka karangan atawpun peta minda sebelum memulakan penulisan.. huhu.

Apa Kata anda?


Seterusnya...

Thursday, November 27, 2008

Info : AirAsia Fly to London

Assalamualaikum;

Saat yg aku tggu selama ini...1 lg destinasi terbaru AirAsia yg bakal menjadi tamparan hebat untuk syarikat penerbangan subsidi kerajaan Malaysia! AirAsia kini melebarkan sayapnya terus ke London, United Kingdom bermula dari RM499! Semestinya dengan harga yg 'bukan2'! Sesuai dengan temanya "kini sesiapapun boleh terbang", ternyata AirAsia terus mengotakan janji2 mereka menjadi syarikat penerbangan tambang rendah yg terunggul dirantau ini! Tema aku pulak nak sokong AirAsia neh, "Untuk apa bayar lebih untuk destinasi yang sama walaupun 5star services yang berbeza"..Ahakz..

Perhatikan Perbandingan Harga di bawah :


"Jika anda memilih untuk menaiki pesawat dari Syarikat subsidi Kerajaan ini, anda perlu untuk membayar sebyak RM4106 bagi laluan KUL-LONDON [Return]

"Lihatlah, total yg anda perlu bayar sekiranya memilih AirAsia"

AKAN TETAPI, jgn sangka aku sgt taksub dgn AirAsia neh. Aku flexible, memberi pendapat mengikut cara aku sendiri. Aku dah nek dah pun AirAsia neh. Wlwpun harga AirAsia tu "nampak murah" ketahuilah bahawa, harga ini, tidak termasuk :

  • Makan dan minum dlm penerbangan. Akan tetapi, anda perlu memilih menu anda semasa membuat tempahan tiket, JIKA MAHU. Setiap pilihan hidangan dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM38 SEHALA+SEORG [Tapi ini mmg konsep LCC. So, no prob la]
  • Bayaran bagi bagasi anda. Bagi setiap 25kg, anda di kenekan bayaran sebanyak RM100 SEHALA. klu tiket return, RM200 la jadinyer. [Ni plak mmg konsep AirAsia. No prob jgk]
  • Die bukan turun kt Heathrow (LHR), tp die turun kt Stensted (STN) [Jauh gak la dari Bandar London]
  • Tidak juga di sediakan peralatan keselesaan, mcm bantal+slimut. tapi leh request DENGAN BAYARAN JUGAK sebanyak RM25 SEHALA. [ni pun die nak berkira jgk, pe lah salahnya bg je..xluak pun]
  • Rege yg ader tu, leh dpt dgn byrn menggunakan Kad Kredit.
  • INI ADALAH HARGA PROMOSI SAHAJA
Maka, jika ditambah, ditolak, dibahagi serta didarabkan, maka harga tiket anda akan menjadi RM2233 bagi perjalanan Return serta makan dan minum, comfort kit [bantal dan slimut], serta bagasi 25kg.

Wlwpun still lagi murah dari syarikat penerbangan subsidi kerajaan Malaysia tu,lebey kurang 50% dari harga syarikt tu, tp cuba anda bygkan, kalau anda sekadar mmbayar harga asal tu, RM2007 tu..nek flight, juz bwk bag-pack ataupun hand-luggage sajer ler...pastu berlapar sepanjang 14jam perjalanan dan sejuk, xde selimut, sakit kepala, xde bantal..how eh?hehe

Kesimpulan,

Mcm aku penah ckp sblm neh, dlm review : AirAsia aku sblm neh, percayalah..bile anda naik AirAsia nih, anda akan rasai "murah" yg sbnr...semua bnde mcm die cut-cost tuk merealisasikan impian tambang rendah mereka. tp ape pun, kembali balik tema aku td tu.."Untuk apa bayar lebih untuk destinasi yang sama walaupun 5star services yang berbeza"

*Aku xtaw aku sokong ke tidak AirAsia neh sbnrnyer..tuk domestik..sokong lew kot..


Seterusnya...

Saturday, October 18, 2008

Diskusi : Apa yang penting?? Solat!

Assalamualikum;

Alhamdulillah selesai jugak aku menghadiri kursus kepimpinan anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan kt Hotel Palmyra, Amman Jordan. So far, ok sajer kursus tu.. Merapatkan ukhwah sesama pelajar yg dah lama aku xjmpe. dak2 Irbid, Amman dan Mutah. Bgs..bgs..

Kaki aku pulak, dan2 nak g kelas esk ni lah pulak die naik bengkak balik. padahal ritu mcm dah ok dah. tu Encik Paley [yg tlg urutkan kaki aku neh] die benarkan aku g. aku g je lew, tgk2, rini kaki aku mcm bengkak. tau lew klu die tau esk nak stat klaz dah.."bile mula kelas, bengkak pun naik lew syg?"ahakz..

Kat sini aku bukan lah nak cerita sgt bnde neh sbrnyer, ader bnde menarik yg aku cuba untuk kongsi dgn semua org..kire mcm salah 1 lah dari kebaikan org arab yg mungkin kita susah nak jmpe kt mesia.. Org arab neh, biasenye die akan solat kat mana2 sahaja..tanpa ragu2+was2.apa yg penting??..kerjasama..[hehe..kidding] apa yg penting, matlamat menunaikan kewajiban terhadap Allah SWT dlm apa jua keadaan+di mana sahaja berada. Kewajiban ttp d utamakan..No1.

Cuba tgk video neh dulu...Sbnrnyer aku xsengaja je jmpe pakcik neh. aku pun mula2 tak perasan..tgk lepak2 tgu teksi.ttb nmpk pakcik neh, elok je smyg..bgs btul pakcik neh..

*Permulaan video agak songsang..biarkan saje,nnt die btul balik..sori..
*Ader seorg/
seeokor maskot yg pki sweater biru putih akan kelihatan berlegar2 dihadapan camera..abaikan die..
*Kat dlm video neh, mungkin ader kata2 yg xssuai didgr..Abaikan yer..kata2 ditujukan kt seekor maskot td..

*Situasi video neh, tepi jalan, tmpt tggu taxi..waktu solat maghrib




*Jika ada sebarang komen ataupun komentar, bolehlah terus ke ruangan komen untuk berinteraksi..


Seterusnya...

Sunday, August 10, 2008

Diskusi : Jangan Hadiah Baju

Salam Alaykum;

Mlm ni aku cuba untuk meleraikan beberapa perkara yg bermain dlm minda aku 2-3 hari ni.. berkenaan dengan mitos2 atau pun mungkin boleh juga dikatakan pesan org dulu2..Aku juga ingin membawakan 1topic yg berkaitan dengan ramalan bintang..soklan2 ni byk kali dah aku tnyer org..wlwpun aku dah dpt dah jwpn die, tp..kdg2 tuuu...mcm.....hmmm

1st thing, aku nk tnyer korg sumer, korg penah dengar x org ckp, kalau nak bagi hadiah, jgn bagi hadiah baju. sbb nnt mungkin ada kecelakaan yg akan menimpa dikemudian hari. Lame dah aku dgr bnde ni sbnrnyer, ader kwn aku dr thailand yg bg tau mcm nih.. huhu.aku seakan2 mcm nak cayer, tp kot kang cayer kang..tkut berubah lak aqidah aku..astagfirullahalazim...tp kalau aku kater mcm berlaku..how?mungkin kebetulan..tp,cmne ek?

mcm mana lak dengan ramalan horoskop atau pun bintang. ala..mcm binta virgo, cancer+mcm2 lgi..mcm aku ni kan, aku de la gak baca tiap2 hari horoskop aku kt yahoo..kdg2 rs mcm ader je kene mengena..tp kang kot percaya kang..bersangkut paut jugak dengan aqidah aku.kdg2 aku bc tu, sekadar memberi inspirasi atau pun nasihat.tp...adoii..cmne nak ckp ek?

aku de jer search2 kt net berkenaan dengan masalah nih..

Jawapan : Ramalan, menilik atau yg sewaktu dengannyer adalah dilarang keras oleh Allah kerana dlm quran seperti ditegaskan pada ayat 90, surah al-Maidah...

tetapi, sbg manusia kan, kdg2 mmg xlari dari godaan syaitan ni. dia lah yg membisik2 kan kepada kita supaya percaya bnde2 ni..silap2 leh tambah lagi 1 dari rukun iman : Percaya Kepada Horoskop..adoi..masalah nih...sape ader jwpn mahupun pendapat?


Seterusnya...

Thursday, July 24, 2008

Diskusi : Akademi Nasyid TV9



Salam dan Selamat Sejahtera,

Satu fenomena baru skrg ni yg tgh melanda mesia ni dengan progrm realiti yg bertimbun2 bnykknyer.tp malangnyer, xde pun mcm American Inventor ker, mcm The Apprentice ke..yg mcm tu ler yg boleh membina minda sket. ini sumer asik hiburan je. Muak dah! bebalik dengan konsep yg sama. pasa nyanyi, komen. undian, SMS..

Sini aku nak cerita sket pasal Akademi Nasyid (AN) yg disiarkan secara langung melalui saluran TV9, hari sabtu kul 830mlm (waktu mesia). bg aku kan, progrm ni kan, mcm dah lari jauh dengan matlamat sbnr NASYID itu. ape yg nak di sampai kan bukan lah lagu yg berunsurkan dakwah. tp skadar persembahan nyanyian yg menitik beratkan.. penggunaan pentas, tone suara, penampilan. xde langsung yg ke arah utk berdakwah. so, skrg ni kirenyer taraf nasyid skrg ni dah same lah mcm lagu2 biase. xde beza pun, org duk bersorak bile penyanyi tuh, dapat mencapai high note.. pastu dengan sepanduk2 lagi.. melambai2kan tgn bile ader lagu yg mcm sedey sket..klu boleh, klu ader lighter tu..mesti die dah nyalakan. so,ape beza nya dengan lagu2 biase yg ade kt dlm industri hiburan kite skrg ni? aku pun xphm...lebih baik dgr lagu2 biase tu je. same je..

tambah pulak lagi, dlm AN tu, die buat arrangement music yg baru.. kot asal music tu ala2 slow jer..die buat lah pulak rentak regge ker, xpun, bg rancak sket laa..aku rs sekadar untuk menarik penonton dan meraih undi.

SALAH SEORG PESERTA FEVERET AN (AIMAN)

lebih memualkan aku bile pengkritik tu..kritik mcm bagus.aku mmg xleh blah lgsg dengan pengkritik mcm tu.mcm lah die nyanyi sedap sgt.padahal dlm kumpulan die tuh, bukan penyanyi utama sgt pun. ini nasyid beb. menyampaikan dakwah dlm bentuk lagu @ alunan diiringi dengan music. tp dah jadi mcm lagu biase. bebalik.. "pitch tu xsmpai" @#$%^ tul!

mungkin org leh ckp aku xreti nilai seni ke ape ke.ikutlah..tp aku mmg xstuju je dengan AN ni. sbb die bukannyer memperjuangkan ape yg terkandung dlm lagu Nasyid itu, tp hanyalah untuk menyumbangkan suara je. agak nyer klu di tnya ape maksud lagu2 tu..ntah tau ke tidak!


Seterusnya...

  ©:: MyWay [v2.2] ::. Template by Dicas Blogger.

TOPO