Showing posts with label Diari. Show all posts
Showing posts with label Diari. Show all posts

Friday, April 9, 2010

Semasa : Ready For Boarding!

Assalamualaikum;


Nampaknya seperti tidak mampu untuk menyoroti setiap kisah sejak dari seperbalikkan aku ke Malaysia ini. Tak apalah. Tiada apa yang menarik pun untuk dikongsikan melainkan review filem-filem baru yang ditayangkan di pawagam. Selain daripada itu, event-event yang aku ikuti daripada anjuran pelbagai pihak. Perjumpaan adik beradik serta pengalaman interview buat pertama kalinya dan sebagainya. So, lupakan sahaja entry-entry itu, kita terus ke 'semasa' sekarang ini. Ini di sebabkan aku MALAS! Ok la, tak ada idea laa nak tulis.. Hehe..

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, tuhan sekelian alam yang telah menetapkan segala-galanya hatta perjalanan seorang hambanya. Dari perkara sekecil-kecilnya, sehinggalah perkara yang sebesar-besarnya yang kadang kala di luar dari kotak pemikiran kita. Maha suci Allah, Dialah yang menghidupkan dan Dia jualah yang mematikan, dari Dia kita datang dan kepadaNya jua kita akan kembali...

Seperti mimpi, panggilan tanah haram kembali! InsyaAllah aku akan dijadualkan untuk terbang ke tanah suci pada 12 April 2010 bersamaan dengan hari Isnin menaiki pesawat Qatar Airways yang dijadualkan akan berangkat pada jam 0255pagi waktu Malaysia yang berGMT +0800 menggunakan perkhidmatan Pakej Umrah dan ziarah Andalusia Travel & Tours yang di pengerusikan oleh YB Ustaz Datuk Dauh Che' Ngah. Semoga perjalanan ibadat kali ini lebih baik dari perjalanan sebelum-sebelum ini. Doakan segalanya dipermudahkan, selamat pergi dan balik, InsyaAllahu Ta'ala..


Sesiapa yang sudi untuk mengiringi keberangkatan aku kelak, bolehlah datang ke KLIA pada malam Isnin, iaitu pada 11 April 2010 ataupun Ahad malam. InsyaAllah aku akan berada di KLIA pada jam 10malam di kaunter check-in 'J'


Menyorot kembali perjalanan ke tanah suci aku sebelum ini, di sini dan di sini, aku pasti perjalanan kali ini amat berbeza kerana aku datang dari Malaysia dengan menaiki pesawat. Kalau dari Jordan dulu, hanya dengan menaiki bas selama 30jam lamanya serta bersama rakan-rakan. Akan tetapi kali ini aku datang bersama keluarga! Seperti doaku itu dimaqbulkan oleh Allah, kerana aku benar-benar berharap aku akan kembali ke tanah suci dengan keluarga!

Hal ini mungkin disebabkan pada kali terakhir lawatan aku tahun lepas, aku sangat cemburu melihat orang lain datang bersama keluarga. Sebuah institusi kekeluargaan yang cukup sempurna. Ada ayah, ibu dan anak-anak. Aku sempat merakamkan gambar yang mana aku melihat sebuah keluarga yang cukup bahagia sedang menikmati makanan mereka di halaman Masjid al-Haram. Bukan itu sahaja, di mana-mana sahaja setiap pelusuk kota Makkah, aku dapat melihat masing-masing bersama-sama keluarga masing-masing dengan bahagia. Tiap kali aku melihat aku akan berdoa aku satu hari kelak aku akan kembali bersama keluarga. Alhamdulillah..

(Alamak, gambar tak ada laa... hardisk aku rosak pulappp. Tapi gambar itu masih segar dalam memori aku..ahakz)

Sekali lagi aku diberi peluang untuk berkhidmat dengan mak dan abah aku! Alhamdulillah. Haritu mak abah aku datang melawat aku di Jordan. Kini ke tanah suci pula. Semoga aku diberi kekuatan sekuat mak dan abah membesarkan aku! Terumanya menjaga mak yang sakit. Perlu berkerusi roda setiap masa. Semoga aku diberi kekuatan. Kerana sudah pastinya inilah yang akan menjadi kenangan paling manis dalam hidup aku yang bakal aku kongsikan bersama-sama dengan anak cucu aku kelak..

Mengikut perkiraan aku, aku mula meinggalkan rumah sejak aku berumur 13tahun dan kini 26tahun, 13tahun aku meninggalkan rumah, tinggal di luar rumah. Sesekali berpeluang baru pulang. Setelah aku menamatkan pengajian aku ini, barulah aku dapat duduk bersama dengan keluarga. Jadi aku rasa, inilah masanya untuk aku berkhidmat untuk keluarga. Terutamanya mak abah yang tidak pernah jemu menjaga aku dari kecil sampai la gedabak macam ni. :)

InsyaAllah, aku akan kembali semula ke tanah tumpah darah pada 24 April 2010 dengan menaiki pesawat yang sama.. Aku mohon pada semua agar doakan agar di permudahkan segala urusan dan semoga selamat pergi dan kembali..

Wassalam...


Seterusnya...

Monday, March 22, 2010

Semasa : Malaysia oh tanah airku

Assalamualaikum;

Alhamdulillah. Akhirnya saya sudah selamat sampai di Malaysia oh tanah airku. Meninggalkan segala suka duka selama 4tahun lebih di Jordan. Selamat tinggal Jordan. Selamat tinggal kenangan. Insyallah, selepas ini anda tidak akan lagi mendengar cerita-cerita berkenaan dengan Jordan kecuali kalau tetiba terflash back masa tinggal kat Jordan dulu, kira sikit-sikit la kann.. Ada benarnya pepatah orang melayu tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain dan benar jua orang-orang tua ada mengatakan, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri...



Maka nya, saya perlulah mempersiapkan diri bagi menempuh hari-hari yang mendatang di Malaysia dan juga harus menerima kenyataan bahawasanya saya sudah pun berada di Malaysia. Kembali ke pangkuan keluarga, sanak saudara, masyarakat dan negara.

Sepeninggalan saya di bumi Jordan, saya berasa sangat puas. Apa yang saya terfikir untuk lakukan, hampir kesemuanya telah dapat saya lakukan kecuali :
  1. Belajar masakan arab dari orang arab - segan la nak cakap
  2. Berjumpa dengan tuan rumah - kerana bayaran sewa dibuat di bank yea..
  3. Melawat wadi rum - tak tahulah macamana boleh tercicir
  4. Pergi Jubaihah - Merupakan taman tema ala2 genting
Tak apalah. mungkin tidak ada rezeki untuk kali ini, lain kali sahaja lah kita berjumpa! Maasalamah Jordan dan Ahlan wasahlan Malaysia - Kepada warganegara Malaysia, kami ucapkan selamat kembali ke tanah air.. Awwwwww... FULL STOP JORDAN!

Sekembalinya saya ke Malaysia terutama di Seremban. Sangat banyak perubahan yang berlaku. Terutama jalan-jalan utama yang menghubungkan di antara kawasan :
  1. Ada highway dari rumah saya terus ke taman Encik Zaki
  2. Highway LEKAS - Seremban-KL - Dah pernah cuba dari rumah ke KL hanya 55 minit dengan kadar kelajuan 100km/j. KL tu means betul-betul sampai KLCC.
  3. Highway Bukit putus
Kemudian tak kurang dengan insfrastuktur juga
  1. Ada carrefour
  2. Komleks belia dan sukan dah renovate siap ada program Jom Joging Malam..huhu
Bile bercerita pasal Malaysia.. dah tentu la orang semua akan ingt pasal makanan.. Sesampai je Malaysia..abah terus kona g makan roti canai. Siap ada roti setengah masak lagi.. Wawawa.... Lepas..lepas tuuu...sambung sendiri...

Hurm. Cukup la tu... brapa kali lah pulak nak mention da balik mesia kan? saje je ni... ala2 introduction to Malaysia.. lepas neh penuh entry pasal kehidupanku di Malaysia sahaja.. MELAINKAN kalau ada rezki keluar lagi kan... InsyaAllah..doa-doa laa

Selamat-selamt...


Seterusnya...

Saturday, March 6, 2010

Semasa : Surat Untuk Mafraq

Assalamualaikum;

Akhirnya...kembali la aku ke pangkuan Mafraq setelah lebih 2minggu berada di luar. Bermula dengan Aqobahnya, kendian dengan Turkeynya akhir sekali Syria. So, bermula lah detik hari-hari terakhir aku di Jordan. Kadang-kadang terasa sayup-sayup angin rindu meniup lembut ke muka ku. Belum lagi terbang meninggalkan Jordan, angin itu sudah dapat di rasakan...

Minggu2 terakhir aku berlalu begitu pantas. seperti tak terkejar pula. tapi kadang-kadang terasa begitu lama. Minggu kerja bermula, aku terus ke Universiti untuk melakukan urusan 'keluar' dari universiti. Macam biasalah, bila berurusan dengan universiti ditolak ke sana, ditendang ke sini, diheret ke sana dan dibawa ke sini. Walaupun tabah, akhirnya secara rasminya aku bukan lagi seorang pelajar Universiti Al al-Bayt akan tetapi aku sudah pun berstatus bekas pelajar ye tuan2. Siapa-siapa yang mahu tahu bagaimana untuk 'keluar' dari jamiah, sila aku kontek aku kendian eh. Nak cite dalam neh, panjang sgt.

Memandangkan ini merupakan entry terakhir aku mengenai Jordan, secara tiba-tiba mengingatkan aku berkenaan dengan entry pertama aku sesampainya di Jordan DISINI. Masa tu zaman-zaman blog friendster lagi. Haha.. So, aku telah mencatatkan hampir keseluruhan certa-cerita aku sejak dari ketibaan aku di Jordan sehinggalah aku titisan peluh aku yang terakhir di Jordan. Haiz... Kadang-kadang rasa macam cepat je masa itu berlalu. Tapi itu adalah reality kehidupan yang setiap orang akan tempuhi.

OKlah, Sebenarnya ada banyak perkara yang aku nak sampaikan dekat semua adik bradik kita yang ada kat Jordan ni. Terutama adik bradik rapat ni kan. Bermula dari adik bradik serumah aku dan terus ke adik bradik yang lain. Akan tetapi sebab malam terakhir aku itu telah 'dihujani' basah baju aku. So, kata-kata sukar untuk d lafazkan dengan baik. Tu yang jadi macam itu tu...

Kenapa aku gunakan istilah adik bradik? Sebab aku tak mahu kita rasa asing. Walaupun kita datang dari tmpt yang berbeza, keluarga yang berbeza, akan tetapi bila kita sampai di Mafraq, kita semua bagaikan sebuah (betul ke eh?) adik bradik.

1st of all, aku nak ucapkan Terima kasih kepada Housemate aku, Abu, Auni, Aisa dan Mat Sob. Terima kasih kerana 'menyelamatkan' rumah ini serta aku juga. Tanpa korang, aku tak tahulah nasib aku mcmana selepas pemergian housemate aku yg terdahulu iaitu Dolah, Supi dan Deko.

Kemudian aku nak ucapkan terima kasih dekat semua adik bradik hayy dhubat. tanpa korang, hari2 terakhir aku di jordan sangat tidak bermakne. dengan korang juga aku melepaskan suka duka aku. dengan korang juga aku rasa aku tidak sendiri walaupun kawan2 sebatch aku kebanyyakkannyer sumer suda balik.

seterusnya adik bradik mafraq. mungkin ada yang aku xsempat nak knal dan mungkin ada yang sempat, terima kasih semua.

Apa-apapun aku nak minta maaf banyak-banyak anda anda terlebih ataw terkurang, halalkan makan minum aku dan doakan aku berjaya di masa hadapan.

kenangan malam terakhir aku d jordan malam ituuuuu...huh mmg sangat aku tak leh lupa kannn..

ntah. aku pun tak ada idea nak cakap apa lagi.. rasa mcm cerita dah lapuk da.. haha... tapi tetap nak menulis juga, walaupun tak pandai nak berkata-kata....ngeh3x

Korang jaga diri korang bebaik. nanti kalau balik jgn lupa tweet2..kite lepak2 saje deh...korang kene blanje aku sbb kalau korang balik mesia sudah tentu byk duit USD yang korang tukar ke duit RM..haha...

tu je la kot...wasalam

sebenarnye serius $%^ aku nak cakap byk gile. tapi ntah... xpela... biar je..xpenting punnn...

btw, gambar aku xtransfer lagi dari camera kecik tu..kamera besar ada laaa...hehe

sebenarnya aku tak sabar nak tulih pasal bnde lain...banyak bende lain lagi ni...ngeh3x


Seterusnya...

Saturday, January 2, 2010

Diari : 2010

Assalamualaikum;

(FAST HAPDET : 2245)

Harini aku nak mulakan satu lagi label baru menggantikan label semasa aku sebelum ini sebab sebenarnya kadang-kadan itu aku agak confius jugak nak letak dalam label mana satu yang sesuai dengan setiap entry-entry yang aku dah type penat-penat tu. So, sekarang ini, dengan adanya label Diari ini lebih mengkhususkan la apa yang aku nak tulih.

Label diari ini aku akan masukkan apa-apa sahaja berkenaan dengan kehidupan aku. Ala-ala diari laa. Aku dapat idea untuk label diari ini bukan apa, semalam aku di kejutkan dengan pemergian seorang sahabat aku yang baik. Elok-elok aku nak bukak buku untuk study, ttb..

Kawan aku : BUZZ!!!
Oiii...kau dah taw cite ke? (Mulia sungguh akhlak kawan2 aku neh..main oiii2 jeee)
Aku : Ha...oiii (Aku pun oii la balek kann..haha)
Taw apo?
Kawan aku : Abg dol dah takde dowh.. br je meninggal maghrib td waktu mesia..
Dengar cerita..eksident.
Tapi tak taw lagi cerita lanjut sebab kakak dol tak dpt nak bercerita sgt..
Aku : Ko biar betul mok... bnde2 gini wat2 men lak
Kawan aku : Klu ko tak caya ko tgk status Arda tu...
Aku : .................. (Speecless)

*Sila percaya bahawa dialog-dialog dalam dialog diatas adalah rekaan semata-mata. dialog sebenar aku xingt da.. aku cuma ambil lebih kurang je.. tapi situasinya lebih kurang gitu laaaa

Terus je aku letak buku yang patut aku nak std tu kat tepi, terus buzz org itu, orang ini untuk tanyer lebih lanjut berkenaan dengan hal neh...

Akhernya.. Mmg di sahkan.. Haizzz.. Hilang sorang kawan aku yang baik... Semoga Engkau tenang di sana. InsyaAllah la, dah la meninggal hari jumaat.. tahun baru lagi.. senang nak ingat.. bile ingt, boleh sedekahkan al-Fatihah ~ al-Fatihah

Aku baru je lepas tgk frenster al-marhum.. Sayu sangat rasanya. Tiba-tiba terdetik dalam hati, mcmana la kalau aku mati esok. Mesti orang akan buat bende yang sama jugak, tgk frenster aku, blog aku, flickr aku, twitter aku... Kalau la aku mati nanti kan, korang semua jgn lupa sedekahkan Al-fatihah untuk aku ye? :) Terima Kasih ~

.....................................................................................................

Oh ya, aku seakan-akan tidak sempat untuk posting pasal tahun baru dan babai tahun lama. Apa-apa pun aku nak ucapkan selamat tahun baru untuk kalian semua. Harap korang semua lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini, begitu juga dgn aku.. Harapnya ~

.....................................................................................................

Bermula dari 9hb januari ini aku akan menghadapi peperiksaan akhir yang semestinya akan menghantui sekelian manusia yg bergelar mahasiswa universiti aku ini dan bakal menemui pengakherannya pada 19hb Januari. Maka kalau ikut situasinya lah kann.. ini merupakan peperiksaan aku yang terakhir disini. selepas ini aku akan bergelar graduan. InsyaAllah. Semoga Allah permudahkan urusan aku. Tapi aku sangatlah risaw dengan keadaan aku sekarang ini sebab ada 2subjek yg sgt aku rasakan kritikal.. Sebab tu, harini 2hb, aku dah mula std dah untuk subjek-subjek kritikal itu. supaya aku lebih bersedia kelak. kawan-kawan semua jgn lupa doakan aku d permudah segala k?

.....................................................................................................

Oklah, aku rasa sampi sini lah dulu kot untuk kali ini. kalau aku ada masa lagi, aku hapdet lagi ye... mcm nak tido dah... esok nak g ambil gambar graduan untuk d masukkan dalam buku tahunan universiti aku.. ngeh2.. Ok.. babai ~

(END : 2313)


Seterusnya...

  ©:: MyWay [v2.2] ::. Template by Dicas Blogger.

TOPO