Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Saturday, December 12, 2009

Info : Follow Me On Twitter!

Assalamualikum;

OK, sekarang ini macam ada masa untuk aku update sikit blog aku ini WALAUPUN aku sekarang ini berada betul-betul di tengah-tengah peperiksaan kedua bagi semester ini. Bermula minggu depan, jadual peperiksaan aku penuh sepenuh-penuhnya dari hari Ahad sampai hari Rabu. Hari Khamis dengar-dengar khabar, cuti. Cuti Awal Muharram. Kalau cuti, Alhamdulillah. Kalau tak cuti, TABAH! Walau apa sekali pun, tolong doakan kejayaan aku untuk menempuhi semua peperiksaan pada semester ini sampailah final nanti. JANGAN berhenti doakan untuk aku ya?!

Background music sambil aku menaip entry ini adalah semua lagu-lagu dari kumpulan In-Team. Dari album pertama, sampailah yang terkini. Aku pun tak tahu macam mana 'roh' In-Team ni datang kat aku malam ni. Aku rasa sebab tadi aku dengar lagu-lagu In-Team ni kat rumah Nasir tadi sesambil study Farq Zawaj ~ Lalalala

Memandangkan minggu ini adalah minggu sibuk aku gila baban. So, aku nak FAST HAPDET sahaja ni berkenaan dengan TWITTER memandangkan aku sangat-sangatlah DIE HARD FAN Twitter ini dan SANGAT MENAFIKAN kewujudan FACEBOOK! Haha... Aku pernah mention pasal TWITTER ni sebelum ini DISINI. Tapi tidak pula memberitahu secara jelas berkenaan dengan Twitter ini. Lagi pun, kalau blog ini tak berhapdet, pergi lah ke Twitter aku. Kat sana pagi petang siang malam aku mengadap Twitter saje. Lalalala ~

Apa Itu TWITTER?

TWITTER adalah sebuah sistem komunikasi internet yang berfungsi secara LIVE untuk anda kongsikan dengan follower-follower anda berkenaan dengan apa yang anda fikir, anda rasa, pengumuman, pesanan dan apa sahaja yang anda rasa anda ingin luahkan pada ketika anda berTwitter ataupun mendapat Update-update yang terkini dari sesiapa sahaja yang anda follow di dalam Twitter ini.

So, apa yang best sangat tu?

Ok, mula-mula anda register dulu, lepas dah register anda FOLLOW SAYA.

"Profile aku di Twitter"

Ok? Sudah? Apa yang anda nampak? Anda pasti akan dapat melihat tulisan-tulisan atau perbuatan-perbuatan malahan luahan-luahan saya pada ketika saya update di Twitter berserta dengan gambar comel saya yang berada di sebelah kiri screen anda.. Kagum tak? Wohaa ~

Tak nampak lagi apa itu Twitter?

Sekarang, cuba anda follow kawan-kawan saya ini : @SyedIqbal, @Kazambory, @palipoyo dan @sangpurple. Mereka ini adalah kawan-kawan saya yang sama-sama belajar di sini.

Kalau tak berminat, cuba anda follow : @NajibRazak, @chedet_cc dan @AnwarIbrahim. Saya rasa saya tidak perlu perkenalkan siapa mereka ini lagi sebab mereka adalah ikon Malaysia.

Kalau tak berminat jugak, cuba yang ini pula : @YasminHani, @SazzyFalak, @LiyanaJasmay dan @FaizalIsmail. Kenal tak siapa mereka ni? Siapa lagi kalau bukan artis-artis yang hawt sekarang ni kan? Hawt ke? Haha ~

Lepas tu?

Pergi kat HOME, apa yang anda akan nampak? Anda akan dapat lihat, semua update-update dari orang-orang yang anda telah follow itu tadi. Semua update-update itu adalah LIVE UPDATES dari mereka. Apa yang mereka rasa. Apa yang mereka buat. Kalau mereka rasa nak tulis, mereka akan tulis kat Twitter dan siapa yang follow mereka-mereka itu akan dapat membaca update-update mereka itu. Maka dengan ini anda menjadi salah seorang dari orang yang terawal mengetahui perkembangan-perkembangan semasa melalui Twitter ini. Cool x? Cool kan?

"HOME Twitter aku"

Twitter ini bukanlah sebuah medium komunikasi satu hala sahaja. Anda juga boleh jadi seperti orang-orang yang anda telah follow itu dengan hanya menaip apa yang anda lakukan, apa yang anda rasa ataupun apa yang anda ingin kongsikan dengan follower-follower anda. Anda hanya perlu menaip di bahagian "What's Happeing?" dan tekan butang "Update". Maka, secara LIVE, semua follower-follower anda akan menerima message anda itu secara LIVE, pada saat anda menekan butang UPDATE itu. Best kan? Wohaa ~

Apa lagi yang bestnya? Biasaaa je...

Bila anda ada membaca update-update dari orang-orang yang anda follow dan anda rasa anda ingin reply kepadanya, apa yang anda perlu lakukan adalah, lalukan tetikus anda pada ruang tulisan orang yang anda follow itu dan kemudian akan muncul icon REPLY. Click pada icon itu dan mula menulis pada bahagian "What's Happening" itu tadi. Maka secara LIVE jugak message anda itu akan dihantar kepada si penerima itu tadi. Ala-ala anda mengSMS mereka. Anda tak rasa kagum ke bila anda message secara direct kepada orang itu? Sebagai contoh anda message saya, kemudian anda message anda itu diReply. Kalau saya, saya rasa sangat dihargai ~ Huhu

Lagi?

Anda akan mendapat kepuasan yang maksima bila anda mengInstall aplikasi Echofon pada browser Mozilla anda. (Bagi pengguna Browser Mozilla sahaja) Anda boleh memuat turun aplikasi add-on itu pada web mozilla DISINI. Setiap update baru akan muncul di bawah screen anda. Maka lebih pantas anda akan mendapat berita-berita baru dari orang-orang yang anda follow dan boleh reply secara terus dari aplikasi yang sama.

Lagi?

Anda juga boleh menggunakan Twitter ini melalui henset anda jika henset anda ada mempunyai kebolehan melayari internet secara mudah alih. Hanya pergi ke laman http://m.twitter.com anda boleh hapdet twitter anda serta mengetahui perkembangan terkini orang-orang yang anda follow di mana sahaja tanpa batasan. Asalkan mempunyai capaian GPRS paling kurang...

Lagi?

Kadang-kadang jugak saya gunakan Twitter ini sebagai LIVE BLOGGING saya sebab di Twitter anda boleh Upload gambar dari camera henset anda terus ke TwitPic. Macam aku buat kat sini. Itu semua adalah Live Picture yang saya capture dan henset saya dan saya rasa saya nak kongsikan untuk semua follower-follower saya yang saya kasihi sekelian.. Woohaaa ~


Itu je lah yang saya rasa sempat saya tulis buat masa ini. Walaupun tadi saya kata FAST HAPDET. Tapi ini saya rasa dah lebih kurang sejam dah saya menaip untuk entry ini sebab banyak nak buat link-link tu untuk memudahkan capaian korang kat web-web yang saya maksudkan. Pastu nak buat print screen lagi.. Baik tak saya? Woohaaa ~

Pada mulanya mungkin anda akan rasa Twitter ini macam sampah. Tapi kalau anda menghayati Twitter ini betul-betul anda pasti akan menyukainya ~ Hehe

Babai ~


Seterusnya...

Monday, November 30, 2009

Info : Google Wave

Assalamualaikum;

Yeah.. inilah 1st entry aku selepas aku memformat leptop aku yang ku sayangi ini... Sian leptop ni, sejuk-sejuk ni dia demam-demam. Sampai kene format.. Tapi bile dah format, still ada jugak saki baki penyakit yang tak boleh nak rawati.. Bengang aku.. Lantak kau laa.. Asal boleh guna sudey.."GoogleWave"

Ok, baru-baru ni aku mendapat invitation Google Wave dari Encik Mike (Bukan nama sebenar, sbb aku pun xingt nama sebenar die sape) daripada Twitter aku. So, dengan kembang kempis hidung aku, aku mengaktivasikan aplikasi GoogleWave itu atau lebih dikenali dengan Gwave sajo.

2jam lepas aku aktivasi benda itu, aku jadi buntu. Aku sesat. Aku blur. Ntah menatang ape ntah GWave ini.. Terus mencuba untuk melupakan aplikasi itu.. Pada fikiran aku, mungkin 1hari bile dah popular nanti, aku try la aktivasikan semula... So, aku abaikan je la.. Babai GWave...

Selepas 3hari cuba melupakan GWave itu.. Semakin ramai yang membicarakan pasal GWave neh kt twitter. Aku penasaran. Cuba bukak balik, tapi lebih kurang je.. Click2 mcm tak nampak apa pun..

"Cuba mintak tolong pada Waver2 lain"

Melalui pembacaan aku, ada orang kata GWave ni macam Social Network yang biasa tu.. Mcm Facebook, myspace, friendster dsb.. Ada jugak orang kata die ni mcm tempat chatting mcm YM, mcm mIRC zaman aku skolah2 menengah pun iye. Mcm twitter pun adaa. Orang kata boleh share2 document, files, video, picture.. kira all in one aplication laaa.. tak payah bukak bende2 lain, sumer ada dalam ni jeee...tapi seriously aku mcm tak nampak apa lagi... hishh

Aku ada invite encik pali dan encik adam sebagai rakan aku untuk mencuba bende ini. Tapi, so far, mereka juga macam blurr je..

Untuk pengetahuan, GWave ini masih lagi dalam percubaan, so segala transaksi GWave adalah melalui jemputan sahaja. setiap pemengang account akan di beri 8 kad jemputan untuk menjemput 8orang rakan-rakan yang lain menyertai GWave ini. Jemputan hendaklah menggunakan GMail sahaja sebab benda ini datang dari syarikat Google. aku ada berbaki 6 jemputan kosong lagi.. Ada sape2 nak?

"06 Invitation Left"

So, kalau la ada sapa2 yang terbaca post ini dan mempunyai acc GWave, sila invite saya di ahnafhilmi [at] gmail [dot] com atau ahnafhilmi [at] googlewave [dot] com untuk memenuhkan lagi ruang alam maya ini.....



Seterusnya...

Monday, November 16, 2009

Info : Stumble! and KukuKlok

Assalamualaikum;

INFO 1

Anda bosan mengadap internet 24jam sampai tak tahu nak bukak apa lagi dah?

JOM STUMBLE!

Logo of StumbleUpon by topgold.


"Setelah saya menggunakan add-on ini lebih kurang 2minggu, saya sangat berpuas hati dengan persembahan yang diberikan oleh stumbleupon ini.. Saya sudah cuba, anda bila lagi?"

StumbleUpon merupakan sebuah agen web yang berfungsi memberikan web2 yang sesuai dengan kehendak dan naluri anda TERUTAMA BILA ANDA TAK TAHU NAK BUAT APA LAGI DENGAN INTERNET. Anda click je kat icon die tu, nahh.. terpancarlah web2 yang best lagi mantap untuk tontonan umum, sesuai dengan semua lapisan masyarakat..

JOM STUMBLE!

Tak faham?

Begini, anda dikehendaki register pada aplikasi tersebut dan install pada komputer anda. kemudian anda akan di suruh tick pada perkara2 kegemaran anda sebagai contoh kalau anda minat travel ke, music, photography, news dan sebagainya. BILE ANDA BORING DENGAN INTERNET, anda tekan je butang STUMBLE, maka akan keluarlah web2 yang dipilih secara random yang ssuai dengan naluri anda... Selamat Mencuba ~

JOM STUMBLE!

-----------------------------------------------------------------------------

INFO 2

Anda susah untuk bangun dari tidur?

Tak ada orang nak kejut anda bila anda nak qiamullail sepertiga malam?

Ada perkara yang anda memerlukan 'orang lain' untuk reminder?

Jawapannya : KUKUKLOK

"Hampir seminggu saya menggunakan KUKUKLOK, Alhamdulillah, KUKUKLOK banyak membantu mengejutkan saya dari tidur..."

KUKUKLOK merupakan jam digital internet yang berfungsi sama seperti jam loceng. Akan tetapi KUKUKLOK menawarkan pelbagai bunyi yang pastinya mengejutkan anda terutama di waktu pagi. Lagi terkejut kalau anda pasang full volume speaker anda. Pasti anda tidak akan terlajak tidur lagi selepas ini..

Apa yang menariknya?

Aplikasi ini tidak akan terganggu walawpun talian internet anda terputus selepas fully loaded. Bile web anda telah done, maka jika berlaku sebarang gangguan talian selepas itu, ia tidak akan memberikan apa2 kesan, melainkan blackout atawpun anda shut down computer anda atawpun anda close-tap xpun close terus browser..

SARANAN PENGUNAAN :

1. Solat subuh
2. Bangun pagi pergi kelas

JOM KUKUKLOK

tu je la..babai ~

*Tiada seterusnya ~


Seterusnya...

Wednesday, November 11, 2009

Info : 1st World War

Assalamualaikum;

Hari dalam sejarah, 11 November 1918, tamatlah perang dunia pertama yang menyebabkan byk nyawa terkorban begitu sahaja. Di katakan sebanyak 10juta nyawa tentera yang berjuang di medan perang terkorban dari kedua-dua belah pihak iaitu pihak berikat dan pusat kuasa. Kesan dari peperangan itu, maka banyak kerajaan yang tumbang jatuh menyembah bumi.. (Huh, sangat tak boleh blah dgn ayat ini)

Sebab itu kalau kita tengok orang-orang eropah macam Sir Alex Ferguson, akan memakai bunga poppy merah di baju mereka bagi tujuan mengingati pejuang-pejuang yang terkorban semasa tercetusnya peperangan ini yang berlaku selama 4tahun, dari 28 Julai 1914 sehingga 11 November 1918. >>Sumber di sini<<

"Red Poppy"

Bukan itu yang aku nak cerita. Tak kesahlah kan dia nak pakai apa pun. Lagi pun untuk negara dia jugakan. So, tak ada masalah.. yang masalahnya... Mamat ni... Punnnn nak pakai jugakkk..haishhh...


Di sebabkan dia ni pakai, aku terus cari cerita pasal bunga ini dan kenapa apa semualah. Malam itu aku tidur dekat nak pukul4 pagi sebab nak tahu cerita disebalik bunga ini. Lepas itu barulah aku tahu cerita bunga ini...

So, apa masalahnya?

Masalah eh sekarang ini, perang dunia pertama jugaklah faktor2 menyebabkan jatuhnya empayar turki uthmaniah yang dibina sekian lama yang sangat agong dengan kekuatannya dan kawasan pemerintahanya yang lebih kurang 1/3 dari penduduk dunia ni.. >>Sumber di sini<< Kalau dia pakai tu, maknanya die menyokong kejatuhan empayar itu yang mana empayar itu adalah empayar Islam. Dia ini orang Islam. Pastu menyokong kejatuhan Islam.. Aparaaa...

Tu je yang aku xpuas ati nyer.. haha

Bersangkutan dengan hari peringatan tamat dunia pertama ini, Harini pun aku tamat peperiksaan pertama. Boleh la rehat2 dalam 2minggu ke... Pastu bersiap sedia tuk peperiksaan kedua pulakkk.. lepas tu final.. lepas tuu turkey.. turkey?

Babai ~


Seterusnya...

Tuesday, August 18, 2009

Info : AirAsia Will Fly To Middle East!

Assalamualaikum;

Wah3...balik2 exam terus hapdet neh! Ye laa.. mcm lamaa je aku xmenulis. Lama ke? xdelah. Sebenarnya since aku sibuk twittering dengan BOD AirAsia (AA) 2-3 hari neh. Natijahnya.. die suruh aku hantar CV aku kt die ON HIS PERSONAL EMAIL! U GOT THAT? Mcm...xcaya pun de. Tapi tak caya2 pun.. nak tgk bukti ke? Keh3. Aku cakap kt die, since AA nak fly ke MidEast neh, die xnak ke carik orang mcm aku neh? Orang melayu yang boleh bercakap, menulis dan membaca Arabic dengan baik (biasa la kan.. ayat2 nak carik keje neh kannn, kene la up sket kannn) pastu lepas 2-3 tweet je.. Die pun cakap.. Oklah, U leh hantar CV u. Nt i akan semak... Ini Email i ye... #####@airasia.com. ngeh2.. Tak tau nak cakap pe.. br suh hntr CV, dah srnk mcm dpt keje jee.. Aparaaa... Tp tak salah kan klu mencuba? Aku byangkan aku keje dgn AA kt area MidEast neh. Yey.. Best2! Aku ske. Sbb aku rs mcm besttt je la plak duk area2 MidEast neh dari duk Mesia, pijak setanah dengan orang tu... Bek aku lari jauh2. Tak de jumpe2 lagi... Tak nak jmpe aku sgt kan? Eh, apa aku cakap nehh... Astagfirullah... huhu

Berbalik pada topic asal kita, ye, AA akan terbang ke MidEast. Menjadikan AUH @ Abu Dhabi sebagai Hub airport die. Apa die? Abu Dhabi? Mcm pernah dtg je kt sana... Jugak mcm ada cinta yang tertinggal di Abu Dhabi. Eh, Apa neh? ANAPPP... STOP IT! Pening..br pas exam kannn.. ngeh2.. eh, AMM-AUH-KUL? ngeeee :D

Die (AA) akan memulakan penjualan tiket pada awal bulan depan dan di jangkakan akan membuat penerbangan pertama pada akhir November. Sekarang ini AA still under progress nak wat MOU dgn syarikat2 penerbangan sambungan dari AUH ke Jeddah/Madinah, Mesir, Iran dan of coz.. JORDAN. Tq AA sbb pilih JORDAN sbg destinasi anda. I LOVE AA. Maka terbeliak la mata Syarikat Penerbangan Subsidi Kerajaan Malaysia bile taw AA nak fly ke JORDAN. Yang die tu, duk cut-route je xabeh2. Dah la Cut-route, pastu cut-cost pe sumer.. Ntah apa yang tinggal tuk status penerbangan 5bintang pun aku tak taw laa.. bek Skytrax buat penilaian balik taraf bintang syarikat penerbangan itu dan berikanlah bintang sewajarnyer.. huhu

Kalau tak caya la kann anda boleh tgk sniri iklan diorang neh kt web diorg nehh...

Anda jugak boleh check twitter diorg tuk dptkan fast hapdet berkenaan dgn diorg2 neh.. melalui twitter aku... kiki...

Maka, sape yang habis fasal awal n seterusnya nnt, boleh la mendapatkan tiket penerbangan dengan harga murah.. boleh la balik mesia tiap hujung minggu klu boring2 tuu... kan3.. huhu..

AKAN TETAPI.. bende murah kan, kadang2 tak begitu indah. Anda jgn lupe, AA ni adalah Syarikat Penerbangan TAMBANG MURAH. So, bile TAMBANG MURAH tu kan... Mmg sumer akan mcm murah je la kann.. Harga yg kita dpt tu nnt mesti tak termasuk Harga makanna dan minuman dalam flight, bayaran tuk bagasi, alatan keselesaan (selimut n bantal) mcm pegi London tuu... tp xpela kann..asal smpai...dah laa..babai..

*Cuti musim panas bermulaaa....nak buat apa eh? boringnyer... Ish, nak pose... Salam Ramadhannn

*Seterusnya Tiada


Seterusnya...

Saturday, June 6, 2009

Kembara : The Real Arab Bedouin

Assalamualaikum;

Alhamdulillah, Akhirnya smlm aku berjaya menamatkan peperiksaan akhir semester aku dengan begitu tenang sekali. wlwpun nak ckp soklan itu tak ada lah sng mn pun..ada je mcm soklan yg aku rasa aku jwb xbtul kot.. Ttp ketahuilah bhw aku dah berusaha dengan bersungguh2 bagi menjawab soalan2 yg diajukan kpd aku dlm peperiksaan tersebut. Skrg ini aku hnya perlu bertawakkal kepada Allah dan redha menerima segala keputusan yang akan keluar kelak. Doakan aku!

Wlwpun aku baru menamatkan minggu exam aku ini. tidak lah bermakna sepanjg minggu aku mengadap kitab aku yg xbrapa nak faham akan tulisannya itu. al-kisahnya, memandangkan keluarga apek dtg melawat beliau disini, makanya aku pun mcm terjoin la mereka jalan2 Jordan di sebbkan aku punya gap antara subjek agak jauh yer tuan2..

Apa yg menarik sepanjg perjalann aku neh, aku smpt melawat perkampuan org badwi yg sebenar yg terletak dlm jajahan Petra.. Aku smpt meluangkan masa hampir 1jam bersama2 org2 badwi ini untuk mengenali dengan lebih dekat bagaimanakah yang dikatakan org arab badwi itu...


SITUASI : Dlm perjalanan pulang dari Petra, ternampak penempatan org badwi di tengah2 padang pasir. Aku bgtaw apek yang pada ketika itu die yang memandu kenderaan sbb kami dah wat perjanjian, perjalanan pergi aku yg bawk, balik die. so, die la yg bawak masa itu.. dengan serta merta saudara apek meperlahankan kenderaan dan memasuki jalan tidak bertar menuju ke penempatan org arab badwi tersebut.

sampi di tmpt itu, arab itu mula dari khemah mereka dan ada jugak yang masih terngintai2 di sebalik khemah mereka. barangkali mereka sgt penasaran apabila org luar dtg melawat mereka. lantas kami di sambut oleh ketua mereka agaknya.. not rili sure la sape die tu. die itu la yg menerangkan seberapa sedikit berkenaan dengan org arab badwi ini. antara soklan2 yg aku sempat tnya kepada mereka :

  • Bagaimana kehidupan anda sebenarnya?
- Kami tinggal dlm khemah2 ini dan kami akan berpindah randah sesuka hati kami, bila kami nak. nak tinggal kat mn pun..
  • Kemana anda akan pindah selepas ini?
- Ikut keadaan laa.. klu ikut keadaan skrg neh, kami akan berpindah ke hadapan sedikit dari kawasan ini
  • Bagaimana anda mendapatkan sumber air?
- Kami akan mengangkut air dari kawasan perairan yg terdapat di sini dan membawanya ke sini. (kawasan perairan yg di maksudkan itu adalah wadi musa)


  • Apa yang anda makan?
- Kami ada bela kambing. kami akan makan kambing ternakan kami itu 1 demi 1
  • Bila anda akan pindah lagi?
- tengok laa.. dalam 2-3hari lagi ke. sbb ini pun kami baru je smpai sini ni...



Selepas beberapa soklan sy lontarkan, kami pun beramai2 bergambar dgn arab badwi yang sebenar ini... mereka sgt baik. melayan kami dengan baik sekali.


Seterusnya...

Thursday, March 26, 2009

Info : SummerTime & EarthHour

Assalamualaikum;

Fast Hapdet sebab aku akan bercuti dlm 2-3hari untuk menenangkan perasaan gundah gulana aku keranaaa ........ aku E.M.O.S.I! FULLSTOP! hik3..

Ok, Tepat jam12 tgh mlm ini waktu Jordan, bersamaan dengan 27 Mac 2009 Jordan akan mengalami perubahan waktu kembali ke waktu asal iaitu pada GMT+0300. Ini bermakne anda kene tukar jam anda, cepatkan 1jam kehadapan..

Oleh yang demikian....


Apa2 yang berkaitan dengan waktu, terutamanya waktu solat bagi kawasan2 Mafraq dan sewaktu dengannyer pun turut akan mengalami perubahan 1jam kehadapan. Berikut adalah waktu2 solat bagi tarikh 27 Mac 2009 :-

Subuh : 5:09 Pagi
Zohor : 12:42 Tengahari
Asar : 4:10 Petang
Maghrib 6:55 Petang
Isyak : 8:13 Malam

Manakala perbezaan masa Jordan dengan kawasan-kawasan seluruh dunia jua akan mengalami perubahan.

Jordan - Malaysia : Jordan 5jam lewat dari Malaysia
Jordan - UAE : Jordan 1jam lewat dari UAE

Memandangkan aku ingin bercuti dari menulis buat seketika, bersama-sama ini aku nak ajak korang untuk menyokong aktivitis pencinta bumi ini yang dinamakan EARTH HOUR.

Program ini adalah untuk menyedarkan penduduk bumi berkenaan dengan isu pemanasan global yang melanda planet yang sedang kita diami ini. Anda boleh check kt website diorg neh untuk pembacaan lanjut.

Apa yang anda perlukan adalah hanya menutup lampu rumah anda selama 1jam pada pukul 830mlm, hari Sabtu, 28 Mac 2009 ini sebagai tanda menyokong aktiviti ini. Walaupun tiada pertandingan ataupun ganjaran yang anda perolehi jika anda menutup lampu rumah anda. Tetapi anggap sajalah ini tanggungjawab anda untuk menyelamatkan bumi ini dari terus berhadapan dengan krisis pemanasan global. Cuba anda bayangkan kalau tahun depan tak turun salji pula, tahun neh da la sikit..tahun depan xde. Mesti anda menyesal sbb anda tidak tutup lampu sabtu ini. ahakz...

Anda boleh menonton promo ini :-



Ok lah..tu je..terima kasih


Seterusnya...

Monday, March 16, 2009

Info : Radio Internet DesaFm

Assalamualaikum;

Memandangkan aku ada gap beberapa hari sebelum mengadap kertas2 peperiksaan yang seterusnya, dikesempatan ini aku nak hapdet la sedikit sebyk blog aku neh. Boring2 je neh. Aku baru je balik dari umah kawan2 aku yang lain, sumer dok study sahaja. Ye la diorg ader exm esk lusa dan sebgainya.Tapi aku ahad depan..lmbt lagi...ahakz. Tak taw nak wat ape..kiki

Walawbagaimanapun, ada je yang power2 tu, aku g umah die, dok tido je.. Mcm xsdr je aku dtg. Sakit ati aku. Tp die kater die sakit perut sbb bibik die tak bagi die makan. Haha.. Ade jugak yang duk main game je. Katenyer, study tgh mlm nnt.. Ikut korg la.. Aku abeh dah exm minggu neh... So, aku leh rileks sket..

Dalam fatrah exam yang bermula seawal minggu ini, Alhamdulillah aku dah lepas 2paper setakat ini dan so far so gud la. Not bad. Semalam dan jugak pagi tadi. Tu yang harini aku malas nak pegang buku. Rehat kejap. Leteh dah baca buku 3hari berturut2.. Hehe.. Tapikan, tak leh nak ckp jugak lah. Sbb mrkh tak kuar lagi kan. Rasa je mcm best. Tgk2. Hampas. Doakan la aku berjaya dengan cemerlang untuk sesi peperiksaan pertama ini... Aminnnnn

Sebenarnyer aku nak promote kat korang, sambil2 baca buku untuk menghadapi peperiksaan itu......




Sebuah stesen Radio online yang sejak2 akhirnyer aku dok layan radio ini sahaja. Sebuah stesen radio yang cuba untuk mengikut citarasa sekelian pendengar. So far, aku ske je. Sgt santai dan lagu2 die pun.. Layan sajo. Tq la tuk owner radio ini kerana bertungkus lumus untuk memberikan 100% kepuasan kepada pendgr.

Anda boleh cuba tuk click kt Player yang ader kt side-bar aku sebelah kanan itu untuk mendgr.

Anda juga boleh request lagu secara live melalui YM dgn dj2 yang bertugas pada waktu itu. Anda juga boleh melawat web tuk radio ini untuk mengetahui dengan lebey lanjut berkenaan dengan radio ini di alamat www.desafm.tk. Pelbagai informasi disediakan di sana yang boleh anda explore sendiri.

So, sambil2 minggu exm ini, anda boleh layan radio ini sebagai alternatif kepada anda mendgr lagu kesukaan anda beratus2 kali melalui pemain mp3 atawpun radio2 online yang sedia ada yang penuh dgn iklan2 yang memualkan..

Selamat mendgr...


Seterusnya...

Friday, January 2, 2009

Info : :: MyWay [V.2.1] ::

Saalaaamm 3alaikum;

Alhamdulillah, wlwpun lusa nak exam. tgn ni tergatal plak ttb nak tukar template.. ingt nak main2 je..tgk2..habih sumer rosak. xkn nak biar gitu je kan? nnt buruk plak mcm blog kawan aku hahaha. Nak x nak, kne lah duduk ngadap bnde neh. buat balik 1-1. hampeh tul. nyesal gak godek2. Ape2 pun, dah terlanjur neh, aku nak mengucapkan Selamat Datang la kt semua dan semoga bergembira dgn the new MyWay Version 2.1 atau :: MyWay [V2.1] :: ini yg di updates secara tidak sengaja menggantikan ::MyWay [V.2] ritu.

Bagi penaja blog neh, jgn risau. Iklan anda akan ditampal A.S.A.P...

Bagi yg dah exchangelink dgn blog neh, PLZ info me back. xingt dah mn2 blog yg aku dgn xchange dgn korg..

" ::MyWay [V.2] 170708 - 020109"

"Sekarang..."

KONSEP ::MyWay [V.2.1]:: : Penat dah naik kreta. Jalan darat. Lambat. Aku nak bwk korg jalan udara plak. Naik flight. Ada pramugari. Ada makan2 sambil berinformasi, kembara, gossip, review dan mcm2 lagi. Cpt sket smpai. Haha. Sejajar dgn kepantasan masa skrg neh..how?

Sebarang pengumuman sebelum "berlepas", akan aku tulih kat atas tu supaya penumpang2 sumer mendpt informasi atau mengetahui keadaan semasa kepten pesawat neh..hehe

Lagi 1, kalau kite naik flight neh, die senyap je..xmcm ikut jalan darat. Naik kreta ke, naik bas ker.. Pemandu tu leh bukak radio sesuka hati. Lagu ape yg die nak. kene lak penumpang2 neh, stopkan atau suh slowkan volume. So, bg yg :: MyWay [V.2.1] :: ni, Sape2 nak dgr lagu tu, tekan sniri. Sniri dgr.. Org lain nak tido.. hehe. ok je kan??

*Ada something wrong sbnrnyer dgn template neh. MAYB akan bertukar lagi. tp depend on masa laa..nak exam neh! tp mmg mcm tu laa..time2 nak exam nih, time2 niiii laaaa.. bnde2 mcm neh 'dtg'..
*Any Comment? kat atas..bukan kt bwh lagi..huhu


Seterusnya...

Tuesday, December 16, 2008

Info : Kenapa Org Arab Pakai Egal?

Assalamualaikum;

Sihat semua? mintk maaf byk2 untuk kwn2 dlm blogsphere neh, kebelakangan neh aku agak bz sket la..xsmpat nak ziarah2 korg..pe2pun, tq korg smpat gak ziarah aku, ujung minngu nnt aku dtg tmpt korg..k?esk neh, klaz kul8 la plak. PENING!

Rini aku nak kongsi dgn korg lak, 1 info yg aku dpt minggu lepas sbnrnyer, tp br neh lah aku berpeluang untuk menaip bnde neh dlm neh..

KENAPA ORG ARAB PAKAI EGAL?

1st thing, korg taw x EGAL tu pe die?

"Egal neh adalah tali hitam yg berbentuk bulatan biasanya di pakai oleh org arab di kepala mereka". Mcm dlm gambr kt atas neh..

Asal perkataan neh adalah "Iqal" ttp d sebabkan bahasa arab neh, die berbeza mengikut negara dan tmpt, die lebih d kenali sbgai Egal.

Mengikut sumber yg aku dpt mengatakan, [aku tnyer sniri kt org arab]. die ckp, Pemakaian Egal neh, bermula dari zaman empire Rome dulu. masa Org2 Rome dan Parsi dtg ke tanah arab neh, untuk menjajah negara arab neh laaa..Mereka memakai Egal neh, sbb nak membeza kan antara org arab dan jugak org Rome dan Parsi pada masa itu. Diorg xnak percampuran berlaku..pastu, smpai lah skrg neh, org arab terus memakai Egal neh, sbb nak membezakan bangsa mereka neh, dgn bangsa yg lain...tu yg die ckp laaaa

Mengikut sumber yg aku baca plak, die ckp, Asal Egal neh adalah tali untuk menambat unta. Egal neh jugak, di letakkan di lutut unta supaya, bile unta tu duduk..lutut die xsakit. Pada masa tu, org arab hanya memakai serban sahaja di kepala diorg. sbb nak elak dari ribut pasir, dan jugak musim sejuk pada masa itu. So, org arab, meletakkan Egal tu atas kepala sbb tak nak bg serban tu lari [terbang, jatuh, terlucut dsb] smpai skrg neh org pki sbb sejarah mereka sbg pengembala unta tu td...

"Nampak tak lutut unta tu..mcm tu jadinya kalau tak letak Egal neh"huhu

2-2 cerita neh, ade pro dan kontra masing2. aku lebih bersetuju dgn pendapat yg pertama yg pakcik tu ceritakan. sbb mcm logik je..yg kedua neh..mcm kurang sket laaaa...[Pendapat masing2 yer..]

KENAPA EGAL TU DI PAKAI DGN SERBAN?


Sbnrnyer, org arab panggil tu..KIFFAYEH. mcm aku ckp td tu la..asal usul die pki sbnrnyer nak elak dari ribut pasir dan jugak nak elak sejuk pada musim sejuk...tu je.[ttb mcm stuju dgn pendapat ke-2 lak]

Jenis Kiffayeh.

Ada 2jenis Kiffayeh ni sbnrnyer klu kita dpt lihat org arab pki skrg neh
  1. Yg jenis putih jer - Kiffayeh jenis neh, di pakai oleh org2 arab yg berasal dari negara2 teluk seperti Oman, UAE, Qatar, Bahrain, Kuwait dan separa Arab Saudi.
  2. Yg jenis petak2 merah atau hitam tu - Kiffayeh jenis neh lak, di pakai oleh org2 arab yg berasal dari negara2 dari tanah hijaz dan Syam seperti Yamen, Barat Arab Saudi, Palestine, Jordan, Lubnan dan Syria.

So, klu korg tgk pas neh, bile die pki putih je, di tu org arab negara teluk, klu paki yg merah jer..dari tanah hijaz dan syam..mcm mamat kt bawah neh, die duk kt tanah hijaz, kene la pki merah putih neh..ahakz

*Org arab pakai bnde neh, tak de kene mengena langsung sbb die tu alim, ulamak, guru agama mahupun yg berkaitan dgn agama. diorg pki neh sama la mcm org melayu pakai sampin dgn baju melayu..pakaian tradisi diorg. tu sajew...[Malaysia oh Malaysia] Menutup kepala itu yg Sunnah. Pkai kupiah ke...mcm tu laa..

*Sape taw sejarah sampin yg di pakai bersama-sama baju melayu tu?huhu..klakar...

Sekian.. (",)


Seterusnya...

Info : Harga Tiket Terkini

Assalamualaikum;

Rini aku nak hapdet korg berkenaan dgn rege tiket bagi laluan AMMAM-KUALA LUMPUR-AMMAN (Round Trip) sempena cuti fasal awal nnt yg kebykkan nyer bermula dari 22Jan - 15Feb2009 mengikut Syarikat penerbangan :-

Gulf Air (GF) : JD470
Etihad (EY) : JD550
Emirates (EK) : JD580
Qatar Airways (QR) : JD660
Royal Jordanian (RJ) : JD700

Juga bagi laluan AMMAN-KUALA LUMPUR (One-Way) bagi tarikh hujung bulan Febuari 2009. [Sesuai untuk mereka yg khirij pada fasal ini]

Gulf Air (GF) : JD350
Etihad (EY) : JD350
Royal Jordanian (RJ) : JD420
Qatar Airways (QR) : JD430
Emirates (EK) : JD460

*Kenapa Kuwait Airways (KU) tak tersenarai?
-Sbb die murah sgt. Tu yg cpt habes tu...tiket ader jer sbnrnyer..tp rege die mahal sgt.yg murah..tinggal yg neh jew..

*Posting ini sekadar info untuk semua sahaja
*Ini adalah harga kasar sahaja sbg rujukan semua untuk merancang perjalanan serta perbelanjaan untuk pulang ke Malaysia.

*Rancanglah perjalanan anda bermula dari sekarang.
*Untuk keterangan lanjut. sila hubungi agent tiket penerbangan untuk mengelakkan anda menjadi mangsa tiket habis.
*Harga yg di paparkan adalah betul pada masa skrg. Penulis tidak bertanggang jawab di atas kenaikan atawpun penurunan harga tiket dari yg di paparkan sbb bukan penulis yg control rege2 tiket neh.
*Harga tiket boleh berubah2 mengikut keadaan.


Seterusnya...

Thursday, November 27, 2008

Info : AirAsia Fly to London

Assalamualaikum;

Saat yg aku tggu selama ini...1 lg destinasi terbaru AirAsia yg bakal menjadi tamparan hebat untuk syarikat penerbangan subsidi kerajaan Malaysia! AirAsia kini melebarkan sayapnya terus ke London, United Kingdom bermula dari RM499! Semestinya dengan harga yg 'bukan2'! Sesuai dengan temanya "kini sesiapapun boleh terbang", ternyata AirAsia terus mengotakan janji2 mereka menjadi syarikat penerbangan tambang rendah yg terunggul dirantau ini! Tema aku pulak nak sokong AirAsia neh, "Untuk apa bayar lebih untuk destinasi yang sama walaupun 5star services yang berbeza"..Ahakz..

Perhatikan Perbandingan Harga di bawah :


"Jika anda memilih untuk menaiki pesawat dari Syarikat subsidi Kerajaan ini, anda perlu untuk membayar sebyak RM4106 bagi laluan KUL-LONDON [Return]

"Lihatlah, total yg anda perlu bayar sekiranya memilih AirAsia"

AKAN TETAPI, jgn sangka aku sgt taksub dgn AirAsia neh. Aku flexible, memberi pendapat mengikut cara aku sendiri. Aku dah nek dah pun AirAsia neh. Wlwpun harga AirAsia tu "nampak murah" ketahuilah bahawa, harga ini, tidak termasuk :

  • Makan dan minum dlm penerbangan. Akan tetapi, anda perlu memilih menu anda semasa membuat tempahan tiket, JIKA MAHU. Setiap pilihan hidangan dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM38 SEHALA+SEORG [Tapi ini mmg konsep LCC. So, no prob la]
  • Bayaran bagi bagasi anda. Bagi setiap 25kg, anda di kenekan bayaran sebanyak RM100 SEHALA. klu tiket return, RM200 la jadinyer. [Ni plak mmg konsep AirAsia. No prob jgk]
  • Die bukan turun kt Heathrow (LHR), tp die turun kt Stensted (STN) [Jauh gak la dari Bandar London]
  • Tidak juga di sediakan peralatan keselesaan, mcm bantal+slimut. tapi leh request DENGAN BAYARAN JUGAK sebanyak RM25 SEHALA. [ni pun die nak berkira jgk, pe lah salahnya bg je..xluak pun]
  • Rege yg ader tu, leh dpt dgn byrn menggunakan Kad Kredit.
  • INI ADALAH HARGA PROMOSI SAHAJA
Maka, jika ditambah, ditolak, dibahagi serta didarabkan, maka harga tiket anda akan menjadi RM2233 bagi perjalanan Return serta makan dan minum, comfort kit [bantal dan slimut], serta bagasi 25kg.

Wlwpun still lagi murah dari syarikat penerbangan subsidi kerajaan Malaysia tu,lebey kurang 50% dari harga syarikt tu, tp cuba anda bygkan, kalau anda sekadar mmbayar harga asal tu, RM2007 tu..nek flight, juz bwk bag-pack ataupun hand-luggage sajer ler...pastu berlapar sepanjang 14jam perjalanan dan sejuk, xde selimut, sakit kepala, xde bantal..how eh?hehe

Kesimpulan,

Mcm aku penah ckp sblm neh, dlm review : AirAsia aku sblm neh, percayalah..bile anda naik AirAsia nih, anda akan rasai "murah" yg sbnr...semua bnde mcm die cut-cost tuk merealisasikan impian tambang rendah mereka. tp ape pun, kembali balik tema aku td tu.."Untuk apa bayar lebih untuk destinasi yang sama walaupun 5star services yang berbeza"

*Aku xtaw aku sokong ke tidak AirAsia neh sbnrnyer..tuk domestik..sokong lew kot..


Seterusnya...

Tuesday, November 25, 2008

Info : ORANGE offer for Haj

Assalamualaikum;

Harini mungkin hari yg begitu d nantikan oleh semua bakal2 haji di Jordan ini. Alhamdulillah, berkat kesabaran serta doa semua, dpt lagi kita meraikan bakal2 haji untuk menunaikan haji pada tahun ini, setelah detik2 cemas yg dihadapi semua bakal haji tahun ini berjaya dileraikan dengan sempurna. Ucapan selamat berangkat dan selamat kembali aku ucapkan kepada semua. Kerjakan ibadah haji itu dengan penuh keikhlasan dan kesabaran, nescaya ganjaran Allah janjikan menanti diSana..I-allah.

[Tunggu lah nnti yer, ader bende yg aku nak kirimkankan kepada kekasih aku kt tanah suci tu nnt. skrg nih dlm proses mengarang dan mentadbir ayat supaya nampak kemas dan tersusun. maklumlah, nak bg kt kekasih, kene lah btul2kn?. br lah nnt kekasih itu akan "ingt" kt kita..kan? sape yg aku nak mintk tlg tu..lom di fikirkan lagi..nnt kalau ader tu..."diam2kan" sajer..jgn bg org len taw yer...]

Ok, sempena dengan musim haji pada tahun ini, anda semua bertuah kerana pihak ORANGE, mengadakan promosi FREE INCOMING CALL sepanjang anda berada di tanah suci nnti [zaman aku dulu xde pun]. jika sblm neh, ORANGE mengenakan caj jika anda mengangkat incoming call jika anda ROAMING, kini anda boleh menerima panggilan dari serata dunia, secara percuma dari sape saja dari 19 November smpai 11December2008 semasa anda berada di tanah suci nnt.


Oleh yg demikian, anda tidak perlu risau untuk mengangkat panggilan telefon anda sepanjang anda berada di tanas suci nanti kerana, mengikut sumber iklan, incoming call adalah percuma.

*Jgn smpai telefon anda menganggu ibadat anda
*Seruan Allah lebih penting dari seruan telefon anda..
*Matikan telefon anda semasa beribadat
*Klu leh xpyh bwk lgsg lg bgs..FOKUS!
*Jangan bergaduh sepanjang tempoh haji neh..
*Jangan asik bergambar dan bermain semasa haji...


Seterusnya...

Saturday, November 8, 2008

Semasa : Mari Menuai Pokok Zaitun

Salamun Alayk;

Apa khabar semua?harap semua sihat.saya sihat saja alhamdulillah. pada hari ini, saya ingin bercerita mengenai Menuai Pokok Zaitun..

Walaupun hari ini hari cuti, [weekend at jordan ialah hari jumaat dan sabtu, sama mcm kt kelantan, kedah dan tmpt2 sewaktu dgnnyer] saya tetap bangun awal pagi seperti hari biasa. itu sudah menjadi ruti saya sehari2 di sini.hehe..sewaktu hendak keluar rumah untuk membeli sarapan, [jgn haraplah nak beli nasik lemak ke, roti canai ke kan?roti yg aku cerita sblm ni lah] ada seorg makcik arab meminta izin untuk menuai buah zaitun yg sedang ranum mengUngu di ranting2 pokok zaitun yg terletak di sekeliling rumah saya [mungkin disebabkan rumah die tak ada pokok zaitun kot]. oleh kerana rumah saya rumah bawah, jadi rumah saya ada halaman untuk bercucuk tanam [tak ada makna bercucuk tanam kt tanah pasir mcm nih. pokok zitun jew yang boleh hidup]. Oleh kerana makcik tu cakap, die dah mintak izin dengan tuan umah kami+kami pun mcm tak usahakan apa2 dengan pokok2 zaitun yang ada dihalaman rumah kami, [disebabkan sekarang ni musim menuai zaitun] lalu aku pun membenarkan makcik arab tu, untuk "membereskan" semua pokok2 zaitun tersebut. Lalu die pun mengajak seluruh askar2 die [anak-anak die] sama2 menuai hasil pokok zaitun itu di rumah kami.


Ini adalah rupa buah zaitun yang masih berada di ranting pokoknya. die kelihatan mcm buah pinang. tp warna die purple. buahnyer lembut sajer bile dah masak. bile di petik, bile dipicit, akan mengeluarkan sejenis secair yg boleh di proses untuk menjadi minyak zaitun dan sbgainyer. Pada awal musim sejuk ni la, orang ramai akan mula untuk menuai pokok zaitun. mereka akan bekerjasama sekeluarga untuk mengutip semua buah zaitun yg sudah masak.

Pihak lelaki berada di atas pokok, dengan menggunakan sebatang kayu, memukul2 ranting pokok zaitun sehingga semuanya gugur kebawah.kadang2 bile dah tension sgt tu, die gegar2kan saja pokok zaitun tu, smpai semua buah zaitun gugur. saya sekadar memerhatikan saja dari bawah sambil menyembang2 dengan pakcik yg sedang sibuk dengan kerjanya itu. [saje je kacau]

Manakala pihak wanita dan kanak-kanak pula tunggu di bawah untuk mengutip, mengumpulkan dan serta menceraikan buah zaitun dari ranting2nyer yang gugur dari pokok zaitun hasil dari pukulan pihak lelaki yg berada di atas pokok tadi..[ada anak perempuan arab neh, yg berselubung dengan tudung die..malu nak amek gambar katanyer..]

Bile semua telah dikumpul, mereka akan asingkan mana yg sudah masak dan mana yg masih hijau lagi. selepas itu, mereka pulang kerumah masing2 dengan hati yang gembira...[gembira la..dpt buah zaitun free..]

Sepemerhatian aku, buah zaitun ni amat popular dikalangan org arab. ada yg makan mcm tu jer, ada yg buat sambal. ada yang makn dengan roti. ada yg proses jadi minyak, dan minyak tu buat tuk makan, buat tuk sapu kepala ker, ape ker..mcm2 lah kegunaan buah zaitun nih. [ada jugak yg dtg umah aku, petik2 pastu baling2 kat org..tu xde keje namanyer]

Itulah cerita saya harini berkenaan dengan Mari Menuai Buah Zaitun.

*Dalam Al-Quran pun ada menyebut berkenaan dengan buah zaitun ini-sila semak dengan guru agama anda jika ingin mengulas lanjut.

*Kuiz-Brape byk kali aku type perkataan ZAITUN dalm petikan di atas..ekekek


Seterusnya...

Monday, November 3, 2008

Info : Orange Mintak Maaf

Translation:-

Para pelanggan yg d hormati sekelian;

kami btul2 mintk maaf atas masalah internet yg belaku pada 28 oktober berikutan masalah teknikel. dan kami berterima kasih dengan kesetiaan anda. bagi memastikan kepuasan para pelanggan kami mendoublekan dengan penggunaan download yg maksima bagi semua pelanggan orange pada bulan november tahun ini.

kami nak bgtau jugak yg krew2 kami bertungkus lumus untuk membetulkan ape yg rosak dengan secepat mungkin.

lagi 1x kami nak terima kasih byk2 kt korg semua.

jordan telekom

Kesimpulan - kemampuan download pada bulan ini akan berganda.kalau sape2 yg pakai ADSL 2Mbps, biasanya boleh donlod smpai 10Gb jer..tp bulan ni korg len donlod@kadr penggunaan boleh mencapai 20gB..bagi pengguna 1Mbps kadar donlod biase 7mB, meningkat kepada 14Mb..
-kire leh donlod byk sket la bulan neh..

*ttb aku rasa mcm aku keje kt orange ni pulak


Seterusnya...

Wednesday, October 29, 2008

Info : Pengguna ORANGE SeJordan


PERHATIAN kepada semua pengguna ORANGE seJordan. Adakah anda sedar bahawa secara diam2, pihak Orange menolak kredit anda sebanyak 1qirsh bagi setiap sms yg dihantar jika anda mengaktifkan perkhidmatan laporan penghantaran (delivery report) ??? Samada sms tempatan mahupun antarabangsa. Maka, tidak hairanlah jika paparan baki akan muncul sebanyak 2x, mula2 die tolak rege sms tuh, pastu die tolak tuk perkhdmatan report tu plak..sejurus selepas kita menhantar sms. Cuba anda bayangkan, jika 1qirsh ditolak bagi setiap msg, jika didarab dengan 100sms, dengan mudah pihak ORANGE ni mengaut keuntungan sebanyak JOD1 bagi setiap 100sms..JOD1 bersamaan RM5.03, kesan dari kegawatan ekonomi global skrg ni..

Oleh yang demikian, untuk tindakan yg sewajarnyer, tutup sajer delivery report tu, untuk mengelakkan syarikat ini memperolehi keuntungan 'atas angin' ini..kite pun boleh menghantar lebih banyak sms kepada mereka yg lebih memerlukan..

*SMS lah keluarga, sahabat rakan dan teman...apelah sgt 3@6qirsh itu jika nak dibandingkan dengan ukhwah yg terjalin..

*Aku rasa mcm nak bakar jer syarikt orange neh skrg..line mcm haram..

*pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh anap_ilmi..ahakz


Seterusnya...

  ©:: MyWay [v2.2] ::. Template by Dicas Blogger.

TOPO