Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Friday, December 4, 2009

Film Reviews : Twilight : New Moon

Hari ini agak serabut. Sebab apa? Serabut dengan perangai arab. Bermula dengan bas yang mcm dah nak runtuh, pastu dengan arab hisap rokok dalam bas, minum kopi, bas pulak bawa jalan entah mana - jalan jauh pula, lepas itu tak boleh nak ambil gambar dalam mall, kemudian bising dalam bas, cakap telefon kuat-kuat dalam kereta, pastu teksi tak nak pergi tempat yang kami nak pergi, kalau nak pergi pun dia mintak bayar lebih dari biasa, cuaca sejuk gila babeng tapi pemandu kereta tu tak nak tutup tingkap sebab die nak hisap rokok, lepas tu minta bayar lebih sebab kami suruh hantar sampai rumah! Kalau nak ikut keserabutan hari ini memanglah. Tapi itu semua tak mematahkan semangat kami untuk menonton cerita yang kini hangat di perkatakan seluruh dunia.. Haha.. Twilight : New Moon. Sanggup neh, naik turun tukar bas pe sumer untuk tengok cerita neh semata-mata! Kalau la semangat macam ini untuk ke talaqi kan bagus.. Kan? Tapi kira ok laa.. kelas kat jamiah aku tak pernah ponteng. Fair la kan? hehe






Sinopsis : Cerita yang mengisahkan seorang perempuan bernama 'Bella' yang bercinta dengan seorang drakula akan tetapi drakula berkenaan meninggalkan bella atas urusan drakula.haha. Hidup bella tertekan kerana bella dah tangkap cintan sama itu drakula sehidup semati. kemana-mana je die mcm nampak je drakula tu, sampai nak tido pun asik ngigau apa sumer. sampai la die berjumpa dengan seorang mamat serigala jadian. mamat neh kalau die marah, boleh bertukar jadi serigala. pastu jatuh cinta pulakkk dengan mamat serigala neh... tiba-tiba drakula tu datang balik, lantas bella tu pun pilih la drakula tu sebab die mmg sayang gile dgn drakula neh, nak jadi apa pun jadi lahh... mamat serigala tu kecewa dan melarikan diri ketika menjadi serigala. mamat serigala tu seolah-olah menjadi pengganti ketika drakula tu melarikan diri dari bella ni. pastu bella neh ajak drakula neh kawin dan serta merta tamat!

Yang Bestnyer : Tak sama mcm drakula2 yang pernah aku tengok sebelum neh, die boleh kene matahari pe sumer laa.. Ada sedikit unsur-unsur movie musical la.. tapi tak ada la musical sgt. cinematografi yang baik. aku suka angle2 kamera die. mcm tak pernah orang lain buat seblum ini. kesan CGI yang bagus jugak. serigala-serigala jadian tu tak ada la nampak macam kartoon ke, pe ke.. just nice. cerita die ringan saja... Bila aku tengok cerita ni,mcm ada sikit scene Jit Notti. haha.. nampaknya Jin Notti lagi advance dari cerita neh.. kiki

Yang tak bestnyer : Tak banyak aksi. So, bile tak banyak aksi, kesan bunyi pun kurang. biasa-biasa je. Macam agak mengarut je manusia bercinta dengan drakula.. Ok,fine, cinta itu buta.. kadang-kadang mcm pening kepala pulak die shoot dari angle yang ntah apa2.. pusing2 laa.. apa laaa...Cerita die agak slow motion. ok, fine, love storyy...mamat serigala itu mcm tak reti sejuk je sbb die hanya berlakon dengan sluar pendek paras lutut tu.. padahal orang lain mcm bersweater2... ok, fine.. nama pun ceritaaa.. ending die tamat gitu jee..mcm tak puas menonton..huhu

Keseluruhan : Boleh tengok. tapi mcm tak braper prefer tuk ke panggung. tunggu saje DVDrip nanti. akan ada orang-orang yang download tu..tgk saje d rumah sambil kunyah-kunyah..baring2..lagi best kot.....

*Sebenarnya, ini adalah episod kedua bagi cerita ini, aku tak tengok pun yang 1st punya tu.. tapi still boleh faham lagi laa jalan cerita cerita ni...aku rasa sebab itu la kot aku mcm kurang berahi dengan cerita neh..

*Apa pun yang penting dapat kuar g Amman, tengok dunia sikit dari duk terperap kat tempat ni. Nak buat mcmana kan, duduk kat kampungg.. Banyak jugak perubahan yang berlaku kat amman setelah beberapa lama tak keluar pergi mana-mana. Yang lagi best, walawpun bersuka ria, masih dapat menambah perkataan baru bahasa arab yang aku tak tahu - Alhamdulillah ~

*Dah bersuka ria baru boleh menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran - Doakan aku yang terbaik untuk peperiksaan kedua sesi ini. Untuk peperiksaan ini aku kene bersungguh2! Yeah!



Seterusnya...

Saturday, October 24, 2009

Hiburan : Eftah Albak Tefrah - Nancy Ajram

Dulukan, ada ramai yang layan lagu arab dengan aku. Sekarang tidak lagi, semua sudah balik Malaysia tinggalkan aku di sini. Tapi insyaAllah aku akan menamatkan juga sesi pengajian aku pasa semester ini. Doakan aku ~

Bagi segmen hiburan untuk kali ini, aku nak mark kan di sini bahawa lagu hits arab aku sekarang ini adalah lagu bertajuk, Eftah Albak Tefrah nyanyian Nancy Ajram, seorang penyanyi wanita arab yang popular pada masa kini. Kalau di Malaysia ni, taraf dia ni sama mcm Siti Nurhaliza jugak la. So, boleh layan laa...



Aku ada bagi lagu ini pada Chiko, Dolly Diana, Duan dan Poyan. So far comment diorang... ON! Tak tahu la kalau orang lain dengarkan? Kalau ada siapa-siapa yang berminat, boleh la mintak mp3 lagu ni kat aku. Ok?

**Apek - Nawar**

Oh,btw aku dah berjaya catch-up balik semua entry2 aku yang aku rasa aku patut tulih kat sini.. Sampai takat sebelum ini je la.. So, dah kembali seperti biasa balik laa...

*Tiada Seterusnya


Seterusnya...

Sunday, October 4, 2009

Film Reviews : Jin Notti




SINOPSIS : Cerita die mengisahkan seorang anak jin yang di hantar ke bumi untuk membuat kejahatan sebab die baik sgt kat tempat jin tu. sampai kat bumi die terjumpa ayah dia yang juga di hantar ke bumi satu ketika dahulu, tapi tidak berjaya melakukan kejahatan, makanya terus tinggal dibumi...

YANG BESTNYER : Cerita die amat ringan. Mcm drama je aku tgk. Klu nak sronok2 tgk, tanpa berfikir apa2 boleh la nak tgk cerita neh. Ada Mawi. Boleh tahan jugak la tgk lakonan Mawi tu. Mcm kelakar pun ada walapun dlm situasi serius. Gambar yang baik. Kesan bunyi yang bagus. Effect cerita yang mcm ala2 ONGBAK pun ada, mcm Matrix pun ada jugak.. layan kan je la... kang kalau tak buat kang.. orang asik duk ckp, bile laaa, cerita melayu nak ada efect2 mcm tu.. hurmmm

YANG TAK BESTNYER : Hurm.. Cerita melayu.. Mcm tu laaaa..

KESIMPULANNYER : Sape nak g tgk, tgk la. tak payah tgk pun xpe je. tgu nnt bile raya tahun depan, confirm kuar kt tv!


Seterusnya...

Thursday, September 3, 2009

Film Reviews : The Final Destination




SINOPSIS : Cerita die mengisahkan sorang mamat neh, die g tgk lumba kreta Speedway. Pastu masa die tgk perlumbaan kreta tu, die mcm ternampak masa depan, sorang-sorang mati. Alaaa... mcm final destination sebelum2 neh lah senang cite. Kalau tak tgk lagi final destination yg sebelum2 neh, ssh laa.. Konsep die sama je...

YANG TAK BEST : Mengekalkan konsep cerita neh. Mati ikut turutan apa sumer. Pastu ada yang rasa macam sajee jee asbab (asbab?) nak jadi kematian tuu, pasal turn org tu nak mati. contohnya la kann.. mcm bile org tu die da nampak bende2 yg berkaitan dengan kematian tuu.. nnt masa tu la, kipas nak jatuh la pe la, itu la ini la.. mcm da boleh agak da laa.. pasni akan ada kematian akan berlaku.. hurm, lebey kurang gitu laaa... kadang2 aku rasa mcm ada je part2 yg xlogik. ada jugak part2 yang rasa mcm biasa jee.. tp sbb setkan mind aku.. dah namanya cerita.. on je laaa...

YANG BEST :
Jalan cerita yang menarik, NON-STOP ACTION, bunyi best, berdebar2 masa menonton, gambar lawa, kematian die kejam gile. siap ada terkejut2, kadang2 di luar jangkaan. bajet ingt macam neh, tgk jadi mcm neh.huh..best lah!

KESIMPULAN : BEST! aku suke. stengah jam pas aku tgh cite neh, aku still mcm tersenyum2 lagi akibat dek kebest-an cerita neh. action2 die tuu.. fuhhh.. best3x. die ada 2versi. 1 biasa, 1 3D. aku rasa klu tgk 3D g best kot.. boleh la nonton!

RATING : 8/10


Seterusnya...

Thursday, August 13, 2009

Semasa : Teman Peperiksaan

Assalamualaikum;

Dengan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menempuh Peperiksaan Akhir Semester kepada semua kawan-kawan seperjuangan saya di sini. Tak lupa juga kepada diri saya sendiri. Semoga dipermudahkan segala urusan dan mendapat keputusan yang cemerlang bagi semester kali ini. Tak ketinggalan, semoga ilmu yang kita perolehi pada hari ini akan menjadi bekalan untuk kita pada esok hari.

"Sahaja Aku Periksa Pada Akhir Semester Ini Kerana Allah Ta'ala"

Bersama-sama dengan ini aku nak bekalkan korang teman sepanjang peperiksaan ini


Dua buah lagu lama yang smpai harini lagi aku still dengar. Kalau tak percaya korang tanye la roomate aku. Encik Abu. Ahakz...

ILMU - HIJJAZ



Lagu ini pulak, aku rasa lagu paling lama pernah aku dengar secara berterusan. Iaitu selama dua bulan setengah aku duk ulang2 lagu ni je. Diperkenalkan oleh x-Roomate aku aku, Encik Decco.

MIMPI YANG INDAH - MESTICA



Semoga kita sama-sama berjaya dalam peperiksaan kali ini. Bagi yang balik Malaysia lepas peperiksaan itu, Jangan asik nak ingat balik je. Tumpukan dulu peperiksaan. Kemudian pas abeh exam, br la kemas2 barang tuk balik Mesia ye.. Klu tidak.. ada yang tak leh jawab exam nnt kang... haha..mcm best je nasihat2 org...

Maafkan segala salah silap. Doakan kejayaan Kami ~


Seterusnya...

Monday, July 6, 2009

Hiburan : Suara (Ku Berharap)

Assalamualaikum;

Lagu ni aku tujukan khas utk kwn aku yg dah lama aku xdgr cite psl die. harini hari lahir die. smg die sihat hendaknya. aku xtaw da nak contact die cmne sbb aku dah hilangkan sumer sumber2 yg leh aku berhubung dgn die. jadi KALAU la die terbaca entry ini. aku cuma nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR..

Bagi kawan2 yg bakal dan telah meninggalkan aku sorg2 kt sini nnt. lagu neh pun aku tujukan tuk korg jugak. korg jgn lupe aku kt sini taw.. Hati Ini Sayu Mode ~

Actually ini lagu hits aku setakat neh la.. kat nak 300x duk play. haha.. aku mmg gitu. kalau de lagu best tu.. dengar smpai muntah. paling lama aku penah dengar 1lagu tuu.. 2bulan stengah.. lagu yang sama jee.. ahakz... Tq to Cik Chiko sbb die yg bg aku lagu neh sbnrnye.. Tak tau la kan lagu neh lagu lama ke lagu baru. So, enjoy saje!



terdapat jugak versi imeem..


Suara (Ku Berharap) - Hijau Daun

*seterusnya tuk lirik die..


Di sini aku masih sendiri
Merenungi hari-hari sepi
Aku tanpamu
Masih tanpamu

Bila esok hari datang lagi
Ku coba untuk hadapi semua ini
Meski tanpamu meski tanpamu

Bila aku dapat bintang yang berpijar
Mentari yang tenang bersamaku di sini
Ku dapat tertawa menangis merenung
Di tempat ini aku bertahan


Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku slalu dihatinya
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Kalau ku masih tetap di sini
Ku lewati semua yang terjadi
Aku menunggumu Aku menunggu

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku ada dihatinya
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya


Suara dengarkanlah aku


Seterusnya...

Sunday, June 28, 2009

Film Reviews : Transformer 2

Assalamualaikum;

Rini kelas pertama bermula. aku bangun seawal 7pagi untk siap2 ke kelas aku. siap sarapan sumer, dlm kul740 br aku gerak g kelas. pagi ini agak kekok sket utk kelas. nak bawa bag..buku xde lagi. tak bawak.. mcm bukan g kelas pulak. dgn ipod ntah kt mana. duit syling lagi. rasa mcm dah lengkap sumer, tapi adaaa jugak yang tertinggal.. wallet aku. sbb aku mmg jenis tak suke letak wallet kt belakang. duit byk kann.. kembung je rasa..kiki. nsb bek masa nak masuk dlm kampus, pakgad tu tak tnyer kad matrik aku.. hehe..

smpai kat depan kuliah aku.. alangkah terkejutnya aku 1kereta pensyarah pun xde.. dlm hati "tak ada kelas ke rini? adoii.. bek tido je td" tp sbb aku fikir lecturer yg aku amek neh, die duduk kt quaters, mungkin kul8 nnt la kot br die kuar umah. umah dekat je kann.. so, aku pun tgu je laa.. alhmdulillah, pengorbanan aku pagi ini tidak sia2.. ada kelas..

pada semester musim panas ini ataw lebih d kenali dengan short sem kt mesia, aku amek 3subjek je. tiap2 hari akan belajar bnde yg sama. so lepas je kelas pertama tu, bersedia tuk kelas kedua pulak.. ttb xde la plakk... rs mcm ngantuk gile.. trus je "ahh..balik laaa..." kelas ke-3? "mesti tak ada jgk kot...." trus je wt kesimpulann.. sbb aku rs ngantuk gile. mlm td tido mcm xtido je...

balik umah, ingt nak tido.. ttb rs smgt semester ini mebuak2.. aku pun "ni kene kemas bilik sket neh.. br sng nak belajar nnt" trus je laa.. aku kemas2 sedikit sbnyak.. ttb apek msg :

"Nap, ko dah tgk ke tiket aku? aku nak balik 16hb nnt laa"

"Lom lagi la. aku tgh kemas bilik neh.. nnt laa.. ke... kite g amman je tgk tiket cmne?" Cuba beri cadangan...

"Oh, ok jgk..leh la.aku dtg umah ko nnt. kite g sama"

"kalau pas tu kita trus tgk cite transformer cmne?"

"uh..boleh jgk" [Yes..umpan mengenaaa]

Maka, trusla kami g amman selesaikan urusan tiket apek, pastu trus g tgk wayang. citer Transformer 2 : Revenge of the Fallen. Kat Grand Cinema, CityMall, Amman. So, Review aku tuk cite nehh...




Sinopsis : Cite die berkisahkan tentang balas dendam geng jahat neh, kt geng baik. Masa tu kerajaan ni nak hapuskan transformer neh sbb die kata manusia leh lawan sniri kalau ada anasir2 jahat. ttp tgk2 xleh jgkk.. transformer neh dtg tuk slmtkan bumi jordan dan mesir.. haha.. ape2 ntahh

Yang Best die : Kesan bunyi yang baik. jalan cerita die menarik. grafik die bags. belakon kt Jordan dan Mesir.

Yang Tak best die : Die menipu penonton. buat mcm jordan dengn mesir itu dekatt je. BANYAK SGT CAKAP! aksi die.. biasa2 je.

Overall : Biasa je laa.. tak de la mcm best naa pun.. aku smpai lelap2 tgk cite tu. ada review sblm neh yg aku bc, die kata klu buleh die tak nak kelip mata dari awal, smpai abeh cite.. aku? smpai lelap2 tgk cite neh.. haha.. citer terminator salvation lagi best. mantap, power.. eh, terpuji lebey2 lak cite itu.. haha.. tp klu de sp2 nak g tgk.. g la.. mungkin taste kita tak sama kot... kn?

Ada yang aku xbrape boleh nak blah la kan.. die kan berlakon kt jordan kann.. smpai je kt part jordan tuu.. 1 panggung wayang tepuk tgn. diorg ingt best sgt gak eh tmpt diorg tu org tu blkon? ntah apa2 ntah... xbest lgsg...Sekian...


Seterusnya...

Tuesday, June 9, 2009

Film Reviews : Terminator Salvation

Assalamualaikum;

Yah..lama gile aku xbuat film review ini since aku balik sini. klu kt mesia tu, mmg xde keje lain. boring2 g tgk wayang. smpai dah habis da cerita utk minggu itu. kne tgu minggu dpn punye cerita plak. ye la, wayang malaysia kan murah. nak g tgk pun senang je. ada kenderaan apa sumer. kat sini manaaa laaa nak tgk itu sumer. umah dah la kt area kampung je. g bandar pun sesekali je atas urusan kerja atawpun nak beli2 brg keperluan. nak horey2 neh.. mcm jarang jgk la.. tp ada je kannn

Tapi bagi meraikan hari kelahiran King Abdullah neh, huh, kene rai ke sbnrnyer? asal perancangan pergi ke Malaysia Student Department je kt Amman neh, Pastu nak g rumah arab jap. g hntr barang sket. pastu balik. sudah ehh.. tersangkut la plak kt kt pawagam yg sedang menayangkan cerita terminator salvation neh. dengan kadar tiketnye JD5 = RM25 bagi sebuah cerita. memandangkan meraikan kemerdekaan tamat peperiksaan. apalah salahnya kann.. hehe.. tapi lepas neh kene ikat perut sket la.. sbb dah srnk awl2.. ujung2 bln..tabah!





SINOPSIS : Cerita die menggambarkan suasana pada tahun 2018 dimana pada ketika itu robot menguasi bumi dan manusia2 ini cuba utk menyelamatkan bumi dari robot2 yang sgt kuat ini yang di tadbir oleh pihak SkyNet. Marcus yang di matikan seketika utk hidup kembali pada zaman ini dijadikan sbg penuntut bela laa.. bagi sekelian2 manusia yang ada neh..so, ending die.. manusia berjaya.. kah3x

Yang best die : Cerita mmg best. Mantap! penuh aksi! lagak ngeri. kesan bunyi yang baik. cinematografi yang bagus. effect superb. jalan cerita yang baik. mmg best lahh.. boleh tgk laa... 2-3x.. huhu..

Yang tak best die : cerita die neh tak sama mcm ternimator2 dulu. ingtkan mcm cite2 dulu. rupe2 neh lain.. tu mcm pelik je la. bile dah pelik tu kan, mcm2 persoalan la yang timbul dek kepelikan itu tadi. sbb nak kene ingt balik apa yang berlaku masa terminator 1,2,3 dulu. tabah!

Overall : Aku sgt suka cerita ini! mesti tonton kt wayang la br dapat kesan bunyi yang baik. klu stakat tgk kt umah speaker creative ke.. speaker logitech ke.. xckup...lagi2 klu pakai headphone je.. hmm.. xckup..xckup. kene g tgk wayang gak baru la dpt kesan bunyi yang sebnenar... tp mmg best ah cite neh! siyes!


Seterusnya...

Monday, March 16, 2009

Info : Radio Internet DesaFm

Assalamualaikum;

Memandangkan aku ada gap beberapa hari sebelum mengadap kertas2 peperiksaan yang seterusnya, dikesempatan ini aku nak hapdet la sedikit sebyk blog aku neh. Boring2 je neh. Aku baru je balik dari umah kawan2 aku yang lain, sumer dok study sahaja. Ye la diorg ader exm esk lusa dan sebgainya.Tapi aku ahad depan..lmbt lagi...ahakz. Tak taw nak wat ape..kiki

Walawbagaimanapun, ada je yang power2 tu, aku g umah die, dok tido je.. Mcm xsdr je aku dtg. Sakit ati aku. Tp die kater die sakit perut sbb bibik die tak bagi die makan. Haha.. Ade jugak yang duk main game je. Katenyer, study tgh mlm nnt.. Ikut korg la.. Aku abeh dah exm minggu neh... So, aku leh rileks sket..

Dalam fatrah exam yang bermula seawal minggu ini, Alhamdulillah aku dah lepas 2paper setakat ini dan so far so gud la. Not bad. Semalam dan jugak pagi tadi. Tu yang harini aku malas nak pegang buku. Rehat kejap. Leteh dah baca buku 3hari berturut2.. Hehe.. Tapikan, tak leh nak ckp jugak lah. Sbb mrkh tak kuar lagi kan. Rasa je mcm best. Tgk2. Hampas. Doakan la aku berjaya dengan cemerlang untuk sesi peperiksaan pertama ini... Aminnnnn

Sebenarnyer aku nak promote kat korang, sambil2 baca buku untuk menghadapi peperiksaan itu......




Sebuah stesen Radio online yang sejak2 akhirnyer aku dok layan radio ini sahaja. Sebuah stesen radio yang cuba untuk mengikut citarasa sekelian pendengar. So far, aku ske je. Sgt santai dan lagu2 die pun.. Layan sajo. Tq la tuk owner radio ini kerana bertungkus lumus untuk memberikan 100% kepuasan kepada pendgr.

Anda boleh cuba tuk click kt Player yang ader kt side-bar aku sebelah kanan itu untuk mendgr.

Anda juga boleh request lagu secara live melalui YM dgn dj2 yang bertugas pada waktu itu. Anda juga boleh melawat web tuk radio ini untuk mengetahui dengan lebey lanjut berkenaan dengan radio ini di alamat www.desafm.tk. Pelbagai informasi disediakan di sana yang boleh anda explore sendiri.

So, sambil2 minggu exm ini, anda boleh layan radio ini sebagai alternatif kepada anda mendgr lagu kesukaan anda beratus2 kali melalui pemain mp3 atawpun radio2 online yang sedia ada yang penuh dgn iklan2 yang memualkan..

Selamat mendgr...


Seterusnya...

Tuesday, January 20, 2009

MyWay : Nothing Much To Say

Salaam Alykum;

Rini aku nak kongsi dgn korang, sebuah lagu yg aku dpt bile aku masuk kt blog Encik ZilZal. Lagu neh bertajuk Sejuta Harapan nyanyian Dai Nada. Enjoy




La…la…la
Sejuta harapan
Yang aku sandarkan
Seberkas cahayaMu
Untuk terangi jalanku

Tanpa rahmat ampunMu
Tanpa kasih sayangMu
Hampa terasa hidupku

Ku ingin bersamaMu
Dekat selalu denganMu
Bahagia bersamaMu

Ya Allah
Terangilah gelap hitam hatiku
Ya Allah
Sucikanlah hati ikhlas untukMu 2x

Aku really nothing much to say skrg neh, aku Serabut! Banyak bnde nak kene fikir skrg neh..Ya Allah, Permudahkan segala urusanku... :(


Seterusnya...

Thursday, August 28, 2008

Film Reviews : Death Race


DEATH RACE TRAILER



Lame gak aku xwt entry tuk film reviews nih. bz sket lah. byk hal yg mendtg. mlm ni sbb aku bosan tahap dewa. aku g je la tgk. terkesan dengan iklan kt TV+die punyer klasifikasi..18SG. dalam hati [mesti power citer nih]. TGV Jusco.

Sinopsis : America, thn 2012. Ms tu kegawatan ekonomi yg teruk berlaku. Rakyat sumer hidup dlm keadaan tak tentu arah, byk melakukan jenayah. Sehinggakan penjara full. Sampaikan pengendalian penjara diberikan kepada pihak swasta. So, bile dah swasta tu, bkn lah penjara lagi namanya. Dah jadi bisnes la plak. Mengeksploitasi banduan untuk mengaut keuntungan dengan menganjurkan Death Race nih. Percaturannyer, mudah sajer, sape menang-di BEBAS kn!

Yg bestnyer :
Jalan cerita yg baik. Penuh dengan aksi. Mudah sajer walaupun cerita die agak ganas sket. Sinematografi yg baik. xnampk pun mcm kt dlm studio. CGI ataupun kesan khas komputer pun bagus. nampk real sajer. Memaparkan moral kasih sayang keluarga dan nilai2 keharmonian rumah tangga. Kesan bunyi yg bagus. Ending yg di luar jangkaan penonton..

Yg Xbest : Diawal pengembangan cerita yg agak keliru. Byk sgt aksi ganas smpai FINAS terpaksa cut filem nih untuk tontonan umum. [xbyk yg aku nmpk mcm xbest. sbb cite nih best] ahakz..

Keseluruhan : Best giler citer nih. Kire mcm boleh bersaing dgn WANTED. penuh aksi yg mendebarkan. ending yg xkite xbajet pun. mesti tonton. kalau dpt seat tgh, mesti best sound die. mantap ah..tahniah tuh cerita nih..

*kalau tgk cite nih, pastikan anda naik selain dari kereta. kalau x, mesti anda nak bwk kreta mcm dlm citer nih. aku pun balik td tu..lampu merah pun aku langgar jer...kesan dari aku tgk citer nih laa..bahaya..bahaya...
*pengarah impak maksima pun kene tgk citer nih..belajar dari cerita nih..inih..adoiii...


Seterusnya...

Monday, August 18, 2008

Theater Reviews : Sireh Bertepok, Pinang Menari

Salam Alaykum;

At last, dapat jugak aku menonton secara LIVE, dpn mata aku, sebuah pementasan teater muzikal yg begitu mengagumkan. Lame dah aku cita2 nak tgk teater nih. sbb aku rasa, pasti ada kelainan nyer berbanding menonton wyng di pawagam. setelah mendengar hebahan berkenaan dengan teater nih yg berlangsung kt Auditorium Besar, Taman Budaya Negeri Sembilan. Aku begitu teruja untuk menontonnyer. Nasib baik ade yg sudi menemankan aku. Tq 2 Encik Adam-Zurairi yg sanggup menemani aku wlwpun die berada dalm keadaan lapar [aku pun lapar gak sbnrnyer].

Asal cita-cita aku [kire mcm berangan jugak la] nak tgk kt Istana Budaya, Teater yg d persembahkan skrg ni, Teater Muzikal : Ibu Zain. Tp terdapat masalah kecil untuk aku smpai kt sane tuh..So, bile aku dpt peluang ni [kt seremban nih], mmg aku xkn lepaskan peluang dan hasilnyer..."PERSEMBAHAN TEATER, MMG MENGAGUMKAN!!!"


Sinopsis : Sebuah teater muzikal yg menceritakan tentang seorg sultan yang cuba untuk menguji kewibawaan anaknya mentadbir negara. bapanya seorg yg rendah diri, sederhana dan sgt disayangi oleh rakyat jelata akan tetapi anaknyer hanya mementingkan kemegahan, kekuatan tentera dan pangkat. Cuba untuk memikat seorg puteri di negeri jiran akan tetapi ditolak mentah2 d sbbkan perangai yg ntah ape2 anak sultan tuh. anak raja tu xpuas ati sampai nak berperang. mujur ada seorg pemuda ni yg menyelamatkan keadaan. sultan yg menyamar sbg rakyat biase ni tau keadaan yg sedang berlaku di negara di bawah pemerintahannyer lalu keluar[yeke perkataan ni? mcm xsure lak] dari penyamarannyer, lalu mengusir anaknyer dari istana dan mengahwinkan pemuda tadi dengan puteri tu.2-2 negari aman.xde perperangan.sumer idup dlm slmt...

Yg Bestnyer : Sebuah teater yg baik. jalan cerita yg mudah di fahami. penghayatan para pelakon yg begitu mantap. aku mmg kagum dgn pelakon2 teater nih. die dpt membawakan watak diorg tu dengan baik. komitmen yg mantap. komited dengan watak. [aku main bantai jer perkataan2 tu, yg penting nampak best]. tp mmg best ah. aku cuba bayangkan kalau pelakon2 yg otai dlm bidang teater nih, belakon. mcm fauziah nawi ker..fuh..mesti best gile punyer. feel tgh teater nih mmg lain. TAK SAMA MACAM KORANG BERLAKON PENTOMEN KAT SKOLAH2 DULU MAHU PUN DIMANA2 1x PUN..mmg korang patut try ah kalau ada persembahan teater yg lain nnt. yg aku tgk nih, wlwpun biase2 jer..dah rasa best. ni plak kalau yg berlakon kt Istana budaya..mesti lagi mantap.

Yg xbest : untuk yg xbest, aku xde nak komen pelakon atau pun jalan cerita. sbb diorg mmg best. tp kt sini, sound system je la..kdg2 mcm xdgr sgr pe yg diorg ckp tuh.itu je kot..yg len sumer best..haha

Keseluruhan : MESTI TONTON TEATER. haha..anda akan merasai 1 kelainan apabila menontonnyer..hehe..

[INFO] Teater ini anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan. Sebuah arahan Kamsah Abdullah. di pentaskan di anditorium Taman Budaya Negeri Sembilan. Menampilkan Azman Jantan sebagai Penjual Syarbat..

*Berangan nak menonton persembahan Orkestra ataupun pertunjukan fesyen lak pasni..huhu


Seterusnya...

Thursday, August 14, 2008

Film Reviews : Wall.E


Wall.E Trailers


Lepas pegi MAHA tu..duk bising, panas..panas..singgah kt mines shopping fair tuk sejukkan badan sat. ingt sejuk2kan badan jer..lalu kt TGV situ, ttb tringt rini cite nih kuar.so, trus je beli tiket..nak tgk best ke x Wall.E yg duk di perkatakan 1bln sblm ni lg..asik duk iklan cite nih jer...

Sinopsis : Sebuah robot yg ditugaskn untuk membersihkan bumi di mana pada ketika itu bumi diselubungi dengan timbunan sampah yg bertimbun2. hari2 duk kutip sampah jer. ttb 1hari ader 1robot len dtg dari angkasa lepas. Eva [robot dar angkasa lepas tu] dtg ke bumi dengan tujuan mencari tumbuhan kt bumi ni sbg tanda bumi ni dah ok sbb semua umat manusia telah dihantar ke ruang angkasa lepas sbb bumi dah terlalu byk smpah. Wall.E ni nmpk si EVa ni ttb jatuh cinta la plk dengan robot tu [dlm filem ni dinyatakan robot tu adalah ppuan].dgn sepenuh hati la Wall.E jaga die ms die "mati" tuk seketika. Mcm2 rintangan yg berlaku ketika nak menyelamatkan Eva nih, smpai diri die pun dah nak mati. Mula2 Eva ni mcm xnak je dgn Wall.E nih.. last2 nak jugak..

Yg Bestnyer : 1st thing nak sentuh berkenaan dengan lukisan@watak2 dlm cerita ni dilukis dengan begitu baik skali. ye la, pengarah ni pun dah berpengalaman mengarah dlm byk kartum lain sblm nih, so mmg best ah kartun die. jalan cerita die pulak...baik.best ah tgk.xpening2 pale. suke je tgk scene2 die tu..leh timbul rasa kesian, sedey, kagum je dgn Wall.E nih..Cerita die ni klakar la..kartoon kan..klakar ler..best..cerita die ringan jer....

Yg Xbestnyer : aku pun not sure sgt pe yg xbest sbnrnyer sbb aku rasa aku mcm ske je cite nih. nak kater xlogik ke, pe ke..dah nama nyer karton..mmg segalanya karton laa...yg xbestnyer pon ms aku tgk ni, air-cond die sejuk sgt..xlarat dah aku nak duk dlm tu..sejuk gilo..

Keseluruhan : Oklah...Best je. suke la aku tgk cite nih..xdelah tertipu dgn poster mahupun trailer spt sblm2 nih..poster+trailer bajet gmpk..tgk2..ptuih!cerita mcm haram..

*Sp yg kot2 xpueh ati aku ckp cite ni best ker..ckp dgn aku!hehe


Seterusnya...

Monday, August 11, 2008

Film Reviews : Rogue


Rogue-movie Trailers


Memandangkan tahap bosan aku mencapai tahap dewa harini, aku pun memberanikan diri untuk menonton cerita yg dikatakan thrill tuk thn ni. (Iklan sumer nak gempak jer) kt Alamanda, Putrajaya. Mcm biase lah, weekday2 mcm nih, org brape kerat jer yg tgk. leh duduk mn2 yg anda suker.

Sinopsis :
Sekumpulan pelancong dari Amerika datang melawat ala2 taman buaya kt Australia. Bile dah selesai melawat semua buaya2 tu dengan menaiki sebuah bot, nak balik lah, ttb ternampak 1 tembakan ke udara tanda meminta pertolongan. Mula2 masing2 mcm xnak g jer, pastu sbb tourist guide die ni ckp die bertanggungjawab atas ape yg berlaku dlm taman tu, semua kene akur. pegi lah tgk ape yg terjadi. smpai je kt tmpt kejadian, diserang denga seekor buaya yg amat besar, bot bocor, terus tersadai kt pulau kecik yg makin lama makin di tenggelami air sbb air pasang. perit jerit diorg nak melepas kan diri dari kawasan tu sampi tergadai 2-3 nyawa dengan buaya tu. akhirnye dpt menyelamatkan diri apabila buaya tu berjaya dibunuh...

Yg Bestnyer : Sinematografi yg baik. memaparkan hampir keseluruhan taman tu dari udara (mcm ala2 lembah jer). Menggunakan loghat Australia yg baik. aku ske je dengar English Australia tu. Jalan cerita yg mudah dan xberat..

Yg Xbestnyer :
Pengembangan cerita yg lembab. slow lah cerita nih. xde byk aksi. 1st time aku leh terlelap tgk cerita kt wyg. hampeh. xbest lah. Biase jer cerita die. dah dapat bajet dah cerita die cmne. trailer+poster je nampak mcm best. cerita..hampeh. aku tgh2 boring, menambahkan boring aku ader laa. buaya die tu, nmpk sgt kartun nyer...

Keseluruhan :
Tak payah lah tgk. bukan best pun. biase sgt cerita die. aksi pun xbyk sgt. xbyk main perasaan. dah lah lembab. bikin gua ngantuk jer...

*adakah kalau aku buat review mcm ni akan mendorong korg menonton jugak?serius ni..xbest.simpan duit, tggu Wall.E lg best..


Seterusnya...

Friday, August 8, 2008

FIlm Reviews : Susuk


Susuk Movie Trailers


Plan punyer plan..at last dpt gak tgk filem yg di perkatakan hangat seluruh Malaysia skrg ni. Susuk lakonan mantap dari Ida Nerina dan Diana Rafar dan dibantu oleh pelakon2 yg lain yg tak kurang mantap lakonan mereka..hehe (malas nak type sape pelakon die, nnt korg tgk, tau sniri)

Sinopsis : Cerita yg mengisahkan amalan susuk oleh masyarakat melayu yg sekadar untuk memenuhi tuntutan nafsu diri semata-mata. tak fikir halal haram dah. Asal puas cukup tp dengan bersyarat, kene patuhi semua pantang larang, tak boleh langgar. kalau x, habis laaa, makan diri balik. Soraya seorg nurse berangan nak jadi artis sbb dah boring dengan pekerjaan nurse die tu. pas die dpt tau susuk ni boleh menjadikan die seorg artis yg terkenal, die pun try lah susuk nih.. Suzanna, seorg wanita yg telah menjadi seorg artis yg terkenal di sebabkan jiwa si Soraya td tu yg dah masuk dlm badan Suzanna tu selepas menjalani proses ritual di atas tuntutan susuk keramat.

Yg Bestnyer : Menyeramkan! Meremang bulu roma aku ms tgk citer ni, audience menjerit2 dlm dewan. Laki ke, ppuan ker, mesti ader yg tersentak dek kejutan filem nih. Lakonan yg mantap. jalan cerita yg baik. kesan bunyi pun best. tak bosan..

Yg Xbestnyer : Plot cerita yg berterabur. sekejap cite die ni, kejap cite die ni lak. SUSAH NAK FAHAM. kene tgk btul2, FOKUS. br leh dpt ape sbnrnyer yg nak diceritakan dlm cerita nih. Still ader konsep cerita melayu - Lagu2 dlm Filem. Kenapa setiap filem melayu mesti dilayankan dengan lagu2 dlm cerita? xleh ker, lagu2 tu xde. lg 1, kalau nyanyi tu sore sniri xpe, ini lagu Sheila Majid, tp org yg nyanyi Sofia Jane.how? "berat" cerita nihh...serabut..

Keseluruhan : Cerita die best, tp memerlukan fokus semasa menonton seperti anda menjawab soklan exam. kene faham stiap plot btul2. kalau anda leka skit jer, mesti xphm macam aku. Sebenarnyer aku mmg xpaham sgt cite ni cmne. smpai skrg ni aku mcm duk pening2 je pk cite ni cmne sbnrnyer. lepas je kuar td, Aus la yg cerita kan balik aper yg berlaku. Komen Aus, "Filem melayu paling best, ini cerita aku, xde lg filem melayu yg buat mcm nih" - die faham cerita ni cmne, boleh laaa...aku ni duk pening2 xphm lg cmne cite die nih..ada yg pegi tgk lagi skali ni kangg.....hehehe..ape2pun..best laaaa...SERAM, Terkejut2 tgk...haram tui...

*Tahniah tuk sp2 yg berjaya faham cite nih..sp yg faham mesti die cakap cite nih best. kalau yg xphm tu...nnt rayer ker..tgk kt TV je laa..haha

*Adoi, pening2...nnt bile aku dh dpt tau cerita sbnr, aku cerita lgi kt korg..huhu


Seterusnya...

Wednesday, August 6, 2008

Film Reviews : The Mummy : Tomb of The Dragon Emperor


The Mummy : Tomb of the Dragon Emperor Trailer



Dlm kekalutan pagi aku, janji kul10++ tp kul 11 duk kt umah g..hehe..Sori eh kawan...Menonton di TGV Jusco Seremban 2..alah, tmpt yg xbrp nak best sound die tuh..kekeke...

Sinopsis : Sebuah filem yg mengisahkan 2 puak yg bertelagah pada zaman maharaja china dulu. biaselah, dulu2 kan, nak merebut kuasa..yg jahat berangan nak jadi raja. pastu kene sumpah dengan seorg ..... (aku pun xsure sape die ni,aku masuk lmbt sket.huh) yg si jahat tu, jadi patung+dengan askar2 die skali..pastu smpailah abad yg ke-20 bile ader sekumpulan arkeologi tu, menemui artifak2 ni..diorg menamatkan sumpahan tu dan idup lah balik askar2+maharaja yg berangan nak jadi raja tu untuk meyambung perjuangan yg belum selesai pada zaman 2000 thn sebelum ini..

Yg Bestnyer : Kesan bunyi yang best. jalan cerita yg baik. byk jugak aksi2 stunt yg menarik.. kesan grafik yg xnampak sgt. ADA MORAL cerita nih - kekeluargaan. aku ske lakonan Datuk Michael Yeoh tu (btul ke ejaan nama die tu).bangga lak rs anak mesia blakon dgn artis Hollywood.huhu.disamping itu, ader jugak unsur humor dlm cerita yg takdelah berat sgt kalau kite nak menonton. xtgk jam pun bile nak habis.tau2 jer org tu dah nak bukak pintu..huhu

Yg Xbestnyer : Cerita pembongak. menipu jer keje.dah dapat bajet cerita die cmne. sumer pki komputer. nmpak sgt. klu x,xkn lah leh kumpulkan berjuta2 askar. gile nak kumpulkan berjuta2 pelakon? ada kesalahan2 kecil yg mungkin terlepas pandang kot..bkn pe, pada awal cerita, yg cina2 tu sumer ckp cine, mcm xreti je ckp english. bile dh jmpe dh jmpe dgn omputih ni..ttb jer reti ckp english...ntah mn blaja ntah...ape daaaa

Keseluruhan : Best!aku suker cerita ni. boleh tgk. xdelah rs sakit ati jer bile kuar dewan. terukir senyumam kepuasan menonton..hikhikhihk....wlwpun xpenah tgk pun mummy2 yg sblm nih..tp leh je layan cerita nih..kesinambungan dengan cerita2 sblm nih..xdelah sgt...yg penting aku ske jer element kekeluargaan yg ditonjolkn dlm cerita nih..


Seterusnya...

Sunday, July 27, 2008

FIlm Reviews : X-Files : I Want To Believe


X-FILES : I WANT TO BELIEVE TRAILERS



Sebuah filem penyiasatan bersiri television, ke layar perak. sbnrnyer sblm ni aku xpenah pun nk tgk siri cerita ni kt tv. tp di sebabkan aku nak rasa tgk wyg kt Kuching ni pulak..aku layankan ajer.sbb cite ni je yg ada ms aku dtg kt sini dengan okop.huhu..

Sinopsis : cerita berkenaan dengan 1penyiasatan aktiviti pembunuhan bersiri lah kot. FBI xdpt nak selesaikan kes ni sbb org yg pakar dlm siri penyiasatan ni xde. (sblm ni die penah hilang kepercayaan oleh FBI dlm mnyelesaikan kes kehilangan adik kandungnyer sendiri)<<<aku agak jer..myb dlm cerita siti kt tv kot.pastu pakar ni di panggil semula untuk membantu siasatan. bagi mendapatkan gambaran yg jelas berkenaan dengan kes, pakar ni ader knal dengan seorg paderi yg ader kebolehan psikik. paderi ni la yg memberi tahu berkenaan dengan 1-1 kes,tp yg percaya pakar ni je.yg len xcaya,sehinggalah terbukti apa yg die ckp tu betul...

Yg bestnyer : Cara penyelesaian penyiasatan yg tak de lah pening sgt. wlwpn aku xtgk pun siri die sblm ni, tp dlm cite ni mudah je paham. pemfokusan masalah yg xrumit.xdelah smpai 2-3 prob dlm 1 cerita.die cuma nak selesaikan mslh pembunuhan bersiri tu je.

Yg xbestnyer : anti-klimaks die sng sgt. 2org je dpt settlekan kes ni.itu pun secara xsengaja terlalu dekat dgn peti surat. die teringt paderi tu penah ckp psl no kt peti surat tu.padahal die tgh nek kreta.leh lak perasan no peti surat tu.huh!aku bajet,klu nak selesaikan tu, ader letup2 ker..ader helikopter dtg ker..asakar2 ker...ni,2org je!sng sgt.padahal kes besar tuh..

Keseluruhan : BOLEH TGK! tp lg best klu anda memahami bidang perubatan dengan baik.mcm dktr2 ker..ssuai lah tgk.mcm aku ni, dak blaja ilmu wahyu ni..ssh ah sket nk phm istilah2 perubatan nih...nak tgk..boleh jer..pegilah!

*Menonton di medan pelita Kuching. sound best jer.tp wayang die..adoi...mcm susun2 kerusi jer..kerusi pun..dh kepam.bersepah2 lantai dgn smpah...tp on jer la...


Seterusnya...

Friday, July 25, 2008

Film Reviews : I'm Not Single (Aku Bukan Bujang)


Trailer Untuk Filem I'm Not Single Ini



Filem yg di bintangi barisan pelakon2 yg tak asing lagi seperti Farid Kamil, Awal Saari, Lisa Surihani dan Intan Ladyana menemui peminat2 filem melayu tanah air pada 24 Julai 2008 yg bertajuk I'm Not Single (Aku Bukan Bujang). Sebuah filem Komedi romantik arahan Pierre Andre.


Sinopsis : Sebuah cerita yg mengisahkan sebuah pasangan yg terpaksa berkahwin di atas kemahuan ibu bapa masing2 yg telah membuat perjanjian sejak dari mereka kecil lagi. padahal mereka langsung tak ada rs kasih sayang diantara satu dengan yg lain. malahan si isteri ni, siap ade balak lain lagi kt luar wlwpun telah berkawin dengan sang suami nih.di suruh untuk berbulan madu di sebuah rumah peninggalan keluarga yg terletak di salah sebuah tempat peranginan di Malaysia nih, dan kt situ lah..mereka saling kenal mengenali diantra satu dengan yang lain..


Yg Bestnyer : Kelakar. jalan cerita yang baik. cerita xberat. mudah faham. xleret2. pelakon dpt menghayati watak dengan baik. lakonan pun santai jer. xbyk lagu mcm dlm cerita SEPI.

Yg Xbestnyer : kalau dah nama cerita melayu tu.. same je laa konsepnyer, ending yg boleh diagak. lagu yg mendayu2 tgh2 cerita..farid kamil tu mcm xreti panas je asik pakai sweater. ke, mmg ada tajaan sweater die 2?tghari buta pun duk pkai sewater jugak.kot nak bergaya pun..pki baju len pun buleh jer....

Keseluruhan : Boleh tgk!xde rasa rugi mcm tgk SEPI.best jugak laa..kire klu dah tgk tu..kalau nak tgk lagi tu..boleh laaa..sbb kelakar. ms2 tgh serius pun, boleh selitkan unsur humor. tp kan, aku tgk skrg ni, filem malaysia nih dah melangkah kesatu stage yg lain, dimana..adengan peluk2 nih..mcm sudah "dibenarkan"...cmne tu ek?

*Menonton kt TGV Sremban 2 je dengan aus, pakcik aus, kwn pakcik aus.haha

*Untuk dak2 jordan - Kalau korg tgk cite nih, tgk Farid Kamil tu, mcm tingat kt Zaki. aus pun ckp mcm tu. mcme leh jd mcm tu ek? zaki tiru farid kamil ke, farid kamil tiru zaki?aku xleh trima lgsg!


Seterusnya...

Thursday, July 24, 2008

Diskusi : Akademi Nasyid TV9



Salam dan Selamat Sejahtera,

Satu fenomena baru skrg ni yg tgh melanda mesia ni dengan progrm realiti yg bertimbun2 bnykknyer.tp malangnyer, xde pun mcm American Inventor ker, mcm The Apprentice ke..yg mcm tu ler yg boleh membina minda sket. ini sumer asik hiburan je. Muak dah! bebalik dengan konsep yg sama. pasa nyanyi, komen. undian, SMS..

Sini aku nak cerita sket pasal Akademi Nasyid (AN) yg disiarkan secara langung melalui saluran TV9, hari sabtu kul 830mlm (waktu mesia). bg aku kan, progrm ni kan, mcm dah lari jauh dengan matlamat sbnr NASYID itu. ape yg nak di sampai kan bukan lah lagu yg berunsurkan dakwah. tp skadar persembahan nyanyian yg menitik beratkan.. penggunaan pentas, tone suara, penampilan. xde langsung yg ke arah utk berdakwah. so, skrg ni kirenyer taraf nasyid skrg ni dah same lah mcm lagu2 biase. xde beza pun, org duk bersorak bile penyanyi tuh, dapat mencapai high note.. pastu dengan sepanduk2 lagi.. melambai2kan tgn bile ader lagu yg mcm sedey sket..klu boleh, klu ader lighter tu..mesti die dah nyalakan. so,ape beza nya dengan lagu2 biase yg ade kt dlm industri hiburan kite skrg ni? aku pun xphm...lebih baik dgr lagu2 biase tu je. same je..

tambah pulak lagi, dlm AN tu, die buat arrangement music yg baru.. kot asal music tu ala2 slow jer..die buat lah pulak rentak regge ker, xpun, bg rancak sket laa..aku rs sekadar untuk menarik penonton dan meraih undi.

SALAH SEORG PESERTA FEVERET AN (AIMAN)

lebih memualkan aku bile pengkritik tu..kritik mcm bagus.aku mmg xleh blah lgsg dengan pengkritik mcm tu.mcm lah die nyanyi sedap sgt.padahal dlm kumpulan die tuh, bukan penyanyi utama sgt pun. ini nasyid beb. menyampaikan dakwah dlm bentuk lagu @ alunan diiringi dengan music. tp dah jadi mcm lagu biase. bebalik.. "pitch tu xsmpai" @#$%^ tul!

mungkin org leh ckp aku xreti nilai seni ke ape ke.ikutlah..tp aku mmg xstuju je dengan AN ni. sbb die bukannyer memperjuangkan ape yg terkandung dlm lagu Nasyid itu, tp hanyalah untuk menyumbangkan suara je. agak nyer klu di tnya ape maksud lagu2 tu..ntah tau ke tidak!


Seterusnya...

Wednesday, July 23, 2008

Film Reviews : Batman - The Dark Knight


BATMAN - THE DARK KNIGHT TRAILER
Salamz,

Tuk Film Reviews tuk kali ini membawakan filem Batman - The Dark Knight yg telah menemui peminat superhero ini pada 17 Julai 2008 (kt mesia) aritu. Filem yg dianggap begitu berjaya kerana berjaya mengutip sebanyak USD158.4 Million (MYR 512,532,816.31) dalam masa seminggu je! Kaya gile beb!huh...Tapi itu lah...hmmm

Sinopsis : (Ni pe yg aku dpt laa..) die cerita die berkenaan dengan Joker yg nak membalas dendam kt Batman ni dengan mengugut batman untuk mendedahkan identiti die. kalau die xdedahkan identiti die yg sebenar..makin ramai org akan mati. smpi lah die dedahkan identiti die nih. (itu je kot).hehe..

Yg Bestnyer :
Aku suker kostume cerita nih. baju batman tu smart. make-up tuk joker tu pun.best..yg two-face tu lagi ah..mcm real jer.kereta, motor die pun..boleh laa..bukan mcm kreta batman dlm cerita die yg sblm2 nih. pastu music die pun..klu seram tu..mcm berdebar je..lg2 sound best gile. huh..mantap. pastu mcm biase laa.cite omputih, sanggup berhabis untuk letup2kan bangunan, kreta, trailer..best2..


Yg XBestnyer : Byk gile cakap. adoiii..pnt aku tgu. Aksi xbyk. CERITA PANJANG GILE. 2jam. ngantuk2 aku tgk..berair2 mata aku dah asik menguap je. Org kiri kanan pun asik menarik nafas panjng je. bile dh boring tu, die jd mcm xbest je. "bilelahhh nak abes cerita nih".asik tgk jam.

Keseluruhan : Xbest pun!letey je tgk.sbb tu sinopsis aku tu,itu je yg aku dpt.aku xtgk sgt cerita die.aku lebih tumpukan kesan bunyi ker.letup2 die tu.tp xbyk pun.haram tui.aku xtaula cmne die leh dpt kutipan sebyk tu.aku rs, org2 produksi die jugak kot tgk byk2 kali.xpun,die upah dak skolah ke, rumah2 amal ker,pe ke..suh g tgk..tu yg cepat je dpt million2 tu..argh..tensen aku tgk cerita yg xbest nih..bile laa nak ada cite mcm HULK+WANTED+JOURNEY TO THE CENTER OF THE EARTH lagi...

*Menonton di GSC Alamanda, Putrajaya. aku paling xske klu tgk kt wayang, tp cerita biase2 je..die klu cerita yg letup2. br ssuai tgk kt wyg, dengan sound yg best tu..

*2x aku tertipu dengan trailer yg mcm best. tapi cerita mcm haram!


Seterusnya...

  ©:: MyWay [v2.2] ::. Template by Dicas Blogger.

TOPO