Showing posts with label Peraduan. Show all posts
Showing posts with label Peraduan. Show all posts

Monday, July 13, 2009

Peraduan : Get To Know Your World

Assalamualaikum;

Setelah beberapa kali cubaan aku utk memenangi peraduan yang dianjurkan oleh Syarikat Penerbangan Royal Jordanian ini tidak berjaya. Aku semakin bengang. Memula ingat mcm nak makan sniri je kalau aku menang kan.. kire leh blagak la klu aku menang peraduan ini. tgk2 niat itu mungkin salah yang menyebabkan aku tak menang2 sampai ke hari ini. akan tetapi aku masih mengharapkan sinar pada pusingan-pusingan pada akan datang.

Rentetan daripada itu, aku nak bgtaw kt korg yg Royal Jordanian ada menganjurkan satu peraduan yang berbunyi "Get To Know Your World". Peraduan ini akan berjalan sepanjang minggu bermula dari hari selasa setiap minggu.

Permainan peraduan ini cukup mudah, anda perlu meneka gambar yang disiarkan dengan tepat dan menjawab 4 soklan kuiz yang mudah. kemudian, pemenang akan di umumkan pada hari Isnin minggu berikutnya. Lepas tu Selasa depan die tu pulak.. soklan baru lagii..

Apa yang anda perlu lakukan sekarang ini, log on to Royal Jordanian Website di : www.rj.com dan click kt Competition Join Now. Kat situ bermula la pengembaraan anda sebagai peserta kuiz ini.

jika anda berjaya, anda akan memenangi DUA tiket penerbangan percuma ke tmpat yang kita teka gambar itu. seronok dan mudah je kan?

tujuan aku bgtaw korang semua ni adalah untuk membetulkan niat aku sebenarnya. Hadis nabi : "Siapa yang memudahkan jalan orang lain, Allah akan memudahkan jalannya ke Syurga". [Ada kene mengena ke dlm peraduan ini?] tp apa yang aku harapkan, lepas aku bgtaw korang neh, iAllah aku di permudahkan untuk memenangi peraduan ini walawpun saingan semakin ramai kalau korang pun turut serta dalam peraduan ini. tapi....tak apa lah...saingan sihat. hehe.. selamat mencuba...

*Tak silap aku peraduan ini terbuka utk yang berada kt Jordan ni je sbb hadiah tiket percuma itu berlepas dari Amman. Kalau yang mcm dari Malaysia join peraduan ini.. kalau la korang menang, korang kene la dtg Jordan dulu, pastu baru lah boleh guna tiket menang ituu.. So, better korang tak payah join la sebab menyebabkan peluang aku tuk menang nnt semakin sengit..

*Tiada seterusnya jugak..kiki


Seterusnya...

Friday, March 13, 2009

Peraduan : Pemenang Pengunjung ke-10,000

Assalamualaikum;

Dengan ini, aku merasmikan penutupan peraduan bagi siri kali ini. IAllah akan berjumpa lagi dengan siri2 peraduan akan dtg.

Tahniah kepada empunya Blog ini kerana memenangi peraduan pengunjung ke-10,000 blog ini. Bersama-sama ini beliau telahpun menghantar kepada saya PrintScreen screen beliau sebagai bukti beliau adalah pengunjung yang bertuah. Tahniah sekali lagi diucapkan..


Hadiah yang beliau bakal menangi adalah.....


Seutas keychain unta yang bertulih JORDAN di badannya.. hehe

Walaupun hadiah ini sgt lah basic, akan tetapi pihak penganjur mengharapkan agar En. Mie berpuas hati dengan hadiah ini yang iAllah akan dikirimkan secepat mungkin, LIVE dari JORDAN ye tuan2..

Bagi pemenang peraduan slogan terbaik pula, dimenangi oleh Cik Pink Butterfly dengan slogan beliau:

"Blog ni tak best pun kerana tuan punya blog ini mempunyai penyakit malas untuk melawat rakan2 blognya contohnya si rama2 ini"
Hadiah yang bakal anda terima adalah sama dengan pemenang pengunjung bertuah itu tadi dan iAllah akan dihantar bersama-sama kelak. haha..

Sila hubungi saya secepat mungkin untuk memberikan butir2 diri anda agar proses penghantaran hadiah boleh dilakukan nanti.

Tahniah sekali lagi saya ucapkan dan sehinggah kita berjumpa lagi dalam siri peraduan-peraduan yang akan datang. IAllahu ta'ala..Terima Kasih kerana mengambil bahagian..


Seterusnya...

Thursday, March 12, 2009

Peraduan : Pengunjung ke-10,000

Assalamualaikum;

Bertemu lagi kita dalam siri peraduan pengunjung bertuah. Sebelum ini aku pernah menganjurkan peraduan yang serupa juga. Mencari pengunjung ke-1000 dan 2008! Tahniah kepada yang bertuah, En. Luth dan En. Amirul sekali lagi. Bagi yang kurang bernasib baik, ini lah peluang anda untuk menjadi pengunjung bertuah kali ini!

http://www.webdesign.org/img_articles/6638/Basic-Hit-Counter-in-PHP.jpg

Sebenarnya, untuk peraduan kali ini, bukan 1kategori saja ye tuan2 dan puan2 yang bakal dipertandingkan. Disebabkan mcm dah lama aku tak buat peraduan2 mcm neh, aku berhajat laaa untuk menyediakan 2kategori bagi mencari pemenang PENGUNJUNG YANG BERTUAH dan juga SLOGAN TERBAIK. Mari..mari..mari!

Apa yang patut anda tahu berkenaan dengan peraduan ini adalah :-


PERTAMA : Anda hendaklah memenuhi kriteria-kriteria di bawah ini untuk melayakkan anda menyertai peraduan ini :-
  1. Warganegara Malaysia tak kira tinggal kat mana pun.
  2. Mestilah pandai mengeja dan membaca.
  3. Berkemahiran asas dalam penggunaan komputer.
  4. Keutamaan diberi kepada yang mempunyai blog sendiri dan dah add aku. kah3x
  5. Yang tiada blog, anda pun leh sertai jua.. huhu
Mudah je kan? Jika anda lulus syarat2 penyertaan di atas, anda bolehlah lanjutkan pembacaan anda ke langkah yang seterusnya..

KEDUA :
Untuk menyertai siri peraduan kali ini :-
  1. Anda boleh pilih kategori yang anda inginkan. Pengunjung bertuah atau pun slogan.
- Bagi pengunjung bertuah : Bagi memastikan anda merupakan pengunjung ke-10,000, anda perlu membuktikan lawatan bertuah anda melalui "PrintScreen" pada HitCounter yang terletak di footer blog saya ini dan emailkan kepada saya di emel saya yang beralamat: buzzrugo@yahoo.com. Sila maklumkan kepada saya setelah anda menghantar emel tersebut.

- Untuk peraduan slogan, anda perlulah lengkapkan slogan ini dengan menggunakan kebijaksanaan anda sebaik mungkin agar dapat menarik minat saya untuk memilih anda sbgi pemenang. HAHA : "Blog ini tak best pun kerana ................................................. (Ikut sukehati andalah nak tulih banyak mana pun)"

KETIGA : Tempoh dan terma peraduan :-
  1. Tempoh peraduan adalah tertakluk kepada pengunjung. Jika angka pengunjung mencapai 10,001, maka dengan rasmilah ke-2-2 peraduan ini tamat.
  2. Pengumuman pemenang akan dibuat selepas semakan dibuat oleh pihak juri.
  3. Jika ada sebarang penyelewengan terhadap mana2 penyertaan, secara automatik peraduan ini terbatal dan hadiah akan di bawa ke peraduan akan datang.
  4. Jika peserta tidak memenuhi kriteria2 syarat2 peraduan di atas, pun akan di tolak juga. HAHA.
  5. Keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang ketidakpuashatian tidak akan dilayan sama sekali.
  6. Pihak penganjur berhak menolak mana-mana peserta yang pihak pengajur rasa nak tolak die.
  7. Pihak penganjur berhak untuk menukar ataw menetapkan syarat2 tambahan ataw mengurangkan syarat2 penyertaan tanpa memberi makluman kepada perserta terlebih dahulu. HAHAHA
  8. Senang cite, ada rezki, ada laa.. Tak ada..Nak wat cane kan?
  9. InsyaAllah pihak penganjur akan berlaku jujur...ahakz
EMPAT : Hadiah
  1. Hadiah bagi pemenang peraduan ini adalah se.............[tak tahu apakah istilahnya] yang bernilai lebih dari RM10 atawpun lebih dari JD2. hahaha...
  2. Pengumuman hadiah akan di buat skali dgn pengumuman pemenang nnt.
  3. Tunggu je la ape hadiah eh...
LIMA : Pertanyaan
  1. Sebarang pertanyaan anda bolehla terus tnya kat saya...

~SELAMAT MENCUBA~


Seterusnya...

Wednesday, August 27, 2008

Peraduan : Pemenang Pengunjung ke-2008


Salamz,

Yah, congratulation, Tahniah, alf mabruk tuk sahabat aku, Encik Luth. die ni kawan cyber aku. knal ikut blog2 gak ler..tp pe2pn, kawan biar beribu..ye x?

Korang boleh lah lawat blog die [click sini].

mintk jangan letak telefon dulu yer..kami nak amek butir2 diri anda..ahakz..ttb jer...

Nt send kt aku alamat ko, i-allah dgn seberapa segera aku akan menghntr baju t-shirt JORDAN yg telah kau menangi.

*TQ tuk dak2 jordan memberi peluang kat org len..klu korg mng gak, nak wt cmne kn?.mmg rezki laa..ahakz..
* Bagi yg kurang bernasib baik, jgn berputus asa, cuba lagi tuk peraduan yg akan dtg i-allah kalau ader lagi..huhu...


Seterusnya...

Tuesday, August 26, 2008

Peraduan : Pengunjung Ke-2008

Salam,

Sekali lagi aku membuka peraduan pengujung bertuah kt semua sahabat2 aku. sempena Hari lahir aku yg ke-24 pada thn 2008 nih, aku ingin membuka sekali lagi peraduan pengunjung bertuah nih, bagi pengunjung ke-2008.dulu bagi pengunjung ke-1000..


Pemenang bakal menerima sehelai t-Shirt JORDAN berwarna kelabu, lengan pendek bersaiz XL. import ni beb...so, jgn lepaskan peluang ini..anda mungkin bertuah seperti Muhammad Amirul yg telah memenangi peraduan pengunjung ke-1000 dahulu.

Syarat2 penyertaan : Semua org leh menyertainyer tp dgn syarat, pengunjung yg bertuah tu hendaklah send kt aku, print screen anda dimana menjadi bukti anda merupakan pengunjung ke-2008..jika print screen xde..kire xdela...so, hadiah akan di bawa untuk peraduan yg akan dtg [jika ade]...k?paham x?de pe soklan?

*mintak dak2 jordan beri peluang kt dak len menang nyer..ye lat-shirt JORDAN.korg kt jordan leh beli kt balad..kui2..tp xkesah laa..klu dah rezki nak wt cmne..nnt aku balik aku bwk sane balik..i-allahh...


Seterusnya...

Wednesday, August 6, 2008

Peraduan : Pemenang Pengunjung ke-1000

Tahniah, Alf Mabruk, Congratulation.. kepada pengunjung yg bertuah..yg bernama Muhamad Amirul bin Hasim, yang berasal dari Pahang, sahabat lama aku yg skrg ni belajar kat Mesir skrg ni - Cawangan Mansurah..mengambil Kursus Bahasa Arab..

Bagi yang kurang bernasib baik(terutama bg pengunjung yg ke 999+1001)..tunggu nnt aku bukak peraduan lain pulak..ekeke..

Terima kasih sekali lagi bagi yg mengambil bahagian...Aku syg korg sumer...


Seterusnya...

Peraduan : Pengunjung ke-1000

"Key-chain Sarawak yg ditandatangi oleh aku sendiri.ekekeke"


Salam Alaykum;

Dengan ini aku ingin membuat pengumuman bahawa blog aku nih dah dekat dah dengan pengunjung yg ke-1000. So, barang siapa yg bertuah sekiranya anda pengunjung yg ke-1000 itu, sila beritahu saya dengan bukti (print screen anda). ada saguhati yg menanti anda..

Terima kasih kerana menyokong blog saya ini. wlwpun xsmpai sebulan lagi(Sejak 17 Julai 2008)..tp alhmdulillah sokongan kawan2 amat saya hargai..

Sekadar mengimbas kembali pst saya yg pertama dulu, niat saya..xdelah nak carik pengunjung smpai 1000 pengunjung ni..sekadar untuk mencatatkan ape yg berlaku di sekeliling saya ni je..sama jer sperti blog sya yg sblm nih..just coretan kehidupan saya cuma...

Oklah..jgn lupe beritahu saya jika anda pengunjung yg bertuah!!!Terima Kasih..

*trus tgk bilangan anda kt bawahhhh skali...


Seterusnya...

  ©:: MyWay [v2.2] ::. Template by Dicas Blogger.

TOPO