Showing posts with label Setempat. Show all posts
Showing posts with label Setempat. Show all posts

Wednesday, December 2, 2009

Setempat : Oh! Pemimpin

Assalamualaikum;

Rasanya sudah lama tak membangkitkan isu-isu yang berlaku di sekeliling aku. Ya, satu ketika dahulu aku pernah terkenal dengan tulisan kritikan aku yang mengutuk beberapa pihak sehingga aku tak larat nak angkat telefon lagi dek panggilan-panggilan berbau ugutan, hasutan, umpatan dan tak kurang juga kecaman. Ada juga yang cuba mendapatkan penjelasan. Tapi apa nak buat, aku tulis MyWay aku. Walaupun cara aku mungkin salah, tapi aku rasa itu sahaja jalan yang terbaik serta terpantas untuk meluahkan rasa tidak puas hati aku dari tunggu program-program yang menganjurkan Hari tidak puas hati untuk meluahkan rasa tidak puas hati masing-masing... Kirim salam saja lahh..Lambat! I did it my way ~

Bukan mudah nak buat semua orang puas hati. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Tapi berusaha memuaskan hati orang lain adalah lebih baik dari tak berusaha langsung. Dalam rangka memuaskan hati orang ini, kita mungkin boleh mencuba beberapa strategi agar semua mendapat tempiasnya yang kadangkala terpaksa mengorbankan kepuasan hati sendiri demi kepuasan hati orang lain. Kalau tak dapat banyak, sikit pun jadilah. Itu yang anda patut fikirkan sebab anda itu pemimpin! Pemimpin perlu bijak mengawal dan menambat hati ahli. Baru anda akan disegani bukan diludahi!

Seorang pemimpin seharusnya menang dalam segala aspek. Andalah sepatutnya paling terkedepan dari orang-orang yang dipimpin. Anda bukanlah seorang pemimpin kalau anda adalah orang yang duduk di belakang orang yang dipimpin. Sebagai contoh yang paling mudah yang boleh kita lihat adalah pimpinan Rasulullah. Beliau sentiasa di depan. Itu baru pemimpin sejati. Pemimpin yang akan diingati kerana khidmatnya, bukan kerana jawatanya..

Aku bukan nak banding-bandingkan jauh sekali untuk mengutuk. Akan tetapi cuba untuk menyedarkan sebab kita tak akan nampak kesalahkan kita kalau bukan orang lain yang beritahu macam kita perlukan cermin untuk melihat telinga kita kalau-kalau ada kecacatan. Kita tidak dapat melihat dengan mata kita sendiri secara LIVE melainkan dengan perantaraan cermin. Macam itulah manusia, saling memerlukan untuk nasihat menasihati supaya saling mengimbangi antara satu dengan yang lain. Baru kesatuan dapat dicapai bukan dengan program-program yang belum pasti tercapai objektif yang digariskan. Semuanya sekadar nak penuhkan taqwim dan kelak menebalkan laporan tahunan.. Sudahlahh...

Ada beberapa perkara yang aku lihat pemimpin-pemimpin ini 'menang' dari aspek negatif berbanding orang yang dipimpin :-

1. Andalah orang yang paling banyak tidak hadir ke kelas dek kerana program-program anjuran anda, mahupun tugasan-tugasan biro atau unit anda. Kelas malas, program semangat!

Macamana boleh jadi macam ini pun aku tidak tahu. Mungkin masing-masing ada alasan tersendiri ataupun alasan untuk memenuhkan kuota ketidakhadiran yang membenarkan sehingga 6x. Tapi anda perlu ingat, anda adalah seorang pemimpin. Seorang pemimpin adalah model kepada semua. Seluruh ahli persatuan memandang anda. Kalau andalah yang menjuarai senarai tidak hadir kelas walaupun ketidak hadiran anda bersebabkan kerja persatuan, itu adalah tidak wajar sama sekali. Kalau yang tak hadir sebab tidur itu lagilah memalukan. Bagi aku, kalau kita datang program dan hadir juga ke kelas, itulah terbaik. Kalau tak datang program tapi tetap hadir ke kelas itu masih lagi baik. Tapi kalau sibuk program tapi kelas ntah kemana, itu tak betul namanya. Kalau tak datang dua-dua lagi laaa..Walaupun ada kuota, sepatutnya anda perlu yang sifar ghiab dulu, barulah boleh buat program sifar ghiab. Oh, no wonderla tempat aku duduk ni tak ada program itu.. huhu

2. Anda telah mahrum dari madah yang telah di ambil

Rentetan dari ketidak hadiran anda itu, maka doktor marah lantas memahrumkan pelajar. Pelajar itu adalah anda. Anda adalah seorang pemimpin. Alahai, aibnya.. Maka masing-masing menebalkan muka pergi berjumpa dengan doktor, merayu-rayu agar keputusan doktor itu ditarik semula agar dapat menduduki peperiksaan akhir. Kalau la doktor itu tahu anda seorang pemimpin... Maka bertambah besarlah kemaluan anda kerana doktor-doktor di jamiah pasti akan memperlekeh anda. Tapi tak tahu lah kalau anda yang jenis tak tahu malu...

3. Anda tangguh subjek

Anda seorang pemimpin, hafal quran pulak tu. Tapi bila sampai tang madah tilawah al-Quran, andalah orang pertama yang cuba untuk menangguhkan subjek itu untuk dibawa ke semester depan. Lepas tu, siap ajak kawan-kawan lain tangguh sama-sama. Anda kata anda boleh buatkan sebab itu tugas anda dalam persatuan... Gile ke? Itu bukan tolong ke arah kebaikan, itu melingkupkan adalah. Sepatutnya anda memberi semangat pada kawan-kawan yang tak pernah hafal quran ni supaya berusaha hafal quran macam anda. Bukan ajak tangguhkan. Lepas tu, bila dah semester yang seterusnya, masih tak hafal lagi, ajak tangguh lagi.. Anda memang pemimpin!

4. Anda tidak menjadi diri anda yang sebenar

Bila majlis-majlis yang melibatkan ramai orang, ada syabab, ada akhwat, andalah paling depan sekali. Tapi bila program yang tak melibatkan semua itu, contohnya lahh, sembahyang berjemaah di masjid... Harammmm... Tak adaaa pun nampak. Kalau persatuan buat program, siap berjubah, berserban sebakul.. Yela, nak tunjukkan anda itu pemimpin depan ahli. Tapi itu sebenarnya bukanlah diri anda. Diri anda yang sebenarnya seolah-olah hanya mengenal masjid itu bila hari jumaat dan hari raya... Lebih meloya kan bila anda kelihatan seolah-olah pembersih, wangi sentiasa, gentlemen di khalayak. tapi sebenanrnya anda adalah seorang yang pengotor, busuk, masam dan paling sampah dimata kawan-kawan..Sudahlah,perangai itu tak tumpah seperti syaitan bertopengkan malaikat...

5. Anda double-standartkan diri anda disebabkan jawatan anda

Hal ni lagi meloyakan aku. Bajet ada jawatan dah best? ingt orang-orang bawahan ni sumer hamba? Stop doin that. Chewah.. sepatutnya anda menjadi sahabat kepada rakan-rakan lain. bukan bajet best dengan jawatan itu. Anda perlu menghormati orang lain kalau anda rasa anda nak di hormati. Jika anda sendiri meletakkan diri anda mcm itu.. Babaii....

Sudahlah, letih dah aku menaip bende ni. Agak lega sikit rasanya bila dah ckp walaupun maca m ada benda yang tertinggal. Tak apalah. Kang cakap lebih, kontroversi pulak. Kang aku ckp belakang-belakang, namanya mengumpat. baik aku tulis terang-terang+ala kadar je. Pandai-pandai la baca. Cuma aku nak ingtkan kat sini, aku tulih atas apa yang aku nampak je. Kalau anda seorang pemimpin dan tak termasuk dalam apa yang aku tulih, so tak perlu nak terasa-terasa.. Sape terasa padan muka. Aku harap ada perubahan. Aku ni pun sambil mengingatkan diri aku jugak, sebab satu hari nanti aku juga akan jadi seorang pemimpin. Tu je la.. dah lah..babai.. LEGA~


Seterusnya...

Thursday, November 19, 2009

Event : Hari Pusat Bahasa

Assalamualaikum;

Hari ini aku bangun pagi. Macam tiap-tiap hari laaa. Dalam pukul 630, selepas waktu subuh pada jam443 pagi. Pagi ini sejuk gaban. Seakan-akan tidak mampu untuk mengangkat selimut tebal itu. Tiap kali musim sejuk, macam itulah keadaannya. Tapi aku gagahkan juga, sebab hari ini adalah hari penting! Hari Pusat Bahasa. Pusat bahasa universiti kami mengadakan Hari Pusat Bahasa. Menurut khabar-khabar angin yang bertiup sekitar Mafraq ni, macam meriah. Lantaran daripada itu, aku sangat teruja untuk menghadiri majlis itu bersama-sama dengan "New Toy" aku. Lagi hangat lagi bila aku dengar Raja Jordan akan turut hadir ke majlis itu. Teringin benar aku nak tengok king itu secara LIVE! Mandi-mandi...Eh, gile ke mandi musim2 sejuk ni? Hilang akal ke? Maksud aku mandi tu adalah sekadar membasahkan serta meratakan air seluruh anggota wuduk sebelum ke kelas agar sentiasa dalam keadaan suci - bersih. Sarapan-sarapan, sekarang ini aku mmg mengamalkan sarapan sebelum ke kelas agar aku tidak lapar semasa sesi pengajian berjalan. Siap-siap dan terus ke kelas...

Ikutkan, majlis akan bermula seawal 9pagi. Tapi janji arab itu adalah lebih dasyat dari janji melayu. So, aku pegi kelas dulu. Ambil berkat. Belajar pum pam pum pam.. Selesai. Jumpa budak-budak ni. Ajak pergi sama ke majlis. Nasir je yang ikut aku. Pasal die tak ada kelas masa tu. Ada gap. 10-11pagi. Pegi-pegi... Kosong, senyap sunyi. Yang ada acik cleaner basuh tangga. TABAH! Cari budak-budak ni lepak kat mana. Jumpa. Join..

Itu ini itu ini, pukul 12+/- baru majlis nak mula. RAJA TAK DATANG. Bengang. Yang ada duta-duta je. Tapi duta Malaysia tak ada. Pelik.

Majlis bermula.. Di mulakan dengan nyanyian lagu negara Jordan. Semua pelajar pusat bahasa terlibat. Kemudian diikuti dengan persembahan mengikut negara masing-masing. Hampir semua negara yang mengikuti pengajian di pusat bahasa mengadakan persembahan.. America, China, Kemboja, Nigeria, Indonesia dan Malaysia.



Persembahan Malaysia diwakilkan oleh Saudara Raihan. AKU SUKA! Tak sangka kawan aku ini sangat sempoi. Steady. Depan beratus-ratus orang. Maintain cool. Memang tabiklah! Aku ada record. Hapload kat YouTube.. Tengoklah!



Pastu Persembahan America. Pun best jugak. Rasa macam zaman-zaman CowBoy. Menyanyi sambil diiringi alunan gitar. Sempoi gile. Mmg American Style!


Pastu Persembahan dari China. Pun Best. Orang cina, cakap arab. Pernah dengar? Dengar dan lihat kat sini. Sangat lancar sebutan mereka walaupun ada jugak bunyi-bunyi cina tu. Tak ada masalah. Yang penting orang faham dan mereka boleh bertutur dalam bahasa arab dengan baik.



Pastu persembahan dari Indonesia. Tak best! Aku blah balik. Tak boleh blah langsung. Macam tak ada benda lain yang boleh di persembahkan. Ikutlah, aku tak nak join. LOSER! Tak nak komen lebih. Nanti emosi..

Apapun, objektif majlis tercapai. Bermottokan Keamanan Sejagat Melalui Bahasa, mesej berjaya diterapkan pada sekelian tetamu yang hadir. Walau apa sekalipun bahasa yang kita tuturkan, kita semua inginkan keamanan..

Babai ~


Seterusnya...

Friday, July 17, 2009

Setempat : Malam 999 Kenangan

Assalamualaikum;

Pada malam 16hb Julai 2009, seluruh warga hayyu dhubat berkumpul bersama2 mengadakan Majlis Makan Malam Perdana peringkat Hayyu Dhubat 2009. Majlis ini tidak lain untuk meraikan para graduan yang bakal meninggalkan bumi Jordan ini setelah berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya di Universiti Al al-Bayt, Mafraq, Jordan.

Program yang bermula seawal 530pagi di mana saudara Khairul Izwan a.k.a Apek pergi membeli belah kambing di pasar kambing. Kemudian ke pasar ayam pulak untuk membeli ayam. Kemudian kembali ke rumah saya untuk persiapan makanan.

Pada mlm semalam, kami menyediakan beberapa santapan makanan yang enak dan lazat seperti Satay Ayam dan Kambing, Rendang Kambing dan Sup Kambing sebagai menu utama kami. Manakala side menunya pula, ada nasi impit, mee, kueh mueh, buah-buahan, serta ice-cream dan puding. Kami semua kekenyangan pada malam tadi dalam kesedihan serta kegembiraan bercampur baur dan dirasai oleh semua orang.

Dengan bertemakan INI WILAYAH DHUBAT, kami mengadakan program kecil-kecilan tapi memberikan makna yang besar kepada seluruh warganya. Sama-sama rasa penat, sama-sama rasa gembira dan sama-sama menangis kesedihan. Seluruh warga dhubat memberikan komitment yang amat padu bagi menjayakan program ini.

Kemeriahan prog ini di tambah lagi dengan kehadiran ayah Saudara Faizal Ramly, sempat memberikan kata-kata peransang bagi semua penduduk dhubat.

Suasana bertukar menjadi sayu apabila saudara Faizal sebak memberikan amanat terakhir beliau untuk kami yang masih lagi tinggal di sini.

Program ditamatkan dengan sebuah slide yg dicipta khas bagi mengenang kembali sorotan perit jerih bersama rakan2 4tahun disini...



Bagi semua kawan2 aku yg khirij neh.. inilah hadiah aku tuk korang. aku tak mampu nak bagi sesuatu kat korg sebagai hadiah, tapi aku bg korang kenangan mlm ini tuk korang simpan smpai bile2... selmat pulang ke malaysia.. jmpe kt malaysia saje nnt. k? maaf atas segalanya dan terima kasih byk2. doakan kejayaan kami macam kejayaan korang jugak. SLmt2...


Seterusnya...

Saturday, July 11, 2009

Setempat : Hayyu Dhubat

Assalamualaikum;


"INI WILAYAH DHUBAT"

*Tiada Seterusnya..huhu


Seterusnya...

Saturday, April 25, 2009

Setempat : Keputusan Rasmi Undian

Assalamualaikum;

Dengan ini aku secara rasminya menutup peti undian dan ingin mengumumkan keputusan undian bagi undian mencari sape paling banyak nampak perubahan.

Seperti yang dinyatakan seblm ini, perubahan itu bermaksd perubahan fizikal calon-calon yang disenaraikan oleh sya melalui aktiviti diet masing2. 5 orang dari memilih untuk pegi ke gym bagi proses menguruskan badan manakala baki itu hanya menggunakan skill yang tersendiri bagi menguruskan badan TANPA mengunjungi pusat gym.

Melalui survey yang di jalankan selama 3hari bermula dari hari Khamis bersamaan dengan 23April sehinggalah harini 25April2009 bersamaan dengan hari sabtu, 41orng telah menyertai undian ini dan undian dengan rasminya di tutup pada jam 9mlm tadi waktu Jordan.

Berikut adalah keputusan rasmi bagi undian berkenaan...

SECARA EXCLUSIVE DENGAN GAMBAR!!!


"Sebelum"

"Selepas"


TEMPAT PERTAMA dimenangi oleh anap ilmi.....Clap2!!!

Ucapan : Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum semua. saya mmg tidak menyangka akan kemenangan ini. pada awal undian saya jangkakan mat alip akan memenangi dlm undian ini. tetapi alhamdulillah, kemenangan berpihak kepada saya. iAllah sy akan terus mengamalkan cara hidup yang sihat selepas ini atas sokongan dari tuan2 dan puan2. kemenangan ini adalah kemenangan semua. kiki

"Sebelum"

"Selepas"

TEMPAT KEDUA dimenangi oleh Encik Mat Alip.....Clap2!!

Ucapan : Saya tidak berniat untuk bercakap panjang. apa2 apun jadikanlah kejayaan saya ini semangat kepada calon2 yang lain. bagi yang kurang bernasib baik. usaha lagi. cuba lagi kuruskan badan anda sehingga anda jadi mcm saya..haha

"Sebelum"

"Selepas"

TEMPAT KETIGA dimenangi oleh Encik Bukhari....Hmmm!!

Ucapan : Sbnrnyer undian ini tidak adil sbb ramai dikalangan pengundi tidak nampak perubahan saya. saya sekadar duduk di rumah dan berulang alik ke gym saja. jadi, pengundi semua mungkin masih ingt saya mcm dulu. sbnrnyer sy dah byk berubah...


TEMPAT KEEMPAT dimenangi oleh Encik Muzzammil...Clap2!!

Ucapan : Ini adalah permulaan yang baik untuk saya meneruskan usaha saya sbb sbnrnyer bnyk lagi ranjau yang perlu dilalui oleh semua orang. skrg neh mungkin smgt je.. pas2 neh dah malas.. tak guna jugak. kene berterusan...


TEMPAT KELIMA dimenangi oleh Encik Meram...Clap2!!

Ucapan : Saya tidak berniat untuk kurus pun sbnrnyer sbb badan saya mmg sudah semula jadi kurus. apa yang penting kat sini adalah mengamalkan gaya hidup yang sihat. saya rasa sihat setelah saya menyertai latihan d pusat gym.



TEMPAT KEENAM dimenangi oleh Encik Nasir...Clap2!!

Ucapan : Saya tidak dapat menjalani latihan d pusat gym kerana sibuk dengan aktiviti harian. lagipun sbnrnyer harini saya tiada latihan. hari cuti. sbb itu sy jarang untuk ke gym. tempat ke enam pun ok dahh..

"Sebelum"

"Selepas"

TEMPAT KETUJUH dimenangi oleh Encik Dzarif...Clap2!!

Ucapan : Saya tidaklah gemuk sgt sbnrnyer. sumer org kata saya ok! orang tgk sy dari awal dah mmg mcm neh. mungkin sbb itu tidak nmpk sgt perubahan yang berlaku pada diri saya ini.. Apapun..byk masa lagi... tgk lah dlm masa sebulan dari sekarang..huhu

Apapun yang diucapkan oleh calon2 yang tersenara, bersama-sama kita jalani hidup yang sihat untuk masa depan yang gemilang...haha tak tau nak tulih ape tuk penutup..

*ada yang tak dpt aku nak sertakan sebelum dan selepas sbb kekurangan sumber..


Seterusnya...

Wednesday, April 22, 2009

Setempat : Siapa Paling Nampak Perubahan?

Assalamualaikum;

Atas dasar anak lelaki sejati. Hahaha. Aku dengan slumbernyer menyahut seruan Encik Bukhari untuk publish poll berkenaan dengan SIAPA PALING NAMPAK PERUBAHAN? Hal ini sbnrnyer rentetan dari entry saya yang bertajuk Gym oh Gym! Encik Bukhari sgt bermati-matian untuk menguruskan badannya sementara yang lain sumer sudah surrender dengan latihan yang ditetapkan oleh pihak gym. Syabas untuk anda! Akan tetapi saya tetap dengan nekad saya, sekadar mengurangkan makan sahaja - tak caya tanya dak umah aku!


PERUBAHAN APAKAH?
Sila Baca syarat2 mengundi sblm mengundi


Perubahan yang di maksudkan adalah :-

Setelah beberapa minggu berlalu dengan bermacam2 program diet yang dijalankan oleh calon-calon. Siapa yang paling nampak perubahan? Dulu gemuk, skrg neh dah ada perubahan. Tidak lah bermaksud terus kurus. Tapi ada perubahan. Perubahan itu bermaksud, badan semakin tough ke.. smakin slim ke berbanding dulu yang masing2 membawa lebihan lemak dalam badan yang tidak sihat. Yang penting ada perubahan. Perubahan dari mcm xbrape hensem, pastu jadi hensem sket pun leh gak.. huhu

Calon-calonya adalah :-
  1. Saya sendiri - anap_ilmi (nmpak x aku letak nama aku atas 1x)
  2. Bukhari (Pencabar)
  3. Nasir (Harini gym cuti - padahal dah malas)
  4. Dzarif (aku tak g gym pun da kurus)
  5. Mat Alip (gym untuk kesihatan saje)
  6. Meram (aku mcm dah nampak tough)
  7. Muzzammil (sit-up kt rumah saje)



Syarat-syarat undian :

  1. Terbuka kepada semua pengunjung blog ini. Tetapi penilaian sebenarnya berdasarkan penelitian kalian secara LIVE di sini.
  2. Adalah lebih baik anda undilah anap_ilmi jika anda tidak tahu untuk undi siapa selain dari mereka-mereka yang tercalon
  3. tarikh tutup undian adalah pada 25/4/2009 bersamaan dengan hari sabtu, pada jam 6petang.
  4. keputusan adalah muktamad
  5. Undian ini adalah sekadar pemberi semangat kepada calon-calon agar lebih bersemangat untuk menguruskan badan.
  6. jika terdapat sebarang ketidakpuasan hati. sila berhubung terus dengan saya. kita settle k?
  7. Jika tak tahu jugak nak undi sape.. tulih kt komen je pun leh jeee...
Undian ada kt side bar tepi neh, sila rujuk kt sana k? SELAMAT MENGUNDI

*Undian sini lagi berfaedah dari undi kt jamiah ~~


Seterusnya...

Thursday, April 16, 2009

Semasa : Terima Kasih Encik Blink2 & Encik Merah



Entry ini ku tujukan khas tuk Encik Blink2 dan Encik Merah kerana berjaya untuk kesekian kalinya menghalang makhluk yang cuba untuk jadi ahli rumah aku yg baru.

TERIMA KASIH SEKALI LAGI DARI KAMI SERUMAH!

Sila lawati blog beliau di : http://theqing.blogspot.com/


Seterusnya...

Wednesday, April 15, 2009

Semasa : Fenomena Cuaca Sekarang

Assalamualaikum;

Jordan -
Pihak Hospital melaporkan pertambahan jumlah pesakit yang dtg ke Hospital untuk mendapatkan rawatan bantuan pernafasan akibat daripada fenomena cuaca yang diberi nama KHAMSINI skrg ini.

Kenaikan lebih dari 50% itu amat membimbangkan pihak hospital.

Pakar kesihatan menasihatkan kepada semua agar mengambil langkah2 yang cermat sepanjang fenomena cuaca skrg ini.

Lebey2 lagi kepada kanak2 dan remaja kerana sistem imunisasi badan masih belum berfungsi dengan baik. sebagai langkah keselamatan, anda di nasihatkan untuk kerap membasuh tangan dan muka dengan mengguna sabun. Untuk masa skrg neh, membasuh pinggan di dapur adalah perbuatan yang amat baik.


Pihak pakar kesihatan juga menasihatkan bagi pemakai2 kanta lekap agar mengelakkan pemakaian kanta lekap sepanjang fenomena ini. Pemakaian cermin mata hitam yang boleh menahan pahanan matahari dan sinar UV juga amat digalakkan.

Sape2 yang rasa die ada terkesan dengan fenomena ini diharap agar berjumpa dengan pihak berkenaan dengan kadar segera. Elakkan untuk keluar dari umah. duk umah diam2 sbb nnt debu-debu dan pasir2 sumer anda sedut

Kalau nak sewa kreta pulak. baik2 bawak tu sbb jarak penglihatan amat kurang.

Fenomena ini akan berterusan seluruh Jordan spnjg bulan.

KHAMSINI ini berasal dari perkataan arab "khamsun" yang bermaksud 50. terjadi setiap kali dalam jangka masa 50 hari.

Cuaca d ramalkan sejuk2. boleh jadi hujan jugak dlm suhu 16c paling tinggi. 7c paling rendah pada waktu malam.

Cuaca dijangka akan stabil pada hari sabtu nnt.

Bugun Hava Nasil? ahakzzz... Sumber


Seterusnya...

Sunday, April 5, 2009

Semasa : Gym Oh Gym!

Assalamualaikum;


HAYY DHUBAT - Seminggu Dua Minggu Neh,
Kelihatan ramai dak2 mesia yang berpusu2 memenuhi gym2 kat balad hampir setiap malam sebagai usaha mereka untuk menguruskan badan mereka yang berlemak2 itu. Kiki.. Kata seorg dari dak Mesia neh, ketika saya terserempak dengan beliau semasa saya hendak ke kelas pagi tadi "Weh, kurus tak aku? Aku da g gym seminggu lebey da neh. Ramai org kater aku da kurus" Lalu dgn tenang je saya menjawab "TAK, GEMOK!" Identiti mereka terpaksa dirahsiakan atas alasan keselamatan. haha

UNTUK PERHATIAN YANG TAK TERLIBAT, sebenarnya, tmpat saya ini dilanda masalah kegemukan yang serius! Semua org dtg sini terkesan dengan masalah ini. Saya juga tidak terlepas dari keadaan ini. Budak2 baru yang baru sampai pun juga menunjukkan peratus peningkatan lemak dalam badan yang memberansangkan. Tahniah untuk kalian! Haha...

Sepanjang pemerhatian penulis, TIDAK ADA PERUBAHAN LAGI yg berlaku kepada ahli2 gym itu ye tuan2. Yang ada pun, mengadu sakit2 otot.. Itu mungkin kesan awal sbb baru 2-3x ataw pun paling byk seminggu laa menjalani latihan, memang la tak nmpk perubahan lagi kan? kiki.. Tapi cmne nak nampak perubahan kalau balik je dari latihan gym itu, pastu makan setalam byknyer bukan sepinggan yer SETALAM@SEDULANG.. Tiada makna semua usaha anda itu. Makanan yang anda makan itu dah cover melebihi tempoh gym yang anda lakukan. Lebey2 lagi bile anda waktu malam itu ye tuan2...

Lagipun...

Sejarah telah pun membuktikan bahawa ahli2 gym yang terdahulu SEMUANYA tidak bertahan dengan rutin harian yang disediakan oleh pihak pelatih gym. Paling lama yang aku penah tgk punnnn.... adaaaa laaaaa.... 3minggu kot... itu pun dlm tempoh 3minggu itu, byk skip@ponteng latihan. Pastu pas gym, makan tak hengat. Ada jugak yang bajet makan tomato je setiap hari.. Ada jugak yang No food after six laaa.. Beli sendiri alatan sit-up. Bajet leh sit-up laa setiap hari.. Sampai berabuk da bende itu.. Haha.. Tapi harammm.. Tiada perubahan yer...

Lagi menggelikan hati bile ada juga yang sanggup membeli pil2 supplement, mcm pil2 protien dan ntah pil2 ape ntah bajet leh berjaya la dengan bantuan pil2 itu.. BERANGAN la korang sumer ye tuan2..

Tapi Alhamdulillah laaaa kannnn, at least ada juga usahakan? dari aku yg dok umah neh saje, kekal dengan diet sihat aku. haha.. Pelbagai cara yang anda usahakan. Bagus la.. yang penting usaha itu. 1% is better than nothing. aku pun tgh berusah la neh.. tp dari rumah saje.. kiki...

Saya bukanla nak condemn aktiviti sihat ini. Sgt bgs aktiviti ini WALAWPUN saya tak join. Tapi sy ader skill tersendiri untuk menguruskan badan saya ini yer tuan2.. HAHA.. So, kite tgk cara mn yg lebih berkesan. kiki. Lagi 1, saya bukan lah ingin mencabar anda atawpun melemahkan semangat anda, tapi saya sekadar untuk berkempen kepada sahabat2 yang lain agar mengamalkan hidup yang sihat demi masa depan yang sihat. Jangan bile dah berlemak2 itu, br lah nak menyesal mcm ahli2 gym itu. Saya? biase jeeeee.... Ok la neh saya skrg neh.. Hahaha

Akher kater, slmt berjaya kepada ahli2 gym semua. Kita tgk sape yang kurus dulu, KALAU la anda berjaya nnt, aku dengan tak taw malunyer akan join aktiviti korng jgk. Tak kesah la nak ckp pe pun... haha... Selamat mengamalkan hidup yang sihat untuk semua! Hidup Gym! Kiki


Seterusnya...

Thursday, March 26, 2009

Info : SummerTime & EarthHour

Assalamualaikum;

Fast Hapdet sebab aku akan bercuti dlm 2-3hari untuk menenangkan perasaan gundah gulana aku keranaaa ........ aku E.M.O.S.I! FULLSTOP! hik3..

Ok, Tepat jam12 tgh mlm ini waktu Jordan, bersamaan dengan 27 Mac 2009 Jordan akan mengalami perubahan waktu kembali ke waktu asal iaitu pada GMT+0300. Ini bermakne anda kene tukar jam anda, cepatkan 1jam kehadapan..

Oleh yang demikian....


Apa2 yang berkaitan dengan waktu, terutamanya waktu solat bagi kawasan2 Mafraq dan sewaktu dengannyer pun turut akan mengalami perubahan 1jam kehadapan. Berikut adalah waktu2 solat bagi tarikh 27 Mac 2009 :-

Subuh : 5:09 Pagi
Zohor : 12:42 Tengahari
Asar : 4:10 Petang
Maghrib 6:55 Petang
Isyak : 8:13 Malam

Manakala perbezaan masa Jordan dengan kawasan-kawasan seluruh dunia jua akan mengalami perubahan.

Jordan - Malaysia : Jordan 5jam lewat dari Malaysia
Jordan - UAE : Jordan 1jam lewat dari UAE

Memandangkan aku ingin bercuti dari menulis buat seketika, bersama-sama ini aku nak ajak korang untuk menyokong aktivitis pencinta bumi ini yang dinamakan EARTH HOUR.

Program ini adalah untuk menyedarkan penduduk bumi berkenaan dengan isu pemanasan global yang melanda planet yang sedang kita diami ini. Anda boleh check kt website diorg neh untuk pembacaan lanjut.

Apa yang anda perlukan adalah hanya menutup lampu rumah anda selama 1jam pada pukul 830mlm, hari Sabtu, 28 Mac 2009 ini sebagai tanda menyokong aktiviti ini. Walaupun tiada pertandingan ataupun ganjaran yang anda perolehi jika anda menutup lampu rumah anda. Tetapi anggap sajalah ini tanggungjawab anda untuk menyelamatkan bumi ini dari terus berhadapan dengan krisis pemanasan global. Cuba anda bayangkan kalau tahun depan tak turun salji pula, tahun neh da la sikit..tahun depan xde. Mesti anda menyesal sbb anda tidak tutup lampu sabtu ini. ahakz...

Anda boleh menonton promo ini :-



Ok lah..tu je..terima kasih


Seterusnya...

Thursday, March 19, 2009

Semasa : Pelajar Malaysia Dibaling Batu

Assalamualaikum;

Mafraq 18Mac - Belum pun reda lagi kemarahan aku dan kawan2 yang lain terhadap arab yang ntah ape2ntah ini, hari ini kami digemparkan pula dengan berita berkenaan dengan seorg pelajar Malaysia-Melayu telah dilempar dengan sebiji batu oleh bangsa arab yang mcm haram, tak reti bahasa, tak reti nak menghormati org. Pegi #$%^& la arab itu!


Beliau yang dikenali dengan panggilan Zaki. Mendapat 2 jahitan di kepalanya rentetan dari kejadian yang menimpa beliau ini harini. Kejadian ini berlaku ketika mangsa melalui sebuah jalan dihadapan rumah penulis bersama rakannya melintasi rumah si pembaling batu yang haram itu. Penulis difahamkan mangsa baru pulang dari kuliah untuk ke kediamannya sementara baru pulang dari menduduki peperiksaan pertama harini.

"Rumah si pembaling batu. Berhati2lah ketika melalui rumah ini"




"Kalaw dapat arab tu, aku nak patah2kan tulang ye" -SOBRI

Menurut saksi utama dalam kejadian, beliau tidak menyangka bahawa balingan itu menyebabkan mangsa menerima jahitan. Beliau yang bertanggungjawab menjadi saksi utama kejadian berulang alik ke balai polis untuk memberi keterangan.


"Aku balik kelas tadi ingat nak tido, pas aku tgk die dah macam tu, takkan nak biarkan je, aku trus je la bawah g Hospital. Gile kau, darah sampai kat kasut daa" -PALI

Manakala Saudara Pali, salah seorg dari ahli rumah mangsa yang melihat keadaan mangsa berlumuran darah dengan segera membawa mangsa ke Hospital yang berhampiran dan terpaksa bersabar dalam kekalutan dengan karenah birokrasi pihak Hospital yang memandang perkara ini bukanlah perkara yang serius.


"Darah kat kepala dia, menitis2 mcm orang eksiden. Banyak gile..." -Blink2

Seorg lagi ahli rumah mangsa menceritakan keadaan beliau yang terpaksa memutuskan panggilan dengan seorang pemanggil apabila melihat keadaan ahli rumah beliau yang sgt menakutkan. Dengan perasaan penuh benci, beliau sekadar menekap2 darah yang berlumuran sebelum mangsa pergi ke hospital.


"Aku pening kepala tgk perangai arab neh. Sabar je la" -Muin


"Hasil dari penekapan darah tadi sebelum mangsa dikejarkan ke hospital"


Sila tekan play untuk mendengar sendiri cerita dari mangsa

Menurut sumber yang boleh dipercayai, kes ini belum selesai lagi. Akan disambung esk pulak. Harini je, dari pukul6petang tadi, sampai pukul11malam mangsa duk tercegat kt balai polis, tapi tiada tindakan dilakukan oleh pihak polis. Nampak x polis kat sini mcm mana? Arab oh Arab!

Sebenarnya, budak arab itu tunggu masa je untuk dipatah2kan tulangnya dihadapan ibu bapanya..Kalau boleh, dengan ibu bapanya pun nak kene patah tulangnyer. Tak reti menjaga anak. Huh, emo neh!


Seterusnya...

  ©:: MyWay [v2.2] ::. Template by Dicas Blogger.

TOPO