Friday, October 31, 2008

Kembara : Mafraq

Salam Alaykum;

31 Okt - Jordan - Mengalami perubahan waktu bagi musim sejuk ataupun lebih dikenali dengan "Day-Light Saving". Masa akan dilewatkan sejam dari waktu yg biase. Jadi, malam akan jadi lebih panjg berbanding biase. Waktu solat pun berubah. segala2 yg melibatkan waktu, semua akan berubah. Beza Jordan dengan mesia skrg pun dah berubah menjadikan beza waktu skrg ni, 6jam. Waktu dgn GMT pun skrg neh, +0200. WELCOME WINTER! wlwpun aku biasenyer akan mengalami alahan pada musim sejuk neh, aku akan tetap meraikannyer. sbb nnt bile aku dah balik mesia..NO MORE WINTERS. argh..Mesia, panas-berpeluh2-berlengas.hehe...

Sbrnyer aku nak tunjuk sket kt korg kt mn sbnrnyer aku berada kt Jordan neh..Aku akan tunjuk kt korg dengan menggunakan Goole Earth. bg sape2 yg nak try, leh lah download Google Earth ni, dah mulakan pengembaraan anda seolah2 seperti angkasawan..hehe

Bile bukak jer sofware neh, nnt kuar la gmbr bumi mcm ni dengan jarak bumi masa neh, 11019.21km dgn korg. hehe.korang pusingkan bumi tu, carik area middle east. taw x kt mn middle east tuh? kt semenanjung arab lew, mcm yg aku tunjukkan kt gmbr neh.klu x taw,mesti subject Geografi korg FAILED kn?haha

Pastu ko korg scroll sket mouse korang tu, xpun klu mouse yg xde scroll tu, korng leh la zoom-in bumi tu dgn click ader button kt tepi atas blh kanan. zoom slow2 smpai ler nnt korg nmpk negara yg diberi nama JORDAN, terletak kt utara Arab Saudi, berjiran dengan Israel dgn Palestine, di selatan Syira dan di barat Iraq. klu ikut gmbr tu, skrg ni lebey kurang 687.80km dari bumi.

Scroll lagi mouse anda tu, pada jarak 106.21km dari jarak bumi, anda akan nmpk tanda ibu negara Jordan-Amman, pastu nnt anda akan nampak nama tmpt2 len la, mcm Az-zarqa, Irbid dan sebagainyer.

Bile scroll lagi, kalini dgn jarak yg lebih dekat - 19.36km dari jarak bumi, dah leh nmpk dah nama tmpt aku, MAFRAQ-bandar metropolitan.hehe.tp dari sini pun anda boleh tgk la, betapa gersangnyer bumi MAFRAQ ni. Sumer coklat jer. tu maknenyer sumer padang pasir sajer, tiada tumbuhan, bile anda g tgk Msia ke, tgk la..berbeza..sumer ijau jer..*rindu mesia

Ok, bile dekatkan lagi dgn jarak 4.21km dari jarak bumi, anda akn nmpk kwsn perumahan aku dengan Universiti aku, tmpt aku blaja skrg ni, xde lah jauh sgt, pegi balik neh bas ader la dlm RM1.25 atau pun 0.25qirsh dlm matawang Jordan - Dinar Jordan

Skrg ni, sekitar 1.04km gmbr yg ditunjukkan adalah btul2 di atas umah aku.klu korg click kt gmbr neh, aku ader pin-up akunyer umah..itu ler umah aku..

Kalau korg rajin, jalan2 setikar tu, nnt korg nmpk imej mcm neh, inilah universiti aku, d tengah2 padang pasir nan gersang. xde pe pun landskap ker, per ker..xde..ni lah tmpt aku menimba ilmu..huhu. kalau rajin lagi, jalan2 la sekitar2 tu, nnt korg akan jmpe "balad" yg aku bgtaw korg smlm tu..

*Aku mcm xde keje.mlm pnjg sgt.xtau nak wt pe..haha..layannnn
*g la tgk2 tmpt len..best jer..aku klu boring2 pun men2 je bnde neh..tgk tmpt2 yg len..mcm ader kt situ plak rsnyer..hehe


Seterusnya...

Tagged : Own Picture

Salam,

Balik jln2 umah kwn2, trus ngadap net sbb rini aku seharian tidoq.awal2 pg dah tercegat kt padang bola as-sarhan de prog men bola dak2 mesia kt mafraq neh..

bukak2 net, mcm biase laa.."lalu lalang harian", "lalu lalang", "singgah kejap", "slm ziarah" kt blog kwn2..smpai je kt blog ::HONEY:: pammm..kene tembak 1x dgn tag die tuh...

Aku jwb dgn penuh ikhlas 1x tag die neh..ngeh3x..

Law & Order
1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.
Yup, ini ler gmbr aku. dgn 1x shot jer..trus upload.ahakz
2) Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture.
Hmm,br balik dari umah kwn2.kt luar sejuk,tu pki sweater. rambt tgh mlm kannn...
3) Post that picture with NO editing.
Edit pun, ingt nak gak cerah2kan muke ker..
4) Post these instruction with your picture.
ye la, ni dah copy ler neh
5) Tag 10 people to do this
Haha..yg ni aku paling suker 1x..siap ah korang... ADAM - SUPI - En. LUTH - ALONG - ANWAR IBRAHIM [hehe] - En. JANGGEL - En. KREUGER - POYAN - KIASAN CINTA - DEENNASOUR

"Ni la hasilnyer"


Seterusnya...

MyWay : Jalan2 Mafraq

Salam,


Yes, sejak tgk 2-3blog wt mcm neh, aku pun berminat mcm nak try jer..untuk 1st shot aku, aku g jln2 balad atau pun pekan la..dlm bhs melayu nyer..tp dak2 sini biase panggil balad jer.

Sblm aku mulakan, sedikit pengenalan mengenai tmpt yg aku jln ni ler. nama die MAFRAQ. salah sebuah negeri yg ada dlm Jordan nih. aku tinggal kt sini sbb ade sebuah universiti kat sini yang dinamakan Universiti Al al-Bayt. korang knal x, Ust Farid Ravi yg sllu kuar kt tv tu..dulu die blaja sini gak lew...huhu..

Ok, Lebih kurang kul330ptg gittew, pas asar, aku msg hanis ajak die g balad.die kate ok..bile ptg, die dtg umah aku, aku pun g lew jln2 balad mafraq dgn die..

Keluar dari umah aku, kelihatan ader lopak air yg terhasil dari hujan yg lebat semalam ketika aku nak balik dari kelas..hujan smlm mcm dah nak salji dah aku rs..skali tgk2 rini nampak sinar mentari lak..xjd lew salji..kat sini xde longkang, bile hujan ker ape ker..so, bertakung la air2 kt jalan raya, kalau hujan lebat sgt..mcm sungai lah jadinyer...aku pun mcm pelik je mula2 negara ni xde longkang...

Jalan2, jmpe lak pakcik jual minuman2..biasenyer ader jual teh o, teh, nescafe, hot choc tp biase yg wajib ader kopi arab. kopi arab ni, klu biase yg arab minum tu mcm xsedap sgt klu xkene cara buatnyer. tp klu g umah2 arab ker..best jer. klu kat jepun ader istiadat minum teh, sini ader istiadat minum kopi...huhu


Memula aku g bank dulu.kuarkan duit lah kan..dah ujung2 bln ni..kuar duit tuk kegunaan bulan11.tu ade dak gemok pki bj warne biru tu..sibuk jew..pastu aku jalan g kedai letrik, aku beli bal lampu mentol aku, pastu g kdai buku beli buku+pensil+pen.. on d way aku g jln2 tmpt neh, aku lalu la kdai2 yang menjual....

Kambing bakar..ini kambing yg belum d bakar lagi..die letak dlm almari kaca..gantung mcm ni je laa..nnt kot ader permintaan..die potong sajer daging dari kambing tu..sedap!

Ayam golek atau pun ayam mashwi biase org panggil kat sini pun best gak..

Pastu syawarma.kalau kt mesia biase org panggil ni kebab..best juagk.lapar2 balik kelas, mkn ni je laa..sng, padat, ringkas dan mengenyangkan..xdelah mcm duk mesia, mkn tghari kt kedai,bersusun 3-4tingkat lauk pauk untuk dipilih, di mkn bersama nasik putih pulak tu..bestnyer mesiaa...sini mkn roti sajer[sori gmbr die ala2 3D sket..kene tgk btul2,br nmpk cmne bnde tu sbnrnyer]

Last 1x,bile dah sttle sumer,kami mkn manisan kt kdai manisan junaidi. kire mcm kuih2 arab ler..nama manisan yg ade kt gmbr tu nama die kihsnen+istambuliah..lepas selesai mkn, hari semkin gelp, kami pun pulang kerumah masing2 dengan hati yg gembira...haha


Seterusnya...

Wednesday, October 29, 2008

Info : Pengguna ORANGE SeJordan


PERHATIAN kepada semua pengguna ORANGE seJordan. Adakah anda sedar bahawa secara diam2, pihak Orange menolak kredit anda sebanyak 1qirsh bagi setiap sms yg dihantar jika anda mengaktifkan perkhidmatan laporan penghantaran (delivery report) ??? Samada sms tempatan mahupun antarabangsa. Maka, tidak hairanlah jika paparan baki akan muncul sebanyak 2x, mula2 die tolak rege sms tuh, pastu die tolak tuk perkhdmatan report tu plak..sejurus selepas kita menhantar sms. Cuba anda bayangkan, jika 1qirsh ditolak bagi setiap msg, jika didarab dengan 100sms, dengan mudah pihak ORANGE ni mengaut keuntungan sebanyak JOD1 bagi setiap 100sms..JOD1 bersamaan RM5.03, kesan dari kegawatan ekonomi global skrg ni..

Oleh yang demikian, untuk tindakan yg sewajarnyer, tutup sajer delivery report tu, untuk mengelakkan syarikat ini memperolehi keuntungan 'atas angin' ini..kite pun boleh menghantar lebih banyak sms kepada mereka yg lebih memerlukan..

*SMS lah keluarga, sahabat rakan dan teman...apelah sgt 3@6qirsh itu jika nak dibandingkan dengan ukhwah yg terjalin..

*Aku rasa mcm nak bakar jer syarikt orange neh skrg..line mcm haram..

*pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh anap_ilmi..ahakz


Seterusnya...

Monday, October 27, 2008

Semasa : Ingin Mencari Pembantu Rumah

Assalamualaikum;

Bagi meraikan pelanggan pertama aku yg berminat untuk mengiklankan perniagaan beliau kt blog aku neh, aku buatkan 1entry special untuk pelanggan aku neh untuk mencari sape2 yang inginkan pembantu rumah tangga anda.

Dalam kesibukan harian anda pasti akan 'tak menang tangan' untuk menguruskan rumah tangga anda. jadi solusi bagi masalah ini adalah, dengan memiliki pembantu rumah bagi membantu menguruskan rumah tangga ada. Click kt sini atau pun kt icon untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

MAKLUMAT IKLAN
*Bagi siapa2 yg juga berminat untuk mengiklankan apa saja bentuk perniagaan, blog anda mahupun apa sahaja yg anda rasakan blog ini akan memberikan faedah kepada apa yg anda iklankan, sila hubungi saya.
*Maklumat iklan - 5cm x 3cm
*Jangka hayat iklan - Mengikut persetujuan yg dimeterai
*Bayaran akan dikenakan

INFO BLOG
*Pengunjung blog ini sudah mencapai 4000 pengunjung sejak Julai 2008
*Pengunjung blog ini boleh mencapai 30org sehari.
*Pengunjung blog ini terdiri dari pelajar dan juga pekerja
*Status pengunjung blog ini terdiri dari bujang dan juga yang sudah berkahwin.
*Blog ini dikunjungi oleh segenap lapisan masyarakat. Lelaki dan perempuan.

-Baru nak berjinak2 dengan iklan @blog.ahakz


Seterusnya...

Saturday, October 25, 2008

Semasa : Harga Tiket Flight

Salam Alaykum;

Berikut merupakan harga tiket flight semasa yg di perolehi pada 23-10-2008 bersamaan dengan hari khamis, bagi laluan AMM-KUL-AMM [Amman-Kuala Lumpur-Amman] (Return). Harga kekal dari sekarang hingga bulan 3, 2009, JIKA TIADA SEBARANG KENAIKAN HARGA ATAUPUN SEBAGAINYA.. Maknenyer, sape2 agak2 mcm berhajat untuk balik bulan 1 lepas fasal awal neh, boleh lah buat perancangan awal untuk mengalakkan anda menjadi mangsa harga tiket yang mahal!

[ INFO CUTI FASAL bagi Universiti Al al-Bayt, Mafraq)]
Bermula dari 22 January 2009 - 15 February 2009

Rege tiket mengikut Flight:
Kuwait Airways (Transit Kuwait) : JD465
Gulf Air (Transit Bahrain) : JD485
Yamenia (Transit Sana'a) : JD520
Etihad (Transit Abu Dhabi) : JD550
Royal Jordanian (Transit Bangkok) : JD640
Qatar Airways : (Transit Doha) : JD650
Emirates (Transit Dubai) : JD750

PERHATIAN:
1. Harga boleh berubah2 mengikut keadaan semasa
2. Anda dinasihatkan untuk membuat tempahan dari sekarang
3. Ape2 pertanyaan leh tnyer saye. ahakz


Seterusnya...

Wednesday, October 22, 2008

Respond : MAS vs AIRASIA

Salam Alayk;

VS



Entry ini respond kepada sahabat baik aku neh, berkenaan dengan MAS vs AIRASIA. sila baca blog die yg xcantek sgt tu..sblm anda baca respond saya kepada stetment die tu yer [terus ke blog die yg ntah ape2 ntah tu..hehe]

Ok, dengan memulakan kalam, Yg berbahagia, tuan pengerusi majlis [ttb jew]..barisan pencadang yg hanya bercakap mengikut apa yg terlintas difikirannya sahaja..bukan fakta..seterusnya sidang pembaca sekelian..hehe

"Buah selasih buah bidara;
Santap bersama rakyat jelata;
Respond ini bukan mengata;
Tapi Fakta, benar semuanya."

"Berjalan-jalan bersama Mak Andam;
Pergi berjalan mencari buluh ;
Cubalah sedar wahai Cik Adam;
Bnde dah terang lagi bersuluh."

Sidang hadirin sekelian;[hehe, poyo giler]

Aku stuju sgt lew dgn perenggan pertama ko tu...mmg masing2 ader kekuatan, kelebihan dan kelemahan masing. nama pun biznez kan..mmg itu lew adatnyer

Tp kan, aku nak btulkan sket stetmen ko tu, aku bukanlah DIE HARD FAN gile2 kt AIRASIA neh. aku flexible. aku layan sahaja semua jenis penerbangan. aku sekadar respect kt AIRASIA nih, sbb die bangun dengan hasil usaha mereka sendiri TANPA bantuan dari mana2 pihak TERUTAMANYA KERAJAAN. [perkataan2 yg d besarkan tu, konon aku tinggikan intonasi lew]

1st thing aku nak mention kt sini kan. SILA NAIK DULU SBLM MEMBERI APE2 KOMEN MAHUPUN REVIEW YER! ahakz. wlwpun aku tau, xsalah meminati mahupun menyokong dari belakang sahja. tp itu semua tidak bermakna apabila ko xmerasai pengalaman menaiki serta menikmati sendiri penerbangan dari ke 2-2 syarikat. Sekadar pembacaan mahupun ckp2 org sahaja, tak cukup beb. aku? bukanlah nak bangga diri atau pun riak dengan "kelebihan" yg aku ader [ko knal je aku kan..gurau2 aku cmne kan?kang ttb kecik2 ati kang..hampeh jer]tp disebabkan aku berpeluang menikmati ke 2-2 syarikat ni, sbb tu aku berani untuk respond ko sket nih..ahakz...ok, tutup cite neh, FULL STOP!*wink~~

berbalik pada hadaf[matlamat] yg sbnr. ape yg aku nk highlight kan kt sini, sbnrnyer aku xmenafikan laaa, aku pun turut berbangga dengan Syarikat Penerbangan Malaysia tu ataupun lebih di kenali dengan Malaysia Airlines System-MAS. berbekalkan Motto diorg skrg ni, MH-Malaysian Hospitality dan sperti kata Cik adam, iklan diorg dlm Utube tuh. [itu pun aku yg bgtau ko] mmg aku cukup berbangga sbg rakyat Malaysia yg memiliki syarikat penerbangan yg gah seperti ini. Tambah2 pulak di beri taraf 5bintang. sape xbangge kan..tp adakan die benar2 5bintang atau pun sekadar omong2 kosong?mengapa kita asik dengar-MAS mengalami kerugian sedangkan AIRASIA makin untung, makin berkembang TANPA suntikan dari kerajaan. teguh berdiri dengan hasil usaha sendiri?


Malas nak ckp panjang - baca sini tuk tau cerita lebih lanjut - "SWASTAKAN MAS" kang aku ckp lebih2 kang...hangen lak kang..ahakz

Baca sini jugak - "MAS, AirAsia 'korban' perang harga"

Sini pulak link - MAS lawan AirAsia - jgn lupe baca komen2 die kt bawah tu..adakah anda dah sedar?

Klu xclick pun, tgk tajuk jew dah tau dah cmne kn?hehe...[kasi panas]

Ada byk je lagi review2 yg aku search kt net neh. aku rs ni lah entry aku yg paling lama aku nak buat. aku siap kene korbankan tidur petang aku. smata2 nak bg respond kt cik adam neh..[kalaulah aku study mcm nih kan bgs] ekekeke...

Berkenaan dengan stetmen ko tu "biar byr lebih untuk keselesaan", aku nk tnyer ko lak, "Untuk apa byr lebih untuk destinasi yg sama?" hehe-kalau brani jwb lew...

Sepanjang aku naik flight, Qatar Airways, Yamenia, Kuwait Airways, Royal Jordanian dan AirAsia, [MAS-masa kecik2] [Nak jugak mention flight2 yg aku dah naik..hehe] Yamenia+Kuwait tu ader je yg boleh ckp melayu.. ko jer..bajet nak omputih..hehe

Hmm, ntah la damm..smpai situ je lah stakat neh, hujah2 aku..penat dah neh...tgk lah..kang kot berbunyi g kang..ader lah aku smbung g..try bg ni dulu..ader brani x?ekekee

*still menunggu tuk menangis air mata darah nak tgk nama kau kt boarding pass Malaysia Airlines..ekekeke


Seterusnya...

Tuesday, October 21, 2008

Menu : Acar Timun ala Utara

Assalamualaikum;

Bg memperingati kawan yg baik aku kt sini. nama die Abu Bakar. tp panggil die Burn saje..die nih seorg Chef yg terkenal kt Jordan neh. die penah berkerja dgn Duta Jordan neh. pernah jugak masakkan untuk DYMM Agong yg dulu, sblm Agong skrg neh. berasal dari Perlis...24Hb ni die akan pulang ke tanah air setelah 10thn berada kt sini..

smlm die dtg umah aku buat majlis perpisahan die..tp die yg masak lew aku tolong mana yg perlu jer..ader 1 menu yg die buat tu..cukup best..wlwpun simple..tp nnt aku yakin aku akan buat balik 1hari nnt kalau aku rindu2 kt die...sblm tu, resepi ni, die bg bgtau aku nama die mcm neh..xtau lew btul ke tak org utara mkn mcm neh..sbb die org perlis kan..terima sajer

Acar Timun ala Utara-By Chef Burn

Bahan-Bahan:

Timun - 5-6batang
Nenas dlm tin - 2tin
Bawang - 2-3ulas
Cili Merah -3-4ulas
Kacang tanah - sekilo
Sos Tomato - 1botol

Cara-Cara:

Potong sumer bahan2 tu [timun, nenas, bawang dan cili] kecik2. xde kecik sgt lah ekceli..potong dedadu pun ok lah jugak..pastu masukkan dlm mangkuk yg boleh menampung semua bahan tu..

jangan buang air nenas dlm tin td..

sblm tu, bahan2 tu tertakluk lah pada citarasa org yg nak buat tu..kot yg nak makan tu ramai, buat lah byk sikit..kot nak sikit..sikit2 jer sudeh...

Kacang tanah td tu..di tumbuk.kalau blander tu..jgn halus sgt..lite2 jer..kalau ader lesung batu..baru on..nampak sejauh mana kasar atau halusnya kacang td tu..yg penting..jgn halus sgt

pastu, campurkan semua bahan yg dah d proses td tu.pastu lumurkan dgn sos tomato. tak lupe jugak..letak jugak air nenas dlm tin tu mengikut citarasa masing2..kalau nak ader yg rasa nak berkuah..letak lah byk sket air nenas tuh..klau nk bg die kering..letak sikit sajer..atau xpyh letak lgsg pun xpe..

gaul dgn tgn ataupun dgn sudip.kalau gaul dgn tgn, baru lah ader kasing syg dgn pemakan nnt tu..mkn aku buat tuk dak umah aku nih..aku gaul pki tgn sajer..sedap kan?~~SELAMAT MENCUBA

*Sori xde gmbr..lupe nak amek gmbr smlm..cubalah..SEDAP..dah cuba..coment sini


Seterusnya...

Monday, October 20, 2008

Tagged : Soklan Peribadi giler

Assalamualaikum;

Wahhh..soklan paling byk g alam semester yg penah aku jwb...Penat nak jwb neh. hbis sumer luar dlm nak tau neh..adoi2..btw, xpe lah..tq lah tuk Encik Luth yg xjemu2 bg hadiah kt aku.wlwpun aku jauh neh, tp ingt jgk kt aku..Tq2..syg kt ko..ahakz..meh sini lew, aku try..mmg xde keje sgt pun...boleh sajer..

[01] Real name:
Ahnaf Hilmi bin Mohd Arif

[02] Nickname:
anap_ilmi - nama pena [hehe]
buzzrugo - [YM]
anap - [dak2 nih panggil]
namie - [umah]

[03] Status:
Bujang

[04] Zodiac Sign:
Virgo

[05] Gender:
Muzzakkar - Lelaki ini

[06] Age:
24 years old

[07] High School:
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Islamic High School, Sabak Bernam


[09] Height:
175cm++ kot..lame dah xukur

[10] Weight:

Average.. 70-90kg [haha]

[11] Do you like yourself:
yup..

[12] Piercings:
nope


[13] Right or left:
xde

[14] Are you a freak :
tidak same 1x..biase sajer

[15] Hair:
itam, tp mcm dah ader uban lah sket2..ahakz

[16] Skin:
lit2 sajer..xitam sgt, xputih sgt..kire klu org tgk tu..berkenanlah..hahahha

[17] Allergic:
Musim Sejuk - Winter - nnt tgn aku bengkak2, gatal2..argh...

[18] What are you doing now:
typing-chatting

[19] What will you doing 1 hour later:
Masak dgn bonney


THE FAMILY
[21] Live with mother/father/parents/family:
kt mesia - family lew
jordan - umah bujang

[22] Siblings(included you):
4org -[2laki-2ppuan]

[23] Eldest:
Along-akak

[24] Youngest:
adik ppuan

[25] Love/hate your family:
Ye laa....SAYANG SGT!!!

THE LOVE
[26] You found your another half:
ye kot

[27] If yes, who is he/she:
Kawan

[28]Who you want he/she to be:
Teman hidup..hehe

[29] Time(s) you in relationship:
10thn

[30] Ever woo boy/girl:
ader sajer..

[31] Anyone woo you before:
hehe..ader je kot

[32] Did anything wrong to your other half:
i-allah..xde

[33] What was/were the wrong you had done:
hmm..ader lew kot.cian die..

[34] Ever argue with your other half:
pnh kot..

[35] You with your other half since:
not rili sure

[36] Are you straight/lesbo:
u guess wat?

[37] Reasons you love your other half:
no reasons

[38] You and your other half in which stage:
haha...

[39] You woo he/she or he/she woo you:
die kot?ke..me?haha

[40] Ever think of marry he/she:
ader

THE FRIENDS
[41] Your first best friend:
Nama die boboy.jiran selang 3umah kot..

[42] Your first enemy:
Skolah2 dulu xske kt Syazwan..nakal..tp xde enemy sgt..hehe

[43] The friends you love the most:
Ramai laa...Saya xpilih kasih..haha

[44] The enemy you hate the most(1only):
Amerika

[45] Your most beautiful girl friend:
ader ler org tuh..


[46] Your most handsome boy friend:
Akram..hahahha


[47] The kind of girl you hate the most:
mengada2, xleh nak survive sniri, bajet syadid [beriyer]


[48] The kind of boy you hate the most:
penipu, cerita berapi

[49] You fall in love with your close friend before:
yup

[50] Your best friend is your ex-lover:
X


[51] If your friend backstabbing you:
xpyh kawan dgn die..

[52] If your friend betray you:
biar sajer, harini hari die..esk mungkin hari aku laks

[53] If your friend woo your lover:
uish..sape 2?sape 2?nak kene try ah

[54] If your friends fall in love with you:
kawan-kawan sudeh

[55] If you fall in love with your best friend:
hmm, cinta itu buta.ekeke

THE STUDIES
[56] Are you a good student:
not rili. biase2 saje..pemaleh gak kengkadang [tp mcm sllu jer]

[57] You always done your homeworks/assignments:
buat tu buat..tp tiru gaks la kdg2..tq supi..bg aku tiru kau..haha

[58] The teacher/tutor you love the most:
Cikgu skolah rendh - Wang lock hui+Pn. Irene Cahndran..[xde cikgu mlayu]
Menengah - Cikgu Tumijah
Kolej - Ust. Fuad
University - Dr. Khulud Husban

[59] Always late to school/college:
Tak jugak..late skit2..boleh jer..kalau malas, xpyh dtg terus 1 hari

[60] Your class:
Usul Fiqh dan Perundangan

[61] You love your seniors:
Yes..Very Much

[62] Senior who you love the most:
Aus-haha..rindu lah kt ko

[63] Your classmates good/bad:
Dak2 kelas subjek Hadir alam-mcm gampang.sian lew dktr woiii

[64] Excellent result classmate:
Kalau among dak mesia-deko

[65] Laziest classmate:
Nasir..hehehe

THE PEOPLE
[66] Smart people:
Smart thinking

[67] Stupid people:
xreti nak fikir sblm bertindak..nyor!

[68] Good looking people:
Kemas sudehh

[69] Ugly people:
Yg slekeh

[70] Funny people:
Happy go Lucky

[71] Cute people:
Yg kecik2-cilik2..huhu

[72] Bad people:
org jahat.haha

[73] Honest people:
org yg baik-lurus sajer.xpndai bermuka2

[74] Acting people:
kuat menipu..

[75] You are what kind of people:
Aku seorg yg baik hati, suker tlg org dlm kesusahan. biar diri susah dari kawan2 susah..lagi..lagi..lagi dan lagi..yg penting penyayang

THE PREFER
[76] Lip or eyes:
Mata kot

[77] Hugs or kisses:
2-2

[78] Shorter or taller:
Taller

[79] Hesitant or spontaneous:
Spontaneous

[80] Nice stomach or nice arms:
Stomach

[81] Listener or talker:
Talker

[82] Romantic or rich:
Romantic

[83] Good husband or Good Father:
Good husband

THE FUTURE
[84] Age to get marry:
27

[85] Numbers of kid(s):
sebrape byk yg buleh-tak baik tolak rezki

[86] Career:
nak ader syarikat penerbangan sendiri..paling kurang ader private jet..jadi CEO.ahakz

[87] Salary:
skadar yg mampu untung menampung minyak private jet aku tu dgn makan pe semua..xlupe tuk sedekah kt masjid2..ahakz

[88] Retirement age:
56

[89] Properties value:
tgk ah nnt

[90] Wishes:
Smg mak aku sihat seperti sediakala. aku nak family aku tgk kejayaan aku nnt cmne. family aku happy sajer. cepat habis blaja. leh keje cepat. leh kawen cpt..lain, dlm doaku..

alahmdulillah..selesai jugak lah menjawab soklan2 neh..lame giler..haha...skrg neh, tiba masa aku nk suh dak2 nih lak jawab...siaplah korang...


Seterusnya...

Saturday, October 18, 2008

Diskusi : Apa yang penting?? Solat!

Assalamualikum;

Alhamdulillah selesai jugak aku menghadiri kursus kepimpinan anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan kt Hotel Palmyra, Amman Jordan. So far, ok sajer kursus tu.. Merapatkan ukhwah sesama pelajar yg dah lama aku xjmpe. dak2 Irbid, Amman dan Mutah. Bgs..bgs..

Kaki aku pulak, dan2 nak g kelas esk ni lah pulak die naik bengkak balik. padahal ritu mcm dah ok dah. tu Encik Paley [yg tlg urutkan kaki aku neh] die benarkan aku g. aku g je lew, tgk2, rini kaki aku mcm bengkak. tau lew klu die tau esk nak stat klaz dah.."bile mula kelas, bengkak pun naik lew syg?"ahakz..

Kat sini aku bukan lah nak cerita sgt bnde neh sbrnyer, ader bnde menarik yg aku cuba untuk kongsi dgn semua org..kire mcm salah 1 lah dari kebaikan org arab yg mungkin kita susah nak jmpe kt mesia.. Org arab neh, biasenye die akan solat kat mana2 sahaja..tanpa ragu2+was2.apa yg penting??..kerjasama..[hehe..kidding] apa yg penting, matlamat menunaikan kewajiban terhadap Allah SWT dlm apa jua keadaan+di mana sahaja berada. Kewajiban ttp d utamakan..No1.

Cuba tgk video neh dulu...Sbnrnyer aku xsengaja je jmpe pakcik neh. aku pun mula2 tak perasan..tgk lepak2 tgu teksi.ttb nmpk pakcik neh, elok je smyg..bgs btul pakcik neh..

*Permulaan video agak songsang..biarkan saje,nnt die btul balik..sori..
*Ader seorg/
seeokor maskot yg pki sweater biru putih akan kelihatan berlegar2 dihadapan camera..abaikan die..
*Kat dlm video neh, mungkin ader kata2 yg xssuai didgr..Abaikan yer..kata2 ditujukan kt seekor maskot td..

*Situasi video neh, tepi jalan, tmpt tggu taxi..waktu solat maghrib




*Jika ada sebarang komen ataupun komentar, bolehlah terus ke ruangan komen untuk berinteraksi..


Seterusnya...

Wednesday, October 15, 2008

Semasa : Doakan Ibuku...

Assalamualaikum;

Harini aku tak pegi kelas lagi sbb dpt cuti dari encik paley yg mengatakan kaki aku belum bersedia untuk kelas lagi..mlm ini aku akan menjalani 1rawatan urut lagi setelah menjalani 2rawatan urut sblm ini. Alhamdulillah semuanya on sajer-beransur pulih..

Aku bgn pagi, gosok gigi, trus msg abah aku tnyer pasal mak aku. untuk pengetahuan mak aku telah di masukkan ke IJN untuk menjalani ujian Angiogram :-

Angiography or arteriography is a medical imaging technique in which an X-ray image is taken to visualize the inside, or lumen, of blood vessels and organs of the body, with particular interest in the arteries, veins and the heart chambers.

developed in 1927 the technique of contrasted x-ray cerebral angiography to diagnose several kinds of nervous diseases, such as tumors and arteriovenous malformations. He is usually recognised as one of the pioneers in this field. With the introduction of the Seldinger technique in 1953, the procedure became markedly safer as no sharp introductory devices needed to remain inside the vascular lumen.
*Sumber Wikipedia - http://en.wikipedia.org/wiki/Angiogram

Secara yg aku paham laa..angiogram ni adalah cara untuk nk tgk brape byk sumbat yg ader kt saluran jantung ni lew. die ader mcm2 cara tak silap aku. kalau mak aku neh, mngikut abah aku neh die pki colouring nak tgk saluran yg tersumbat tuh..natijah nyer..ader 3saluran yg tersumbat.

apabila berbincang dgn dktr, mula2 die kater boleh pki ballloon sajer. tp tkt high risk. tu yg kene operatation by pass pulak by pass neh :-

Coronary artery bypass surgery, also coronary artery bypass graft surgery, and colloquially heart bypass or bypass surgery is a surgical procedure performed to relieve angina and reduce the risk of death from coronary artery disease. Arteries or veins from elsewhere in the patient's body are grafted to the coronary arteries to bypass atherosclerotic narrowings and improve the blood supply to the coronary circulation supplying the myocardium (heart muscle). This surgery is usually performed with the heart stopped, necessitating the usage of cardiopulmonary bypass; techniques are available to perform CABG on a beating heart, so-called "off-pump" surgery.
*SUmber wikipedia - http://en.wikipedia.org/wiki/Coronary_artery_bypass_surgery

Mengikut ape yg aku tau jugak berkenaan dengan by pass neh [Sumber - Encik Azlie - kawan aku] die kater die akan amek urat dari bahagian lain, untuk di gantikan dengan urat yg dah tersumbat tuh bagi melancarkan perjalanan darah ke jantung [correct me if i'm wrong] bnde2 ni sumer aku not rili sure. aku xdpt peluang jaga mak aku mcm Encik Azlie jaga abah die. aku respek gile die. semua die tau. aku?tau melalui pembacaan sahaja. xdpt tgk ape yg berlaku.

tarikh operate tuh x d beritahu lg. i-allah akan d beritahu kelak. skrg neh mak aku ader kt IJN lagi. stay sane kot untuk rawatan lanjut. PLEASE doakan tuk mak aku. aku risau sajer neh. dah lah jauh..hmm.. Allahuamma yashfihallahu alaiha - Ya Allah, Sembuhkanlah dia[mak aku] ketasnyer..Amiiinnnn

*sape2 ader pengalaman mcm neh jugak..mai cerita sket..aku btul2 nak tau neh..


Seterusnya...

Monday, October 13, 2008

Tagged : 19 Soalan Peribadi

Salam Alayk;

Harini aku g klaz..ttb terpelecok sms hendak masuk ke masjid.argghhhh...dah bengkak dah pun kaki ku ini [sms aku menaip ni laa].d sbb kan xleh nak gerak2 mn2 sgt neh..leh lah aku jwb soklan2 neh..rajin cik luth neh..btw..tq2..ingt gak kt org...soalan2 nyer adalah...

1. The age you’ll be on your next birthday:
25 tawon lew..ahakz

2. Place you want to travel to:
Hmm, sbg org islam, pasti merindui 2 tempat paling suci..Mecca+medinah..rindunyer dgn haruman kt sane..I-allah ader rezki, nk g umrah lew bln 6 nnt neh..

Next travel dgn kwn2 neh.. g Turkey kot..i-allah bln 1 nnt, leh main ski...berenang kt mesia pun leh..huhu..

3. Your Favorite Place :
Umah-atas tilam-berselimut tebal smbil bukak kipas..best gilo

4. Your favorite food:
Masakan Mak - Sotong kering masak kuah kacang
Masakan Sniri - Nasik Ayam [hehe]
Masakan kwn2 - makan sajer..yg penting leh masuk
Masakan org umah - ???

5. Your favorite pet:
Kuceng lahh..xpun ikan kot..ahakz

6. Favorite color combination:

Hitan+dark blue. xpun pink+hitam ker..

7. Favorite piece of clothing:
Musim2 luruh mcm neh..suker lah pki t-shirt lengan panjg+bj kemeja lengan pendek@t-shirt berkolar lengan pendek jugak..biase suker lah pki 1color sajer.klu puntih, putih jer semua..huhu

8. Your all time favorite song:

Wong Guang Liang - Tong Hua. tak pun lagu2 jepun ker..lagu2 bahasa melayu neh.bosan klu dgr sllu..ntah

9. Favorite TV show:
Suker tgk reality show

10. First name of your significant other/crush:
ntah..xtau

11. Which town do you live in:
Kat Mesia - Seremban
Kt Jordan - Mafraq

12. Your screen name/nickname:
buzzrugo - lame gile aku pki nick neh..sejak aku form 2 kot rsnyer..skrg neh dah umo 24thn..kire ah sniri brape lame dah..

13. Your first job:
Jadi salesmen - hotdog 1901.keje stengah hari jer..abah call tnyer keje aper..aku ckp ler salesmen.."dah, balik!"gagaga

14. Your dream job:
Nak ader business sniri. kalau bleh xnk keje dgn org. sniri jd boss, sniri kuli. br puas ati.malas tido.nk dpt byk duit keje kuat sket.sniri untung, sniri rugi..xde sape nak marah..huhu

15. One bad habit that you have:
Pemaleh

16. Worst fear:

Abah..gagagaga

17: Things you’d like to do before you die:
Biar keadaan sekeliling semua ok. xde hutang. kire mcm sempurna lah..i-allah

18. The 1st thing you’ll buy if you get $1,000,000:
Belilah tuk kelengkapan hidup+di nikmati oleh semua..mcm umah ker..kreta ker..pe ke..pastu br Pk yg len2..

19. Your husband/wife:
Lom Kawen..ahakz


Seterusnya...

Sunday, October 12, 2008

Gotcha!! : Dol + Bob

Salam Alayk;

Ttb rini berkesempatan tuk merakamkan detik2 manis bersama2 kawan di kuliah.. so, jg2 ah korg pas neh, kot ader g detik2 manis tu..GOTCHA!!!

Al-Kisahnyer : Pagi td kt kuliah kitorg, kitorg nak lalu kt satu pintu ni yg dekat dengan klaz kitorg, dari luar nak masuk dlm bangunan. tp pintu tu kunci lah pulak. hangat jer. pastu kene lah guna pintu lain yg memerlukan jalan jauh sket untuk g klaz tu. lepas tu, ttb datang si dolah neh, pun nak lalu kt pintu tu. kitorg dah ader kt dalam [pintu kaca, so nmpk ah kt luar]. die xtau pintu tu berkunci. kitorg pun saje je biarkan die lalu ikut pintu tu [sebab kitorg dah kene td-haha]. bile die dekat je..nk bukak pintu, pintu tu kunci..pastu dolah tak puas ati, kelihatan bob mengekori die dari blkg, untuk ke kelas yg sama+menggunakan pintu yg sama.dolah pun buat2lah tgu bob sambil baca quran [bole?] bob dtg dekat dengan pintu tu..tarik2..berkunci jugakk- kami gelak ramai2..Saksikanlah clip ini ~~~[pastikan korg offkan background music aku neh dulu]



*aku xtau pun pe lawaknyer..tp masa kejadian tuh..mcm klakar jer..ahakz
*Video neh mungkin mengandungi bahasa2 yg kurang manis..sila abaikan
*Juz 4 fun only


Seterusnya...

Saturday, October 11, 2008

My Sminggu @ Jordan

Assalamualaikum;

Dah sminggu dah aku lepak kt Jordan neh, so far so gud. xde pe2 pun yg menjadi masalah sgt laa. biase2 sj. len2..xde pe sgt untuk di ceritakan. Kalau hari2 skolah, biasenyer aku :-

0700 -1400

Ini waktu kelas aku. tp bukan lah tiap2hari aku kene bgn seawal 7pagi. hilang akal ape? hari ahad+Selasa+khamis kelas aku stat kul10, manakala hari isnin dan rabu kelas aku bermula seawal 7 pagi.[tabah nak bgn]. aku amek 6subjek kesemuanya pada semester ini.[doakan aku lulus dengan cemerlang].biasa nye aku akan bgn 1jam awal sbb nak bersiap. tp bersiap xde la pe sgt..skrg neh dah stat sejuk..so, pg2 tu kalau agak mcm malas nak mandi pun xpe saje..cuaca sejuk.xde bau..lalalala

1400 - 1600

Biasenyer aku dah berada kt umah time mcm neh. tgk2 net ker, godek2 kueh rayer..balik kelas lapa ah. pastu Solat. pastu bersedia untuk menerjah ke alam fantasi~~ngeh2

1600 - 1800

time neh biasenyer aku tido saje..ahakz

1800 - 1930

untuk info semua, musim sejuk neh, mlm akan lebih pnjg dari siang.so,kul6 ptg tuh, dah nak mlm dah..maghrib kul 615.ahakz.Aku bgn, menunaikan solat pastu bersiap2 untuk mencarik rezeki.hehe.umah aku xstat masak lagi. myb minggu dpn nih kot. so, nak mkn mlm, kene lah menjengah mn2 umah yg ader tercatatnyer rezki aku disitu [mn2 dak umah yg baca neh, korg jgn kunci puntu lak time gini..ahakz]

1930 - 2200

Lebey kurang pas isyak..aku pun memulakan kembara aku. dari umah ke rumah..mencari rezki nan sesudu. hehe. kot ader, ader ler.kt xde..xde jer [mcm nelayan laa.. ke laut carik rezeki] kalau xde pun, skurang2nyer dpt mengeratkan ukhwah sesama rakan2. kat sini ader sape je la kan..kalau x kwn2..kdg2 time2 mcm neh ader meeting..ikutlahh.yg penting biasenyer time2 neh aku ader kt luar kwsn umah.haih..

2200 - 0000

Aku balik umah..persiapan tuk tido lak..nyembang2 dgn ahli umah, xpun trus jer nyembang2 cyber, tgk2 blog org ker, pe ker..len2..mmg dah kt umah saje lew..

0000 - >>>>

Tido..zzzzzz

*Mudah je kan hidup sehari2 aku kt sini selama seminggu dah aku berada kt jordan neh..xtau lah minggu neh lak cmne.. moga2 minggu neh lebih baik dari minggu sblm neh...i-allahh..


Seterusnya...

Sunday, October 5, 2008

Flight Reviews : Kuwait Airways

Taraf Pesawat : 3 Bintang

Layanan : Biase jer

Seat : Teruk jugak laa..myb aku dpt flight lama. tmpt letak kaki die tu pun mcm nak tercabut dah..

Jarak antara seat [depan] : Boleh laa

Keluasan : Muat2 aku jer

Kebersihan : Ok saje

Pramugari : Byk yg dah tua2. Mulut bising..

Pramugara : Byk yg gemok2

Makanan : tak de lah best sgt

Hiburan : Movie spenjang perjlnn..ntah ape2 [xtgk pon, dgr walkman saje]

Airport Kuwait : Xbesar mcm KLIA

Transit : BEST!!ada hotel+makan byk giler..

Berlepas : Bagus

Mendarat : xcantik sgt..terhentak jugak

Info dlm flight : ZERO!! GPS system xberfungsi lgsg. xtau ader kt mana, brape ketinggian, brape kelajuan..tekanan aku!

Kelebihan : Semua mknn halal+mcm xnmpk jer ader arak+baca doa kuat2..siap ader zikir2..bgs..rs slmt sajer

Overall : Ok jer lahh...[asal slmt smpai ke destinasi]


Seterusnya...

Nothing Change..

Assalamualaikum;

Akhirnya kembalilah aku kt bumi anbiyak neh. stelah hmpir 4bulan aku bercuti kt mesia..ini plak merupakan entry pertama aku kt sini..ape yg aku boleh katakan kt sini..NOTHING CHANGE!! same je mcm aku tingglkan 4bulan yg dulu. yg berubah pun, org2nye saje..otai2 lame xde, adik2 baru yg ganti..ramai pulak tu..hmmm..


Sblm terlmbt, aku nak mengucpkan jutaan terima kasih kt semua kwn2 aku yg kt mesia yg meraikan lg memeriahkan percutian aku kt mesia..mmg berat sgt hati aku nk tigglkan mesia.tp nk buat mcm mana, perjuanganku masih belum selesai..kenelah selesaikan dulu..nnt balik, kite selesaikan pulak, perjuangan yg belum selesai kt mesia tuh..

"Bergambar dengan ahli rumah"

harini ada majlis rumah terbuka Hayy Dhubat. MERIAH! Tq kt semua kawan2 yg bertungkus lumus menjayakan majlis nih. aku mintk maaf sgt kt korg sbb aku xleh nak tlg sgt. aku letey laa..hehe..xleh nak sesuai lg dengan keadaan kt jordan ni..nnt bile dah ok jer..aku tlg korg ek.

ape2pun, its time 2 back to school.esk dah mula kelas.tp ader masalah sket dgn subjek aku.aku kene pegi settlekan sikit..[malas giler rasernye]..k lah, doakan aku berjaya dgn cemerlang untuk semester ini dan semester yg berikutnyer..

*Mood Malaysia lom abeh lagi...zzzzz


Seterusnya...

  ©:: MyWay [v2.2] ::. Template by Dicas Blogger.

TOPO