Memori : 1Muharram
Assalamualaikum;
"1 Muharram detik permulaan;
Perpindahan kaum Islam hijrah;
Perpindahan nabi dan umat Islam;
Dari kota Mekah ke kota Madinah.. "
Ada dua kisah yang aku nak cerita, yang ada kena mengena dengan hari ini. Oh ya, pada saat ini, aku telah pun menamatkan hampir keseluruhan peperiksaan kedua aku dengan keadaan ,1paper yang agak mengecewakan persembahan jawapan aku. Walaupun aku rasa aku dah study hard n smart gile khinzir macam nak mati sampai rasa nak deman-deman dan kadang kala rasa mcm nak pecah kepala ini. Akan tetapi bile dapat je kertas soklan, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim... Aku bukak je kertas soklan itu.. "OMG! (Oh My God!) Apa soalan ini? Soalan ke ni?" Pelbagai persoalan, keluh kesah timbul jauh di sudut hatiku. "Adusssss, mati la aku" Bagai ingin mengalir air mata jantan aku ke atas kertas soalan itu. Tapi control..control... Aku berjaya kawal perasaan. Memulakan jawapan. Jawap atas apa yang aku tahu je. Adusss ~ Tawakkaltu 3ala Allah - Tamat -
Ok, boleh dikatakan semua orang tahu lagu ni kan? aku rasa aku dah dengar lagu neh masa kecik-kecik lagi.. zaman-zaman RTM dulu. Sampai hari ini lagu ni still d mainkan lagi di perbaharui dengan pelbagai versi dan penyanyi.. tapi lirik tetap sama dan padat dengan mesej-mesej yang hendak di sampaikan... Tahniah bagi pencipta lagu ini. Clap3x. Melalui lagu ini jugak la aku belajar banyak benda berkenaan dengan hidup...
Salah satu daripadanya, pada mulanya aku ingatkan perpindahan nabi dan umat Islam dari kota Mekah ke kota Madinah itu adalah semudah lirik lagu itu. Rupa-rupanya AKU SILAP! Jarak antara kota Mekah dan kota Madinah itu adalah dalam 500++KM. Perkara ini aku sedar bila aku menjejaki sendiri tanah haram buat pertama kalinya, pada tahun 2006, tatkala melaksanakan rukun Islam kelima iaitu mengerjakan haji di Baitullah.
Jika melihat sendiri sepanjang perjalanan dari kota Mekah ke kota Madinah itu, aku sangat tidak tergambar macam mana keadaan nabi dan umat Islam berhijrah. Dengan panasnya lagi, bekalan air entah ada entah tidak. Makanan. Hurm. Naik bus yang ada air-cond pun macam tak larat je. Ini pulak naik unta, jalan kaki. Ya Allah, tabahnya hati seorang nabi serta umat Islam pada ketika itu untuk menyebarkan Islam sampai ketahap seperti hari ini ~ END -
Kesimpulan : Jangan cepat menghukum sesuatu sebelum mendapat kepastian dari keadaan.
Kemudian, seperkara yang aku tak boleh lupa berkenaan dengan 1Muharram ni, berkenaan dengan kejadian 7tahun lepas. Pada waktu ini, ketika ini, tarikh ini, aku bersama-sama dengan 14 lagi orang kawan aku, berkonvoi 3biji kereta kesemuanya berkelah di Port Dickson. WTH lepak PD masa Maal Hijrah kan? Orang sibuk pergi masjid itu ini, aku berkelah-kelah pulak. Jangan cepat membuat kesimpulan sendiri. Dari tarikh itulah aku kenal siapa diri aku, siapa kawan-kawan aku. Aku kenal dunia.
Mengikut perancangan asal, nak tengok sunset 1x, tapi agak terlewat, so, sampai kat PD around lepas mghrib gituu laaa.. So, malam itu kami ada buat barbeku berlampukan lampu kereta je. Lepas makan, ada sikit beach game sambil menyanyikan lagu tema Maal Hijrah dengan penuh semangat secara beramai-ramai seperti kumpulan koir di tepi pantai dengan keadaan pantai yang gelap gelita. Haha~ Kemudian terus mandi laut pada tengah malam yang hanya bertemankan sinaran bulan (eh, ada bulan ke awal2 bulan?) Sambil ada pakcik2 nelayan tengah sibuk mencari ketam sebab tengah malam air laut surut. Kemudian acara berakhir dengan mengadakan solat secara berjemaah d Masjid yang berdekatan serta Qiam dan diikuti dengan solat subuh. Yeahhh... Pada siangnya pula, kami bersiar-siar sekitar PD hingga ke Seremban sebelum kembali ke kolej kami.
Stat dari situ, sampai lah sekarang ni, kami masih lagi berhubung d antara 1 dengan yang lain. Saling memberi semangat dan dorongan. Sampai sekarang ni, hampir 7tahun kami berkawan sejak dari peristiwa itu. Walaupun aku tercampak jauh dari mereka, tapi Email, Sms, YM tetap menjadi penghubung antara aku dengan sahabat-sahabat aku itu..
Kesimpulan : Sahabat adalah orang yang paling hampir selepas keluarga..
Sekian ~ Salam Maal Hijrah 1431
Seterusnya...







