Flight Reviews : Saudi Arabian Airlines
Assalamualaikum;
Ok. Lebih dari sebulan blog ini tak berhapdet. Sekadar datang melawat kalau-kalau ada komen-komen yang memerlukan reply. Lebih dari itu, tiada. Maklum la, sejak kembali ke Malaysia ini, jadual tak menentu. Itu nak diselesaikan, ini perlu dihadiri dan macam-macam lagi kesibukkan walaupun masih berstatus tidak bekerja. Kiki.. Bukan apa, sekarang ni nak dapat kerja susah. Nama je belajar oversea kan? Balik Malaysia.. Haram, duduk je la rumah..
Akan tetapi, percutian yang panjang ini tidak la di sia-siakan begitu sahaja kan? Kita penuhi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah sehingga terpaksa ada yang perlu ditangguhkan di waktu yang lain kerana terdapat aktiviti-aktiviti yang lebih aula ataw lebih utama dari aktiviti-aktiviti yang lain.
Maka dengan percutian yang panjang ini juga dapat menyahut panggilan illahi ke tanah suci. Bagi keberangkatan ke tanah suci dari Malaysia ini memerlukan pengangkutan udara untuk mempercepatkan perjalanan atau yang lebih utama keselesaan untuk menjadi tetamu Allah. Memandangkan terdapat sedikit masalah pada awal perjalanan, pihak travel agent telah menukar syarikat penerbangan kami dari Qatar Airways seperti yang di nyatakan pada entry sebelum ini ke Saudi Arabian Airlines. Jadi, dengan ini, mari kita lihat flight reviews bagi penerbangan Saudi Arabian Airline.
KUL - JED -KUL
Flight : SV831
Date : Sun, 25 April 2010 / Tue, 4 May 2010
Aircraft : Boeing 747
Class : Economy
Flight Duration : 8h 30min
Seat : 35E / 34C
Check - in
Memandangkan aku pergi dengan travel agent, semua urusan check-in di uruskan oleh petugas travel. Kami cuma bawa bag dan letakkan di tempat yang di arahkan. Kemudian, taw2 je dapat boarding pass n passport.
- Kalau naik flight sendiri, time nak check-in ni la paling kecut perut sebab takut bag berat.
- Bagi Pesawat SV ini, berat bag adalah standart, Maximum 30kg per pax
Penilaian : 4/5
Boarding
Tidak ada apa-apa yang istimewa. Sama seperti flight-flight biasa. Cuma, jika Malaysia Airline s die letak rak surat khabar di pintu masuk kapal terbang. Akan tetapi, bagi pesawat SV ini, surat khabar di agih-agihkan oleh cabin crew sejurus semua penumpang mendapatkan tempat di tempat masing-masing. Tiada air dihidangkan sejurus selepas duduk.
Penilaian : 3/5
Cabin
Sangat suram. Pilihan warna tema yang malap. Warna biru gelap. 1st time naik flight Boeing 747. 2 tingkat! Tapi malangnya tak boleh nak naik atas. Cabin crew tak bagi. Huh! Tunggu lah, satu hari nanti kalau aku dapat duduk kat atas tu nanti. Siap la korang! Ingat sikit ye, korang itu hanya cabin crew. Aku penumpang! Haha..
Posisi kerusi 3-4-3. Luas la jugak. Bersih. Wangi.
Penilaian : 3/5
Pramugari / Pramugara
Pakaian pramugari yang sangat outdated! Tak suka aku tengok. Orang lain nak topi, die pun nak topi jugak. tapi itu bukan topi. Tapi macam kupiah. Sangat tak sesuai dengan imej negara Arab Saudi. Pramugara - biasa sahaja. Baju kemeja warna putih. Pelbagai negara. Ada melayu, pinoy, India.. Ramai lah. Kalau nak tengok camne pakaian die...google sendiri ye..tak sanggup aku nak letak..huhu
Pemalas. Tidak ada etika sebagai cabin crew. Pemarah. Sikap sambil lewa. Kerja tak kemas.
Penilaian : 1/5
Seat
Buruk! Dah lama. Rosak-rosak. Tak selesa.
Nampak x kerusi yang dah seletip2 tuu...ewwwww....
Penilaian : -1/5
Take-off
Sangat smooth.. Syabas captain!
Penilaian : 5/5
Meals on board
Ok. Sedap. Pelbagai. Ada 3jenis pilihan makanan setiap kali waktu makanan. Tapi malangnya tiada menu di berikan sebelum tiba waktu makan. So, bila tiba waktu makan, baru terhegeh-hegeh nak tanya nak makan apa. dalam pada masa yang sama kita pun kene buat pilihan cepat n tepat. So..mcm tak best la..
Ada kek yang keras sikit.. tapi keras-keras pun habis je..siap mintak kat mak aku lagi sebab mak aku tak makan.. hahaha
Penilaian : 4/5
IFE ( In-flight Entertainment )
Ada personal screen. Tapi jenis lama. Bukan touch screen. Lepas tu, video-video yang di tayangkan dalam tu ada dalam 5movie yang di tawarkan, di ulang-ulang dari KL sampai ke Jeddah.
Ada jugak channel ceramah agama. Cara-cara nak buat haji, umrah kita channel untuk haji n umrah laa. Kendian ada channel dokumentari, selain dari 5movie tadi tu.
Penilaian : 3/5
IFI ( In-flight Info)
Bagus! Siap ada camera bawah n depan. Pastu ada penunjuk arah kiblat. Ada waktu semasa. Ada pengumuman ketika melintasi miqat untuk berniat ihram. Kira sesuatu yang lain dari flight-flight lain laa
Penilaian : 4/5
Service
Boleh tahan. Sesuai la dengan standart flight SV ni. 3bintang. Cuma cabin crew die je kene berbaiki lagi etika bekerja.. seperti yang d nyatakan di atas
Dapat comfort kit yang bagus. Lengkap. Semua ada..
Dan utk pertama kalinya aku guna kesemuanya 1x apa yg die bagi neh. siap gosok gigi dalam toilet yang tersumbat tu lagi...ahakz2...
Penilaian : 3/5
IFDF (In-Flight Duty Free)
Teruk! 2-3x aku duk tanya ada jual tak model flight tu. Siap aku g ke Galley lagi tuk tnyer face to face. Die suh duduk dulu n nanti dia akan tgk stok. Sampai ke sudah. dah mendarat nak disembark da. haramm... Last-last aku bgtaw je kat ketua cabin crew die tu.. tapi xtaw la kan..berkesan ke tidak. Aku suh amek tindakan kat cabin crew yang pemalas tu.
Penilaian : -2/5
Toilet
Tak macam Malaysia Airlines. Tak ada di sediakan aksesori dalam tandas. tandas pun buruk. tersumbat dengan tisu-tisu. Kotor.. Ewwwwww
Penilaian : -3/5
Landing
Sangat bagus! Mana la pilot die neh belajar dulu agaknya... tiada hentakan yaaaa.....bagus!
Penilaian : 5/5
Disembark
Biasa je laa.. ok
Overall
Boleh tahan. Boleh naik laaa....
Penilaian : 2/5
Seterusnya...