Saturday, October 24, 2009

Hiburan : Eftah Albak Tefrah - Nancy Ajram

Dulukan, ada ramai yang layan lagu arab dengan aku. Sekarang tidak lagi, semua sudah balik Malaysia tinggalkan aku di sini. Tapi insyaAllah aku akan menamatkan juga sesi pengajian aku pasa semester ini. Doakan aku ~

Bagi segmen hiburan untuk kali ini, aku nak mark kan di sini bahawa lagu hits arab aku sekarang ini adalah lagu bertajuk, Eftah Albak Tefrah nyanyian Nancy Ajram, seorang penyanyi wanita arab yang popular pada masa kini. Kalau di Malaysia ni, taraf dia ni sama mcm Siti Nurhaliza jugak la. So, boleh layan laa...



Aku ada bagi lagu ini pada Chiko, Dolly Diana, Duan dan Poyan. So far comment diorang... ON! Tak tahu la kalau orang lain dengarkan? Kalau ada siapa-siapa yang berminat, boleh la mintak mp3 lagu ni kat aku. Ok?

**Apek - Nawar**

Oh,btw aku dah berjaya catch-up balik semua entry2 aku yang aku rasa aku patut tulih kat sini.. Sampai takat sebelum ini je la.. So, dah kembali seperti biasa balik laa...

*Tiada Seterusnya


Seterusnya...

Tuesday, October 20, 2009

Event : The Amman Centennial Parade

Assalamualaikum;

Adoi..lambat lagi hapdet. bukan apa. Malas je.. Tabah. Ni pun ada lagi malas2 tu tapi mcm xde pe nak wat sgt.. type je la pe2 ptt.. LAgi pun mcm lamaaa je x hapdet bahagian event2 neh... So far tuu.. ada 4 entry je..ok la tuuu

Pada 9hb Oktober 2009 yang lalu.. (Skrg neh da 20hb da.. lambat gile nak hapdet. Ni bukan hapdet lagi namanya neh...) aku telah berpeluang untuk pergi meramaikan Majlis Perarakan sempena menyambutan 100thn Amman. Aku pergi bersama Encik Afdhal. Majlis yang bermula pada lepas jumaat itu (tapi xde la lepas jumaat betul2, dalam kul3ptg gitew la) berjalan dengan penuh meriah. Ini disebabkan kerana sebelum ini Amman tak pernah buat perarakan sebegini. So, majlis ini di anggap event of the year la bagi penduduk2 di sini WALAWPUNNN sebenarnya la kan, dari kaca mata ultraman.. eh silap, dari kaca mata aku la kan.. tak tumpah seperti perarakan rumah sukan sekolah kat Malaysia je... Jordan oh Jordan.. nak wat cne kann. Aku pergi neh pun sbb nak test my new toy itu.. hak2.. So, aku nak kongsi kat korang pic2 die je laaa.. k?

"Yey..Orang kata da kurus"



"Perarakan bermula dengan pasukan gladiator dari Jerash"

Pastu diikuti pulak dengan...

"Aku pun xingt la die neh dlm kumpulan apa.."

"Pasukan polis berunta"

"Peniaga2 kecil dan bundle"

dan ada jugak kereta2 berhias seperti...

" Mcm ini..."

Sebenarnya byk je pasukan2 yang berarak. tapi tak perlu la aku nak letak sumer gambar kat sini sbb akan mengaibkan negara yang aku cintai neh jee... bek tak payah tgk laaa.. haha..

Perarakan ini mengambil masa dalm 2jam jugak, dari kul 3-5ptg. Aku pergi neh bukan apa, aku ingt dapat la nak tgk KIng Abdullah ( Raja Jordan) neh.. tgk2, harammm xdtg punn.. yang ada, ahli2 parliment, datuk bandar pe sumer... buang masa jugak laaa aku dtg neh sbnrnyer..

Tapi apa2 pun, enjoy je laaa, nak wt cane kann, dah ini je kemampuan negara neh.. layan kan jee.. At least penah jugak la tgk perarakan mcm neh kat luar dari negara Malaysia dan baru tahu, indahnya Malaysia.. haha (sebab comparekan dgn Jordan jee) k la, babai ~


Seterusnya...

Saturday, October 17, 2009

Kembara : Bahrain

Assalamualaikum;

Sebenarnya takdala mood sagt nak hapdet sebenarnyer, tapi mcm tak tahu apa nak buat da. Nak tido mcm tak boleh pulak malam neh. lagi pun malam neh malam cuti, macam rugii je kalau tido awal2. esok lusa nak kelas, dah tak leh tido lewat2 lagi. sbb nnt nak bgn awal nak g kelas. nanti kat kelas tabahhh je tahan mata...

"Mercu Tanda Bahrain"

Ok, ni kire fast hapdet je la pasal ritu aku g Bahrain..Yeah, Kalau tak silap aku laa.. Ini adalah negara yang ke-13 aku lawati selepas Thailand ye tuan2. Ahakz. Alhamdulillah.. dapat lagi aku jenguk2 negara orang wlwpun selama ini aku xpernah termimpi2 pun nak g jalan2 negara orang neh... Ini pun sebenarnya sbb ada keistimewaan transit 1hari dengan menggunakan perkhidmatan GulfAir. Terima Kasih GulfAir.

Tak lama pun sebenarnya tempoh aku ada kat Bahrain neh sebenarnya.. tak sampai 24jam jugak. tapi aku pedulik apa kan? yang penting ada cop kat passport dan bile orang tanya dah pernah ke pergi Bahrain, jawapan die SUDAH! haha (mcm ada unsur2 riak pulak kat sini.. Astagfirullah)

Cerita die lebey kurang gini laaa :

1400 (27/9/2009) : Flight Touch-down kat Bahrain International Aiport

1430 : Selesai urusan cop passport, dapat voucher hotel pe sumer laaa... tgu bas hotel untuk ke hotel penginapan.

1600 : TABAH! dekat nak 2jam tgu bas hotel datang. aku da hangen2 da sbb takut tak sempat nak jalan2 pulak nanti...

"Concord International Hotel"

1630 : Sampai hotel terus siap2 nak jalan-jalan.. Oh ya.. btw, macam biasa la kannn.. i'm the only lone ranger je kat Bahrain neh jugak. Aku balek tak sama tarikh dengan budak2 neh, so balek je la sorang2 dan jalan la sorang2 jugak.. mcm g Dubai dulu laaa.. tapi ok je kott... Petang tu aku jalan-jalan2 area....

" Bahrain Trade Centre"

"Harbour Mall"

"The Pearl Monument"

"Marina Mall"

P/s : Tiada dalam gambar : Seef Mall, Ali Mall, dan City Centre


Sebab dalam pukul 8malam pihak hotel akan sediakan makan malam. so, bagi mengelakkan aku makanan habis ataw apa2 kemungkinan, aku kene balik ke hotel sebelum pukul8 mlm laa.. tapi nasib baik sempat jugak laaa..

2000 : Kembali ke hotel dan makan malam

2100 : Hajat di hati mmg nak jalan2 lagi sebab nampak petang tadi kat Sulaimania Garden mcm bestt je.. tapi kaki letey gile lagi pun still on Jetlag.. So, turun bawah.. g kedai2 runcit beli bnde kunyah2 naik hotel balik...tgk tv sajow...

2200 : Mcm dah tertido.. nampak x, betapa penatnya. tapi xpela..masa tu Malaysia dah pukul brape pulak kannn ..dalam pukul 3pagi.. mmg aku tido time tu jugak la biasanya.. tu yg otomatik ngantuk je rasa n tertido. malam itu aku tido sorang mengangkang je kat dalam bilik hotel tuuu... best gilo rasa...

0300 (28/9/2009) : terjaga.. mcm dah segar la plak.. bukak tv.. ada Amazing Race.. layan jap.. tertido smula..

0500 : Solat subuh, tido smula

0700 : Bangun dengan segar sangat.. mandi2 siap2 sbb nak turun sarapan pulak..

0730 : Sarapan di sediakan oleh pihak hotel. makan dengan byk sbb rasa mcm laparr je..

0750 : Tak tgu lama dah.. sbb nnanti pukul 0930 dah nak check-out. kul1000 bas nak dtg, nak bawak g airport smula. kul1130 flight balik Amman. so dengan bersegeranya aku tahan taxi aku pergi :

" Masjid Negara Bahrain - Masjid Al-Fateh"

" Perpustakaan Negara Bahrain"

"Air Pancut Tertinggi di Bahrain"

" Bahrain National Museum"

" Bahrain's Hard Rock Cafe"

Tiada dalam gambar : Beit al-Quran (Kilang al-Quran)

0915 : Balik hotel, siap2 kemas barang turun..

0940 : tgu bus kat lobby

1000 : bergerak ke Airport smula

1130 : Berlepas ke Amman...

OVERALL : Disebabkan nilai matawang Bahrain sangatlah tinggi BD1 = RM9.20 So, duit aku habeh ke taxi je. aku tukar USD50 dapat la dalam BD18. Sekali naik taxi je da BD1. g sane sini pe sumer.. bayar taxi ada la dalam BD14 = RM140 lebey kurang. BAYAR TAXI SAHAJA. bengang akuh. tapi tak apa je laa.. ntah bile ntah aku nak sampi kt Bahrain tu lagi....


Seterusnya...

Sunday, October 11, 2009

Flight Reviews : Jet Airways

Assalamualaikum;

Yerp, ada 1lagi entry pasal review2 flight neh di sebabkan masa aku balik sini smula, aku bukan naik GulfAir, tp naik flight yg sama codesharing die tu Jet Airways. Maka nya, secara automatik bertambah lagi la koleksi penerbangan aku yang aku dah naik wlwpun secara tak sengaja. Haha.. (Khusus tul Alif :: Dal :: Mim yeee)


Jet Airways adalah sebuah syarikat penerbangan kebangsaan kedua India selepas India Air yg berpusat di Mumbai. Syarikat ini di anugerahkan dengan penerbangan 3 bintang. Memenangi banyak award yang boleh di banggakan jugaklah, setaraf dengan kelasnya... Kejayaan paling membangga kan bagi JetAirways adalah dianugerahkan The World's Best Long-Haul Airline selepas Singapore Airlines. Sumber DISINI



Berikut adalah butir2 penerbangan yang aku naik :

KUL - BAH
Airline : GF281
Aircraft : Boieng 777-200/300
Flight Duration : 6:50
Class : Economy

Pramugari - Pramugara :
Hurm, campur2. separuh GulfAir separuh JetAirways punyer. Tapi tugas tetap sama je. Baju die mcm xbest sgt, just pakai kot n seluar slack. kalau GulfAir ada topi2. Oh, btw lupe nak bgtaw yang GulfAir+JetAirways neh die ada special sket sbb die ada wujudkan SKY NANNY di mana tugas die di samping jaga penumpang2 neh, die juga bertugas sebagai penjaga kanak2 kecik. Mana ada budak2 tu, die la yg jaga. Bagi2 hadiah pe sumer. So, kalau mak die nak tido, on je. bg je kt SKY NANNY tu suh die jaga. Lagi 1 aku suke baju SKY NANNY die tu.. Very Attractive

LegRoom / Seat :
Secara keseluruhan, flight die neh sama je die punyer interior design dengan GulfAir. Aku pun not really sure la kan, kot die cat luar je JetAirways, tp dalam GulfAir. So, legroom n seat pun sama je le dgn GulfAir. Sila rujuk GulfAir

HeadRoom :
Yeah, still d same. aku suker la Boieng, HeadRoom die luas. wlwpun aku xde la memerlukan headroom yang tinggi naa.. tp dengan design gitu nampak lapang sket.. sejuk je mata

IFI (in-flight Info) :
-Same like GulfAir -

"Economy Class"

IFE (in-flight entertainment) :
- Same like GulfAir - Tak banyak lagu sgt, tak banyak cerita sgt. sekadar je laa..

Meals On Board :
Sebelum sampai ke Bahrain, die bagi light refreshment! Sejuk beku! roti die la... tp lapar..makan jeee.. rezeki jgn di tolak

Service :
Aku tekan yg panggil pramugari tu.. dekat nak 5-6x.. Seko pun xdatang bengang btul aku!

"Business Class"

Cabin :
1st time flight aku sianggg je sepanjang perjalanan. So, nothing special la. cuma boleh nampak India waktu siang pulak. Usha2, xde plak nampak Taj Mahal. Kot la silau2 pancaran matahari dek marmar putih die tu kannn...

Take-off / landing :
Aku suke landing die. Masa tu Very smooth... rasa mcm nak tepuk tgn je...

Toilet :
Ok je.

OverAll :
Sama je la mcm GulfAir. Macam cat luar die tu je JetAirways. Dalam sumer samaa je dgn GulfAir. Tp kira ok la jugakkk... Best naik boieng tuu...


Seterusnya...

Saturday, October 10, 2009

Flight Reviews : Gulf Air

Assalamualaikum;


Y
eah.. Aku kembali lagi ke Malaysia, tanah airku. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri kan... Lagi pun no place like home!

Kepulangan aku untuk kali ini pula, aku berpeluang terbang bersama syarikat penerbangan Gulf Air memandangkan syarikat itu je yang menawarkan harga tambang yang berpatutan. Apa2 pun aku bersyukur sbb kalau nak kira la kan, hampir semua syarikat penerbangan kat middle east neh aku da try, tinggal Emirates je. Hope i have a chance fly Emirates for the last neh. Balik habis.. Aminnn..

So, for now, saya nak wat reviews la kan mcm saya buat sebelum2 neh la kann... Data2 flight ada lah seperti berikut:

AMM - BAH - AMM
Airline : GF972 / 971
Aircraft : Airbus Industrie A321
Flight Duration : 2:30
Class : Economy

Check-in :
Alhamdulillah la, semua barang aku lepas walaupun aku rasa total barang-barang aku semua dekat nak 50KG. Walaupun die tak bagi grouping, tapi die bagi jugak nak topup2 kat orang lain and the very last tu, die bagi je lepas dalam 5kg jugak. Selamat ~

Pramugari - Pramugara :
Multiracial. Kita boleh taw pramugari / pramugara die tu berasal ataupun mungkin base die dari masa bila kita usha sket kt nametag die tu. ada bendera kecik. masa aku naik neh, pramugara ada sorang je kot. len sumer pramugari. ada pramugari dari India tu, aku nak amek gambar die masa die tunjukkan safety demo tu, die suh delete balik gambar die! hampeh, flight lain tak ada pun mcm tu. tapi mmg sebab die tak lawa punnn. sbb tu mungkin die suh delete pic die. huh, bajet!lagi 1, mcm biasa la kan, pramugari / pramugara die neh, ramai tua2. pramugara, ada yg gemuk2. kalau mcm tu aku rasa kalau aku apply pun dapat je... sbb aku lagi kurus dari diorg. ke mmg syarat die kene gemuk2? NO IDEA!

LegRoom / Seat :
Legroom die, just nice la. tapi xde la mcm Etihad, aku siap boleh duduk bersila lagi. Ni kira ok je laa.. xde la rasa mcm sempit ke pe. lagipun mungkin flight dekat2 neh je kot. TAK ADA TEMPAT LETAK KAKI KAT KERUSI DEPAN TU. alaa, yg tempt letak kaki tu laaa.. XDE! Seat die pun ok laa.. muat aku je

IFI (in-flight info) :

ZERO! hampes tul.. flight dalam negara2 arab neh mmg aku rasa sumer tak ada IFE la. Megazines2 pun.. dah koyak rabak. even (ceh, even tuu) nak bg earphone pun harammm... kot2 la ada lagu2 ke. Sudah eh, on iPod..zzzz.. tapi x zzzz sgt pun, kejap je kann.. haiz

IFE (in-flight entertainment) :

Ada, tp screen kecik je la kt tempat air-cond die tu, alah, tapi aku mcm tgk tak tgk je. cerita arab. boring... bukan VOD (Video on demand) laaa..

Meals On Board :

Ok jugak. Even (even lagi) dekat pun die bagi pilihan makanan. tgh lapar, of coz la nasik kan siap "May i Have another meals?" lagiii.. lapar punyer pasal, die bagi je. kalau berminat, cubalah!

Aku xsure la apa konsep GulfAir neh kan, aku pernah la terbacakan, GulfAir neh tidak menggunakan alatan makan besi sebagai keselamatan. So, GulfAir menggunakan semua peralatan menggunakan plastik. Mcm nursery pun ada. comel je sumer peralatan die tu. sudu garfu die.. ahakz

Service :

Not bad la. tak ada la lembab na. tapi tak mcm Etihad sbb tak ada dapat air mineral sejurus kita naik sebelum take-off tu. dahaga laaa...

Cabin :
Ok je. Wangi. Masa naik tu ok je.. masa turun tuu... mcm kene taufan dlm flight.. bersepah2 gile buku2 kene koyak, bantal2 pe sumer. haiz. arab oh arab!

Take-off / landing :

Agak bergegar. Pilot baru kot...

Toilet :
Tak pergi, sebab masa nak pegi tu, tgk bahagian dapur kat belakang tu, penuh dgn air melimpah. adoii.. apa laa orang arab neh buat.. jahanam flight.. haha


BAH - KUL
Airline : GF280
Aircraft : Boieng 777-200/300
Flight Duration : 8:00
Class : Economy

Pramugari - Pramugara :
Ok je kot, Flight kosong masa tu, so pramugari tu focus kat kitorg je laa. mintak nak tukar seat pun, senyumm je. kira ok lah..

LegRoom / Seat :
Boleh la kot. aku suke seat die. bile kita nak rebahkan kebelakang tu, mcm cukup comfort la. pastu tempat letak kaki die kat kerusi depan tu pun, tak pernah aku jmpe sebelum neh, ada mcm pakai net taw. mmg sgt rest la kaki bile meletakkan kaki kt tempat letak kaki netting tu. sambil rebahkan kerusi ke belakang plak kan..zzzzz. Yang best lagi kt seat die tu, ada lampu kecik tuk suluh kat meja makan.. khusus tuk mejaa je.. suke la lampu tu. tak ada kt flight lain la setakat neh...

HeadRoom :

Aku suker la boieng! 1st time naik flight Boieng sbnrnyer.. aku suker bahagian luggage compartment kat atas die tu.. tak mcm Airbus. airbus nampak mcm sempit. ini luasss je.. suke..suke!

IFI (in-flight Info) :

Bagus! Cuma tak ada camera je. tak leh tgk depan, bawah, tepi ke..lain sumer ok!

IFE (in-flight entertainment) :
Best la jugak. tapi bagi aku la kann. ETIHAD lagi best lagi, sebab ada cerita melayu. lagu2 dalam ETIHAD pun banyak n terkini. Ini byk lagu India. Tp best sbb leh main multi player games. lawan2 dgn org sebelah apa semua kan.. leh hntr msg seat to seat lagi. best laa.. tak boring..

Meals On Board :
Ha, bagus! Boleh mintak another meals jugak. die bagi je. siap another fruits lagi. haha..

Service :

Mungkin ini flight jauh kann, so service die mcm ok laa. ke sbb flight tak ramai orang? hurmm

Cabin :

1st time jugak naik flight kerusi die 3-3-3 mcm agak besar flight sebenarnya ada 3class. economy, business and first. yang first tu, nampak2 nya mcm bilik2. huh.. bile la leh duduk kat kelas tuu

Take-off / landing :

Ok je.. seram2 je bile landing. haha

Toilet :

Okje.. macam biasa. g toilet bukan nak apa sgt pun, saja je buat lawatan. boring tak taw nak wat pe da dlm flight..

OverAll :

Best je la. Naik flight kan, best je la. lagipun GulfAir mmg orang da kenal la kan. wlwpun die penah ada crash dulu. tp tu sumer malang tak berbau la kan, DAH BENDE NAK JADI. ahakz. LAgi yang best bile nak balik dari Malaysia tuu.. ada transit. dapat hotel kat Bahrain. best gile hotel.. nnt reviews hotel plak nnt..

Flight neh ada arak jugak. arab sebelah aku slumberrr je mintak white wine n red wine adoiii. So far, kuwait airways la sgt Islamic. dah la ada alunan ayat2 al-Quran masa boarding tu, pastu tak ada arak ( setakat yang nampak laa kan). bgskn?


Seterusnya...

Sunday, October 4, 2009

Film Reviews : Jin Notti




SINOPSIS : Cerita die mengisahkan seorang anak jin yang di hantar ke bumi untuk membuat kejahatan sebab die baik sgt kat tempat jin tu. sampai kat bumi die terjumpa ayah dia yang juga di hantar ke bumi satu ketika dahulu, tapi tidak berjaya melakukan kejahatan, makanya terus tinggal dibumi...

YANG BESTNYER : Cerita die amat ringan. Mcm drama je aku tgk. Klu nak sronok2 tgk, tanpa berfikir apa2 boleh la nak tgk cerita neh. Ada Mawi. Boleh tahan jugak la tgk lakonan Mawi tu. Mcm kelakar pun ada walapun dlm situasi serius. Gambar yang baik. Kesan bunyi yang bagus. Effect cerita yang mcm ala2 ONGBAK pun ada, mcm Matrix pun ada jugak.. layan kan je la... kang kalau tak buat kang.. orang asik duk ckp, bile laaa, cerita melayu nak ada efect2 mcm tu.. hurmmm

YANG TAK BESTNYER : Hurm.. Cerita melayu.. Mcm tu laaaa..

KESIMPULANNYER : Sape nak g tgk, tgk la. tak payah tgk pun xpe je. tgu nnt bile raya tahun depan, confirm kuar kt tv!


Seterusnya...

Saturday, October 3, 2009

MyWay : What's New?

Assalamualaikum;

Bersungguh2 neh aku nak catch up balik neh entry2 yg ptt aku hebohkan seluruh dunia untuk SIMPANAN AKU dlm blog aku neh. Yela, aku tulih neh mmg tuk simpanan aku pun.. Kalau ada sapa2 yang terbaca, tak ada masalahpun.. Kalau ada yang tak suke aku tulih2 dalam neh, poyo katanya tulih2 semua aktiviti aku, pastu heboh2kan kt seluruh penduduk alam apa yang aku buat, mcm aku bestttt je kan? ADA AKU KESAH? Aku penah bgtau pun, kenapa aku tulih blog... So, sila jauhkan dari blog ini!

Di sebbkan aku ada New Toy tu kann, so, dengan rasminya aku membuka (2) dua lagi cyber progrm yang boleh membuatkan manfaatkan masa2 terluang aku dengan aktiviti yang berfaedah, tak mcm org men facebook laaa.. opppsss..... Kalau aku yang main la kannn.... ahakz. Tapi aku xmen ponnnnn.

Aku baru bukak new link untuk....


DAN


Anda boleh dapatkan link terus untuk kedua-dua bende tu dekat headerlink kt bawah blog banner mcm pic yang kat bawah neh...

"Click pada gambar untuk pembesaran"

FLICKR - Dlm program (sbnrnyer aku mcm xpuas ati je dengan penggunaan perkataan program. Tapi wat masa neh aku rasa itu je yang ssuai) FLICKR neh, aku akan letakkan pic2 aku yang aku bajet rasa mcm sgt seni laa. Gambar diambil dengan menggunakan New Toy aku tu.. ahakz.. Aku mintak kalau mana otai2 flickr tu, mintak tlg ajarkan laa kan aku dlm seni2 fotografi neh bagi meningkatkan lagi potensi aku dalam bidang neh. Boleh kan?

Picasa Web Album
- Aku kumpulkan semua gambar2 aku dalam album2 yang tertentu. Mana negara2 yang aku dah lawati tu.. Sumer aku kumpulkan dalam tuu.. Setakat aku tulih neh, aku tak masukkan lagi Pic Bahrain dengan Thailand. So, boleh datang smula la nnt eh.. haha...

So, tu je la yang leh aku wat stakat neh, lagi sikit je neh nak habih entry2 aku neh, nnt dah abeh nnt, xhapdet da laaa.. sampai lebam.. huhu.. babai~


Seterusnya...

Semasa : Selamat Hari Raya

Assalamualaikum;

Haha...baruuu laa dapat nak wat perutusan hari raya aidilfitri bagi tahun 1430H neh.. Adoi2, lambat gile...

Fast n Short Hapdet!

Dengan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam yang meraikan hari kebesaran Islam ini. Semoga kem ibadah bulan ramadhan yang baru kita tinggalkan ini memberikan impak yang positif dalam diri kita semua. Anda buat, anda dapat ~ Sekian.

Alhamdulillah pada tahun ini aku dapat beraya di Malaysia selama seminggu kemudian terbang kembali ke sini bagi meneruskan sesi pembelajaran yang masih berbaki 1semester lagi ini. Pada tahun ini, semua ada di rumah meraikan hari yang bahgia ini. Bermula pada raya pertama beraya di sebelah rumah abah aku, kemudian hari raya kedua di sebelah mak aku pulak.. Sangat gembira berjumpa dengan sanak saudara.. Itu je la, Short n Fast Hapdet. Babai ~

*Tiada Seterusnya..


Seterusnya...

Thursday, October 1, 2009

Gadget : Nikon D90

Assalamualaikum;

Introducing My New Toy (Bak kata Encik Zal)


Nikon D90 - 18-105VR Full Kit

Date of Purchase : 18 Sept 2009
Place of Purchase : Low Yat Plaza, Kuala Lumpur, Malaysia
Price : KL price range RM3999 - RM4300
MyPrice : RM****
Free gift : Original Bag, Memory 4gB and tripod but changed it 2 UV Lens Filters


Seterusnya...

  ©:: MyWay [v2.2] ::. Template by Dicas Blogger.

TOPO