Sunday, May 31, 2009

Restaurant Reviews : Sbarro

Assalamualaikum;

Pas 1st paper harini, mubaysaroh ataw dlm bhs melayu die terus je aku g Amman atas urusan sewa kreta bagi menyambut kedatangan Mak Abah serta kaum keluarga Encik Khairul Izwan dari Malaysia. Kasihan die terpaksa membahagi2kan masanya antara keluarga dan peperiksaan. Tak apa lah apek, ingat ni je : Birru Abaakum Tabirrukum Abnaakum yang membawa maksud Bantulah Ibu bapa kamu nescaya anak2 kamu akan membantu kamu. Hadis neh. Tq 2 Encik Azlie yang bgtaw aku pasal hadis neh.. Lagi pun cuba fikir balik laa.. masa kita kecik2 dulu, ibu bapa kita bersusah2 utk kita tanpa sedikit rungutan pun, apasalahnya kali ini kita bersusah2 utk mereka pulak. Ikhlaskan hati nescaya ada sesuatu menanti 'di sana' kelak.. tazkirah kita tuk hari ini ya tuan2... berbalik pada topic kita semula



Lepas kami membuat urusan menyewa sebuah van di Amman yang berharga JD50 sehari dengan kadar 200km harian sahaja, perut kami lapar. lantas dengan segera aku drive van itu ke CityMall la. Mcm biasa. destinasi makanan yg best sbb die ada food court die yg agak selesa la bg aku.. Utk kali ini aku makan di :



INFO RESTORAN

Nama Restoran : Sbarro
Alamat : FoodCourt City Mall, Amman.
Tema : Fresh Italian Cooking
Makanan Yang di Pesan : Spagetti with meatball ngan Chiken Parmigiana
Harga : JD8.500


Ok,Sbnrnyer aku nak mkn KFC taw. sbb aku ingt mcm KFC itu je yg boleh mengeyangkan aku tatkala perut aku btul2 memerlukan makanan utk di makan. tp encik apek ajak mkn Sbarro neh. layan je laa.. dengan bertemakan Fresh Italian Cooking.. mmg rasa italy sgt!

So far.. aku makan kenyang td! sgt kenyang. smpai rs mcm da mual2 dah makan. sbb aku rasa makan roti die tu.

Environtment restoran..biasa je laa..sbb kt food court kan.. alaaa...sebelah je dgn Indian Wok rituuu...



Makanan die best. spagetti die cukup masak. meat ball die tu...ok je laa.. handmade kan (apek ckp laa..aku mkn jeee) pastu kuah die pun di perbuat dari tomato asli.. (juga dari apek..aku makan jgk)
SARANAN : boleh makan laa.. tp nak dtg tu.. kene fikir dulu laa...

*Fast Hapdet.. nak smbung std balik...
*Makanan aku ditaja Encik Apek sepenuhnya... huhu. Terima Kasih ~


Seterusnya...

Friday, May 29, 2009

MyWay : Shhh...Exam!

Assalamualaikum;

Tomorrow is 30/5. My first paper for my final exam for this semester begin. Until 6/6 I'll quite busy sikit for discussing, revising, reading, memorizing and writing also sleeping. huhu. Please pray for my success in this exam. I'll try to do my best...

This is my 2nd entry that I write in English before this. As I said, instead of I struggling for my Arabic, I'll also trying harder to improve my English at the same time. I can't denying laa that English is very important today. [Just like speech competition] Haha. Nothing much to say actually. The word just come from my tired brain reading all Arabic word right now. Until now, there is about 100pages++ to go and i must finished it up before midnight because tomorrow the exam will begin. I must sleep earlier and wake up earlier to do the last preparation before I seat for the exam. Arghhh... Really make me sick! I never touch the book before this taw! Last night i just took it from Hanis and photocopy it.. Thats it, old2 people said, never study last minute. But, what can i do. I just get busy with a ton of assignmnt and stuff! Enough!

Until next time lah. I got so many thing to do now. Want to make a good enough preparation for my final. Time is ticking up! I just take 5 for this quick updates... It is so boring too read those arabic text right now. With the sun shine outside very bright. Haha..

*There is nothing under the seterusnya. Wasting time je if you click it!


Seterusnya...

Monday, May 25, 2009

Kembara : Wadi al-Mujib

Assalamualaikum;

PEMBACA ENTRY INI HENDAKLAH MEMPUNYAI SIFAT SUKAKAN CABARAN, TIDAK KENAL ERTI MENGALAH DAN SEMANGAT SETIA KAWAN YANG MENEBAL. SELAIN DARIPADA ITU, ANDA JUGA HENDAKLAH PANDAI BERENANG, MEMANJAT BATU, TALI, SIHAT TUBUH BADAN DAN BERAT BADAN KURANG SIKIT DARI SAYA. SELAIN DARI ITU, SILA JAUHKAN DIRI ANDA DARI ENTRY INI!

SUBHANALLAH! mengagumkan! Tabah! Siapa yang suka kan cabaran. Datanglah ke Wadi al-Mujib. The best river tracking ever!

Smlm aku join budak2 Flickr g shoot pic kt Wadi al-Mujib yang lebih kurang 70km dari bandar Amman 20km dari laut mati. Dengan kadar byrn JD9.500 tuk pelajar, kami memulakan tracking kami seawal 1130pagi waktu Jordan.

Kami berlima terdiri daripada aku sendiri, kemudia saudara Arul, Saudara Anwar, Saudara Haris dan Kak Yez masing2 bersiap sedia dengan kelengkapan masing-masing untuk memulakan perjalanan. Pada awal perjalanan semuanya tenang sahaja. Setenang air di kali. Kami bergelak ketawa sambil mengambil beberapa keping gambar utk dijadikan bukti kami merupakan orang Malaysia pertama yang menjejaki Wadi al-Mujib ini.


Di pertengahan jalan kami, kami sempat menyapa beberapa pelancong asing yang beransur keluar dari jalan yang sama. Kami berselilisih dengan ramai pelancong asing. Ada juga yang menceritakan pengalaman kritikal masing-masing ketika 'di dalam'. Kami hanya mengiyakan sahaja kerana kami sgt sibuk mengambil shoot2 yang menarik utk koleksi kami sendiri.

Perjalanan kami semakin jauh ke dalam. Suara air smakin kuat kami dengarkan. Paras air semakin meningkat. Dari peringkat awal setinggi buku lali je. sekarang sudah naik ke paras lutut. Kami masih riang gembira. Menyanyi2 sambil bergambar. Kawasan ini saling tak tumpah mcm laluan masuk ke Petra. Cuba bezanya laluan ini berair. Menyusuri sungai utk ke dalam.

Paras air semakin meningkat ke paras pinggang. Kami mengambil keputusan untuk berhenti sebentar di tebing sungai untuk mempersiapkan diri dari sebarang kemungkinan yang kami tak tahu lagi apa yang bakal kami tempuhi di depan. semua barang2 elektronik kami balut elok2. masukkan dlm plastik. plasti double zipper mcm plastik ubat tu. balut smpai 3-4 lapis agar benar2 selamat tak dimasuki air. camera masing2 dah la mencecah RM2k-4k. kang kot masuk air ke kang pe kang.. tabah! sesambil itu kami makan sedikit makanan yang kami bawa utk berkelah apabila sampi di puncak nnt. [stat sini xbyk gambar. sbb sepanjang perjalanan kami berada didalam air pada paras bahu]

perjalan di teruskan.. dari air paras pinggang naik ke dada. sesekali ada lubuk. tenggelam terus. kemahiran berenang amat diperlukan. suara air makin jelas. menyusuri terus kedepan. batu2 besar sungai mula kelihatan. kami melompat2 di atas batu utk meneruskan perjalanan. sehinggalah kami berjumpa dengan terjunan2 air kecik tetapi arus sgt deras. kami melawan arus. bag kami junjung. air paras bahu. perjalanan masih di teruskan.




arus semakin kuat dan laju. sehingga kami berjumpa check-point yang pertama. kami dikehendaki melawan arus yang sgt kuat, sambil menyusuri tali yang disediakan, paras air sgt dalam. tak jejak tanah. mendebarkan! aku dengan anwar berjaya melepasi check point itu. tapi masalah kepada kak yez. 3x mencuba masih tidak melepasi. air sgt kuat. paras air sgt dlm. kekuatan tgn sgt diperlukan. itu sahaja yang ada. utk mengeruskan perjalanan. setelah cubaan ke-5. barulah kak yez berjaya. sgt kagum dengan semangat kak yez. perjalanan di teruskan. kemahiran memanjat, mengelonggsor, merangkak, mengensot, melompat, meniti, berenang dan menyelam semua di perlukan. masih ada berbaki 2 check point utk di tempuhi..

smpi check point ke-2, ada air terjun setinggi 3m barangkali. kami dikehendaki utk memanjat keatas. mengikut arah air terjun itu. momentum air sgt kuat. tali di sediakan. sapa yang terlepas, pasti terjun menjunam ke dasar sungai bersama2 dengan air terjun itu. utk checkpoint kali ini aku gagal pada cubaan pertama dan mengalah! sbb pd masa itu aku seakan2 telah menggunakan seluruh tenaga aku. bayangkan sahaja rock climbing, tetapi ada arus air yang dtg dari atas kita. sgt berat utk bwk badan aku. dengan bawak bag lagi.. aku tak mampu. tapi melihatkan kak yez berjaya. amat tercabarlah aku. aku mengunakan seluruh kudrat yang ada. sedikit demi sedikit. aku melonjakkan diri aku keatas, aku berjaya! smpai kat atas air terjun itu. aku semacam nak pengsan. badan mengigil. letih!

check point ketiga, agak mudah. tepi sekali lagi menongkah arus yg sgt deras. kak yez tergelincir, jatuh di bawa arus. nasib baik xsmpai kt air terjun pada checkpoint ke-2 tadi. tersangkat kt batu2 besar. kalau tak, aku rasa ada yang balik berempat je..

apabila selesai mengharungi check point ke 3 itu..Nah, terpampang lah pemandangan yang begitu indah 1x. KAMI BERJAYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.... segala perit jerih tadi hilang apabila smpai di penghujung! air terjun yang setinggi rumah 4tingkat. mengalir deras.. kami melepaskan penat disitu, mandi manda. makan. amek gambar. Alhamdulillah..semua selamat..

Pejalanan pulang kami tidak begitu bermasalah. kami hanya terus melompat dari tmpt yg tinggi ke bawah. dan terus berenang ke tebing sehingga ke kawasan permulaan tadi yang agak cetek. kami pulang dengan kepuasan. sgt berbaloi bagi mereka yang sukakan cabaran seperti kami. tahniah kalian. kita berjaya!

*Tracking duration : 5jam masuk - 2jam balik
*Sila rujuk aku kalau korang nak pergi.. haha.. siyes neh.. brg2 pe yg boleh bwk, pe yg tidak. huhu... tp mmg best laaa... dlm byk2 tmpt kt jordan yg pernah aku g.. ni la paling best!


Seterusnya...

Tuesday, May 19, 2009

Flight Reviews : Etihad Airways II

Assalamualaikum;

Masih dlm mood percutian saya dari 7/5-14/5/2009 ke UAE. Sekali lagi utk kesekian kalinya saya menyatakan saya seperti tidak menyangka utk ke UAE bagi kali ke-2. Termasuklah sekali lagi menaiki syarikat penerbangan Etihad Airways. Terima kasih sekali lagi bagi keluarga Pakcik Isa diatas tajaan daripada beliau. Dulu kan, sy pernah terfikir "Bile la nak dpt naik Etihad neh?" sbb Etihad Airways merupakan syarikat penerbangan yang mempunyai kelas tersendiri. Dianugerahkan sebagai syarikat penerbangan bertaraf 4bintang. setaraf dengan penerbangan Emirates. Cuma Emirates berpusat di Dubai dan Etihad Airways berpusat di Abu Dhabi.

Bagi reviews sy bagi syarikat penerbangan ini utk kali ini, ada beberapa perkara yang sy tidak nyatakan pada review saya sblm ini berkenaan dengan Etihad Airways ini..

Sblm itu mari kita lihat info flight dulu k?

AMM - AUH : 7 May 2009
AUH - AMM : 14 May 2009

Flight No : EY 514 / EY 515
Aircraft : Airbus Industrie A320-100/200
Flight Duration : 2h 30mins

Yang tak best dulu..

Dari yg 1st aku naik ritu lagi aku perasan bahawa service menghidangkan makanan semasa perjalanan adalah LEMBAB. letih tgu. ingtkan mcm boleh di maafkan lah. tu yg tak tuleh sblm ni tuu.. tgk2 samaaa jeee. org depan dah abeh makan dah, baru la kita nak dpt maknn. Lagi 1 hal, nak kutip tray pun LEMBAB. smpai ada org yg hntr sniri kat dapur die. adakah itu kerja penumpang atawpun kerja pramugari@ pramugara itu?

Dlm byk2 flight yg aku naik setakat ini, Etihad Airways menghidangkan arak di dlm pesawat. flight2 negara2 Islam yg lain mcm Yemenia Airways, Kuwait Airways tak la plak aku nmpk ada dihidangkan arak. [jika ada sila beritahu] bila ada org yang minum.. berbau 1 flight. sgt xsedap bau itu!

Tidak mengalunkan bacaan al-Quran sblm memulakan penerbangan. Sepatutnya syarikat2 penerbangan dari timur tgh ini perlu mengalunkan sepotong dua ayat dari al-Quran mcm kuwait airways. wlwpun CEO die bukan Islam ke, At least die kene hormat la org2 mid east yang rata2 menganut agama Islam ini. So far, aku tgk la.. syarikat penerbangan dari negara Kuwait sgt menitik beratkan soal ini. Klu xcaya cuba search sniri kt Youtube.. Bukan apa, bila ada alunan al-Quran sblm penerbangan, bukankah rasa lebeh selamat? rasa sentiasa berada dibawah lindunganNya sepanjang perjlnn..

Yang Best pulak..

bagi pengalaman kali ini, aku dah rasa mcm Etihad neh biasa jee.. nothing pun. mungkin sbb ini penerbangan dlm negara arab sahaja. huhu

Ada la jgk IFE (In-Flight Entertainment) dari flight yg aku nek ritu. ritu ZERO! ni dpt jgk la aku tgk cite InkHeart dengan Bride War (xsure tajuk die)

lg best pun.. dapt bergmbr dgn pramugari dan pramugara serta di cockpit pesawat.. ahakz..




*utk pertama kalinya aku naik flight..aku dudukkkkk je x jalan2 g mana2 pun. hatta ke toilet 1x pun. klu x, biasanya gatall je kaki aku nak jln2 g toilet. xpun lepak2 kwsn dapur die ke..mkn2 kek..



Seterusnya...

Monday, May 18, 2009

Kembara : Seminggu di UAE

"Mercu Tanda Abu Dhabi"
Assalamualaikum;

Alhamdulillah aku bersyukur kehadrat Illahi. Di permudahkan segala urusan aku. Pergi dan balik dari percutian aku yang penuh bersejarah. 7/5-14/5/2009, seminggu aku d UAE atawpun United Arab Emirates. Percutian aku yg ditaja penuh oleh Encik Muhamed Isa bin Mat dan Isteri benar2 d manfaatkan sepenuhnnya oleh aku kerana peluang begini tidak dapat dipastikan utk d perolehi lagi pada masa hadapn. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pakcik dan makcik.

Seperti yg aku beritahu sblm ini, aku akan mengembara ke 2buah negara. Akan tetapi, perancangan yg dirancang tidak dpt berjln dengan baik. kita hanya merancang dan Allah jualah yang menentukan. Tp itu semua tidak menjadi masalah kepada aku. yang penting matlamat aku dtg ke UAE itu Alhamdulillah tercapai dan kini aku sedang mengatur langkah yang seterusnya bagi menyempurnakan langkah pertama aku itu. jeng..jeng..jeng..


"Burj al-Arab dari side Jumeira Beach"

Menjejaki UAE bagi kali ke-2, tidak banyak perubahan yang berlaku. Sama je la yg mcm aku tulih sblm ini.. akan tetapi, bagi percutian kali ini, aku dpt full coverage Abu Dhabi dan dpt naik dowh kt Dubai Creek yang dulu aku terkilan tuu. Penipu punyer arab, dulu aku xnaik tu pasal die kata naik bnde tu kt nak AED50, yg neh aku naik neh.. AED1 je.. Kuang asam tul... kalini jugak aku rasa mcm smpi nak muntah dah jalan kt Abu Dhabi yg dulu aku terkilan sgt sbb jln2 naik kreta je. ini smpai dah tak ahu nak pegi mana dah. jalan2 kt sana pun mcm dah naik hafal dah. sgt mudah.. hehe

"Abu Dhabi - Madinat Zayed"

Sepanjang percutian kali ini, cuaca amat lah panas. rasanya hampir mencapai 50c dah. mmg tersgt lah panas. tapi nsb baik rumah yg aku menginap neh di lengkapi dengan sistem penghawa dingin yg beroperasi 24jam tanpa henti. berhenti pun kalau black-out. tu je la. lain2 jalannnn je. xrasa mcm musim panas pun..

"Pasar ikan di Port Zayed"

Sepanjg aku d sana tiada sebarang masalah yg berlaku. semuanya berjalan dengan baik. pakcik, makcik dan anak2 mereka melayan aku dengan baik 1x. apa sahaja yg terkeluar dari mulut aku, mcm aku nak makan.. kuey tiow ke.. di penuhi dengan segera. padahal aku memain je. ttb je ada. mana dtg pun aku tak tahu. terima kasih byk2. terharu sgt. makan udang, ketam. kt jordan neh dah lah tak ada. sgt bahagia je duduk di sana. sehingga aku seakan akan terlupa yg aku dlm program diet. kiki

"Masjid Shiekh Zayed"

Apapun, segala kenangan, pengalaman sepanjang aku berada di UAE selama seminggu ini iAllah akan kekal menjadi memori yg terindah dlm hidupku..... kiki


Seterusnya...

Wednesday, May 6, 2009

MyWay : Please Leave a Message

Assalamualaikum;

Saya outstation sebentar. Dari 7/5 - 14/5/2009. Sila tinggalkan msg di sini ataupun terus msg ke telefon bimbit saya jika ada sebarang makluman ataupun yg rasa-rasa ada kene mengena dengan saya. Panggilan telefon tidak akan di jawab malahan akan trus di reject serta merta. HAHA. Akan tetapi jika ianya benar2 penting dan juga dari org2 yg penting, iAllah la saya akan melayan panggilan itu. Doakan perjalanan saya sentiasa berada di bawah lindunganNya.. Doakan juga, slmt pergi dan selamat kembali. InsyaAllahu Ta'ala...



Saya mungkin online YM. Tp not rili sure la. Ada connection ke tidak. Depend on connection laa. Kot ada.. Leh la on. Kot xde. Maka terputusla hubungan aku dengan alam maya ini.

Korg sumer jaga diri elok2 k? ahakz..

*Tak perlu tgk baca lagi kat bawah neh sbb mmg tak ada apa2.. tak percaya bukak laaa.... tapi kot2 rasa mcm ada apa2..bukak je laa. tp aku rasa bek korang tak payah bukak laa.. buang masa laa... ikut laa.. nak caya tak nak.. aku dah ckp. klu korang bukak jgk.. jgn salahkan aku.k?huhu...



AKU DAH CAKAP TAK ADA APA2..DEGIL!!!! PADAN MUKA. INGT AKU MENIPU KE? AKU TAK PANDAI NAK MENIPU TAU.. HUHU.. DAAAA


Seterusnya...

Monday, May 4, 2009

MyWay : Aku Silap Harini!

Assalamualaikum;

Harini hari selasa. dengan penuh semangat nak pegi kelas neh. siap2. smart2.. pakai contact lens. rasa mcm nak pki topi je. tpi tak apa lah kot. tak payah lahh sikat2 rambut. spray2 perfume. smgt neh nak g kelas.. siap sikat tepi lagi. pasang ipod. pakai kasut. harini aku terakhir yg keluar rumah, so aku kene kunci umah laa...

angin kuat kat luar. suhu.. not very sure brpe, tp sgt bahang. jalan je la. pakai bj tshirt lengan pendek je neh. tak ada masalah. keluar je dari lorong umah aku... woooooshhh...wooshhhhhh.... habih rambut aku. menyesal tak pakai topi. dah sikat smart2.. angin kuat gile.. habih terbang sumer. di sertai dengan pasir2 pulakkk.... jalan jugak. sbb niat yang 1... nak g kelas.. esok ada exm tuk kelas yg aku dtg neh. so nnt kalau ada apa2 maklumat nnt tak tahu pulak. tu pergi jugak tu..rajin kan?

jalan lagi smpai penghujung blok umah aku, woooshhhhh...woooooshhhhhh... angin lagi kuat.. pasir makin menebal. siap ada batu2 kecik lagi. tak boleh nak jalan mengadap kedepan. kene jalan berundur je. dah la pakai contact lens. pedihnya mataaaa... rambut pun da rosak. belum sampi kelas lg.. jalan jugak neh.. ke belakang pun ke belakang.. dalam hati
"ada yang naik taxi neh kang.." tapi stesen bas da dekat da.. "naik je la bas..jimat sket" masih lagi nak berjimat. spttnyer fikirkan kesihatan atau pun selamatkan diri dari debu2 itu...



" Pasir yang nk dtg dari depan aku"

" Yang baru lepas melalui aku"


Aku naik bas jugak utk g kelas. masa itu muka dah gatal2 dah, sebb penuh dengan debu2 suci. rasa mcm tayammum pun ada jugak. tak ada tisu, tak ada apa, sapu2 gitu je la. aku pki tshirt warna hitam, so nmpk ketara sgt debu2 yang melekat kat baju aku. aku kibas2. tp sbb pasir2 halus. tak leh nak g mn laa.. bas da penuh, bas memulakan perjlnn.

angin masih lagi kuat. bas pun bawak slow je. jarak penglihatan lebih kurang 100m je waktu itu. wlwpun tingkap bas tetutup rapat, tapi debu2 halus tetap membolosi masuk ke dalam bas. sesak nafas aku. aku selak langsir bas. nmpk pokok melentuk2 di tiup angin. mcm tepi laut je. tp ape kejadahnyer tepi laut. laut dgn tempat aku neh lebey kurang 400km keselatan. tabah.

hampir nak smpi simpang u-trun nak masuk simpang universiti aku, sekali lagi ribut dtg. kali ini lagi tebal. bas terus memberhentikan kenderaan di bahu jalan smbil pasang lampu hazard. tunggu jap biar reda sikit. jarak penglihatan ketika itu aku rasa.. 20m je. agak2 mcm dah reda, bas jalan balik terus menuju ke bas stand university.



Smpi ke destinasi. aku turun. angin masih lagi kuat. aku tak tau cmne rupa aku masa itu. dgn rambut aku terbang2.. huh. jalan je la. yang penting sampai kelas.


on the way nak g kelas itu debu dah kurang. tapi angin masih lagi kuat. sesekali rasa mcm tertolak dek angin je. sbb dah ringan kan skrg. tu yg rasa melayang2 je angin tolak.. kiki..

akhirnya aku smpai jugak kt kelas. aku pegi toilet dulu. basah2 kan muka, basahkan rambut. sbb sgt tak selesa. pastu masuk kelass. kelas pun penuh dengan debu. meja2 berdebu. kerusi. semua berdebu. sapu2 sikit. duduk tgu doktor dtg..

doktor dtg, tapi tak belajar pun.. amek kedatangan je... aku tabah. rasa mcm nyesal pun ada. tp tak apa lah, at least amek kedatangan supaya tak kene bar pulak nnt dari amek peperiksaan final dan at least moga2 ada keberkatan di situ untuk mencari ilmu wlwpun meredah ribut pasir..

waktu nak balik, angin masih lagi kuat. pasir2 pun ada lagi. tpi tak setebal waktu pergi tu. jalann..je wat tak tahu.. dah balik..tak pedulik dah rambut. tp mata neh je.. pedih. aku silap harini!


Seterusnya...

Saturday, May 2, 2009

MyWay : 24jam Berbahasa Arab

Assalamualaikum;

"SEDIKIT KEBERANIAN SUDAH CUKUP UNTUK MENGATASI KETAKUTAN YANG BANYAK"


Semalam aku memberanikan seorg diri untuk memperbaiki, memperkaya dan mempelajari bahasa arab aku dengan cuba untuk tinggal bersama-sama dengan keluarga arab selama 1hari. sebagai langkah pertama la kononnya, aku nak tgk sejauh mana penguasaan bahasa arab aku setakat ini. ini adalah kali pertama aku mengasingkan diri aku dengan rakyat Malaysia di sini dan pergi ke sebuah kampung yang bernama As-Sarhan, 500m lagi ke border syria demi mempelajari bahasa arab. suasana kampung itu amat damai. tiada seorg pun bangsa asing yang tinggl di kampung itu melainkan aku pada ketika itu. dengan berbekalkan kalimah bahasa arab yang aku pelajari selama 4thn disini, aku melangkah berani menuju ke rumah Syeikh Muhammad Elliyan Awdah As-Sarhan demi merealisasikan matlamat aku. Syeikh menyambut baik hasrat aku. Aku gembira kerana diberi peluang. ikut hati nak je 3hari dua mlm. tapi aku tak nak menyusahkan penghuni rumah itu wlwpun nampak semuanya serba sempurna. aku di layan dengan penuh baik sekali selama 24jam.

Niat asal aku nak betul2 asingkan diri aku dengan bahasa selain dari bahasa arab. rasa mcm nak tutup henset. tak bawak leptop. semualah. segala yang tak berkenaan dengan bahasa arab. tpi fikirkan kalau2 ada kecemasan, ssh plk nnt org nak contact aku. tak apalah..on saje henset. tp iAllah tak nak msg, surfing mahupun chat kalau pun on melainkan kecemasan. itu sahaja.

Selepas pulang dari kelas, aku sibuk2 mempersiapkan diri utk ke sana. lipat2 baju mana yang hendak dibawa, brg2 yg hendak di bawa sedangkan kawan2 lain sumer sibuk untuk ke mutah bagi menghadiri temasya sukan antara university di sini. aku tak sertai mereka. tp tetap dengan matlamat aku. tepat pukul 5, syeikh datang rumah aku jemput aku dirumah, utk d bawa kerumahnya..bermulala perpisahan aku dengan dunia melayu aku.......



1800 - Aku sampai dirumahnya dan dihidangkan dengan teh 'o' selamat dtg kepadaku. anak2nya yg dah kenal aku berebut2 utk bersalam dengan aku selepas mereka tahu aku telah smpi. kami berbual seluruh keluarga sementra tgu waktu maghrib

1920 - Kami bersolat jemaah bersama-sama di masjid. turut serta anak2 syeikh yang masih kecil, solat di masjid. selepas solat, bersalam-salam dengan jemaah yang lain dan berkenalan di antara satu dengan yang lain. salah seorg dari jiran syeikh turut serta bertandang ke rumah syeikh bersama-sama dengan aku.

2000 -
kami berbual2 antara aku, syeikh, jiran syeikh dan anak2 syeikh. suasana amat meriah. aku menceritakan berkenaan dengan malaysia, pergi haji, menjawab segala persoalan yang ditanya oleh syeikh dan jiran serta anak2 mereka yang sgt byk ckp. 6org lelaki kesemuanya. manakala isteri dan anak perempuan hanya duduk di dalm kerana budaya arab tidak membenarkan anak ppuan dan isteri keluar menemui tetamu.

2045 - azan isyak berkumandang, kami ke masjid untuk solat isyak secara berjamaah. mlm itu sejuk aku mengenakan sepasang jaket untuk menghalang diri aku dari sejuk. nampak x da kurus :p. perjalanan pulang, anak syeikh menerangkan kepada aku kawasan tempat tinggal mereka.

2130 -
makan malam sudah tersedia, aku pun makan dengan syeikh dan anak2 serta jiran yang bertandang tadi. aku di jamu dengan sedulang ayam dan kentang yang dimasak dengan sos tomato. di makan dengan roti. sgt sedap hidangan itu wlwpun amat simple. dlm dulang itu, aku rasa ada laa...4ekor ayam kot. sbb aku tgk ader 4 leher. utk di makan seramai 3orang saje pada asalnya. tp aku ajak je anak2 die tu makan 1x. ye laa..byk gile..selesai makan, duk bersembang2 lagi...tv ada kt dlm umah. ruang tamu die neh, mcm ada 1 bilik khas utk tetamu. tak ada apa pun dlm neh.. sofa2 je..sofa2 yg duduk kt bawah..pndai2 la imagine

2300 -
syeikh minta izin nak tido dan tingglkan aku sorg2 je kt dlm ruang tamu itu suh aku tido jgk sbb esk nak bgn pg kan... anak2 die nak tido dgn aku pptnyer, tp abah die tak bagi. suh tido dlm bilik masing2 jgk..

0000 - guling2 tak leh tido... tak taw nak wat pe. ye la kt umah aku biasa tido pukul 3++ kdg2 pas subuh br tido. ttb g umah org suh tido kul11. huh..tabah. so, aku tgk la hp aku. godek2..teronline jgk akhirnyaaaaa...huh.pastu terchatting jgk laaa..huh!tp nsb bek sekejap je..sbb batt aku dah low masa itu. aku plk tak bwk charger sumer. kang hp mati kang. payah lak..so, bile dah ckp low tu, trus je la stop.kiki...

0430 - bgn tuk smyg subuh berjemaah di masjid

0500 - pulang dari masjid, syeikh tu kater, tak ada nak buat apa..tidur sajaa..kiki

0800 -
anak2 die dah bgn, dah bising..aku bkk pintu, sumer masuk. lompat2 jmpe aku. ye la smlm xdpt nak tido dgn aku. pastu syeikh pun masuk jgk.. nyembang2 lagi...haha

0830 - sarapan d sediakan, ada roti, cheese, yogurt, minyak zaitun, zaktar, humus, telur, buah zaitun dlm kuantiti yang byk. tak reti aku nak mula yg mana 1 dulu. aku pun buat2 taw je la..colek2 je mn yg agak2 aku rs best..pas mkn duk nyembang2 je laa..sementra tgu jumaat...

1100 - siap2 nak g smyg jumaat. mandi pe sumer...

1200 - g smyg jumaat..

1330 - balik sembahyang jumaat. singgah kedai. belikan anak2 die neh ice cream, kropok2..sgt seronok mereka.

1430 -
aku d bawa jalan2 ke kawasan sarhan itu, pergi tgk padang, g tgk kelas mengaji, sekolah anak2 die, pergi ladang anggur, main2 air kt empangan. pergi tgk kubur, g tgk tanah syeikh neh, ada tanam gandum. pastu pergi mendaki bukit. nak tgh seluruh kawasan itu serta nampk syria dah. cuaca kurang baik, jadi tak nmpk sgt la..kabur2. pegi rumah bapak syeikh neh, pegi umah abg die. best2...

1600 - bersiap2 tuk sembahyang asar.

1630 - pulang sembahyang asar dan makan tengahari pulak... ini pun byk gile jgkk.. 1dulang jgk

1730 - siap2 nak balik

1800 -
smpi rumah semulaaaaa...


tamatlah kisah aku mengasingkan diri aku dengan bahasa melayu selama 1hari. byk gile faedah yang aku dapat dari percutian aku ini. byk gile perkataan baru yg aku dpt smpai xingt2 apa perkataan itu. lupa dah. syeikh ajar aku, anak2 die ajar aku. jiran die. jemaah masjid. semua lahhh..

ini adalah usaha aku utk memperkukuhkan bahasa arab aku sebelum balik nnt. kalau dah balik nnt celah mana pulak nak ckp arab lagi kan.. wassalam


Seterusnya...

Friday, May 1, 2009

Restaurant Reviews : Hindi Wok Express

Assalamualaikum;

Malas gile nak hapdet blog sblm2 neh sbb rasanya mcm tak ada cerita je nak cerita kt dlm blog neh. So, boring2 aku baru balik dari percutian 24jam aku semalaman, aku hapdet jap la tuk labels yg da lama aku tak hapdet. aku nak cerita pasal sebuah restoran yg aku makan hari rabu lepas kt city mall - Amman.


::INFO RESTAURANT ::


Nama Restaurant : Hindi Wok Express
Lokasi : Food Court City Mall, Carrefour, Amman
Hari : Rabu
Tarikh : 29 April 2009
Masa : 245 petang
Jenis Makanan yang dipesan : Nasi Briyani dan Syugof* masak merah


Harga : JD3.600
Jumlah bintang : 1bintang setengah.
Ketepatan waktu : Lembab jugak
Kesedapan makanan : Basic sgt. tak padan dgn rege.

"Sebelum Makan"

"Lepas Makan, tak abes pun...xlalu dah"

Komen : Bek g makan KFC. Mcm agak menyesal je. ingt mcm best..huh..


Seterusnya...

  ©:: MyWay [v2.2] ::. Template by Dicas Blogger.

TOPO