Monday, May 25, 2009

Kembara : Wadi al-Mujib

Assalamualaikum;

PEMBACA ENTRY INI HENDAKLAH MEMPUNYAI SIFAT SUKAKAN CABARAN, TIDAK KENAL ERTI MENGALAH DAN SEMANGAT SETIA KAWAN YANG MENEBAL. SELAIN DARIPADA ITU, ANDA JUGA HENDAKLAH PANDAI BERENANG, MEMANJAT BATU, TALI, SIHAT TUBUH BADAN DAN BERAT BADAN KURANG SIKIT DARI SAYA. SELAIN DARI ITU, SILA JAUHKAN DIRI ANDA DARI ENTRY INI!

SUBHANALLAH! mengagumkan! Tabah! Siapa yang suka kan cabaran. Datanglah ke Wadi al-Mujib. The best river tracking ever!

Smlm aku join budak2 Flickr g shoot pic kt Wadi al-Mujib yang lebih kurang 70km dari bandar Amman 20km dari laut mati. Dengan kadar byrn JD9.500 tuk pelajar, kami memulakan tracking kami seawal 1130pagi waktu Jordan.

Kami berlima terdiri daripada aku sendiri, kemudia saudara Arul, Saudara Anwar, Saudara Haris dan Kak Yez masing2 bersiap sedia dengan kelengkapan masing-masing untuk memulakan perjalanan. Pada awal perjalanan semuanya tenang sahaja. Setenang air di kali. Kami bergelak ketawa sambil mengambil beberapa keping gambar utk dijadikan bukti kami merupakan orang Malaysia pertama yang menjejaki Wadi al-Mujib ini.


Di pertengahan jalan kami, kami sempat menyapa beberapa pelancong asing yang beransur keluar dari jalan yang sama. Kami berselilisih dengan ramai pelancong asing. Ada juga yang menceritakan pengalaman kritikal masing-masing ketika 'di dalam'. Kami hanya mengiyakan sahaja kerana kami sgt sibuk mengambil shoot2 yang menarik utk koleksi kami sendiri.

Perjalanan kami semakin jauh ke dalam. Suara air smakin kuat kami dengarkan. Paras air semakin meningkat. Dari peringkat awal setinggi buku lali je. sekarang sudah naik ke paras lutut. Kami masih riang gembira. Menyanyi2 sambil bergambar. Kawasan ini saling tak tumpah mcm laluan masuk ke Petra. Cuba bezanya laluan ini berair. Menyusuri sungai utk ke dalam.

Paras air semakin meningkat ke paras pinggang. Kami mengambil keputusan untuk berhenti sebentar di tebing sungai untuk mempersiapkan diri dari sebarang kemungkinan yang kami tak tahu lagi apa yang bakal kami tempuhi di depan. semua barang2 elektronik kami balut elok2. masukkan dlm plastik. plasti double zipper mcm plastik ubat tu. balut smpai 3-4 lapis agar benar2 selamat tak dimasuki air. camera masing2 dah la mencecah RM2k-4k. kang kot masuk air ke kang pe kang.. tabah! sesambil itu kami makan sedikit makanan yang kami bawa utk berkelah apabila sampi di puncak nnt. [stat sini xbyk gambar. sbb sepanjang perjalanan kami berada didalam air pada paras bahu]

perjalan di teruskan.. dari air paras pinggang naik ke dada. sesekali ada lubuk. tenggelam terus. kemahiran berenang amat diperlukan. suara air makin jelas. menyusuri terus kedepan. batu2 besar sungai mula kelihatan. kami melompat2 di atas batu utk meneruskan perjalanan. sehinggalah kami berjumpa dengan terjunan2 air kecik tetapi arus sgt deras. kami melawan arus. bag kami junjung. air paras bahu. perjalanan masih di teruskan.




arus semakin kuat dan laju. sehingga kami berjumpa check-point yang pertama. kami dikehendaki melawan arus yang sgt kuat, sambil menyusuri tali yang disediakan, paras air sgt dalam. tak jejak tanah. mendebarkan! aku dengan anwar berjaya melepasi check point itu. tapi masalah kepada kak yez. 3x mencuba masih tidak melepasi. air sgt kuat. paras air sgt dlm. kekuatan tgn sgt diperlukan. itu sahaja yang ada. utk mengeruskan perjalanan. setelah cubaan ke-5. barulah kak yez berjaya. sgt kagum dengan semangat kak yez. perjalanan di teruskan. kemahiran memanjat, mengelonggsor, merangkak, mengensot, melompat, meniti, berenang dan menyelam semua di perlukan. masih ada berbaki 2 check point utk di tempuhi..

smpi check point ke-2, ada air terjun setinggi 3m barangkali. kami dikehendaki utk memanjat keatas. mengikut arah air terjun itu. momentum air sgt kuat. tali di sediakan. sapa yang terlepas, pasti terjun menjunam ke dasar sungai bersama2 dengan air terjun itu. utk checkpoint kali ini aku gagal pada cubaan pertama dan mengalah! sbb pd masa itu aku seakan2 telah menggunakan seluruh tenaga aku. bayangkan sahaja rock climbing, tetapi ada arus air yang dtg dari atas kita. sgt berat utk bwk badan aku. dengan bawak bag lagi.. aku tak mampu. tapi melihatkan kak yez berjaya. amat tercabarlah aku. aku mengunakan seluruh kudrat yang ada. sedikit demi sedikit. aku melonjakkan diri aku keatas, aku berjaya! smpai kat atas air terjun itu. aku semacam nak pengsan. badan mengigil. letih!

check point ketiga, agak mudah. tepi sekali lagi menongkah arus yg sgt deras. kak yez tergelincir, jatuh di bawa arus. nasib baik xsmpai kt air terjun pada checkpoint ke-2 tadi. tersangkat kt batu2 besar. kalau tak, aku rasa ada yang balik berempat je..

apabila selesai mengharungi check point ke 3 itu..Nah, terpampang lah pemandangan yang begitu indah 1x. KAMI BERJAYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.... segala perit jerih tadi hilang apabila smpai di penghujung! air terjun yang setinggi rumah 4tingkat. mengalir deras.. kami melepaskan penat disitu, mandi manda. makan. amek gambar. Alhamdulillah..semua selamat..

Pejalanan pulang kami tidak begitu bermasalah. kami hanya terus melompat dari tmpt yg tinggi ke bawah. dan terus berenang ke tebing sehingga ke kawasan permulaan tadi yang agak cetek. kami pulang dengan kepuasan. sgt berbaloi bagi mereka yang sukakan cabaran seperti kami. tahniah kalian. kita berjaya!

*Tracking duration : 5jam masuk - 2jam balik
*Sila rujuk aku kalau korang nak pergi.. haha.. siyes neh.. brg2 pe yg boleh bwk, pe yg tidak. huhu... tp mmg best laaa... dlm byk2 tmpt kt jordan yg pernah aku g.. ni la paling best!

15 Orang Berani Mati:

::alifdalmim:: said...

wah...da buat rekod da kt jordan..

p.s : nap lepas ni tukar la kt gmbr atas blog ko tuh...tulis mcm ni AMM-AUH-BKK-KL..ahakz!

arulz said...

yeah!!! mujib mmg beh..kalah xplorace..haha...we did it gang !!

Firdaus Masnan said...

wahh..
dh buat perjumpaan nampak..
mantap...
ahli flickr towwhh..

nak tengok hasil TT..
mcm best jek menembak.

anap_ilmi said...

:: Alif :: Dal :: Mim :: :xpyh dam.. kekalkan jee.. ahakz

arulz : jom pegi lain track len plak. ahakz

Firdaus Masnan : Ngeh2..xsangka kak yez itu kenal ko jgk.. check je flikcr diorg.. mantap2 pic

farish izaryl @izreez said...

alah sonoknye haha nk gak join anap!:p

Faizal@poyan said...

salam anap..
emmm kiranya hempa semua manusia malaysia pertama lah sampai kat ctu.. so nak dpt gelaranm datuk lah ni

hIrOsHiNaRi said...

da xsempat..sia-sia je cite kat aku ni...eh ko cite kat aku ke?hehe

anap_ilmi said...

rizz : jom2 tracking hutan kt mesia lak..layannnzzz

Faizal@poyan : of coz!

hIrOsHiNaRi : sape suh balik awall..huhu

h a r i z, H said...

haha bro. aku link sini eh?

part aku nak lemas tak cerita? hoho. horror gila tuh. cuak2

f a i r u z said...

tak bes lansungggggggg......
huk huk huk
nanges akuh

anap_ilmi said...

h a r i z, H : boley2..sila2

f a i r u z : haah..xbest punnn..kiki

eiyda said...

waa..cam best la wadi tu..dpt mandi manda..adventurous betul!!

.0hbintang!. said...

nak g..

);

ps ; hemohemo ckgu adammm..dush kang.haha

anap_ilmi said...

eiyda : yes..mmg sgt adventurous!

.0hbintang!. : g la jmpe adam.. suh die blanja... semua org.. die kaya da tuu

serjqing said...

double U Tee Ef??? guane jordan buleh ade tmpat gini???dop logik bhaii!!!aku nok gi gop ah..bengang aku...

  ©:: MyWay [v2.2] ::. Template by Dicas Blogger.

TOPO