Tuesday, August 18, 2009

Info : AirAsia Will Fly To Middle East!

Assalamualaikum;

Wah3...balik2 exam terus hapdet neh! Ye laa.. mcm lamaa je aku xmenulis. Lama ke? xdelah. Sebenarnya since aku sibuk twittering dengan BOD AirAsia (AA) 2-3 hari neh. Natijahnya.. die suruh aku hantar CV aku kt die ON HIS PERSONAL EMAIL! U GOT THAT? Mcm...xcaya pun de. Tapi tak caya2 pun.. nak tgk bukti ke? Keh3. Aku cakap kt die, since AA nak fly ke MidEast neh, die xnak ke carik orang mcm aku neh? Orang melayu yang boleh bercakap, menulis dan membaca Arabic dengan baik (biasa la kan.. ayat2 nak carik keje neh kannn, kene la up sket kannn) pastu lepas 2-3 tweet je.. Die pun cakap.. Oklah, U leh hantar CV u. Nt i akan semak... Ini Email i ye... #####@airasia.com. ngeh2.. Tak tau nak cakap pe.. br suh hntr CV, dah srnk mcm dpt keje jee.. Aparaaa... Tp tak salah kan klu mencuba? Aku byangkan aku keje dgn AA kt area MidEast neh. Yey.. Best2! Aku ske. Sbb aku rs mcm besttt je la plak duk area2 MidEast neh dari duk Mesia, pijak setanah dengan orang tu... Bek aku lari jauh2. Tak de jumpe2 lagi... Tak nak jmpe aku sgt kan? Eh, apa aku cakap nehh... Astagfirullah... huhu

Berbalik pada topic asal kita, ye, AA akan terbang ke MidEast. Menjadikan AUH @ Abu Dhabi sebagai Hub airport die. Apa die? Abu Dhabi? Mcm pernah dtg je kt sana... Jugak mcm ada cinta yang tertinggal di Abu Dhabi. Eh, Apa neh? ANAPPP... STOP IT! Pening..br pas exam kannn.. ngeh2.. eh, AMM-AUH-KUL? ngeeee :D

Die (AA) akan memulakan penjualan tiket pada awal bulan depan dan di jangkakan akan membuat penerbangan pertama pada akhir November. Sekarang ini AA still under progress nak wat MOU dgn syarikat2 penerbangan sambungan dari AUH ke Jeddah/Madinah, Mesir, Iran dan of coz.. JORDAN. Tq AA sbb pilih JORDAN sbg destinasi anda. I LOVE AA. Maka terbeliak la mata Syarikat Penerbangan Subsidi Kerajaan Malaysia bile taw AA nak fly ke JORDAN. Yang die tu, duk cut-route je xabeh2. Dah la Cut-route, pastu cut-cost pe sumer.. Ntah apa yang tinggal tuk status penerbangan 5bintang pun aku tak taw laa.. bek Skytrax buat penilaian balik taraf bintang syarikat penerbangan itu dan berikanlah bintang sewajarnyer.. huhu

Kalau tak caya la kann anda boleh tgk sniri iklan diorang neh kt web diorg nehh...

Anda jugak boleh check twitter diorg tuk dptkan fast hapdet berkenaan dgn diorg2 neh.. melalui twitter aku... kiki...

Maka, sape yang habis fasal awal n seterusnya nnt, boleh la mendapatkan tiket penerbangan dengan harga murah.. boleh la balik mesia tiap hujung minggu klu boring2 tuu... kan3.. huhu..

AKAN TETAPI.. bende murah kan, kadang2 tak begitu indah. Anda jgn lupe, AA ni adalah Syarikat Penerbangan TAMBANG MURAH. So, bile TAMBANG MURAH tu kan... Mmg sumer akan mcm murah je la kann.. Harga yg kita dpt tu nnt mesti tak termasuk Harga makanna dan minuman dalam flight, bayaran tuk bagasi, alatan keselesaan (selimut n bantal) mcm pegi London tuu... tp xpela kann..asal smpai...dah laa..babai..

*Cuti musim panas bermulaaa....nak buat apa eh? boringnyer... Ish, nak pose... Salam Ramadhannn

*Seterusnya Tiada


Seterusnya...

Thursday, August 13, 2009

Semasa : Teman Peperiksaan

Assalamualaikum;

Dengan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menempuh Peperiksaan Akhir Semester kepada semua kawan-kawan seperjuangan saya di sini. Tak lupa juga kepada diri saya sendiri. Semoga dipermudahkan segala urusan dan mendapat keputusan yang cemerlang bagi semester kali ini. Tak ketinggalan, semoga ilmu yang kita perolehi pada hari ini akan menjadi bekalan untuk kita pada esok hari.

"Sahaja Aku Periksa Pada Akhir Semester Ini Kerana Allah Ta'ala"

Bersama-sama dengan ini aku nak bekalkan korang teman sepanjang peperiksaan ini


Dua buah lagu lama yang smpai harini lagi aku still dengar. Kalau tak percaya korang tanye la roomate aku. Encik Abu. Ahakz...

ILMU - HIJJAZ



Lagu ini pulak, aku rasa lagu paling lama pernah aku dengar secara berterusan. Iaitu selama dua bulan setengah aku duk ulang2 lagu ni je. Diperkenalkan oleh x-Roomate aku aku, Encik Decco.

MIMPI YANG INDAH - MESTICA



Semoga kita sama-sama berjaya dalam peperiksaan kali ini. Bagi yang balik Malaysia lepas peperiksaan itu, Jangan asik nak ingat balik je. Tumpukan dulu peperiksaan. Kemudian pas abeh exam, br la kemas2 barang tuk balik Mesia ye.. Klu tidak.. ada yang tak leh jawab exam nnt kang... haha..mcm best je nasihat2 org...

Maafkan segala salah silap. Doakan kejayaan Kami ~


Seterusnya...

Wednesday, August 12, 2009

Respond : Facebook??

Assalamualaikum;

Alhamdulillah, atas segala nikmat dari Allah. Tuhan sekelian alam.

"Common la wey, tak ikut perkembangan langsung tak ada facebook. Orang sekarang ni sumer main facebook tau. Dah tak ada dah.. frienster2 lagi" -Ada la budak tuu...

Sekarang ini semua orang asyik membincangkan pasal facebook. Facebook best. Facebook matang. Facebook lain dari yang lain. Facebook itu ini. Facebook la segala2nya. "Kau tak ada facebook kan? Kenapa kau tak main facebook? Semua orang ada facebook. Kau je xde.." (Sambil menjelirkan lidah kt aku. Kalau mak2 dulu, lama dah die cakap "Aku potong kang lidah ko tuh!")

Harini aku cuba untuk respond dengan kutukan2 serta cemuhan2 yang di lemparkan ke atas aku sebab aku tak ada facebook!

  1. Aku rasa macam malas dah dengan social networking web neh. Sebab aku rasa semua bende-bende itu sama je. Memula kene register, kemudian kita kene upload gambar. Pastu, add friend. Kemudian, comment2. Kemudian, reply comment. Semua social networking web samaa jee lah!
  2. Aku rasa macam dah smpai masanya aku kurangkan aktiviti cyber aku neh dan facing to the reality of life. Banyak bende lain lagi yang boleh aku gunakan masa internet aku neh untuk mencari peluang-peluang kerjaya pada masa hadapan dari aku berFACEBOOK
  3. Da banyak sangat dah aku daftar2 bende2 gitu. Tak larat nak maintain. Skrg ni aku layan blog ni, Twitter ngan youtube je..
  4. Aku boikot FACEBOOK!

Sukehati la kan orang nak cakap aku ape pun. Tapi setakat ini la kan, aku akan Say NO 2 Facebook, MELAINKAN, jika ada sebab2 yang menyebabkan aku terpaksa jugak bukak acc facebook itu. COntohnya, syarat2 nak keje kene ada facebook ke.. apa ke.. baruu laaa... itu pun terpaksa jee...

Sekarang ini aku layan Twitter je dengan secara serius. Twitter ni lagi best dari facebook. Aku boleh taw berita2, maklumat2, offer2, iklan2 dan macam2 lagi dengan pantas. Aku boleh tahu apa yang PM@Najib punya daily schedule contohnya. Kalau aku nak pergi jumpa die, aku just rujuk twitter die dan boleh berjumpa dengan die kalau nak. Mai la tgk twitter akuu..tgk kt tepi2 tu aku add sape...babai ~


Seterusnya...

Saturday, August 8, 2009

Semasa : 3 Profiles Updated!!!

Assalamualaikum;

Agak lama ye saya mendiamkan dari dari alam maya ini. Tapi sebenarnya ada je. Cuma tak tertype je kat sini. Maklumla sibuk dengan aktiviti seharian bernama PELAJAR (alasan biasa). Dengan assignment lagi, peperiksaan yang tertubi2, siap ada yang kene ulang lagi sebab dapat markah sikit (padan muka aku, sapa suh tak baca buku. Malam nak exam itu, aku sgt malas nak baca buku. Baru baca semuka surat, rehat 5-10mint. On the way nak ke dewan peperiksaan br tehegeh2 nak baca. Amek kau!!!) Pastu dengan aktiviti2 harian lagi. Sibuknyer laa.. Rasa mcm PM pun de. Haha.. Makanya, tak dapat la aku nak update blog aku neh WALAUPUNN banyak gile bende yang aku nak cerita kat peminat2 blog aku neh semua yaa.. Mintak maaf kepada semua peminat2.. LOL!

Tapikan, sebenarnya laaa kannn, disamping kesibukan aku dlm aktiviti2 harian aku, ttb mcm sempat jgk lak aku godek2 profile2 berdaftar aku kat prog2 web yang lain. Macam biasa lah kan, lagi2 nak exam ni, ptt baca la buku kan? Buku de je depan mata, TAPI tgn pegang mouse.. Siapa nak jawab itu? Adoiii... Permudahkanlah aku dlm peperiksaan ini...

Apa Profile yg aku dah Hapdet tu?


1. Tgk dekat taskbar kt atas tu.. Yang ada tulih, HOME - ABOUT ME - MyTWITTER - MyYOUTUBE .. haaa itu la yg aku dah hapdet. Aku dah tukarkan dari MyAWARD kepada yg itu2 laa.. utk nak tgk award aku utk blog ini, boleh click sniri kt label award kt bahagian label. Ok, tu 1.


2. Apa itu Twitter?
Twitter itu aku gunakan utk fast n short hapdet aku. Kalau mcm aku xsempat sgt lah kononnyer nak hapdet blog aku neh kannn.. Aku tulih kt situ je.. Aku jugak gunakan twitter ini untuk mengetahui fast hapdet org2 yang aku dah add. Contohnya Datuk Sri Najib, Datuk Sri Anwar Ibrahim, Sheikh Rashid al-Maktum dan ramai lagi lah, tokoh2 yang aku minat, aku dah add. So, senang kalau aku nak taw pe yg diorg tengah buat WALAUPUN aku yakin, bukan diorg yang hapdet sebenarnya, tapi ATLEAST, boleh taw la jugak perkembangan mereka. Korang pun leh sign up tuk twitter itu, pastu add aku dan korg leh jadikan sebagai hapdet korg kalau ada apa2 pengumuman ke, pe ke.. Widget die ada je kt tepi blog neh.. Boleh usha kt situ je kalau de pe2 hapdet tanpa perlu ke twitter profile aku... Aku tulih situ je.. korang bukak blog neh, tgk tepi tuu... Mudah, Cepat n Ringkas! Korg boleh tgk sniri la cmne. Aku nak terang pun xreti sgt cmne..

3. MyYOUTUBE
Itu adalah link aku ke Channel Youtube aku. Kadang2 ada je aku upload video tanpa aku hapdet kt blog neh. Sbb aku xmmpu nak menaip. Aku hapload je la video. Biar video itu sendiri yang bercerita. Malas aku nak menaip2.

So, itu je lah yg sempat aku bgtaw kt korg aktiviti terbaru aku skrg ini. Minggu depan dah study week. Pastu, Next wik dah finall.. wawawa... Doakan yang terbaik! Terima Kasih ~


Seterusnya...

Saturday, August 1, 2009

Sukan : Berenang

Assalamualaikum;



Yee...bertemu lagi dlm segmen sukan ye tuan2. Penuh betul aktiviti sukan saya pada minggu ini. Maklum la, masa musim2 panas ni la boleh nak bersukan pun. Musim sejuk, sejuk. Duduk rumah je laa.. xdpt nak kuar mana2.. Bek duduk dlm selimut je.. Hibernasi...

Aktiviti Wilayah Dhubat diteruskan lagi dengan melakukan "Dhubat Water Day" di kolam renang MarryLand yang terletak di Hayyu Shimali (alaaa... dekat dengan mujammak Irbid lama). Terdapat sebuah kolam renang bertaraf olimpik baru di buka di sana. Dengan bayaran sebyk JD2 @ RM10 anda boleh berenang2 selama 2 jam tanpa henti.

Memandangkan Jordan ini sgt lah bermasalah dengan air, jadi ini lah peluang kami untuk bermain2 dgn air sepuas2nya. Bermain smpai xhengat lah! Smpi perut penuh minum air kolam.. YUCK!

Kolam ini tak de la berapa dalam pun sbnrnyer..paling dalam 2meter je.. klu jengket2 boleh berdiri lagi la...

Kami melakukan aktiviti ini di malam hari sebb di siang harinya, kami amat sibuk dengan aktiviti kuliah dan aktiviti masing2. bila malam2 mcm ini, baru lah ada free tuk buat prog bg wilayah dhubat... ekekkee

Di sini ada juga terdapat kemudahan2 asa seperti toilet, kedai, meja, kerusi dan taman permainan kanak2 yang mempunyai GELONGSOR yang sgt best!~

Tepat jam1130malam, wisel ditiup menandakan semua kene naik ke atas.. sementra tgu van, kami bergambar dulu di depan pintu masuk pusat akuatik Mafraq ini...

Kami pulang dengan gembira sambil menyanyi2 dlm kreta.. ahaha

*sebenarnya ada beratus2 gambr yg dpt d rakam pada mlm itu. siap dengan video lagi.. tapi tak dpt nak siarkan atas alasan diorg tak tutup aurat. hahahaha


Seterusnya...

  ©:: MyWay [v2.2] ::. Template by Dicas Blogger.

TOPO