Friday, December 5, 2008

MyWay : 8 days 17:14:23

Assalamualaikum;

Camne sumer rini? Ok ke x? Klu Ok, Alhamdulillah... Klu xOk, aku doakan korg Ok2 sajer lepas neh.

Rini aku nak cite kt korg pas leptop kesayangan aku neh, yg dihadiahkan oleh abah aku sempena aku balik cuti thn 2007 dulu. dah sethn lebey dah aku pki leptop neh. menggantikan sebuah leptop yg lg aku syg, 4thn dgn aku. kemana2 je dgn leptop tu, wlwpun leptop tu berat..smpai tepi laut, tepi sungai pun, leptop tu penah g..Yela, zaman2 tu..bawak leptop..[mcm best je] hehe..

Ms minggu busy aku last wik, aku sempt print screen Wireless Network Connection Status kt umah aku neh ha..korg tgk la, berape lame leptop aku neh xtutup! 8 days, 17 jam, 14 minit, 23saat. [tatkala aku print screen leptop aku neh la]..aku rs, skrg neh, time aku menaip neh, dah nak masuk 9 day dah..haaaaa...kan dah btul [ttb je].


Risau je leptop aku neh jammed kang..ye la, xbrenti2 bekerja [bekerjaaaaaa lah sgt!] kerja ape?huh..duk nyala je laa..tp aku bukan ader pun kt dpn leptop neh, duk jalan sane sini, g umah org std. xpun, kuar g makan ker, jarang jugak nak lekat umah. tu yg klu buzz2 sllu mcm xdek jew..sowi

Ape keburukan sbnr klu on lama2 neh tanpa rehatkan die kejap neh ek? yg aku taw, nnt die jd mcm lembab sket la...tp so far, mcm ok sajer..xde masalah pun. aku jaga btul leptop aku neh.virus pun xde. xde lah mcm kawan aku tu, virus berjoget2 dlm komputer die tuh [alamak..terlebih sudahhh] haha..daaaa

*ke, sbb aku kene virus blogger?


Seterusnya...

Wednesday, December 3, 2008

MyWay : Seminggu

Assalamualaikummmmm;

Apa Khabar sumer? [sambil menghalakan mic kt korg sumer] Apa? xdgr laa..apa khabar sumer? hehe..gile!mcm 2 la jdnyer bile lame dah xjenguk2 blog neh ha..bz dgn xm laa..akhirnyer selesai jugak xm2 aku, skrg ni tinggal nak siapkan assignment+hafal quran+hafal qawaid fiqhiah+tgu final exam sajer neh..ahakz..bestnyer...Gud luck aku ucapkan kat sape2 yg xabeh exm lg..terutama diorg2 yg terpakse tgu pas rayer...rayer?huh..simpan dulu cite rayer, nnt aku cite len kali...

kali neh aku nak membawa sorotan selama seminggu aku..kite nak hapdet balik laa..dari stat mn yg aku tinggal tu..hehe

Last 1x, klu tgk kt posting sblm neh, 27 Nov. skrg neh, dah 3Dec. uhuk2 lame gaks tu..ok xpe2..

28Nov - Harini ada malam pra penutup minggu bahasa arab, team aku yg terdiri dari Apek, Afiq, Arul, Fezal Melaka, 2bdk baru..hehe..[sowi weh, serius aku xhengat nama korg lagi...] telah muncul juara dlm pertandingan kuiz. Dan dengan ini, aku nak bgtaw korg "Kami mmg xjangka kami akan menang dan akan menentang pihak pelajar ppuan pada majlis penutup minggu bahasa arab neh. siap lew korg eh!"huhu

Rini jugak aku ader dpt blog mail dari Melben.wahhh...jao nyer...merentasi benua taw..tq2...


Mlm neh jugak ader org arab kawen. bapak bising gile kawasan perumahan aku neh...mana tak nyer, kalau mcm neh lah gaya nyer majlis kawen...SAKSIKANLAH :



Mcm tu lah gaya org arab jordan neh kawen. diorg akan susun2 kerusi pastu bukak lagu kuat2, kalau lagu tu best xpe..mcm "Selamat pengantin baru" ker, pe ke kan..nih..hampeh..pencemaran bunyi. pastu diorg akan menari mcm org gile. nama tarian neh "DABKA".ms thn1 dulu rajen gak g org2 kawen neh. skrg neh, xde masa dah..byk keje lain lg. same je majlis kawen diorg neh..pihak lelaki akan duk berjoget kt luar, pihak ppuan joget dlm umah..same je..xde yg best pun.huh!

29Nov - Rini aku ader xm subjek "Hadir Alam Islami" yg membincangkan tentang umah islam skrg neh. knape umat islam neh lemah, mundur, miskin dan sebginya dan cara mengatasi dan mengetahui gerakan kristianisasi global. so far..ntah..ok je kot..

Rini jugak, dak2 tmpt aku neh g Haji. Zarep, Nasir, Hanis, Krey, Manan, Sabran+Bini die, Hafizul dan lain2 lagi laa..sempat jugak kami bergambar sblm mereka berangkat ke tanah suci. smg mendapat haji yg mabrur i-allah. jgn lupa doakan aku neh...

"Dalam gmbr neh, yg x pegi haji lagi ramai dari org yg g haji. hampes"

30Nov - Ahad, aku g klaz mcm biase. tp aku dapat taw yang harini mak aku masuk hosp. klu xsilap aku, ginjal die sblh kanan xberfungsi kot. ms aku call amk aku tu, die tgh tido. 2 yg xleh nak ckp byk sgt. bg die berehat sajer..Kawan2 tlg doakan yer.

Rini turn aku masak..sbb lame sgt xmakan nasik lemak. aku pun masak lah nasik lemak. laku weh!cpt jew abeh..ahakz

1Dec -bHarini aku Exam "Bahasa Arab 2" pulak. hampes tu. Payah lak ai..panas ati aku. rini jugak besday dolah, die beli kek je. dulu2 ader gak wt kenuri kendara..skrg neh..haram...

2Dec - Harini baru lah si dolah tu buat makan sederhana sajer..makan nasik ayam panggang..ayam mentah sket..tp ok sajer...lapa kann...mlm aku std sajer..

3Dec - Rini aku Exam "Usul Fiqh 2". So far, mcm ok sajer kot wlwpun aku std last minit smlm.

Rini jugak mak aku ader wt operation kecil tuk membersihkn buah pinggang nyer. alhamdulillah, so far, adik aku ckp..ok sajer..stable...

2je la kot yg smpt aku laporkan wt ms neh, cerita2 len..nnt aku upload kemudian ler..br je balik xm neh..skrg nak tidoooo...


Seterusnya...

Thursday, November 27, 2008

Info : AirAsia Fly to London

Assalamualaikum;

Saat yg aku tggu selama ini...1 lg destinasi terbaru AirAsia yg bakal menjadi tamparan hebat untuk syarikat penerbangan subsidi kerajaan Malaysia! AirAsia kini melebarkan sayapnya terus ke London, United Kingdom bermula dari RM499! Semestinya dengan harga yg 'bukan2'! Sesuai dengan temanya "kini sesiapapun boleh terbang", ternyata AirAsia terus mengotakan janji2 mereka menjadi syarikat penerbangan tambang rendah yg terunggul dirantau ini! Tema aku pulak nak sokong AirAsia neh, "Untuk apa bayar lebih untuk destinasi yang sama walaupun 5star services yang berbeza"..Ahakz..

Perhatikan Perbandingan Harga di bawah :


"Jika anda memilih untuk menaiki pesawat dari Syarikat subsidi Kerajaan ini, anda perlu untuk membayar sebyak RM4106 bagi laluan KUL-LONDON [Return]

"Lihatlah, total yg anda perlu bayar sekiranya memilih AirAsia"

AKAN TETAPI, jgn sangka aku sgt taksub dgn AirAsia neh. Aku flexible, memberi pendapat mengikut cara aku sendiri. Aku dah nek dah pun AirAsia neh. Wlwpun harga AirAsia tu "nampak murah" ketahuilah bahawa, harga ini, tidak termasuk :

  • Makan dan minum dlm penerbangan. Akan tetapi, anda perlu memilih menu anda semasa membuat tempahan tiket, JIKA MAHU. Setiap pilihan hidangan dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM38 SEHALA+SEORG [Tapi ini mmg konsep LCC. So, no prob la]
  • Bayaran bagi bagasi anda. Bagi setiap 25kg, anda di kenekan bayaran sebanyak RM100 SEHALA. klu tiket return, RM200 la jadinyer. [Ni plak mmg konsep AirAsia. No prob jgk]
  • Die bukan turun kt Heathrow (LHR), tp die turun kt Stensted (STN) [Jauh gak la dari Bandar London]
  • Tidak juga di sediakan peralatan keselesaan, mcm bantal+slimut. tapi leh request DENGAN BAYARAN JUGAK sebanyak RM25 SEHALA. [ni pun die nak berkira jgk, pe lah salahnya bg je..xluak pun]
  • Rege yg ader tu, leh dpt dgn byrn menggunakan Kad Kredit.
  • INI ADALAH HARGA PROMOSI SAHAJA
Maka, jika ditambah, ditolak, dibahagi serta didarabkan, maka harga tiket anda akan menjadi RM2233 bagi perjalanan Return serta makan dan minum, comfort kit [bantal dan slimut], serta bagasi 25kg.

Wlwpun still lagi murah dari syarikat penerbangan subsidi kerajaan Malaysia tu,lebey kurang 50% dari harga syarikt tu, tp cuba anda bygkan, kalau anda sekadar mmbayar harga asal tu, RM2007 tu..nek flight, juz bwk bag-pack ataupun hand-luggage sajer ler...pastu berlapar sepanjang 14jam perjalanan dan sejuk, xde selimut, sakit kepala, xde bantal..how eh?hehe

Kesimpulan,

Mcm aku penah ckp sblm neh, dlm review : AirAsia aku sblm neh, percayalah..bile anda naik AirAsia nih, anda akan rasai "murah" yg sbnr...semua bnde mcm die cut-cost tuk merealisasikan impian tambang rendah mereka. tp ape pun, kembali balik tema aku td tu.."Untuk apa bayar lebih untuk destinasi yang sama walaupun 5star services yang berbeza"

*Aku xtaw aku sokong ke tidak AirAsia neh sbnrnyer..tuk domestik..sokong lew kot..


Seterusnya...

Wednesday, November 26, 2008

Agama : Kafarah Puasa

Assalamualaikum;

Mcm dah lama xwt segmen agama neh, smpi lah smlm ada kwn aku neh die bertanya kan masalah nih berikutan kematian ayah nya pada 23 november 2008 yg lalu..Kita sedekahkan Surah al-Fatihah kepada almarhum ayah saudara Mohd Azlie bin Zulkiflie a.k.a Dolly.

Situasi :
Ayah azlie neh, die sakit sepanjang bulan ramadhan dan tak mampu untuk berpuasa fardu pada bulan ramadhan. kemudian meninggal dunia dan tidak sempat untuk menqada' puasanya itu sebelum beliau meninggal dunia.

Soalan : Apakah ada tanggungjawab ahli keluarga terhadap si mati yg tidak mampu untuk berpuasa sepanjang bulan ramadhan tersebut kerana sakit atau sebagainya?

Jawapan :
Tiada.

Jika ayahnya tidak mampu untuk berpuasa sepanjang bulan ramadhan kerana sakit atau sebagainya, kemudian beliau meninggal dunia, tidak sempat untuk mengqada' puasanya itu, maka terlepaslah tanggungjawab ahli keluarga untuk menggantikan puasa si mati.

Akan tetapi, jika ayahnya, sebenarnya mampu untuk menggantikan puasanya sblm beliau meninggal, akan tetapi beliau tidak melalukannya, maka ahli keluarga hendaklah berpuasa bagi pihak ayahnya. jika tidak mampu, hendaklah membayar fidyah bagi pihak ayahnya itu.

Terdapat percanggahan pendapat dikalangan ulamak berkenaan dgn hal ini. ada yg kata, menggantikan puasa bg si mati sekadar sunat sahaja bg ahli keluarga.


Seterusnya...

Tuesday, November 25, 2008

Info : ORANGE offer for Haj

Assalamualaikum;

Harini mungkin hari yg begitu d nantikan oleh semua bakal2 haji di Jordan ini. Alhamdulillah, berkat kesabaran serta doa semua, dpt lagi kita meraikan bakal2 haji untuk menunaikan haji pada tahun ini, setelah detik2 cemas yg dihadapi semua bakal haji tahun ini berjaya dileraikan dengan sempurna. Ucapan selamat berangkat dan selamat kembali aku ucapkan kepada semua. Kerjakan ibadah haji itu dengan penuh keikhlasan dan kesabaran, nescaya ganjaran Allah janjikan menanti diSana..I-allah.

[Tunggu lah nnti yer, ader bende yg aku nak kirimkankan kepada kekasih aku kt tanah suci tu nnt. skrg nih dlm proses mengarang dan mentadbir ayat supaya nampak kemas dan tersusun. maklumlah, nak bg kt kekasih, kene lah btul2kn?. br lah nnt kekasih itu akan "ingt" kt kita..kan? sape yg aku nak mintk tlg tu..lom di fikirkan lagi..nnt kalau ader tu..."diam2kan" sajer..jgn bg org len taw yer...]

Ok, sempena dengan musim haji pada tahun ini, anda semua bertuah kerana pihak ORANGE, mengadakan promosi FREE INCOMING CALL sepanjang anda berada di tanah suci nnti [zaman aku dulu xde pun]. jika sblm neh, ORANGE mengenakan caj jika anda mengangkat incoming call jika anda ROAMING, kini anda boleh menerima panggilan dari serata dunia, secara percuma dari sape saja dari 19 November smpai 11December2008 semasa anda berada di tanah suci nnt.


Oleh yg demikian, anda tidak perlu risau untuk mengangkat panggilan telefon anda sepanjang anda berada di tanas suci nanti kerana, mengikut sumber iklan, incoming call adalah percuma.

*Jgn smpai telefon anda menganggu ibadat anda
*Seruan Allah lebih penting dari seruan telefon anda..
*Matikan telefon anda semasa beribadat
*Klu leh xpyh bwk lgsg lg bgs..FOKUS!
*Jangan bergaduh sepanjang tempoh haji neh..
*Jangan asik bergambar dan bermain semasa haji...


Seterusnya...

  ©:: MyWay [v2.2] ::. Template by Dicas Blogger.

TOPO