Friday, March 26, 2010

Gadget Reviews : Samsung OMNIA HDi8910

Assalamualaikum;


Yeah ini lah kesempatan yang ada untuk aku hapdet beberapa perkara lagi yang aku rasa perlu aku penuh ruang alam maya ni kan walaupun tak pandai nak berkata-kata kann...

Terima kasih abah sebab mewariskan lagi henset-henset abah yang dah tentunya haptodet itew. Kemana lagi tumpah kuah kalau tidak ke nasik kan? Terima kasih banyak-banyak.

So, i do have another new toy. Menggantikan my old toy. DOPOD. Tapi barang yang lama tetap di gunakan. Aku letak sim jordan aku since no jordan aku pun hidup lagi sampai ke tahun 2012 tak silap aku laa...so, aku biarkan je henset itew hidup lagi pun dalam tew penuh dengan memori2 Jordan aku yang bersemadi di sitew..haha. Ok x ejaan mcm tew? haha


Ok, aku malas nak terangkan pasal ciri-ciri henset ni. Anda boleh tengok sendiri di sini

Apa yang aku nak bincngkan dekat sini apakah perasaan aku apabila menggunakan henset ini

YANG BESTNYA :
  1. Henset ni mempunyai grafik yang baik. Screen die yang wide tu mcm eye friendly je. Tak rasa sempit pun mata memandang. Dengan teknologi HD die tu lagi meningkatkan keupayaan grafik die yang bagus.
  2. Di datangkan dengan camera 8.0mpx yang sangat mengagumkan. tak perlu nak bawak camera besar2 macam camera SLR tu kann, bawak henset je. gmbr pun da cantik. Camera ada pelbagai fungsi termasuk auto focus.
  3. Bunyi yang baik. Ada speaker atas dan di bawah yang berupaya memberikan bunyi stereo yang baik.
  4. Revolusi HD atawpun High Definition yang mengagumkan. Walaupun sebelum ini kita menggunakan kamera lain untuk mengambil gambar atawpun video bila transfer dalam hp ini video atawpun gambar itu secara auto bertukar menjadi HD.
  5. Bentuk yang menarik. Rasa ekslusif. Macam datuk-datuk yang sudah berjaya dalam perniagaan
  6. Sensor touch screen yang sensitif.
YANG TAK BEST:


  1. Saiznya yang besar.
  2. Aplikasi system menggunakan symbian sama macam nokia. Luar je samsung dalam nokia
  3. Batteri cepat habis. Sehari kalau guna banyak kene charge 2x.
  4. Kurang ssuai bagi pengguna berjiwa remaja. haha
  5. Tak boleh nak type msg laju-laju sgt sbb dia tak boleh nak capai tahap kelajuan aku menaip msg.. ahaha

Butir-butir telefon ini :
  1. Tarikh di beli : Bulan 12 2009
  2. Tempat : Terminal One Seremban
  3. Range Harga di Seremban : RM2300 - Rm2600
  4. Harga di beli : RM****
  5. Jaminan : 1 Tahun
  6. Free Gift : LCD protector, earphone case
Oh yaaa.. anda boleh tengok sendiri quality gambar camera ini melalui twitpic saya...


Seterusnya...

Monday, March 22, 2010

Semasa : Malaysia oh tanah airku

Assalamualaikum;

Alhamdulillah. Akhirnya saya sudah selamat sampai di Malaysia oh tanah airku. Meninggalkan segala suka duka selama 4tahun lebih di Jordan. Selamat tinggal Jordan. Selamat tinggal kenangan. Insyallah, selepas ini anda tidak akan lagi mendengar cerita-cerita berkenaan dengan Jordan kecuali kalau tetiba terflash back masa tinggal kat Jordan dulu, kira sikit-sikit la kann.. Ada benarnya pepatah orang melayu tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain dan benar jua orang-orang tua ada mengatakan, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri...



Maka nya, saya perlulah mempersiapkan diri bagi menempuh hari-hari yang mendatang di Malaysia dan juga harus menerima kenyataan bahawasanya saya sudah pun berada di Malaysia. Kembali ke pangkuan keluarga, sanak saudara, masyarakat dan negara.

Sepeninggalan saya di bumi Jordan, saya berasa sangat puas. Apa yang saya terfikir untuk lakukan, hampir kesemuanya telah dapat saya lakukan kecuali :
  1. Belajar masakan arab dari orang arab - segan la nak cakap
  2. Berjumpa dengan tuan rumah - kerana bayaran sewa dibuat di bank yea..
  3. Melawat wadi rum - tak tahulah macamana boleh tercicir
  4. Pergi Jubaihah - Merupakan taman tema ala2 genting
Tak apalah. mungkin tidak ada rezeki untuk kali ini, lain kali sahaja lah kita berjumpa! Maasalamah Jordan dan Ahlan wasahlan Malaysia - Kepada warganegara Malaysia, kami ucapkan selamat kembali ke tanah air.. Awwwwww... FULL STOP JORDAN!

Sekembalinya saya ke Malaysia terutama di Seremban. Sangat banyak perubahan yang berlaku. Terutama jalan-jalan utama yang menghubungkan di antara kawasan :
  1. Ada highway dari rumah saya terus ke taman Encik Zaki
  2. Highway LEKAS - Seremban-KL - Dah pernah cuba dari rumah ke KL hanya 55 minit dengan kadar kelajuan 100km/j. KL tu means betul-betul sampai KLCC.
  3. Highway Bukit putus
Kemudian tak kurang dengan insfrastuktur juga
  1. Ada carrefour
  2. Komleks belia dan sukan dah renovate siap ada program Jom Joging Malam..huhu
Bile bercerita pasal Malaysia.. dah tentu la orang semua akan ingt pasal makanan.. Sesampai je Malaysia..abah terus kona g makan roti canai. Siap ada roti setengah masak lagi.. Wawawa.... Lepas..lepas tuuu...sambung sendiri...

Hurm. Cukup la tu... brapa kali lah pulak nak mention da balik mesia kan? saje je ni... ala2 introduction to Malaysia.. lepas neh penuh entry pasal kehidupanku di Malaysia sahaja.. MELAINKAN kalau ada rezki keluar lagi kan... InsyaAllah..doa-doa laa

Selamat-selamt...


Seterusnya...

Friday, March 12, 2010

Flight Reviews : Malaysia Airlines

Assalamualaikum;

This is Malaysian Hospitality means to me! Mereka ada buat peraduan tak silap saya berkenaan dengan apakah maksud Malaysian Hospitality kepada anda tak silap saya laa. Suruh tulis kat blog mereka. Tapi saya taw, mesti saya tak menang punya. So, saya tulis kat blog saya sendiri.

*Bunyi macam tak puah hati je kan? MEMANG PUN! Sedia je la ye? Suruh @AirAsia baca pun sedap ni... Haha

Untuk flight reviews kali ini saya nak ubah sikit format supaya nampak lebih detail sikit. Supaya semua pembaca sama-sama dapat merasai apa yang saya rasa semasa saya menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan kebangsaan negara Malaysia iaitu Malaysia Airlines.

Sebelum itu, saya nak bagi tahu. Apa-apa reviews yang saya tulis dalam ruangan reviews adalah berdasarkan apa yang alami sendiri. Bukan ikut-ikut orang ataupun saja nak best. So, apa-apa pun mari kita lihat dahulu butir-butir penerbangan saya.



Dubai International Airport - Kuala Lumpur International Airport
DXB - KUL
Flight : MH155
Date : Sat, 20 Feb 2010
Aircraft : Airbus A330
Class : Economy
Flight Duration : 6h 45min
Seat : 17A

Check - in
Petugas check-in itu sangat tegas. Hanya membenarkan penumpang membawa 25kg sahaja bagi kelas ekonomi. Ramai orang terpaksa mengeluarkan barang dalam bag bagi mengurangkan berat bag supaya berat bag itu selaras dengan peraturan yang dibenarkan. Sepengalaman aku, dalam banyak-banyak kali naik flight, ini merupakan keadaan paling tegas pernah aku alami. Tidak seperti Yemenia ataupun Kuwait Airways yang membenarkan daftar masuk bag walaupun melebihi had yang dibenarkan. Sepatutnya konsiderasi terhadap pelajar macam aku ini harus dipertimbangkan kerana pelajar itu bukanlah seperti penumpang lain.

Akan tetapi, memandangkan saya salah seorang dari ahli Enrich - Program keahlian Malaysia Airlines, kebenaran membawa lebih kilo sebagai bag daftar masuk dapat di lakukan sebagai keistimewaan menjadi ahli.

Penilaian : 3/5

Boarding
Ada beberapa peringkat kebenaran untuk boarding ataupun masuk ke dalam flight. Pertamanya, keutamaan kepada orang kurang upaya seperti bagi mereka yang menggunakan kerusi roda dan sebagainya. Keduanya bagi penumpang-penumpang kelas pertama dan kelas perniagaan. Ketiga, bagi ahli kelab yang memegang jenis keahlian teratas iaitu Gold Club. Keempat, bagi penumpang ekonomi bernombor tempat duduk paling belakang sehingga tengah dan akhir sekali dari tengah ke paling depan bagi kelas ekonomi. So, saya tergolong dalam kumpulan terakhir.

Penilaian : 5/5

Sebelum masuk ke dalam cabin, ada troli yang menempatkan akhbar-akhbar tempatan (akhbar Dubai) dan akhbar Malaysia. Buat pertama kalinya saya nampak ada servis sedemikian. Boleh ambil secara percuma.

Penilaian : 5/5

Cabin

Kerusi berwarna warni. Nampak ceria. Susunan teratur. Bersih. Wangi. Sejuk. Ini pesawat airbus. So, cabin nampak macam biasa. Akan tetapi cabin ini nampak macam dah buruk. Macam flight lama. Air-cond pun berbunyi bising (krokkkk...krokkk..krokkk) seakan-akan berpasir dalam air-cond. Sangat 'Beyond Expectation"

Penilaian : 3/5

Pramugari / Pramugara

Dalam flight ini mengikut perkiraan saya ada lebih kurang 10 orang cabin crew yang bertugas. 2 orang sahaja perempuan. Yang lain semua lelaki. Pramugari itu pun bertugas di kawasan business class. Di bahagian ekonomi semua lelaki. First time berkeadaan macam ini. Macam kelakar pun ada. Semua cabin crew kemas tak macam cabin crew syarikat-syarikat penerbangan di timur tengah. Kemudian, kita boleh bertutur menggunakan bahasa melayu dengan senang hati. Kira, belum sampai Malaysia, dah rasa Malaysia dah...

Penilaian : 4/5

Seat
Semua lengkap macam flight biasa. Ada bantal, selimut, majalah-majalah, katelog in-flight free duty, bekas mabuk udara (bekas untuk muntah). Seat luas. Tempat letak kaki macam biasa. Tapi seat hanya macam bas ekspress sahaja. Saya rasa seat bus ekspress lebih baik dari itu. Tak boleh nak bengkok-bengkokkan kat bahagian kepala kalau nak tido macam flight GulfAir. Legroom dia boleh tahan. Boleh jugak nak silangkan kaki. Tahap rebahan ke belakang, boleh laaa..

Penilaian : 2/5

Take-off
Kena tutup lampu as they said " peraturan semasa berlepas" Ok. Accepted!

Penilaian : 4/5

Meals on board


Memula naik, dia bagi juice. Bagus. Saya suka. Sebab flight-flight lain biasa bagi air mineral ataupun tak bagi langsung. Ini bagi juice. Suke!

Kemudian makanan ada dwi-pilihan. Tak silap saya ayam dan daging kot. Tapi saya pilih ayam. Malangnya tiada kad menu diberi sebelum membuat pilihan. Flight-flight lain semua ada. Kata penerbangan 5bintang kan? Tak macam 5bintang pun. Sabar je la.

Apa-apa pun sudu n garfu nya menggunakan besi. Tak macam GulfAir. Dia ni macam Etihad.

Kemudian, di pertengahan penerbangan saya terjaga dari tidur kemudian saya minta air kopi. Tapi cabin crew tu kata, isyarat pasang tali pinggang keledar dinyalakan bermakna tak boleh mintak air panas. Takut tumpah katanya. Jadi saya minum juice saja. Masa naik Etihad sebelum ini, 3-4kali mintak hot chocolate tak ada masalah pun. 1st time dengar.

Akan tetapi, beberapa ketika selepas itu hidangan ringan dihidangkan bersama-sama dengan air panas sedangkan isyarat pasang tali keledar itu masih menyala. Nak je saya bertanyakan kepada cabin crew itu berkenaan dengan peraturan yang dia beritahu tadi. Tapi malas la nak buat hal. Nampak pulak macam baru 1st time naik flight. Just be professional.

Oh ye. hidangan ringan itu merupakan roti-roti yang sejuk dan keras! Saya jamah sikit je buat kunyah-kunyah. Tak makan semua. Siapa yang nak makan bende-bende sejuk macam tu kan? Ini ke yang dikatakan Malaysian Hospitality? Bagus. Orang Malaysia memang makan makanan yang sejuk-sejuk pun.

Penilaian : 1/5

IFE ( In-flight Entertainment )

NO PERSONAL SCREEN! Ini saya bagi -5/5. Haaaa..hambek kau!Tak pernah naik flight yang tak ada personal screen. Tapi bila naik Malaysia Airlines, boleh pulak tak ada. Sangat memalukan! Saya ada terbaca dalam web MAS mengatakan hanya pesawat jenis boieng yang ada menyediakan personal screen. Terpaksalah saya bukak leptop sendiri tuk tengok cerita. Terasa macam zaman 90-an pulak naik flight tiada personal screen.. ye la.. Malaysian Hospitality..

Bukan lah nak kata tak ada entertainment langsung. Ada je dia bukak cerita dekat screen depan. Tapi itu stail zaman bila ntah. Slow la MH ni. Bende ni paling mengejutkan saya laaa..Kata 5bintang.. hurmm

Penilaian : -5/5

IFI ( In-flight Info)
Dah personal screen tak ada. IFI lagi la tak ada. Sekadar captain die cakap macam tu je.. Bla..bla..blaa...

Penilaian : -2/5

Service
Bila time saya tertekan butang panggil cabin crew tu dia datang Bila time saya nak panggil betul-betul, tak datang pulak. Bila dah datang, saya mintak air. Tak datang-datang. Tak tahu la lupa ke apa ke kan. Terpaksa mintak lagi sekali kat cabin crew lain pulak. Haiz... Sedih la macam neh Malaysia Airlines..

Ada tempat letak baby. Bagus la. Flight lain pun biasa ada je.

Dapat earphone, tapi saya punya tak berfungsi masa itu. Saya pun malas nak mintak lain sebab tengok leptop n dgr ipod saja.

Boleh bertutur dalam bahasa melayu dengan cabin crew.

Pengumuman-pengumuman dan label-label dalam cabin pun banyak ada tulih dalam bahasa melayu.

TAK ADA DISEDIAKAN penebat telinga, penutup mata, stokin. Kecewa

TAK ADA DISEDIAKAN uncang souvenir macam Qatar Airways ataw GulfAir

TAK ADA tisu panas mahupun tisu wangi untuk refreshment sebelum mendarat.

Penilaian : 1/5

IFDF (In-Flight Duty Free)
Saya seorang pengumpul model flight. Bila lihat kepada katelog duty free. Saya berminat untuk membeli model flight MH. Biasanya kita boleh membeli on d spot dengan harga bebas cukai katanya. Akan tetapi apabila saya bertanya kepada cabin crew berkenaan dengan model flight, saya d kecewakan lagi kerana jika ingin membeli model flight hendaklah melalui online order ataupun melalui pos. tidak ada di jual di dalam cabin. Haizzz....

Penilaian : 0/5

Toilet
Macam 1st time nampak disediakan macam cologne, after shave, hand soap ada laa... Macam-macam botol-botol kecik dalam tu. Boleh ambil dan pakai.

Penilaian : 4/5

Landing
Ok sahaja.

Penilaian : 4/5

Disembark
Pengumuman ketibaan dalam bahasa melayu dan ucapan "Kepada rakyat Malaysia, kami ucapkan selamat kembali ke tanah air" itu sangat menyelamatkan keadaan tidak puas hati semasa penerbangan.



Overall

Mengecewakan!

Penilaian : 1/5

Secara jujurnya saya menjangkakan mutu perkhidmatan yang bertaraf 5bintang seperti di war-warkan ditawarkan kepada penumpang Malaysia Airlines akan tetapi saya telah tersilap jangkaan. Perkhidmatan MH SANGAT MENGECEWAKAN lebih baik naik flight lain sahaja yang menawarkan perkhidmatan yang lebih baik.

Kelihatan MH seakan-akan terlalu untuk cut-cost perkhidmatan sehinggakan saya merasakan seperti menaiki sebuah penerbangan tambang murah sahaja. Lebih baik naik AirAsia yang memang low cost, tapi rasa seperti penerbangan 5bintang!

Saya memilih untuk terbang bersama MH adalah kerana ini mungkin merupakan penerbangan saya yang terakhir kerana saya telah pun menamatkan pengajian saya. Jika sebelum ini saya katakan saya memilih RJ kerana seolah-olah Jordan 'menghantar' saya pulang, dengan menaiki MH saya ingin merasakan bahawa seolah-olah Malaysia mengalu-ngalukan kepulangan saya ke tanah air seperti yang di janjikan Malaysian Hospitality. Akan tetapi... Gagal! Saya kecewa!

Maka tidak hairanlah ramai orang memilih syarikat penerbangan yang lain untuk ke destinasi pilihan kerana memilih Malaysia Airlines bukanlah satu pilihan yang tepat! Dan tidak hairanlah syarikat ini semakin lama, semakin rugi dan hanya mengharapkan suntikan kerajaan ke dalam akaun syarikat bagi memulihkan akaun syarikat.

Jika ada sahabat-sahabat yang bercadang untuk membuat tindakan seperti saya, dari Jordan naik RJ kemudian tukar flight naik MH pulak. Saya nasihatkan agar batalkan sahaja niat anda itu kerana anda pasti akan kecewa seperti saya. Lagi pun keadaan sangat menyusahkan! Anda di kehendaki check-in 2x. Sekali di Amman dan sekali di Dubai. Barang anda akan keluar di Dubai dan anda terpaksa check-in lagi sekali bagi laluan Dubai-kuala Lumpur pula.

Jika anda naik flight biasa, sekali check in di Amman sahaja. kemudian anda berlenggang sampai ke Kuala Lumpur untuk ambil semula barang anda. Mudah bukan?

Oklah. Penat dah ni. Nak tido. Babai


Seterusnya...

Tuesday, March 9, 2010

Flight Reviews : Royal Jordanian

Assalamualaikum;


Yuhuuu..bertemu lagi dalam siri flight reviews. Kali ini saya ingin membawakan kepada para pembaca sekelian untuk mengenali lebih rapat dengan syarikat penerbangan kebangsaan negara Jordan iaitu Royal Jordanian melalui pengalaman saya sendiri menaiki syarikat penerbangan ini, seperti review-review saya sebelum ini.


Alhamdulillah, sekali lagi saya berpeluang untuk mencuba perkhidmatan penerbangan kebangsaan Jordan bagi laluan Amman - Dubai. Kali terakhir saya menggunakan perkhidmatan syarikat ini adalah bagi laluan Iskandariah ( Mesir) - Amman 2 tahun lepas. Kini kita bertemu lagi bagi siri penerbangan saya yang mungkin kali terakhir bagi saya kerana selepas saya menamatkan pengajian saya di seberang laut ini, saya sendiri tidak pasti bila lagi saya dapat menjejaki negara ini seterusnya berpeluang untuk menaiki kapal terbang bagi jarak jauh seperti ini.

Saya memilih menggunakan perkhidmatan syarikat ini adalah kerana saya mahukan seolah-olah seluruh Jordan itu mengiringi keberangkatan saya meninggalkan Jordan buat kali terakhir. Bukan itu sahaja, malah saya ingin merasakankan 'suasana' Jordan itu sendiri sehingga saya betul-betul meninggalkan negara itu. Saya tidak mahu 'orang lain' yang menghantar saya pulang kerana kenangan bersamamu Jordan, pasti tidak akan aku lupakan. Cheeewahhh.. Haha

Ok, kita terus kepada topic kita pada hari ini. Seperti biasa, kita lihat dahulu butir-butir penerbangan saya bagi siri penerbangan kali ini.

AMM - DXB
Airline : RJ0601
Aircraft : Airbus 319
Flight Duration : 2:30
Class : Economy
Seat No : 22F - Windows


Pramugari - Pramugara :
Semuanya nampak ok. Kemas. Tidak nampak ada yang terlalu tua ataupun gemuk dan sebagainya. Semuanya nampak menepati standart pramugara dan pramugari.

LegRoom / Seat :
Bagus! Aku suka. Aku boleh menyilangkan kaki aku dengan suka hati. Orang yang nak keluar pergi toilet pun senang. Tak perlu kita beralih dari tempat duduk. Saiz seat bagus. Muat-muat untuk aku. Aku rasa selesa. Tempat letak kepala yang sungguh selesa.

HeadRoom :
Memandangkan ini adalah pesawat Airbus. So, seperti design-design headroom Airbus yang lain. nampak sempit berbanding Boieng yang agak nampak luar, seperti boleh melompat-lompat di dalam cabin.

IFI (in-flight Info) :
Bagus. Semua lengkap. Kita boleh tahu kedudukan kita. Kita boleh tahu kelajuan. Kita boleh tahu ketinggan. Seperti IFI-IFI syarikat penerbangan yang lain. Bagus.


IFE (in-flight entertainment) :
Menarik. Walaupun tidaklah sebanyak flight long-haul. Akan tetapi bagi aku RJ menawarkan IFE yang terbaik berbanding syarikat-syarikat penerbangan yang lain. Kita boleh memilih apa juga movie ataupun music yang terdapat di personal screen yang berada di hadapan kita. Pada kebiasaannya, syarikat-syarikat penerbangan Middle East yang lain, tidak menawarkan personal screen bagi penerbangan-penerbangan di dalam negara-negara arab. Tetapi RJ ada. Syabas untuk RJ!

Meals On Board :
Mempunyai dwi-pilihan ayam dan kambing bagi set lunch. Cuma tidak memberikan menu pilihan sebelum mengagih-agihkan makanan. Kebiasaannya, syarikat akan memberikan sekeping kad menu kepada penumpang bagi penumpang membuat pilihan sebelum masa makan tiba. Ini akan memudahkan penumpang membuat pilihan dan tidaklah terburu-buru untuk membuat pilihan makanan.

Service :
Sepemerhatian aku, service RJ baik! Boleh mendapat pujian. Tidak seperti yang di khabarkan oleh pihak-pihak yang tertentu yang mengatakan service RJ sangat kurang memuaskan.

Cabin :
Bersih. Wangi dan teratur. Semua ada. Bantal selimut. Walaupun penerbangan di siang hari.

Take-off / landing :
Baik. Kurang gegaran. Semuanya berjalan dengan lancar.

Toilet :
Tak tahu sebab tak pergi.

OverAll :
Bagus! Boleh naik lagi.

*Sebenarnya la kann, ini merupakan pertama kali saya naik flight dan saya tidur di sepanjang penerbangan tanpa mengetahui apa yang terjadi di sekeliling saya. Selepas saya boarding dan mendapatkan tempat duduk saya, saya tidak berganjak kemana-mana. Saya cuma tersedar apabila makanan di agihkan serta beberapa minit untuk mencuba IFE yang terdapat di tempat duduk saya. Selepas makan, saya tidur kembali sehinggakan tidak mengetahui bahawa tray makanan saya di kutip dan meja di hadapan saya di tutup. Sesedar saya, kapal terbang sudah mendarat di lapangan terbang antarabangsa Dubai.

Hal ini mungkin di sebabkan keletihan yang amat sangat memandangkan pada malam sebelum saya berangkat saya mengadakan kenduri perpisahan dan bermain futsal bersama rakan-rakan. Kemudian, pulang lewat ke rumah dan hanya melelapkan mata kurang daripada 1jam pada malam tersebut. Seawal 6pagi saya sudah bangun untuk bersiap bagi keberangkatan pulang.

Kemudian, berlaku sedikit kekecohan di lapangan terbang Amman kerana saya membawa lebihan kilo dari yang di benarkan. Hampir 1jam saya merayu dengan pengawai penerbangan tersebut agar melepaskan semua barang-barang saya tanpa masalah. Akan tetapi pihak syarikat bertegas untuk tidak membenarkan saya membawa barang-barang tersebut kecuali saya membayar ataupun saya tinggalkan sahaja lebihan kilo berkenaan. Akhirnya saya tinggalkan 1kotak dan membayar lebihan kilo sebanyak JD80 = RM400 di sebabkan tekanan yang diberikan oleh pegawai berkenaan menjerit-jerit macam orang gila bahawa saya akan ketinggalan penerbangan jika saya terus merayu kepadanya tanpa membuat apa-apa tindakan dari pilihan yang diberikan iaitu tinggalkan atawpun bayar.

Oleh yang demikian, saya rasa begitu letih sehinggakan saya tertidur sepanjang perjalanan sehingga kapal terbang betul-betul mendarat di lapangan terbang Dubai.

Ikuti cerita sambungan perjalanan saya dari Dubai ke Kuala Lumpur pada entry yang akan datang. Sekian...


Seterusnya...

Saturday, March 6, 2010

Semasa : Surat Untuk Mafraq

Assalamualaikum;

Akhirnya...kembali la aku ke pangkuan Mafraq setelah lebih 2minggu berada di luar. Bermula dengan Aqobahnya, kendian dengan Turkeynya akhir sekali Syria. So, bermula lah detik hari-hari terakhir aku di Jordan. Kadang-kadang terasa sayup-sayup angin rindu meniup lembut ke muka ku. Belum lagi terbang meninggalkan Jordan, angin itu sudah dapat di rasakan...

Minggu2 terakhir aku berlalu begitu pantas. seperti tak terkejar pula. tapi kadang-kadang terasa begitu lama. Minggu kerja bermula, aku terus ke Universiti untuk melakukan urusan 'keluar' dari universiti. Macam biasalah, bila berurusan dengan universiti ditolak ke sana, ditendang ke sini, diheret ke sana dan dibawa ke sini. Walaupun tabah, akhirnya secara rasminya aku bukan lagi seorang pelajar Universiti Al al-Bayt akan tetapi aku sudah pun berstatus bekas pelajar ye tuan2. Siapa-siapa yang mahu tahu bagaimana untuk 'keluar' dari jamiah, sila aku kontek aku kendian eh. Nak cite dalam neh, panjang sgt.

Memandangkan ini merupakan entry terakhir aku mengenai Jordan, secara tiba-tiba mengingatkan aku berkenaan dengan entry pertama aku sesampainya di Jordan DISINI. Masa tu zaman-zaman blog friendster lagi. Haha.. So, aku telah mencatatkan hampir keseluruhan certa-cerita aku sejak dari ketibaan aku di Jordan sehinggalah aku titisan peluh aku yang terakhir di Jordan. Haiz... Kadang-kadang rasa macam cepat je masa itu berlalu. Tapi itu adalah reality kehidupan yang setiap orang akan tempuhi.

OKlah, Sebenarnya ada banyak perkara yang aku nak sampaikan dekat semua adik bradik kita yang ada kat Jordan ni. Terutama adik bradik rapat ni kan. Bermula dari adik bradik serumah aku dan terus ke adik bradik yang lain. Akan tetapi sebab malam terakhir aku itu telah 'dihujani' basah baju aku. So, kata-kata sukar untuk d lafazkan dengan baik. Tu yang jadi macam itu tu...

Kenapa aku gunakan istilah adik bradik? Sebab aku tak mahu kita rasa asing. Walaupun kita datang dari tmpt yang berbeza, keluarga yang berbeza, akan tetapi bila kita sampai di Mafraq, kita semua bagaikan sebuah (betul ke eh?) adik bradik.

1st of all, aku nak ucapkan Terima kasih kepada Housemate aku, Abu, Auni, Aisa dan Mat Sob. Terima kasih kerana 'menyelamatkan' rumah ini serta aku juga. Tanpa korang, aku tak tahulah nasib aku mcmana selepas pemergian housemate aku yg terdahulu iaitu Dolah, Supi dan Deko.

Kemudian aku nak ucapkan terima kasih dekat semua adik bradik hayy dhubat. tanpa korang, hari2 terakhir aku di jordan sangat tidak bermakne. dengan korang juga aku melepaskan suka duka aku. dengan korang juga aku rasa aku tidak sendiri walaupun kawan2 sebatch aku kebanyyakkannyer sumer suda balik.

seterusnya adik bradik mafraq. mungkin ada yang aku xsempat nak knal dan mungkin ada yang sempat, terima kasih semua.

Apa-apapun aku nak minta maaf banyak-banyak anda anda terlebih ataw terkurang, halalkan makan minum aku dan doakan aku berjaya di masa hadapan.

kenangan malam terakhir aku d jordan malam ituuuuu...huh mmg sangat aku tak leh lupa kannn..

ntah. aku pun tak ada idea nak cakap apa lagi.. rasa mcm cerita dah lapuk da.. haha... tapi tetap nak menulis juga, walaupun tak pandai nak berkata-kata....ngeh3x

Korang jaga diri korang bebaik. nanti kalau balik jgn lupa tweet2..kite lepak2 saje deh...korang kene blanje aku sbb kalau korang balik mesia sudah tentu byk duit USD yang korang tukar ke duit RM..haha...

tu je la kot...wasalam

sebenarnye serius $%^ aku nak cakap byk gile. tapi ntah... xpela... biar je..xpenting punnn...

btw, gambar aku xtransfer lagi dari camera kecik tu..kamera besar ada laaa...hehe

sebenarnya aku tak sabar nak tulih pasal bnde lain...banyak bende lain lagi ni...ngeh3x


Seterusnya...

Wednesday, March 3, 2010

Kembara : Syria

Assalamualaikum;

Macam biasa..WARNING! Entry ni pulak siap video lagi.. So, Pandai-pandailah..

Setelah tamat program cuti-cuti Turkey, so kami pun pulang la ke pangkuan Mafraq semula. Sebahagian dari peserta program pulang dengan menaiki kapal terbang terus dari Istanbul. Tapi aku dengan 2orang lagi kawan aku hanya mampu pulang dengan bas sahaja. Maka kami pun berangkat pulang ke Jordan dengan menaiki bas, syarikat bas yang sama yang kami gunakan semasa kami datang haritu. Tapi memandangkan aku ingin pulang ke Malaysia beberapa minggu lagi, jadi aku ambil keputusan untuk singgah di Syria seketika untuk menziarahi rakan-rakan Syria aku...Ajib dan Mamu. 2orang lagi kawan ku terus pulang je Jordan..

Sesampai di Syria, memandangkan mereka bukan dalam fatrah cuti, jadi mereka terpaksa ke kelas. Tidak ada aktiviti yang boleh menggangu waktu kelas mereka. So, aku? tido sahaja di rumah mereka sampai mereka balik. Bangun makan, pastu tidur smula. haha. Tapi kalau nak ikutkan niat aku pun memang nak berehat-rehat sahaja di Syria. Penat dah jalan Turkey kan. Lagi pun kalau aku balik Jordan pun, tiada apa yang boleh aku lakukan melainkan tidur. So, aku pun mengambil keputusan untuk tidur di Syria untuk beberapa hari. Bila tiba hujung minggu, baru lah mereka dapat membawa aku berjalan-jalan. Beberapa hati itu punnn dekat nak seminggu jugak lah.. haha


Mengikut rekod perjalanan aku, aku telah melawat Syria sebanyak 3-4kali jugak lah. Banyak tempat aku dah lawati kat Syria ni melainkan satu tempat yang aku tengok melalui gambar-gambar kawan-kawan aku yang lain, suatu puncak yang tertinggi di Damascus katanya. So, aku cuma request dekat kawan aku itu untuk membawa aku ke sana supaya aku tidak kempunan di kemudian hari apabila sudah pulang ke Malaysia kelak.

Destinasi pertama kami adalah Souk Hamidi. Souk atawpun pasar di dalam bahasa melayu di tempatkan banyak kedai-kedai di dalam binaan yang telah terbina sejak zaman dulu lagi - Zaman Umawiyah. Di situ juga terletak sebuah Masjid yang pada dahulunya adalah sebuah gereja dan di tukar kepada Masjid oleh Umawiyah. Ada juga makam Salahuddin al-Ayyubi, Makam nabi Yahya, kepala Husin, Masjid Syiah dan bermacam-macam lagi kesan-kesan sejarah di situ.

Aku tidaklah bercadang untuk berada lama di pasar itu kerana agak banyak kali jugak aku pernah ke sana. Jadi aku sekadar melawat untuk penghormatan terakhir aku ke sana sahaja dan untuk mencari buah tangan dari Syria untuk ahli keluarga di Malaysia nanti...

Di situ kita bukan sahaja boleh membeli belah dengan harga yang menarik, tetapi juga berpeluang untuk melihat sendiri kerja-kerja tangan yang di hasilkan oleh orang tempatan membuat pelbagai barangan hiasan misalannya seperti pembuat jam ini.. Mereka sedang khusyuk menyiapkan hasil kerja tangan mereka untuk di jual kepada pelanggan.

Pada hari yang aku pergi tu, sesampainya aku kat situu...mangaiiiii..tengoklah sendiri...puak-puak syiah sedang mengadakan amalan ritual mereka. Aku pun tidak pasti apakah amalan ritual mereka itu kerana mereka sangat 'khusyuk' sehinggakan aku nak bertanya pun jadi takut kalau-kalau mengganggu majlis mereka. jadi aku perhatikan sahaja dari jauh sambil amek video-video dan beberapa keping gambar...





Kemudian, secara kebetulan, salah seorang ahli rumah yang aku tumpang itu mempunyai tetamu lagi. maka bertambah lah penuh rumah mereka. Kali ini tetamu mereka orang jauh. Mak ayah pakcik makcik Afiq (budak rumah itu) datang menziarahi mereka. Maka padatlah rumah mereka dengan tetamu. Tapi mereka melayan dengan penuh baik sekali. orang kata, tetamu datang membawa berkat. mmg berkat sungguh lah.. mak ayah afiq tu bawak bahan-bahan masakan dari malaysia.. so sarapan pagi itu.. nasik lemak masakan ibu.. perghhh.. mmg layan lah! lepas itu aku join diorang berjalan-jalan sekitar damascus...

Pada sebelah malamnya pulak, kami bergerak sendiri, meninggalkan keluarga afiq di rumah yang keletihan, so bagi merealisasikan impian aku, maka budak-budak ni bawa la aku ke Jabal Qosyuunn. Kat situ memang boleh nampak seluruh Damascus. Kalau lihat pada gambar pertama itu, anda boleh nampak bertaburan lampu-lampu hijau. itu adalah tanda masjid. di katakan di sekitar Damascus itu terdapat lebih dari 3000masjid. Anda boleh click pada gmbr untuk pembesaran. Kalau anda tak percaya, anda kira sendiri... Lala. Kmudian kami ke Sham Center..

Sekembalinya kami ke rumah, kami mendapat jemputan dari jiran Umah Ajib ni.. ada sahabat-sahabat dari madinah datang ziarah juga. Maka bertambahlah lagi jaringan rakan-rakan aku apabila berkenalan pula dengan sahabat-sahbat yang belajar di madinah. Alhmdulillah... Ramai Kawan Murah Rezki.. Tak gitu Encik @Kazambory?

Maka, pada keesokkan harinya, aku pun berangkat pulang ke Jordan dengan hati yang gembira bercampur sayu...


Seterusnya...

  ©:: MyWay [v2.2] ::. Template by Dicas Blogger.

TOPO