Saturday, December 12, 2009

Info : Follow Me On Twitter!

Assalamualikum;

OK, sekarang ini macam ada masa untuk aku update sikit blog aku ini WALAUPUN aku sekarang ini berada betul-betul di tengah-tengah peperiksaan kedua bagi semester ini. Bermula minggu depan, jadual peperiksaan aku penuh sepenuh-penuhnya dari hari Ahad sampai hari Rabu. Hari Khamis dengar-dengar khabar, cuti. Cuti Awal Muharram. Kalau cuti, Alhamdulillah. Kalau tak cuti, TABAH! Walau apa sekali pun, tolong doakan kejayaan aku untuk menempuhi semua peperiksaan pada semester ini sampailah final nanti. JANGAN berhenti doakan untuk aku ya?!

Background music sambil aku menaip entry ini adalah semua lagu-lagu dari kumpulan In-Team. Dari album pertama, sampailah yang terkini. Aku pun tak tahu macam mana 'roh' In-Team ni datang kat aku malam ni. Aku rasa sebab tadi aku dengar lagu-lagu In-Team ni kat rumah Nasir tadi sesambil study Farq Zawaj ~ Lalalala

Memandangkan minggu ini adalah minggu sibuk aku gila baban. So, aku nak FAST HAPDET sahaja ni berkenaan dengan TWITTER memandangkan aku sangat-sangatlah DIE HARD FAN Twitter ini dan SANGAT MENAFIKAN kewujudan FACEBOOK! Haha... Aku pernah mention pasal TWITTER ni sebelum ini DISINI. Tapi tidak pula memberitahu secara jelas berkenaan dengan Twitter ini. Lagi pun, kalau blog ini tak berhapdet, pergi lah ke Twitter aku. Kat sana pagi petang siang malam aku mengadap Twitter saje. Lalalala ~

Apa Itu TWITTER?

TWITTER adalah sebuah sistem komunikasi internet yang berfungsi secara LIVE untuk anda kongsikan dengan follower-follower anda berkenaan dengan apa yang anda fikir, anda rasa, pengumuman, pesanan dan apa sahaja yang anda rasa anda ingin luahkan pada ketika anda berTwitter ataupun mendapat Update-update yang terkini dari sesiapa sahaja yang anda follow di dalam Twitter ini.

So, apa yang best sangat tu?

Ok, mula-mula anda register dulu, lepas dah register anda FOLLOW SAYA.

"Profile aku di Twitter"

Ok? Sudah? Apa yang anda nampak? Anda pasti akan dapat melihat tulisan-tulisan atau perbuatan-perbuatan malahan luahan-luahan saya pada ketika saya update di Twitter berserta dengan gambar comel saya yang berada di sebelah kiri screen anda.. Kagum tak? Wohaa ~

Tak nampak lagi apa itu Twitter?

Sekarang, cuba anda follow kawan-kawan saya ini : @SyedIqbal, @Kazambory, @palipoyo dan @sangpurple. Mereka ini adalah kawan-kawan saya yang sama-sama belajar di sini.

Kalau tak berminat, cuba anda follow : @NajibRazak, @chedet_cc dan @AnwarIbrahim. Saya rasa saya tidak perlu perkenalkan siapa mereka ini lagi sebab mereka adalah ikon Malaysia.

Kalau tak berminat jugak, cuba yang ini pula : @YasminHani, @SazzyFalak, @LiyanaJasmay dan @FaizalIsmail. Kenal tak siapa mereka ni? Siapa lagi kalau bukan artis-artis yang hawt sekarang ni kan? Hawt ke? Haha ~

Lepas tu?

Pergi kat HOME, apa yang anda akan nampak? Anda akan dapat lihat, semua update-update dari orang-orang yang anda telah follow itu tadi. Semua update-update itu adalah LIVE UPDATES dari mereka. Apa yang mereka rasa. Apa yang mereka buat. Kalau mereka rasa nak tulis, mereka akan tulis kat Twitter dan siapa yang follow mereka-mereka itu akan dapat membaca update-update mereka itu. Maka dengan ini anda menjadi salah seorang dari orang yang terawal mengetahui perkembangan-perkembangan semasa melalui Twitter ini. Cool x? Cool kan?

"HOME Twitter aku"

Twitter ini bukanlah sebuah medium komunikasi satu hala sahaja. Anda juga boleh jadi seperti orang-orang yang anda telah follow itu dengan hanya menaip apa yang anda lakukan, apa yang anda rasa ataupun apa yang anda ingin kongsikan dengan follower-follower anda. Anda hanya perlu menaip di bahagian "What's Happeing?" dan tekan butang "Update". Maka, secara LIVE, semua follower-follower anda akan menerima message anda itu secara LIVE, pada saat anda menekan butang UPDATE itu. Best kan? Wohaa ~

Apa lagi yang bestnya? Biasaaa je...

Bila anda ada membaca update-update dari orang-orang yang anda follow dan anda rasa anda ingin reply kepadanya, apa yang anda perlu lakukan adalah, lalukan tetikus anda pada ruang tulisan orang yang anda follow itu dan kemudian akan muncul icon REPLY. Click pada icon itu dan mula menulis pada bahagian "What's Happening" itu tadi. Maka secara LIVE jugak message anda itu akan dihantar kepada si penerima itu tadi. Ala-ala anda mengSMS mereka. Anda tak rasa kagum ke bila anda message secara direct kepada orang itu? Sebagai contoh anda message saya, kemudian anda message anda itu diReply. Kalau saya, saya rasa sangat dihargai ~ Huhu

Lagi?

Anda akan mendapat kepuasan yang maksima bila anda mengInstall aplikasi Echofon pada browser Mozilla anda. (Bagi pengguna Browser Mozilla sahaja) Anda boleh memuat turun aplikasi add-on itu pada web mozilla DISINI. Setiap update baru akan muncul di bawah screen anda. Maka lebih pantas anda akan mendapat berita-berita baru dari orang-orang yang anda follow dan boleh reply secara terus dari aplikasi yang sama.

Lagi?

Anda juga boleh menggunakan Twitter ini melalui henset anda jika henset anda ada mempunyai kebolehan melayari internet secara mudah alih. Hanya pergi ke laman http://m.twitter.com anda boleh hapdet twitter anda serta mengetahui perkembangan terkini orang-orang yang anda follow di mana sahaja tanpa batasan. Asalkan mempunyai capaian GPRS paling kurang...

Lagi?

Kadang-kadang jugak saya gunakan Twitter ini sebagai LIVE BLOGGING saya sebab di Twitter anda boleh Upload gambar dari camera henset anda terus ke TwitPic. Macam aku buat kat sini. Itu semua adalah Live Picture yang saya capture dan henset saya dan saya rasa saya nak kongsikan untuk semua follower-follower saya yang saya kasihi sekelian.. Woohaaa ~


Itu je lah yang saya rasa sempat saya tulis buat masa ini. Walaupun tadi saya kata FAST HAPDET. Tapi ini saya rasa dah lebih kurang sejam dah saya menaip untuk entry ini sebab banyak nak buat link-link tu untuk memudahkan capaian korang kat web-web yang saya maksudkan. Pastu nak buat print screen lagi.. Baik tak saya? Woohaaa ~

Pada mulanya mungkin anda akan rasa Twitter ini macam sampah. Tapi kalau anda menghayati Twitter ini betul-betul anda pasti akan menyukainya ~ Hehe

Babai ~

1 :Komen Berani Mati

hIrOsHiNaRi said...

saya adalah life hard fan anda..hehe

  ©:: MyWay [v2.2] ::. Template by Dicas Blogger.

TOPO