Friday, December 18, 2009

Memori : 1Muharram

Assalamualaikum;

"1 Muharram detik permulaan;
Perpindahan kaum Islam hijrah;
Perpindahan nabi dan umat Islam;
Dari kota Mekah ke kota Madinah.. "

Ada dua kisah yang aku nak cerita, yang ada kena mengena dengan hari ini. Oh ya, pada saat ini, aku telah pun menamatkan hampir keseluruhan peperiksaan kedua aku dengan keadaan ,1paper yang agak mengecewakan persembahan jawapan aku. Walaupun aku rasa aku dah study hard n smart gile khinzir macam nak mati sampai rasa nak deman-deman dan kadang kala rasa mcm nak pecah kepala ini. Akan tetapi bile dapat je kertas soklan, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim... Aku bukak je kertas soklan itu.. "OMG! (Oh My God!) Apa soalan ini? Soalan ke ni?" Pelbagai persoalan, keluh kesah timbul jauh di sudut hatiku. "Adusssss, mati la aku" Bagai ingin mengalir air mata jantan aku ke atas kertas soalan itu. Tapi control..control... Aku berjaya kawal perasaan. Memulakan jawapan. Jawap atas apa yang aku tahu je. Adusss ~ Tawakkaltu 3ala Allah - Tamat -

Hari ini 1Muharram, detik permulaan. Perpindahan kaum Islam hijrah. Perpindahan nabi dan umt Islam. Dari kota Mekah ke kota Madinah. Atas keyakinan dan iman yang teguh, kaum muhajirin dan ansar bersatu. Rela berkorban. Harta dan nyawa. Demi menegakkan Islam tercinta.. (tQ 2 @palipoyo sebab sambung lirik ini sbb aku tak sure sgt ketika aku type lagu ni - Ala2 Jangan lupa lirik je-)

Ok, boleh dikatakan semua orang tahu lagu ni kan? aku rasa aku dah dengar lagu neh masa kecik-kecik lagi.. zaman-zaman RTM dulu. Sampai hari ini lagu ni still d mainkan lagi di perbaharui dengan pelbagai versi dan penyanyi.. tapi lirik tetap sama dan padat dengan mesej-mesej yang hendak di sampaikan... Tahniah bagi pencipta lagu ini. Clap3x. Melalui lagu ini jugak la aku belajar banyak benda berkenaan dengan hidup...

Salah satu daripadanya, pada mulanya aku ingatkan perpindahan nabi dan umat Islam dari kota Mekah ke kota Madinah itu adalah semudah lirik lagu itu. Rupa-rupanya AKU SILAP! Jarak antara kota Mekah dan kota Madinah itu adalah dalam 500++KM. Perkara ini aku sedar bila aku menjejaki sendiri tanah haram buat pertama kalinya, pada tahun 2006, tatkala melaksanakan rukun Islam kelima iaitu mengerjakan haji di Baitullah.

Jika melihat sendiri sepanjang perjalanan dari kota Mekah ke kota Madinah itu, aku sangat tidak tergambar macam mana keadaan nabi dan umat Islam berhijrah. Dengan panasnya lagi, bekalan air entah ada entah tidak. Makanan. Hurm. Naik bus yang ada air-cond pun macam tak larat je. Ini pulak naik unta, jalan kaki. Ya Allah, tabahnya hati seorang nabi serta umat Islam pada ketika itu untuk menyebarkan Islam sampai ketahap seperti hari ini ~ END -

Kesimpulan : Jangan cepat menghukum sesuatu sebelum mendapat kepastian dari keadaan.

Kemudian, seperkara yang aku tak boleh lupa berkenaan dengan 1Muharram ni, berkenaan dengan kejadian 7tahun lepas. Pada waktu ini, ketika ini, tarikh ini, aku bersama-sama dengan 14 lagi orang kawan aku, berkonvoi 3biji kereta kesemuanya berkelah di Port Dickson. WTH lepak PD masa Maal Hijrah kan? Orang sibuk pergi masjid itu ini, aku berkelah-kelah pulak. Jangan cepat membuat kesimpulan sendiri. Dari tarikh itulah aku kenal siapa diri aku, siapa kawan-kawan aku. Aku kenal dunia.

Mengikut perancangan asal, nak tengok sunset 1x, tapi agak terlewat, so, sampai kat PD around lepas mghrib gituu laaa.. So, malam itu kami ada buat barbeku berlampukan lampu kereta je. Lepas makan, ada sikit beach game sambil menyanyikan lagu tema Maal Hijrah dengan penuh semangat secara beramai-ramai seperti kumpulan koir di tepi pantai dengan keadaan pantai yang gelap gelita. Haha~ Kemudian terus mandi laut pada tengah malam yang hanya bertemankan sinaran bulan (eh, ada bulan ke awal2 bulan?) Sambil ada pakcik2 nelayan tengah sibuk mencari ketam sebab tengah malam air laut surut. Kemudian acara berakhir dengan mengadakan solat secara berjemaah d Masjid yang berdekatan serta Qiam dan diikuti dengan solat subuh. Yeahhh... Pada siangnya pula, kami bersiar-siar sekitar PD hingga ke Seremban sebelum kembali ke kolej kami.

Stat dari situ, sampai lah sekarang ni, kami masih lagi berhubung d antara 1 dengan yang lain. Saling memberi semangat dan dorongan. Sampai sekarang ni, hampir 7tahun kami berkawan sejak dari peristiwa itu. Walaupun aku tercampak jauh dari mereka, tapi Email, Sms, YM tetap menjadi penghubung antara aku dengan sahabat-sahabat aku itu..

Kesimpulan :
Sahabat adalah orang yang paling hampir selepas keluarga..

Sekian ~ Salam Maal Hijrah 1431

12 Orang Berani Mati:

hIrOsHiNaRi said...

nap..masa wat haji tu? sape duk sebelah ko yang ko bagi makan ubat ritu ha? nasib aku duk sebelah muzammir..hahahahaha..tp xkan ko duk ngn dol..muat ke kusi tu?haha

kazambory11 said...

nap.... yg ko citer sal maal hijrah 2 bagus sebb mmboleyh kan refresh hotak aku nie yg dah sekian berhabuk... ok then.. yg citer pasal ko g PD bersama kawan2 ko tu aku rasa aku paham sbb pe ko masuk kn citer 2.. hak3...Selamat Maal HIjriah

anap_ilmi said...

hIrOsHiNaRi : ish kau neh..aku kan duk sebelah subuh...wawawawawa

kazambory11 : tak de kene mengena dengan yg hidup ataw yg mati... aku rindu ngan kawan2 aku je...xsbr rasa nak balik nk lepak2 ngan diorg. lalala ~

::alifdalmim:: said...

just nk share..
smlm aku tgk 2 situasi..

1. org2 dok lepak kt salah satu restoren menunggu team msia jaringkan gol..bersorak2 time2 maghrib..

2. kt masjid plk..ada kuliah agama b4 masuk mghrib..dan bacaan doa sebelum dan selepas tahun baru hijri beramai2...

nasib baik team msia menang..

nk husnu zon..diaorg solat msghrib lps abes tgk bola..berjemaah sekali..hehehe

anap_ilmi said...

Adam : ye la tu kot, lepas tgk bola, diorg pegi masjid ramai2 sambil baca doa awal n akhir tahun ~ lalala

Nasi Arab Trader said...

aku duk rumah je.. x dpt ape2 pn. hahhaaa!

allybyzantine said...

oh my god!.. aku adalah salah seorg diantara 14 org itu (mcm ashabul kahfi la pulak)hehe tika itu aku masih teringat tika waktu maghrib..hanya berbekalkan pelita bateri( sekarang masih aku simpan ade kt umah aku nk dtg tgk!) lampu itu lah yg menyinari tika aku dan kawan2 yang lain utk berwuduk(air laut..tika itu 1st time aku berwuduk dgn air laut..subhanallah!) lampu tu lah jugak menyuluh utk menaiki tangga utk solat di atas menara tinjau kat tepi pantai PD tuh(skrg dah x de..karat n rebah di bumi) bersolat lah kami sambil menikmati desiran pantai(1st time solat tepi pantai then time doa dgn desiran angin sambil ombak menghempas pantai mmg all out time tuh) tika ini air mataku berjujuran mengalir uwaaa uwaa..teringat tiap peristiwa yg berlaku...menyanyikan lagu maal hijrah. menyanyikan lagu setiap negeri yg diwakili..serta ada satu lagu dr negara thailand( peserta dr thai)..oh..cepatnya masa berlalu...masa tu student duit pun cukup2 je...jadi di rumah Allah la kami menumpang teduh.. thanks God! tapi tahun nie aku kan anap.. baca doa akhir tahun sendiri nyanyi lagu pon sendiri..tadi aku pasang lagu hijrah dari kumpulan (yg nyanyi lagu berjalan,mentafsir,melihat)..hehe lupo den..best gak layan!..btw dr situ lah aku mengenali ahnaf hilmi..salah seorang sahabat malah jua teman tika aku gelak tawa serta duka nestapa air mata..thanks yeah!..wassalam

anap_ilmi said...

Pak Din : Bukan kau botakkan rambut kau ke? pengorbanan jugak tuuu

allybyzantine : Haahh..betul, aku lupa pasal pelita bateri n nyanyi lagu negeri masing2 tu sebb kawan-kawan kita mewakili setiap negeri kannn...? yeah.. mmg semua bergembira sambil menginsafi kejadian rasanya... bile la agaknya boleh buat lagi gitu ehh..? hurmm...

Faizal@poyan said...

salam anap..

emmm aku rasa aku tak join kot rombongan tu..tapi tak apa aku tatap sahabat dan teman hg jugakan?

tapi yg aku teringat time kita p PD juga masa nak balik dr PD mak aku selamat melahirkan adik bongsu aku..masa tu kita dlm keta..

apa-apa pun slm maal hijrah

anap_ilmi said...

haha...yeahh..kite pun pernah pegi PD sama2 jgk kannn....yelaa...kau pun sabahat aku jugak poyannnnn

Penggali Kubur Dayak said...

wow,best nya

anap_ilmi said...

mesti la best!

  ©:: MyWay [v2.2] ::. Template by Dicas Blogger.

TOPO