Friday, December 4, 2009

Film Reviews : Twilight : New Moon

Hari ini agak serabut. Sebab apa? Serabut dengan perangai arab. Bermula dengan bas yang mcm dah nak runtuh, pastu dengan arab hisap rokok dalam bas, minum kopi, bas pulak bawa jalan entah mana - jalan jauh pula, lepas itu tak boleh nak ambil gambar dalam mall, kemudian bising dalam bas, cakap telefon kuat-kuat dalam kereta, pastu teksi tak nak pergi tempat yang kami nak pergi, kalau nak pergi pun dia mintak bayar lebih dari biasa, cuaca sejuk gila babeng tapi pemandu kereta tu tak nak tutup tingkap sebab die nak hisap rokok, lepas tu minta bayar lebih sebab kami suruh hantar sampai rumah! Kalau nak ikut keserabutan hari ini memanglah. Tapi itu semua tak mematahkan semangat kami untuk menonton cerita yang kini hangat di perkatakan seluruh dunia.. Haha.. Twilight : New Moon. Sanggup neh, naik turun tukar bas pe sumer untuk tengok cerita neh semata-mata! Kalau la semangat macam ini untuk ke talaqi kan bagus.. Kan? Tapi kira ok laa.. kelas kat jamiah aku tak pernah ponteng. Fair la kan? hehe






Sinopsis : Cerita yang mengisahkan seorang perempuan bernama 'Bella' yang bercinta dengan seorang drakula akan tetapi drakula berkenaan meninggalkan bella atas urusan drakula.haha. Hidup bella tertekan kerana bella dah tangkap cintan sama itu drakula sehidup semati. kemana-mana je die mcm nampak je drakula tu, sampai nak tido pun asik ngigau apa sumer. sampai la die berjumpa dengan seorang mamat serigala jadian. mamat neh kalau die marah, boleh bertukar jadi serigala. pastu jatuh cinta pulakkk dengan mamat serigala neh... tiba-tiba drakula tu datang balik, lantas bella tu pun pilih la drakula tu sebab die mmg sayang gile dgn drakula neh, nak jadi apa pun jadi lahh... mamat serigala tu kecewa dan melarikan diri ketika menjadi serigala. mamat serigala tu seolah-olah menjadi pengganti ketika drakula tu melarikan diri dari bella ni. pastu bella neh ajak drakula neh kawin dan serta merta tamat!

Yang Bestnyer : Tak sama mcm drakula2 yang pernah aku tengok sebelum neh, die boleh kene matahari pe sumer laa.. Ada sedikit unsur-unsur movie musical la.. tapi tak ada la musical sgt. cinematografi yang baik. aku suka angle2 kamera die. mcm tak pernah orang lain buat seblum ini. kesan CGI yang bagus jugak. serigala-serigala jadian tu tak ada la nampak macam kartoon ke, pe ke.. just nice. cerita die ringan saja... Bila aku tengok cerita ni,mcm ada sikit scene Jit Notti. haha.. nampaknya Jin Notti lagi advance dari cerita neh.. kiki

Yang tak bestnyer : Tak banyak aksi. So, bile tak banyak aksi, kesan bunyi pun kurang. biasa-biasa je. Macam agak mengarut je manusia bercinta dengan drakula.. Ok,fine, cinta itu buta.. kadang-kadang mcm pening kepala pulak die shoot dari angle yang ntah apa2.. pusing2 laa.. apa laaa...Cerita die agak slow motion. ok, fine, love storyy...mamat serigala itu mcm tak reti sejuk je sbb die hanya berlakon dengan sluar pendek paras lutut tu.. padahal orang lain mcm bersweater2... ok, fine.. nama pun ceritaaa.. ending die tamat gitu jee..mcm tak puas menonton..huhu

Keseluruhan : Boleh tengok. tapi mcm tak braper prefer tuk ke panggung. tunggu saje DVDrip nanti. akan ada orang-orang yang download tu..tgk saje d rumah sambil kunyah-kunyah..baring2..lagi best kot.....

*Sebenarnya, ini adalah episod kedua bagi cerita ini, aku tak tengok pun yang 1st punya tu.. tapi still boleh faham lagi laa jalan cerita cerita ni...aku rasa sebab itu la kot aku mcm kurang berahi dengan cerita neh..

*Apa pun yang penting dapat kuar g Amman, tengok dunia sikit dari duk terperap kat tempat ni. Nak buat mcmana kan, duduk kat kampungg.. Banyak jugak perubahan yang berlaku kat amman setelah beberapa lama tak keluar pergi mana-mana. Yang lagi best, walawpun bersuka ria, masih dapat menambah perkataan baru bahasa arab yang aku tak tahu - Alhamdulillah ~

*Dah bersuka ria baru boleh menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran - Doakan aku yang terbaik untuk peperiksaan kedua sesi ini. Untuk peperiksaan ini aku kene bersungguh2! Yeah!


4 Orang Berani Mati:

anap_ilmi said...

wow cik epal...nampak mcm sedap jee...ahakz

Anonymous said...

new moon sungguh tidak best!
taylor lautner saje yg hott!:P

anap_ilmi said...

xdela smpai drjat tak best..layan jee..hehe

Anonymous said...

hahahaha..:P

  ©:: MyWay [v2.2] ::. Template by Dicas Blogger.

TOPO