Event : Hari Pusat Bahasa
Assalamualaikum;
Hari ini aku bangun pagi. Macam tiap-tiap hari laaa. Dalam pukul 630, selepas waktu subuh pada jam443 pagi. Pagi ini sejuk gaban. Seakan-akan tidak mampu untuk mengangkat selimut tebal itu. Tiap kali musim sejuk, macam itulah keadaannya. Tapi aku gagahkan juga, sebab hari ini adalah hari penting! Hari Pusat Bahasa. Pusat bahasa universiti kami mengadakan Hari Pusat Bahasa. Menurut khabar-khabar angin yang bertiup sekitar Mafraq ni, macam meriah. Lantaran daripada itu, aku sangat teruja untuk menghadiri majlis itu bersama-sama dengan "New Toy" aku. Lagi hangat lagi bila aku dengar Raja Jordan akan turut hadir ke majlis itu. Teringin benar aku nak tengok king itu secara LIVE! Mandi-mandi...Eh, gile ke mandi musim2 sejuk ni? Hilang akal ke? Maksud aku mandi tu adalah sekadar membasahkan serta meratakan air seluruh anggota wuduk sebelum ke kelas agar sentiasa dalam keadaan suci - bersih. Sarapan-sarapan, sekarang ini aku mmg mengamalkan sarapan sebelum ke kelas agar aku tidak lapar semasa sesi pengajian berjalan. Siap-siap dan terus ke kelas...
Ikutkan, majlis akan bermula seawal 9pagi. Tapi janji arab itu adalah lebih dasyat dari janji melayu. So, aku pegi kelas dulu. Ambil berkat. Belajar pum pam pum pam.. Selesai. Jumpa budak-budak ni. Ajak pergi sama ke majlis. Nasir je yang ikut aku. Pasal die tak ada kelas masa tu. Ada gap. 10-11pagi. Pegi-pegi... Kosong, senyap sunyi. Yang ada acik cleaner basuh tangga. TABAH! Cari budak-budak ni lepak kat mana. Jumpa. Join..
Itu ini itu ini, pukul 12+/- baru majlis nak mula. RAJA TAK DATANG. Bengang. Yang ada duta-duta je. Tapi duta Malaysia tak ada. Pelik.
Majlis bermula.. Di mulakan dengan nyanyian lagu negara Jordan. Semua pelajar pusat bahasa terlibat. Kemudian diikuti dengan persembahan mengikut negara masing-masing. Hampir semua negara yang mengikuti pengajian di pusat bahasa mengadakan persembahan.. America, China, Kemboja, Nigeria, Indonesia dan Malaysia.
Persembahan Malaysia diwakilkan oleh Saudara Raihan. AKU SUKA! Tak sangka kawan aku ini sangat sempoi. Steady. Depan beratus-ratus orang. Maintain cool. Memang tabiklah! Aku ada record. Hapload kat YouTube.. Tengoklah!
Pastu Persembahan America. Pun best jugak. Rasa macam zaman-zaman CowBoy. Menyanyi sambil diiringi alunan gitar. Sempoi gile. Mmg American Style!
Pastu Persembahan dari China. Pun Best. Orang cina, cakap arab. Pernah dengar? Dengar dan lihat kat sini. Sangat lancar sebutan mereka walaupun ada jugak bunyi-bunyi cina tu. Tak ada masalah. Yang penting orang faham dan mereka boleh bertutur dalam bahasa arab dengan baik.
Apapun, objektif majlis tercapai. Bermottokan Keamanan Sejagat Melalui Bahasa, mesej berjaya diterapkan pada sekelian tetamu yang hadir. Walau apa sekalipun bahasa yang kita tuturkan, kita semua inginkan keamanan..
Babai ~
2 Orang Berani Mati:
PAAAAAAAAAAACCCCCCCCEEEEEKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!!!!!!
mcm kenal jeeee....haram
Post a Comment