Wednesday, November 11, 2009

Info : 1st World War

Assalamualaikum;

Hari dalam sejarah, 11 November 1918, tamatlah perang dunia pertama yang menyebabkan byk nyawa terkorban begitu sahaja. Di katakan sebanyak 10juta nyawa tentera yang berjuang di medan perang terkorban dari kedua-dua belah pihak iaitu pihak berikat dan pusat kuasa. Kesan dari peperangan itu, maka banyak kerajaan yang tumbang jatuh menyembah bumi.. (Huh, sangat tak boleh blah dgn ayat ini)

Sebab itu kalau kita tengok orang-orang eropah macam Sir Alex Ferguson, akan memakai bunga poppy merah di baju mereka bagi tujuan mengingati pejuang-pejuang yang terkorban semasa tercetusnya peperangan ini yang berlaku selama 4tahun, dari 28 Julai 1914 sehingga 11 November 1918. >>Sumber di sini<<

"Red Poppy"

Bukan itu yang aku nak cerita. Tak kesahlah kan dia nak pakai apa pun. Lagi pun untuk negara dia jugakan. So, tak ada masalah.. yang masalahnya... Mamat ni... Punnnn nak pakai jugakkk..haishhh...


Di sebabkan dia ni pakai, aku terus cari cerita pasal bunga ini dan kenapa apa semualah. Malam itu aku tidur dekat nak pukul4 pagi sebab nak tahu cerita disebalik bunga ini. Lepas itu barulah aku tahu cerita bunga ini...

So, apa masalahnya?

Masalah eh sekarang ini, perang dunia pertama jugaklah faktor2 menyebabkan jatuhnya empayar turki uthmaniah yang dibina sekian lama yang sangat agong dengan kekuatannya dan kawasan pemerintahanya yang lebih kurang 1/3 dari penduduk dunia ni.. >>Sumber di sini<< Kalau dia pakai tu, maknanya die menyokong kejatuhan empayar itu yang mana empayar itu adalah empayar Islam. Dia ini orang Islam. Pastu menyokong kejatuhan Islam.. Aparaaa...

Tu je yang aku xpuas ati nyer.. haha

Bersangkutan dengan hari peringatan tamat dunia pertama ini, Harini pun aku tamat peperiksaan pertama. Boleh la rehat2 dalam 2minggu ke... Pastu bersiap sedia tuk peperiksaan kedua pulakkk.. lepas tu final.. lepas tuu turkey.. turkey?

Babai ~

7 Orang Berani Mati:

hIrOsHiNaRi said...

barulah aku tau kekhilafan selama ni...hehe...bagus2..

jangan pakai k..pakai lencana negeri sembilan k..

Anonymous said...

tumpang tanye, mamat dlm gmbr tu, sape ek?

SyedIqbalSyedFuad said...

mamat tu adalah pemerintah negara ini,T.H.K.O Jordan.dia adalah pemimpin sgt ditaksubkan oleh rakyatnya yang sangat tak hensem belaka ni.kalo taksub sbb kekuatan agama smart gak la,ni taksub sbb pengasas Al-Urdun Awwalan,xgitu anap?

::alifdalmim:: said...

mula2 td nk terus g komen...tgk2 ko ada sebut nama 'mamat'..eh, saper tuh...rupenyer Tok Lah..huahuahua..

dia tu saje je..elok upah ko jd penasihat agama la..

anap_ilmi said...

hIrOsHiNaRi : pakai lencana BKMNS.haha

Anonymous : Mamat itu adalah seperti yang diterangkang oleh encikzaki itu

anap_ilmi said...

SyedIqbalSyedFuad : sape yg ajar tarbiah watoni kau neh?

:: Alif :: Dal :: Mim :: : Huh,xnak aku memperbodohkan diri keje dgn mamat tuh..

sob said...

patutlah.org lain nak pakai,dia sibuk2 nak jugak.sir alex tu satu contoh yg baik anap huhu.lepas nie 7 keturunan aku sokong kau hahahahha.

  ©:: MyWay [v2.2] ::. Template by Dicas Blogger.

TOPO