Sunday, November 22, 2009

Inspirasi : Abah

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته


Menemui ayahandaku yang berada di Malaysia. Semoga sihat hendaknya di samping bonda tercinta. Anakanda di sini sihat seperti biasa, Alhamdulillah. Bagaimana dengan keadaan emak? Setiap hari Nami tidak putus mendoakan emak agar emak kembali sihat seperti dahulu. Terasa rindu benar ingin menikmati masakan emak. Terutamanya sotong kering masak kuah kacang, lauk kegemaran kita sekeluarga. Hampir setahun rasanya emak tidak memasakkan? Tak apalah, biarkan emak berehat seketika, nanti bila sudah pulih boleh minta emak masakkan kembali lauk kegemaran kita ya? InsyaAllah..

Rasanya inilah pertama kali Nami mengirimkan surat kepada Abah. Maafkan Nami kerana tidak dapat mengirimkan surat yang ditulis dengan tangan sendiri untuk abah, tapi sekadar menggunakan teknologi terkini untuk tatapan abah. Ditulis pula di dalam blog. Semua orang boleh baca. Bukanlah khusus untuk abah. Tapi disebabkan Nami sangat berbangga dengan abah, biarkan mereka tahu bahawa Nami tulis surat ini untuk abah.

Tujuan Nami menulis surat ini adalah untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-59 khas untuk abah. Semoga abah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sihat sepanjang hayat, diberkati di dunia dan di akhirat. Nami nak minta maaf pada abah kalau sepanjang 25tahun abah membesarkan Nami, mesti ada terdapat tingkah laku, tutur kata yang tak berkenan pada abah. Samada sedar ataupun tidak. Semoga abah maafkan Nami ye?

"Abah"

Nami juga nak ucap terima kasih banyak-banyak sebab membesarkan Nami sebesar ini, selama ini. Nami tak tahu macam mana nak balas balik jasa abah sepanjang membesarkan Nami. Macam-macam perangai Nami dah buat pada Abah, tapi abah sikit pun tak pernah putus asa. Walaupun abah selalu marah-marah, tapi Nami tahu, abah sayang kami semua. Abah nak kami semua tak susah macam abah. Betul kan?



Ada kenangan paling Nami tak boleh lupa masa Nami ikut abah pergi hantar along balik asrama kat Melaka tu. On the way balik rumah, minyak kereta dah nak habis. Abah tak ada duit. Masa tu pun dah malamkan? Cucuk kat bank, ada RM10 sahaja. Alhamdulillah, boleh juga isi minyak dan selamat sampai di rumah. Tapi Nami kecil lagi masa itu. Nami tak tahu apa-apa. Seingat Nami pun, abah macam seronok sahaja bila tengok dalam bank ada RM10 dan boleh keluarkan duit untuk isi minyak. Sikit pun abah tak ceritakan kesusahan abah. Sikit pun abah tak tunjuk kesusahan depan Nami.

Oh, ada yang lagi best bila kita pergi Cameron Highland. Kita ramai-ramai tidur dalam van Mazda Bongo BCU1995 sebab hotel tak ada kalau tak silap la. Semua Full. Tapi tak ada pun yang merungut-rungut. Semua seronok saja. Pergi jalan-jalan. Sebab dari kecik mak abah bawa kami jalan-jalanlah, sampai besar ni, Nami dan yang lain-lain pun suka berjalan. Diam tak diam, Nami dah jejak 13negara dah. Nami pun tak sangka. Kalau dalam Malaysia tu jangan cakap la, seluruh semenanjung habis kita jalan kan?

Itu belum lagi cerita abah dan mak datang melawat Nami di sini. Sebulan lengkap abah dan mak tinggal dengan Nami. Habis seluruh middle east ni kita jalan. Semua jenis kenderaan kita naik. Main salji apa semua. Merasai keadaan sebenar anakmu di sini. Pada masa itu Nami sedaya upaya Nami memberikan persembahan terbaik untuk kepuasan mak dan abah. Tapi ada sedikit kecewa dengan diri Nami atas kemalangan kaki mak terbakar itu dek pemanas rumah. Sepatutnya Nami tak boleh tinggalkan mak dengan abah sendirian. Nami kena temankan mak dan abah. Tapi.. Nami tak sangka kejadian itu boleh berlaku. Nami sangat minta maaf dengan mak dan abah atas kelalaian Nami. Baru berapa hari Nami ditugaskan menjaga mak abah, dah gagal. Mak abah dulu jaga Nami dari kecik sampai ke besar ini, sikit pun tak pernah gagal.. Sangat kecewa dengan diri ~

Apa pun kesusahan abah dan emak membesarkan kami, Nami rasa sangat bersyukur dilahirkan dalam keluarga ini. Nami bangga dengan mak dan abah. Nami mintak maaf kalau Nami tak berapa pandai dalam pelajaran. Keputusan peperiksaan semakin lama semakin merosot. Harapan Nami agar abah dapat berbangga dengan anak abah ini walaupun tak sepandai orang lain. Tapi dulu-dulu Nami pernah je kan dapat No1 dalam kelas juga kan? Cuma sekarang ini je laa, agak merosot laa. Nami dah cuba, tapi kadang-kadang tak mampu nak mengulangi kejayaan dulu. Itu yang sekadar cukup makan sahaja itu abah. Tapi insyaAllah Nami tak akan sia-siakan pengorbanan abah untuk Nami belajar sehingga ke peringkat ini.

Abah tak pernah membahagi-bahagikan kasih sayang abah. Nami rasa adil je pada semua. Kalau along dapat ini, angah dapat itu. Kalau Nami dapat itu, Nina dapat ini. Semua sama-rata. Sampai abang Nasa pun dapat tempias kasih sayang abah pada dia. Dia pun dapat itu ini juga. Tak ada masalah.

Sekarang, semua sudah besar. Semua keluar dari rumah meninggalkan mak dan abah atas urusan masing-masing. Sekali lagi Nami minta maaf dengan abah kalau-kalau ada terlepas tanggungjawab Nami pada keluarga yang tidak terlaksana. Nami azam pada diri, lepas Nami habis belajar nanti, Nami akan berkhidmat pada keluarga pula. Nami rasa sudah sampai masanya abah berehat, biar Nami pulak yang berkhidmat. Biar Nami pulak bawa abah jalan-jalan. Biar Nami pula belanja abah makan-makan.

Kalau nak ceritakan pasal mak dan abah sepanjang 25tahun Nami "mengenali" abah, memang sangat panjang. Tak apalah, biarkan Nami simpan semua cerita abah dan emak untuk Nami ceritakan pada anak-anak Nami kelak pasal atuk dan wan mereka, biar mereka berbangga dengan atuk dan wan mereka kerana membesarkan daddy mereka. Hehe.. Tapi jangan pula abah ceritakan hal daddy mereka pada cucu-cucu abah. Nanti berguling-guling pula mereka ketawa mendengar cerita dari abah dan mak.

Apa yang Nami harapkan sekarang ini adalah iringan doa mak dan abah dari jauh agar Nami sentiasa di dalam restu abah dan emak sepanjang langkah Nami meniti hidup ini. Tidak ada apa yang boleh mengatasi doa mak dan abah kerana doa mak dan abah itu sangat mustajab sehinggakan kata-kata mak dan abah itu juga adalah doa.

Untuk akhirnya, jutaan terima kasih Nami nak ucapkan pada abah dan emak kerana membesarkan Nami selama ini. Terima kasih memberi Nami peluang belajar, peluang berdikari dan peluang mengenali kehidupan ini. Tidak ada apa yang boleh membalas jasa mak dan abah melainkan doa Nami yang tidak putus untuk mak dan abah semoga mak dan abah sentiasa dibawah lindungan yang maha Esa.. Ameeennnn


Anakmu,
~Nami~

12 Orang Berani Mati:

aiSyaLiciOus said...

AHNAF: sangat sayu ble bace surat nie...hurm,,sure ur parents bangga ade anak macam u..mmg btol kan,kasih syg mak n ayah nie xder dua nyer dlm dunia...selagi mereka hidup selagi tue la rase nyer nak berbakti pada mereka kan...
thanx,atleast sedar kan Sya pasal kelalaian Sya selame nie....
;(

nolongerexist said...

u make me cry la bro.. Lps ni nk tlefon abah aku lak, biarla bukan besday die pn..


"Lagu" tu mane? hik3

anap_ilmi said...

aiSyaLiciOus : Saya lagi bangga 'dia' abah saya.. kita sebagai anak wajib jalankan tanggungjawab kita sebagai anak.. :)

SYED.IQBAL.SYED.FUAD : Pas aku tulih ni..aku tgk cite PAPADOM pulakkk.. lagi laaa :'( sob..sob...tgk sorg pulakk..padam lampu... :'(

::alifdalmim:: said...

aku print pastu aku hntr ke rumah ko..bagi abah ko baca..aku buat ni ikhlas..boleh ye anap..
;)

anap_ilmi said...

ellehh.yeye jee...buat la..buat laa...tgk sikit cmne..huhu

hIrOsHiNaRi said...

nami, jangan begitu, abe fi ade kat sini lagi..nami, kamu sungguh untung kerana memiliki ayah lagi nami..

anap_ilmi said...

abg fi mcm haram.... ye laa...nnt kan ko ada 'ayah' baru kann..bile2? ahakz

.0hbintang!. said...

olow3 anak abah nehhhhhh ..
ahakz :p

f a i r u z said...

sedey loo baca ini surat.sbb aku takpenah buat mcm ni.
tapi mesti nyesal kalau satu hari nanti aku tak dpt nk express betapa aku syg kat abah aku mase abah aku dah takde nanti. isk isk isk

Faizal@poyan said...

salam..

mcmnilah sahabat aku....aku doakan mak adan abah hg sentiasa sihat

anap_ilmi said...

.0hbintang!. : mesti la anak abah..bukan anak babah..ahakz

f a i r u z : ye laa,buat sebelum terlmbat...buat je skrg...ahakz

Faizal@poyan : Wsalam.. tq poyannn

.0hbintang!. said...

echah kate " sedey gile bace abg nami punye surat tu "

ps : ur name is officially nami now in my fmly . blame abah awk :p

  ©:: MyWay [v2.2] ::. Template by Dicas Blogger.

TOPO