Info : Google Wave
Assalamualaikum;
2jam lepas aku aktivasi benda itu, aku jadi buntu. Aku sesat. Aku blur. Ntah menatang ape ntah GWave ini.. Terus mencuba untuk melupakan aplikasi itu.. Pada fikiran aku, mungkin 1hari bile dah popular nanti, aku try la aktivasikan semula... So, aku abaikan je la.. Babai GWave...
Selepas 3hari cuba melupakan GWave itu.. Semakin ramai yang membicarakan pasal GWave neh kt twitter. Aku penasaran. Cuba bukak balik, tapi lebih kurang je.. Click2 mcm tak nampak apa pun..
Melalui pembacaan aku, ada orang kata GWave ni macam Social Network yang biasa tu.. Mcm Facebook, myspace, friendster dsb.. Ada jugak orang kata die ni mcm tempat chatting mcm YM, mcm mIRC zaman aku skolah2 menengah pun iye. Mcm twitter pun adaa. Orang kata boleh share2 document, files, video, picture.. kira all in one aplication laaa.. tak payah bukak bende2 lain, sumer ada dalam ni jeee...tapi seriously aku mcm tak nampak apa lagi... hishh
Aku ada invite encik pali dan encik adam sebagai rakan aku untuk mencuba bende ini. Tapi, so far, mereka juga macam blurr je..
Untuk pengetahuan, GWave ini masih lagi dalam percubaan, so segala transaksi GWave adalah melalui jemputan sahaja. setiap pemengang account akan di beri 8 kad jemputan untuk menjemput 8orang rakan-rakan yang lain menyertai GWave ini. Jemputan hendaklah menggunakan GMail sahaja sebab benda ini datang dari syarikat Google. aku ada berbaki 6 jemputan kosong lagi.. Ada sape2 nak?
So, kalau la ada sapa2 yang terbaca post ini dan mempunyai acc GWave, sila invite saya di ahnafhilmi [at] gmail [dot] com atau ahnafhilmi [at] googlewave [dot] com untuk memenuhkan lagi ruang alam maya ini.....
Seterusnya...