Tuesday, September 30, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum;

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maad Zahir & Batin aku nak ucapkan kt korg semua. Smoga ramadhan yg telah kita tinggalkan ini, memberikan sedikit sebanyak impak dalam kita mengawal nafsu yang xjemu2 untuk menguasai diri kita ini.

Tahun ini, alhamdulillah aku dpt beraya di Malaysia bersama keluarga yg terchenta. sudah 3tahun aku xdpt beraya bersama. wlwpun raya kalini seakan tidak lengkap kerana along aku beraya dirumah suaminya, akan tetapi itu semua sikitpun tidak melemahkan semangat raya dlm diriku ini

Perbezaan raya di perantauan dan di rumah amat aku rasai dimana jika beraya di perantauan, segala persiapan akan sama2 kami uruskan segalanya, dari mula mengemas rumah, sehinggalah ke masak memasak. semuanya di lakukan bersama2 rakan serumah mahupun jiran2 yg ingin turut serta dlm persiapan kami. akan tetapi, beraya di Malaysia atau pun beraya di rumah, HAMPIR semuanya disediakan oleh Mak dan Abah. aku sekadar membantu sekadar yg perlunya. tp ape yg penting kt sini, wlwpun aku kt umah, aku diberi mandat sepenuhnya untuk menyediakan juadah kuah kacang yg amat sedap 1x..kt jordan pun aku boleh masak dengan keadaan serba kekurangan, inikan pula kt Malaysia yg cukup bahan serba serbi..mmg superb lah kan?ahakz..

Kerinduan beraya dijordan...ada jer sebnrnya tatkala teringt kami berlari2 ke masjid kerana terlewat untuk menyertai jemaah untuk sembahyang raya. sembahyang dlm keadaan tercungap2..nasib baik keadaan cuaca yg sejuk, jadi tiada masalh berpeluh..kalau di Malaysia..aduihhh...

Apa2 pun sbnrnyer adalah semangat rayer itu patut kita semarakkan sbg tanda kita bersyukur dpt menjalani ibadah puasa dgn jayanya. bukan lah bergembira kerana "terlepas" dari bulan yg "menyesakkan". Hiasilah harimu dgn bertakbir, bertahmid, bertahlil, berzikir kepada Allah yg esa, i-allah kita akan bertemu lagi pada Ramadhan yg akan dtg..k?SELAMAT HARI GURU..EH,EH,EH,,SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN.ahakz..

1 :Komen Berani Mati

Anonymous said...

~ selamat hari raya..maaf zahir n batin...~

  ©:: MyWay [v2.2] ::. Template by Dicas Blogger.

TOPO