Saturday, September 12, 2009

Semasa : Off To Bangkok

Assalamualaikum;

Taking Off To Suvarnabhumi International Airport Bangkok Thailand


With

Departing from KUL at 1340 on flight AK742
Arriving at 1445 at BKK

Tata ~


Seterusnya...

Thursday, September 3, 2009

Film Reviews : The Final Destination




SINOPSIS : Cerita die mengisahkan sorang mamat neh, die g tgk lumba kreta Speedway. Pastu masa die tgk perlumbaan kreta tu, die mcm ternampak masa depan, sorang-sorang mati. Alaaa... mcm final destination sebelum2 neh lah senang cite. Kalau tak tgk lagi final destination yg sebelum2 neh, ssh laa.. Konsep die sama je...

YANG TAK BEST : Mengekalkan konsep cerita neh. Mati ikut turutan apa sumer. Pastu ada yang rasa macam sajee jee asbab (asbab?) nak jadi kematian tuu, pasal turn org tu nak mati. contohnya la kann.. mcm bile org tu die da nampak bende2 yg berkaitan dengan kematian tuu.. nnt masa tu la, kipas nak jatuh la pe la, itu la ini la.. mcm da boleh agak da laa.. pasni akan ada kematian akan berlaku.. hurm, lebey kurang gitu laaa... kadang2 aku rasa mcm ada je part2 yg xlogik. ada jugak part2 yang rasa mcm biasa jee.. tp sbb setkan mind aku.. dah namanya cerita.. on je laaa...

YANG BEST :
Jalan cerita yang menarik, NON-STOP ACTION, bunyi best, berdebar2 masa menonton, gambar lawa, kematian die kejam gile. siap ada terkejut2, kadang2 di luar jangkaan. bajet ingt macam neh, tgk jadi mcm neh.huh..best lah!

KESIMPULAN : BEST! aku suke. stengah jam pas aku tgh cite neh, aku still mcm tersenyum2 lagi akibat dek kebest-an cerita neh. action2 die tuu.. fuhhh.. best3x. die ada 2versi. 1 biasa, 1 3D. aku rasa klu tgk 3D g best kot.. boleh la nonton!

RATING : 8/10


Seterusnya...

Thursday, August 27, 2009

MyWay : شكراً


Assalamualaikum;

Terima Kasih banyak-banyak buat :

- Intan Iszaura - Pakcik Isa - Makcik Intan - Aisyah - Ain - Effa - Addam - Earin - Chiko - Azhan - Naqiah - Mira - Afiq - Sabrina - Gjan - Khalidah - Zarep - Nasir - Fathimah - Poyan - Boney - Ahmad al-Ghazali - Kirin - Azlin Ilman - Ummu Umar - Reez - Cik Peanut - Ahmad - Sazri - Nor Amizi - Abee Nie - Syawal - Arulz - Aisyah al-Humaira - Nina - Nawar


Terima Kasih kerana mengingati serta meluahkan tanda ingatanmu sempena sambutan jubli perak tahun ini. Semoga kalian semua sentiasa di bawah lindungan Allah SWT.

*Tiada Seterusnya Jugak


Seterusnya...

Tuesday, August 25, 2009

MyWay : Selamat Jubli Perak

Assalamualaikum;

26 Ogos 2008 - Maka genap lah umo aku 25thn. Selamat Jubli Perak utk aku! Alhamdulillah segala nikmat, semoga redha Allah sentiasa bersamaku, sepanjang hidupku.

Tahun ini seriously aku mcm tak alert sgt besday aku. Taw2 je.. eh, nak besday da laa.. Hurm.. Sebab ada yang lebih penting skrg ni kan, iaitu jaga mak aku...

Jaga mak aku? Aku kt mana skrg neh?

Sekarang ini aku kat...


Lebih tepat lagi di..

Sempena bulan2 kemerdekaan ni kan, kene la meriahkan blog dengan bendera2. Aku kan lahir dalam bulan merdeka.. (Aish..kenapa tulisan aku warna oren dan bold neh?)

Apa2pun, tahun neh aku mcm tak harapkan apa2 sgt la dari sape2 pun mcm thn2 lepas. Seriously sgt xde rasa apa2 besday thn ini. Xtaw la kenapa. Cuma sekadar rasa peralihan angka je, dari 24 ke 25. Wuteva! Tp pe pun, aku dapat hadiah paling best la tahun ni.. Tiket Perbangan ke Bangkok! Korg ada ke? Kiki... Aishh, xbek riak. Astagfirullah.. Sumer rezki dari Allah, Alhamdulillah... Nnt2 je la cerita. Tunggu yer.. :p

So, Memandangkan aku kat Mesia skrg neh, kalau aku rajen, aku hapdet la.. Klu mcm malas jee.. Maka jadi gajah putih la akan blog ini...Babai ~

Salam Ramadhan - Selamat Jubli Perak - Selamat Hari Merdeka

*Tiada Seterusnya


Seterusnya...

Saturday, August 22, 2009

Gotcha : Tiket Waiting List

Assalamualaikum;

Pada suatu hari, Encik Syawal menyatakan hasratnya untuk pulang ke Malaysia. Hasrat itu pada mulanya sekadar angan-angan tetapi menjadi kenyataan apabila mendapat sokongan dari keluarga dan rakan-rakan beliau. Lalu Encik Syawal meluahkan hasratnya itu kepada kawan-kawan termasuk aku. Aku menyambut baik hasratnya itu dengan hati yang terbuka, dengan harapan bertambah bilangan kawan-kawan yang akan menaiki kapal terbang yang sama untuk pulang ke Malaysia. Kemudian, aku cuba menawarkan diri untuk mencari tiket untuknya memandangkan aku memang hendak ke Amman atas urusan peribadi aku. Encik Syawal bersetuju serta mengajak seorg lagi kawannya, Encik Pakok untuk pulang bersama-sama, menaiki kapal terbang yang sama. Apabila semua sudah setuju aku terus ke Amman untuk mencari tiket yang dijanjikan.

Apabila sampai di kedai agen menjual tiket kapal terbang, aku dengan segera daftarkan nama Encik Syawal dan Encik Pakok bersama-sama menyertai penerbangan yang aku naik untuk pulang ke Malaysia. Turut serta dalam penerbangan itu adalah Encik Dzarif, Encik Chik dan Encik Nasir yang sudah menempah tiket lebih awal dengan telefon. Apabila nama siap didaftarkan kelihatan terdapat masalah dengan tiket Encik Syawal. Tiket beliau termasuk dalam golongan WAITING LIST. Pihak kedai menjanjikan kepada aku bahawa beliau akan mendapatkan tempat bagi Encik Syawal agar Encik Syawal boleh pulang bersama-sama kami. Senang cerita, confirmkan tiket die laaa... Aku pun bersetuju dan yakin dengan janji-janji yang ditaburkan oleh agent tersebut, aku pun pulang ke rumah dengan hati yang gembira...

Selang 2hari dari tarikh aku membuat tempahan, aku mendapat panggilan dari agent mengatakan bahawa tiket Encik Syawal sudah confirm. Perbualan kami berhenti di situ sahaja kerana aku sangat sibuk dengan persediaan menghadapi peperiksaan akhir semester. Terus aku lupa nak bagitahu kepada Encik Syawal yang tiket die sudah confirm...

Jadual peperiksaan sudah keluar! Aku tengok jadual aku mempunyai gap ataupun selang hari yang panjang, jadi aku mengambil keputusan untuk pergi ke Amman untuk mengambil tiket Encik Syawal itu tadi. Tiba-tiba ada suara-suara syaitan yang membisikkan dekat aku..
"Kalau kau kenekan Syawal ni best jugak" Kata suara itu.
"Ish, tak nak lah, sian plak kat die" hati aku yang suci nurani ni menolak.
"Alaa, gurau-gurau manja je pun...".
Tiba-tiba aku macam tersetuju pulak dengan rancangan itu..

Sepulangnya aku dari Amman berserta dengan tiket Encik Syawal yang confirm itu. Aku sorokkan. Aku tak bgtaw pun kat Encik Syawal pasal tiket die tu. Pastu aku saja je buat-buat pergi rumah die, saja-saja buat tgk-tgk tiket die, pastu aku cakap
"Weh, tiket ko neh waiting list ni!"
"Hang toksah nak main2 dengan aku lah.. Mak ayah aku da tgu da kat Mesia ni"
"btul neh, cuba ko tgk sendiri"
"Habis tu camna ni nap?"

Yes! umpan mengena.. Lalu aku canangla seluruh pelusuk alam bahawa 1 rancangan nak kenekan Encik Syawal neh pasal tiket die WAITING LIST! Mulai dari hari itu Encik Syawal mula risaw.. HEHE..

Lagi menambahkan risau Encik Syawal bila ada budak yang balik Mesia, dengan status tiket waiting list yang samaaa, tersangkut kat epot, tak boleh nak naik flight, kene bayar hampir RM500 dan terpaksa tukar flight lain. Encik Syawal cuak! Msg aku dengan kata2 kesat, call aku, datang rumah aku nak tnyer pasal tiket die tu. Aku wat bodo jeee. Aku pulak, hantar lagi budak2 ni suruh pegi takut2kan die lagi pasal tiket die itu... HAHAHA... Sampai la Emosi beliau betul2 tertekan! Orang nak tegur pun tak nak layan dah lagi2 pada malam esok die tu nak balik...die senyappp je. Aku simpan je lagi tiket die itu. hahaha

Tiba lah hari yang di janjikan, semua siap2 nak g epot, kelihatan muka Syawal amat lesu, emosi, mcm nak nangis pun ada. budak2 ni tak habis2 lagi nak menyakat die. Sampai la 1 ketika, Encik Nasir dok usik2 die lagi...BOOOOOOMMMMMMMM!!!! Meletup! Emosi Encik Syawal berada pada tahap klimaks! Pecah Emosi dah pun! Muka Sywal merah, mata merah, muka sgt bengis. Semua tergamam. Aku lagi la cuak! Rasa bersalah pun ada. tapi tetap macam nak teruskan jugak niat ini.. tapi keadaan sgt cemas ketika itu...tetap jugak kannnn..hehe

Budak2 ni sgt kesian dengan Encik Syawal, aku lagi la..cuak, kesian, takut sumer ada.. Bawak pegi restoran. Makan2, bg die cool.. Masa tu laa kami bg die tiket yg dah confirm tu.. Syawal malu2, mula2 tak nak pegang tiket lama2 ok laa.. lepas solat jamak zohor dan asar, aku salam syawal.. aku peluk syawal mintak maaf balik dan bg pihak seluruh warga kerja dalam menjayakan rancangn ini... Syawal dah ok.. Die gelak2 jeee... hahaha.. Tahniah Syawal... anda dalam rancangann BANG BANG BOOMMMM! Kita lihat aksi beliau ketika mendapat tiket yang sebenar...



"Bergambar bersama tiket sebenar"


Seterusnya...

  ©:: MyWay [v2.2] ::. Template by Dicas Blogger.

TOPO