Monday, July 13, 2009

Peraduan : Get To Know Your World

Assalamualaikum;

Setelah beberapa kali cubaan aku utk memenangi peraduan yang dianjurkan oleh Syarikat Penerbangan Royal Jordanian ini tidak berjaya. Aku semakin bengang. Memula ingat mcm nak makan sniri je kalau aku menang kan.. kire leh blagak la klu aku menang peraduan ini. tgk2 niat itu mungkin salah yang menyebabkan aku tak menang2 sampai ke hari ini. akan tetapi aku masih mengharapkan sinar pada pusingan-pusingan pada akan datang.

Rentetan daripada itu, aku nak bgtaw kt korg yg Royal Jordanian ada menganjurkan satu peraduan yang berbunyi "Get To Know Your World". Peraduan ini akan berjalan sepanjang minggu bermula dari hari selasa setiap minggu.

Permainan peraduan ini cukup mudah, anda perlu meneka gambar yang disiarkan dengan tepat dan menjawab 4 soklan kuiz yang mudah. kemudian, pemenang akan di umumkan pada hari Isnin minggu berikutnya. Lepas tu Selasa depan die tu pulak.. soklan baru lagii..

Apa yang anda perlu lakukan sekarang ini, log on to Royal Jordanian Website di : www.rj.com dan click kt Competition Join Now. Kat situ bermula la pengembaraan anda sebagai peserta kuiz ini.

jika anda berjaya, anda akan memenangi DUA tiket penerbangan percuma ke tmpat yang kita teka gambar itu. seronok dan mudah je kan?

tujuan aku bgtaw korang semua ni adalah untuk membetulkan niat aku sebenarnya. Hadis nabi : "Siapa yang memudahkan jalan orang lain, Allah akan memudahkan jalannya ke Syurga". [Ada kene mengena ke dlm peraduan ini?] tp apa yang aku harapkan, lepas aku bgtaw korang neh, iAllah aku di permudahkan untuk memenangi peraduan ini walawpun saingan semakin ramai kalau korang pun turut serta dalam peraduan ini. tapi....tak apa lah...saingan sihat. hehe.. selamat mencuba...

*Tak silap aku peraduan ini terbuka utk yang berada kt Jordan ni je sbb hadiah tiket percuma itu berlepas dari Amman. Kalau yang mcm dari Malaysia join peraduan ini.. kalau la korang menang, korang kene la dtg Jordan dulu, pastu baru lah boleh guna tiket menang ituu.. So, better korang tak payah join la sebab menyebabkan peluang aku tuk menang nnt semakin sengit..

*Tiada seterusnya jugak..kiki


Seterusnya...

Saturday, July 11, 2009

Setempat : Hayyu Dhubat

Assalamualaikum;


"INI WILAYAH DHUBAT"

*Tiada Seterusnya..huhu


Seterusnya...

Wednesday, July 8, 2009

Agama : Baca Quran Dalam Hati

Assalamualaikum;

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat illahi sbb aku masih berada di bumi ini. wlwpun merasa kesedihan kwn2 pulang ke tanah air (mood ni xabes2 lagi smpai la sumer abes balik nnt) tapi dalam pada itu,aku berasa cukup gembira sebab aku masih di beri peluang berada dekat dengan ilmu. Berada dekat dengan para ilmuan. Diberi peluang untuk mencari ilmu Allah di bumi berkat ini. Tempoh 7bulan dari sekarang ini tak akan aku sia2kan bagi mempersiapkan diri aku utk pulang ke Malaysia kelak agar aku tak menyesal nnt...

SITUASI : Ada sebuah soalan yang terlintas pada fikiran aku ketika aku mengerjakan umrah tempoh hari. Aku lihat kebanyakkan orang Malaysia di sana membaca Al-Quran dalam hati berbanding bangsa2 lain yang kalau boleh nak pakai mic bile baca Quran itu. Lantas aku tergerak hati nak tanyakan hal ini kepada orang yang lebih arif dalam bidang ini.

SOALAN : Bagaimana kalau kita membaca al-Quran sekadar di dalam hati ataupun tanpa mengeluarkan suara?

JAWAPAN : Mengikut tafsiran kalimah MEMBACA itu sendiri, membaca itu adalah sebutan yang di keluarkan dari mulut kita berserta dengan bunyi ataupun suara. So, dalam masalah ini, (dalam hal al-Quran), jika kita membaca al-Quran di dalam hati, itu bukanlah di kira membaca. Akan tetapi itu di kira sebagai melihat al-Quran itu sahaja.

SOALAN LANJUTAN : Adakah terdapat hukum-hukum yang tertentu jika kita membaca al-Quran di dalam hati?

JAWAPAN : Tiada hukum yang tertentu. Akan tetapi perbuatan itu hanyalah dikira ibadat melihat al-Quran sahaja. Tidak lebih dari itu.

Rentetan dari perkara ini, kita juga tidak boleh membaca ayat al-Quran di dalam hati semasa solat. Sebab perbuatan itu juga tidak dikira membaca al-Quran. Kita kene memperdengarkan bacaan kita di dalam solat sehingga kita dapat mendengar sendiri suara kita. Jika kita membaca di dalam hati, terutama surah al-Fatihah, solat itu tidak sah. Sebab membaca surah al-Fatihah di dalam solat itu adalah dari rukun solat. Jika kita tidak melakukan rukun solat, solat kita jadi batal. Hal ini ada di sebutkan dalam hadis nabi : "Tidaklah dinamakan solat tanpa membaca surah al-Fatihah"

*Sumber : Syeikh Toriq Asfur (Pensyarah Subjek Tilawah al-Quran Kuliah Syariah)

-------------------------------------------------------------------------
Ada 1 kisah berkenaan dengan al-Quran aku nak kongsi kat sini...

Ada seorang anak kecil bertanya kepada bapanya : (Cerita di kalangan orang bukan arab)
"Kenapa kita perlu membaca al-Quran padahal kita tak faham pun apa yang kita baca itu. Kita sekadar membaca sahaja. Selepas itu kita akan tinggalkan. Macam tiada faedah sahaja kita membaca benda yang kita tidak faham.."

Bapanya mendengar soalan itu, bapanya sekadar tersenyum. Kemudian bapanya menyuruh anaknya pegi mengambil sebuah bakul yang terdapat di belakang rumah. Anaknya dengan segera menurut perintah ayahnya tanpa byk soal.

Kemudian anaknya datang dengan sebuah bakul kosong yang kotor ditangannya sebagaimana yang diminta oleh ayahnya. "Untuk apa ini ayah?" Tanya anaknya. Lantas ayahnya menyuruh anaknya pergi ke sebatang sungai yang berhampiran dengan rumah mereka untuk mengambil air dengan menggunakan bakul itu.

"Mana boleh ayah! Mestila air itu akan keluar dari lubang2 yang terdapat pada bakul ini". Tegas anak itu

"Pergi cuba dulu". Kata ayahnya

Maka pergi la anak itu ke sebatang sungai yang di maksudkan dan cuba untuk mengambil air menggunakan bakul itu. Akan tetapi setiap kali ingin mengambil air, air mengalir laju dari celah-celah lubang bakul itu.

Anak itu pulang ke rumah dengan hampa kerana tidak dapat mengambil air seperti yang disuruh oleh ayahnya.

Sampai di rumah, ayah bertanya "apa yang kamu dapat?"

Melihatkan anaknya kecewa ayahnya menerangkan kepada anaknya "Cuba kamu lihat bakul yang kamu pegang itu, bagaimana keadaannya sekarang dengan semasa kamu mengambilnya di belakang rumah itu tadi?"

"Keadaannya lebih bersih dari tadi" jawab anaknya ringkas

"Haa..itu lah jawapan utk soalan yang kamu tanyakan kepada ayah tadi. Walapun kita seolah2 mcm tak dapat apa2 bila kita membaca al-Quran di sebabkan kita tidak faham apakah isi kandungannya, akan tetapi hati kita akan menjadi bersih. Macam bakul itu jugak. Walawpun kita tak dapat air, tapi bakul itu jadi bersih kan? Itula kesan jika kita membaca al-Quran"

Anak mengangguk tanda faham sambil tersenyum keletihan...


Seterusnya...

Monday, July 6, 2009

Hiburan : Suara (Ku Berharap)

Assalamualaikum;

Lagu ni aku tujukan khas utk kwn aku yg dah lama aku xdgr cite psl die. harini hari lahir die. smg die sihat hendaknya. aku xtaw da nak contact die cmne sbb aku dah hilangkan sumer sumber2 yg leh aku berhubung dgn die. jadi KALAU la die terbaca entry ini. aku cuma nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR..

Bagi kawan2 yg bakal dan telah meninggalkan aku sorg2 kt sini nnt. lagu neh pun aku tujukan tuk korg jugak. korg jgn lupe aku kt sini taw.. Hati Ini Sayu Mode ~

Actually ini lagu hits aku setakat neh la.. kat nak 300x duk play. haha.. aku mmg gitu. kalau de lagu best tu.. dengar smpai muntah. paling lama aku penah dengar 1lagu tuu.. 2bulan stengah.. lagu yang sama jee.. ahakz... Tq to Cik Chiko sbb die yg bg aku lagu neh sbnrnye.. Tak tau la kan lagu neh lagu lama ke lagu baru. So, enjoy saje!



terdapat jugak versi imeem..


Suara (Ku Berharap) - Hijau Daun

*seterusnya tuk lirik die..


Di sini aku masih sendiri
Merenungi hari-hari sepi
Aku tanpamu
Masih tanpamu

Bila esok hari datang lagi
Ku coba untuk hadapi semua ini
Meski tanpamu meski tanpamu

Bila aku dapat bintang yang berpijar
Mentari yang tenang bersamaku di sini
Ku dapat tertawa menangis merenung
Di tempat ini aku bertahan


Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku slalu dihatinya
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Kalau ku masih tetap di sini
Ku lewati semua yang terjadi
Aku menunggumu Aku menunggu

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku ada dihatinya
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya


Suara dengarkanlah aku


Seterusnya...

Thursday, July 2, 2009

Semasa : Ucapan Bukhari Utk Semua

Assalamualaikum;

Ucapan ini dirakam di lapangan terbang ketika beliau nak pulang ke Malaysia setelah menamatkan pengajian beliau dengan jayanya di sini. Pada awalnya die kata hatinya keras, susah untuk menangis. tp rupa2nya beliau cuba untuk menyorokkan mata beliau dengan memakai kaca mata hitam itu. Dalam video ini mungkin terdapat kata2 ataw ucapan2 yang tak sesuai untuk didengari oleh sesetengah orang. jika anda adalah orang itu, sila jauhkan diri anda dari video ini. segala rakaman ini adalah milik saya, sebarang penyiaran semula adalah dilarang tanpa izin dari pemilik.



*Tiada Seterusnya..


Seterusnya...

  ©:: MyWay [v2.2] ::. Template by Dicas Blogger.

TOPO