Assalamualaikum;
Pada suatu hari, Encik Syawal menyatakan hasratnya untuk pulang ke Malaysia. Hasrat itu pada mulanya sekadar angan-angan tetapi menjadi kenyataan apabila mendapat sokongan dari keluarga dan rakan-rakan beliau. Lalu Encik Syawal meluahkan hasratnya itu kepada kawan-kawan termasuk aku. Aku menyambut baik hasratnya itu dengan hati yang terbuka, dengan harapan bertambah bilangan kawan-kawan yang akan menaiki kapal terbang yang sama untuk pulang ke Malaysia. Kemudian, aku cuba menawarkan diri untuk mencari tiket untuknya memandangkan aku memang hendak ke Amman atas urusan peribadi aku. Encik Syawal bersetuju serta mengajak seorg lagi kawannya, Encik Pakok untuk pulang bersama-sama, menaiki kapal terbang yang sama. Apabila semua sudah setuju aku terus ke Amman untuk mencari tiket yang dijanjikan.
Apabila sampai di kedai agen menjual tiket kapal terbang, aku dengan segera daftarkan nama Encik Syawal dan Encik Pakok bersama-sama menyertai penerbangan yang aku naik untuk pulang ke Malaysia. Turut serta dalam penerbangan itu adalah Encik Dzarif, Encik Chik dan Encik Nasir yang sudah menempah tiket lebih awal dengan telefon. Apabila nama siap didaftarkan kelihatan terdapat masalah dengan tiket Encik Syawal. Tiket beliau termasuk dalam golongan WAITING LIST. Pihak kedai menjanjikan kepada aku bahawa beliau akan mendapatkan tempat bagi Encik Syawal agar Encik Syawal boleh pulang bersama-sama kami. Senang cerita, confirmkan tiket die laaa... Aku pun bersetuju dan yakin dengan janji-janji yang ditaburkan oleh agent tersebut, aku pun pulang ke rumah dengan hati yang gembira...
Selang 2hari dari tarikh aku membuat tempahan, aku mendapat panggilan dari agent mengatakan bahawa tiket Encik Syawal sudah confirm. Perbualan kami berhenti di situ sahaja kerana aku sangat sibuk dengan persediaan menghadapi peperiksaan akhir semester. Terus aku lupa nak bagitahu kepada Encik Syawal yang tiket die sudah confirm...
Jadual peperiksaan sudah keluar! Aku tengok jadual aku mempunyai gap ataupun selang hari yang panjang, jadi aku mengambil keputusan untuk pergi ke Amman untuk mengambil tiket Encik Syawal itu tadi. Tiba-tiba ada suara-suara syaitan yang membisikkan dekat aku..
"Kalau kau kenekan Syawal ni best jugak" Kata suara itu.
"Ish, tak nak lah, sian plak kat die" hati aku yang suci nurani ni menolak.
"Alaa, gurau-gurau manja je pun...".
Tiba-tiba aku macam tersetuju pulak dengan rancangan itu..
Sepulangnya aku dari Amman berserta dengan tiket Encik Syawal yang confirm itu. Aku sorokkan. Aku tak bgtaw pun kat Encik Syawal pasal tiket die tu. Pastu aku saja je buat-buat pergi rumah die, saja-saja buat tgk-tgk tiket die, pastu aku cakap
"Weh, tiket ko neh waiting list ni!"
"Hang toksah nak main2 dengan aku lah.. Mak ayah aku da tgu da kat Mesia ni"
"btul neh, cuba ko tgk sendiri"
"Habis tu camna ni nap?"
Yes! umpan mengena.. Lalu aku canangla seluruh pelusuk alam bahawa 1 rancangan nak kenekan Encik Syawal neh pasal tiket die WAITING LIST! Mulai dari hari itu Encik Syawal mula risaw.. HEHE..
Lagi menambahkan risau Encik Syawal bila ada budak yang balik Mesia, dengan status tiket waiting list yang samaaa, tersangkut kat epot, tak boleh nak naik flight, kene bayar hampir RM500 dan terpaksa tukar flight lain. Encik Syawal cuak! Msg aku dengan kata2 kesat, call aku, datang rumah aku nak tnyer pasal tiket die tu. Aku wat bodo jeee. Aku pulak, hantar lagi budak2 ni suruh pegi takut2kan die lagi pasal tiket die itu... HAHAHA... Sampai la Emosi beliau betul2 tertekan! Orang nak tegur pun tak nak layan dah lagi2 pada malam esok die tu nak balik...die senyappp je. Aku simpan je lagi tiket die itu. hahaha
Tiba lah hari yang di janjikan, semua siap2 nak g epot, kelihatan muka Syawal amat lesu, emosi, mcm nak nangis pun ada. budak2 ni tak habis2 lagi nak menyakat die. Sampai la 1 ketika, Encik Nasir dok usik2 die lagi...BOOOOOOMMMMMMMM!!!! Meletup! Emosi Encik Syawal berada pada tahap klimaks! Pecah Emosi dah pun! Muka Sywal merah, mata merah, muka sgt bengis. Semua tergamam. Aku lagi la cuak! Rasa bersalah pun ada. tapi tetap macam nak teruskan jugak niat ini.. tapi keadaan sgt cemas ketika itu...tetap jugak kannnn..hehe
Budak2 ni sgt kesian dengan Encik Syawal, aku lagi la..cuak, kesian, takut sumer ada.. Bawak pegi restoran. Makan2, bg die cool.. Masa tu laa kami bg die tiket yg dah confirm tu.. Syawal malu2, mula2 tak nak pegang tiket lama2 ok laa.. lepas solat jamak zohor dan asar, aku salam syawal.. aku peluk syawal mintak maaf balik dan bg pihak seluruh warga kerja dalam menjayakan rancangn ini... Syawal dah ok.. Die gelak2 jeee... hahaha.. Tahniah Syawal... anda dalam rancangann BANG BANG BOOMMMM! Kita lihat aksi beliau ketika mendapat tiket yang sebenar...
"Bergambar bersama tiket sebenar"
Seterusnya...