Setempat : Malam 999 Kenangan
Assalamualaikum;
Pada malam 16hb Julai 2009, seluruh warga hayyu dhubat berkumpul bersama2 mengadakan Majlis Makan Malam Perdana peringkat Hayyu Dhubat 2009. Majlis ini tidak lain untuk meraikan para graduan yang bakal meninggalkan bumi Jordan ini setelah berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya di Universiti Al al-Bayt, Mafraq, Jordan.
Program yang bermula seawal 530pagi di mana saudara Khairul Izwan a.k.a Apek pergi membeli belah kambing di pasar kambing. Kemudian ke pasar ayam pulak untuk membeli ayam. Kemudian kembali ke rumah saya untuk persiapan makanan.
Pada mlm semalam, kami menyediakan beberapa santapan makanan yang enak dan lazat seperti Satay Ayam dan Kambing, Rendang Kambing dan Sup Kambing sebagai menu utama kami. Manakala side menunya pula, ada nasi impit, mee, kueh mueh, buah-buahan, serta ice-cream dan puding. Kami semua kekenyangan pada malam tadi dalam kesedihan serta kegembiraan bercampur baur dan dirasai oleh semua orang.
Dengan bertemakan INI WILAYAH DHUBAT, kami mengadakan program kecil-kecilan tapi memberikan makna yang besar kepada seluruh warganya. Sama-sama rasa penat, sama-sama rasa gembira dan sama-sama menangis kesedihan. Seluruh warga dhubat memberikan komitment yang amat padu bagi menjayakan program ini.
Kemeriahan prog ini di tambah lagi dengan kehadiran ayah Saudara Faizal Ramly, sempat memberikan kata-kata peransang bagi semua penduduk dhubat.
Suasana bertukar menjadi sayu apabila saudara Faizal sebak memberikan amanat terakhir beliau untuk kami yang masih lagi tinggal di sini.
Program ditamatkan dengan sebuah slide yg dicipta khas bagi mengenang kembali sorotan perit jerih bersama rakan2 4tahun disini...
Bagi semua kawan2 aku yg khirij neh.. inilah hadiah aku tuk korang. aku tak mampu nak bagi sesuatu kat korg sebagai hadiah, tapi aku bg korang kenangan mlm ini tuk korang simpan smpai bile2... selmat pulang ke malaysia.. jmpe kt malaysia saje nnt. k? maaf atas segalanya dan terima kasih byk2. doakan kejayaan kami macam kejayaan korang jugak. SLmt2...
1 :Komen Berani Mati
MR.AHNAF..xmau sedih2 k...nnt balik msia sure jmpe balik...terus kan perjuangan kamu kat sane k...sya doakan kejayaan kamu...insyaALLAH...cheer up ok~!
Post a Comment