Monday, July 27, 2009

MyWay : Satu Tahun!


Assalamualikum;

Wahai blog yang ku sayangi...daku memohon maaf kepadamu kerana terlupa..eh,eh, bukan terlupa. tapi tak ingt.. eh, tp mcm tak perasan bahawa kamu sudahpun berumur setahun.. sori2... alaaa.. lmbt 10hari je pun kann.. Jgn merajuk yee..... Xmo mrajuk taw.. olow2.....

Selamat Hari Lahir. Semoga Panjang Umur!

*Tiada Seterusnya...


Seterusnya...

Thursday, July 23, 2009

Sukan : Joging dan iPod

Assalamualaikum;

Wawawa... Akhirnya dapat juga aku merealisasikan impian aku berjoging dengan bertemankan iPod. Semenjak adik aku menghadiahkan iPod yang tantek itu kat aku (Hadiah ke? kiki) sempena die meraikan duit elaun die masuk yang beribu2 ritu.. br ni lah aku pakai iPod itu tuk joging ye tuan2. Aku rasa... adelah dekat nak...3-4bulan dah. Maka terealisasi matlamat aku menggunakan iPod untuk joging.

Cerita die begini,

Aku mmg dari dulu lagi suker joging (sukehati aku la kan nak tulih pe pun kan..) dan aku juga suke dgr lagu2 sambil joging. Bukan kt sini je.. dari kt Malaysia lagi. Dari pinggang aku masa itu.. saiz 30... wawawa. So, dulu2kan, bile joging, aku pki HP je la.. sbb pki HP pun leh dgr lagu gak kan. Tapi yang hangat die tu, bile joging je.. agak mcm nak pecut sket je.. Mula la die nak tercabut la.. pe la.. BENGANG! Tu yang aku sgt2 nak beli iPod jenis Shuffle tu sbb die sgt mudah. Kepit je kt mana2 bahagian baju, dan lari!

"Mudah dan Ringkas"

Tapi bile adik aku dah hadiah kan tu pulakk (lagi 1x...hadiah ke?) harammmmm nak g joging. Dengan alasan, aku xbeli kasut lagi. Tapi smlm, pas aku bgn je dari tidur lepas zohor aku, dlm pukul5 gitu laaa.. ttb smgt joging itu dtg merasuk diri aku. Terus aku tgk kt rak kasut umah aku.. Tgk2 kasut dak2 neh.. Try2. Mcm muattt je.. Tapi tak taw la kasut sape kann.. On je la kut. Bedal! Aku BUZZ!!! Mat Alip

Aku : Buzz!!!
Mat Alip : Awat?
Aku : Jom Joging
Mat Alip : Bila?
Aku : Skrg!
Mat Alip : Ok. Nak tgu kt mana nnt?
AKu : Tgu kt depan Dania (Sebuah Restoran yang terkemuka kt sini)
Mat Alip : OK. Kul530 siap!
Aku : Smart! Jom..

Maka, aku solat Asar. Pastu dengan sgt smgt siap2 sumer. Tak lupe iPod aku kepitkan kt baju aku. Ngeh2....

Maka aku pun pegi la joging dengan Mat Alip bersama-sama dengan iPod aku itu.

Maka, tercapailah matlamat aku beli iPod itu untuk joging...

Pastu Mat Alip pun cakap.. nnt die pun nak beli iPod Shuffle jugak. Sbb sng nnt die nak joging jugak...

Sekian ~


Seterusnya...

Wednesday, July 22, 2009

Semasa : Dari Faizal Untuk Semua

Assalamualaikum;

Untuk kesekian kalinya dan untuk sesi terakhir drama hebat utk tahun ini melabuhkan tirainya pada kepulangan 5orang sahabat aku. Sama2 dtg, sama2 belajar tapi tak sama habis sebab lain2 kelas. Haha...Semua selamat berlepas untuk pulang ke tanah air, Malaysia. Mereka yang terdiri dari Saudara Faizal Ramli serta Isteri dan Akak Ipar beliau, Saudari Fathimah dan Saudari Khaulah. Memandangkan untuk kesekian kalinya aku berulang alik ke airport untuk mengiringi pemergian kawan2 aku pulang ke Malaysia, makanya, sudah kering air mata ku ini untuk dialirkan bagi menangisi pemergian mereka. Hanya gelak tawa, gurau senda sahaja yang kedengaran memecah suasana airport menggunakan bahasa melayu! haha.. (maksud die, kt airport tu kan sumer org ckp arab.. ttb kitorg je ckp melayu.. so, arab2 neh mcm pelik la kan.. pandang2.. haha) ((Kene terjemahan ke?))

Tapi sebenarnya tidaklah seperti yang digambarkan bagi pihak sebelah perempuan. Sayup2 kedengaran tangisan anak2 kecil. Teresak2, menarik hingus. Sok sekkkk...Sok sek! Tersedu2 menangis tatkala pelukan selamat tinggal erat dijalinkan (mcm kurang kene je perkataan dijalinkan). Ternyata jiwa halus lagi murni itu luntur dek perpisahan ini. Dalam ramai2 episod drama kali ini, pemenang bagi tangisan terbaik jatuh kepada..........(Bukak sampul surat) Cik Dayah.. Clap3x... Ngeeeeee....... Ucapan beliau : Aku tak nangis langsung sebelum2 ini.. sbb tu la aku nangis teruk gile tadii...

Wut Eva la Dayah ooiiii (Eh, mcm makcik2 plak...) yang penting. Kita abeskan blaja cepat2, nnt leh balik cepat. Leh g pasar ramadhan sama2. Pegi pasar ramadhan sama2? Jeng..jeng..jeng! FULL STOP! NO COMMENT!

So,ini antara amanat2 terakhir beliau untuk semua...



Sebabkan ini entry yg terakhir untuk orang2 yang balik mesia neh kan... aku nak bg korang 1 lagu la... tingat aku kt bori suke nyanyi lagu ni.. Bori...aku rindu kt kau!

Renungan Terakhir - NORA



Seterusnya...

Sunday, July 19, 2009

Gadget : Aku Sebuah Kamera

Assalamualaikum;

"Pentax Optio s7"

Menjadi sebuah kamera kepunyaan Encik Ahnaf Hilmi sgt membuatkan aku terasa begitu istimewa. 2 tahun aku menemani beliau. Kemana sahaja beliau akan membawa aku walaupun kadang-kadang aku rasa aku tidak diperlukan pada situasi itu. Dari timur, dia membawa aku ke barat, dari utara sampailah ke selatan. Dari berjalan kaki ke menaiki kenderaan, kemudian aku di bawa terbang tinggi menaiki kapal terbang dan juga meredah lautan menaiki kapal. Akan tetapi, sejak beliau memiliki kamera yang baru, aku terus dilupakan. Sudah lama aku tidak melihat beliau. Entahkan ingat, entahkan tidak. Aku tidak berdaya untuk melakukan apa-apa. Hanya merenung nasibku yang seterusnya....

"Olympus MJU 1040"

Kini aku teman baru Encik Ahnaf Hilmi. Badanku ramping, hitam berkilat. Siapa pandang pasti terpikat. Menemani Ahnaf keserata tempat. Menggantikan 'sidia' yang sudah tenat. Tak smpai setahun aku berkhidmat, Encik Ahnaf sudah hilang minat. Mencari-cari yang lebih hebat. Tak ku sangka sungguh itu yang dia minat! Cis, dulu kata ini yang muktamad. Sekarang sanggup bertahan berjimat. Apalah nasib yang telah tersurat. Beginikah tamatnya 1000 hikayat?

"Nikon D80"

Tolong laa aku... Aku nak camera nihhhhh!!! Bile laaa agaknya boleh beli?? :((


Seterusnya...

Saturday, July 18, 2009

Semasa : Pesanan Dari Apek

Assalamualaikum;

Semalam, berakhirlah jejak langkah Khairul Izwan a.k.a Apek di bumi Jordan ini, setelah menamatkan pengajian beliau dengan jayanya. Maka, tibalah masanya untuk apek pulang ke Malaysia, berkhidmat untuk masa depan anak bangsa Malaysia pula...

Kepulangan beliau yang amat dirasai oleh kami semua. terasa sepi sebentar dubat ini tanpa jeritan beliau. haha. apa2 pun kami di sini mesti teruskan perjuangan kami agar kami berjaya juga seperti apek. kenangan bersamamu di sini tak akan kami lupakan... (mcm laaa.. xjmpe kt mesia nnt..huh!)

berikut adalah sedikit pesanan dari apek untuk tatapan semua..



Ketahuilah apek bahawa aku sgt sygkan kau..haha. syg..syg jugakk, jgn lupa pulangkan bag aku..hantar kt rumah aku!!!! kiki


Seterusnya...

Friday, July 17, 2009

Setempat : Malam 999 Kenangan

Assalamualaikum;

Pada malam 16hb Julai 2009, seluruh warga hayyu dhubat berkumpul bersama2 mengadakan Majlis Makan Malam Perdana peringkat Hayyu Dhubat 2009. Majlis ini tidak lain untuk meraikan para graduan yang bakal meninggalkan bumi Jordan ini setelah berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya di Universiti Al al-Bayt, Mafraq, Jordan.

Program yang bermula seawal 530pagi di mana saudara Khairul Izwan a.k.a Apek pergi membeli belah kambing di pasar kambing. Kemudian ke pasar ayam pulak untuk membeli ayam. Kemudian kembali ke rumah saya untuk persiapan makanan.

Pada mlm semalam, kami menyediakan beberapa santapan makanan yang enak dan lazat seperti Satay Ayam dan Kambing, Rendang Kambing dan Sup Kambing sebagai menu utama kami. Manakala side menunya pula, ada nasi impit, mee, kueh mueh, buah-buahan, serta ice-cream dan puding. Kami semua kekenyangan pada malam tadi dalam kesedihan serta kegembiraan bercampur baur dan dirasai oleh semua orang.

Dengan bertemakan INI WILAYAH DHUBAT, kami mengadakan program kecil-kecilan tapi memberikan makna yang besar kepada seluruh warganya. Sama-sama rasa penat, sama-sama rasa gembira dan sama-sama menangis kesedihan. Seluruh warga dhubat memberikan komitment yang amat padu bagi menjayakan program ini.

Kemeriahan prog ini di tambah lagi dengan kehadiran ayah Saudara Faizal Ramly, sempat memberikan kata-kata peransang bagi semua penduduk dhubat.

Suasana bertukar menjadi sayu apabila saudara Faizal sebak memberikan amanat terakhir beliau untuk kami yang masih lagi tinggal di sini.

Program ditamatkan dengan sebuah slide yg dicipta khas bagi mengenang kembali sorotan perit jerih bersama rakan2 4tahun disini...



Bagi semua kawan2 aku yg khirij neh.. inilah hadiah aku tuk korang. aku tak mampu nak bagi sesuatu kat korg sebagai hadiah, tapi aku bg korang kenangan mlm ini tuk korang simpan smpai bile2... selmat pulang ke malaysia.. jmpe kt malaysia saje nnt. k? maaf atas segalanya dan terima kasih byk2. doakan kejayaan kami macam kejayaan korang jugak. SLmt2...


Seterusnya...

Wednesday, July 15, 2009

MyWay : Aku Sangat Penasaran

Assalamualaikum;

Sejak dua menjak neh aku terperasan sesuatu yg agak aneh berlaku sekitar blog aku sebenarnya.. pada mulanya aku mcm wat tak taw je la kan. biasa je la bnde neh. tapi smakin lama, smakin menular perkara neh yg menyebabkan aku sgt penasaran terhadap perkara ini. klu skali dua tak apa, ini boleh kata tiap hari bende neh ada jeee kt blog aku.





Aku teringin sangat nak kenal dengan orang yang datang dari Turkey neh.. tolongla perkenalkan diri anda... sbb 1hari nnt aku ingt nak g Turkey gak.. leh la lepak2 umah anda.. ahakz


Seterusnya...

Monday, July 13, 2009

Peraduan : Get To Know Your World

Assalamualaikum;

Setelah beberapa kali cubaan aku utk memenangi peraduan yang dianjurkan oleh Syarikat Penerbangan Royal Jordanian ini tidak berjaya. Aku semakin bengang. Memula ingat mcm nak makan sniri je kalau aku menang kan.. kire leh blagak la klu aku menang peraduan ini. tgk2 niat itu mungkin salah yang menyebabkan aku tak menang2 sampai ke hari ini. akan tetapi aku masih mengharapkan sinar pada pusingan-pusingan pada akan datang.

Rentetan daripada itu, aku nak bgtaw kt korg yg Royal Jordanian ada menganjurkan satu peraduan yang berbunyi "Get To Know Your World". Peraduan ini akan berjalan sepanjang minggu bermula dari hari selasa setiap minggu.

Permainan peraduan ini cukup mudah, anda perlu meneka gambar yang disiarkan dengan tepat dan menjawab 4 soklan kuiz yang mudah. kemudian, pemenang akan di umumkan pada hari Isnin minggu berikutnya. Lepas tu Selasa depan die tu pulak.. soklan baru lagii..

Apa yang anda perlu lakukan sekarang ini, log on to Royal Jordanian Website di : www.rj.com dan click kt Competition Join Now. Kat situ bermula la pengembaraan anda sebagai peserta kuiz ini.

jika anda berjaya, anda akan memenangi DUA tiket penerbangan percuma ke tmpat yang kita teka gambar itu. seronok dan mudah je kan?

tujuan aku bgtaw korang semua ni adalah untuk membetulkan niat aku sebenarnya. Hadis nabi : "Siapa yang memudahkan jalan orang lain, Allah akan memudahkan jalannya ke Syurga". [Ada kene mengena ke dlm peraduan ini?] tp apa yang aku harapkan, lepas aku bgtaw korang neh, iAllah aku di permudahkan untuk memenangi peraduan ini walawpun saingan semakin ramai kalau korang pun turut serta dalam peraduan ini. tapi....tak apa lah...saingan sihat. hehe.. selamat mencuba...

*Tak silap aku peraduan ini terbuka utk yang berada kt Jordan ni je sbb hadiah tiket percuma itu berlepas dari Amman. Kalau yang mcm dari Malaysia join peraduan ini.. kalau la korang menang, korang kene la dtg Jordan dulu, pastu baru lah boleh guna tiket menang ituu.. So, better korang tak payah join la sebab menyebabkan peluang aku tuk menang nnt semakin sengit..

*Tiada seterusnya jugak..kiki


Seterusnya...

Saturday, July 11, 2009

Setempat : Hayyu Dhubat

Assalamualaikum;


"INI WILAYAH DHUBAT"

*Tiada Seterusnya..huhu


Seterusnya...

Wednesday, July 8, 2009

Agama : Baca Quran Dalam Hati

Assalamualaikum;

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat illahi sbb aku masih berada di bumi ini. wlwpun merasa kesedihan kwn2 pulang ke tanah air (mood ni xabes2 lagi smpai la sumer abes balik nnt) tapi dalam pada itu,aku berasa cukup gembira sebab aku masih di beri peluang berada dekat dengan ilmu. Berada dekat dengan para ilmuan. Diberi peluang untuk mencari ilmu Allah di bumi berkat ini. Tempoh 7bulan dari sekarang ini tak akan aku sia2kan bagi mempersiapkan diri aku utk pulang ke Malaysia kelak agar aku tak menyesal nnt...

SITUASI : Ada sebuah soalan yang terlintas pada fikiran aku ketika aku mengerjakan umrah tempoh hari. Aku lihat kebanyakkan orang Malaysia di sana membaca Al-Quran dalam hati berbanding bangsa2 lain yang kalau boleh nak pakai mic bile baca Quran itu. Lantas aku tergerak hati nak tanyakan hal ini kepada orang yang lebih arif dalam bidang ini.

SOALAN : Bagaimana kalau kita membaca al-Quran sekadar di dalam hati ataupun tanpa mengeluarkan suara?

JAWAPAN : Mengikut tafsiran kalimah MEMBACA itu sendiri, membaca itu adalah sebutan yang di keluarkan dari mulut kita berserta dengan bunyi ataupun suara. So, dalam masalah ini, (dalam hal al-Quran), jika kita membaca al-Quran di dalam hati, itu bukanlah di kira membaca. Akan tetapi itu di kira sebagai melihat al-Quran itu sahaja.

SOALAN LANJUTAN : Adakah terdapat hukum-hukum yang tertentu jika kita membaca al-Quran di dalam hati?

JAWAPAN : Tiada hukum yang tertentu. Akan tetapi perbuatan itu hanyalah dikira ibadat melihat al-Quran sahaja. Tidak lebih dari itu.

Rentetan dari perkara ini, kita juga tidak boleh membaca ayat al-Quran di dalam hati semasa solat. Sebab perbuatan itu juga tidak dikira membaca al-Quran. Kita kene memperdengarkan bacaan kita di dalam solat sehingga kita dapat mendengar sendiri suara kita. Jika kita membaca di dalam hati, terutama surah al-Fatihah, solat itu tidak sah. Sebab membaca surah al-Fatihah di dalam solat itu adalah dari rukun solat. Jika kita tidak melakukan rukun solat, solat kita jadi batal. Hal ini ada di sebutkan dalam hadis nabi : "Tidaklah dinamakan solat tanpa membaca surah al-Fatihah"

*Sumber : Syeikh Toriq Asfur (Pensyarah Subjek Tilawah al-Quran Kuliah Syariah)

-------------------------------------------------------------------------
Ada 1 kisah berkenaan dengan al-Quran aku nak kongsi kat sini...

Ada seorang anak kecil bertanya kepada bapanya : (Cerita di kalangan orang bukan arab)
"Kenapa kita perlu membaca al-Quran padahal kita tak faham pun apa yang kita baca itu. Kita sekadar membaca sahaja. Selepas itu kita akan tinggalkan. Macam tiada faedah sahaja kita membaca benda yang kita tidak faham.."

Bapanya mendengar soalan itu, bapanya sekadar tersenyum. Kemudian bapanya menyuruh anaknya pegi mengambil sebuah bakul yang terdapat di belakang rumah. Anaknya dengan segera menurut perintah ayahnya tanpa byk soal.

Kemudian anaknya datang dengan sebuah bakul kosong yang kotor ditangannya sebagaimana yang diminta oleh ayahnya. "Untuk apa ini ayah?" Tanya anaknya. Lantas ayahnya menyuruh anaknya pergi ke sebatang sungai yang berhampiran dengan rumah mereka untuk mengambil air dengan menggunakan bakul itu.

"Mana boleh ayah! Mestila air itu akan keluar dari lubang2 yang terdapat pada bakul ini". Tegas anak itu

"Pergi cuba dulu". Kata ayahnya

Maka pergi la anak itu ke sebatang sungai yang di maksudkan dan cuba untuk mengambil air menggunakan bakul itu. Akan tetapi setiap kali ingin mengambil air, air mengalir laju dari celah-celah lubang bakul itu.

Anak itu pulang ke rumah dengan hampa kerana tidak dapat mengambil air seperti yang disuruh oleh ayahnya.

Sampai di rumah, ayah bertanya "apa yang kamu dapat?"

Melihatkan anaknya kecewa ayahnya menerangkan kepada anaknya "Cuba kamu lihat bakul yang kamu pegang itu, bagaimana keadaannya sekarang dengan semasa kamu mengambilnya di belakang rumah itu tadi?"

"Keadaannya lebih bersih dari tadi" jawab anaknya ringkas

"Haa..itu lah jawapan utk soalan yang kamu tanyakan kepada ayah tadi. Walapun kita seolah2 mcm tak dapat apa2 bila kita membaca al-Quran di sebabkan kita tidak faham apakah isi kandungannya, akan tetapi hati kita akan menjadi bersih. Macam bakul itu jugak. Walawpun kita tak dapat air, tapi bakul itu jadi bersih kan? Itula kesan jika kita membaca al-Quran"

Anak mengangguk tanda faham sambil tersenyum keletihan...


Seterusnya...

Monday, July 6, 2009

Hiburan : Suara (Ku Berharap)

Assalamualaikum;

Lagu ni aku tujukan khas utk kwn aku yg dah lama aku xdgr cite psl die. harini hari lahir die. smg die sihat hendaknya. aku xtaw da nak contact die cmne sbb aku dah hilangkan sumer sumber2 yg leh aku berhubung dgn die. jadi KALAU la die terbaca entry ini. aku cuma nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR..

Bagi kawan2 yg bakal dan telah meninggalkan aku sorg2 kt sini nnt. lagu neh pun aku tujukan tuk korg jugak. korg jgn lupe aku kt sini taw.. Hati Ini Sayu Mode ~

Actually ini lagu hits aku setakat neh la.. kat nak 300x duk play. haha.. aku mmg gitu. kalau de lagu best tu.. dengar smpai muntah. paling lama aku penah dengar 1lagu tuu.. 2bulan stengah.. lagu yang sama jee.. ahakz... Tq to Cik Chiko sbb die yg bg aku lagu neh sbnrnye.. Tak tau la kan lagu neh lagu lama ke lagu baru. So, enjoy saje!



terdapat jugak versi imeem..


Suara (Ku Berharap) - Hijau Daun

*seterusnya tuk lirik die..


Di sini aku masih sendiri
Merenungi hari-hari sepi
Aku tanpamu
Masih tanpamu

Bila esok hari datang lagi
Ku coba untuk hadapi semua ini
Meski tanpamu meski tanpamu

Bila aku dapat bintang yang berpijar
Mentari yang tenang bersamaku di sini
Ku dapat tertawa menangis merenung
Di tempat ini aku bertahan


Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku slalu dihatinya
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Kalau ku masih tetap di sini
Ku lewati semua yang terjadi
Aku menunggumu Aku menunggu

Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
Apakah aku ada dihatinya
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya


Suara dengarkanlah aku


Seterusnya...

Thursday, July 2, 2009

Semasa : Ucapan Bukhari Utk Semua

Assalamualaikum;

Ucapan ini dirakam di lapangan terbang ketika beliau nak pulang ke Malaysia setelah menamatkan pengajian beliau dengan jayanya di sini. Pada awalnya die kata hatinya keras, susah untuk menangis. tp rupa2nya beliau cuba untuk menyorokkan mata beliau dengan memakai kaca mata hitam itu. Dalam video ini mungkin terdapat kata2 ataw ucapan2 yang tak sesuai untuk didengari oleh sesetengah orang. jika anda adalah orang itu, sila jauhkan diri anda dari video ini. segala rakaman ini adalah milik saya, sebarang penyiaran semula adalah dilarang tanpa izin dari pemilik.



*Tiada Seterusnya..


Seterusnya...

  ©:: MyWay [v2.2] ::. Template by Dicas Blogger.

TOPO