Saturday, January 17, 2009

MyWay : Finished!

Assalamualaikum;

FAST HAPDET LAGI - Start : 1226p.m

"Sebahagian pelajar yang sama-sama berjaya menamatkan peperiksaan pada hari ini"

17Jan - Peperiksaan Akhir Semester 1 bagi sesi 2008/2009 aku, tamat harini! Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, aku dpt menjalani kesemua peperiksaan dgn baik. Maksud aku kat sini, tanpa sebarang gangguan laa.. Mcm sakit ke, terbangun lambat ke.. Kini aku dlm rangka untuk memenuhkan masa cuti aku ini yang bermula dari sekarang, 17jan sampai 15feb2009 nnt. Apa plan nyer? Tunggu dan lihat saja, tak boleh nak bgtaw lagi setakat ini. Hehe...

Berbalik cerita peperiksaan aku, so far, walawpun aku berjaya menjalani semua peperiksaan aku dengan baik dan aku pun telah cuba melakukan yg terbaik untuk peperiksaan kali ini, macam peperiksaan-peperiksaan sebelum ini, akan tetapi ada juga beberapa subjek yang aku kurang yakin. Tapi sebenarnya, aku kurang yakin dengan hampir semua subjek yang aku amek bagi semester ini [HEHE]. Sekarang ini, aku sekadar mampu berdoa agar tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku kelak. Aku mmg agak risau sebenarnya untuk peperiksaan kali ini. Macam susah je semua..HUH! Aku minta kawan2 yang baca blog aku neh, minta tolong doakan aku sekali mcm nih : "Ya Allah, ya Tuhanku, Kau berikanlah kejayaan yang cemerlang bagi Ahnaf Hilmi bin Mohd Arif dalam peperiksaannya kali ini, serta kejayaannya di dunia dan di akhirat, permudahkan jua segala urusannya..Amiinnn".. Terima Kasih kalian!

Aku br balik neh, dan nak terus pegi Amman, sbb aku ada hal sikit.. Ni sementara tunggu kawan aku siap jap neh. Lembab btul die neh. Esok baru balik kot.. i-Allah. Pasni, i-Allah aku boleh aktiv kembali berblog..Sekian..

+ Aku je yang dah abeh neh, bagi yang belum habis peperiksaan lagi. Harap korang sumer dapat menumpukan sepenuh perhatian korang dlm peperiksaan yang bakal menjelang...Aku sentiasa doakan korang semua berjaya..InsyaAllahu Ta'ala...

END : 1239p.m

2 Orang Berani Mati:

.0hbintang!. said...

Ya Allah, ya Tuhanku,
Kau berikanlah kejayaan yang cemerlang
bagi hj Ahnaf Hilmi bin Mohd Arif
dalam peperiksaannya kali ini,
serta kejayaannya di dunia dan di akhirat,
permudahkan jua segala urusannya..
kuatkanlah hatinye utk cuti cuti arabs~~
Amiinnn

hee xD
yeay anda da abeh xm!!
chay0k
chay0k!!^_^
h0ws ur m0m d0in?

Luth Textile said...

wow..
tahniah..
nnt leh ym ngn aku

  ©:: MyWay [v2.2] ::. Template by Dicas Blogger.

TOPO