Wednesday, January 7, 2009

Agama : Bubur Asyura

Assalamualaikum;

FAST HAPDET! start 2.10ptg

Hari ini bersamaan dengan 10 Muharram atau disebut hari asyura biasanya masyarakat kita bersama-sama memasak bubur asyura. Setakat ini laa, aku tidak pernah lagi join mana2 kumpulan untuk menjayakan projek bubur asyura neh sehinggakan aku rasa aku mcm xtaw sgt yg aku penah tgk ke tidak bubur itu. Sng cerita, aku xknal cmne bubur asyura tu. Mungkin aku pernah tgk. Tapi tak taw tu bubur asyura. Hehe. Tapi pada hari ini, aku sendiri telah memasak bubur nasik di hari asyura. Yang sbnrnya mcm bubuk lambuk saje.. Bersempena peristiwa Nabi Nuh a.s berlabuh di bukit Juudi pada 10 Muharram. Jemputla dtg umah makan sementara stok masih ada..

Nabi Nuh berkata kepada umatnya:
"Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih, maka dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila' iaitu kacang ful dan satu genggam kacang Adas dan Ba'ruz dan tepung dan kacang Hinthoh sehingga menjadi tujuh jenis biji bijian yang dimasak."

Kemudian berkata lagi Nabi Nuh a.s:
"Maka berkata Nabi Nuh as : Masaklah sekaliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang".


Daripada kisah ini, kebanyakan orang Islam memasak bubur asyura pada 10 Muharram. Sbb tu aku pun teragak nak masak bubur di hari asyura neh, wlwpun bukanlah bubur asyura yg sebenar, sekurang-kurangnya aku akan mengingati peristiwa berlabuhnya kapal nabi Nuh a.s itu dan kemudiannya cuba untuk berkongsi dgn semua.

"Maka mereka mendustakan Nuh, kemudian Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya di dalam bahtera, dan Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (mata hatinya).”
(Al-a'raf : 64)

Kat sini, aku nak cdngkan kat sumer agar meneruskan majlis memasak bubur asyura ni beramai-ramai, walaupun aku belum pernah melibatkan diri dengan mana-mana masyarakat luar yang mengadakan majlis ini. Tapi aku yakin mesti ada yang meneruskan tradisi ini. Mungkin kerana keterbatasan aku yang tinggal di luar kawasan rumah sejak duduk di asrama bermula seawal tingkatan 1 dulu, smpai lah skrg neh.. lagi lah jauh, tak berkesempatan nak bergaul dgn masyarakat dan jiran2 di kawasan rumah. Tapi sekarang aku betul-betul nak merasa bubur asyura tahun ini. Isk...

" Bubur di Hari Asyura 1430"

*Resepi bubur ini akan dipost kemudian~~
*Sedikit sumber dari internet.

Wallahu'alam.

END : 231ptg

6 Orang Berani Mati:

Luth Textile said...

sedap woo bubur asyura penang..
aku dah tambah 3x..
tp xleh makan byk2..
kencing manis kang..

anap_ilmi said...

serius?ader gmbr x?serius aku xpenah tgk..hehe

Anonymous said...

anap, ko dpt mane citer tu? just sharing..ade yg kate israilliyat..same2 la kita hati2,k...

p/s: x msg pon buat bubur.. :P

Ren said...

Nampak menarik itu bubur...

Luth Textile said...

nanti kalau ada g aku bg gambar..
semalam makan sampai abes.. lupa nak amek gambar

anap_ilmi said...

Arul : Aku search saje dlm net neh.. O,yeke.ok, tq bgtaw.. xsmpai nak msg..da abes..huhu

MJ : Yup, amat sedap 1x..beberapa minit je licin!

Luth : ok.smart!

  ©:: MyWay [v2.2] ::. Template by Dicas Blogger.

TOPO