Sunday, June 28, 2009

Film Reviews : Transformer 2

Assalamualaikum;

Rini kelas pertama bermula. aku bangun seawal 7pagi untk siap2 ke kelas aku. siap sarapan sumer, dlm kul740 br aku gerak g kelas. pagi ini agak kekok sket utk kelas. nak bawa bag..buku xde lagi. tak bawak.. mcm bukan g kelas pulak. dgn ipod ntah kt mana. duit syling lagi. rasa mcm dah lengkap sumer, tapi adaaa jugak yang tertinggal.. wallet aku. sbb aku mmg jenis tak suke letak wallet kt belakang. duit byk kann.. kembung je rasa..kiki. nsb bek masa nak masuk dlm kampus, pakgad tu tak tnyer kad matrik aku.. hehe..

smpai kat depan kuliah aku.. alangkah terkejutnya aku 1kereta pensyarah pun xde.. dlm hati "tak ada kelas ke rini? adoii.. bek tido je td" tp sbb aku fikir lecturer yg aku amek neh, die duduk kt quaters, mungkin kul8 nnt la kot br die kuar umah. umah dekat je kann.. so, aku pun tgu je laa.. alhmdulillah, pengorbanan aku pagi ini tidak sia2.. ada kelas..

pada semester musim panas ini ataw lebih d kenali dengan short sem kt mesia, aku amek 3subjek je. tiap2 hari akan belajar bnde yg sama. so lepas je kelas pertama tu, bersedia tuk kelas kedua pulak.. ttb xde la plakk... rs mcm ngantuk gile.. trus je "ahh..balik laaa..." kelas ke-3? "mesti tak ada jgk kot...." trus je wt kesimpulann.. sbb aku rs ngantuk gile. mlm td tido mcm xtido je...

balik umah, ingt nak tido.. ttb rs smgt semester ini mebuak2.. aku pun "ni kene kemas bilik sket neh.. br sng nak belajar nnt" trus je laa.. aku kemas2 sedikit sbnyak.. ttb apek msg :

"Nap, ko dah tgk ke tiket aku? aku nak balik 16hb nnt laa"

"Lom lagi la. aku tgh kemas bilik neh.. nnt laa.. ke... kite g amman je tgk tiket cmne?" Cuba beri cadangan...

"Oh, ok jgk..leh la.aku dtg umah ko nnt. kite g sama"

"kalau pas tu kita trus tgk cite transformer cmne?"

"uh..boleh jgk" [Yes..umpan mengenaaa]

Maka, trusla kami g amman selesaikan urusan tiket apek, pastu trus g tgk wayang. citer Transformer 2 : Revenge of the Fallen. Kat Grand Cinema, CityMall, Amman. So, Review aku tuk cite nehh...




Sinopsis : Cite die berkisahkan tentang balas dendam geng jahat neh, kt geng baik. Masa tu kerajaan ni nak hapuskan transformer neh sbb die kata manusia leh lawan sniri kalau ada anasir2 jahat. ttp tgk2 xleh jgkk.. transformer neh dtg tuk slmtkan bumi jordan dan mesir.. haha.. ape2 ntahh

Yang Best die : Kesan bunyi yang baik. jalan cerita die menarik. grafik die bags. belakon kt Jordan dan Mesir.

Yang Tak best die : Die menipu penonton. buat mcm jordan dengn mesir itu dekatt je. BANYAK SGT CAKAP! aksi die.. biasa2 je.

Overall : Biasa je laa.. tak de la mcm best naa pun.. aku smpai lelap2 tgk cite tu. ada review sblm neh yg aku bc, die kata klu buleh die tak nak kelip mata dari awal, smpai abeh cite.. aku? smpai lelap2 tgk cite neh.. haha.. citer terminator salvation lagi best. mantap, power.. eh, terpuji lebey2 lak cite itu.. haha.. tp klu de sp2 nak g tgk.. g la.. mungkin taste kita tak sama kot... kn?

Ada yang aku xbrape boleh nak blah la kan.. die kan berlakon kt jordan kann.. smpai je kt part jordan tuu.. 1 panggung wayang tepuk tgn. diorg ingt best sgt gak eh tmpt diorg tu org tu blkon? ntah apa2 ntah... xbest lgsg...Sekian...


Seterusnya...

Award : Cik aiSyaLiciOus

Assalamualaikum;

Esk saya bakal memulakan pengajian sesi semester musim panas 2008/2009. sgt berat rasanya untk ke kelas sbb sy rasakan cuti ini terlalu pendek. mcm baruuuu je cuti. g tgk cite terminator pe sumer.. taw2 daahhhh nak kelas da.. tak apa la. perjuangan mesti di teruskan. doakan yg terbaik utk saya pada semester ini..k?

ok. sy ada dapat awrd dari cik aisya neh. sgt rajen die melawat blog saya ini. tp sy sgt sory sbb sgt xsmpat nak g mn2 blog dlm keadaan masa skrg neh. mcm byk kejee je rs. maklumlaa.thn2 akher neh kann..huhu... ucapan setinggi2 terima kasih saya ucapkan kepada beliau kerana sudi memberikan awrd ini kepada saya. award2 berikt adalah :



Memandangkan pada semester ini setiap hari aku akan bangun awal pagi sbb kelas aku kul 8 setiap hari. jadi aku xleh nak tulih panjg sbb nak tido dah neh.. esk kelas. apa2 pun.. iAllah kalau ada apa2 hal sy akan bgtaw semua. salammmm..

*Tiada Seterusnya..


Seterusnya...

Friday, June 26, 2009

Menu : Kueh Ketayap DiRaja

Assalamualaikum;

Dikala keadaan politik semasa tmpt aku neh kucar-kacir dek permainan politik yang sgt kotor sepanjang penubuhan persatuan tmpt aku neh, aku tak de nak join mn pun sbnrnyer, saje srnk2 tuk akher2 semester neh. lepas neh dah tak ada dah nak wat2 mcm neh lagi..kn? aku sempat la membuat kueh ketayap diraja ini KHUSUS utk budak siam neh, Syawal. Yang ngidam sgt nak makan kueh ketayap since kt Makkah haritu. So, ttb smgt tu dtg, aku suh die g bli brg pastu aku dengan Mat Alip laaa... memulakan operasi sekitar 1030mlm untuk wat kueh ketayap neh. INI MERUPAKAN KALI PERTAMA AKU WAT KUEH NEH. Mmg sgt ala kadar. Mcm biasa, asal nampak rupa+dan rasa itu sudah memadai. Walaupun bahan2 pembuatan die tak mencukupi dan ada jugak yang terlupa utk d masukkan, akan tetapi, kueh ketayap aku neh SOLD OUT!haha... pas neh leh la wat lagi.

BTW, TQ kepada penaja Gula Merah iaitu Cik Timah yang sudi menghulurkan sedikit bantuan gula merah bagi merealisasikan impian kami membuat kueh ketayap ini. akan tetapi, kueh ketayap itu xdpt d hntr sedikit ke rumah beliau sbg tanda penghargaan kerana xsmpat nak hidang.. dah lesap sumer.. naseb la kannn...

Ok, Kita mulakan dengan Bahan2 die dulu. [INI BUKANLAH RESEPI YANG SEBENAR2NYA, TAPI INILAH BAHAN2 dan CARA2 YANG KAMI GUNA DAN PAKAI UNTUK MEMBUAT KUEH INI SEHINGGA MENJADI BUALAN ORG RAMAI. ADA YANG MEMINTA UNTK BUAT LAGI...NAMPAK X?]

Bahan2 utk kulit :
Tepung Gandung
Air
Perisa Jagung
Garam

Utk Inti :

Kelapa parut
gula merah

Cara2 membuat :
Memula buatkan inti die dulu. cairkan sedikit gula itu dahulu, kemudian masukkan kelapa parut. kacau2 sehingga kelapa bertukar menjadi kehitam2an gula dan pastikan cukup manis. sama mcm kueh ketayap yang korang beli kt kedai sblm2 ini. selagi mcm xde rasa kedai, tambahkan lagi gula sehingga secukup rasa. apabila sudah selesai, tutup api dan sejukkan dengan suhu bilik je.. tak payah masukkan dlm peti ais..

kemudian untuk membuat kulit, bancuh tepung itu tadi mcm nak buat lempeng. ikut la nak wt byk mana.. klu ramai nak makan, bancuh la byk sket. klu nak bancuh byk, mkn sorg2 pun leh jeeeee... tepung itu hendaklah jangan pekat sgt, jgn cair sgt. lite2 je.. pastu masukkan perisa jagung bagi menambahkan seri warna dan rasa kueh ketayap diraja ini. apabila sudah sebati panaskan kuali leper dan sapu minyak rata2 dan kemudian masak bancuhan sebijik mcm nak buat lempeng tu. jangan tebal sgt, jgn nipis sgt pulak. pun ala kadar je.. bajet2 laa.. lepas dah masak, angkat dari kuali leper itu tadi.

lepas dah angkat dari kuali, bentangkan ia kt atas landas potong bawng tu, kemudian bolehlah meletakkan inti yang dah siap itu tadi keatas kulit die. ikut sukehati jgk, nak byk ke nak sikit. tak ada masalah. pastu gulungkan dia. sedia d makan..

Mudah kn?

SOkaln :
Kenapa diberi nama kueh ketayap diraja?
Jawapan : kerana kueh ketayap ini tidak berwarna hijau seperti biasa. tp die warna kuning.

Maka, kami pun makan lah dengan hati yang gembira yang dimulai dengan Bismillah dan di akhiri dengan alhmdulillah. maka gembira lah syawal sbb die dpt makan kueh ketayap yang lagi best dari kueh ketayap yang ada kt mekah tu. aku pun turut gembira sbb dpt makan jgk.. best2... so, inilah rupa die... slmt mencuba!!!!!



Seterusnya...

Sunday, June 21, 2009

Semasa : We Are Back!

Assalamualaikum;

MAFRAQ 20hb, Sebanyak 2bijik bas telah selamat kembali yang membawa jemaah2 umrah ke tanah suci yang terdiri daripada pelajar2 Universiti Al al-Bayt, Mafraq. Masing2 kelihatan membawa berbondong2 bag pulang ke rumah masing2 bersama2 dengan bergelen2 tong air zam-zam kelihatan keletihan setelah hampir 30jam berada di dalam bas yang di pandu terus dari Makkah ke Mafraq, Jordan.

Dua agent travel yang mengepalai rombongan umrah kali ini. Travel PRISMA (TP) yang diketuai oleh Saudara Sabran Jamil dan Travel Hafizul n Munir Bersaudara (THnM) diketuai oleh Saudara Hafizul Rasdi dan Saudara Munir. Saya, menyertai THnM bagi rombongan umrah ini melihatkan kepada tentatif perjalanan travel beliau yang mempunyai sedikit kelebihan berbanding travel yang lain. wlwpun THnM mempunyai perbezaan sedikit dlm harga, biarkan saya membayar lebih asalkan perkhidmatan yang d berikan setimpal dengan bayaran yang telah d bayar dan saya berpuas hati!

Perjalanan ibadah kami di sana lancar. Walawpun pada permulaan perjalanan nampak agak sedikit kecewa kerana alat pendingin hawa bas tidak berfungsi dengan baik. kami kepanasan di dlm bas. sgt panas! dengan suhu d luar lebeh kurang 40++c. angin yang bertiup sgt panas. bahang. kering! membawa bersama2 pasir2 dan debu2 jalanan. sgt menyesakkan pernafasan. akan tetapi, berkat kesabaran dan ketabahan perjlnn, alhamdulillah semuanya selamat.

2kali solat jumaat d tanah haram. sekali d masjidil haram. dan sekali d masjid nabawi. memori yang tak mungkin dpt d lupakan. meredah lautan manusia. panas terik mentari. langsung tidak mematahkan smgt kami untk bersolat jumaat d 2 tanah haram.

Keceriaan jemaah menjalani ibadah di tanah haram jelas tergambar apabila ketua travel sanggup melakukan apa sahaja demi kepuasan jemaah umrah. setiap pagi menghantar air teh panas dari bilik ke bilik serta menyediakan setiap masa air teh 'o' d biliknya. memberikan sehelai t-shirt percuma dan membekalkan bekalan air sepanjang lawatan dan ziarah. [pujian2 ini sama 1x tidak ikhlas. tp inilah yg telah d lakukan oleh ketua travel ini..haha]

Semua tentatif perjalanan berjalan dengan baik. Ziarah sekitar madinah, makkah dah Jeddah. wlwpun terdpt tmpt2 yang tidak dpt d kunjungi kerana masalah, semoga pihak travel dpt melakukan yang lebih baik d masa2 hadapan...

Perjalanan pulang kami sgt bahagia. aircond bas sgt sejuk. dah pakai sweater, pastu berselimutkan ihram lagi. sejuk sepanjang perjlnn... alhamdulillah. segalanya d permudahkan.. Mudah2an di jemput lagi untuk menjadi tetamuMu ya Allah...

"Seluruh Jemaah THnM d Bukit Uhud"

*Tiada seterusnya. Tak larat nak type byk2. still letey..


Seterusnya...

Tuesday, June 9, 2009

MyWay : I'm Leaving

Assalamualaikum;

Sy Outstation! bermula dari 10/6-20/6/2009. Saya akan berada pada luar kawasan Jordan dalam masa 10hari iAllah. Maka dengan itu saya mengumumkan tiada updates pada blog ini sehingga kepulangan saya kelak. Seperti sblm2 ini, sy akan online YM jika terdapat connection yang membolehkan sy online. jika terdapat sebarang pemberitahuan mahupun pengkhabaran, sila SMS sy pada talian Jordan saya atawpun no Malaysia saya. 2-2 still hidup lagi ye tuan2. Panggilan rambang tidak akan di angkat sama sekali melainkan panggilan itu benar2 penting dan dtgnya dari org2 yang penting sahaja. Sila msg dulu sebelum membuat panggilan bagi mengelakkan anda sakit hati panggilan anda d reject nnt. ahakz..


Percutian kali ini bukanlah sekadar percutian yang menyeronokkan. akan tetapi harapan aku, percutian kali ini akan menginsafkan, memperbaiki, merubah, memberi kesan dan membersihkan diri aku dari segala kekotoran amalan aku selama ini. diri aku ini penuh dengan debu2 dosa yang mungkin menyebabkan Allah memalingkan pandanganNya kepada aku. oleh demikian harapan aku amat tinggi bagi percutian kali ini..

Semasa aku kcik2 dulu, skali pun aku xpernah berangn bagi menjejakkan kaki dlm usia sebegini. Tapi Alhamdulillah, jika tidak aral yang melintang, ini merupakan percutian aku yang ke-2 kalinya ke sini selepas melaksanaan rukun islam kelima pada tahun 2006. sejak itu aku rindu benar untuk kembali kesini. kerana kemanisan beribadah disini tidak dapat aku rasakan di tmpt lain.. Alhamdulillah Allah memudahkan urusan aku ke sini wlwpun pada awalnya aku agak risau dengan keadaan kewangan aku yang agak kurang stabil. ttp aku tetap ingin pergi wlwpun klu ikut sbnrnyer laa, duit aku ckup tuk duit tambang je. tapi, segala pertolongn dari Allah telah memudahkan perjalann aku, kini cukuplah utk aku berbelanja sekadarnya..

Apa yang aku harapkan kini agar seluruh perjalanan aku sentiasa d bawah lindunganNya dan mendapat keredhaan serta keberkatan dlm aku mencari sinarMu di sana kelak.. InsyaAllah.. Assalamualaikum ~


Seterusnya...

Film Reviews : Terminator Salvation

Assalamualaikum;

Yah..lama gile aku xbuat film review ini since aku balik sini. klu kt mesia tu, mmg xde keje lain. boring2 g tgk wayang. smpai dah habis da cerita utk minggu itu. kne tgu minggu dpn punye cerita plak. ye la, wayang malaysia kan murah. nak g tgk pun senang je. ada kenderaan apa sumer. kat sini manaaa laaa nak tgk itu sumer. umah dah la kt area kampung je. g bandar pun sesekali je atas urusan kerja atawpun nak beli2 brg keperluan. nak horey2 neh.. mcm jarang jgk la.. tp ada je kannn

Tapi bagi meraikan hari kelahiran King Abdullah neh, huh, kene rai ke sbnrnyer? asal perancangan pergi ke Malaysia Student Department je kt Amman neh, Pastu nak g rumah arab jap. g hntr barang sket. pastu balik. sudah ehh.. tersangkut la plak kt kt pawagam yg sedang menayangkan cerita terminator salvation neh. dengan kadar tiketnye JD5 = RM25 bagi sebuah cerita. memandangkan meraikan kemerdekaan tamat peperiksaan. apalah salahnya kann.. hehe.. tapi lepas neh kene ikat perut sket la.. sbb dah srnk awl2.. ujung2 bln..tabah!





SINOPSIS : Cerita die menggambarkan suasana pada tahun 2018 dimana pada ketika itu robot menguasi bumi dan manusia2 ini cuba utk menyelamatkan bumi dari robot2 yang sgt kuat ini yang di tadbir oleh pihak SkyNet. Marcus yang di matikan seketika utk hidup kembali pada zaman ini dijadikan sbg penuntut bela laa.. bagi sekelian2 manusia yang ada neh..so, ending die.. manusia berjaya.. kah3x

Yang best die : Cerita mmg best. Mantap! penuh aksi! lagak ngeri. kesan bunyi yang baik. cinematografi yang bagus. effect superb. jalan cerita yang baik. mmg best lahh.. boleh tgk laa... 2-3x.. huhu..

Yang tak best die : cerita die neh tak sama mcm ternimator2 dulu. ingtkan mcm cite2 dulu. rupe2 neh lain.. tu mcm pelik je la. bile dah pelik tu kan, mcm2 persoalan la yang timbul dek kepelikan itu tadi. sbb nak kene ingt balik apa yang berlaku masa terminator 1,2,3 dulu. tabah!

Overall : Aku sgt suka cerita ini! mesti tonton kt wayang la br dapat kesan bunyi yang baik. klu stakat tgk kt umah speaker creative ke.. speaker logitech ke.. xckup...lagi2 klu pakai headphone je.. hmm.. xckup..xckup. kene g tgk wayang gak baru la dpt kesan bunyi yang sebnenar... tp mmg best ah cite neh! siyes!


Seterusnya...

Saturday, June 6, 2009

Kembara : The Real Arab Bedouin

Assalamualaikum;

Alhamdulillah, Akhirnya smlm aku berjaya menamatkan peperiksaan akhir semester aku dengan begitu tenang sekali. wlwpun nak ckp soklan itu tak ada lah sng mn pun..ada je mcm soklan yg aku rasa aku jwb xbtul kot.. Ttp ketahuilah bhw aku dah berusaha dengan bersungguh2 bagi menjawab soalan2 yg diajukan kpd aku dlm peperiksaan tersebut. Skrg ini aku hnya perlu bertawakkal kepada Allah dan redha menerima segala keputusan yang akan keluar kelak. Doakan aku!

Wlwpun aku baru menamatkan minggu exam aku ini. tidak lah bermakna sepanjg minggu aku mengadap kitab aku yg xbrapa nak faham akan tulisannya itu. al-kisahnya, memandangkan keluarga apek dtg melawat beliau disini, makanya aku pun mcm terjoin la mereka jalan2 Jordan di sebbkan aku punya gap antara subjek agak jauh yer tuan2..

Apa yg menarik sepanjg perjalann aku neh, aku smpt melawat perkampuan org badwi yg sebenar yg terletak dlm jajahan Petra.. Aku smpt meluangkan masa hampir 1jam bersama2 org2 badwi ini untuk mengenali dengan lebih dekat bagaimanakah yang dikatakan org arab badwi itu...


SITUASI : Dlm perjalanan pulang dari Petra, ternampak penempatan org badwi di tengah2 padang pasir. Aku bgtaw apek yang pada ketika itu die yang memandu kenderaan sbb kami dah wat perjanjian, perjalanan pergi aku yg bawk, balik die. so, die la yg bawak masa itu.. dengan serta merta saudara apek meperlahankan kenderaan dan memasuki jalan tidak bertar menuju ke penempatan org arab badwi tersebut.

sampi di tmpt itu, arab itu mula dari khemah mereka dan ada jugak yang masih terngintai2 di sebalik khemah mereka. barangkali mereka sgt penasaran apabila org luar dtg melawat mereka. lantas kami di sambut oleh ketua mereka agaknya.. not rili sure la sape die tu. die itu la yg menerangkan seberapa sedikit berkenaan dengan org arab badwi ini. antara soklan2 yg aku sempat tnya kepada mereka :

  • Bagaimana kehidupan anda sebenarnya?
- Kami tinggal dlm khemah2 ini dan kami akan berpindah randah sesuka hati kami, bila kami nak. nak tinggal kat mn pun..
  • Kemana anda akan pindah selepas ini?
- Ikut keadaan laa.. klu ikut keadaan skrg neh, kami akan berpindah ke hadapan sedikit dari kawasan ini
  • Bagaimana anda mendapatkan sumber air?
- Kami akan mengangkut air dari kawasan perairan yg terdapat di sini dan membawanya ke sini. (kawasan perairan yg di maksudkan itu adalah wadi musa)


  • Apa yang anda makan?
- Kami ada bela kambing. kami akan makan kambing ternakan kami itu 1 demi 1
  • Bila anda akan pindah lagi?
- tengok laa.. dalam 2-3hari lagi ke. sbb ini pun kami baru je smpai sini ni...



Selepas beberapa soklan sy lontarkan, kami pun beramai2 bergambar dgn arab badwi yang sebenar ini... mereka sgt baik. melayan kami dengan baik sekali.


Seterusnya...

  ©:: MyWay [v2.2] ::. Template by Dicas Blogger.

TOPO