Thursday, January 15, 2009

Tagged : All About Picha

Saalamm Alayk;

Hah! 2entry trus satu hari! lame gile dah die neh tag aku. Tp br neh la aku smpt nak wat punn...siapa die? Click sini. Entry paling lame yg aku penah hasilkan yg aku rasa sepanjang sejarah posting aku. HUH! Tp sbb dia kannn.... Layankan sajew... Die nak taw pasal... [Padahal aku rs die taw je gmbr2 aku neh..haha]

A picture of you at the most unique environment

This is the real picha taw.. Pastu ader lak org jeles, pastu die edit kepala aku, tukar kepala die.. Sape lah tu agaknya? Ms neh, br balik dari KLIA, hantar barang, ikut jlan belakang, tgk2 tmpt flight turun naik.. Brenti..Snap2!

A picture of you at the place you dislike

Ini adalah bangunan kuliah aku!HAHA...

A picture of the people that mean a lot to you

Mak & Abah aku laaa.. tanpa diorg, siapa lah aku. hehe

A picture of you with your best smile (mouth op
en)


Hah, gmbar masa kami sambut tahun baru kt sini.. wlwpun yg duk sblh kiri tu die xpuas ati sbb die kata tangan aku tutup cahaya tu menyebabkan muka die nmpk mcm samar2 je, tp bg aku ttp gmbr yg best. Sbb aku kt tgh2! Best sgt mlm neh.. Tq Sherry bawak i jalan2 mlm neh, never forget it! Klu x, xmerasa la smbut thn baru kt sini..

A picture of you with your best smile (mouth close)


Gambar paling susah aku nak carik pasal aku rs, aku rs aku mcm xpenah amek gmbr senyum xnmpk gigi. klu xnmpk gigi, trus muka serius saje.. amek gmbr je, mesti senyum, senyum, mestila nmpk gigi aku yg putih tu.haha..[Blkg tu, salah satu dari 7ajaib dunia taw]

A picture of you with the lamest pose

Ini kawan aku la ckp..Pose paling tuttttt...aku tgk best je..kt Singapore

A picture of someone that stands on top of your heart

Ni la family aku kt sini.. Owez stand on d top on my heart! hehe..

A picture of you with some toys or cute stuff

Cute kan unta neh?

A picture of you in white shirt
Ni ms muda2 dulu laaaaa

Adoooiiii..sakit pinggang..lame gile duduk nak siapkan natang neh~~~

Disebabkan aku smpai sakit2 pinggang neh, mata pun dah pening2 dok carik gmbr2 neh..aku nak korg buat jugak Tag neh! aku tuntottt....



Seterusnya...

Award : Cute's Blogger Award

Salaamm Alayk;
Memandangkan aku ader gap sehari sblm aku menduduki peperiksaan terakhir pada 17Jan neh, dikesempatan neh, aku nak hapdet sket laa.. Boring, br balik exam neh. Exm td..huh, mintak2 la sumernyer ok. 5paper dah lepas, tinggal g 1 je. Doakan yer.. FAST UPDATES JUGAK!

Terima kasihlaa kat yg memberi award neh.. Xsangka i. Haha.. Cute jugak i rupe2nyer yer.. haha. Tapi, ader gak task nak kene buat tuk terima award neh...tabah!

1. Copy Badge “2008 Cute’s Blogger Award” untuk diletakkan di blog anda.

2.Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda
Cik "☆bidadaribintang☆" neh, die neh, duk kt Abu Dhabi, UAE. dak neh die senget sket.haha...br je knal2 die neh. hyperactive. die ader bintang. nama die........ hahaha...ader kwn, nama die Man, tp jgn ingat lokman, tp Iman, same gak senget..hahahaha...


3.Setiap bl0gger hendaklah menyatakan 10 fakta/h0bi diri sendiri
+ Menghadiri kelas
+ Menonton berita
+ Melelapkan mata
+ Melayari Internet
+ Melangkahkan kaki keluar rumah
+ Menyembang
+ Membaca buku
+ Melihat gmbr2 kapal terbang
+ Mendengar lagu
+ Menyuapkan sesuatu ke dlm mulut


4.Anda perlu memilih 5 penerima award seterusnya dan menyertakan nama mereka di bl0g anda
+ Rizzirhamy


Seterusnya...

Wednesday, January 7, 2009

Agama : Bubur Asyura

Assalamualaikum;

FAST HAPDET! start 2.10ptg

Hari ini bersamaan dengan 10 Muharram atau disebut hari asyura biasanya masyarakat kita bersama-sama memasak bubur asyura. Setakat ini laa, aku tidak pernah lagi join mana2 kumpulan untuk menjayakan projek bubur asyura neh sehinggakan aku rasa aku mcm xtaw sgt yg aku penah tgk ke tidak bubur itu. Sng cerita, aku xknal cmne bubur asyura tu. Mungkin aku pernah tgk. Tapi tak taw tu bubur asyura. Hehe. Tapi pada hari ini, aku sendiri telah memasak bubur nasik di hari asyura. Yang sbnrnya mcm bubuk lambuk saje.. Bersempena peristiwa Nabi Nuh a.s berlabuh di bukit Juudi pada 10 Muharram. Jemputla dtg umah makan sementara stok masih ada..

Nabi Nuh berkata kepada umatnya:
"Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih, maka dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila' iaitu kacang ful dan satu genggam kacang Adas dan Ba'ruz dan tepung dan kacang Hinthoh sehingga menjadi tujuh jenis biji bijian yang dimasak."

Kemudian berkata lagi Nabi Nuh a.s:
"Maka berkata Nabi Nuh as : Masaklah sekaliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang".


Daripada kisah ini, kebanyakan orang Islam memasak bubur asyura pada 10 Muharram. Sbb tu aku pun teragak nak masak bubur di hari asyura neh, wlwpun bukanlah bubur asyura yg sebenar, sekurang-kurangnya aku akan mengingati peristiwa berlabuhnya kapal nabi Nuh a.s itu dan kemudiannya cuba untuk berkongsi dgn semua.

"Maka mereka mendustakan Nuh, kemudian Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya di dalam bahtera, dan Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (mata hatinya).”
(Al-a'raf : 64)

Kat sini, aku nak cdngkan kat sumer agar meneruskan majlis memasak bubur asyura ni beramai-ramai, walaupun aku belum pernah melibatkan diri dengan mana-mana masyarakat luar yang mengadakan majlis ini. Tapi aku yakin mesti ada yang meneruskan tradisi ini. Mungkin kerana keterbatasan aku yang tinggal di luar kawasan rumah sejak duduk di asrama bermula seawal tingkatan 1 dulu, smpai lah skrg neh.. lagi lah jauh, tak berkesempatan nak bergaul dgn masyarakat dan jiran2 di kawasan rumah. Tapi sekarang aku betul-betul nak merasa bubur asyura tahun ini. Isk...

" Bubur di Hari Asyura 1430"

*Resepi bubur ini akan dipost kemudian~~
*Sedikit sumber dari internet.

Wallahu'alam.

END : 231ptg


Seterusnya...

MyWay : My 1st Exam

Assalamualaikum;

Wlwpun aku dah bgtaw yang aku akan memperlahankan aktiviti blog aku neh, tp mlm neh aku xleh tido. Sebab aku tertido seawal jam 8mlm tadi dan terjaga sekitar 11mlm gitu. Pastu, smpai skrg neh la mcm xleh tido [131a.m]. Lgpun esk mcm xde ape perancangan yang nak dilakukan selain mentelaah kitab2, untuk menempuh kertas2 peperiksaan yg seterusnya..

6Jan - Ketabahan aku menghafal 2juzuk dari juzuk2 al-quran berakhir apabila aku selesai menjalani ujian hafazan pagi tadi. Wlwpun persembahan aku kurang mantap, tp aku tetap mengharapkan agar sesuatu keajaiban yang menggembirakan akan berlaku bagi keputusan yg akan diumumkan kelak.

Selama 4bulan aku berusaha untuk menghafal 2juzuk itu. Tapi apakan daya, dgn qudrat yg sekadar cuma neh, aku hanya mampu untuk menghafal 1juzuk sahaja. Maklumlah, pendidikan awal aku sekadar sekolah kebangsaan dan sekolah agama biasa sahaja dan bukanlah sekolah agama tahfiz mcm budak2 lain neh+umur pun dah lanjut, tak pernah menghafal quran secara serius, so, agak sukar lah untuk aku hafal kalam-kalam suci neh. Tapi aku tetap berusaha. Memaksa diri aku untuk mengingati kalam-kalam itu. Tapi, tetap tidak sempurna....

Smpi skrg neh aku duk fikir, cmne lah nasib aku dgn subjek tilawah tu. Ntah lulus ke tidak. Ntahlah. Skrg neh aku cuma nak lulus sahaja. Tak perlu markah tinggi setinggi Burj Dubai tu. Huh. Yg aku risau sgt tu bukan ape.. Sbb masa selesai sesi soal jawab tu, aku tnyer lah dktr tu, lulus ke tidak. Die leh plak jwb : "kamu taw ape yg kamu dah buat!" dgn mukanya yg amat serius. Adoii, nak jatuh jantung aku ms tu.

Tak apa lah, aku dah pun berusaha. Itu sahaja yg aku mampu. Jika berlaku sebarang perkara yg tidak diingini tu. Aku tak mampu nak buat apa2 lagi. Sekadar mampu untuk menyingkap hikmah di sebalik kejadian yg berlaku.. Aku bertawakal sahaja kepada-Mu..

*Mintak tlg sgt kwn2 tlg doakan aku yer... Aku amat risau ;-(


Seterusnya...

Friday, January 2, 2009

Info : :: MyWay [V.2.1] ::

Saalaaamm 3alaikum;

Alhamdulillah, wlwpun lusa nak exam. tgn ni tergatal plak ttb nak tukar template.. ingt nak main2 je..tgk2..habih sumer rosak. xkn nak biar gitu je kan? nnt buruk plak mcm blog kawan aku hahaha. Nak x nak, kne lah duduk ngadap bnde neh. buat balik 1-1. hampeh tul. nyesal gak godek2. Ape2 pun, dah terlanjur neh, aku nak mengucapkan Selamat Datang la kt semua dan semoga bergembira dgn the new MyWay Version 2.1 atau :: MyWay [V2.1] :: ini yg di updates secara tidak sengaja menggantikan ::MyWay [V.2] ritu.

Bagi penaja blog neh, jgn risau. Iklan anda akan ditampal A.S.A.P...

Bagi yg dah exchangelink dgn blog neh, PLZ info me back. xingt dah mn2 blog yg aku dgn xchange dgn korg..

" ::MyWay [V.2] 170708 - 020109"

"Sekarang..."

KONSEP ::MyWay [V.2.1]:: : Penat dah naik kreta. Jalan darat. Lambat. Aku nak bwk korg jalan udara plak. Naik flight. Ada pramugari. Ada makan2 sambil berinformasi, kembara, gossip, review dan mcm2 lagi. Cpt sket smpai. Haha. Sejajar dgn kepantasan masa skrg neh..how?

Sebarang pengumuman sebelum "berlepas", akan aku tulih kat atas tu supaya penumpang2 sumer mendpt informasi atau mengetahui keadaan semasa kepten pesawat neh..hehe

Lagi 1, kalau kite naik flight neh, die senyap je..xmcm ikut jalan darat. Naik kreta ke, naik bas ker.. Pemandu tu leh bukak radio sesuka hati. Lagu ape yg die nak. kene lak penumpang2 neh, stopkan atau suh slowkan volume. So, bg yg :: MyWay [V.2.1] :: ni, Sape2 nak dgr lagu tu, tekan sniri. Sniri dgr.. Org lain nak tido.. hehe. ok je kan??

*Ada something wrong sbnrnyer dgn template neh. MAYB akan bertukar lagi. tp depend on masa laa..nak exam neh! tp mmg mcm tu laa..time2 nak exam nih, time2 niiii laaaa.. bnde2 mcm neh 'dtg'..
*Any Comment? kat atas..bukan kt bwh lagi..huhu


Seterusnya...

  ©:: MyWay [v2.2] ::. Template by Dicas Blogger.

TOPO