Sunday, February 28, 2010

Kembara : Turkey - Tinggal Kenangan

Assalamualaikum;


Maka sampai sudah entry aku yang terakhir berkenaan dengan Kembara : Turkey -Tinggal Kenangan aku ini. Sambil bertemankan Saleem - Tinggal Kenangan yang diperkenalkan oleh Saudara Syawal yang ku rindui selalu, semoga berada dalam keadaan aman dan tenteram bersama-sama dengan henset barunya.. Ngeh3x

Kita sambung babak terakhir di mana hari-terakhir aku di Turkey meninggalkan bermacam-macam perasaan. Oh Turkey, i'm falling love with u and i also feeling like falling in love in Turkey. Falling in love? Lalalala...

Perjalanan kami di teruskan makam nabi Ayub. Makam nabi Ayub di bina di dalam Masjid. Bersama-sama dengan makam nabi Ayub terdapat kesan tapak kaki Nabi Muhammad yang di letakkan di dalam kawasan yang berkaca...

Hari itu kami pulang awal ke hotel. Seawal waktu maghrib. Hendak di ingatkan waktu Maghrib di sana pada musim sejuk tidak sama seperti di Malaysia ye tuan-tuan. Maghrib di sana lebih kurang pukul 5 ptg. So, banyak lagi masa berbaki untuk dihabiskan di waktu malam. Saya bertanya kepada saudari Faiz berkenaan dengan tempat-tempat yang menarik untuk di lawati pada waktu malam. Lalu Saudara Faiz mencadangkan untuk pergi ke Shopping Complex yang terbesar di Europe katanya - Grand Jawahir. Lalu aku, bersama 2orang lagi kawan aku cuba lah untuk PERGI SENDIRI, keluar dari kumpulan rombongan kerana rombongan tidak ada apa-apa program pada malam itu. Gambar di atas merupakan salah satu perkhidmatan keretapi underground yang terdapat di Istanbul.

Berbekalkan peta yang di bekalkan oleh saudara Faiz lalu kami pun sampai la di komplex terbesar itu seperti yang di beritahu. Alangkah terkejutnya aku bahawa MidValley Malaysia adalah lebih besar dari komplex yang terbesar di eropah itu. Kalau pengikut pengiraan aku, 2x komplex grand jawahir ini baru sama dengan MidValley kalau nak kira MidVallet bergabung dengan The Garden sebelah MidValley tu...4x komplex jawahir ni, baru lah boleh menandingi. Haizz... tapi tak apa laa... As long as dapat jejak komplek terbesar di eropah kannn..layannnn

Pada keesokkan harinya pulak. Hari yang di tunggu-tunggu oleh semua peserta rombongan iaitu bermain SKi.... yeye! Kawasan bermain Ski yang terletak di Bursa yang memakan masa hampir 4jam dari Istanbul. Kami pergi menaiki bas yang telah disewa khas oleh AJK yang bertugas. Kami bertolak dari hotel seawal 4pagi untuk sampai di destinasi seperti yang di rancangkan. Di pertengahan jalan ke tempat main ski tu, kami di pertemukan dengan sebuah pokok yang berusia lebih dari 600 tahun. terletak di atas bukit. Lihatlah, nak peluk pun tak sampai. Dahan-dahan pokok pun kene tampung dengan kayu-kayu sokongan bagi mengelakkan dari patah. Bila angin bertiup..wwoooooo...woooooo bunyi die....sangat seram taw...hehe

Aku tak nak cerita banyak. Lihat lah dunia! Haha... Bagi aku yang baru 1st time main ni.. Memang banyak kali gile aku jatuh. Nak wat cmne kan? Ingatkan senang je. tengok orang main...macam tu macam ini macam meriah je.. sekali main...hambek koo...sampai terseliuh kaki aku jatuh. sampai sekarang ni aku still rasa sakit-sakit lagi kepala lutut aku ni. baru je pegi urut dengan encik pali...haizzz

Tak cukup dengan main ski. Naik pulak menatang ni. tapi naik tuk amek gambar saje laa... haha.. kemudian naik pulak kereta kabel untuk membawa aku naik atas bukit..best gile wehhhhh... selama hidup ni.. ni la 1sti time pun nak main ski...agak darat skit la kan masa tu. tapi tak apa je... sesama orang mesia yang jugak tak pernah main ski..so, layan kan sajewww...

Untuk akhirnya, budak-budak ni buat snow man...walaupun salji setinggi 2-3meter kat situ kan..tapi orang salji nyer ini sangat lah kecik...haha..tapi jadi jugak la kann...boleh la buat amek2 gambar....

Hari terakhir kami di sana, sepatutnya ada program last iaitu melawat ke muzium panorama. tapi aku tak pergi sebab kaki aku membengkak pagi itu...sangat tidak boleh berjalan...so, aku tinggal je la kat hotel dengan chekkk..tapi tengahari sikit tu aku rasa aku dah boleh jalan sikit-sikit kami kembali ke grand bazar tuk shopping last...kot2 ada barang tertinggal ke kannnn...boleh laaaa

So, kemudian berakhirlah rombongan aku ke Turkey, ahli rombongan balik naik flight, aku balik naik bus.. terpaksa tempuh balik 27jam untuk kembali ke Damascus dari Istanbul.. Tapi tak apa lah..aku memang nak singgah Syria pun kejap. Nak jumpa kawan2 kat sana sebelum balik mesia.... So, jumpa entry akan datang dalam sini Kembara : Syria pulakkk...

babai! Cintaku Tertinggal di Istanbul ~

2 Orang Berani Mati:

Anonymous said...

hihihih.....best la criter..esp bile dpt 'kawan2 baru'...huhuhuhu...

ayat macam lain macam je kat 'falling in love' tu....

ada apa-apa ka???

hahahhahahaha

papepun..selamat berbakti di malaysia tanah air 'kita'...

anap_ilmi said...

haha...cerita2 mcm tu biarkan saja tinggal kenangan..skurang-kurangnya ada 'kenangan bersama' walwpun seketika.ngeh2...

terima kasih byk2 nnt dtg lg yer

  ©:: MyWay [v2.2] ::. Template by Dicas Blogger.

TOPO